Anda di halaman 1dari 5

BAB 1

PENGENALAN LATAR BELAKANG KAJIAN


1.1 Pendahuluan
Penghasilan konkrit yang baik sentiasa dikaji demi untuk menangani
permasalahan yang timbul akibat dari penghasilan campuran yang tidak baik. Kini
bahan tambah diperkenalkan untuk menghasilkan konkrit berprestasi tinggi dan
kebolehkerjaannya yang tidak boleh didapati daripada konkrit yang menggunakan
bahan bahan konvensional dan kaedah bancuhan lazim. Konkrit yang mempunyai
kriteria prestasi yang optimum yang dihasilkan daripada bahan tertentu akan
menggalakkan perkembangan dalam industri pembinaan.
Sebagaimana yang diketahui, konkrit adalah salah satu bahan binaan tertua
yang digunakan secara meluas dalam industri pembinaan. Ramai yang berpendapat
bahawa penggunaan konkrit akan terus menjadi bahan binaan yang utama untuk
beberapa dekad lagi. da banyak sebab yang menjadikan konkrit begitu popular
dalam bidang pembinaan. ntaranya adalah bahan campuran yang diperlukan
mudah didapati hampir di merata tempat dan wujud dalam kuantiti yang banyak.
Selain itu, tenaga yang diperlukan untuk menghasilkannya adalah rendah di samping
kos penyelenggaraannya lebih murah dan mudah berbanding dengan bahan bahan
yang lain.
!alau bagaimanapun, konkrit biasa sebagai bahan binaan ada mempunyai
kekurangan. Si"at "izikalnya yang rapuh menyebabkan ia tidak dapat memenuhi
kekuatan dan ketahanlasakan dalam semua keadaan. #leh itu, penggunaan bahan
tambah adalah perlu bagi meningkatkan prestasi konkrit agar ia dapat digunakan
dengan lebih berkesan dan lebih tahan lama.
#leh yang demikian, pelbagai bahan tambah diperkenalkan dalam industri
konkrit. ntara yang baru diperkenalkan ialah bahan tambah kimia Superplasticiser
$onplast SP %&&. Penggunaan bahan tambah ini akan meningkatkan kebolehkerjaan
di samping menambah kekuatan konkrit tersebut tanpa meninggalkan si"at si"at
konkrit yang lain seperti ketahanlasakan dan ianya juga berprestasi tinggi.
1.2 Kenyataan Masalah
'emperkuatkan campuran konkrit untuk dijadikan struktur dalam sesuatu
pembinaan adalah perlu bagi menjamin kestabilan dan keselamatannya. (engan itu,
campuran konkrit akan mengalami perubahan dari masa ke semasa dengan
menunjukkan ciri reologi yang luar biasa terutama dari segi kebolehkerjaan dan
kebolehaliran yang membezakan kehebatannya dengan konkrit yang lain.
Kebolehaliran amat diperlukan di dalam campuran konkrit untuk
memudahkan pengendalian, pemindahan, perletakan, pengukuhan dan pengemasan
yang baik. (alam banyak kes, ketahanlasakan yang tinggi juga amat
)
diperlukan dan kajian mendapati penggunaan konkrit prestasi tinggi mampu
menghasilkan struktur kejuruteraan yang kukuh pada kos yang berpatutan.
Konkrit prestasi tinggi merupakan konkrit yang mempunyai ketahanlasakan
yang tinggi yang dapat merintangi pelbagai persekitaran kerja daripada sederhana ke
melampau, termasuk kepada pendedahan terhadap cuaca, serangan kimia dan api.
*agi konkrit yang bertetulang, penutup konkrit mestilah memberikan perlindungan
daripada kemasukan lembapan dan udara yang akan mengakibatkan pengaratan
tetulang. ntara lain si"at konkrit prestasi tinggi adalah berkekuatan mampatan
yang tinggi, kebolehkerjaan yang tinggi, memperolehi kekuataan pada umur seawal
+ hari dan rintangan tinggi terhadap serangan kimia dan sul"at.
Konkrit prestasi tinggi dihasilkan dari campuran bahan tambah
superplasticiser yang akan bertindak sebagai pemecut bagi meningkatkan kadar
awal tindak balas kimia antara simen dan air supaya konkrit mengukuh, mengeras
dan terbentuk kekuatan dengan lebih cepat. *ahan tambah superplasticiser
digunakan kerana dua alasan iaitu untuk meningkatkan kebolehkerjaan konkrit dan
menghasilkan konkrit berkekuatan tinggi.

1.3 Objet!" Kaj!an
#bjekti" utama kajian adalah untuk mengenalpasti penggunaan bahan
tambah Superplasticiser $onplast SP %&& untuk penghasilan konkrit prestasi tinggi
disamping konkrit berkekuatan tinggi.
+
Kriteria kebolehkerjaan dan kebolehaliran yang ditunjukkan oleh konkrit
prestasi tinggi membolehkan konkrit tersebut digunapakai dalam setiap pembinaan.
,a juga mempunyai kriteria sebagai konkrit berkekuatan tinggi.
Sehubungan dengan itu, objekti" kajian ini adalah diringkaskan sebagaimana
berikut -
i. 'enganalisa dan membandingkan ciri ciri mekanikal dan kimia
dalam menentukan kekuatan dan kebolehkerjaan sebagai bahan
binaan.
ii. 'engkaji kesan penggunaan konkrit prestasi tinggi menggunakan
bahan tambah $onplast SP %&& sebagai bahan konkrit dalam kerja
pembinaan.

1.# $%& Kaj!an
Skop kajian adalah tertumpu kepada mengenalpasti penggunaan campuran
konkrit dengan bahan tambah $onplast SP %&& merupakan bahan binaan yang
memenuhi kehendak pengguna dalam kerja kerja pembinaan bangunan di samping
menjimatkan masa dan kos serta memastikan bahan tersebut adalah berkualiti dan
selamat.
Skop kajian ini dibahagi kepada tiga peringkat iaitu -
i. Kajian literatur mengenai campuran konkrit dengan bahan tambah
$onplast SP %&&.
.
ii 'embincangkan hasil kajian berdasarkan perbandingan kelebihan
campuran konkrit dengan bahan tambah $onplast SP %&& sebagai
konkrit prestasi tinggi dengan konkrit konvensional.
iii. Penggunaan di tapak projek S'R/ sebagai kajian kes.
(i samping itu, Kajian ini juga akan memperlihatkan kelebihan konkrit
prestasi tinggi dalam struktur pembinaan.
Kajian juga akan dibuat ke atas perbandingan di segi masa pembinaan, kos
yang terlibat dan kualitinya sebelum, semasa dan selepas pembinaan struktur
tersebut.
Skop kajian literatur pula adalah merangkumi penggunaan bahan yang dapat
digunakan dalam tempoh yang lama dan bersesuaian dengan keadaaan cuaca di
'alaysia yang panas dan taburan hujan yang tinggi.
1.' Ke&ent!n(an Kaj!an
Kepentingan kajian adalah untuk mengenalpasti penggunaan konkrit prestasi
tinggi dalam kerja kerja pembinaan dapat mengurangkan kos dari segi bahan dan
buruh disamping mengekalkan kualiti dan keselamatan dalam struktur
pembinaannya.
0

Anda mungkin juga menyukai