Anda di halaman 1dari 3

PERANGI DENGGI GEMPUR AEDES

Masalah penyakit demam denggi yang berlaku sejak akhir akhir ini kian
menjadi jadi dan sukar dicegah. Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Perdana
Menteri membuktikan bahawa masalah ini boleh dikatakan berlaku di segenap empat
penjuru di dunia ini. Lebih malang lagi , peratusan kes di negara kita dikatakan
meningkat setiap tahun. Isu ini turut menjadi buah mulut masyarakat. Sebenarnya ,
apa itu demam denggi ? Seperti yang kita sedia dimaklum , demam denggi
merupakan sejenis penyakit bawaan nyamuk Aedes kepada manusia melalui
gigitannya. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi
berdarah. Ia juga merupakan punca utama kematian kanak kanak di kebanyakkan
negara hari ini. Lanataran itu , persoalan yang perlu dilontarkan untuk dirungkai dan
dicari jalan penyelesaiannya , apakah cara cara yang efektif untuk memerangi
penyakit demam denggi ? Berdasarkan peribahasa Melayu , mencegah lebih baik
daripada mengubati , marilah kita bersama sama menuntut kerjasama dan
keprihatinan pelbagai pihak kerana pujangga mengatakan bersatu teguh bercerai
roboh.
Pad hemat saya , cara yang paling berkesan adalah dengan memusnahkan
tempat pembiakan nyamuk. Faktor utama yang menyebabkan demam denggi
berleluasa berpunca daripada persekitaran yang tidak bersih. Nyamuk Aedes
membiak dalam tempat tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas
menyimpan air. Kawasan air bertakung dan semak samun menjadi sebab pembiakan
nyamuk. Oleh sebab itu , kita perlu lebih berwaspada dengan menutupi semua bekas
air seperti baldi , bejana air dan tong tong dengan lebih rapat serta memasukkan
ubat pembunuh jentik jentik ke dalamnya. Kita harus memeriksa saluran air hujan
di bumbung setiap minggu dan buang daun daun , kayu atau sampah sarap yang
menyekat aliran air. Kita wajib berusaha sedaya upaya untuk membersihkan
persekitaran rumah masing masing. Sebagai contoh , kita boleh membuang semua
bekas atau benda yang menakung air seperti tin tin kosong dan botol ke dalam beg
plastik serta meletakkannya dalam tong sampah yang bertutup. Sudah terang lagi
bersuluh , sekiranya langkah ini dilakukan sudah pasti dapat menangani penyakit
demam denggi.
Selain itu , jalan terbaik yang seterusnya adalah dengan mengelakkan diri
daripada bertandang ke negara negara yang terlibat. Rakyat negara kita mahupun
negara lain perlu membatalkan segala rancangan buat sementara waktu untuk pergi
melancong ke negara negara yang sedang dilanda wabak itu seperti negara China,
Hong Kong dan Indonesia. Seseorang itu juga harus mengelakkan diri daripada pergi
ke kawasan bandar pada siang hari. Nyamuk Aedes bukanlah serangga malam.
Waktu puncak ia akan mencari makan pada awal pagi dan awal senja. Hal ini kerana
untuk mengelakkan diri daripada gigitan nyamuk Aedes. Seseorang itu harus
mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk
pada kulit yang terdedah apabila perlu. Kita patut memakai pakaian yang menutupi
kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi daripada gigitan nyamuk.
Kita mesti memasang jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah
nyamuk daripada memasuki rumah kita.
Tambahan pula , kerajaan harus menguatkuasakan dan mengetatkan
undang undang. Tindakan undang undang perlu diambil kepada sesiapa yang
didapati bersalah menyediakan tempat pembiakan nyamuk. Hukuman lebih berat
mesti dikenakan supaya masyarakat sedar akan bahaya penyakit ini. Sebagai
contoh, jika seseorang itu melanggar peraturan dan undang undang yang sedia
ada maka dia perlu didenda sebanyak RM1000.00 ataupun boleh dipenjarakan
selama sebulan. Tindakan dan hukuman sebegini akan menjadi langkah terbaik bagi
mengatasi masalah ini. Peranan kerajaan bukan setakat menguatkuasakan dan
mengetatkan undang undang , malahan kerajaan juga wajib menggembleng
tenaga dengan meningkatkan kempen kesedaran dengan menggunakan pelbagai
media untuk mewartakan kempen perangi denggi habis habisan. Hal ini perlu
digiatkan dan bukan sebaliknya seperti hangat hangat tahi ayam. Iklan iklan di
media tentang bahaya dan kesan pembiakan nyamuk wajar dipertingkatkan agar
masyarakat dapat mengubah sikap sambil lewa mereka.
Sebagai menggulung kata segala yang telah diperkatakan di atas , pihak
kerajaan mahupun rakyat hendaklah peka terhadap keadaan di sekeliling mereka.
Aspek penjagaan kebersihan dan kesihatan perlulah diberikan perhatian yang utama
dalam kehidupan seharian. Jangalah `sudah terhantuk baru nak terngadah` kerana
sekiranya aspek kebersihan diabaikan sudah pasti penyakit demam denggi akan
mudah menyerang mangsanya. Jadi , langkah awal yang efektif dan efisien penting
untuk menghindarkan seseorang itu daripada dijangkiti oleh wabak yang berbahaya
itu. Rakyat yang sihat akan menjadikan sesebuah negara maju. Oleh itu , cegahlah
sebelum parah.

Anda mungkin juga menyukai