Anda di halaman 1dari 37

PENDAHULUAN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera saya ucapkan. Di sini saya ingin
menerangkan beberapa perkara mengenai tugasan yang diberikan kepada saya di
bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Seni Visual. Tugasan ini diberi kepada saya pada
23 Julai 2012 dan perlu disiapkan pada 28 Ogos 2012.
Kursus Pentaksiran Pendidikan Seni Visual (PSV 3111) ini meliputi konsep
pentaksiran PSV, jenis-jenis pentaksiran, tujuan pentaksiran PSV, kaedah pentaksiran
PSV, peraturan memberi markah, penilaian hasil kerja dan penilaian portfolio. Untuk
semester 6 ini, saya dikehendaki menyediakan tugasan dengan membuat pembacaan,
mengumpul, memproses maklumat dan merekabentuk borang-borang yang
berdasarkan Pentaksiran Pendidikan Seni Visual.
Bagi menyiapkan tugasan ini, saya dikehendaki mengumpul maklumat tentang
jenis-jenis pentaksiran Pendidikan Seni Visual. Hasil daripada maklumat yang dikumpul
dan diperoleh, saya dikehendaki menghasilkan pengurusan grafik tentang banding beza
jenis-jenis pentaksiran Pendidikan Seni visual. Seterusnya, saya juga dikehendaki
mengenal dan menghurai kriteria-kriteria utama dalam peraturan memberi markah
Pendidikan Seni Visual secara analitik iaitu berdasarkan kepada aspek-aspek seperti
kriteria kandungan, kriteria pengelolaan dan kriteria proses. Kemudian saya perlu
merekabentuk borang skema pemarkahan dan rubrik pemberian markah dalam
penilaian hasil kerja 4 Bidang Kegiatan Pendidikan Seni Visual.
Saya juga dikehendaki membuat satu penulisan refleksi sebanyak lebih kurang 2
hingga 3 muka surat. Penulisan refeleksi ini perlu merangkumi aspek-aspek seperti
pengalaman saya semasa melakukan tugasan ini, masalah yang dihadapi semasa
menjalankan tugasan ini dan cara mengatasinya, serta huraian bagaimana pengalaman
saya dalam menjalankan tugasan ini mampu meningkatkan kefahaman saya tentang
perkembangan kognitif individu.

Akhir kata, saya berharap tugasan ini akan dapat meningkatkan kefahaman saya
tentang pentaksiran Pendidikan Seni Visual dan sebagai ulangkaji bagi persediaan
menduduki peperiksaan akhir semester yang akan dijalankan tidak lama nanti.






















ISI KANDUNGAN
1.0 Pengertian dan Konsep Pentaksiran PSV
1.1 Konsep Pentaksiran
1.2 Konsep Pengujian
1.3 Konsep Pengukuran
1.4 Konsep Penilaian

2.0 Banding Beza Jenis-Jenis Pentaksiran Pendidikan Seni Visual.
3.0 Kriteria utama dalam peraturan memberi markah Pendidikan Seni Visual secara
analitik.
3.1 Pengenalan
3.2 Kriteria Penilaian Bidang Menggambar
3.3 Kriteria Penilaian Bidang Membuat Corak dan Rekaan
3.4 Kriteria Penilaian Bidang Membentuk dan Membuat binaan.
3.5 Kriteria Penilaian Bidang Mengenal Kraf Tradisional
3.6 Tindakan Susulan

4.0 Skema Pemarkahan dan Rubrik Pemberian Markah dalam Penilaian Hasil Kerja 4
Bidang Kegiatan Pendidikan Seni Visual.
4.1 Skema dan Rubrik Pemarkahan Pendidikan Seni Visual Bidang Menggambar.
4.2 Skema dan Rubrik Pemarkahan Pendidikan Seni Visual Bidang Membuat
Corak dan Rekaan
4.3 Skema dan Rubrik Pemarkahan Pendidikan Seni Visual Bidang Membentuk
dan Membuat Binaan.
4.4 Skema dan Rubrik Pemarkahan Pendidikan Seni Visual Bidang Mengenal Kraf
Tradisional.
4.5 Borang Pemarkahan Pendidikan Seni Visual (KBSR)
4.6 Rubrik Penentuan Gred Pemarkahan Pendidikan Seni Visual

5.0 Refleksi
6.0 Rujukan





























1.0 Pengertian dan Konsep Pentaksiran PSV

1.1 Konsep Pentaksiran.
Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi
skor dan menginterpretasikan maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang
pelajar bagi tujuan tertentu. Pentakiran dapat dirumuskan seperti carta di bawah;


Tujuan Pentaksiran
i. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam
pembelajaran
ii. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
iii. Merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk
menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran
juga bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik,
kemahiran atau sikap
iv. Merangkumi aspek penilaian, pengujian dan pengukuran.



Langkah / tindakan / operasi yang
digunakan untuk mendapatkan hasil
yang dikehendaki
Proses
Bukti tentang prestasi pelajar dalam
sesuatu perkara yang ditaksir
Maklumat
Proses pertimbangan tentang
pencapaian pendidikan pelajar

Penghakiman
Pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang pelajar perolehi setelah melalui
proses pendidikan
Produk.


