Anda di halaman 1dari 23

1

2

RANCANGAN PENGAJIAN HARIAN KSSR

1. Mata Pelajaran : Pendidikan Moral
2. Kelas : 3 Mawar
3. Nilai : Kerajinan
4. Tajuk : Bersemangat Melakukan Sesuatu Perkara
5. Masa : 60 minit
6. Bilangan Murid : 26 orang
7. Standard Pembelajaran :
11.1.1. Menyatakan cara bersikap rajin di sekolah
11.1.2. Menyenaraikan kepentingan bersikap rajin di sekolah
8. Objektif Pembelajaraan :
i. Menyatakan 4 cara bersikap rajin di sekolah
ii. Menyenaraikan 4 kepentingan bersikap rajin di sekolah
9. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Set Induksi
i. Murid ditunjukkan gambar aktiviti membersih kawasan sekolah.
ii. Murid diajukan soalan aktiviti yang dilakukan dalam gambar yang
ditunjukkan.
iii. Murid dipilih menjawab menggunakan konsep Kotak Beracun.


3

Langkah 1
i. Murid diminta untuk menceritakan situasi yang berlaku berdasarkan
gambar.
ii. Murid diminta untuk membuat peta minda rajah tulang ikan untuk
menyatakan nilai-nilai yang terdapat dalam gambar yang diberikan.
iii. Guru membincangkan nilai kerajinan yang perlu ada dalam diri setiap
orang murid.
Langkah 2
i. Guru memaparkan video Aku Anak Rajin.
ii. Murid melihat dan menghayati paparan video Aku Anak Rajin
iii. Murid diminta untuk menceritakan kembali apa-apa yang mereka fahami
setelah melihat paparan video.
iv. Guru menerangkan secara ringkas kandungan paparan video.
v. Menggunakan jadual ringkas, murid diminta untuk menyenaraikan
kepentingan bersikap rajin berdasarkan video yang dipaparkan.
Langkah 3
i. Guru memaparkan senarai kepentingan bersikap rajin yang diperoleh oleh
murid di LCD skrin projector.
ii. Kemudian secara berpasangan murid diminta untuk membincangkan 3
faedah kepentingan bersikap rajin.
4

iii. Setelah perbincangan, pasangan-pasangan terpilih diminta untuk
menyatakan dapatan perbincangan yang diperoleh kepada rakan-rakan
kelas lain.
iv. Guru membuat kesimpulan berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan.

10. EMK
i. Kretiviti : Menjana idea, sumbangsaran
11. Bahan Bantu Mengajar
Gambar aktiviti, komputer riba, LCD Projektor, Pembesar suara & Lembaran
kerja
12. Penilaian P & P
i. Aktiviti peta minda rajah tulang ikan
ii. Lembaran aktiviti (Menyenarai kepentingan bersikap rajin)
iii. Dapat menyatakan dapatan perbincangan faedah bersikap rajin.
13. Refleksi
i. 26 orang murid telah mencapai objektif yang ditetapkan.





5










6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KBSR

Matapelajaran : Pendidikan Moral
Tarikh : 19/02/2014
Kelas : 5 Bakti
Jumlah Pelajar : 25 orang
Masa : 7.45 pagi 8.45 pagi (1 jam)
Tajuk : Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati
Bidang Pembelajaran : 4. Nilai berkaitan dengan diri dan alam sekitar.
Nilai : 4.3 Peka Terhadap Isu Alam Sekitar.
Nilai Sampingan : 3.4 Peka Terhadap Isu Sosial.
Pengetahuan sedia ada : Murid telah didedahkan kepada pencemaran akibat
perbuatan manusia dan faktor semula jadi.
Hasil Pembelajaran : Kognitif
1. Membincangkan punca dan kesan pencemaran
kepada manusia .
2. Menyenaraikan cara untuk mengelakkan
pencemaran.
7


Afektif
1. Prihatin terhadap isu alam sekitar.
Aktif / tingkah laku
1. Mengamalkan sikap menyayangi alam sekitar.
2. Membantu pihak berkuasa untuk mengurangkan
pencemaran alam sekitar.
Pengalaman Sedia Ada : Murid telah melihat melalui media pencemaran
akibat perbuatan manusia
Strategi & kaedah : Perbincangan
Gabungjalin : Kajian Tempatan
Alat Bantu Mengajar : Komputer riba, LCD projektor, pembesar suara,
Teks Keprihatinan Terhadap Alam Sekitar.
Kemahiran Generik : Membuat inferens, menghubungkait




