Anda di halaman 1dari 65

KUMPULAN : PISMP (SEM 4) AMB JAN 2010

PENSYARAH : ENCIK ELIAS BIN TALIB



Pendidikan adalah usaha berterusan untuk
memperkembangkan potensi sumber daya
manusia secara menyeluruh aspek-aspeknya
rohani, inteleks,emosi dan jasmani melalui
pengajaran dan pembelajaran.
Dua buah konsep ini saling berkaitan dengan
lainnya, iaitu pengajaran dan pembelajaran
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
akan terjadi interaksi antara pengajar dan
pelajar. Oleh itu, mewujudkan kegiatan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
merupakan antara keutamaan yang turut
mengambil fungsi penting dalam profesion
seorang guru.

Tujuan pembelajaran yang diinginkan
tentunya mencapai tahap yang optimal, untuk
itu ada beberapa hal yang perlu diperhatikan
oleh seorang guru iaitu ,salah satu diantaranya
adalah strategi pengajaran dan pembelajaran,
kaedah dan juga teknik dalam p&p.
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran kita
pasti menemui istilah seperti strategi, kaedah
dan teknik.

STRATEGI
PENGAJARAN
KAEDAH
PENDEKATAN
TEKNIK
AKTIVITI

Istilah Dalam
Pengajaran Dan
Pembelajaran
Maksud Istilah
Strategi Strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau
kejayaan

(kamus dewan edisi ke 3 )
Kaedah Satu rancangan tentang apa yang akan dilaksanakan sesuai dengan situasi
bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran

(Ishak Ramli, 2006)

Cara mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip tertentu).

(kamus dewan edisi ke 4)
Teknik Satu kemahiran atau cara melaksanakan penyampaian bahan-bahan
pengajaran kepada pelajar-pelajar

Pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik
darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
(Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz )

Strategi - suatu susunan pendekatan-
pendekatan dan kaedah-kaedah untuk
mencapai sesuatu matlamat dengan
menggunakan tenaga, masa serta kemudahan
secara optimum.
Strategi pengajaran - rancangan gabungan
pendekatan dan kaedah serta turutan
pelaksanaan pendekatan dan kaedah.


STRATEGI
PENDI DI KAN
JASMANI
BERPUS ATKAN
MURI D
BERPUS ATKAN
BAHAN
BERPUS ATKAN
BERPUS ATKAN GURU
MURI D
PEMBELAJ ARAN
AKS ES KENDI RI
KONTEKS TUAL
KONS TRUKTI VI S ME
PEMBELAJ ARAN
MAS TERI
KAJ I AN MAS A
DEPAN
BERPUSATKAN GURU
Adalah cara paling lama digunakan dalam
sistem pendidikan.

Strategi ini mementingkan guru memainkan
peranan utama untuk menguasai dan mengawal
proses pengajaran dan pembelajaran.

Murid hanya bersifat pasif.
Murid hanya bersifat pasif kerana hanya
komunikasi sahala sahaja yang berlaku
semasa proses ini. Strategi ini lebih
kepada teknik hafalan.

Kesannya, murid yang dihasilkan tidak
kreatif dan tidak mempunyai inisiatif
untuk meneroka ilmu-ilmu yang baru.
CIRI-CIRI PEMUSATAN GURU
Guru memainkan peranan penting.
Komunikasi sehala.
Kepimpinan guru secara autokratik
Pencapaian objektif guru diutamakan.
Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan
daripada penyuburan nilai murni.
Penyampaian fakta secara menghafal.
Interaksi di antara murid adalah pasif.
Murid-murid kurang kreatif.

BERPUSATKAN MURID
Murid lebih digalakkan melibatkan diri
secara aktif dalam setiap sesi
pembelajaran.

Komunikasi dua hala berlaku dalam
proses ini dan guru hanya bertindak
sebagai fasilitator atau pemudahcara.


Teknik perbincangan dijalankan dengan
lebih banyak untuk memupuk sifat
kerjasama dan toleransi dalam kalangan
murid yang mempunyai pelbagai corak
kebolehan dan minat.


CIRI-CIRI PEMUSATAN MURID
Murid memainkan peranan penting.
Komunikasi dua hala. Guru menyoal dan juga
membimbing.
Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan dan
galakan murid memberi pendapat, objektif pencapaian
murid diutamakan dan perkembangan murid secara
menyeluruh.
Peluang interaksi di antara murid adalah
positif seperti bekerjasama, bertolak
ansur, dan tolong-menolong.