PENTAKSIRAN
DEFINISI
TUJUAN
CONTOH
Pentaksiran membolehkan
sistem persekolahan,
sekolah-sekolah, pengajar
dan guru serta pelajar dan
murid meningkatkan dan
memberikan piawaian yang
lebih bermakna
Piawaian yang ditetapkan
boleh memberikan fokus atau
tumpuan serta arah kepada
pengajaran dan pembelajaran
Keputusan dan hasilan dari
pentaksiran menyokong
unsur-unsur penting dan
utama terhadap sifat,
kekuatan dan kelemahan
prestasi murid dan pelajar
yang berkaitan dengan
piawai.
meningkatkan motivasi
pelajar

Pentaksiran satu proses
mendapatkan malumat
dan seterusnya
membuat penghakiman
serta pertimbangan
tentang produk sesuatu
proses pendidikan.
Konteks pendidikan
:pentaksiran merupakan
satu episod dalam
proses pembelajaran
yang merangkumi aktiviti
menghurai, mengumpul,
merekod, memberi skor
dan menginterpretasi
maklumat tentang
pembelajaran seorang
pelajar bagi sesuatu
tujuan.



pentaksiran untuk
pembelajaran (assessment
for learning)
pentaksiran sebagai
pembelajaran (assessment
as learning).
pentaksiran kepada
pembelajaran (assessment
of learning) .

1.2 Konsep Pengujian



PENGUJIAN
DEFINISI TUJUAN CONTOH
1 teknik untuk
mendapatkan maklumat
tentang perubahan tingkah
laku individu.
Ujian terdiri daripada 1 set
soalan atau tugasan yang
membuatkan murid
memberi 1 set tindak balas
atau respon.
Ujian merupakan alat
pengukuran yang hanya
mengukur pencapaian
murid (dalam bentuk
markah) sahaja.
1. Mengesan hasil
pembelajaran yang
telah dicapai.
2. Mengesan
kemajuan yang
telah diperoleh
mengenai
pencapaian hasil
pembelajaran yang
lain.
3. Ujian petempatan
akan menentukan
kemahiran dan
penguasaan sedia
ada murid sebelum
pengajaran.
4. Ujian diagnostik
menentukan punca
masalah
pembelajaran dan
dengan itu
membantu guru
menentukan teknik
pemulihan yang
perlu digunakan.
1. Menyelesaikan
masalah Matematik.
2. Melukis 1 gambar
rajah.
3. Mentakrif sesuatu
perkataan.
1.3 Konsep Pengukuran



PENGUKURAN
DEFINISI TUJUAN CONTOH
1. Menentukan tahap
pencapaian dan
kedudukan di antara
murid.
2. Membuat perbandingan
pencapaian dan
kedudukan di antara
murid dalam mata
pelajaran tertentu
ataupun keseluruhan
pencapaian akademiknya.
3. Untuk pengelasan dan
menempatkan pelajar
dalam jurusan kurikulum
yang sesuai.
4. Untuk pensijilan sebagai
tahap pencapaian
akademik dalam sesuatu
peringkat persekolahan.
Suatu proses untuk
mendapatkan penjelasan
secara numerik (angka)
tentang sebanyak mana
individu atau pelajar
mempunyai suatu ciri yang
diukur dengan
menggunakan alat tertentu
Untuk menentukan sejauh
mana seseorang individu
memiliki prestasi/ciri-ciri
tertentu.
1. Ramli mendapat 60%
dalam ujian Matematik.
Pencapaian Matematik
diukur tanpa
memberikan nilai
kepada ukuran yang
diperoleh.
2. Kemahiran melukis
murid boleh diukur
melalui pemerhatian/
pencerapan, sementara
pengetahuan dan
sikapnya boleh diukur
melalui temubual.

1.4 Konsep Penilaian



























PENILAIAN
DEFINISI TUJUAN CONTOH
PENILAIAN
DEFINISI TUJUAN CONTOH
Diagnosis

Pencapaian

Pemilihan dan
Penempatan

Bimbingan dan
Kaunseling


satu proses sistematik
untuk menetukan sejauh
mana objektif
pengajaran telah dicapai
oleh para pelajar.
suatu proses mentaksir
sama ada kuantiti
sesuatu yang diukur itu
boleh diterima atau tidak.
melibatkan
pengenalpastian,
pemerolehan dan
pentafsiran maklumat
yang berguna bagi
pertimbangan pilihan-
pilihan keputusan
berasaskan kepada
sesuatu objektif
pendidikan.


1. Penilaian KEndiri:
bertujuan menentukan sama ada
diri inidvidu yang menilai itu sendiri
sama ada memahami apa yang
dipelajari atau sudah bersedia untuk
menduduki ujain atau peperiksaan.

2. Penilaian Guru
bertujuan mennetukan sama ada
setiap pelajar memahami apa yang
diajarnya dan juga menilai
keberkesanan pengajarannya

3. Penilaian Piawai
bertujuan menentukan
percapaian seseorang pelajar
berbanding dengan pencapaian
pelajar-pelajar, dan seterusnya
menentukan sama ada pelajar
tersebut dapat melanjutkan
pelajaran dalam bidang-bidang
tertentu.

