Anda di halaman 1dari 10

1.

0 Pengenalan

Kesenian menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun temurun
lagi.Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat Melayu lebih terserlah dan dikenali
ramai.Warisan seni tradisional di kalangan orang Melayu disampaikan secara lisan dari generasi
kepada satu generasi.Individu yang menghasilkan kraf ini mempunyai ruang untuk menggalakan
kreativiti dan mempertahankan nilai-nilai estetik karya seni tersebut.

Kementerian Kebudayaan dan Kesenian telah mengambil pelbagai inisiatif bagi memantapkan
dan memperkembangkan lagi kebudayaan masyarakat Melayu.Kesenian bangsa Melayu telah diakui
dunia sebagai unik dan menarik.Seni rupa dalam masyarakat Melayu merupakan ciptaan yang
mengandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang Melayu melalui ukiran, anyaman,
tenunan, seni bina dan sebagainya.

Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan
memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati.Penciptaan
kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang
teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Proses penciptaan
kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi untuk memberikan rekabentuk yang indah dan
menarik.

Menurut sumber yang di perolehi dari Akta 222-Akta perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
1979, mendefinisikan kraf sebagai;
Kraf adalah barangan yang dihasil dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau
tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara persendirian atau tidak
langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf.

Manakala Keluaran Kraftangan" pula membawa maksud apa-apa keluaran artistik yang mempunyai
daya tarikan sesebuah kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang
bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan.

Kraf tradisional pula merupakan hasil kerja seni yang melibatkan hasil kerja tangan yang memerlukan
daya cipta dan kreativiti oleh masyarakat yang dihasilkan secara turun menurun.Seperti membuat
tembikar, batik , ukiran tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing, perhiasan diri dan sebagainya.Kraf
merupakan hasil seni warisan bangsa, peninggalan pusaka nenek moyang suatu ketika dahulu.Hasil
ciptaannya kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas tercermin melalui bentuk, gaya , sifat,garis,
gerak dan warna.Bahan-bahan yang digunakan tidak terhad.

Seni kraf Melayu adalah melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan
kepercayaannya iaitu Islam.Kehadiran agama Islam telah mengubah haluan kepercayaan dan
pegangan orang-orang Melayu sebelum ini.Mereka telah mengetahui den menyedari tentang
keesaan tuhan yang sebenar.Mereka menggangap alam ini sebagai suatu hiasan yang berfungsi
untuk menyerikan kehidupan sementera di dunia dan kehidupan kekal di akhirat.Kesedaran inilah
lahirnya ciptaan yang berfungsi dan memenuhi keprluan hidup di dunia dan akhirat.

Hasil ciptaan seni kraf Melayu ini jelas menujukkan pengaruh Islam dalam penghasilanya.Ini jelas
digambarkan dalam ragam hias atau motif yang dihasilkan.Ianya juga mengambarkan sebahagian
daripada kehidupan seharian masyarakatnya yang menunjukkan cirri-ciri Islam.

Ketiadaan figura manusia dan binatang dalam ragam hias, membuktikan kraf tradisional
Melayu adalah melambangkan seni Islam. Unsur-unsur ini adalah diharamkan dalam Islam. Ciri-ciri
seni Islam lain diperlihatkan dalam ragam hias seperti penggunaan arabes, motif yang berulang dan
unsur geomatri.Subjek daripada flora paling banyak diilhamkan sebagai motif dan ragam hias kraf
Melayu seperti rupa daun,bunga dan sebagainya selain itu penggunaan ayat-ayat Al-Quran turut
diilham bersama.

Memang tidak pernah terfikir bahawa nenek- moyang dahulu telah memahami dan
menghayati seni yang dihasilkan. Nukilan dari deria kreativiti serta bakat semulajadi yang
dianugerahkan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa. Kehalusan dan keunikan keaslian reka bentuk yang
diilhamkan melalui idea dari alam semesta ciptaan Tuhan merupakan satu hasil kreatif yang akan
menjadi khazanah seni yang
tidak ternilai.