8

Langkah
Pengajaran
Pembelajaran
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran &
Pembelajaran
Catatan

Set Induksi
(5 Minit)

Video dan gambar
pencemaran alam
sekitar
Contoh:
a. Pencemaran
Udara
b. Pencemaran Air
c. Pembuangan
sampah di
merata tempat

1. Murid ditayangkan video
mengenai pencemaran
alam sekitar.
2. Murid ditanya pengalaman
lepas mereka mengenai
pencemaran alam sekitar
yang berlaku di kawasan
sekitar tempat tinggal
mereka.
3. Guru mengaitkan video
yang ditunjukkan dengan
tajuk pelajaran hari ini.


ABM:
Komputer riba, LCD
projektor, pembesar
suara.

Kemahiran
Generik:
Menghubungkait


Langkah 1
(15 minit)

Mencegah Lebih Baik
Dari Mengubati
a. Teks
Keprihatinan
Terhadap Alam

1. Murid diminta membaca
teks Keprihatinan
Terhadap Alam Sekitar.
2. Perbincangan guru dan
murid mengenai punca

ABM:
Teks Keprihatinan
Terhadap Alam
Sekitar.

9

Sekitar

b. Langkah-
Langkah
Menjaga Alam
Sekitar
berdasarkan
teks:
Penggunaan
sumber alam
secara berhemah
Mengitar Semula
Kempen serta
Poster Penjagaan
Alam Sekitar.
Ceramah didikan
pemeliharaan alam
sekitar.


dan kesan pencemaran
terhadap alam sekitar.
3. Murid diminta untuk
menyenarai langkah-
langkah menjaga alam
sekitar yang terdapat
dalam teks.
4. Murid diminta untuk
meletakkan cadangan
tambahan langkah
menjaga alam sekitar yang
biasa mereka lakukan.
5. Guru membincangkan
langkah-langkah menjaga
alam sekitar yang telah
murid lakukan.

Kemahiran
Generik:
Menghubungkait

Hasil
Pembelajaran
Kognitif:
1. Membincangkan
punca dan kesan
pencemaran
2. Menyenaraikan
cara untuk
mengelakkanpen
cemaran.



Langkah 2
(15 minit)

Betul Ke Salah?
a. Aktiviti murid

1. Murid diminta untuk
berbincang secara



10

b. Menyatakan
dan memberi
sebab sama
ada amalan
berikut
merupakan
amalan
memelihara
alam sekitar.
Berkongsi kereta
Penggunaan
kenderaan awam
Menutup dapur
gas selepas
memasak
Menutup pili
selepas mencuci
kereta
Membiarkan air
melimpah di dalam
kolah mandi.
Membuang
sampah merata-
berpasangan sama ada
amalan yang dilakukan
betul atau salah.
2. Murid memberi
pandangan dan sebab
munasabah terhadap
tindakan-tindakan yang
dilakukan.
3. Guru membuat
kesimpulan dan berkongsi
amalan-amalan yang baik.
Kemahiran
Generik:
Membuat inferens

Hasil
Pembelajaran
Afektif:
Prihatin terhadap
isu alam sekitar
11

rata
Pembakaran
secara terbuka.

Langkah 3
(20 minit)

Membuat poster
mengenai Kempen
Pemeliharaan Alam
Sekitar

1. Murid dipaparkan oleh
guru mengenai beberapa
contoh poster ringkas
mengenai kempen
pemeliharaan alam
sekitar.
2. Murid diminta untuk
menghasilkan poster
ringkas pemeliharaan
alam sekitar yang kreatif
dan unik.
3. Guru meminta murid untuk
mempamer hasil masing-
masing.