3.0 Kriteria utama dalam peraturan memberi markah Pendidikan Seni Visual
secara analitik.

3.1 Pengenalan
Penilaian merupakan kayu pengukur kepada keberkesanan sesuatu pengajaran
dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas. Oleh yang demikian, ianya
amat penting bagi setiap guru bagi melihat sejauh mana keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan berkesan kepada anak murid.
Di dalam penilaian terdapat empat perkara penting yang perlu dinilai iaitu:

a. Pemilihan dan penyediaan alat dan bahan.
Penilaian hendaklah dilakukan sama ada pemilihan alat-alat yang sesuai
atau tidak dengan gerak kerja yang akan dilakukan oleh murid.

b. Pengwujudan Idea
Pengwujudan idea merupakan satu aspek yang sangat penting dalam
menghasilkan sesuatu hasil kerja yang bermutu, di dalam membuat
penilaian perkara-perkara berikut diberi perhatian:

Cara mendapatkan idea melalui bahan-bahan rujukan atau mencari
sumber asli.
Alam sekitar
Pengalaman
Perbincangan
Penerokaan dan pengamatan

Cara memperkembangkan idea:
Mengkaji idea yang boleh digunakan, menunjukkan makna,
hasrat dan tujuan.
Memilih idea yang sesuai
Mengubahsuai pelbagai idea
Menyusun idea
Mensintesis idea

c. Kegunaan bahan dan aplikasi teknik
Kebolehan menggunakan alat-alat yang sesuai dengan gerak kerja seni.
Menggunakan bahan dan teknik yang sesuai dengan tema, makna,
hasrat, tujuan dan idea.

d. Kekemasan dan Sahsiah:
Penilaian kekemasan perlu diberi kerana ia dapat melahirkan pelajar
yang berdisplin melalui diri dan kerja supaya dapat menguasai alatan
dan kemahiran melalui kehalusan mutu kerja karya seni.

























3.2 Kriteria Penilaian Bidang Menggambar
Di bawah merupakan contoh penilaian aktiviti Mozek bagi bidang Menggambar
yang bertajuk Kartun Kegemaran Saya yang meliputi aspek kriteria kandungan,
kriteria pengelolaan dan criteria proses.

3.2.1 Kriteria Kandungan:
a. Pemilihan dan penyediaan alat dan bahan

Bidang : Menggambar.
Teknik : Mozek.
Tajuk : Kartun Kegemaran Saya.


Alat:

Bahan:
Gunting
Pembaris

Pensel Warna
Pensel
Kertas Warna



b. Pengwujudan idea:
Memilih tema
Pemeringkatan idea membuat lakaran dan gubahan










3.2.2 Kriteria Pengelolaan

BIL

KRITERIA

PERINCIAN KRITERIA

MARKAH


1.
APLIKASI ILMU
DAN
KEMAHIRAN
Pecahan ruang yang sesuai (perspekrif dan
ruang.)
Gunting rupa geometri secara tepat, kemas
dan betul.
Rupa dan bentuk yang tepat
Imbangan subjek dalam ruang
Pemilihan sudut pandangan yang menarik
Aplikasi asas seni reka



30%

2.
PENEROKAAN
ALAT DAN
BAHAN


Olahan dan teknik mewarna
Kesan dan suasana mood yang ditunjukkan
Kesan ruang dan olahan warna.
Olahan dan teknik penggunaan garisan dalam
mewujudkan kesan jalian, bentuk, ton, ruang.
Penggunaan media dengan teknik yang
sesuai


20%

3.
KEASLIAN IDEA

Kesesuaian karya dengan tema / mesej
menepati soalan.
Keberkesanan dalam mewujudkan
komunikasi melalui kesan tampak.

20%

4.
APRESIASI
SENI
Olahan idea susun atur objek dan objek
sokongan.
Gaya tersendiri dan keaslian

20%

5.
SIKAP DAN
SAHSIAH
Kemasan hasil kerja
Kolaborasi dan komitmen terhadap tugasan.

10%

3.2.2 Kriteria Proses:

Bidang : Menggambar
Teknik : Mozek
Tajuk : Kartun Kegemaran saya

Langkah-langkah:
1. Melakar dan menggunting rupa geometri iaitu sfera, hemisfera, dan segitiga.
2. Jumlah lakaran :
Jenis geometri Jumlah
a. sfera 3
b. hemisfera 4
c. segitiga 2

3. Sfera ditampal secara jarak antara satu sama lain (mozek) sebagai kepala dan
mata kartun. Jumlah sfera yang diperlukan 3.
4. Cantumkan semua rupa geomteri kertas warna dengan gam. Lakukan dengan
kemas dan mengikut kreativiti masing-masing.

Rumusan Pemberian Markah:
Saya harus melihat melalui aspek-aspek berikut:
1. Murid dapat menggunting rupa geometri secara tepat, kemas dan betul.
2. Rupa dan bentuk yang tepat dapat dihasilkan
3. Terdapat kesimbangan subjek dalam ruang
4. Penggunaan media dengan teknik yang sesuai.
5. Gaya tersendiri dan keaslian
6. Olahan idea susun atur objek dan objek sokongan yang menarik.
7. Kemasan hasil kerja yang baik.
8. Kolaborasi dan komitmen terhadap tugasan yang diberikan.




3.3 Kriteria Penilaian Bidang Membuat Corak dan Rekaan.
Di bawah merupakan contoh penilaian aktiviti Percikan bagi bidang Membuat
corak dan rekaan yang bertajuk Penanda Buku yang meliputi aspek kriteria
kandungan, kriteria pengelolaan dan criteria proses.

3.3.1 Kriteria Kandungan:
a. Pemilihan dan penyediaan alat dan bahan

Bidang : Membuat Corak dan Rekaan
Teknik : Percikan
Tajuk : Penanda Buku

Alat: Bahan:
Berus gigi
Palet
Bekas air
Kain
Gunting
Penebuk lubang
Warna poster
pensel
Surat khabar.
Kertas lukisan A3
Reben



b. Pengwujudan idea
Memilih tema
Pemeringkatan idea gubahan dan motif corak.

c. Jenis corak yang dipilih:
Corak Tidak Terancang

d. Jenis rekaan yang diplih:
Kad Ucapan





3.3.2 Kriteria Pengelolaan




BIL

KRITERIA

PERINCIAN KRITERIA

MARKAH


1.

