Anda di halaman 1dari 81

PENSYARAH :

ENCIK ZAINAL ABIDIN BIN NASIR



NAMA AHLI KUMPULAN :
MUHAMAD AZIMIN BIN ZULKIFLI
MOHAMAD ZABIDI BIN MOHAMAD ALI
SHAFIL BIN SALAM
FLOYID BIN JANAIN
ZAIM BIN ZULKIFLI


3 PISMP PENDIDIKAN PEMULIHAN



INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARUL
AMAN, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN
a) Bincangkan Beserta Contoh Pendekatan
Pengajaran Bacaan

Kaedah Bottom-up

Kaedah Top-down
Video
Kaedah Bottom-up
Istilah :
Bottom-up = starting
with detail and then
later moving on to
more general principles
Bermula dari bahagian
spesifik ke bahagian
yang umum
MODEL TEORI BOTTOM-UP

Teori bottom - up berasaskan Teori Pembelajaran Psikologi.
Tujuannya adalah untuk menguasai kemahiran membaca,
seseorang itu perlu berlatih membaca daripada mengecam
huruf kepada mengecam perkataan.
Selain itu, tujuannya adalah juga mendapatkan makna
daripada perkataan dan ayat secara automatik setelah
menguasai kemahiran membaca.
Model membaca dari bawah ke atas ini dibincangkan oleh
beberapa orang pengkaji.
Antara model teori Bottom-up ialah One Second of
Reading oleh Gough (1972)
Sambungan..
Model One Second of Reading oleh Gough (1972) menyatakan
individu memulakan proses membaca apabila matanya mengenal
pasti maklumat visual yang tertera dalam teks yang dibacanya
melalui siri perbuatan yang berterusan.
Proses ini bermula secara linear iaitu bermula dengan mengecam
dan mengenal pasti huruf, menghubungkan ciri-ciri bagi mengenal
huruf, menggabungkan huruf bagi memilih pola ejaan iaitu fonem,
menghubungkaitkan perkataan-perkataan dan akhirnya
menghasilkan proses membina ayat, parenggan dan semantik.
Model ini sangat bermanfaat bagi golongan membaca yang lemah
dalam bahasa pertama dan bahasa kedua.
Hal ini demikian kerana, golongan ini lebih memfokuskan tahap
perkataan bagi teks daripada makna secara global.

Sambungan..
Teori membaca bagi model ini membincangkan berkaitan proses
membaca yang dimulai dengan proses mengenal pasti unsur visual yang
tertera dalam teks yang dibaca melalui suara yang dilakukan secara
berurutan (Yahya Othman,2004).
Hal ini bermakna pembaca akan mengecam unsur visual yang hadir dalam
teks yang dibaca terlebih dahulu kemudian pembaca akan mengaitkan
unsur visual tersebut dengan perkataan-perkataan yang sesuai dengan
visual tersebut.
Selain itu, model Bottom-up ini juga menerangkan bahawa penguasaan
teknik membaca dimulakan dengan melakukan pengecaman huruf
(fonem) yang membentuk sesuatu binaan perkataan.
Seterusnya pembaca akan mengecam perkataan-perkataan yang terdapat
dalam binaan ayat dan akhirnya pembaca akan meletakkan makna bagi
bahan yang dibaca dengan mengenal pasti hubungan sintaksis dan
semantik berdasarkan teks yang dibaca.
Sambungan..
Selain itu, model Bottom-up ini juga merupakan teknik penguasaan
bacaan secara berperingkat-peringkat.
Hal ini kerana model ini menyarankan pembaca untuk mengenal pasti ciri
huruf terlebih dahulu.
Hal ini kerana huruf (fonem) yang hadir pada setiap binaan perkataan
mempunyai fungsi dan fonologi yang berbeza.
Setiap huruf yang akan memainkan peranan masing-masing bagi
memastikan makna bagi perkataan yang terbina dapat difahami oleh
pembaca.
Oleh sebab itu, pembaca perlu meneliti terlebih dahulu ciri-ciri huruf yang
hadir sebelum menggabungkan huruf tersebut bagi memilih pola ejaan
yang bersesuaian.
Gabungan huruf-huruf yang membentuk ejaan tersebut akan membentuk
satu binaan perkataan yang mempunyai makna dan peringkat terakhir
ialah pembaca akan melakukan proses membina ayat, parenggan dan
tahap sesebuah teks.
Sambungan..
Oleh sebab itu, untuk menguasai kemahiran membaca dengan lebih
berkesan, seseorang itu perlu membuat pengecaman terhadap
huruf terlebih dahulu daripada aktiviti membaca.