ABM:
Komputer riba, LCD
projektor

Kemahiran
Generik:
Menghubungkait



Penutup
(5 minit)

Rumusan
Pembelajaran

1. Dua orang murid diminta
untuk membuat
kesimpulan pembelajaran
hari ini.

12






















2. Guru menjelaskan secara
ringkas kepentingan
pemeliharaan alam
sekitar.
13


















14

Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi dengan limpah kurnia serta keberkatanNya
dapat saya siapkan tugasan Pendidikan Moral, ELM 3102 dengan jayanya. Walau
pelbagai halangan ditempuh namun simpulan masalah tersebut berjaya saya galas ia
dengan baik. Tugasan yang diberikan kepada saya iaitu membuat dua Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) bagi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) serta
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan penulisan refleksi merupakan sebuah
cabaran yang besar kepada saya walaupun sudah mempunyai pengalaman mengajar
di sekolah. Pelbagai idea dalam membuat RPH mula menusuk di minda saya untuk
menyiapkan RPH berkaitan. Idea-idea pelbagai ini disaringkan sedikit demi sedikit bagi
memperoleh idea yang paling bernas. Setelah perolehan idea ini, kajian yang terperinci
dilakukan supaya hasil yang diperoleh terbaik dan cemerlang. Maka dengan itu tugasan
yang lebih berkualiti dapat diperoleh.
Masalah Yang Dihadapi

Antara masalah yang saya hadapi semasa menyiapkan tugasan ini khususnya
semasa menyiapkan RPH adalah semasa mencari idea yang bernas dan terbaik dalam
menyiapkan RPH. Tomlinson (2008) mengatakan bahawa seorang guru perlu memilih
idea yang kreatif dan kreatis bagi menjadikan pengajaran lebih berkesan. Justeru bagi
Masalah
Yang
Dihadapi
Mencari Idea
Contoh
Format RPH
sukar
diperoleh
Gaya
penulisan
berbeza
Kualiti RPH
Penetapan
langkah
pembelajaran
15

menjadikan pengajaran saya lebih berkesan adalah perlu bagi saya untuk memikirkan
idea yang efektif untuk digunakan semasa pengajaran yang bakal saya lakukan untuk
disemat dalam RPH. Idea-idea pelbagai ini menyebabkan kemusykilan yang besar
dalam diri saya untuk memilih idea yang terbaik dan ia menyebabkan saya ketandusan
dalam memilih. Selain itu, contoh format penulisan RPH Pendidikan Moral bagi KSSR
juga amat sukar diperoleh. Contoh-contoh spesifik mengenai penghasilan RPH
Pendidikan Moral KSSR amat sedikit sekiranya dibandingkan dengan format penulisan
RPH KBSR. Hal ini menyukarkan saya untuk mengetahui dan memperoleh format yang
betul mengenai penghasilan RPH yang tepat. Rentetan daripada itu, saya perlu banyak
membuat penyelidikan supaya RPH yang lebih berkualiti dihasilkan. Namun, masalah
lain timbul apabila gaya penulisan RPH Pendidikan Moral KSSR yang pelbagai telah
saya temukan. Terdapat beberapa jenis penulisan RPH KSSR Pendidikan Moral yang
saya temukan dan oleh itu wujud tanda tanya dalam diri saya gaya penulisan RPH
sebenar bagi KSSR.
Semasa penyediaan RPH ini, wujud kerisauan dalam diri saya mengenai kualiti
RPH yang disediakan. Bagi menjayakan aspirasi pendidikan negara, maka RPH yang
dihasilkan perlulah bersifat luwes dan mampu menjana kemahiran kognitif murid untuk
berfikir. Hal ini turut dipersetujui oleh Tomlinson (2008) dimana sesebuah set
pengajaran perlu bersifat terbuka, mantap serta mampu menjana kemahiran berfikir
murid. Justeru penghasilan RPH yang berkualiti serta mampu menjana wadah aspirasi
pendidikan kebangsaan ke arah yang lebih cemerlang perlu dititik beratkan. Proses
penetapan langkah-langkah pengajaran turut memberi seribu cabaran kepada saya. Hal
ini kerana penetapan langkah-langkah semasa sesi pengajaran berlangsung perlulah
saling berkait di antara satu sama lain. Maka penelitian langkah pengajaran perlulah
saya selidik langkah demi langkah. Anderson (2001) turut menegaskan bahawa
pengajaran yang berkesan perlulah melibatkan langkah pengajaran yang berkesan,
justeru dalam hal ini saya perlu memastikan langkah pengajaran yang saya lakukan
benar-benar efisien untuk tujuan pengajaran.