APLIKASI ILMU
DAN
KEMAHIRAN

Pecahan ruang yang sesuai (perspekrif dan
ruang.)
Pemilihan motif corak yang sesuai
Imbangan subjek dalam ruang
Pemilihan sudut pandangan yang menarik
Aplikasi asas seni reka



30%

2.

PENEROKAAN
ALAT DAN
BAHAN

Olahan dan teknik mewarna
Kesan dan suasana mood yang ditunjukkan
Kesan ruang dan olahan warna.
Olahan dan teknik penggunaan warna dalam
mewujudkan kesan ruang yang menarik.
Aplikasi teknik percikan dengan betul.


20%

3.

KEASLIAN
IDEA

Kesesuaian karya dengan tema / mesej
menepati soalan.
Penggunaan media dengan teknik yang
sesuai
Keberkesanan dalam mewujudkan
komunikasi melalui kesan tampak.


20%

4.

APRESIASI
SENI
Olahan idea susun atur motif
Gaya tersendiri dan keaslian

20%

5.

SIKAP DAN
SAHSIAH

Kemasan hasil kerja
Kolaborasi dan komitmen terhadap tugasan.


10%

3.3.3 Kriteria Proses:

Bidang : Membuat Corak dan Rekaan
Teknik :Percikan
Tajuk : Corak tidak terancang percikan warna air
Tema : Penanda Buku

Langkah-langkah:
1. Membuat pemilihan warna yang menarik dan bancuh di dalam bekas
pembancuh warna.
2. Celup berus gigi ke dalam palet yang terdapat cat air.
3. Percikan warna air pada berus gigi ke atas permukaan kertas lukisan.
4. Warna yang telah dipercikan dibiarkan kering.

Menghasilkan kad ucapan :
1. Buat lakaran rupa penanda buku mengikut kreativiti masing-masing.
2. Gunting kertas lukisan mengikut lakaran rupa bentuk penanda buku yang dilukis.
3. Tebuk lubang di hujung kad penanda buku.
4. Membuat kemasan dengan mengikat dengan reben pada lubang penanda buku.

Rumusan Pemberian Markah:
Saya harus melihat melalui aspek-aspek berikut:
1. Aplikasi teknik percikan dengan betul.
2. Terdapat kesimbangan subjek dalam ruang
3. Penggunaan media dengan teknik yang sesuai.
4. Gaya tersendiri dan keaslian
5. Olahan idea susun atur motif corak
6. Kemasan hasil kerja yang baik.
7. Kolaborasi dan komitmen terhadap tugasan yang diberikan.




3.4 Kriteria Penilaian Bidang Membentuk dan Membuat Binaan.
Di bawah merupakan contoh penilaian aktiviti Mobail bagi bidang Membentuk
dan Membuat Binaan yang bertajuk Rama-rama Kertas yang meliputi aspek
kriteria kandungan, kriteria pengelolaan dan kriteria proses.

3.4.1 Kriteria Kandungan:
a. Pemilihan dan penyediaan alat dan bahan

Bidang :Membentuk dan Membuat Binaan.
Teknik : Mobail
Tajuk : Rama-Rama Kertas


Alat:

Bahan:
Pisau
Gunting
Pembaris

Pensel
Pensel warna
Kertas warna
Tali parcel


b. Pengwujudan idea
Memilih tema dan tajuk
Pemeringkatan idea dan teknik membuat mobail Rama-rama
kertas
Olahan dan gubahan pada kemasan akhir karya.









3.4.2 Kriteria Pengelolaan





BIL

KRITERIA

PERINCIAN KRITERIA

MARKAH


1.

APLIKASI ILMU
DAN
KEMAHIRAN
Pecahan ruang yang sesuai (perspekrif dan
ruang.)
Keteguhan dan tapak yang kukuh
Rupa dan bentuk yang tepat
Imbangan subjek dalam ruang
Pemilihan sudut pandangan yang menarik
Aplikasi asas seni reka



30%

2.

PENEROKAAN
ALAT DAN
BAHAN
Olahan unsur seni dan prinsip rekaan
Kesan dan suasana mood yang ditunjukkan
Kesan ruang dan olahan warna.
Olahan dan teknik penggunaan warna dalam
mewujudkan kesan ruang yang menarik.
Teknik menggantung mobail yang betul dan
tepat


20%

3.

KEASLIAN
IDEA
Kesesuaian karya dengan tema / mesej
menepati soalan.
Penggunaan media dengan teknik yang
sesuai
Keberkesanan dalam mewujudkan
komunikasi melalui kesan tampak.


20%

4.

APRESIASI
SENI
Olahan idea dan susun atur objek
Gaya tersendiri dan keaslian

20%

5.

SIKAP DAN
SAHSIAH

Kemasan hasil kerja
Kolaborasi dan komitmen terhadap tugasan.


