Anda di halaman 1dari 1

Refleksi minggu 1

Dalam tajuk pertama ini, saya mengetahui manusia haruslah berusaha untuk
meningkatkan taraf hidupnya dalam satu keadaan yang lebih baik. Pada
peringkat awalnya, manusia mendiami kawasan tepian sungai untuk
mendapatkan bekalan makanan dan minuman. Dari penempatan manusia itu, ia
telah berkembang menjadi masyarakat negara kota seperti bandar-bandar Uruk,
Kish, Lagash dan Ur di sepanjang Sungai Euphrates dan Tigris. Kemudian
berkembang menjadi tamadun awal manusia, iaitu Tamadun Mesopotamia kira-
kira 5000 S.M.
Seterusnya, tamadun mendedahkan kita suatu cara hidup yang sentiasa
berkembang tatkalala manusia mula menetap di satu kota atau bandar. Di dalam
kota atau bandar tersebut akan wujudnya suatu organisasi sosial dan politik yang
dikenali sebagai negara. Manakala agama merupakan satu aspek yang tidak
boleh diabaikan dalam menjalankan sesuatu kajian tentang ketamadunan.
Fenomena agama penting difahami kerana ianya merupakan sebahagian
daripada kehidupan manusia. Dengan kata lain, tanpa manusia mustahil
wujudnya satu-satu agama. Justeru itu perkara asas yang diguna pakai dalam
menentukan sama ada bertamadun atau tidak sesuatu masyarakat haruslah
dibina di atas perspektif yang berpaksikan sistem nilai iaitu agama Islam.

Anda mungkin juga menyukai