Anda di halaman 1dari 2

D20102042790LMSEM2

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA PERARAN, KAPIT.


BAHASA MALAYSIA TAHUN 6

NAMA: ________________________
KELAS :________________________
TARIKH: _______________________
LATIHAN A
ARAHAN: Gariskan kata majmuk yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.
1.Wahid terhuyung-hayang semasa turun dari feri itu kerana dia mabuk laut.
2.Gadis yang berkulit kuning langsat itu sering memakai baju yang berwarna
merahjambu.
3.Datuk menggunakan minyak tanah untuk menyalakan api itu.
4.Selepas makan tengah hari, abang berlingkar di atas kerusi seperti pacat kenyang.
5.Orang ramai dinasihatkan supaya tidak keluar rumah kerana ruang angkasa agak
berjerebu.
6.Majlis perkahwinan pelancong asing dari Perancis itu diadakan mengikut adat
istiadat masyarakat Melayu dan Tionghua.
7. Daun pintu itu terbuka apabila ditiup angin kencang.
8. Hasil kerja kerasnya selama ini, Azmir menjadi usahawan yang berjaya.
9. Selaku tuan rumah, Encik Joni memastikan tetamunya mendapat layanan yang
sempurna ketika kenduri itu berlangsung.
10. Rosni mendapat tunjuk ajar daripada ibu saudaranya tentang cara menghias
pelamin pengantin itu.

D20102042790LMSEM2

LATIHAN B
Tandakan (/ ) pada ayat yang menggunakan kata majmuk dengan betul dan (X)
pada ayat yang menggunakan kata majmuk yang salah.

1. Petani itu mandi keringat di tengah sawah.( )
2.Ayah terpaksa mengopak pintu kerana kunci anak tertinggal di dalam rumah. ( )
3.Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membeli cakera padat tiruan.( )
4.Kejayaan Samir melanjutkan pelajaran di universiti menjadi buah mulut orang
kampungnya. ( )
5.Congkak merupakan permainan tradisional yang diwarisi sejak zaman nenek
moyang. ( )
6. Pasukan tentera berjuang habis-habisan untuk mempertahankan air tanah. ( )
7.Samira muka menarik kerana disindir oleh rakan-rakan. ( )
8.Gadis yang cantik jelita itu ditugaskan sebagai penyambut tetamu pada majlis
ulang tahun syarikatnya.( )
9. Ayah melarang emak menyaksikan kemalangan yang dahsyat itu kerana emak
semangat lemah. ( )
10. Busu terperanjat mendengar angin khabar tentang pesawat MH370 yang hilang
itu. ( )
11. Nek Su pergi membeli barang di kedai harga borong . ( )
12. Polina tertidur di sebelah kerusi yang berwarna muda hijau itu. ( )
13. Jamal terpinga-pinga apabila melihat mata air ibunya berlinangan. ( )
14. Datuk sakit hati melihat tanamannya dimakan oleh kambing jiran. ( )
15.Ronald ketawa terbahak-bahak menonton pertunjukan jenaka lawak itu. ( )

Anda mungkin juga menyukai