10%
3.4.3 Kriteria Proses

Bidang : Membentuk dan Membuat Rekaan
Teknik : Mobail
Tajuk : Rama-Rama Kertas

Langkah-langkah:
1. Menyediakan kertas warna berbentuk segitiga sama dan lipat 2 kepada menjadi
tiga segi.
2. Lipat segitiga separuh , lipat dengan kemas dan buka semula.
3. Lipat 2 sudut kertas kebawah. beri ruang antara bahagian tengah lipatan.
4. Pusing kertas ke hadapan lipat bucu kebawah pada titik tengah untuk dijadikan
kepala Rama-rama.
5. Lipat kembali bucu tersebut ke hadapan.
6. Ulang langkah 1 hingga 5 untuk menghasilkan 3 hingga 4 origami rama-rama.
7. Hasil origami digantung pada tali parcel secara seimbang mengikut kreativiti
masing-masing.


Rumusan Pemberian Markah:
Saya harus melihat melalui aspek-aspek berikut:
1. Aplikasi teknik lipatan origami dengan betul dan tepat.
2. Mobail Rama-rama yang kukuh dan teguh.
3. Terdapat kesimbangan subjek dalam ruang
4. Penggunaan media dengan teknik yang sesuai.
5. Gaya tersendiri dan keaslian
6. Olahan idea susun atur subjek atau komposisi yang menarik
7. Kemasan hasil kerja yang baik.
8. Kolaborasi dan komitmen terhadap tugasan yang diberikan





3.5 Kriteria Penilaian Bidang Mengenal Kraf Tradisional.
Di bawah merupakan contoh penilaian aktiviti Mobail bagi bidang Mengenal Kraf
Tradisional yang bertajuk Anyaman Ikan Kekek yang meliputi aspek
kriteria kandungan, kriteria pengelolaan dan kriteria proses.

3.5.1 Kriteria Kandungan:
a. Pemilihan dan penyediaan alat dan bahan

Bidang : Mengenal Kraf Tradisional.
Teknik : Anyaman (Kelarai Mata Bilis)
Tajuk : Anyaman Ikan Kekek

Alat: Bahan:
Pisau
Gunting
Pembaris

Pensel
Kertas Warna
Kertas Lukisan
Marker pen

b. Pengwujudan idea
Memilih tema
Pemeringkatan idea dalam gubahan
Lakaran gubahan
Pemilihan warna yang sesuai











3.5.2 Kriteria pengelolaan:






BIL

KRITERIA

PERINCIAN KRITERIA

MARKAH


1.

APLIKASI ILMU
DAN
KEMAHIRAN
Keteguhan yang kukuh pada objek
Rupa dan bentuk yang tepat
Imbangan subjek dalam ruang
Pemilihan sudut pandangan yang menarik
Aplikasi asas seni reka



30%

2.

PENEROKAAN
ALAT DAN
BAHAN

Olahan unsur seni dan prinsip rekaan
Kesan dan suasana yang ditunjukkan
Kesan ruang dan olahan warna.
Olahan dan teknik penggunaan warna dalam
mewujudkan kesan ruang yang menarik.
Aplikasi teknik menganyam yang betul dan
tepat


20%

3.

KEASLIAN
IDEA
Kesesuaian karya dengan tema / mesej
menepati soalan.
Penggunaan media dengan teknik yang
sesuai
Keberkesanan dalam mewujudkan
komunikasi melalui kesan tampak.


20%

4.

APRESIASI
SENI
Olahan idea dan susun atur objek
Gaya tersendiri dan keaslian

20%

5.

SIKAP DAN
SAHSIAH

Kemasan hasil kerja
Kolaborasi dan komitmen terhadap tugasan.


10%
3.5.3 Kriteria Proses:

Bidang : Mengenal Kraf Tradisional
Teknik : Anyaman (Kelarai Mata Bilis)
Tajuk : Anyaman Ikan kekek

Langkah-langkah:
1. Menyediakan semua bahan dan alat untuk menganyam.
2. Lukis garisan panjang (menlintang) secara berulang pada kertas warna dengan
lebar 2 cm.
3. Gunting mengikut garisan yang digunting untuk mendapatkan bilah kertas untuk
menganyam.
4. Lukis garisan (menegak) pada kertas lukisan dengan jarak 2 cm.
5. Gunting garisan tegak tersebut dan elakkan daripada kertas terputus.
6. Proses menganyam dijalankan secara berselang seli seperti tapak dam.
7. Setiap hujung kelarai digam supaya kemas.
8. Lukis rupa bentuk ikan kekek pada kertas lukisan lain dan tebuk rupa ikan
tersebut untuk mendapatkan rupa ikan seperti acuan.
9. Tampal kertas lukisan yang mempunyai rupa ikan kekek atas permukaan
anyaman kelarai mata bilis tadi.
10. Buat kemasan pada anyaman ikan kekek mengikut kreativiti masing-masing.

Rumusan Pemberian Markah:
Saya harus melihat melalui aspek-aspek berikut:
1. Aplikasi teknik Anyaman Kelarai Mata Bilis dengan betul dan tepat.
2. Hasil anyaman harus kukuh dan teguh.
3. Terdapat kesimbangan anyaman dalam ruang
4. Penggunaan media dengan teknik yang sesuai.
5. Gaya tersendiri dan keaslian
6. Olahan idea yang menarik
7. Kemasan hasil kerja yang baik.
8. Kolaborasi dan komitmen terhadap tugasan yang diberikan


3.6 TINDAKAN SUSULAN

Tindakan susulan ke atas pelajar semasa dan selepas pemilihan dilakukan harus dibuat
bertujuan menentukan bahawa pelajar dapat memeperbaiki tahap pembelajaran
mereka. Proses ini berlaku sepanjang pembelajaran dan saya harus peka kepada
keadaan ini. Sila rujuk Contoh tindakan susulan yang telah saya lakukan kepada murid-
murid sepanjang tugasan projek ini dilaksanakan.





