Anda di halaman 1dari 5

Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian

Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian



Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran
dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding
matlamatnya. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan
mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi guru dalam membuat
sesuatu keputusan dengan tepat. Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah
beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini digunakan
secara bertukar ganti. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai
makna yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.


Pentaksiran

Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan
tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu. Pengukuran
merupakan suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada
kewujudan sesuatu ciri dan atribut. Dalam pengajaran dan pembelajaran di
universiti, kewujudan ciri penguasaan sesuatu isi kursus yang diajar oleh
pensyarah pada pelajar dikuantifikasikan dengan memberi skor ujian. Pentaksiran
adalah bertujuan sebagai salah satu proses mendapatkan gambaran tentang
prestasi seseorang dalam pembelajaran. Pentaksiran juga dapat digunakan untuk
menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya,
mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran
serta membantu guru untuk membaiki pengajaran dan pembelajaran. Melalui
pentaksiran yang dijalankan, guru dapat merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan
murid. Guru dapat melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas
secara efektif dan dapat merancang serta melaksanakan aktiviti tindakan susulan
yang berkesan.pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai, merekod, memberi skor
dan mengintepretasi pembelajaran seseorang murid. Pentaksiran yang baik dapat
dinilai melalui beberapa ciri seperti ;
1. i. Keobjektifan iaitu berdasarkan ketepatan seseorang pemeriksa
memeriksa skrip jawapan.
2. Kebolehtadbiran susulan iaitu berdasarkan kelicinan dan kerja-kerja
yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah.
3. Kemudahtafsiran berdasarkan calon iaitu bergantung tentang
maklumat tentang calon skor, mendiskriminasikan, dan menepati tujuan
mengadakan sesuatu ujian.

iv. Menyeluruh iaitu mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang
penting.
Terdapat beberapa kaedah yang biasa digunakan dalam menjalankan pentaksiran
iaitu seperti pemerhatian, lisan dan penulisan.
Petaksiran boleh juga dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai contoh,
kemahiran melukis seseorang murid boleh diukur melalui pemerhatian atau
pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual.
Justeru, kita boleh menganggapkan pentaksiran sebagai proses untuk mendapatkan
sesuatu ukuran dengan menggunakan kaedah tertentu, manakala pengujian pula
merupakan salah satu daripada kaedah tersebut. Pentaksiran tidak bersifat mutlak,
misalnya, pengukuran keupayaan mental seseorang sudah tentu lebih sukar diukur
secara tepat berbanding ketinggian fizikalnya. Ketinggian fizikal seseorang boleh
diukur secara tepat dengan menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan
pembaris. Seterusnya, seseorang pelajar yang mendapat skor 90 tidak boleh
dianggap mengetahui dua kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45,
walaupun skor 90 itu dua kali ganda 45. Seseorang pelajar yang mendapat skor sifar
pula tidak juga
boleh dianggap sebagai tidak mempelajari/ mengetahui tentang sesuatu pelajaran
yang diajar guru. Ini jelas menunjukkan ukuran aspek-aspek berkenaan bukanlah
petunjuk yang tepat sebagaimana ukuran ketinggian fizikal pelajar menggunakan
pembaris.
Justeru, seseorang guru perlu menggunakan alat yang tepat bagi menjalankan
pentaksiran yang tepat. Jika alat yang digunakan mempunyai kecacatan, maka
sudah pastilah ukuran yang diperoleh juga tidak tepat.


Pengujian


Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan
supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus
di universiti. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur penguasaan
pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk
tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk
menunjukkan tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap
penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada
jawapan yang diberi.

Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk
mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di
universiti, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian
berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu
memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat
dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara-cara
memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti.

Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai
markah akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan
tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji.
Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti
pelaksanaan/
pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui
pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah
menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.

Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat
melalui
pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik
darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah
sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi
menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.


