Anda di halaman 1dari 4

MAJLIS SUKAN SEKOLAH

Pengerusi
Pengetua
Naib Pengerusi
Penolong Kanan HEM
Setiausaha
Setiausaha Sukan
Penolong Setiausaha
Penolong Setiausaha Sukan
Ahli
Guru-guru Ketua Rumah Sukan
Guru-guru Permainan
Guru-guru Penyelia Rumah Sukan
Tugas:
1. Menentukan objektif sukan sekolah tercapai
2. Merancang aktiviti sukan sekolah jangka panjang/pendek
3. Merancang strategi peningkatan dan penglibatan dalam sukan
4. Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan yang ada di sekolah
5. Meningkatkan kemahiran guru melalui klinik sukan
6. Menambahkan kepakaran untuk peningkatan sukan sekolah melalui kursus
dalam/luaran
7. Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti sekolah bagi menjamin
keselamatan, kelancaran dan kelicinan pelaksanaan

SETIAUSAHA SUKAN
Tugas:
1. Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah
2. Menyediakan takwin dan jadual aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti Zon
MSSWP/MSSM
3. Membantu pengetua mengagihkan tugas guru dalam olahraga dan permainan
4. Menetapkan pelajar dalam Rumah Sukan
5. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan
6. Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah
7. Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sekolah
8. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan
9. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan
10. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah
untuk edaran, rujukan dan rekod
11. Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Penolong kanan HEM untuk kepentingan sukan
sekolah
12. Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod
Pencapaian Sukan Sekolah

KETUA RUMAH SUKAN
Tugas:
1. Memastikan adanya senarai ahli Rumah Sukan yang lengkap (guru dan pelajar)
2. Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan
3. Membuat jawatankuasa rumah di kalangan pelajar yang meliputi olahraga dan
permainan
4. Menjalankan mesyuarat agung rumah sukan dan permainan
5. Menentukan guru rumah untuk menjadi pengadil dalam pertandingan peringkat
sekolah
6. Sentiasa berbincang dengan Setiausaha sukan/Penolong Kanan HEM
7. Memastikan laporan aktivitiRumah Sukan disediakan untuk edaran dan rekod
8. Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang pelajar kepada Setiausaha
Sukan untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah

GURU RUMAH SUKAN
Tugas:
1. Mengurus latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan
2. Guru dan pelajar wajib hadir pada waktu latihan Rumah Sukan.Kedatangan dicatatkan
dalam Buku Kehadiran
3. Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan antara
Rumah Sukan
4. Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah
5. Merekodkan kedatangan pelajar dan menandatangani Buku Laporan Gerakerja
Kokurikulum pelajar serta mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir
6. Sentiasa mengawasi keselamatan pelajar waktu latihan dijalankan
7. Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar
8. Sentiasa berbincang dengan Ketua Rumah Sukan untuk meningkatkan prestasi rumah
sukan
9. Mengumpulkan rancangan tahunan pada awal tahun untuk edaran, rujukan dan rekod
10. Mengumpulkan laporan tahunan dan buku kegiatan pada akhir tahun untuk edaran,
rujukan dan rekod
11. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum
sekolah
12. Memastikan rancangan tahunan persatuan/kelab/unit beruniform dijalankan seperti
yang dijadualkan

GURU PENASIHAT PERSATUAN/KELAB/UNIT BERUNIFORM
Tugas:
1. Membentuk jawatankuasa persatuan/kelab
2. Memastikan aktiviti persatuan selaras dengan objektif sekolah
3. Memastikan adanya peraturan/perlembagaan
4. Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang dicatatkan dalam
perlembagaan
5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar dan menyerahkannya kepada
penyelaras untuk simpanan dan rekod
6. Memastikan aktiviti tahunan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan
7. Merancang strategi untuk peningkatan persatuan/kelab/unit beruniform cara yang
sesuai
8. Membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan
9. Mengurus kewangan ,harta benda dan peralatan persatuan/kelab/ unit beruniform
10. Memastikan minit mesyuarat dan laporan kegiatan disediakan dan difailkan
11. Melaporkan kepada Penolong Kanan HEM tentang perkembangan persatuan/kelab
12. Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti-aktiviti seperti Hari
HACKO, Hari Sukan, Hari HACKS, Hari Guru dan lain-lain
13. Menguruskan surat menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar sekolah
14. Menentukan papan kenyataan digunakan sepenuhnya
15. Memastikan tidak ada unsur susersif tersebar di kalangan ahli
16. Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima sijil penghargaan kepada panel
hakim Hari HACKO
17. Merekodkan kedatangan pelajar dan menandatangani buku laporan gerakerja
kokurikulum pelajar serta mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir
18. Memastikan:
- perlembagaan kelab/persatuan/unit beruniform
- rancangan aktiviti tahunan
- laporan kegiatan disediakan untuk:
* fail kelab/persatuan/unit beruniform
* dihantar kepada penyelaras kelab/persatuan/unit beruniform

PERATURAN-PERATURAN MENYERTAI GERAK KERJA KOKURIKULUM
AM UNTUK PELAJAR
1. Pelajar-pelajar dikehendaki memakai baju kegiatan sekolah atau baju seragam
sekolah
2. Pelajar-pelajar dikehendaki mematuhi segala undang-undang kelab/persatuan/unit
beruniform yang telah dikandung dalam perlembagaan kelab/persatuan/unit
beruniform dan segala peraturan sekolah
3. Kehadiran pelajar-pelajar dalam kegiatan kokurikulum mesti mencapai 70% sebelum
diikhtirafkan sebagai ahli kelab/persatuan atau dipilih untuk mewakili sekolah
4. Segala aktiviti kokurikulum luar masa ditetapkan dalam jadual waktu kegiatan
kokurikulum atau melibatkan orang luar atau diluar kawasan sekolah mesti
mendapatkan kebenaran Pengetua melalui Guru Penasihat
5. Tiap-tiap pelajar WAJIB menyertai Persatuan Pakaian Seragam (surat Kementerian
Pendidikan KP(BS) 8586/090/jld/(12) adalah dirujuk)dan aktiviti kelab/persatuan dan
sukan.(Rujuk Maklumat aktiviti-aktiviti kokurikulum untuk tahun 2001)
6. Setiap pelajar mesti mempunyai Buku Gerakerja Kokurikulum Sekolah di mana semua
aktiviti direkodkan.Buku tersebut perlu dibawa setiap kali ada perjumpaan untuk
ditandatangani oleh Guru Penasihat.Buku ini dirujukkan supaya kehadiran dan
penyataan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dinilaikan semasa guru tingkatan
menyediakan surat akaun dan Sijil Berhenti Sekolah.

Anda mungkin juga menyukai