Anda di halaman 1dari 9

SK Tanjong Adang

Majlis
Sambutan Hari Guru
2014
GURU PENCETUS KREATIVITI,
PENJANA INOVASI
18 Mei 2014
7.30 pagi 12.30 tengahari






Aturcara Majlis
MASA

AKTIVITI

7.30 8.30 pagi

Perhimpunan Pagi
Nyanyian lagu Bangsa Johor dan lagu
Sekolah
Bacaan ikrar
Perutusan Pengarah JPNJ
(Puan Noraini)
Perutusan Ketua Pengarah KPM
(Puan Suhaila)
Perutusan Menteri Pelajaran (Guru
Besar)
Bacaan Ikrar Hari Guru (Azri)
Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia

8.30 10.00 pagi

Sukan dan Permainan

Sukaneka Guru perempuan vs Guru lelaki
Isi air dalam botol menggunakan
belon (2 dalam 1)
Tiup dan pecahkan belon
Berlari dan masukkan benang dalam
jarum
Bawa bola dengan kayu hoki
Baling bola ke arah tin
Tiup lilin sampai padam
Masukkan bola dalam jaring
Permainan
Perlawanan bola sepak guru lelaki
dan murid lelaki
Perlawanan bola jaring antara guru
perempuan dan murid perempuan

10.00 pagi 10.30 pagi Rehat

10.30 pagi 12.00 tengah hari

Persembahan Murid
Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6

12.00 tengah hari 12.30 tengah hari

Penyampaian Hadiah







HARI GURU 16 MEI

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada
haribulan yang sama dalam tahun 1956
Majlis Undang-UndangPersekutuan Tanah Melayu
(Federal Legislative Council) telah menerima
cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran
(Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran
bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai
Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar
Pelajaran semenjak itu.


OBJEKTIF HARI GURU
Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan
kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi),
pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai
kepada peranan penting kaum guru dalam
masyarakat Malaysia.
Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah
di antara guru.
Meninggikan martabat dan taraf guru dalam
masyarakat.
Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru
melalui seminar-seminar, persidangan -persidangan,
dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
Menilai secara objektif peranan guru dengan
berlatarbelakangkan Malaysia langkah-langkah supaya
peranan itu lebih berkesan.






















Tema Hari Guru


2014 Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
2013 Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera













IKRAR HARI GURU


Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa







Kami Guru Malaysia
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu& Lirik : Hashim Ahmad





















Guru Inovatif Melonjak
Transformasi
Pendidikan Negara


Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Bangun Beranikan Terima Seruan
Mendidik, Memimpin Penuh
Berwawasan
Menciptakan Kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif
Sahutlah Cabaran, Perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku Tercinta
Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Tiada Pernah Jemu Tiada Putus Asa
Sedia Menimba Ilmu Di Mana Saja
Binakanlah Keyakinan
Merentasi Segala Harapan

Lagu : Rosman bin Adam
Lirik : Zainal Ariffin bin Yusof


Guru Oh Guru
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979


Teaching is the one profession that creates all
other professions.
-Anonymous-



If kids come to us from strong, healthy
functioning families,
it makes our job easier.
If they do not come to us from strong, healthy,
functioning
families, it makes our job more important.
-Barbara Colorose-



The mediocre teacher tells. The good
teacher explains. The superior
teacher demonstrates. The great teacher
inspires.
-William A. Ward-



Sekalung Penghargaan
Ahli Jawatankuasa Majlis Sambutan Hari Guru 2014
SK Tanjong Adang
merakamkan setinggi-tingi penghargaan dan terima kasih
di atas kerjasama serta sokongan dan sumbangan yang telah
diberikan kepada :
YDP PIBG SKTA
Guru Besar SKTA
Guru-guru Penolong Kanan
Guru-guru Akademik
Staf & kakitangan SKTA
Para pengawas & murid-murid
serta semua pihak yang telah memberi kerjasama dan
sumbangan
secara langsung dan tidak langsung
dalam menjayakan majlis ini.
Semoga jasa baik semua pihak mendapat keberkatan dan
keredhaan Allah s.w.t.
InsyaAllah..Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai