Anda di halaman 1dari 3

ISL (PSS3102)

SOSIOLOGI DARIPADA PERSPEKTIF PENGAJIAN SOSIAL


Tajuk: Elemen-Elemen Budaya

Bahasa
Bahasa merupakan satu sistem simbol yang membenarkan ahli komuniti atau
masyarakat untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Simbol ini wujud dalam
bentuk lisan dan juga bukan lisan.
Bahasa mempunyai peranan yang kukuh dalam setiap kelompok manusia.
Bahasa berperanan sebagai medium atau saluran pemindahan budaya, satu
proses apabila satu generasi memindahkan budayanya kepada generasi
berikutnya.
Norma Sosial
Norma sosial didefinisikan sebagai kelakuan yang standard yang dikongsi oleh
anggota suatu kumpulan dan anggota kumpulan itu dijangka akan mematuhinya.
Ia juga merupakan peraturan yang ditentukan dan dipersetujui oleh sebahagian
besar anggota masyarakat mengenai sesuatu tingkah laku.
Secara amnya, norma sosial digunakan sebagai garis panduan bagi anggota
masyarakat ketika menghadapi keadaan tertentu.
Bagi mewujudkan perpaduan di dalam suatu masyarakat, penerimaan dan
kepatuhan norma sosial adalah sangat penting dan tanpa norma sosial
kehidupan manusia akan tertanggu dan menjadi kucar-kacir
Tingkah laku yang tidak mematuhi norma sosial/ bertentangan dengannya
dikenali sebagai deviance.
Norma sosial sangat rapat hubungannya dengan konsep folkways dan mores
yang dipopularkan oleh W.G.Summer.
Folkways adalah kelakuan standard atau cara-cara bertindak yang dianggap
wajar dalam suatu masyarakat tertentu yang terdiri daripada bentuk sopan
santun dan cara-cara bertindak yang diterima dalam kehidupan sosial.
Ia berasaskan kepada adat resam dan tradisi yang dan diwarisi dari generasi ke
generasi melalui proses sosialisasi.
Folkways [adat resam] dikatakan mempunyai signifikan moral yang kurang
daripada mores. Contohnya cara berpakaian [memakai anting-anting bagi lelaki]
, sapaan yang bersesuaian.
Mores membezakan di antara yang betul dan salah sementara folkways
membezakan antara betul dan biadab. Kebiasaannya mores lebih
dikuatkuasakan daripada folkways.
Mores merupakan norma sosial yang lebih asas bagi kehidupan sosial.
Mores menentukan standard moral bagi suatu tingkah laku dan anggota suatu
masyarakat wajib mematuhi mores & ketidakpatuhan akan mengakibatkan
hukuman tidak formal yang keras seperti ejekan, hinaan & penyingkiran daripada
kelompok.
Kawalan Sosial
Bagi melancarkan kehidupan bermasyarakat dalam sesuatu kawasan, kawalan
sosial adalah cara yang digunakan oleh masyarakat/ kelompok untuk
mempengaruhi tingkah laku anggotanya supaya mereka mematuhi norma-
norma, tradisi dan pola-pola tingkah laku yang penting
Kawalan sosial boleh berbentuk positif/ negatif dan boleh juga bersifat formal/ inf
ormal. Kawalan sosial yang positif berdasarkan kepada motivasi positif
seseorang individu untuk mematuhinya
Kawalan sosial yang negatif lebih didasarkan kepada hukuman, dendaan, atau
ketakutan terhadap hukuman seperti penjara, kematian dll.
Kawalan sosial yang lebih asas bergantung kepada internalisasi individu
mengenai norma sosial, nilai dan jangkaan rol [role expectations] melalui proses
sosialisasi.
Kawalan sosial yang formal melibatkan sistem tatacara dan sistem kewibawaan
seperti undang-undang, peraturan dan pelbagai badan/ organisasi untuk
melaksanakannya.
Kawalan sosial yang informal biasanya dalam bentuk pendapat umum dan
dilaksanakan melalui pujian atau teguran.
Tanpa kawalan sosial manusia akan melakukan keganasan dan pelbagai
tindakan berbentuk mementingkan diri sendiri.
Nilai
Nilai merupakan satu prinsip umum yang menyediakan anggota masyarakat
dengan satu ukuran/ standard untuk membuat pengadilan dan pemilihan
tindakan dan matlamat tertentu.
Nilai adalah satu konsep, suatu pembentukan mental yang dirumuskan daripada
tingkah laku manusia
Nilai adalah suatu anggapan yang mustahak, baik dan dihargai.

Anda mungkin juga menyukai