Anda di halaman 1dari 2

Selamat datang ke

daurah tadhiyah
- Tentatif daurah -

Khamis 26 September 2013
5.45 p.m Berkumpul di surau
6.00 p.m Bertolak ke tempat program
6.30 p.m Taklimat
6.45 p.m Makan malam dan kendiri
7.15 p.m Solat maghrib
7.30 p.m- Tazkirah maghrib
8.15 p.m Solat isyak
8.45 p.m Slot 1 : Forum
10.00 p.m Muhasabah
10.30 p.m Al-Mulk
11.15 p.m Himpun Daya
Jumaat 27 September 2013
4.30 a.m Qiam
5.45 a.m Solat subuh
6.00 a.m Tazkirah subuh
6.45 a.m Senamrobik
7.15 a.m Kendiri dan dhuha
8.10 a.m Sarapan
8.30 a.m - Game Ukhwah : Tautan Kasih
9.00 a.m Slot 2 :
10.30 a.m Sesi Q&A
11.00 a.m LDK
12.30 p.m Qailullah
12.50 p.m Makan tengahari
1.15 p.m Solat zuhur
1.45 p.m Evaluasi
2.00 p.m Gotong royong
2.30 pm Bertolak pulang
Checklist mutabaah!!
Perkara (/) Bil
Mathurat 1
Tilawah 1 juzu
Qiam 1
Dhuha 1
Istighfar 200
Ganjaran pengorbanan di dunia dan akhirat
Di dunia:
i. Mendapat pertolongan Allah SWT dalam urusan
duniawinya.
ii. Menikmati kemenangan hasil perjuangannya
iii.Mendapat jaminan Allah SWT tentang rezekinya tanpa
disedari dari mana datang puncanya.
iv. Allah SWT menggantikan dengan berlipat ganda segala
yang telah dibelanjakan ke jalanNya.
Di akhirat:
i. Mendapat jaminan keselamatan dari azab neraka yang
pedih.
ii. Mendapat keampunan atas segala dosa yang telah
dilakukan.
iii.Dimasukkan ke dalam syurga yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai.
iv. Mendapat tempat tinggal yang baik khusus di syurga
bernama Adn.
Dan di antara manusia ada yang
mengorbankan dirinya kerana mencari
keredaan Allah semata-mata, dan Allah
pula amat belas kasihan akan hamba-
hambaNya. (Al Baqarah: 207)
Hadith : Ganjaran berkorban
Kisah-kisah Pengorbanan
1. Qabil dan Habil anak-anak kepada Nabi Adam
a.s: al-maidah ayat 27
2. Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s:
surah as-shaffat:102-105
3. Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a.
4. Suhaib r.a: mengorbankan seluruh harta yang
dimiliki demi perjuangan membantu Rasulullah
s.a.w
5. Para sahabiyah yang bersama-sama Rasulullah
s.a.w : (Saidatina Khadijah; Asma
Sumayyah dll)
Pengorbanan yang dituntut
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-
orang Mukmin, jiwa-jiwa mereka dan harta-harta
mereka dan membayarnya dengan syurga.
Mereka berperang pada jalan Allah, lalu
membunuh atau dibunuh. Itulah janji yang benar
yang disebut di dalam kitab Taurat, Injil dan
Quran. Sesiapa yang menunaikan janjinya dengan
Allah, maka bergembiralah dengan janji yang
kamu meterikan itu. Yang demikian adalah
kemenangan yang besar. (At-Taubah: 111)

Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada
Allah dengan pinjaman yang baik (menafkahkan
hartanya di jalan Allah), maka Allah akan
melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan
gandaan yang banyak. (Al-Baqarah:245)
Dan di antara mereka ada yang mengorbankan
dirinya kerana mencari keredhaan Allah, dan Allah
Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya.
(Al-Baqarah: 207)
Pengertian Pengorbanan
Dalam Bahasa Arab: disebut qurban iaitu dari
kata dasar qarraba yang bermaksud
mendekatkan. Dari sudut istilah: segala bentuk
daya usaha yang membawa diri seseorang
mendekatkkan dirinya kepada Allah SWT.

Dari sudut fikrah harakiyyah:

Disebut tadhiyyah. Ia mengandungi makna yang
luas merangkumi pengorbanan maddiyah,
maliyyah, fikriyyah, nafsiyyah dan jasadiyyah.
Penggunaan istilah ini telah dimasyhurkan oleh as-
Syahid Hasan al-Banna. Beliau telah meletakkan
tadhiyyah sebagai rukun kelima dalam membina 10
rukun baiah bagi pembentukan keperibadian
anggota Jemaah.
Kedudukan pengorbanan dalam islam
1. Perintah Allah SWT
Pengorbanan yang dilaksanakan dalam Jemaah
Islam merupakan suatu tuntutan Allah SWT terhadap
orang-orang yang beriman. Firman-Nya dalam surah
At-Taubah: ayat 41:

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang
pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan
(dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan
berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab);
dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu
pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang
demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu
mengetahui.

2. Sunnah Rasul
Tuntutan berkorban dalan Jemaah Islam juga adalah
sunnah Rasulullah s.a.w dan para solihin. Firman
Allah lagi dalam surah At-Taubah: ayat 88:

(Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-
orang yang beriman bersamanya, berjihad dengan
harta benda dan jiwa mereka; dan mereka itulah
orang-orang yang mendapat kebaikan, dan mereka
itulah juga yang berjaya.

3. Faktor kejayaan
Keterangan ayat-ayat Al-Quran tersebut dalam surah
As-Saaf dan At-Taubah menjelaskan kepada kita
bahawa pengorbanan adalah faktor penentu
sesuatu kejayaan.

4. Keperluan dakwah
Inilah jalan yang telah ditempuh oleh para nabi
dan solihin sepanjang zaman seperti dirakamkan
oleh Allah SWT dalam surah An-Nisa : ayat 74;

Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang
mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada
(kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah
mereka berperang pada jalan Allah (untuk
membela Islam) dan sesiapa yang berperang
pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau
beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi
kepadanya pahala yang besar.
Layari kami di blog:
http:penaislah.blogspot.com/
Fanpage:
Al-Islah
OBJEKTIF Program :

1. Ila Mardhotillah wa Ukhwah Fillah
2. Menyedarkan akhwat mengenai
kepentingan tadhiyah (pengorbanan)
dalam tarbiyah
3. Mendedahkan akhwat dengan cabaran-
cabaran di medan dakwah dan tarbiyah

Anda mungkin juga menyukai