Anda di halaman 1dari 26

Kurikulum Kebangsaan

KURIKULUM SEKOLAH BERKUALITI UNTUK


PENDIDIKAN NEGARA BERTARAF DUNIA
VISI
MISI
Membangunkan kurikulumsekolah yang
bersepadu dan berguna untuk perkembangan
potensi individu sepenuhnya dan untuk
memenuhi keperluan negara
MATLAMAT
MEMBINA DAN MENGEMBANGKAN
KURIKULUM SEKOLAH KE ARAH
PENINGKATAN KUALITI PENDIDIKAN SELARAS
DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara.
HASRAT PENDIDIKAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Wawasan 2020
Rangka Rancangan Jangka Panjang ke 3
Perkembangan Dunia Semasa
Teori Pembelajaran
4 Tonggak Pendidikan / 4 Pillars of
Education(UNESCO)
TERAS PEMBANGUNAN KURIKULUM
Pelajar yang
seimbang dari segi
intelek, rohani,
jasmani dan emosi
Berilmu Pengetahuan
Berketrampilan
Percaya kepada Tuhan
Berakhlak Mulia
Berkeyakinan
Global Player
Daya Saing
Daya Tahan
Mampu Komunikasi
dlm. Bahasa Inggeris /
Bahasa Antarabangsa
Jati Diri
Pekerja Berilmu
Inovatif
Kreatif
Dahagakan Ilmu
Menguasai Kemahiran
Teknologi Maklumat &
Komunikasi
Pencipta Teknologi /
Creator of Technology
Belajar Sepanjang Hayat
Warga Negara Yang
Bertanggungjawab
Berbudi
Bersatu padu
Patriotik
Adil
Penyayang
Berbakti
Rangka Konseptual Kurikulum
Pembangunan Negara
Ekonomi
Perpaduan
Teknologi Maklumat
Sains & Teknologi
Sosio Budaya
Perkembangan Individu
Perkembangan Insan
Perkembangan
Warganegara
Teori Pembelajaran
Pelbagai Kecerdasan
Kecerdasan Emosi
Falsafah Pendididkan
Kebangsaan
Pendidikan Suatu Usaha
Berterusan
Perkembangan Individu
Secara Menyeluruh Dan
Bersepadu (Intelek,
Rohani, Emosi & Jasmani
Empat Asas Utama
Pendidikan Unesco
Belajar Untuk Mengetahui
Belajar Untuk Membuat
Belajar Untuk Menjadi
Insan Sempurna
Belajar Untuk Hidup
Bersama
Mata Pelajaran Wajib
Teras
Tambahan
Elektif
Program-program Khas
Pemupukan
Patriotisme
Pendidikan Alam
Sekitar
Pendidikan
Kesihatan Keluarga
Pendidikan
Pencegahan Dadah
Program Komputer
Dalam Pendidikan
Program Khas
Orang Asli
Program Sekolah
Ke Kerjaya
Strategi Pengajaran &
Pembelajaran
(Berpusatkan Murid
Inkuiri Penemuan
Penggabungjalinan
Penyerapan
Kesepaduan Pengetahuan &
Amalan
Pengayaan & Pemulihan
Kemahiran Berfikir Secara
Kreatif & Kritis
Pembelajaran Masteri
Learning How To Learn
Penulisan Genre
Kemahiran Proses Sains
Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran Yang
Menyeronokkan
Kemahiran Generik
Kajian Masa Depan
Sistem Pembelajaran
Intergratif
Aspek Merentas Kurikulum
Pembelajaran Bestari
Penilaian
Penilaian Berterusan
Penilaian Kemajuan
Berasaskan Sekolah
Penilaian Secara Berpusat
Insan / Individu
Pekerjaan Berilmu
Celik It
Berkemahiran Dan
Berketrampilan
Bversemangat
Patriotik
Berakhlak Mulia
Hidup
Bermasyarakat
Menghargai Alam
Sekitar
Berfikiran Kreatif &
Kritis
Berdaya Tahan/Jati
Diri
Berinovatif
Beretika &
Berbudaya
DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN
... suatu program pendidikan yang termasuk
kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran,
norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan
untuk membantu perkembangan seseorang murid
dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani,
mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan
untuk menyampaikan pengetahuan
Akta Pendidikan 1996
[ Peraturan-Peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997]
Kurikulum Boleh Dirumuskan Sebagai:
Suatu Pengalaman Pembelajaran Yang
Terancang Ke Arah Mencapai Hasrat
Penghasilan (Intended Outcomes) Yang
Ditentukan
FOKUS PROSES
PERSEKOLAHAN
Menengah Atas
( Tingkatan 4 5 )
perkembangan bakat & minat, perkembangan
sahsiah, sikap dan nilai, pengkhususan,
kerjaya
dan pendidikan tinggi
Menengah Rendah
( Tingkatan 1 3 )
pendidikan umum, peningkatan kemahiran yang diperoleh
semasa di sekolah rendah, perkembangan bakat & minat,
asas pra vokasional, perkembangan sahsiah, sikap dan
nilai
Tahap ll Sekolah Rendah
( Tahun 4 6)
pengukuhan dan aplikasi kemahiran 3M,
kemahiran yang lebih kompleks,
pemerolehan pengetahuan, perkembangan
sahsiah, sikap dan nilai
Tahap l Sekolah Rendah
( Tahun 1 3 )
penguasaan 3M, perkembangan
sahsiah, sikap dan nilai
Prasekolah
proses sosialisasi, perkembangan sahsiah,
persediaan ke sekolah rendah
Kelas Peralihan
pengukuhan dan
penguasaan
Bahasa Melayu
BUDAYA SEKOLAH
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
MATLAMAT PENDIDIKAN
OBJEKTIF MATA PELAJARAN
JASMANI, EMOSI, ROHANI,
INTELEK
(JERI)
INSAN
YANG BAIK
MATA PELAJARAN TERAS,
TAMBAHAN & ELEKTIF
BAHASA & NILAI
KANDUNGAN
KOKURIKULUM
KANDUNGAN
MATA PELAJARAN TERAS,
TAMBAHAN & ELEKTIF
Apakah Objektif Pembelajaran Yang
Hendak Dicapai?
Apakah Pengalaman Pembelajaran
Yang Boleh Mencapai Objektif?
Bagaimanakah Pengalaman
Pembelajaran Boleh Dirancang Secara
Berkesan?
Bagaimanakah Cara Menentukan
Hasrat Pembelajaran Sudah Tercapai?
KURIKULUM
PERANAN KURIKULUM
1. Perkembangan Individu Secara Menyeluruh
( Intelek, Rohani, Emosi Dan Jasmani )
2. Penerapan Dan Perkembangan Nilai-nilai Murni
3. Penyebaran Ilmu Pengetahuan
4. Pembentukan Masyarakat Malaysia Yang Bersatu
Padu
5. Melahirkan Tenaga Kerja Mahir
[ LAPORAN JAWATANKUASA KABINET, 1979 ]
KBSR SECARA MENYELURUH
Latar Belakang:
1982 - Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia.
1983 - Pelaksanaan penuh di semua sekolah.
1984 - Amalan perdagangan disisipkan dan diganti dengan
Kemahiran Hidup.
1988 Falsafah Pendidikan Negara
1993 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.
1994 - Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian
Tempatan.
Tujuan Pendidikan Sekolah Rendah
1. Menguasai kemahiran asas.
2. Menguasai kemahiran berfikir.
3. Memperoleh ilmu pengetahuan.
4. Menghayati dan mengamalkan nilai murni.
5. Membentuk sahsiah yang positif.
6. Membina kemahiran sosial.
7. Memeupuk semangat kewarganegaraan.
8. Menanam rasa cinta akan alam sekitar.
9. Memupuk serta meningkatkan kreativiti dan bakat.
10. Menyedari tentang kepentingan kesihatan dan kecergasan diri.
11. Menyedari tentang kepentingan sains dan teknologi.
Tujuan Kurikulum Sekolah Rendah Ialah Untuk
Membolehkan Murid:
1. Menguasai Bahasa Melayu dengan memuaskan.
2. Menguasai kemahiran asas bertutur, membaca dan menulis.
3. Mempunyai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan
menggunakan-nya dalam menyelesaikan masalah harian.