2.0 Jenis- Jenis Kraf Tradisional

Kraf tradisional perlu dihidupkan dan diperkenalkan dan dihargai oleh generasi muda supaya ia tetap
kekal dan mati ditelan zaman. Kraf tradisional seperti batik, ukiran, anyaman,tenunan, tekat, wau,
gasing,
songket, tembikar dan barang perhiasan mempunyai nilai estetika dan keistimewaan tersendiri.

2.1 Tembikar
Tembikar tradisi Melayu menjadi kesenian yang asli telah wujud di negara ini sejak beribu tahun
dahulu.Ragam, bentuk dan ragam hias yang terdapat pada seni tembikar melambangkan keunikan
penciptaan tukang pandai Melayu.Tembikar adalah sejenis barangan yang diperbuat daripada tanah
liat yang telah diproses, dibentuk dan kemudiannya dibakar bagi mengekalkan rupa bentuk tembikar
tersebut.Tembikar yang telah dibakar di dalamtanur memiliki kekuatan yang lebih dan kalis air. Selain
itu tembikar juga dijadikan alat kegunaan harian seperti bekas menyimpan air, balang dan
sebagainya.
Terdapat pelbagi jenis tembikar yang dihasil secara turun menurun antaranya buyung, jambangan,
geluk, labu dan bekas perasapan.Tembikar yang terkenal ialah labuyakni alat untuk menyimpan dan
menyejukan air minuman.Bentuk labu diilhamkan daripada buah labu.Bahagian pucuk berbentuk
seperti kubah masjid.Corak hias labu bersumberkan alam sekeliling dan berupa bentuk
geometri.Selain itu juga bentuk labu itu juga berbentu seolah-olah kubah masjid.Labu yang terkenal
dihasilkan oleh kaum wanita di Sayong, Perak.
Ragam hias merupakan aspek penting dalam tembikar tradisional. Motif yang digunakan terdiri
daripada unsur persekitaran tempatan berdasarkan motif geometri dan organik. Motif ragam hias
berunsurkan geometri terdiri daripada garis, titik dan bentuk-bentuk yang berunsur garis (contohnya
susunan garis panjang yang melilit pada seluruh permukaan tembikar dan bersilang antara satu garis
dengan garis yang lain) selalunya dijadikan motif tembikar.
Motif Geometri seperti garisan bersilang-seli, titik susun kisi-kisi,titik tahi alat, garis keluh, pucuk
rebung,susur kelapa dan sebagainya.Manakala motif Gayaan Organik seperti sulur kakung, bunga
cengkih,bunga ,pecah lapan,tampuk manggis,bunga lawang, bunga kedudut, bunga tanjung dan
sebagainya.

2.2 Anyaman

Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu.
Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-
tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuh-tumbuhan
yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan beberapa bahan tumbuhan
lain. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.

Daripada tikar hingga kepada dinding pelindung kediaman , hasil kerja menganyam
membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat di mana-mana.Tidak hairanlan kerana tumbuh-
tumbuhan tropika merupakan jenis yang sesuai untuk dijadikan bahan anyaman. Menganyam
merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang
lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui nyaman demi untuk mencipta sesuatu
alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan menganyam tikar untuk
mengalas tempat duduk.

Anyaman berkembang sehingga sekarang, kegunaanya agak terbatas dewasa ini berbanding waktu
silam . Ayaman tikar diantaranya, adalah tikar sembahyang dan tikar orang mati yang
memperlihatkan unsur Islam.Tikar sembahyang biasanya dianyam menggunakan daun pandan
kerana bermutu tinggi berbanding mengkuang.Ini jelas menunjukkan bahasa masyarakat Melayu
meletakkan kegunaan tikar sembahyang di kedudukkan teratas sebagai penghormatan semasa
menjalankan ibadat.