16

Cara Mengatasi Masalah

Setelah masalah-masalah dikenalpasti maka adalah perlu kepada sebuah
strategi khusus untuk saya selesaikan masalah yang telah saya temukan. Bagi
memperoleh idea yang bernas dan terbaik, saya telah membuat perbincangan bersama
rakan sekerja yang lebih berpengalaman daripada saya. Melalui perbincangan tersebut,
ia telah membuka minda kepada strategi yang sesuai saya guna dan amalkan semasa
pengajaran di sekolah. Saringan idea demi idea saya lakukan bersama beliau, maka
Alhamdulillah saya telah temukan sebuah idea yang boleh menggamit pembelajaran
yang lebih berkesan. Melalui perbincangan tersebut, saya juga mendapat gambaran
yang lebih baik mengenai tatacara penulisan RPH KSSR yang betul dan tepat. Bagi
memastikan hasil perbincangan tersebut lebih tepat, pembacaan bahan yang
dibekalkan bagi penghasilan RPH KSSR oleh Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan
Pelajaran Negeri Kedah telah saya baca dan amati satu persatu bagi memastikan
ketepatan dalam menghasilkan RPH yang bakal saya hasilkan. Melalui pembacaan
tersebut saya lebih memahami gaya penulisan sebenar bagi RPH KSSR Pendidikan
Moral.
Cara
Mengatasi
Masalah
Perbincangan
bersama rakan
berpengalaman
Membuat
penyelidikan di alam
maya
Bacaan bahan
yag dikeluarkan
PPD
Rujukan buku
& modul di
perpustakaan
17

Selain itu, bagi menambahkan lagi input mengenai penghasilan RPH yang
berkualiti, saya telah membuat penyelidikan khusus di alam maya dan membuat carian
yang berkaitan. Telah saya temukan pelbagai picisan idea yang menarik yang
menggamit pemikiran saya untuk menghasilkan RPH berkualiti. Pelbagai bahan-bahan
yang diperoleh dalam alam maya ini menjadikan saya lebih matang dalam penulisan
RPH. Input yang telah saya temui ini meluaskan lagi skop pemikiran saya dalam
menjayakan sebuah pengajaran. Selain itu juga saya turut membaca bahan-bahan
bertulis berbentuk buku, akhbar dan modul berkaitan di perpustakaan IPG Kampus
Sultan Abdul Halim. Melalui pembacaan yang dibuat saya dapat meluaskan lagi
pengetahuan saya dalam penghasilan RPH serta dapat menjadikan pengajaran yang
saya lakukan lebih bersifat kreatif dan kreatis. Dengan ini sesi pembelajaran yang
berlangsung tampak lebih menarik dan berkesan. Melalui pembacaan buku-buku ini
juga ia meluaskan lagi idea saya dalam strategi mengajar. Strategi-strategi ini boleh
saya sematkan dalam sesi pengajaran saya dan akan mewarnai pengajaran saya.
Modul-modul berkaitan boleh dijadikan panduan bagi saya untuk lebih matang dalam
menjadi guru dan meningkatkan kecemerlangan saya dalam mengajar subjek
Pendidikan Moral.
Pengalaman Dalam Menyiapkan Tugasan Mampu Meningkatkan Pemahaman
Tentang Penyediaan RPH Pendidikan Moral

Pengalaman
Pembacaan
meningkatkan
kefahaman
Pupuk pemikiran
berstrategi &
tersusun
Lebih
berkeyakinan
untuk bina RPH
berkualiti
Pembinaan RPH
yang baik
menghasilkan
pengajaran lebih
baik
18