Hal ini bermakna, langkah awal semasa membaca, pembaca perlu
mengenal pasti dan mengingati huruf-huruf dalam teks yang dibaca.

Seterusnya, pembaca akan beralih kepada proses mengecam
perkataan yang membentuk ayat dalam teks yang dibaca.

Akhirnya sekali, pembaca akan secara automatiknya dapat
memahami keseluruhan makna teks yang dibaca berdasarkan
makna yang diletakkan ke atas setiap perkataan yang hadir dalam
teks yang dibaca.
Membaca
Huruf
Membaca
Perkataan
Membaca
Ayat
Membaca
Perenggan
Membaca
Teks Penuh
Pemahaman
Teks
Berdasarkan contoh visual yang ditunjukkan dapat dilihat proses
penguasaan kemahiran membaca dilakukan secara berperingkat-
peringkat.
Pada peringkat awal, proses penguasaan kemahiran membaca
dimulakan dengan membaca huruf-huruf dalam binaan teks yang
dibaca.
Kemudian, pembaca akan membaca perkataan-perkataan yang
membentuk binaan ayat dalam teks dengan membuat hubung kait
huruf dengan pola ejaan yang sesuai.
Proses tersebut diteruskan dengan bacaan ke atas ayat-ayat pendek
dan seterusnya proses bacaan akan beralih kepada pembacaan
perenggan yang mengandungi ayat yang lebih panjang.
Seterusnya, pembaca akan membaca keseluruhan teks bacaan dan
memahami makna teks tersebut.
KAEDAH BOTTOM UP

Dalam pendekatan ini murid-murid
diperkenalkan dengan huruf dan suku kata
dahulu sebelum diajar perkataan-
perkataan yang bermakna
1. Kaedah Abjad 2. Kaedah Fonik
3. Kaedah Pandang Sebut
(Kaedah Seluruh
Perkataan)
4. Kaedah Bunyi- Kata
Kaedah
Bottom-Up
1. Kaedah Abjad
Kaedah Abjad adalah kaedah mengenal nama-nama huruf yang
digunakan dalam tulisan rumi.
Murid-murid terlebih dahulu diajar menghafal nama-nama huruf
mengikut susunannya menggunakan bahan-bahan visual dan audio
seperti kad carta, kad huruf, CD, melalui permainan dan sebagainya.
Huruf-huruf yang mula diperkenalkan adalah huruf-huruf besar dan
diikuti dengan huruf-huruf kecil.
Setelah itu murid-murid diajar menyebut huruf-huruf vokal a,e,i,o,u
dan disusuli dengan membina suku-suku kata (contoh : sa tu).
Kemudian murid-murid belajar mengeja perkataan-perkataan.
Akhir sekali mereka dilatih membaca ayat-ayat mudah.
Sambungan..
Kaedah abjad yang menegaskan kepada
hafalan-hafalan dikatakan kurang bermakna
dan membosankan bagi kanak-kanak.
Oleh itu guru perlulah lebih kreatif dalam
pengajaran serta menyediakan alat bantu
mengajar yang dapat menarik minat murid
supaya murid tidak cepat bosan atau mudah
lupa.


Contoh Aktiviti Kaedah Abjad

a) Pemainan Abjad b) Cari Abjad
a) Permainan Abjad
Murid berdiri dalam barisan.
Setiap murid diberi sekeping kad imbasan
abjad.
Lagu ABC dimainkan.
Murid menunjuk/mengangkat kad imbasan
apabila huruf tertentu disebut/dinyanyi dalam
lagu itu.
b) Cari Abjad
Guru letak kad imbasan abjad di papan tulis secara
rawak.
Bahagikan murid kepada kumpulan. Guru menyebut
huruf dan murid menunjuk huruf itu.
Kumpulan yang dapat menjawab dengan betul akan
mendapat mata.
Permainan ini boleh menggunakan huruf besar atau
huruf kecil sahaja.
Jika mahu, boleh juga dicampur aduk huruf besar
dengan huruf kecil.
Contoh arahan: Carikan huruf kecil a atau Carikan
huruf besar J.
2) Kaedah Fonik
Mengajar murid membunyikan setiap huruf
Kaedah ini memberi manfaat kepada P&P.
Dalam kaedah fonik, sememangnya murid
perlu mengenal huruf.
Setakat mengenal sahaja tidak memadai,
murid juga perlu tahu bunyi setiap huruf
untuk membantu mereka membaca dengan
lebih cepat.

3) Kaedah Pandang Sebut (Kaedah
Seluruh Perkataan)
Perkataan ditulis di
papan tulis bersama
gambar. Contoh topi
Murid menyebut
perkataan tersebut
sambil melihat
gambar topi.

4) Kaedah Bunyi- Kata
Mulakan dengan membunyikan huruf vokal. Contoh:
aiu
Pilih konsonan mudah. Contoh: b,n,k
Bunyikan huruf b /bah/ beberapa kali
Bina suku kata ba, bi, bu
Baca perkataan yang mengandungi suku kata ba, bi dan
bu
Contoh: baju, ubi dan ibu
Dalam kaedah ini murid tidak perlu tahu semua huruf
dalam abjad sebelum diajar membaca
Kaedah ini sistematik dan fonemik kerana berasaskan satu
huruf satu bunyi
Kaedah TOP-DOWN
Istilah :
Top-Down = starting
with a general idea to
which details are
added later
Bermula dari umum
kepada bahagian yang
lebih spesifik
MODEL TEORI TOP-DOWN
Model Top-down merupakan proses dalam pembacaan
seseorang pembaca dan pergerakan bahan bacaannya
yang masih bersifat linear tetapi bergerak dari atas ke
bawah (Yahya Othman, 27:2003).
Model yang berasaskan model psikolinguistik oleh
Goodman ini lebih mengutamakan peranan pembaca
semasa memahami teks yang dibaca.
Pembaca menggunakan pengetahuan bahasa dan
pengalaman yang sedia ada bagi mengaitkannya
dengan makna yang terdapat di dalam teks bagi
memudahkannya untuk memahami teks
Sambungan..
Selain itu, pembaca juga boleh memahami teks
walaupun mereka tidak mengenal setiap perkataan
yang dibaca.
Hal ini kerana pembaca memfokuskan untuk
mendapatkan maklumat tanpa mementingkan
tatabahasa dalam teks.
Oleh yang demikian, makna lebih diutamakan
berbanding perkataan.
Sekiranya pembaca terjumpa perkataan yang sukar,
bacaan akan diteruskan sehingga pembaca memahami
maklumat yang terdapat dalam teks tanpa perlu
mencari makna perkataan-perkataan sukar tersebut.
Pengalaman
Sedia Ada
Tujuan
Bacaan
Pemahaman
Teks
Kebergantungan terhadap pengetahuan sedia ada akan
menyebabkan pembaca kurang membaca keseluruhan teks
secara lebih terperinci.
Goodman turut menyatakan bahawa pemprosesan teks
bermula dalam minda pembaca ( Harison Mohd Sidek,
2010) apabila pembaca membawa bersama pengetahuan,
jangkaan, andaian dan soalan pada teks bagi memberikan
makna kepada teks.
Pembaca juga menggunakan isyarat sintaksis dan semantik.
Secara ringkasnya, pemahaman makna teks disebabkan
oleh makna dibawa oleh pembaca ke dalam teks dan
bukannya berpunca daripada teks.
Kaedah Pengajaran Top-down
Proses pengajaran bermula
dengan teks.
Guru membahagi-
bahagikan teks kepada
murid.
Murid membaca teks, sama
ada secara senyap atau
membaca secara lantang.
Guru meminta murid
mengambil perhatian
terhadap istilah-istilah
penting dan istilah yang
tidak difahami oleh murid.
Murid mencari makna
perkataan dan frasa sama
ada berlandaskan hubung
kait dalam petikan atau
dalam kamus.
Guru mengarahkan murid
mencari isi-isi penting
dalam petikan.
Pemahaman teks
diteruskan dengan
membincangkan setiap
perenggan.
Maksud keseluruhan
petikan dikenalpasti.
Guru cuba mengaitkan
petikan dengan
pengalaman latar murid
tentang tema utama,
kandungan dan isu yang
dibincangkan dalam
petikan.
b) Huraikan Masalah Bacaan yang berkaitan dengan
kebolehan memecah kod, kemahiran mengenal
perkataan, kefasihan membaca dan kefahaman.
MASALAH MEMBACA
Definisi :

Membaca
Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-
4 baca bermaksud melihat isi
sesuatu yang tertulis atau
tercetak dengan cara meneliti
dan memahami makna dan
tujuan isi tersebut.

Wilkinson (1985), pula mengatakan
bahawa membaca juga boleh dilihat
sebagai proses memilih dan mengambil
tindakan apabila pembaca
menyesuaikan proses membaca dengan
tujuan dan jenis teks yang dibaca.

Definisi:

Masalah
Menurut Kamus Pelajar Edisi
Kedua masalah ialah sesuatu
yg mesti diselesaikan; soal;
perkara: permasalahan yang
menjadi masalah.


MASALAH BACAAN ialah
kekurangan atau kelemahan
yang dihadapi oleh seseorang
untuk mentafsir dan
memahami bentuk bertulis.

Video
Masalah Bacaan
Berkaitan kebolehan
memecahkan kod
Berkaitan kemahiran
mengenal perkataan
Berkaitan kefasihan
membaca dan
kefahaman.
Kemahiran Memecahkan Kod
Kemahiran ini bermaksud individu
tersebut boleh membaca dengan
cepat, tidak teragak-agak, boleh
membaca dengan serta-merta dan
tidak payah mengambil masa yang
amat panjang untuk membaca sesuatu
bahan bacaan.
Murid-murid boleh membaca
bersendirian tanpa bergantung pada
pertolongan dan bantuan guru.
Melibatkan bacaan
bersuara iaitu
bacaan mekanis yang
menyuarakan tulisan
dengan sebutan yang
jelas dan terang,
dengan intonasi dan
irama mengikut gaya
membaca yang
betuk dengan
menggerakkan alat-
alat pertuturan.
Bacaan bersuara
biasanya
dilaksanakan di
kelas-kelas rendah
atau pada peringkat
kelas permulaan
sebagai latihan untuk
membunyikan
sebutan, gaya dan
rentak irama yang
sempurna.
Masalah berkaitan dengan kebolehan
memecahkan kod dapat dibahagikan kepada:-




M
e
m
e
c
a
h

K
o
d

Bentuk Huruf
Peringkat Suku Kata
Kesukaran dalam
pengamatan
Kesukaran membaca
peringkat ayat.
Tidak dapat membezakan huruf kecil yang
seakan-akan sama bentuknya.(contoh : huruf p, b
dan d)
Lihat huruf seperti terbalik.
Keliru dengan bunyi-bunyi huruf yang seakan
sama.(contoh : p dan b)
Menyebut huruf-huruf mengikut telor bahasa
ibunda.
Keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil
kerana bentuknya berubah.

i. Bentuk Huruf
Salah memecah atau membatang suku kata.
Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi
banyak suku kata.
Keliru membatang perkataan yang mengandungi
diftong atau vokal berganding.
Tidak boleh membunyikan perkataan yang
mengandungi diagraf di awal perkataan.
Tidak boleh membatang suku kata yang melibatkan
imbuhan.

Masalah pada peringkat suku kata murid
tidak dapat menggabungkan atau membatang
suku kata terbuka atau tertutup.
Keliru untuk membunyikan suku kata yang
melibatkan e taling dan e pepet.
Tidak dapat membunyikan dengan betul
setelah mengeja atau membatang suku kata.
Tidak dapat membunyikan suku kata dengan
betul.
ii. Peringkat Suku Kata

Kesukaran dalam pengamatan pula adalah murid
dapat mengeja tetapi tidak dapat membunyikan
apa yang dieja sebelum membaca.
Murid ini boleh membatang suku kata tetapi
gagal menyebut dan menggantikan bunyi suku
kata dalam perkataan.
Sering menggugurkan bunyi-bunyi suku kata
dalam perkataan. ( contoh: bola-boa)
Tidak dapat menyebut perkataan yang bunyikan
hampir sama.(contoh : bapa-bata)

iii. Kesukaran dalam
pengamatan

Keliru dengan ejaan bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris (Contoh : BM-air, BI-air)
Sering menyebut perkataan dengan mengikut
loghat masing-masing.
Mereka cenderung untuk:
a) Menggantikan perkataan dengan perkataan
lain
b) Tertinggal perkataan.
c) Pembalikan.
d) Mengulang dan merangka-rangka untuk
membaca.
iv. Kesukaran
membaca peringkat
ayat.
KEFAHAMAN
Masalah berkaitan dengan kefahaman pula ialah
murid tidak dapat memahami makna sesuatu
perkataan atau makna perkataan mengikut
konteks.
Dalam aktiviti bacaan, murid-murid tidak boleh
memahami makna bacaan dengan pantas dan
tidak dapat menangkap isi-isi penting yang ada
dalam bahan bacaan tersebut.
Murid tidak dapat menggunakan perkataannya
sendiri untuk menyatakan apa-apa yang
dibacanya.
Gagal memahami dan menghayati teks yang
dibaca.
Murid tidak dapat mentafsir makna sebenar
gabungan lambang-lambang yang membentuk
perkataan dalam sesuatu bahasa.
Mereka hanya membaca tanpa mengetahui
makna sesuatu perkataan.
Murid tidak dapat menggunakan proses mental
yang lebih kompleks untuk memahami soalan
tersebut.



Murid tidak memahami konsep-konsep yang
abstrak yang terdapat di dalam teks bacaan.
Kemahiran Mengenal Perkataan
Guru boleh menjalankan ujian untuk
mengenalpasti tahap kemahiran memecahkan
kod dan kemahiran mengenal perkataan murid.
Contohnya : untuk menguji kemahiran membaca
KVKV. Selepas membaca perkataan KVKV selama
3minggu, guru menguji sama ada murid telah
menguasai kemahiran yang telah diajar dalam
tempoh berkenaan dengan menyediakan sepuluh
perkataan KVKV yang pernah diajar untuk
menguji murid.
Sebelum menguji murid, dalam borang catatan,
guru menulis apabila didedahkan kepada 10
patah perkataan KVKV yang pernah diajar, murid
dapat membaca dengan tepat tujuh daripada 10
perkataan yang ditunjukkan.
Guru mula menguji dengan memberi murid 10
perkataan KVKV yang pernah diajar dan jika
murid tersebut berjaya membaca tujuh perkataan
ataupun lebih maka akan dijadikan bukti bahawa
kemahiran tersebut telah dikuasai. Maka guru
boleh mengajar kemahiran yang lain.
c. Bincangkan beserta contoh
pentaksiran yang bersesuaian
Pentaksiran yang bersesuaian
Senarai semak
Analisis ralat
Pengujian berdasarkan kurikulum
Senarai semak
Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal
pasti perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap
dan kebolehan
Untuk mengenalpasti tahap penguasaan murid dalam kemahiran
membaca.