Anyaman pada tikar sembahyang ini dihiasi dengan motif berunsurkan Islam. Bahagian depan
menyerupai kubah masjid, dan bahagian pinggirnya menyerupai gigi buaya sebanyak lima buah yang
melambangkan bahwa seorang yang sedang bersembahyang tidak boleh melakukan kegiatan lain (
misalnya berbicara) akan tetapi harus kusyuk seakan-akan orang itu (hatinya) berbicara dengan
tuhan.
2.3 Batik

Batik adalah merupakan salah satu kraf tradisional. Batik merupakan kraf tradisional yang unik dan
terkenal di Asia atau Gugusan Kepulauan Melayu. Keindahan coraknya mempamerkan kreativiti dan
kehalusan seni tekstil yang tinggi.

Perkataan batik berasal dari Indonesia yang membawa maksud rintik-rintik putih yang ada pada kain
yang berwarna atau bercorak. Seni batik telah wujud 2000 tahun dahulu di Mesir dan Parsi. Mula
digunakan di Jepun dan Chuna dalam abad ke 7. Negeri Kelantan dan Terengganu adalah merupakan
perintis kepada sejarah perkembangan perusahaan batik tanah air.Motif batik di Malaysia banyak
dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif ini terhasil disebabkan kepekaan masyarakat tradisional
terhadap persekitaraan. Terdapat beberapa jenis motif alam sekeliling yang digubah menjadi corak
atau ragam hias yang menarik.

Unsur flora yang terdiri daripada motif seperti bunga, kudup, putik,akar menjalar, daun, ranting
dan pucuk digunakan untuk menghias kain batik ela.Setiap Motif ini mempuyai motif yang tersendiri
dihiasi pada kain batik.Contohnya pada kepala kain motif pucuk rebung digunakan selain itu reka
corak digubah bukan secara realistik tetapi campuran gaya organik dan geometri.

Unsur fauna seperti motif rama-rama, kumbang, burung, ayam dan sebagainya.Tapi unsur ini kurang
digunakan kena berkaitan dengan pegangan agama Islam masyarakat.Unsur geometri seperti
susunan garis-garis halus, kisi-kisi, cengkerang, bentuk bujur, jalur dan sebagainya.Unsur ini seringkali
digabungankan dengan unsur flora dan mendapat permintaan di kalangan peminat batik.



2.4 Ukiran
Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Malaysia
terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang
Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain
cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya.

Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hasil
kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di negara kita. Di samping
itu j, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya.

Ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik dan penggunaan satu-satu teknik itu
banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran pandai kayu. Tiga teknik utama dan gaya di
dalam seni ukiran Melayu ialah tebuk terus, tebuk separuh dan tebuk timbul. Bentuk ukiran juga ada
tiga jenis utama iaitu bujang, lengkap dan pemidang.

Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada rumah-rumah
tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana raja, binaan masjid dan
mimbarnya, surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alat-alat muzik tradisi,
perabot seperti almari, katil, kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut bangau, alat-alat senjata,
peralatan memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi seperti perahu, kereta kuda
dan kereta lembu.

. Motif ukiran kayu secara langsung dipengaruhi unsur-unsur alam sekitar dan cara hidup
masyarakat zaman dahulu. Adat resam, kepercayaan, agama, iklim, geografi dan persekitaran amat
kuat pengaruhnya kepada pengukir.Terdapat banyak motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran.
Motif flora terdiri daripada daun,bunga dan tumbuh tumbuhan. Motif Seni Khat pula terdiri daripada
ayat-ayat suci Al-Quran. Terdapat juga motif fauna seperti itik pulang petang. Motif Awan Larat,
Kosmos seperti matahari,bulan,bintang dan sebagainya juga amat terkenal dengan kraf ukiran.

Terdapat juga ukiran kraf alat untuk mempertahankan diri Contohnya, bentuk bilah keris berluk
mesti mempunyai bilangan yang ganjil iaitu luk 3,5,7,9 dan seterusnya. Ini boleh dikaitkan dengan
sifat tuhan yang ganjil dan suka kepada yang ganjil. Sebahagian mata keris juga mempunyai tulisan
daripada petikan ayat-ayat suci Al-Quran yang melambangkan betapa dekatnya masyarakat Melayu
itu dengan ajaran Islam serta kepercayaannya kepada kekuasaan mukjizat tuhan.


