Anda di halaman 1dari 1

BILA ANAK MERAJUK ATAU BERGULING-GULING

MENGAMUK SEBAB HENDAK BARANG - APA


HENDAK DIBUAT?
by Prof. Dr. Rozieta Shaary

Merajuk dan tantrum adalah cara anak-anak menyatakan ketidakpuasan hatinya. Tantrum
adalah ekspres ke luar sementara merajuk ke dalam diri. Apa yang mereka perlukan semasa
itu ialah diyakinkan bahawa anda menyayangi dia.
Namun, jangan pula termasuk jerat iaitu mengikut sahaja kehendak mereka demi memujuk
mereka. Boleh pujuk, tapi tetap tegas dengan prinsip dan nilai. Jangan pula kerana hendak
memujuk dia dan menghentikan dia daripada berguling-guling hendak barang, anda beli saja
barang itu, walaupun pada awalnya anda kata tidak boleh. Jika anda bertindak begitu, anak-
anak yang kecil ini menyangka inilah cara untuk mendapat barang yang anda kata tak boleh
itu daripada anda. Nampak susah kan?
Yalah, siapa kata mendidik dan membesarkan anak untuk menjadi individu berwibawa,
pengasih dan berkebolehan tinggi ini senang. Itu sebab ramai ibu bapa mengambil jalan
singkat memukul bertalu-talu dan marah berlebihan supaya anak akan takut. Apa yang tidak
disedari kesan jangka panjang yang akan dirasakan bila mereka remaja atau menjadi dewasa.
Jangan pula menyangka, saya mengatakan jangan marah atau menghukum perbuatan itu.
Perlu marah dan menghukum perbuatan yang salah. Namun, lakukan dengan penuh kasih
sayang dan hormat. Ambil masa menjelaskan. Dan bila sudah habis menjalankan hukuman
itu, peluk dia dan yakinkan kasih sayang anda kepadanya. Supaya anak itu faham, yang salah
ialah perbuatannya. Dan yang anda tidak suka ialah perbuatan itu. Dia tetap andasayang dan
kasih. Susah? Ya, memang susah, namun ia boleh dilakukan dan bila anda lakukan anda tidak
lagi rasa sedih dan terkilan malah berasa lega.

LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL
1- Tenangkan anak itu.
2- Bawa dia keluar dari tempat itu dan pergi ke tempat lain
3- Bila sudah tenang, beritahu dia mengapa anda tidak mahu membelinya.
4- Berpakat dengannya untuk mencari jalan penyelesaiannya. Mungkin dia himpun duit ke
atau seperti itu.
5- Puji dia bila dia mahu bekerjasama bermaufakat dengan anda.6- Bila apa yang janjikan
tercapai, contohnya duit sudah cukup, TUNAIKAN JANJI itu.

Anda mungkin juga menyukai