BIL

PERINGKAT
PEMBELAJARAN PELAJAR

TINDKAN
SUSULAN

CARA TINDKAAN DILAKUKAN
OLEH GURU

1.

PERKEMBANGAN IDEA
Kajian, pemerhatian
dan perbincangan
bersasarkan lukisan
gambar, subjek matter
dan objek sebenar.



/

/

Memberi panduan perkara
untuk dikaji dsn
dibincangkan.
. Melihat hasil kerja dan
memberi nasihat supaya
lukisan lebih kemas.

2.

PROSES KERJA
Membuat lakaran
mengenai kualiti
garisan pada objek
yang dikaji.
Membuat lakaran
thumbnail pada objek
yang dilakar.




/



/


Melihat lakaran dan
memberi pendapat.
Melihat dan menegur dari
masa ke masa mengenai
perkara Asas Seni Reka.










BIL

PERINGKAT
PEMBELAJARAN PELAJAR

TINDKAN
SUSULAN

CARA TINDKAAN DILAKUKAN
OLEH GURU

3.

APLIKASI TEKNIK
Kajian, penerokaan dan
perbincangan
mengenai pelbagai
teknik dalam lukisan.
Aplikasi unsur seni dan
prinsip rekaan



/



/

Memberi panduan perkara
untuk dikaji dan
dibincangkan.
Melihat hasil kerja dan
memberi nasihat supaya
lukisan lebih kemas
berdasarkan Asas Seni
Reka.

4.

SAHSIAH DAN KEKEMASAN
Penerapan nilai-nilai
murni dalam
menghasilkan tugasan.
Membuat apresiasi
karya diri sendiri dan
rakan lain.



/


/

Sentiasa mengingatkan
dan memberi penerapan
nilai-nilai murni dalam
penghasilan tugasan
Pendidikan Seni Visual.
Melihat dan memberi tunjuk
ajar dari masa ke masa
mengenai perkara Asas
Seni Reka dalam proses
apresiasi seni.
4.0 Skema pemarkahan dan rubrik pemberian markah dalam penilaian hasil kerja
4 Bidang Kegiatan Pendidkan Seni Visual.
4.1 Skema dan Rubrik Pemarkahan Pendidikan Seni Visual Bidang
Menggambar

SKEMA PEMARKAHAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
BIDANG MENGGAMBAR
KRITERIA HURAIAN MARKAH
(%)
APLIKASI ILMU
DAN
KEMAHIRAN
1. Asas Seni Reka
Aplikasi unsure seni dalam karya iaitu garisan,
jalinan, rupa, bentuk, ruang dan warna.
Aplikasi prinsip rekaan dalam karya iaitu
keseimbangan, kepelbagaian, pergerakan,
kontra, penegasan,keharmonian dan kesatuan
2. Teknik
Aplikasi pelbagai jenis teknik dalam melukis
menggunakan pelbagai media kering.
Memahami penggunaan pelbagai jenis teknik
lukisan
30
KEASLIAN IDEA 1. Kreativiti
Menghasilkan karya yang kreatif
2. Olahan idea
Pengolahan idea yang kreatif dan asli
sepanjang proses penghasilan
20
PENEROKAAN
ALAT DAN
BAHAN
1. Penerokaan pelbagai jenis alat dan bahan
Jenis kertas
Media kering
20
APRESIASI
KARYA
1. Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual.
2. Membuat penyataan secara lisan tentang karya
20

SIKAP DAN
SAHSIAH
1. Sikap dan sahsiah yang baik serta bersungguh-
sungguh menghasilkan karya dari aspek
Kekemasan
Kebersihan
Kerajinan
komitmen
10
JUMLAH 100

















4.2 Skema Pemarkahan Pendidikan Seni Visual Bidang Mencorak dan
Membuat Rekaan
SKEMA PEMARKAHAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
BIDANG MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
KRITERIA HURAIAN MARKAH
(%)
APLIKASI ILMU
DAN KEMAHIRAN
1. Asas Seni Reka
Aplikasi unsur seni dalam karya iaitu garisan, jalinan,
rupa, bentuk, ruang dan warna.
Aplikasi prinsip rekaan dalam karya iaitu
keseimbangan, kepelbagaian, pergerakan, kontra,
penegasan,keharmonian dan kesatuan
Memahami konsep corak terancang dan tidak
terancang.

2. Teknik
Aplikasi pelbagai jenis corak terancang seperti
Lukisan, Catan, Cetakan, Capan, Lipatan dan
guntingan, Resis, Kolaj, Kaligrafi
Aplikasi susunan corak terancang seperti susunan
Dam, Sisik ikan, cerminan dsb.
Aplikasi pelbagai jenis corak tidak terancang seperti
Pualaman, Tiupan, Titisan, Ikatan dan celupan,
Renjisan dan percikan

30
KEASLIAN IDEA 1. Kreativiti
Menghasilkan karya yang kreatif

2. Olahan idea
Pengolahan idea yang kreatif dan asli sepanjang
proses penghasilan
20
PENEROKAAN
ALAT DAN BAHAN
1. Penerokaan pelbagai jenis alat dan bahan
Media kering seperti pensel warna
Media basah seperti cat air
Penggunaan komputer
20
APRESIASI
KARYA
1. Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual.
2. Membuat penyataan secara lisan tentang karya
20
SIKAP DAN
SAHSIAH
1. Sikap dan sahsiah yang baik serta bersungguh-sungguh
menghasilkan karya dari aspek
Kekemasan
Kebersihan
Kerajinan
komitmen
10
JUMLAH 100



















