Anda di halaman 1dari 1

CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN

Semua negara mempunyai perlembagaan dan ada cirri-cirinya yang tertentu.


Pertama, kestabilan dalam melaksanakan perkara-perkara yang menjadi
kebiasaan umum ataupun tatacara yang lazim. Ia membolehkan rakyat
mengetahui apakah hak-hak mereka, menggunakan hak-hak tersebut dan
membolehkan rakyat mengambil bahagian dalam pembangunan negara.

Kedua, unsur-unsur tanggungjawab. Pemerintah adalah


bertanggungjawab ke atas rakyat, segala permintaan rakyat adalah sebagai
panduan kepada tindakan-tindakan kerajaan. Rakyat berhak mengetahui segala
perbelanjaan kerajaan dan berhak menyatakan perasaan tidak puas hati mereka
terhadap kerajaan melalui saluran-saluran yang betul.

Ketiga, perwakilan dipilih melalui pilihanraya oleh rakyat bagi mewakili


mereka di dalam sidang-sidang Parlimen.

Keempat, pembahagian kuasa. Kerajaan memainkan dua peranan yang


penting, sebagai pemerintah dan pembuat undang-undang.

Kelima, kerajaan terbuka dan tidak dirahsiakan. Perkara-perkara yang


tidak sulit diumumkan agar rakyat dapat bertindak. Perbincangan di parlimen
diumumkan menerusi media massa seperti belanjawan negara dan pembuatan
dasar-dasar baru.