Contoh langkah-
lamgkah
menggunakan
senarai semak
1. Guru menentukan objektif (mengesan
kelemahan membaca.
2. Guru memilih kaedah mentaksir iaitu senarai
semak.
3. Menyediakan instrumen senarai semak
4. Guru menentukan pendekatan yang sesuai iaitu
membaca cerita pendek
5. Guru melaksanakan instrumen senarai semak
semasa sesi P&P.
6. Menganalisis skor atau prestasi murid dalam
borang senarai semak.
7. Membuat tindakan susulan

Contoh:
Analisis Ralat
Kesilapan yang dibuat oleh murid yang boleh
dijadikan sebagai petunjuk berkaitan dengan
kemahiran yang masih belum dikuasai.
Murid sering melakukan kesilapan terhadap
kemahiran yang dipelajari jadi guru berperanan
mengkaji ralat yang terdapat dalam tugasan
murid bagi mengenalpasti kemahiran yang
lemah.

Masalah
dalam
bacaan
Membuang/
meninggalkan
(omission)
Ulangan
(Repetition)
Gantian (substitute)
Tambahan
(Insertion)
Pembalikan
(reversals)
Pengujian berdasarkan kurikulum
Maksud:
ujian yang dijalankan berdasarkan kandungan
kurikulum yang digunakan di sekolah.
Ujian yang boleh dilaksanakan termasuklah;
Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian diagnostik (UD)

Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian yang direka oleh guru pemulihan untuk
menilai tahap kemahiran yang diajar kepada
murid dalam satu tempoh masa tertentu.
Kebiasaannya kemahiran yang diuji hanya
tertumpu pada satu aspek sahaja.
Ujian diadakan selepas satu-satu kemahiran
diajar kepada murid dalam masa yang tertentu.
(Bertujuan untuk menilai samada murid telah
menguasai kemahiran tersebut ataupun tidak)
Sambungan
Bagi menentukan penguasaan murid:
Guru biasanya akan menetapkan kriteria pencapaian
(jawapan tepat mengatasi tahap peratus (%) yang
ditentukan)
Guru boleh menggunakan URK untuk kemahiran memecah kod
dan kemahiran mengenal perkataan.
Contohnya, dalam menguji kemahiran KVKV. Selepas membaca
perkataan KVKV selama 3 minggu, guru menguji sama ada telah
menguasai kemahiran yang telah diajar dalam tempoh
berkenaan dengan menyediakan sepuluh perkataan KVKV yang
pernah diajar kepada murid.
Sambungan
Dalam borang catatan, guru akan menulis:
Apabila didedahkan kepada 10 patah
perkataan KVKV yang pernah diajar, murid
dapat membaca dengan tepat lapan daripada
10 perkataan yang ditunjukkan.
Hasilnya, guru akan jadikannya sebagai bukti
bahawa kemahiran telah dikuasai.
Seterusnya guru bolehlah mengajar kemahiran
baru.
Ujian Diagnostik (UD)
Untuk mengenalpasti dengan terperinci masalah
dalam pembelajaran yang dihadapi oleh murid.
Melalui ujian ini, guru boleh mengenalpasti sama
ada murid dapat membaca perkataan dan ayat
ditulis dengan betul ataupun tidak dengan
mengadakan ujian lisan.
Contohnya, murid membaca ayat tunggal
yang ditunjukkan oleh guru semasa ujian lisan
dilaksanakan dan guru merekod kesalahan murid.
Sambungan
Untuk menguji kefasihan membaca, ujian speed boleh
dilaksanakan.
Ujian tersebut perlu dihabiskan dalam masa yang agak terhad dan
dilakukan secara tidak formal.
Contoh:
Murid diberikan petikan dan membaca petikan tersebut dalam
masa yang ditetapkan.
guru merekod kesalahan murid.

Untuk menguji kefahaman murid, guru boleh memberikan petikan dan
menyediakan soalan berdasarkan petikan yang diberikan.
Melalui ujian tersebut, guru dapat mengenalpasti sama ada murid
memahami apa yang dibaca ataupun tidak.