4.3 Skema Pemarkahan Pendidikan Seni Visual Bidang Membentuk dan
Membuat Binaan

SKEMA PEMARKAHAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
BIDANG MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
KRITERIA HURAIAN MARKAH
(%)
APLIKASI ILMU
DAN KEMAHIRAN
1. Asas Seni Reka
3. Aplikasi unsure seni dalam karya iaitu garisan,
jalinan, rupa, bentuk, ruang dan warna.
4. Aplikasi prinsip rekaan dalam karya iaitu
keseimbangan, kepelbagaian, pergerakan, kontra,
penegasan,keharmonian dan kesatuan
5. Memahami konsep membentuk dan membina
sesuatu binaan

2. Teknik
Aplikasi pelbagai jenis teknik dalam membentuk
dan membina seperti mencantum, tanggam, ikatan
dan sebagainya dalam proses penghasilan karya
keteguhan
30
KEASLIAN IDEA 1. Kreativiti
Menghasilkan karya yang kreatif

2. Olahan idea
Pengolahan idea yang kreatif dan asli sepanjang
proses penghasilan
20
PENEROKAAN
ALAT DAN BAHAN
1. Penerokaan pelbagai jenis alat dan bahan
Jenis bahan terpakai (bahan terpakai yang terdapat
di persekitaran seperti kotak minuman, surat
khabar)
20
APRESIASI
KARYA
1. Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual.
2. Membuat penyataan secara lisan tentang karya yang
dihasilkan
20
SIKAP DAN
SAHSIAH
1. Sikap dan sahsiah yang baik serta bersungguh-
sungguh menghasilkan karya dari aspek
Kekemasan
Kebersihan
Kerajinan
komitmen
10
JUMLAH 100























4.4 Skema Pemarkahan Pendidikan Seni Visual Bidang Mengenal Kraf
Tradisional

SKEMA PEMARKAHAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
BIDANG MENGENAL KRAF TRADISIONAL
KRITERIA HURAIAN MARKAH
(%)
APLIKASI ILMU
DAN KEMAHIRAN
1. Asas Seni Reka
6. Aplikasi unsure seni dalam karya iaitu garisan,
jalinan, rupa, bentuk, ruang dan warna.
7. Aplikasi prinsip rekaan dalam karya iaitu
keseimbangan, kepelbagaian, pergerakan, kontra,
penegasan,keharmonian dan kesatuan
8. Memahami konsep Kraf Tradisional

30
KEASLIAN IDEA 1. Kreativiti
Menghasilkan karya yang kreatif

2. Olahan idea
Pengolahan idea yang kreatif dan asli sepanjang
proses penghasilan
20
PENEROKAAN
ALAT DAN BAHAN
1. Penerokaan pelbagai jenis alat dan bahan
Jenis bahan gantian (contohnya kertas warna bagi
menggantikan daun pandan untuk aktiviti anyaman
dsb)
Jenis bahan terpakai (contohnya surat khabar, tin,
botol dsb)

20
APRESIASI
KARYA
2. Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual.
3. Membuat penyataan secara lisan tentang karya
20
SIKAP DAN
SAHSIAH
2. Sikap dan sahsiah yang baik serta bersungguh-
sungguh menghasilkan karya dari aspek
Kekemasan
Kebersihan
Kerajinan
komitmen
10
JUMLAH 100






















5.0 Penulisan Refleksi



Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya
menyiapkan tugasan Pentaksiraan Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah (PSV
3111) ini dengan sebaik yang saya mampu. Berkat kesabaran serta ketabahan serta
pengorbanan masa dan tenaga, dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.

Saat pertama kali saya menerima tugasan ini pada 20 Julai 2012, saya
merasakan amat sukar untuk saya menyiapkan tugasan ini kerana sememangnya
yang saya tahu kursus Pentaksiran Pendidikan Seni Visual ini amat rumit seperti
mana sukarnya Pentaksiran Bahasa Melayu yang juga saya hadapi. Namun begitu,
berkat tunjuk ajar para pensyarah iaitu Puan Fauziah binti Kendut dan Cik Zaharah
binti Mohamad , rakan-rakan sekelas dan senior kami terutamanya Hazzim Suahimi
dari kumpulan G 8.5 telah membantu saya untuk mencetuskan idea bagi
menyiapkan tugasan ini. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang
berkenaan.

Segala maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan ini adalah
daripada sumber rujukan buku, internet dan rakan sebaya serta rakan senior saya.
Maklumat yang saya perolehi ini banyak membantu saya dalam meningkatkan
kefahaman saya terhadap konsep pentasiran yang merangkumi aspek penilaian,
pengujian dan pengukuran. Selain itu, saya juga dapat memahami dengan lebih
mendalam mengenai jenis-jenis pentaksiran yang dapat digunakan dalam
Pendidikan Seni Visual iaitu Pentaksiran Autentik, Pentaksiran Perfomance Based,
Pentaksiran dan Hasil pembelajaran, Pentaksiran dan Tindakan penambahbaikan,
Pentaksiran dan Motivasi, Pentasiran Aspek Nilai dan Sahsiah, Pentaskiran
Pembentukan Watak, Pentaksiran Berbantukan Komputer dan Pentaksiran Kendiri.
Kesemua jenis pentaksiran yang saya nyatakan di atas mempunyai kelebihannya
tersendiri. Secara tidak langsung tugasan ini banyak memberikan input yang
berguna kepada saya mengenai jenis pentaksiran yang sebelum ini saya tidak
pernah dengar apatah lagi mempelajarinya.

