Anda di halaman 1dari 2

NO.

19, Taman Uda Sofiah,


Jalan Bukit Kerajaan,
33000 Kuala Kangsar,
Perak Darul Ridzuan.

16 APRIL 2014

Menemui rakan ku Aiman yang berada di Korea, semoga anda sekeluarga dalam
keadaan sihat sejahtera. Saya sekeluarga disini sihat walafiat.

Saudara,

Saya telah pun menerima surat yang saudara hantar kelmarin yang bertanyakan
tentang isu kehilangan MH370. Disini saya akan ceritakan serba sedikit tentang misteri
kehilangan pesawat MH370 tersebut.

Pesawat tersebut dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014, pada jam 2.40 pagi ketika dalam
perjalanan dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China. Penerbangan tersebut
berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 12.41 pagi dan
dijadualkan akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing pada
6.30 pagi. Pesawat tersebut dikatakan hilang sejurus memasuki medan antara negara
Malaysia dan Vietnam.

Pesawat ini diketuai oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah yang berumur 53 tahun bersama
pegawai kanannya Fariq Ab. Hamid berumur 27 tahun. Pesawat ini membawa seramai
239 termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal yang terdiri daripada 14 negara yang
berbeza. Penumpang di dalam pesawat ini majoritinya terdiri daripada warganegara
China iaitu seramai 152 orang termasuk bayi, manakala 38 orang lagi daripada negara
Malaysia.

Kawasan pencarian pesawat MH370 ini pada mulanya dilakukan di Teluk Thailand dan
Laut China Selatan malah telah diubah misi pencariannya ke Lautan Hindi. Misi
pencarian ini dibantu oleh 25 buah negara dengan menghantarkan aset-aset
negaranya. Sebanyak 42 kapal laut dan 39 pesawat udara dikerahkan untuk pencarian
pesawat MH370.

Saya rasa sampai disini sahaja yang dapat saya sampaikan serba sedikit tentang
kehilangan MH370. Marilah sama-sama kita doakan agar misi pencarian ini
dipermudahkan dan dapat membuahkan hasil. Sekian terima kasih, Asslamualaikum.

Yang benar sahabatmu,
mohamad afif
( MOHAMAD AFIF BIN ABDUL LATIB )