Anda di halaman 1dari 26

1

Bab 10
Temubual, Soalselidik dan
Pandangan Pakar

2
Objektif
Peranan temubual dan soalselidik dalam
penilaian
Rekabentuk asas soalselidik
Bagaimana melakukan temubual, penilaian
heuristik dan cognitive walkthrough
Bagaimana mengumpul, menganalisa dan
mempersembahkan data
Kelebihan dan kelemahan teknik-teknik ini
3
Temubual
Tidak berstruktur tidak berpandukan
kepada skrip. Fleksibel dan meluas, tetapi
tidak boleh direplika
Berstruktur berdasarkan kepada skrip
tertentu, mirip soalselidik. Boleh direplika
tetapi tidka feksibel dan meluas
Separa-berstruktur (semi-structured)
berpandukan kepada skrip tetapi idea/isu
menarik boleh dibincang lebih dalam.
4
Asas Temubual
Rangkakerja DECIDE
Matlamat dan persoalan mempengaruhi
temubual
Dua jenis soalan:
soalan tertutup format jawapan yang telah
ditentukan, spt. ya ata tidak
soalan terbuka tidak mepunyai format tertentu
Soalan tertutp adalah lebih cepat dan mudah
untuk dianalisa
5
Perkara yang perlu dielakkan semasa
menyediakan soalan temubual
Soalan yang panjang
Ayat majmuk pecahkan kepada dua
Bahasa dan jargon yang mungkin tidak
difahami oleh responden
Soalan yang mempunyai andaian tertentu
(leading questions) , cth: kenapa anda
suka.?
Bias yang tidak disedari, cthnya dari segi
jantina
6
Komponen Temubual
Pengenalan memperkenalkan diri, menerangkan
matlamat temubual, yakinkan responden tentang isu
etika, kebenaran untuk merekod, borang informed
consent form
Warm up dimulakan dengan soalan yang mudah
dan menyenangkan
Utama - ajukan soalan menurut susunan logikal
Cool-off period selitkan beberapa soalan mudah
untuk mengurangkan tekanan
Penutup terima kasih kepada responden
7
Proses Temubual
Gunakan rangkakerja DECIDE sebagai
panduan
Berpakaian mirip kepada peserta
Semak peralatan rakaman lebih awal
Wujudkan sistem kod nama tertentu untuk
merahsiakan nama peserta
Be pleasant
Minta peserta mengisi borang perakuan
pemberitahuan (informed consent form)
8
Probes dan Prompts
Probes (siasatan) digunakan untuk
mendapatkan maklumat lanjut, cth: ada
apa-apa yang anda perlu tambah berkenaan
hal ini?
Prompts (galakan) digunakan untuk
membantu peserta meneruskan ayat atau
penerangan tertentu, cth: ya, teruskan,
atau membantu mengingat nama
Perlu pastikan bahawa kedua-dua di atas
tidak menyebabkan bias
9
Temubual Berkumpulan
Juga dikenali sebagai kumpulan fokus
Biasanya melibatkan 3-10 peserta
Mengumpul maklumat dan pendapat yang
pelbagai dan meluas
Perlu ada pengurusan supaya:
Setiap peserta memberi sumbangan
Perbincangan tidak didominasi oleh orang tertentu
Topik agenda dibincangkan
10
Menganalisa Data Temubual
Bergantung kepada jenis temubual
Temubual berstruktur boleh dianalisa sepertimana
soalselidik
Temubual tidak berstruktur menghasilkan data
sepertimana yang dihasilkan oleh teknik pemerhatian
participant observation
Data dari temuduga tidak berstruktur perlu dianalisa
dengan segera tuntuk mengenalpasti topik dan tema
11
Soalselidik
Soalan boleh terbuka atau tertutup
Soalan tertutup paling mudah dianalisa, dan boleh
dilakukan secara berkomputer
Boleh diberikan kepada suatu populasi yang besar
Media penyebaran kertas, email dan laman web
Kelebihan soalselidik elektronik data masuk terus
ke dalam pangkalan data, dan mudah dianalisa
Masalah soalselidik elektronik - persampelan iaitu saiz
populasi tidak diketahui
12
Gaya Soalselidik
Pelbagai mengikut matlamat gunakan
rangkakerja DECIDE
Format soalselidik termasuk:
Pilihan ya , tidak
Pilihan lebih dari satu
Skala Likert
Skala semantik
Soalan terbuka
Skala Likert mempunyai julat titik tertentu
Biasanya 3, 5, dan 7
13
Membangun Soalselidik
Menyatakan tujuan soalselidik dengan jelas dan
menjamin anonymity responden
Merancang soalan jika soalselidik berasaskan web,
bangunkan secara off-line dahulu
Tentukan samada pernyataan adalah dalam bentuk
posotif, negatif, atau gabungan
Soalan diuji terlebih dahulu (pilot test)
Tentukan bagaimana data akan dianalisa dan
dapatkan nasihat ahli statistik jika perlu