PENTAKSIRAN BACAAN
Pentaksiran dilakukan berdasarkan latar
belakang dan orientasi murid.
Berdasarkan faktor tersebut, guru boleh
menggunakan pelbagai pendekatan.
Antara pendekatan tersebut ialah:
- orientasi dalam bacaan
- berpandukan arahan
- menggunakan maklumat
Bagi kemahiran bacaan, ujian diagnostik perlu
dijalankan.
Ianya digunakan untuk mengenal pasti daerah
kelemahan murid.
Ujian tersebut mempunyai beberapa komponen
penting seperti fonologi, morfologi, sintaksis dan
semantik.
Kemahiran dalam pembacaan merangkumi
pengecaman huruf dan perkataan penyebutan
serta pemahaman terhadap apa yang dibaca.
Dijalankan secara individu.
Masalah yang dihadapi murid dalam bacaan:
-Masalah murid disleksia
murid mengalami masalah apabila dua perkataan berbeza
sebutan dilambangkan dengan huruf yang sama.
Contoh: Semak = Belukar
Semak = Lihat semula

Murid turut bermasalah menghubungkait antara bunyi
perkataan dengan huruf yang menyebabkan mereka
terpaksa membunyikan setiap perkataan yang dibaca.
Dalam melaksanakan penaksiran bacaan, terdapat
beberapa sapek yang perlu dilihat terlebih dahulu.
Antaranya:
-pentaksiran perlu dilakukan secara variasi dan
mengambil kira kebolehan memproses bacaan yang
kompleks.
- Ujian yang diberikan perlu berdasarkan umur murid.
- Tidak berat sebelah dan perlu mengambil kira jenis
ujian yang dijalankan.
- Pendekatan yang berbeza harus dilakukan semasa
membuat pentaksiran yang melibatkan aspek
bacaan,menulis dan bahasa
Dalam melakukan ujian diagnostik, aktiviti yang
boleh dilakukan ialah dengan melakukan aktiviti
bacaan mekanis.
Bacaan mekanis diuji melalui ketepatan sebutan
dan kelancaran membaca.
Pelajar boleh diuji membaca huruf, suku kata,
perkataan, ayat dan teks.
Aktiviti bacaan mekanis akan diuji melalui
ketepatan sebutan dan kelancaran membaca.
Beberapa perenggan akan disusun daripada
sangat mudah kepada semakin susah.
Guru berperanan menyemak teks untuk
mengenal pasti jenis kesilapan yang dilakukan.
Murid diuji mengenai kefahaman mereka
terhadap bacaan yang dibaca.
Terdapat 3 jenis kefahaman yang dinilai:
-kafahaman literal
-kefahaman inferens
-kemahiran mendengar
Kemahiran Literal
Kefahaman yang diuji selepas murid membaca
teks.
Murid akan disoal berdasarkan maklumat
yang terdapat dalam teks.
Kefahaman inferens
Memerlukan belajar untuk berfikir secara analitikal dan
mampu memberikan huraian, pandangan atau
penjelasan dan mampu mempamerkan kefahaman
terhadap teks yang dibaca.
Murid juga mampu membuat andaian atau ramalan.
Kemahiran mendengar
Murid akan diperdengarkan teks terlebih
dahulu, kemudian akan diuji dengan soalan
sama ada berbentuk literal atau inferens.
D. Bincangkan intervensi-intervensi pengajaran
yang bersesuaian bagi pelajar yang mengalami
masalah kebolehan memecah kod, kemahiran
mengenal perkataan, kefasihan membaca dan
kefahaman
INTERVENSI
Memberikan perkhidmatan, rawatan,
pemulihan, bimbingan dan khidmat nasihat
kepada kanak-kanak sebaik sahaja sesuatu
kecacatan dikesan atau dikenalpasti dialami
oleh kanak-kanak. (Kail 2001)
Program yang berstrukur dan kritikal bagi
membantu murid yang mengalami masalah
kebolehan memecah kod, kemahiran
mengenal perkataan, kefasihan membaca dan
kefahaman.
INTERVENSI MASALAH KEBOLEHAN
MEMECAH KOD