Dalam penyediaan RPH Pendidikan Moral, pengalaman semasa menyiapkan
tugasan ini tidak dinafikan lagi mampu meningkatkan pemahaman yang lebih mapan
dalam membuat RPH Pendidikan Moral. Semasa melakukan tugasan ini, bacaan yang
saya lakukan telah meningkatkan lagi kefahaman saya dalam membina RPH
Pendidikan Moral. Hal ini kerana terdapat perbezaan dalam membina RPH Pendidikan
Moral KBSR serta RPH Pendidikan Moral KSSR. Justeru melalui pembacaan dan
penelitian bahan bacaan yang diperoleh saya dapat memahami dan menguasai gaya
penulisan RPH yang lebih baik dan tepat. Pemahaman yang mendalam dalam
penulisan RPH amat diperlukan oleh saya sebagai seorang guru. Melalui tugasan ini
juga, saya dapat memupuk dan membina pemikiran proaktif dalam pembinaan strategi
pengajaran dan pembelajaran. Melalui strategi yang lebih tersusun ini, maka sesi
pembelajaran yang berlangsung menjadi lebih kreatif dan menarik. Dengan ini magnet
pembelajaran yang bersifat daya penarik dalam pembelajaran dapat dibentuk.
Melalui tugasan ini juga, pembinaan kendiri yang lebih berkeyakinan dalam
menulis RPH dapat dibina dalam diri saya. Keyakinan yang diperoleh amat penting bagi
saya supaya cetusan idea yang lebih kreatif serta menarik dapat saya lahirkan.
Keyakinan ini juga dapat mendorong sifat optimis dalam diri saya selain secara tidak
langsung membantu saya lebih berkeyakinan semasa mengajar. Dengan ini pembinaan
RPH yang lebih baik dan berkualiti dapat saya hasilkan. Tugasan ini turut mengajar
saya untuk memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam diri saya sebagai
seorang warga pendidik. Pembacaan, penyelidikan dan perbincangan merupakan
beberapa wacana pembelajaran sepanjang hayat yang telah saya lakukan semasa
menyiapkan tugasan ini. Wacana pembelajaran ini perlu saya teruskan supaya saya
dapat memperoleh ilmu-ilmu baru pendidikan khususnya dalam Pendidikan Moral. Ilmu-
ilmu baru ini boleh diaplikasikan semasa pembelajaran dan menjadi medium
pengajaran baru. Dengan ini pembelajaran dan pengajaran akan menjadi lebih menarik
dan berkesan.


19

BIBLIOGRAFI
Anderson, L. W., Krathwohl, D. R., & Bloom, B. S. (2001). A taxonomy for learning,
teaching, and assessing: a revision of Bloom's taxonomy of educational objectives
(Complete ed.). New York: Longman.
http://ebookily.org/pdf/contoh-rph-pendidikan-moral-tahun-2-kssr
http://moralskm.blogspot.com/
Hamid, M. A., Suratman, A. S., & Othman, M. F. (2001). Senario Pendidikan Moral
Masyarakat Melayu Zaman Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT): Trend, Hala
Tuju dan Model Pendidikan Moral Keluarga Islam. Jurnal Teknologi, 35(1), 35.
Modul Pendidikan Moral KSSR. (2013). Kuala Muda: Pejabat Pelajaran Daerah.
Tomlinson, C. A., Brimijoin, K., & Narvaez, L. (2008). The differentiated school making
revolutionary changes in teaching and learning. Alexandria, VA: Association for
Supervision and Curriculum Development.












20


















21

Petikan Lampiran Teks KBSR Keprihatinan Terhadap Alam Sekitar
Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan
kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka
bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi
yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi,
tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian
juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak
tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping
memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat
aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga
dengan baik.
Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara
yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia.
Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau.
Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita
mendapat bekalan oksigen secukupnya.
Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita
menikmati keselesaan. Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran
kita. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan
membolehkan kita menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik. Melalui
persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar
dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas marah dan
tidak selesa. Aktivti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan meningkatkan
tahap kesihatan kita.
22

Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari semasa
ke semasa. Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana
persekitaran yang sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu
persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan
pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida. Akhirnya, pemanansan global
dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan ekosistem persekitaran. Penjagaan
sumber-sumber alam sekitar seperti pokok-pokok akan dapat membendung pelbagai
masalah, sebagai contoh hutan mengawal hakisan tanah dan banjir. Hutan juga
menjadi salah satu sumber ekonomi negara kita
Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin bekalan
sumber makanan, sumber kesihatan untuk menghasilkan ubat-ubatan, Ia turut
berperanan sebagai sumber kecantikan, keindahan dan kedamaian di samping udara
yang bersih. Justeru, semua lapisan masyarakat haruslah bekerjasama dan saling
membantu dalam memelihara alam sekitar supaya kebersihan alam sekitar dapat
ditingkatkan dalam kehidupan kita.









23

Contoh Gambar KSSR Nilai Kerajinan

Anda mungkin juga menyukai