Anda di halaman 1dari 23

MENTAKSIR KEMAHIRAN

MATEMATIK
Tujuan utama pentaksiran dilakukan di dalam
bilik darjah adalah untuk mengumpul
maklumat bagi memudahkan proses
membuat sesuatu keputusan. Diantara
kepentingan pentaksiran dalam bilik darjah
matematik adalah :
Mewujudkan bilik darjah yang seimbang.
Guru mewujudkan suasana positif untuk
menggalakan iklim bagi pembelajaran matematik.
Peraturan dan kerjasama sentiasa diutamakan di
mana pelajar yang cerdas membimbing pelajar
yang lemah. Hubungan di antara guru dan pelajar
pula berada dalam suasana harmoni dan saling
membantu dalam pelbagai perkara.

Merancang Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran
Seseorang guru memerlukan pentaksiran tentang
kesilapan pengajaran yang lepas dalam
menghubungkan kefahaman pelajar dalam
sesuatu topik matematik.S atu perancangan
pengajaran dan pembelajaran dengan cara baru
dapat diterapkan dalam pengajaran guru malah
lebih berinformasi tentang keperluan
pembelajaran pelajar dan membolehkan guru
membaiki kaedah pengajaran sejajar dengan
keperluan pelajar

Menyediakan Maklumbalas dan Insentif
Maklumat pentaksiran dapat dibuat dengan
merujuk buku aktiviti dan latihan pelajar.
Disamping itu juga kuiz, ujian bulanan dan polio
matematik boleh digunakan untuk melihat
kemajuan dan kebolehan pelajar. Maklum balas ini
dapat mengubah dan meningkatkan pembelajaran
matematik pelajar

Mengenalpasti masalah pelajar
Apabila masalah pembelajaran pelajar sudah
dikenal pasti, program diagnostik boleh
dijalankan ke atas pelajar tersebut.
Masalahpembelajaran matematik dapat dikesan
dan tindakan segera dapat dilakukan bagi
mengurangkan masalah pelajar.

Membuat penilaian dan pengredan kemajuan pelajar
Penilaian seseorang pelajar dilakukan
berdasarkan kepada rekod kemajuan
pembelajarannya. Rujukan norma yang
melibatkan perbandingan kemajuan pelajar
digunakan bersama rujukan kriteria yang tidak
membandingkan perbezaan itu. Pengredan juga
dilakukan untuk membuat keputusan tentang
pemilihan pelajar yang berbakat dan pelajar yang
akan mengikuti pendidikan khas

Terdapat 3 aspek penting dalam matematik
yang perlu dikembangkan dalam diri pelajar:
1. Matematik sebagai penaakulan
2. Matematik sebagai komunikasi
3. Matematik sebagai penyelesai masalah
Penilaian kemapuan murid dalam matematik
melibatkan pelbagai konsep dan kemahiran.
Connolly (1998) mengkelaskan kemahiran
matematik sebagai:
1. Kandungan: Nombor,fractions(Pecahan),
algebra, geometri.
2. Operasi: Mengira, komputasi,reasoning.
3. Aplikasi: Ukuran,penyelesai masalah, wang
dan masa.
Tujuan Mentafsir Matematik
Sceening
Mengenalpasti
Penempatan
Merancang P&P
Intervensi Awal
Membentuk RPI
Menilai Perkembangan Murid
Menilai Keberkesanan Program.


Ujian Diagnostik Matematik
Kemahiran yang terkandung dalam Ujian
Diagnostik Matematik:
1. Sistem Nombor
Kuantiti dan nilai
Angka bulat
Mengenal nombor yang hilang dalam turutan
Mengira
2. Konsep asas pecahan,perpuluhan, dan
peratus
3. Algebra
4. Geometri
5. Pengiraan titik atau objek dan menulis
nombor
6. Pengoperasian pengiraan tambah,tolak ,
darab dan bahagi.
MASALAH MATEMATIK
Terdapat beberapa masalah , antaranya:
1. Mengenalpasti bentuk
Bentuk-bentuk asas- bulat, segiempat, segitiga dll.
2. Mengenalpasti pola bentuk
- Sifat asas sesuatu bentuk.
3. Penguasaan konsep nombor.
- Bentuk dan nilai
- Nombor bulat, genap, ganjil dll
4. Penguasaan operasi asas matematik.
-Tambah, tolak, darab bahagi.
CARA PENTAKSIRAN
Senarai semak
Inventori matematik tidak formal
Analisis Ralat: Kesilapan yg dilakukan oleh
murid.
Penyoalan klinikal
Ujian Rujukan Kriteria.
UJIAN DIAGNOSTIC MATEMATIK
SPESIFIK
Keymath Diagnostic Arithmetic Test( Connolly,
Nachtman & Pritchet, 1976)
Penilaian individu
Peringkat Kindergarten
Mengandungi 14 subtests
3 bidang Isi kandungan, operasi dan aplikasi.
UJIAN DIAGNOSTIC MATEMATIK
SPESIFIK
Stanford Diagnostic Mathematics Test.
( Beatty, Gardner, Madden & Karlsen,1985)
- Dilaksanakan secara berkumpulan
- Ujian rujukan norma
- 4 booklet: Merah, hijau, brown,biru.
- 2 fungsi: Ujian yg digunakan oleh guru kelas
- Menilai progam oleh pentadbir
- 3 Subtest:
- - Sistem nombor
- - Computation
- - Aplikasi
Test Of Mathematical Abilities ( Brown&
McEntire,1984)
Ujian Rujukan norma
Info mengenai komputasi,penyelesaian masalah, sikap
berkaitan matematik, perbendaharaan kata matematik.
Mengenalpasti kekuatan murid ( melebihi peringkat
umur atau lewat.
Dokumentasi progres
Alat Kajian
5 subtest-sikap,perbendaharaan kata, komputasi,
informasi umum, story problems.
Diagnostics Mathematics
Inventory/Mathematics Systems (Gessel,
1983)
Ujian rujukan kriteria
2 Sistem- sistem Gred
- sistem asas objektif
Bidang-nombor bulat, pecahan dan
perpuluhan, ukuran dan geometri,
penyelesaian masalah.
ISU PELAKSANAAN PENTAKSIRAN MATEMATIK
Terdapat beberapa isu, diantaranya:
Kesesuaian instrumen yang digunakan. Hasil
analisis tidak memberi gambaran yang
sebenar
Kesesuaian tempat/lokasi ujian dijalankan.
Perlu sesuai dengan masalah kanak-kanak.
Masa Ujian di jalankan. Tidak sesuai dijalankan
pada waktu-waktu tertentu.
Keadaan emosi kanak-kanak semasa ujian
dijalankan.
Keperluan untuk rehat. Untuk menghadapi
masalah tumpuan.
Kesesuain kurikulum. Pelbagai kurikulum
diguna pakai.
Tidak menguji secara detail mengenai fakta
dan konsep.

Anda mungkin juga menyukai