Anda di halaman 1dari 6

Tugasan 2

Laporan Sesi Kaunseling (60%)


Lazimnya sesuatu definisi itu dikemukakan berdasarkan kepada pendekatan dan
teori kaunseling yang menjadi pegangan seseorang. Menurut Akhiar Pardi (2013).
menjelaskan bahawa kaunseling merupakan aktiviti-aktiviti beretika yang dilakukan
oleh kaunselor dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan pelbagai jenis
tingkah laku akan menghasilkan penmyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh
klien. Manakala bagi Kementerian pendidikan Malaysia (1993) menyatakan bahawa
kaunseling sebagai satu proses membantu individu untuk mengenali diri dan
persekitaranya,dan cara untuk menggerakkan peranan dan hubungan mereka.
Secara kasarnya kaunseling merupakan hubungan jangka pendek, bersifat
interpersonal yang berasakan teori dalam membantu individu untuk menyelesaikan
masal;h situasi dan perkembangan.
Dalam kontek bimbingan dan kaunseling di sekolah, matlamatnya ialah untuk
membantu murid memenuhi keperluan psikologikal mereka, memahami dan
menerima diri mereka, membina hubungan dengan rakan sebaya, mengimbangi
antara kebenaran untuk melakukan sesuatudan kawalan dalam persekitaran
pendidikan (Heyden, 2011 dalam Akhiar Pardi, 2013). Namun begitu, terdapat
beberapa tujuan utama bimbingan dan kaunseling dijalankan di sekolah. Antaran
tujuan tersebut ialahmenyedarkan murid tentang potensi diri mereka,membantu
murid menghadapi masalah perkembangan, memberikan sokongan teknikal kepada
guru dan menyumbang kepada penyesuaian diri.
Pengenalan Teori berkaitan
Teori Pemusatan Insan @ Teori Rogers
Latar belakang tokoh
Carl Ransom Rogers dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak Park
dan meninggal dunia di La Jolla, California pada 4 Februari 1987
semasa berumur 85 tahun selepas menjalani pembedahan tulang
punggungnya yang patah akibat satu kemalangan. Ayahnya
merupakan seorang kontraktor dan jurutera. Kedua-dua ibu
bapanya sangat berpegang kuat pada agama. Kaluarganya sangat rapat dan adik
beradiknya adalah seramai 6 orang. Lima daripada mereka adalah lelaki.
Konsep Utama Terapi
Pandangan terapi terhadap manusia Rogers berpandangan bahawa manusia adalah
rasional, baik dan bertanggungjawab. Manusia boleh membuat keputusan sendiri
yang membawa kepada kebebasan dan berdikari. Manusia adalah membina,
bekerjasama boleh dipercayai, realistik dan sanggup bersosial. (Rohany Nasir,
2006). Emosi-emosi negatif seperti marah, dan benci memang wujud akibat penafian
keperluan seperti sayang, keselamatan dan penerimaan.
Andaian-andaian teori adalah seperti berikut :
a. Konsep kendiri adalah persepsi tentang diri kita berdasarkan interaksi kita
dengan orang lain.
b. Individu bertingkah laku dalam bentuk yang boleh meningkatkan konsep
kendirinya.
c. Hanya dengan pengalaman dan penghormatan barulah individu akan
bersedia untuk berkongsi masalahnya.
Othman Mohamad (2005) dan Sapura Sipon (2007), menjelaskan klien
bertanggungjawab mendapatkan kesedaran dirinya serta bergerak bertindak ke arah
suatu kesedaran yang boleh menguntungkan dirinya dalam keadaan sebenar.
Matlamat terapi
Antara matlamat terapi ialah :
a. Klien mendapat kebbasan dan integrasi sepenuhnya dalam menyelesaikan
masalahnya.
b. Membantu klien akan menangani bukan sahaja masalah sekarang tetapi juga
masalah yang akan datang.
c. Membantu perkembangan diri klien.
Proses dan teknik
Setiap individu mempunyai keinginan untuk berkembang, matang dan mencapai
atau menuju ka arah kesempurnaan kendiri. Ini adalah satu-satunya pendekatan
teraputik yang utama yang bergantung terhadap gerakan dalaman klien untuk
menuju ka arah pertumbuhan. Individu dilihat sebagai boleh memulihkan diri sendiri,
memerlukan kemesraan dan persekitaran yang menyokong untuk mencapai
kepuasan kendiri pada tahap yang tinggi. Rogers menyarankan 3 suasana yang
fasilitatif iaitu :
a) Ketulenan atau kongrean