3.0 Analisis Kraf Tradisional

Kraf tradisional yang amat popular pada masa kini adalah kraf ukiran. Kraf ukiran, sejak zaman
berzaman lagi mempunyai pengaruh Islam di dalam penghasilannya. Ini terbukti dengan penggunaan
ragam hias atau motif keislaman dalam sesuatu penghasilan kraf pada rumah-rumah, tempat ibadat
seperti surau-surau dan masjid-masjid di kampung-kampung.Kraf ukiran sangat terkenal di Negeri
Kelantan dan Terengganu.

Setelah diteliti dan dianalisis, saya memilih seni kraf ukiran sebagai topik perbincangan garapan idea
yang berkonsepkan Islam.Dari pemerhtian yang dibuat seni kraf ukiranlah yang banyak menggunakan
konsep keislaman.Tiga buah tempat telah saya fokuskan untuk perbincangan ini iaitu Masjid
Seberang Jertih, Masjid Hadhari, Jertih dan Muzium Negeri Terengganu.

Berdasarkan pemerhatian seni kraf ukiran banyak terdapat pada dinding, kerusi, pintu, tangga, atap,
rak Al-Quran dan rehal. Kesemua ukiran ini dipengaruhi dengan unsur-unsur keislaman.Beberapa
contoh ukiran yang terdapat di Masjid Sebarang Jertih, Masjid Hadhari dan juga bangunan Muzium
telah di ambil untuk untuk sama-sama diteliti untuk perbincangan ini. Kebanyakannya mempunyai
ukiran-ukiran yang bermotifkan flora, geometri dan khat.

Pembinaan Masjid Seberang Jertih sangat unik dengan seni rekaan bangunan itu sendiri yang hampir
keseluruhanya diperbuat daripada kayu. Setiap sudut masjid itu dihiasi dengan ukiran yang
menampakkan menampakkan unsur-unsur kesenian Islam dan Melayu yang sangat tinggi Unsur flora
adalah melambangkan kebesaran dan keagungan tuhan sebagai penciptanya di samping
menimbulkan kesyukuran dalam kehidupan. Seni ukirannya adalah sangat halus dan sangat menarik.
Hasil ukiran adalah berunsurkan motif-motif persekitaran. Mengikut kajian, motif ukiran adalah
berlandaskan kepada ajaran kesufian. Misalnya, reka corak bermula pada satu tempat dalam ruang
yang hendak diukir dan menjalar terus memenuhi ruang. Ini menunjukkan alam ini berasal dari satu
kejadian yakni seluruh kehidupan melalui tahap-tahap perkembangannya dan menabur zuriat.

Oleh itu reka corak ukiran tradisi pada hujung motif biasanya mempunyai ciri-ciri tidak mendongak
ke atas, sebaliknya mematah atau tunduk.
Ini boleh dilihat dengan jelas ukiran pada pintu masuk Masjid Seberang Jertih.Ukiran corak awan
larat bermotifkan flora pada pintunya semuanya menunduk ke bawah. Unsur flora adalah
melambangkan kebesaran dan keagungan tuhan sebagai penciptanya di samping menimbulkan
kesyukuran dalam kehidupan. Seni ukirannya adalah sangat halus dan sangat menarik.

Setelah kedatangan Islam di Tanah Melayu, unsur kaligarfi Jawi dan ayat al-Quran mula diukir oleh
pengukir-pengukir tempatan. Unsur kaligrafi ini digabungkan dengan unsur-unsur tumbuh-
tumbuhan. Ukiran khat menunjukkan fungsi keagamaan. Pengaruh keagamaan Islam yang
berkembang pada zaman dahulu mempengaruhi pengukir-pengukir seni ini dan
mengadaptasikannya pada ukiran seperti pintu-pintu, dinding peralatan perabot.

