Anda di halaman 1dari 5

Isi kandungan

1.0 Pengenalan

2.0 Laporan Pendidikan


3.0 NKRA 4

4.0 Perpaduan Kebangsaan Di Sekolah


5.0 Perpaduan 1Malaysia ke arah budaya yang pelbagai

6.0 Kesimpulan


Pengenalan
Negara Malaysia yang berbilang kaum ini telah mencapai kemerdekaan yang melebihi 5
dekad yang lalu adalah menjadi model perpaduan yang stabil dari segi keharmonian
penduduknya yang berbilang kaum, agama dan bangsa sehingga negara-negara dunia ingin
mempelajari dan mengikuti cara kita dalam hidup harmoni dengan keadaan rakyat yang
pelbagai budaya dan kaya dengan adat resam masing-masing. Semuanya ini bermula dengan
titik sejarahnya yang tersendiri dalam pembentukkan negara yang stabil dan harmoni serta
pernah melalui perbagai rintangan ke arah pembentukkan negara yang kukuh dan stabil pada
masa kini.
Kunci utama kestabilan sebuah negara dalam perbagai aspek terutamanya bagi negara kita
sekarang ini yang berbilang cara hidup dan pegangan ialah apabila rakyat berintergrasi yang
bersatu padu mewujudkan perpaduan serta kesefahaman buadaya dan norma hidup yang
dapat diasimilasikan bersama serta budaya hormat menghormati sesama kita walaupun
berbeza keturunannya. Ini menunujukkan bahawa kita hidup harmoni bersama disebabkan
persefahaman sebuah negara dan semangat juang patriotisme yang disemai pada setiap
warganegara Malaysia.
Pepatah Melayu mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya yang bermaksud untuk
membentuk hasil sesuatu perkara atau masa hadapan, yang dikehendaki, kita haruslah
menyemai atau membentuk sesuatu itu pada peringkat awal dengan baik untuk menampakkan
hasil yang dingini. Akan tetapi melentur buluh biar dari rebungnya bukanlah sesuatu yang
mudah bagi sesebuah negara yang melalui pelbagai peristiwa getir, pahit manis dan asam
garam kehidupan terutamanya apabila negara yang berbilang kaumnya. Segala aspek
haruslah diambil kira seperti latar belakang pendidikan, agama, status ekonomi dan lain-lain
perkara. Persoalannya bagaimanakah pengasimilasian perkara yang berkenaan dapat
dilakukan sedangkan semua bangsa perbeza. Maka dengan itulah kita sehingga hari ini dari
zaman sebelum merdeka cuba mewujudkan konsep perpaduan yang sesuai dengan keadaan
negara kita yang membawa ke arah konsep 1Malaysia dan dipelopori oleh Perdana Menteri
kita yang kelima iaitu Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak.
Selain daripada tujuan menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dalam konsep
1Malaysia, NKRA juga diperkenalkan untuk merealisasikan pencapaian matlamat konsep
1Malaysia di mana NKRA ialah National Key Result Area atau Bidang Kerberhasilan Utama
Negara yang bertujuan untuk penambahbaikan pertumbuhan sosio-ekonomi Malaysia yang
mengutamakan keperluan rakyat.(dipetik daripada
en.wikipedia.org/wiki/Government_Transformation_Programme_(Malaysia). Fokus kajian
NKRA yang ingin diperkatakan adalah NKRA yang keempat iaitu pendidikan untuk
meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Menjurus kepada perkara
yang dinyatakan, kepentingan sejarah perkembangan pendidikan di Malaysia memainkan
faktor yang penting ke arah kesinambungan pendidikan kita pada hari ini, kerana tonggak
asas kemajuan sosio-ekonomi sesebuah negara adalah bermula dari rakyat atau bangsa yang
berilmu dan berpengetahuan dalam peningkatan taraf hidup secara individu, masyarakat dan
negara. Sejak dari penyata laporan Razak hingga ke konsep 1Malaysia yang mementingkan
agenda perpaduan dalam pendidikan yang seragam dan juga ke arah intergrasi antara kaum
yang berbilang pegangan supaya dapat hidup dalam keadaan harmoni serta mengamalkan
nilai sehati sejiwa sebagai warganegara sebuah bangsa iaitu negara Malaysia. Suntikan lagu
dan laungan semangat patriotik menjadi inspirasi kepada rakyat dalam bersatu padu ke arah
mengerat dan mengekalkan keharmonian rakyat yang dapat hidup berbilang kaum dan
budaya kerana semangat nilai-nilai murni yang disemai di sekolah-sekolah bertujuan untuk
mengekalkan perhubungan antara kaum sebagai satu negara iaitu Malaysia yang jika
perkataan Malaysian bermaksud orang Malaysia tidak mengira kaum dan pegangan kita
masih satu kerajaan, satu rakyat dan berdiri teguh kita kuat.
Kalau berdasarkan konsep 1Malaysia, Perdana Menteri kita Dato Sri Najib Tun Razak
memegang motto yang memberi harapan kepada rakyat serta mengutamakan pencapaian
pembangunan maka perpaduan tepatlah diguna dalam pepaptah Melayu Bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh. Maka dengan inilah pendidikan awal tentang perpaduan rakyat penting
disemai sejak di bangku sekolah lagi dan impaknya apabila murid telah dewasa, pegangan
yang telah dipelajari dapat direalisasikan ke arah pembangunan sosio-ekonomi negara kita.
Sempena konsep ini juga, maka pihak kerajaan mewujudkan Program Tranformasi Kerajaan
pada 28 Januari 2010 yang bertujuan untuk menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang
maju dan berpendapatan tinggi ke arah wawasan 2020. Motto Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan diwarwarkan sebagai tonggak transformasi kerajaan utnuk
merealisasikan tujuan utama transformasi ini.