Bukan itu sahaja, tugasan ini memudahkan saya untuk menghadapi praktikum
fasa 3 pada semester 7 akan datang. Hal ini kerana, saya dikehendaki
mengenalpasti dan menghurai kriteria-kriteria utama dalam peraturan memberi
markah Pendidikan Seni Visual berbentuk analitik. Selain itu, saya juga dikehendaki
merekabentuk borang skema pemarkahan dan rubrik pemberian markah dalam
penilaian hasil kerja 4 Bidang Kegiatan Pendidikan Seni Visual. Kesemua kriteria,
skema dan rubrickpemarkahan yang saya bina ini akan memudahkan saya untuk
membuat pentaksiran hasil kerja murid semasa saya menjalani praktikum fasa 3
akan datang. Selain itu, tugasan ini juga dapat membantu saya memudahkan kajian
tindakan yang akan saya lakukan pada semester 7 akan datang.

Untuk menghasilkan tugasan ini tidaklah semudah yang disangka. Banyak
masalah yang saya hadapi semasa menjalankan tugasan ini. Masalah pertama
ialah kekangan masa dengan tugasan lain iaitu tugasan Pentaksiran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah. Tugasan ini lebih susah dan sukar berbanding dengan tugasan ini
kerana tugasan ini memerlukan kajian dan analisis data yang sangat terperinci
mengenai soalan Bahasa Melayu yang dirangka dan hasil dapatan ujian Bahasa
Melayu yang perlu dianalis. Pembinaan soalan berdasarkan Jadual Spesifikasi
Ujian(JSU) berdasarkan aras kognitif Taksonomi Bloom memerlukan tempoh masa
yang agak lama untuk saya menyiapkan tugasan ini. Apa yang menjadi masalahnya
ialah tugasan Pentaksiran Bahasa Melayu dan Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
ini perlu saya hantar dalam tempoh yang sama dan ianya agak memberi tekanan
kepada saya. Namun begitu, saya kuatkan azam dan semangat saya untuk
menyiapkan kedua-dua tugasan ini dalam tempoh waktu yang
ditetapkan.Alhamdulillah..

Masalah kedua yang saya hadapi ialah sumber rujukan buku pentaksiran
Pendidikan Seni Visual yang sangat sukar untuk dicari di Perpustakaan Institut.
Untuk mendapatkan maklumat bagi menjalankan tugasan ini, saya mencari alternatif
lain selain internet iaitu ingin meminjam buku di perpustakaan. Namun begitu yang
perkara yang amat menyedihkan saya adalah buku pentaksiran seni visual sukar
didapati dan yang hanya saya Berjaya jumpai adalah buku pentaksiran Bahasa
melayu yang ditulis oleh Ee Ah Meng terbitan Fajar Bakti Snd. Bhd. Cara untuk
mengatasi masalah ini ialah saya mencari alternative lain dengan meminjam buku
daripada rakan saya sebagai bahan rujukan untuk tugasan ini.

Setelah berjaya menyiapkan tugasan ini, secara peribadinya ingin saya nyatakan
di sini ialah pengalaman saya dalam menjalankan tugasan ini mampu
meningkatkatkan kefahaman saya tentang perkembangan kognitif individu kerana
melalui kriteria-kriteria yang dinilai melalui hasil karya murid , saya akan dapat
mengenalpasti sejauh mana tahap atau aras perkembangan kognitif murid hasil
daripada pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di dalam kelas. Hasil
daripada perubahan perkembangan kognitif dan tingkah laku murid inilah yang
menjadi kayu pengukur kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan oleh seseorang guru dan guru seharusnya membuat langkah
penambahbaikan terhadap kekurangan dalam P&P yang dilaksanakan.

Sebelum saya menamatkan penulisan refleksi saya ini, saya ingin mengucapkan
sekali lagi ribuan terima kasih kepada para pensyarah pembimbing iaitu Puan
Fauziah binti Kendut dan Cik Zaharah binti Mohamad serta rakan-rakan atas
sokongan moral, tunjuk ajar, perkongsian ilmu dan sebagainya. Sememangnya
tugasan ini banyak meningkatkan kefahaman saya tentang Pentaksiran dalam
Pendidikan Seni Visual dan ianya merupakan sebagai ulangkaji untuk saya
menghadapi peperiksaan akhir semester tidak lama lagi.sekian..











6.0 Rujukan
Hoy, C., & Gregg, N. (1994). Assessment: the special educators role. Pacific Grove,
CA: Brooks. Cole Publishing Company.

Ronald, L. & Taylor, D. (2002). Assessing of exceptional students. Educational &
psychological procedure. Boston: Allyn & Bacon.

Siti Rahayah Ariffin, (2003). Teori, konsep dan amalan dalam pengukuran dan
penilaian. Bangi: Pusat Perkembangan Akademik, UKM.

Abdul Hadi, M. & Hazina, Z. (2007). Pentaksiran dalam pendidikan khas.
OUM. Kuala Lumpur

autentik performance based dan hasil pembelajran PSV 3111 dari http://www.scrid.com

ejournal.sunan-ampel.ac.id/index.php/antologi/article/view/.../264
http://www.scrid.com

Anda mungkin juga menyukai