Anda di halaman 1dari 9

PERANCANGAN TAHUNAN KELAS PERMATA

PROGRAM PEMULIHAN KHAS 2014


1. MATLAMAT
Kelas Pemulihan Khas bertujuan membantu murid-murid yang belum menguasai kemahiran asas Membaca, Menulis dan Mengira (3M) dalam
tempoh masa yang ditetapkan di dalam kelas aliran perdana ( murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 ).

2. OBJEKTIF
Setelah mengikuti program yang mengambil masa setahun dan diharapkan agar murid-murid ini boleh:
i. menguasai kemahiran asas 3M
ii. meneruskan pembelajaran di kelas aliran perdana
iii. menambahkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pelajaran.

3. STRATEGI
Untuk meningkatkan tahap penguasaan kemahiran asas iaitu mengeja, membaca dan mengira, beberapa strategi telah disusun
agar pelaksanaannya mencapai sasaran yang ditetapkan.
A. PROGRAM LI NUS.
i. Kelas Pemulihan Khas dilaksanakan dari Januari hingga November bagi murid LINUS iaitu Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 .
ii. Mengadakan Ujian Saringan bagi penentuan awal masalah 3M.
iii. Mengadakan Ujian Diagnostik pada awal tahun bagi mengesan punca kelemahan atau daerah kelemahan setiap murid.
iv. LINUS adalah murid yang tidak kuasai konstruk 1 hingga 12 bagi Saringan LINUS yang dijalankan.
v. LINUS dijalankan berdasarkan modul guru dan murid yang dibekalkan.
iv. Menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi setiap kumpulan atau individu.
v.. Murid yang telah menguasai konstruk yang ditetapkan akan dikembalikan ke kelas aliran perdana dan memerlukan
pemulihan dalam kelas ( akan dijalankan oleh guru Bahasa Melayu dan Matematik). Murid murid ini masih memerlukan
bimbingan dan bantuan daripada guru mata pelajaran agar dapat seiring dengan murid-murid lain.
vi. Tindakan susulan perlu diambil oleh Guru Pemulihan Khas bagi memastikan murid yang dikembalikan ke kelas aliran
perdana tidak ketinggalan dalam bilik darjah dan dapat meneruskan proses Pengajaran dan Pembelajaran dengan bimbingan
guru matapelajaran bagi memastikan murid ini tidak dikembalikan semula ke kelas Pemulihan Khas .
vii. Menyediakan aktiviti dan bahan-bahan yang bersesuaian bagi setiap tahap kumpulan murid bagi memastikan murid-murid ini dapat
menguasai kemahiran dengan teratur dan terancang.
viiii. Mengadakan penilaian berterusan dan menyediakan lembaran kerja yang bersesuaian bagi tujuan pengukuhan.
viii. Memastikan tahap keyakinan diri murid berada di tahap yang akan membolehkannya menghadapi cabaran di dalam
kelas aliran perdana dengan penuh yakin.

B. PROGRAM PEMULI HAN.
i. Program ini akan dijalankan kepada murid-murid GALUS yang kritikal dalam Matematik dan Bahasa Melayu.
ii. Program ini bertujuan membantu murid-murid menguasai kemahiran menjawab soalan mudah dengan teknik yang betul.
iii. Program ini dilaksanakan dari Januari hingga November bagi murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.
iv. Penekanan diberi kepada cara menjawab kertas Penulisan bagi Bahasa Melayu dan Kertas 2 bagi Matematik.
v. Perbincangan soalan latihan pengukuhan/ latih tubi sentiasa dijalankan agar murid ingat cara kerja/cara menjawab soalan.
vi. Ujian Topikal akan kerap diadakan bagi memastikan menilai keberkesanan P&P yang telah dijalankan.

4. TINDAKAN SUSULAN BAGI MURID BERMASALAH DALAM PEMBELAJARAN
i. Kajian kes akan dibuat pada murid LINUS yang tiada peningkatan atau peningkatannya terlalu perlahan.
ii. Pertemuan ibu bapa akan dibuat bagi membincangkan prestasi semasa anak. Pihak sekolah akan mencadangkan ibu bapa membuat pemeriksaan
doktor terhadap kelewatan perkembangan anak menerima dan menjalani proses pembelajaran biasa.
iii. Bagi murid yang disahkan disleksia/masalah pembelajaran, ibu bapa dicadangkan menghantar anak ke Program Pendidikan
Khas Masalah Pembelajaran bagi membolehkan murid berkenaan menjalani proses P&P yang bersesuaian dengan perkembangan mereka.
PELAN STRATEGIK 2014
PROGRAM PEMULIHAN KHAS
BIL AKTIVITI
PIHAK YANG
TERLIBAT
BAHAN/
PERBELANJAAN
GURU YANG
BERTANGGUNG-
JAWAB
TARIKH
SASARAN
HASIL YANG
DIJANGKAKAN
PETUNJUK
KEJAYAAN
PEMANTAU
1
Perbincangan
dengan ibu bapa
murid-murid.

Ibu-bapa

Rekod
perkembangan
murid/Kajian kes.

Pentadbir/
Guru Pemulihan

Sepanjang
Tahun

Kehadiran ibu
bapa murid-murid
yang terlibat

Kehadiran sekurang-
kurang 80%.

Guru besar
GPK 1
2
Latih tubi ejaan


Murid-murid
LINUS

Kad perkataan


Guru Pemulihan

Sepanjang
tahun

Kemahiran asas
bacaan dan tulisan
murid meningkat.

Dapat membaca
petikan pendek.

Guru pemulihan
Guru Bahasa
Melayu
3 Bacaan mudah

Murid-murid
LINUS

Kad bacaan/ Buku
bacaan mudah

Guru Pemulihan

Sepanjang
tahun

Murid dapat
memahami bahan
bacaan yang
dibaca.