INTERVENSI MASALAH MENGENAL PERKATAAN
Menggunakan teknik nyanyian dalam memperkasakan
suku kata untuk mengenal perkataan yang dibaca
Contoh aktiviti:
Murid akan diajar menggunakan lagu yang berkaitan
dengan suku kata.
Melalui nyanyian, murid akan lebih seronok dan
kaedah ini amat mudah.
Lagu misalnya lagu Kereta Kecil Warna Merah
Lagu tersebut boleh mengajar murid berkenaan
menyebut suku kata berdasarkan lirik lagu.


INTERVENSI KESUKARAN MEMBACA AYAT
UNTUK KEFASIHAN DALAM BACAAN
Intervensi Masalah Tidak Tahu
Makna Perkataan
Kaedah yang boleh digunakan ialah Kaedah Pandang
Dan Sebut
Contoh Aktiviti:
Guru menunjukkan gambar yang menunjukkan
aktiviti disertakan dengan perkataan.
Murid diminta untuk membaca dan menyebut
perkataan yang terdapat berdasarkan gambar.
Keadaan ini memberi kefahaman terhadap murid
akan maksud perkataan yang dibacanya.

Intervensi Kesukaran Dalam
Kefahaman
Mengajar murid dengan menggunakan teknik
lakonan
Dalam lakonan, murid akan diminta untuk
membaca dialog ringkas.
Murid akan mempersembahkan dialog
tersebut beserta dengan bahasa badan dan
perlakuan.
Keadaan ini adalah untuk menyelesaikan
masalah kefahaman mereka dengan mudah.

Intervensi Kaedah Gabungan
Bunyi Kata
Kaedah ini diperkenalkan oleh Profesor Isahak Haron,
dan dalam kaedah ini murid diajar langkah demi
langkah, dimulai dengan bunyi huruf digabungkan
dengan nama huruf (abjad) dan bentuk huruf. Selepas
itu membina suku kata dan seterusnya perkataan. Latih
tubi mengeja adalah perlu berdasarkan pendekatan
pelbagai deria (multisensory)

Contoh :
i. Guru tunjukkan huruf pada kad imbasan dengan
gambar di sebelah belakang. Murid menyebut nama
huruf tersebut.
ii. Guru menyebut perkataan dan bunyi huruf.
iii. Murid mengulangi menyebut perkataan dan bunyi
huruf.
iv. Guru menyebut bunyi huruf dan kemudian menyebut
nama huruf.
vi. Murid membaca apa yg telah ditulisnya, iaitu
membunyikan huruf (terjemahkan huruf yang
ditulis kepada bunyi yang boleh didengar).

vii. Murid menulis huruf dengan mata tertutup
untuk dapat merasakan huruf itu


Setelah murid sudah biasa dengan nama, bunyi, dan
bentuk huruf, guru boleh teruskan dengan latih/tubi
berikut;
i. Murid melihat semula kad imbasan dan membunyikan
huruf dengan kuat (proses bacaan).
ii. Guru membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak.
Murid menyebut nama huruf dan kemudiannya menulis
(proses mengeja).




Video
KESIMPULAN
Keupayaan membaca di kalangan kanak-kanak adalah
berbeza-beza dan guru hendaklah memberi perhatian
terhadap hakikat ini. Oleh itu guru hendaklah
memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikan
pengajaran bacaan. Pengetahuan tentang kaedah-kaedah
mengajar bacaan semata-mata tidak mencukupi,
sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam
penyampaian pengajarannya. Kaedah membaca yang
digunakan akan lebih berkesan dengan penggunaan
bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik.
Rujukan
http://www.education.com/reference/article/
bottom-up-theories-reading-process/
http://everydaylife.globalpost.com/bottomup-
theories-reading-process-15252.html

Anda mungkin juga menyukai