Kaedah kumpulan dan perbezaan & minat
murid dibentuk dengan itu, murid-murid
bersifat kreatif/ berinitiatif.

Kaedah dan teknik yang digunakan seperti
projek, inkuiri-penemuan, perbincangan,
penyoalanan, penyelesaian masalah,
simulasi, main peranan, sumbangsaran, dan
kumpulan kecil.
BERPUSATKAN BAHAN
Memberi penekanan kepada alat-alat
bantu iaitu (ABM) yang digunakan bagi
membantu pengajaran guru.

Bertujuan untuk membolehkan murid
memahami isi pelajaran dengan lebih
mudah dan berkesan.
Bahan pengajaran yang sistematik dapat
membantu murid untuk mengikuti
pelajaran tanpa kehadiran guru.

Sifat berdikari dalam kalangan murid
dapat dipupuk kerana mereka perlu
menghasilkan projek atau ujikaji tanpa
kehadiran guru.


CIRI-CIRI PEMUSATAN BAHAN
Bahan pelajaran memainkan peranan
penting kerana guru memerlukan bantuan
bahan untuk mencapai objektif pengajaran.

Komunikasi berlaku antara guru dan bahan
atau murid dan bahan pembelajaran.

Penekanan ditekankan kepada jasmani,
rohani, dan kognitif. Murid juga dilatih
dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari.
Peluang interaksi antara muid adalah
banyak.

Sifat sosial yang positif dapat dipupuk
melalui kaedah kumpulan kecil seperti
permainan, ujikaji, projek, perbincangan da
sebagainya.

Pengetahuan abstrak dapat dijadikan
konkrit dengan adanya bantuan bahan-
bahan pelajaran tersebut.

PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI
Belajar mengikut kadar dan kemampuan individu.
Murid memilih gaya belajar sendiri untuk
mengakses sumber pembelajaran dan menaksir
tugasan untuk memantau prestasi mereka.
Murid mempunyai autonomi dan
bertanggungjawab memperoleh pengetahuan dan
kemahiran secara sendiri.

PEMBELAJARAN MASTERI
Pendekatan pelajaran dan pembelajaran
yang sistematik dan berkualiti.

Pengajaran mengikut kemampuan
pembelajaran murid sendiri.

Tempoh pengajaran dan pembelajaran
yang mencukupi sebelum melangkah ke
topik lain.
KAJIAN MASA DEPAN
Menggalakkan murid memahami kesepaduan antara
pelbagai bidang ilmu.
Menyediakan murid meneroka alam pekerjaan masa
depan.
Menyemai keyakinan diri untuk menghadapi cabaran
masa depan.
Melatih menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan.

KONTEKSTUAL
Kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi
kandungan dengan pengalaman harian
individu,masyarakat dan alam pekerjaan.
Menyediakan pembelajaran secara konkrit yang
melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.
Murid dapat menghubungkaitkan kandungan
mata pelajaran dengan pengalaman harian.
KONSTRUKTIVISME
Merupakan satu fahaman bahawa murid membina
sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif dan
menyesuaikan maklumat yang diterima dengan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada untuk membina
pengetahuan baru.

Guru akan mengatur murid melakukan kajian dan
menyediakan aktiviti bagi murid untuk melaksanakan
sesuatu tindakan.
Strategi pengajaran menggabungkan pelbagai
kaedah dan pendekatan pengajaran untuk
mencapai kesan pengajaran yang optimum
sekali.
Strategi yang baik akan menggunakan masa,
tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi
menghasilkan kesan pengajaran dan
pembelajaran yang paling maksimum.

KEMBALI KE HALAMAN
UTAMA
Kaedah pengajaran adalah satu tahap di mana
sesuatu teori pengajaran itu cuba
diaplikasikan.
Hal ini dapat membantu guru untuk
menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan lancar sekiranya
menggunakan kaedah yang berkesan .
Oleh itu guru perlu bijak untuk memilih
kaedah pengajaran yang bersesuaian.