4. Menguasai kemahiran belajar.
5. Bertutur, membaca, menulis dan memahami dalam bahasa Inggeris
selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua.
6. Memperoleh ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha
menambahkannya.
7. Mengamalkan sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilai murni
dan menjadikannya asas bagi amalan hidup.
8. Mempunyai daya kepimpinan dan keyakinan diri.
9. Mempunyai semangat patriotisme.
Tujuan Kurikulum Sekolah Rendah Ialah Untuk
Membolehkan Murid:
10. Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap
manusia dan alam sekitar.
11. Mengembangkan bakat, kesenian dan kreativiti.
12. Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal.
13. Memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal,
kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebuadayaan nasional.
14. Menjaga kesihatan dan kecergasan diri.
15. Menguasai kemahiran serta membina minat dan sikapyang positif
terhadap keusahawanan dan produktiviti.
16. Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami
pengertian ayat-ayat tertentu di dalam Al-Quran bagi murid Islam.
Prinsip-Prinsip KBSR
1. Perkembangan menyeluruh.
2. Penguasaan kemahiran asas.
3. Pemupukan nilai-nilai murni.
4. Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.
5. Prinsip mudah ubah.
6. Pendidikan umum untuk semua murid.
7. Pendidikan seumur hidup.
8. Bahasa merentas kurikulum.
9. Penilaian berterusan.
Penekanan KBSR
Penekanan utama ialah Kemahiran Asas
3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Aspek yang tekandung dalam kemahiran asas ialah 3M
ialah kemahiran pertuturan, pendengaran,
pembacaan, penulisan serta amalan dalam
penggunaan empat operasi matematik iaitu tambah,
tolak, darab dan bahagi.
Penyerapan nilai-nilai murni dilakukan secara
menyeluruh melalui semua mata pelajaran.
Bagi mata pelajaran Agama Islam, pengajaran nilai-nilai
murni dijalankan secara khusus.
Konsep Bersepadu
Unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai
digabungkan supaya wujud kesepaduan dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Ianya merangkumi aspek teori dan amali
serta nilai murni bagi emlahirkan insan yang
seimbang.
Pembelajaran di bilik darjah diperkukuhkan
melalui kokurikulum.
Penekanan Dan Tumpuan KBSR
a. Kemahiran asas 3M (Meliputi kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis).
b. Kemahiran berfikir.
c. Nilai merentas kurikulum.
d. Bahasa merentas kurikulum.
e. Patriotisme merentas kurikulum.
f. Strategi P & P yang berpusatkan murid.
g. Penilaian berterusan.
h. Pemulihan dan pengayaan.
Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran
Mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran.
Menggabungjalinkan aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah.
Mengaitkan pengalaman murid dengan apa yang diajar.
Menggunakan pelbagai media alam semula jadi, bahan
maujud, media cetak dan media elektronik.
Menilai proses P&P seharian supaya tindak susul dapat
dijalankan.
Kaedah Dan Teknik Pengajaran Dan
Pembelajaran
i. Permainan simulasi.
ii. Lakonan.
iii. Permainan.
iv. Demonstrasi / tunjuk cara.
v. Lawatan.
vi. Bercerita.
vii. Projek.
viii. Tutorial.
ix. Sesi Buzz (Membuat keputusan daripada perbincangan ringkas).
x. Percambahan fikiran.
Penilaian
Penilaian formatif ialah penilaian sepanjang
masa.
Penilaian sumatif dijalankan di akhir sesuatu
tempoh pembelajaran.
Tindakan Susulan
a. Pengayaan.
b. Pemulihan.
c. Pengukuhan.
Bagi Mempertingkatkan Pencapaian Murid, Guru Sepatutnya:
Menyesuaikan objektif P&P mengikut kebolehan murid.
Mempelbagaikan teknik yang lebih berkesan.
Menggunakan pelbagai bahan sesuai dengan minat,
keperluan dan kebolehan.
Menggunakan bahasa yang sesuai.
Memberi perhatian yang rapi secara individu atau kumpulan.
Memberi peluang yang cukup kepada setiap murid.

Anda mungkin juga menyukai