Murid dapat
menceritakan
semula tentang isi
cerita yang dibaca.

Guru Pemulihan
Guru Bahasa
Melayu
4 Saringan LINUS

Murid LINUS

Set saringan LINUS

Guru Pemulihan

Sepanjang
tahun

Murid dapat
menjawab soalan
dengan betul.

Murid dapat
menguasai semua
konstruk.

Guru Pemulihan
Guru LINUS












5

Pertandingan
Bercerita, Baca, Eja
dan Kira dengan
tepat.

Murid-murid
LINUS

Kelompok 9/
Unit Pend. Khas,
JPN Melaka.

Guru Pemulihan

November

Meningkatkan
keyakinan murid
untuk berhadapan
dengan orang
ramai.

Menyertai dan dapat
bersaing dengan
murid-murid
pemulihan dari
sekolah /kelompok
lain.

JPN
AJK Kelompok 9
6
Kelas intensif
murid GALUS
tahun 6.
Murid GALUS
tahun 6.
Set soalan format
UPSR.
Guru Pemulihan April -
September
Murid dapat jawab
soalan dengan
teknik yang betul.
Keputusan
Matematik dalam
UPSR lulus 100%
Guru Besar/
GPK 1/ Ketua
Panitia
CARTA GANTT PERANCANGAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS TAHUN 2014
BIL AKTIVITI JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPT OKT NOV
1.
Perbincangan
dengan ibu bapa


2. Latih tubi ejaan


3. Bacaan Mudah


4. Saringan LINUS


5.
Pertandingan
Bercerita, Baca ,
Eja dan Kira



6.
Kelas intensif
murid GALUS
tahun 6.








SK SUNGAI BULOH
ANALISA SWOT PEMULIHAN KHAS
BIL OBJEKTIF KEKUATAN KELEMAHAN PELUANG ANCAMAN
1 Dapat menarik minat
murid untuk menguasai
asas bacaan dan penulisan
Bilik darjah yang kondusif dan
bilangan murid yang ideal.
Tahap penguasaan
kemahiran murid adalah
berbeza.
Mendapat sokongan dan
bantuan guru mata pelajaran
serta guru kelas
Persekitaran
Ibu-bapa dan keluarga
2 Dapat membina
keyakinan diri murid.
Bahan bantuan belajar yang
disediakan mencukupi bagi
setiap murid secara individu
Murid-murid yang
mengikuti program
Pemulihan Khas terdiri
daripada mereka yang
tercicir di kelas.
Kerjasama yang padu daripada
guru mata pelajaran dan
sokongan pentadbir sekolah.
Kekangan masa dan
persekitaran
3 Dapat menguasai
kemahiran asas 3M
Pembelajaran secara individu
dan kumpulan dapat dijalankan
secara teratur dan menarik
Murid tidak mendapat
sokongan dan perhatian
daripada keluarga
menyebabkan mereka
sering tidak membuat
kerja rumah yang
disediakan oleh guru.
Bahan-bahan yang disediakan
mengikut tahap pencapaian
murid.
Rakan sebaya
Keluarga
Persekitaran




4 Dapat membuat
pengukuhan bagi
membina keyakinan diri.
Peruntukan masa yang lebih
dapat membantu meningkatkan
prestasi murid
Pertindihan waktu
berlaku.
Kerjasama daripada guru mata
pelajaran
Murid
Guru mata pelajaran
5 Dapat menarik minat Pembelajaran lebih menarik Murid mempunyai tahap Murid di tempatkan mengikut Jadual kelas


















mengikut kecenderungan
setiap individu
dengan adanya ruang
pembelajaran yang dapat
merangsang serta membina
keyakinan diri murid.
kecerdasan dan
pencapaian yang berbeza.
tahap pencapaian dan bukan
mengikut kelas.
berbeza/bertindih
PELAN STRATEGIK JANGKA PANJANG (TAHUN 2013 - 2015)
PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI
SK SUNGAI BULOH



ISU 1 MATLAMAT OBJEKTIF STRATEGI INDIKATOR
PENCAPAIAN
SASARAN (ETR)
2013 2014 2015
Bilangan murid
yang dapat
menguasai asas
literasi dan
numerasi.
Melahirkan murid
yang dapat
menguasai asas
literasi dan
numerasi setelah
mengikuti
pendidikan tahap 1
Mencapai KPI yang
ditetapkan iaitu 100%
murid dapat menguasai
literasi dan numerasi.
Mengadakan perbincangan
pencapaian murid bersama
ibu bapa.
Menggalakkan pihak
sekolah mengambil
inisiatif menambah bahan
bacaan atau BBM
Mesyuarat post-mortem
setiap kali selepas
saringan dilaksanakan.
Penyediaan Penilaian
Berterusan setiap kali
sebelum dan selepas
saringan dijalankan.

100% murid dapat
menguasai konstruk 1-
2 selepas saringan 2
95% 100% 100%
ISU 2 MATLAMAT OBJEKTIF STRATEGI INDIKATOR
PENCAPAIAN

2013

2014

2015
Peningkatan P&P
guru dalam
program LINUS
Melahirkan guru
yang berkebolehan
serta kreatif
Mencapai 100%
penglibatan guru dalam
program LINUS
Menggunakan
kepelbagaian BBM yang
menarik dan bersesuaian
dengan tahap murid.
Penilaian rekod prestasi
murid yang berterusan.
Pencapaian kemahiran
asas murid sentiasa
meningkat.
90% 95% 100%

























Disediakan oleh:
Pn. Mazidah binti Ali
Guru Pemulihan Khas
SK Sungai Buloh

Anda mungkin juga menyukai