Kaedah Kuliah
kelas teori dan praktikal
sesi taklimat berkenaan dengan P&P
berkesan digabung dengan teknik yang lain.
Kaedah Demontrasi
melibatkan lisan dan penglihatan untuk keberkesanan
P&P
untuk menerangkan keadaan yang sukar hendak
diterang
pelajar lihat secara langsung.
Kaedah Inkuiri Penemuan
pembelajaran melalui pengalaman
penglibatan aktif murid-murid
menggalakan pemikiran kliritis dan analitis

Kaedah Masteri
pelajar boleh belajar mengikut kebolehan serta objektif
mereka.
Membenarkan pelajar mengunakan bahan yang berbeza
mengikut kebolehan mereka.
Kaedah Projek
mempercepatkan pembentukan kefahaman dalam
proses pembelajaran.
Pelajar dapat mengenalpasti, menganalisis, mereka
bentuk, membangunkan dan melaksanakan serta
menyelengarakan sistem yang dibina.

Kaedah Kolaboratif
pembelajaran berlaku menerusi interaksi
dengan orang lain.
Membentuk hubungan antara para pelajar,
pelajar akan dapat bekerja bersama-sama
sebagai rakan sebaya.
Kaedah Arahan
guru membimbing semasa pembelajaran
murid berpeluang menegmukakan idea
menggalakkan penglibatan murid

PENDEKATAN KAEDAH
Pendekatan Tradisi Kaedah Kuliah
Kaedah Kuliah-Demontrasi
Pendekatan Penyelesaian Masalah Kaedah Dapatan
Kaedah Perbincangan
Kaedah Penemuan
Pendekatan Gabungan Kaedah Kuliah
Kaedah Kuliah- Demontrasi
Kaedah Dapatan
Kaedah Perbincangan
Kaedah Penemuan
Guru menentukan
dahulu kemahiran
Guru memberi
penerangan dan
tunjuk cara kemahiran
Murid akan melakukan
kemahiran
Guru
menunjukkan semula
gerak kerja sekiranya
ada kesalahan yang
dilakukan.
Murid melakukan
berulang-ulang
sehingga
menguasainya.
KAEDAH KULIAH
digunakan untuk kelas-kelas teori dan praktikal.
Penilaian dan memberi maklum balas tidak
boleh diberikan semasa kuliah.
KAEDAH KULIAH
DEMONSTRASI
menggambarkan penerangan lisan.
Demonstarsi boleh digunakan oleh guru. pelajar
atau kumpulan pelajar
1. PENGENALAN TAJUK:
Menerang dan menjelaskan
skop pelajaran
Memberitahu pelajar apa yang
dikehendaki daripada mereka
2. MEMBANGKITKAN MINAT:
Sentiasa senyum, menghadap
kelas dan bercakap dengan
pelajar termasuk pelajar di
barisan belakang.
3.PERSEMBAHAN:
Kuat tetapi nada mesra
Jelas percakapan dan pilih
perkataan
Menggunakan teknik-teknik lain.
Ulang butiran penting
Guna lawak jenaka




4.PENUTUP :
Mengulangi perkara utama
Menggalakkan perbincangan
Meneguhkan perkara yang
lemah
PENDAHULUAN :
-Pelajar disusun supaya mereka boleh dengar dan lihat. Pelajar boleh
duduk, melutut ataupun berdiri
-Mengenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah kuliah
Kaitkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelum ini
DEMONSTRASI :
-Melakukan demonstrasi mengikut kadar pergerakan sebenar
-Ikut cara dan prosedur yang piawai
-Gunakan istilah yang piawai untuk mengelakkan kekeliruan
DEMONSTRASI DAN PENGAJARAN :
-Sewaktu membuat pelakuan , beri butiran yang sepatutnya
-Beri sebab tentang cara sesuatu pergerakan dilakukan
-Terang dengan sepenuhnya mengenai pergerakan yang tidak dapat dilihat
jika ia tidak diberitahu.
-Gunakan kaedah ansur maju dan mengajar mengikut turutan yang
sebenarnya.
-Kaitkan petalian antara kemahiran yang baru belajar dengan pengalaman -
-Ulang demonstarsi dan butiran yang penting
-Ulang pelakuan dengan kadar yang agak perlahan sedikit
-Membuat demontrasi untuk memberi pandangan yang berlainan
-Beri butiran dan perkara penting
PENUTUP :
-Ulang butiran atau perkara penting
--Menggalakkan perbincangan
Kukuhkan pengalaman yang terdapat dalam pengajaran

KAEDAH
PENEMUAN
KAEDAH
DAPATAN
KAEDAH
PERBINCANGAN
-memberi peluang kepada
pelajar supaya mereka menjadi
lebih produktif dan dapat
bertukar-tukar fikiran dengan
lebih berkesan
-sesuai kepada pelajar-pelajar di
peringkat menengah.
Kaedah ini mencabar pelajar supaya mencari
jawapan berdasarkan maklumat yang diberi
oleh guru
Guru memberikan maklumat yang kurang
lengkap mengenai sesuatu masalah dan
pelajar diminta melengkapkan atau mencari
jawapan bagi tugasan yang dikemukakan oleh
guru.
Peranan guru dalam kaedah ini ialah untuk
memberi panduan dan bantuan kepada pelajar
ketika mereka mencuba mendapatkan jawapan

