Anda di halaman 1dari 3

DEFINISI PERLEMBAGAAN

Umumnya perlembagaan telah banyak menimbulkan konflik dalam fahaman dan


pegangan masyarakat kerana mereka tidak mempunyai keyakinan yang kuat
terhadap konsep yang terdapat dalam perlembagaan.

Manusia mengalami masalah dalam mencari dan membentuk satu


perlembagaan yang dapat memberi keadilan kepada semua dan tidak
meragukan mana-mana pihak sekalipun.

Namun, adakah perlembagaan itu sesuatu yang terlalu abstrak atau


terlalu teknikal sehingga ia dikatakan agak mengaburkan? Ia dirasakan
sedemikian kerana kini telah wujud perubahan dan sikap manusia jika
dibandingkan pada abad ke-16 atau abad ke-18 dahulu. Manusia kini telah
menyedari dan percaya kepada apa yang diperkatakan sebuah kerajaan oleh
undang-undang dan bukannya manusia sebagai satu formula hakiki yang harus
diterima dan dipraktikkan selaras dengan perkembangan ilmiah manusia itu
sendiri. Di sinilah peranan perlembagaan dapat ditekankan dalam menguatkan
kehendak-kehendak manusia berhubung dengan penguatkuasaan undang-
undang.

Bahkan, konsep perlembagaan itu perlu juga diperluaskan dalam banyak


perkara dan aspek yang berhubung dengannya seperti sumber, ciri, jenis, siapa
yang mengekalkannya dan lain-lain perkara yang akan cuba diperjelaskan
seboleh mungkin.

Pada asasnya, perlembagaan ditakrifkan sebagai prinsip asas yang


mengasaskan sesebuah negara dan memperkenalkan sistem pemerintahan
seperti yang termaktub sama ada dalam undang-undang atau adat
perundangan. Perlembagaan adalah sejenis undang-undang yang mengandungi
peraturan-peraturan yang boleh dikuatkuasakan.
A.S. Hornby dalam kamus Oxford Advanced Learner’s Dictionary of
Current English, perlembagaan dimaksudkan sebagai satu sistem berkerajaan di
mana undang-undang dan prinsip-prinsip kerajaan tersebut adalah berpandukan
bagaimanakah sesebuah negara itu diperintah.

Menurut Geoffrey Marshall dan Graeme C. Moodie dalam buku mereka


mentafsirkan bahawa perlembagaan itu sebagai satu gabungan dan fungsi
kepada prinsip bahagian-bahagian tertentu sesebuah Negara yang mengawal
kerajaan atau badan yang dikenali sebagai rakyat.

C.H. Pitchett mentakrifkan perlembagaan sesebuah negara itu sebagai


satu rangka kerja peraturan perundangan yang menjadikan atau membuatkan
sistem pemerintahan negara itu. Apabila dikatakan ‘Keluhuran Perlembagaan’ ia
bermaksud perlembagaan satu undang-undang tertinggi Persekutuan.
Menurutnya, jika mana-mana undang-undang tidak selaras dengan
perlembagaan, undang-undang tersebut tidak sah dan tidak berkesan. Perkataan
perlembagaan sesebuah negeri dan mana-mana undang-undang yang telah
diluluskan oleh badan perundangan negeri berkenaan juga mesti selaras dengan
perlembagaan negeri tersebut.

Robert A. Dahl dalam bukunya Modern Political Analysis pula menyatakan


bahawa apabila sistem politik sesebuah negara itu kompleks dan seimbang,
peranan politik dengan sendirinya terbentuk. Peranan ini ditadbir dan koleksi-
koleksi pentadbiran dalam satu sistem politik akan memberikan perlembagaan
kepada kerajaan untuk menggunakan sistem itu.

Perlembagaan sesebuah negara bermaksud sebagai prinsip-prinsip atau


dasar-dasar penting berpandukan kepada cara mana negara itu diperintah dan
diisytihar, sama ada dibentuk dalam undang-undang, adat kebudayaan atau
Majlis Piagam Perjanjian. Demikian pandangan yang dinyatakan oleh C.A. Leeds
dalam bukunya, Politics.
C.F. Strong dalam bukunya, Modern Political Constitution, menyatakan
bahawa perlembagaan boleh ditegaskan sebagai koleksi prinsip-prinsip kuasa
pemerintah, hak-hak memerintah dan hubungan antara keduanya akan diubah.
Tetapi walau apa jua bentuknya, perlembagaan yang sebenar akan mempunyai
beberapa fakta. Pertama, cara agensi yang banyak itu dibentuk, kedua kuasa
yang bagaimanakah yang dipercayai ke atas agensi yang berkenaan dan ketiga,
dalam apa jua keadaan pun kuasa tersebut boleh digunakan. Objektif
perlembagaan adalah untuk menghadkan tindakan kerajaan yang tidak
berpandukan sebab, sebaliknya nafsu, untuk menjamin hak-hak memerintah dan
menandakan satu operasi ke atas kedaulatan kekuasaan yang sedia ada.

Menurut R.N. Gilchrist dalam bukunya Principles of Political Science,


perlembagaan mengandungi satu badan atau peraturan yang bertulis atau tidak
bertulis yang dapat mengenal pasti kerajaan yang dibentuk, satu pembentukan
kuasa untuk pelbagai organisasi kerajaan dan prinsip-prinsip umum yang akan
menggunakan kuasa ini.

Kesimpulannya, perlembagaan dapat dirumuskan sebagai prinsip-prinsip


asas yang mengasaskan sesebuah negara, memastikan bagaimanakah sesuatu
keputusan kerajaan itu akan dibuat, bagaimana kuasa akan diagih-agihkan
antara institusi-institusi kerajaan, menetapkan satu kewibawaan ideal sesebuah
negara itu dan memperkenalkan satu sistem pemerintahan seperti termaktub
sama ada dalam undang-undang, adat mahupun Majlis Piagam Perjanjian.