b) Penerimaan tanpa syarat
c) Empati
Jika wujud suasana psikologikal itu perhubungan antara kaunselor-klien yang
menumpukan penerimaan positif dengan keredaan kaunselor terhadap klienhya,
keikhlasan, ketulenan didi dan kongreann dan kefahaman yang empati oleh
kaunselor tentang ruang rujuk dalam klien, maka suatu perubahan personaliti akan
berlaku dalam diri klien.
Kongruen
Kaunselor menjadi dirinya sendiri. Kaunselor bersifat ikhlas, tidak buruk sangka,
tidak bersifat ragu-ragu dan tidak berpuara-pura terhadap klien. Semakin dalam
kaunselor boleh melibatkan diri dalam kaunselong secara tulen dan tidak berpuara-
pura, semakin tinggi kemungkinan klien akan berubah dan berkembang.
Penerimaan positif tanpa syarat
Menerima klien tanpa mengira syarat tertentu. Keadaan ini menyumbang kepada
perkembangan kendiri manusia secara menyeluruh dan bersepadu. Kaunselor
menerima tanpa syarat sangat menghargai diri klien dan tidak terpengaruh dengan
tingkah laku klien. Sikap ini terjelma dalam penerimaan kaunselor ke atas diri dan
juga sikap klien. Ia adalah perasaan ambil berat kaunselor yang tidak dikuasai oleh
perasaan berat sebelah atau penilaian perasaan atau tingkah laku klien.
Empati
Kebolehan kaunselor untuk memasuki ruang rujuk klian dan membenarkan diri klien
mengalami proses mental dan emosi yang dialami klien. Proses empati juga berlaku
apabila kaunselor memahami dan menghayati perasaan klien. Kaunselor
melaksanakan teknik empati sepanjang sesi rawatan. Namun begitu, kebolehan
kaunselor adalah semasa sesi penerokaan di mana kebolehan kaunselor untuk
memasuki ruang rujuk atau dunia klien akan berupaya memahami keadaan diri klien
dengan lebih mendalam.
Mengenal pasti perasaan dapat memberitahu kepada klien bahawa kaunselor
sedang mendengar dan menggalakan klien untuk bercakap lebih bebas. Ini boleh
mmebantu untuk merangka satu ketetapan yang lebih memuaskan. Mendengar
dengan aktif memerlukan kaunselor bekerjsama di dalam proses berkomunikasi. Ini
termasuklah:
Parafrasa
Penjelasan
Maklum balas
Kongruen
Mendengar untuk merasa
Menghormati
Penerimaan yang mesra
Konfrontasi
Peranan kaunselor dan klien
Kaunselor
Fasilitator
Mewujudkan suasana teraputik
Membantu klien supaya tidak bersofat defensif bterhadap tingkah lakunya.
Menganggap klien sama taraf dengan kaunselor dan berusaha mengenali
masalahnya.
Berusaha membantu klien mengenali diir dan masalahnya dengan jelas.
Klien
Klien memutuskan bahawa dia memerlukan kaunseling dan datang secara
sukarela
Pada awalnya, klien menghadapi kebimbangan, percanggahan perasaan dan
fikiran.
Klien bersedia untuk berbincang apabila merasa diterima dan dapat
menghayati perhubungan kaunselor dengan klien
Klien berasa lebih terbuka dan bebas meluahkan perasaan dan menjelajah
diri.
Klien cuba untuk mencari penyelesaian dengan bantuan kaunselor.
Klien menentukan pilihan dan tindakannya sendiri (dibantu oleh kaunselor).
Klien berupaya dan bersedia untuk berubah
Klien bersedia untuk terus berkembang dalam usaha mencari matlamat baru.
Limitasi
Tidak terdapat teknik yang khusus.
Kurang panduan tentang cara mewujudkan hubungan kaunselor dengan
klien.
Kebanyakan konsep tidak dapat dibuktikan dan diukur dengan mudah.
Yang ni contoh sesi dalam teori pemusatan insan.













BIBLIOGRAFI.
Akhiar Pardi (2013). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Kuala Lumpur.
Freemind Horizon
Kementerian pendidikan Malaysia (1993). Panduan Perlaksanaan Bimbingan Dan
Kaunseling di Sekolah Menengah Cetakan Kedua. Bahagian Sekolah KPM.
Unit Bimbingan dan Kaunseling.
Sapora Sipon (2008). Teori Kaunseling dan Psikoterapi. Universiti Sains Islam
Malaysia. USIM.
Sapura Sipon (2007). Perlaksanaan Bimbingan Dan Kaunseling. Universiti Sains
Islam Malaysia. USIM.
Fairus Fuzilah Binti Wahid. Diambil daripada URL:http://kaunselor1989.blogspot.com
/p /teori-kaunseling.html dilayari pada 6 Mac 2014