14
Cara Mendapatkan Respon yang Baik
Pastikan tujuan kajian jelas
Jamin anonymity
Pastikan soalan direkabentuk dengan baik
dan teliti
Sediakan versi pendek untuk mereka yang
tiada masa untuk mengisi versi panjang
Buat follow-up dengan email, telefon, surat
Sediakan insentif
40% renspon adalah agak tinggi, dan 20%
biasanya boleh diterima
15
Kebaikan Soalselidik Online
Respon selalunya diterima dengan cepat
Tiada kos penghantaran dan fotokopi
Data boleh dikumpulkan ke dalam pangkalan
data secara terus
Masa yang diperlukan untuk analisa lebih
singkat
Kesilapan pada soalselidik boleh dibetlkan
dengan cepat
16
Masalah Soalselidik Online
Persampelan adalah sukar jika saiz
populasi tidak diketahui
Sukar untuk mengesan atau mengelak
dari seorang responden mengisi lebih
dari sekali
Terdapat kes di mana responden atau
orang lain mengubah soalan dalam
soalselidik melalui email
17
Analisis dan Persembahan Data
Persembahkan data dengan jelas jadual
boleh membantu
Gunakan statistik mudah spt: min, median,
mod, sisihan piawai
Peratusan juga baik, tetapi memerlukan saiz
populasi
Carta bar boleh menunjukkan data
berkategori (nominal)
Analisis statistik yang lebih terperinci boleh
dilakukan jika perlu
18
Contoh-contoh Soalselidik
SUMI (Software Usability Measurement
Inventory)
MUMMS (Measuring the Usability of
Multi-media System)
www.ucc.ie/hfrg/questionnaires
QUIS (Questionnaire for User Interface
Satisfaction)
19
Pandangan Pakar
Pakar menggunakan pengetahuan mereka tentang
pengguna dan teknologi untuk review kebolehgunaan
perisian
Kritik atau komen boleh dalam bentuk laporan formal
dan tidak formal
Penilaian heuristik suatu review yang berpandukan
kepada suatu set heuristik
Walkthrough melibatkan pengalaman langkah-demi
langkah menggunakan senario terancang dan lakaran
skrin
20
Penilaian Heuristik
Dibangunkan oleh Jacob Nielsen pad awal
1990-an
Berdasarkan kepada heuristik yang diperolehi
dari analisa empirikal ke atas 249 masalah
kebolehgunaan
Telahpun dikemaskini untuk teknologi
sekarang, spt HOMERUN utk web
Garispanduan rekabentuk menjadi asasuntuk
membangunkan heuristik
21
Heuristik Nielsen
Keterlihatan (visibility) status sistem
Padanan di antara sistem dengan dunia sebenar
Kawalan dan kebebasan pengguna
Ketekalan (consistency) dan piawaian
Bantuan kepada penggun auntuk mengecam,
diagnos, dan perbetulkan ralat
Mengelak ralat
Pengecaman (recognition) berbanding mengingat
semula (recall)
Kebolehlenturan (flexibility) dan keberkesanan
(efficiency) penggunaan sistem
Nilai estetik dan rekabentuk minimalist
Bantuan dan dokumentasi
22
Penilaian Potongan (discount)
Penilaian heuristik juga dikenali sebagai
penilaian potongan (discount
evaluation) apabila hanya 5 penilai yang
digunakan
Kajian empirikal membuktikan bahawa
secara kasar 5 penilai adalah cukup
untuk mengesan 75-80% masalah
kebolehgunaan
23
Tiga Fasa Penilaian Heuristik
Sesi briefing untuk memberitahu pakar/penilai
tentang apa yang perlu dilakukan
Fasa penilaian yang memakan masa 1-2 jam yang
mana:
Setiap pakar/penilai berkerja secara berasingan
Pertama kali, gunakan sistem secara keseluruhan untuk
membiasakan diri dengan sistem
Kali kedua, tumpukan kepada ciri tertentu dalam sistem
Debriefing kesemua pakar/penilai berbincang untuk
kenalpasti masalah utama
24
Kelebihan dan Masalah
Beberapa isu etika dan praktikal perlu
dipertimbangkan
Mungkin sukar dan agak mahal untuk
mendapatkan pakar
Pakar yang baik mempunyai pengetahuan
tentang domain aplikasi dan pengguna
Masalah:
Masalah penting mungkin akan tertinggal
Banyak masalah remeh yang akan dicamkan
25
Cognitive Walkthrough
Memfokus kepada mudah untuk dipelajari
Perekabentuk akan menyentuh aspek dan
penggunaan tertentu menggunakan senario
Satu atau lebih pakar akan berjalan melalui
rekabentuk prototaip (senario)
Pakar diberitahu mengenai andaian tentang
populasi pengguna, konteks penggunaan,
dan perincian tugas
Pakar dibantu oleh 3 soalan
26
Tiga Soalan
1. Will the correct action be sufficiently evident to the
user?
Adakah tindakan yang betul (sepatutnya dilakukan) akan
kelihatan jelas kepada pengguna?
2. Will the user notice that the correct action is
available?
Adakah pengguna sedar akan kewujudan tindakan
tersebut?
3. Will the user associate and interpret the response
from the action correctly?
Bolehkan pengguna memahami dengan betul akan
hubungan di antara respon dari sistem dengan tindakan
yang telah diambilnya?

Anda mungkin juga menyukai