Motif kaligrafi ini dapat dilihat pada tingkap dan pintu Masjid seberang Jertih.Selain motif kaligrafi
motif fauna juga diselitakan pada ukiran tersebut. Ia juga disandarkan pada subjek-subjek yang
berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan kata-kata bijak pandai
(hukama'). Rasulallah s.a.w menggalakkan penulisan khat. Sabda Rasullah yang bermaksud : "
Hendaklah kamu mengindahkan seni khat keran ianya kunci rezeki".Saidina Ali pernah berkata :
"Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana tulisan merupakan perkara yang paling
mustahak dan menyeronokkan".

Unsur geometri dikenali sebagai tumpal. Unsur ini mempunyai kaitan dengan unsur geometri Islam.
Pola-pola geometri disusun berulang-ulang.Sebahagian susunan motif tiada permulaan dan akhirnya.
Ini melambangkan sifat keesaan Allah AWT yang tiada permulaan dan tiada akhirnya.

Motif arabes adalah motif yang seringkali dikaitkan dengan seni Islam dan dikatakan
mempunyai pengaruh Arab. Ianya merupakan salah satu seni hias yang terdapat pada yangga masjid
Hadhari,Jertih.Motif ini mempunyai unsur pola geometri dan pola flora. Motif yang dihasilkan
disusun secara berulang-ulang dan mengembang ke semua arah tanpa penghujungnya sehingga tidak
terbatas oleh sesuatu bentuk. Konsep ini dikaitkan dengan sifat Allah swt yang tidak terbatas serta
tiada penghujungnya.
.
. Mimbar merupakan tempat imam duduk ketika khutbah pada hari Jumaat. Motif flora telah
digarap seperti bentuk bunga dan daun. Kerusi berukir ini sangat unik dan sangat cantik. Ini jelas
terpancar unsur-unsur keislaman kerana fungsi kerusi berukir itu sendiri digunakan oleh Imam
Masjid.

Unsur kosmos menggambarkan alam semesta seperti matahari terbit, bintang, bulan dan gunung-
ganang. Ukiran di atas mempunyai unsur-unsur kosmos terutama bahagian tengahnya sebagai
matahari.Manakala ukiran sekelilingnya melambangkan cahaya yang memancar memberi tumbuhan
hidup subur.Ini melambangkan kekuasaan dan kebesaran pencipta-Nya kepada hambanya di alam
semester.
Unsur flora biasanya diambil daripada tumbuhan yang menjalar. Antara tumbuhan yang paling
popular di kalangan pengukir ialah jenis kacang, labu, ketubit, ketam guri, salad, bunga lawang,
bunga raya, bunga cina dan sebagainya. Unsur ini merupakan unsur yang dominan dalam rekaan seni
ukir tradisional. Unsur ini menjadi pilihan utama kebanyakan pengukir berdasarkan pengamatan dan
memerhatian yang telah dibuat.


Dua gambar yang diambil ini menggunakan unsur flora sebagai hiasan ukirannya.Corak awan larat
dipilih yang mengambarkan kesenian yang halus. Halim Nasir (1986:137) mendefinisikan Awan
Larat sebagai satu bentuk ukiran yang berlingkar-lingkar, berpiuh-piuh, meleret-leret seperti awan
putih berarak. Biasanya ukiran ini digabungkan dengan pola lengkap.Ini jelas membuktikan jenis
ukiran pada gambar tersebut.

Pengukir Melayu menerapkan falsafah dan kerohanian orang Melayu sebagai salah satu budaya di
samping mengekalkan nilai-nilai keagamaan.Dalam gubahan ukiran awan larat, punca permulaannya
agak sukar dikesan dan seakan-akan tiada penghujungnya. Ini melambangkan sifat keesaan Allah swt.
yang tiada permulaan dan tiada akhirnya.

Menurut Abdullah Mohamed (1990:13-20) memberikan pandangan bahawa alam adalah tajalli atau
manifestasi daripada sifat-sifat ilmu Allah. Melalui sifat ilmu Allah tersebut terjadi berbagai bagai
organisme baik flora atau fauna dengan segala macam keajaiban dan keindahan rupanya. Sebagai
contoh adalah tentang kejadian pelbagai jenis bungaan dengan aneka warna, bentuk dan bauan
adalah lahir dari satu sumber iaitu ilmu Allah yang Maha Kaya.

5.0 Kesimpulan

Kraft tangan melambangkan jati diri rakyat Malaysia .Kraf tangan masyarakat peribumi ini
adalah dihasilkan berdasarkan alam persekitaran mereka yang berkaitan dengan alam
Melayu.Sumber proses pembutan juga mudah didapati di persekitaranya.Namun keunikan yang
terserlah ialah pemikiran kreatif mereka dalam dalam mengolah dan mengubah barangan dan objek
yang memperlihatkan aspek budaya,estetika dan fungsi kraf tradisional Melayu mempunyai nilai
estetika yang tinggi.

Kraf tradisional adalah merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita
satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan unsur-unsur
keislaman jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, bentuk dan warnanya

Di Malaysia motif-motif lama yang dianggap pra-Islam telah
diberikan makna baru bersesuaian dengan ketauhidan dalam Islam. Elemen pepatungan boleh
dikatakan ditolak sama sekali dalam apa jua kesenian (termasuk batik dan songket). Sensitiviti
masyarakat Islam di Malaysia terhadap elemen pepatungan adalah amat tinggi sehinggakan cubaan
memasukkan unsur-unsur figuratif dalam bentuk khat sekalipun pada era 60an dan 70an tidak
bertahan lama dan tidak dapat diterima
oleh masyarakat Melayu Islam.

Keunikan dan kehalusan hasilan karya seni ukiran Melayu membuktikan ketinggian nilai estetiknya.
Namun begitu faktor modenisasi, faktor cuaca dan faktor masa menjadi ancaman terhadap
penerusan hayat dan pelestariannya. Faktor-faktor tersebut menjadi antara penyebab kepada
semakin terhakisnya kepedulian, penghayatan dan apresiasi terhadap keunikan karya kesenian
tradisi ini.Namun begitu bagi peminat-peminat seni kraf ia melambangkan satu kepuasan dan
kemewahan jika dapat memilikinya.Sesuatu yang eksklusif yang sukar untuk dirungkaikan.

Justeru itulah sebagai rumpun Melayu kita perlu menjaga, memelihara dan menyayangi seni Kraf
Tradisional kita seperti seni ukiran, seni tenunan, anyaman, pembuatan wau, gasing dan batik yang
tidak ada di negara-negara lain. Kraf Tradisional kita di sanjung dan di pandang tinggi di mata dunia
setaraf dengan kraf-kraf Negara Barat.Seharusnya kita patut menanamkan rasa cintakan seni
tradisional di kalangan generasi baru agar seni ini tidak terpupus.Bak kata pepatah, tak lapuk dek
hujan, tak lekang dek panas.


(2899 patah perkataan)

Bibliografi

Abdullah bin Mohamed (Nakula) (1985), Seni Bina Islam, Aplikasi di
Malaysia, Warisan Kelantan IV, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan : Kota Bharu.

Abdul Aziz Sharif (1991). Pemerolehan Bahasa Ibunda - Umum. Jurnal
Bahasa Moden, 6. 152-160.

Khairuddin Talib, (2007) .HBAE3103 Kraf Tradisional.Selad.ngor:
Meteor Doc.Sdn.Bh.

Prof. Madya Dr. Mohd Sabrizaa, Penafsiran Falsafah ibu Dalam Awan
Larat Warisan Estetikka Seni Ukiran Melayu, Jabatan Senibina Dalaman Fakulti senibina, Perancangan
dan Ukur UITM Perak.

Zailani Yaacob & Azimah A.Samah, (2011). Teks Lengkap Pendidikan
Seni Visual KBSM Tingkatan 4&5. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

http://www.kraftangan.gov.my

http://members.tripod.com/kraftangan_anc/definisi.htm

http://www.slideshare.net/fairuzdavinci/mengenal-kraftangan-tradisional

Anda mungkin juga menyukai