2.0 Laporan Pendidikan
Pendidikan sebelum kemerdekaan merupakan sisitem pendidikan berasaskan sekolah pondok
yang terdapa di Tanah Melayu sebelum kedatangan Bristish adalah bertujuan untuk mengajar
Al-Quran dan Hadith serta melalui beberapa jenis buku yang berkaitan dengan agama
diperkenalkan oleh pedagang Arab. Maka selepas kedatangan British yang bertujuan untuk
mengagihkan kaum-kaum di Tanah Melayu dan memerintah mereka berdasarkan kaum.
Pendidikan sekolah Melayu pada masa itu hanya sederhana kerana pendidikan yang diterima
berbentuk vokasional dann jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan sekolah Inggeris.
Pendidikan sekolah Cina pula mengajar pelbagai mata pelajaran seperti geografi, sains,
matematik dan sebagainya dan dipengaruhi oleh politik dari negara China. Walau bagaimana
pun orang Tamil kurang mementingkan pendidikan kerana sikap ibu bapa yang kurang
memahami situqasi pendidikan anak-anak walau pun terdapat arahan mengarahkan sekolah
Tamil dibuka jika terdapat lebih daripada 10 orang yang berumur antara 7-14 tahun di
kawasan ladang tempat mereka berkerja. Sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak banyak
didirikan dan dikendalikan oleh mubaligh agama Kristian dan kurikulum yang diajar lebih
berkisar kepada ajaran mubaligh Kristian dalam pelbagai aspek. Ini menunjukkan bahawa
sistem pendidikan pada masa itu, kurang mementingkan intergrasi antara kaum.
2.1 Laporan Barnes
Pada tahun 1950, laporan Barnes diperkenalkan yang bertujuan untuk menggalakan
perpaduan apada masa itu dan sebagai langkah permulaan, lagu kebangsaan dirancang untuk
permulaan pendidikan ke arah perpaduan. Laporan ini juga mengesyorkan menubuhkan
sekolah kebangsaan yang menampung murid pelbagai kaum dan menggunakan Bahasa
Melayu serta Bahasa Inggeris senagai bahasa pengantar. Kanak-kanak yang berumur enam
tahun wajib untuk ke sekolah dan Bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar bagi sekolah
menengah. Walau bagaimana pun, orang Cina dan Tamil takut akan kehilangan bahasa dan
budaya mreka apabila dipengaruhi oleh system ini nanti. Orang Melayu pula memikirkan
layanan pula tidak adil jika system ini dilaksanakan. Ini bermakna, masih tidak terdapat
kesefahaman dan perpaduan di kalangan kaum-kaum yang terlibat ini dan laporan ini juga
gagal menyatupadukan ketiga-tiga kaum yang dinyatakan.


2.2 Laporan Fenn-Wu
Laporan Fenn-Wu pada tahun 1951 pula menuntut pendidikan sekolah Cina
dikekalkan kerana mereka ada tugas untuk membangunkan bangsa bersatu secara berasingan.
Mereka juga menuntut bahawa bahasa Cina harus diajar sebagai bahasa pengantar ketiga
selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Mereka juga membentuk sekolah kebangsaan
tetapi sekolah Cina mengurus sekolah dengan cara tersendiri dan sukatan pelajaran hanya
difokuskan yang hanya perkara yang berlaku di Tanah Melayu sahaja dan bukannya dari
negara China.
2.3 Penyata Razak
Penyata Razak ini diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1956 semasa
beliau menjadi menteri pendidikan yang tujuan pembentukkan penyata ini ialah Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan, menjana perpaduan antara kaum yang pelbagai di
Malaya pada masa itu, menyediakan pengurusan sistem pendidikan yang lebih efektif dan
melahirkan insan yang berdisiplin, terlatih, bertolak ansur, berdikari dan mewujudkan
komuniti yang progresif.
Penyata Razak mengusulkan 2 jenis sekolah awam iaitu sekolah awam yang menggunakan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan sekolah awam yang menggunakan bahasa
Inggeris, Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar. Beliau juga mengusulkan Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa wajib disemua sekolah. Begitu juga dengan sekolah
menengah yang mewajibkan dua bahasa yang dinyatakan tadi. Usul yang seterusnya ialah
penggunaan sukatan pelajaran yang sama digunakan untuk semua sekolah rendah. Ini juga
menunjukkan bahawa penerapan perpaduan cuba dilaksanakan untuk menyatupadukan rakyat
yang berbilang kaum dan pegangan supaya dapat hidup dalam keadaan harmoni sesama
sendiri.
2.4 Laporan Rahman Talib

Anda mungkin juga menyukai