Penilaian

Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian
dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia
akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah
ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu
cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Maklumat dan
bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya, dalam
pendidikan, penilaian dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat
yang ditetapkan, seperti menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M)
di kalangan murid sekolah rendah. Dalam membuat penilaian, anda mungkin sering
kali berhadapan dengan pelbagai masalah. Misalnya, tentang persoalan yang ingin
diselesaikan, apakah bukti yang dianggapkan mencukupi atau bagaimana cara
mendapatkan maklumat, siapa yang perlu mendapatkan maklumat dan sebagainya.
Dengan memahami konsep pengujian, pengukuran dan penilaian, kita akan dapat
merancang langkah-langkah dengan lebih teratur dan sistematik bagi mendapatkan
maklumat yang tepat. Banyak definisi telah diberikan kepada istilah penilaian.
Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan
dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara.
Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran
dan
pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya.
Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan guru sebenarnya mengukur pencapaian
pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan guru ialah menilai ukuran
pencapaian tersebut dengan menggunakan keputusan ujian itu bersama maklumat
lain yang berkaitan. Selain menggunakan data kuantitatif, penilaian juga boleh dibuat
dengan
menggunakan data berbentuk kualitatif seperti yang diperoleh daripada pemerhatian
atau temubual.


Perbandingan Pengujian, Penilaian dan Pentaksiran

Secara umumnya pengujian,penilaian dan pentaksiran digunakan untuk menentukan
tindakan susulan yang harus dilakukan oleh pihak tertentu untuk penambahbaikan
dalam aspek kaedah, pendekatan yang digunakan, teknik dan starategi yang akan
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Walaubagaimanapun pengukuran,pengujian, penilaian dan pentaksiran mempunyai
konsep yang berbeza dan setiap daripadanya mempunyai hasil yang berlainan
dalam membantu proses pentaksiran dijalankan secara keseluruhannya. Oleh yang
demikian perbezaan konsep pengujian, penilaian dan pentaksiran ialah:

perbandingan Pentaksiran pengujian penilaian
Definisi Sebuah proses
yang menentukan
peringkat
pencapaian dan
prestasi seseorang
individu atau murid
Satu alat yang sistematik
untuk menilai dan
mengukur perubahan
dalam sesuatu aspek
tingkah laku.
Sebuah proses
menentukan perubahan
tingkah laku dan
membuat pertimbangan
nilai.
Tujuan Bagi membuat
pengelasan
terhadap
pencapaian dan
kedudukan dalam
pembelajaran
Untuk menentukan
pencapaian terhadap
sesuatu pembelajaran
Memberi maklumat
tentang pencapaian
objektif pembelajaran.
Kaedah mengajar dan
kurikulum.
Bentuk 1. Set ujian bertulis
dengan markah
dan gred
1. Pemerhatian
2. Ujian lisan
3. Ujian bertulis
1. Jadual
2. Gred berdasarkan
teknik perangkaan
Proses
perlaksanaan
Menjalankan
proses pengujian
menggunakan set
ujian dan
kemudian
mencatat atau
merekod markah
serta memberi
gred
Menyediakan set ujian
berdasarkan cara ujian
yang ingin dijalankan.
Melakukan pentadbiran
semasa menjalankan
ujian dan seterusnya
menjalankan pemeriksaan
terhadap set ujian yang
telah dijalankan.
Menentukan kaedah
pengukuran yang ingin
dijalankan dan
melakukan proses
pengukuran dan
penganalisaan semasa
pengukuran dilakukan.
Kemudian proses
interpretasi dijalankan
sebelim melapor
dapatan kajian dan
tindakan.
Masa Selepas sesi
pembelajaran
Selepas sesi
pembelajaran
Boleh dijalankan
sebelum, semasa atau
selepas sesi
pembelajaran
liputan Terhad kepada
sesuatu peringkat
pembelajaran
Terhad kepada sesuatu
kemahiran atau
pembelajaran yang telah
disampaikan
Menyeluruh terhadap
sesuatu pembelajaran
sehingga kepada
keseluruhan sesebuah
kurikulum
keputusan Menunjukkan
pencapaian secara
relatif
Menunjukkan prestasi
sesuatu kemahiran atau
penguasaan
pembelajaran yang
spesifik
Menunjukkan
pencapaian
keseluruhan seseorang
individu namun tidak
hanya menggambarkan
kebaikan individu
tersebut.


Rumusan
Kesimpulannya pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan yang
dijalankan oleh guru di bilik darjah membantu guru dalam mempertingkatkan
pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta membantu guru dalam
memperkembangkan lagi teknik, kaedah dan mengesan kelemahan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai