Anda di halaman 1dari 21

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha

berterusan ke arah lebih memperkembangkan


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Percaya dan patuh kepada Tuhan
Berilmu pengetahuan
Berketerampilan
Berakhlak mulia
Bertanggungjawab kepada diri,keluarga,
masyarakat dan negara
Berbakti dan memberi sumbangan kepada
masyarakat, agama, bangsa,dan negara
Memiliki sahsiah yang seimbang dan
bersepadu

INTISARI FPK

PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT
Peringkat Awal
Rumah
Tadika

Peringkat Sekolah
Sekolah rendah
Sekolah menengah

Peringkat selepas sekolah
IPTA/IPTS
Tempat kerja
Dalam komuniti
Secara pembelajaran kendiri
Berbentuk ICT
Secara on-line

Memperkembang Potensi Individu

INTELEK

JASMANI


ROHANI

EMOSI

POTENSI
INDIVIDU

Insan yang seimbang dan harmonis
dari aspek:-



Unsur Jasmani
Menjaga kesihatan badan
Melakukan riadah
Mengembangkan bakat dan kemahiran
yang bersifat teknikal,manipulatif dan
sosial
Memanfaat tenaga fizikal untuk
berdikari
Memanfaat tenaga fizikal bagi
kepentingan masyarakat
Berusaha meningkatkan daya
pengeluaran.
Unsur Emosi
Berperasaan tenang dan tingkah laku
yang terkawal
Memiliki dan memupuk perasaan
kasih sayang
Memiliki semangat kekitaan dan
perpaduan
Menghargai dan menilai keindahan
hasil-hasil kesenian
Unsur Rohani
Menyedari dan menginsafi adanya
Pencipta
Menyedari dan menginsafi t/jawab
Menghargai dan mensyukuri
pemberian Pencipta
Memupuk dan membina disiplin diri
Membentuk akhlak mulia

Unsur Intelek
Mempunyai kemahiran asas 3M
Sentiasa berusaha mendapat,
meningkat dan menyebarkan ilmu
Sentiasa berfikir secara kreatif dan
berusaha mengembangkan daya
pemikirannya supaya mampu
menghurai,mencerakin,menaakul
dan menghasilkan idea yang bernas
Berupaya memanfaatkan ilmu untuk
diri dan keluarga.

Kepercayaan Dan Kepatuhan
Kepada Tuhan
Mengakui tentang wujudnya Pencipta
Mengakui manusia dan alam tidak terjadi
sendirinya
Menyedari bahawa manusia dijadikan
untuk memakmurkan alam
Menyedari manusia bertanggungjawab
sepenuhnya ke atas perbuatannya
Sentiasa berusaha dan mengukuhkan
kepercayaan beragama
Sentiasa berusaha untuk melakukan
kebaikan dan menghindari kejahatan

Rakyat Malaysia Yang
Berilmu Pengetahuan
Mencintai ilmu pengetahuan
Gemar membaca
Sentiasa berusaha untuk menambah
ilmu pengetahuan
Mempunyai fikiran yang luas dan
terbuka
Meningkat dan menyebarkan ilmu
Memanfaatkan ilmu untuk kebajikan
diri sendiri dan orang lain
Rakyat Malaysia Yang
Berketerampilan
Memiliki pengetahuan dan kelayakan
yang sesuai bagi sesuatu tugas
Mempunyai kemahiran dalam
menjalankan tugas
Dapat melaksanakan tugas dengan
cekap,tangkas dan sempurna
Rakyat Malaysia Yang Berakhlak Mulia
Mempunyai pengetahuan tentang nilai-
nilai baik dan buruk
Mempunyai kesedaran tentang kesan
daripada perbuatan yang baik dan buruk
Mempunyai keyakinan terhadap nilai-nilai
murni
Mengamalkan perlakuan yang baik dan
menghindari perlakuan yang buruk; dan
Menghayati segala nilai mulia yang
merangkumi nilai-nilai kerohanian,
kemanusiaan dan kewarganegaraan.
Rakyat Malaysia Yang
Bertanggungjawab
Menyedari bahawa setiap tugas dan
tanggungjawab merupakan amanah;
Menyedari bahawa setiap tugas mestilah
dilaksanakan dengan sempurna;
Menjalankan tugas dengan amanah,
bersih dan cekap;
Sentiasa berusaha untuk meningkatkan
daya pengeluaran;
Mematuhi peraturan dan undang-undang
negara; dan
Berusaha untuk memajukan diri,
keluarga, masyarakat, agama, bangsa
dan negara.
Rakyat Malaysia Yang Berkeupayaan
Mencapai Kesejahteraan Diri
Mempunyai fikiran yang waras, jiwa
yang tenang dan badan yang sihat;
Mempunyai daya ketahanan diri yang
kuat untuk menghadapi segala
cabaran hidup
Sentiasa dapat mewujudkan
perhubungan yang baik di antara diri
dengan orang lain.
Rakyat Malaysia yang Dapat Memberi
Sumbangan Terhadap Keharmonian dan
Kemakmuran Masyarakat dan Negara
Sentiasa berusaha ke arah memupuk perpaduan
rakyat melalui semangat bekerjasama,
berbakti, toleransi, kekitaan dan hormat-
menghormati
Sentiasa berusaha memajukan ekonomi ke arah
perkembangan bangsa dan negara dengan
menggunakan sains dan teknologi yang cekap
Sentiasa berusaha mengekalkan kestabilan
negara
Sentiasa berusaha mematuhi, mengekal dan
mempertahankan peraturan dan perlembagaan
Sentiasa mengawal dan menghayati prinsip-
prinsip Rukunegara.
Matlamat KPM
Melahirkan bangsa Malaysia yang
taat setia dan bersatu padu
Melahirkan insan yang beriman,
berilmu, berakhlak mulia,
berketerampilan dan sejahtera
Menyediakan sumber tenaga
manusia untuk keperluan kemajuan
negara
Memberi peluang pendidikan kepada
semua warganegara Malaysia.
Misi KPM
Membangunkan sistem pendidikan
yang berkualiti dan bertaraf dunia
bagi memperkembangkan potensi
individu sepenuhnya dan memenuhi
aspirasi negara Malaysia.
Mengapa perlu mengetahui FPK,
Matlamat dan Visi
Pemahaman yang sama tentang
kehendak sistem pendidikan dan
hasrat negara

Semua pihak menumpukan usaha
kepada satu hala tuju yang sama

ABD. RAHMAN ZAKARIA
JABATAN PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN
IPG KAMPUS DARULAMAN
manpiah@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai