Anda di halaman 1dari 1

Aku budak siasah

Setiap kali bercakap, lantang penuh semangat..


Pantang berdebat, semua aku sebat..
Bab isi, semua aku rembat, biar tak tepat, janji memikat..
Macam tin kosong, semakin diketuk, semakin kuat..
Aku budak siasah
Nampak singa, berjiwa kucing..
Tak boleh dimarah, cepat sangat nak touching..
Kaki kritik, bila dikritik balik, aku cepat melenting..
Kerja merajuk setiap kali meeting..
Aku budak siasah..
Orang penting dalam jemaah..
Semua idea, otak aku yang perah..
Dapat gelaran, think tanker siasah..
Penuh teori, doktrin bersepah..
Bila disuruh buat, mula cari orang bawah..
Bagi alasan, nak latih pegang amanah..
Padahal diri malas, tak suka diarah..
Aku budak siasah..
Cukup minat bab siasah..
Dari tahap atas, sampai paling bawah..
Bila ditanya, Apa itu siasah?
Jawab aku,Nanti sembang lain, nak jawab sekarang susah..
Ayat cover, malu nak bagitau, yang aku tak tau apa tu siasah..