Antara aktiviti dalam matapelajaran Pendidikan
Jasmani yang sesuai untuk menggunakan kaedah ini ialah
permainan kecil- Ayam dan Musang. Guru telah
memberitahu peraturan permainan terlebih dahulu dan
murid perlu mencari jalan sendiri untuk mengelak daripada
ditangkap oleh Musang.
Melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dengan pelajarnya di
dalam kelas, ianya bertujuan melatih pelajar memberikan pendapat
mengenai sesuatu topik yang ditetapkan
Kaedah perbincangan boleh dijalankan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani
melalui beberapa aktiviti. Contohnya, guru ingin mengajar topik berkaitan
Pergerakan Lokomotor.

Guru akan membahagikan murid dalam 4 kumpulan dan mereka perlu berbincang
bersama ahli kumpulan masing-masing untuk mengenalpasti aktiviti yang sesuai
sebelum mereka menjalankannya

Menyatukan kebaikan dari
kedua-dua kaedah.
Dengan menggunakan kaedah ini,
ianya dapat memberi kelonggaran
kepada guru memilih kaedah yang
sesuai dengan situasi tertentu
Memberi peluang, galakan kepada
pelajar menggunakan bakat dan
kebolehan sendiri dan seterusnya
menggalakkan murid berfikir
KEMBALI KE HALAMAN
UTAMA
kaedah mencipta sesuatu hasil
seni seperti muzik, karang-
mengarang dan sebagainya.

Kamus Dewan (edisi ketiga)
satu muslihat atau strategi
atau taktik yang digunakan
oleh guru untuk mencapai hasil
segera yang maksimum pada
waktu mengajar sesuatu
bahagian bahasa tertentu.
Edward M. Anthony
pengendalian suatu organisasi
yang benar-benar berlaku di
dalam bilik darjah di mana ia
digunakan untuk mencapai
sesuatu objektif.
Kamaruddin Hj. Husin & Siti
Hajar Hj. Abdul Aziz
kaedah membentuk teknik.
Misalnya kaedah bercerita =
teknik penyampaian

Mok Soon Sang
Teknik-teknik pengajaran :

Kemahiran atau perkara-perkara
khusus yang terdapat dalam sesuatu
kaedah
Selaras dengan pendekatan dan kaedah yang
digunakan.
Teknik yang dipraktikan mestilah membawa satu
objektif iaitu setiap murid akan dapat manfaat
daripada gaya yang dikemukakan.
Teknik pengajaran dapat dibahagikan kepada 3
kategori yang utama iaitu :



Pengajaran
Langsung
Pengajaran Tidak
Langsung
Pengajaran
Gabungan
KEMBALI KE HALAMAN
UTAMA
Pengajaran Langsung
Teknik ini mementingkan guru. Seseorang guru
membuat semua atau kebanyakan daripada
keputusan tentang apa, bagaimana dan bila
sesuatu aktiviti itu bermula.
Teknik-teknik pengajaran yang digunakan ialah :



TEKNIK TUNJUK CARA TEKNIK ARAHAN
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN
KEMBALI
Teknik Tunjuk Cara

Ciri-ciri teknik ini ialah;
Pembelajaran melalui pemerhatian dan pendengaran.
Pelajar cuba membuat dan meniru pergerakan yang
dilihat walaupun berlaku kesilapan.
Guru perlu melakukan tunjuk cara seberapa baik yang
mungkin untuk dicontohi oleh pelajar.
Gantikan dengan pelajar yang berkebolehan sebagai
ganti.
Gunakan gambar, slaid, filem dan lain-laian sebagai
membantu penerangan.

KEMBALI
Teknik Arahan

Dalam gaya ini, guru mengawal APA yang akan
dipelajari,BAGAIMANA ia dilakukan serta MULA
dan AKHIR sesuatu aktiviti.
Ciri-ciri teknik ini ialah;
Kemahiran yang boleh dipelbagai.
Guru menimbulkan suasana yang sesuai dan murid
tidak ragu untuk mencuba.
Arahan hendaklah jelas dan mudah difahami.
Bagi mengalakkan murid mencuba secara sendiri dan
lebih kreatif.
Bandingkan dengan pergerakan kemahiran tertentu
(permainan atau acara tertentu).

KEMBALI
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN
Kelebihan penggunaan teknik ini ialah;
1 Teknik yang berkesan.
2 Berfokus kepada yang ingin dipelajari.
3 Tidak banyak peluang untuk salah faham dan salah
interpretasi.
4 Persekitaran pembelajaran yang berstruktur.
Kelemahan teknik ini ialah;
1. Tidak ambil kira perbezaan individu (kesesuai
perkembangan), anggap pelajar mencapai tahap
pembelajaran dan kemajuan yang sama (kesesuai umur
kumpulan).
2. Lebih mementingkan matlamat atau hasil pengalaman
pembelajaran daripada proses pembelajaran itu.


KEMBALI
Pengajaran Tidak Langsung

Teknik ini berpusatkan pelajar. Ia berasaskan
falsafah bahawa pembelajaran adalah lebih
daripada mengulang dan meniru perlakuan yang
betul.
Pembelajaran seharusnya juga melalui
percubaan, penyelesaian masalah dan penemuan
diri.
Teknik pengajaran yang digunakan ialah;

TEKNIK BIMBINGAN
INDIVIDU

TEKNIK MENGESAN
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN
KEMBALI
Teknik Bimbingan Individu

Ciri-ciri teknik ini ialah:
Memerhati setiap murid untuk mengetahui masalah
pembelajaran.
Gunakan beberapa pendekatan untuk membantu
murid mencapai matlamatnya dan matlamat guru.
Gunakan banyak gerak kerja yang berbentuk
penyelidikan dan selesaikan masalah yang timbul
dalam program yang dirancang.
Beri peluang untuk melakukan pergerakan dari yang
mudah kepada susah dan kompleks.
Kenalpasti secara cepat bagi menentukan pelajar yang
mampu menguasai kemahiran dalam masa singkat
dan memerlukan masa yang lebih lama.

KEMBALI
Teknik Mengesan

Ada pelajar yang mengalami masalah dalam
mencapai kemahiran.
Disebabkan oleh :
tekanan emosi,
masalah koordinasi,
bentuk badan dan fizikal.
Guru hendaklah tahu mengesan masalah
tersebut. Kemahiran ini dapat dikuasai jika guru:
Boleh melakukan kemahiran dengan betul.
Mengetahui tiap-tiap bahagian corak pergerakan.

KEMBALI
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN
Kelebihan kelebihan :

1 Membenarkan penglihatan lebih oleh guru dalam
proses pembelajaran.

2. Mengambil kira perbezaan di kalangan pelajar dan
pelajar mempunyai peluang belajar mengikut tahapnya
sendiri.

3. Memupuk pembangunan arah kendiri


KEMBALI
Pengajaran Gabungan
Strategi pengajaran menggabungkan pelbagai
teknik pengajaran untuk mencapai kesan
pengajaran yang optimum sekali.

KEMBALI
Strategi pengajaran menggabungkan pelbagai
kaedah dan pendekatan pengajaran untuk
mencapai kesan pengajaran yang optimum
sekali.
Strategi yang baik akan menggunakan masa,
tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi
menghasilkan kesan pengajaran dan
pembelajaran yang paling maksimum.

Terdapat banyak strategi, kaedah dan teknik
yang boleh digunakan oleh guru semasa P & P
Guru bebas memilih strategi, kaedah dan
teknik yang hendak digunakan kerana tiada
satu pun strategi, kaedah dan teknik yang
spesifik semasa proses P & P.
Pemilihan ini mestilah secara kreatif agar
kanak-kanak memperoleh pengalaman yang
berguna.


KEMBALI KE HALAMAN
UTAMA
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Strategi Pengajaran dan
Pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kuala
Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mok Soon Sang.(2009).Psikologi Pendidikan dan Pedagogi:Murid dan Alam
Belajar.Selangor:Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Noraini Idris&Shuki Osman.(2009).Pengajaran dan Pembelajaran:Teori dan
Praktis.Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd.
Shahabuddin Hashim,et.al.(2007).Pedagogi:Strategi dan Teknik mengajar
dengan berkesan.Kuala Lumpur:PTS.
http://www.diecoach.com/2009081896/STRATEGI-PEMBELAJARAN-
PENDIDIKAN-JASMANI.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perbincangan_Pengguna:Tetuanpari

Anda mungkin juga menyukai