Anda di halaman 1dari 1

i.

ABSTRAK

Kajian dijalankan bertujuan untuk mengkaji fungsi pengorganisasian dan gaya
kepimpinan tertinggi yang diamalkan dalam Jabatan Sumber Manusia di Syarikat Sirim Berhad.
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti reka bentuk organisasi syarikat, menghuraikan proses
pengorganisasian, mengenal pasti konsep pengorganisasian dan mengenal pasti gaya kepimpinan
tertinggi dalam Jabatan Sumber Manusia. Penggunaan borang soal selidik dalam kajian ini
merupakan instrumen yang paling penting kerana dapat memperolehi maklumat mengenai
organisasi tersebut. Sebanyak 29 helai borang soal selidik diedarkan kepada 29 orang responden
yang terdiri daripada pengurus pertengahan dan juga pekerja bawahan dalam jabatan sumber
manusia. Berdasarkan hasil kajian, pengkaji dapat merumuskan bahawa organisasi mengamalkan
reka bentuk organisasi yang lengkap kerana mempunyai carta organisasi yang jelas dan
mempunyai manual organisasi. Dari segi konsep pengorganisasian, organisasi mengamalkan
kesemua konsep akauntabiliti namun yang diberi penekanan adalah konsep tanggungjawab,
pemusatan autoriti dan penugasan autoriti. Jabatan Sumber Manusia juga mengamalkan semua
proses pengorganisasian seperti penentuan objektif, pengenalpastian dan pengelasan aktiviti,
pengelompokan dan pengahihan tugas, autoriti dan tanggungjawab. Gaya kepimpinan yang
diamalkan dalam Jabatan Sumber Manusia ialah gaya kepimpinan demokratik iaitu pengurus
memberi kebebasan kepada pekerja untuk menjana idea dan membuat keputusan secara bersama
namun masih terdapat kawalan pengurus sebelum keputusan diterima. Akhir sekali pengkaji
mencadangkan agar pekerja bawahan mempunyai manual prosedur kerja dan fail meja yang jelas
agar dapat meningkatkan keberkesanan dan kecekapan.

Anda mungkin juga menyukai