Anda di halaman 1dari 25

1

PPPM 2013-2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah dilancarkan oleh YAB Tan Sri Dato Hj
Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia pada 11 September 2012 bersamaan
dengan hari pertama UPSR tahun 2012. Sehubungan dengan itu satu dokumen telah dikeluarkan
sebagai garis panduan yang perlu dirujuk oleh semua pihak yang terlibat.
Rasional pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah untuk
mempercepatkan usaha-usaha murni ke arah pencapaian transformasi pendidikan abad ke-21. Apa
yang kita tahu, Malaysia sedang berhadapan dengan persaingan getir dalam usaha untuk
menyediakan sistem pendidikan yang berkualiti. Perkembangan sosiobudaya yang sihat dan
pembangunan ekonomi yang mapan bergantung keupayaan sistem pendidikan kerana pendidikan
merupakan asas kepada pembangunan secara komprehensif.
Dokumen berharga ini mengandungi 248 muka surat dan mengandungi 8 bab yang dihurai dengan
begitu mendalam. Bab-bab dalam dokumen Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
adalah seperti berikut:-

1. Konteks & Pendekatan
2. Aspirasi Baharu
3. Analisis Keberhasilan Pelajar
4. Mengkaji Pembelajaran pelajar
5. Peranan Guru & Pemimpin Sekolah
6. Pembangunan Fungsi Kementerian
7. Struktur Sistem Pendidikan
8. Garis Panduan Sistem Transformasi.

Terdapat 11 anjakan yang ditetapkan dalam PPPM. Anjakan tersebut adalah seperti berikut
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
Semalam telah pun diumumkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 oleh
Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.
Laporan lengkap boleh dibaca di SINI.
2

Namun begitu sudah ada yang menunjukkan rasa tidak puas hati. Kumpulan Ibu Bapa untuk
Pendidikan (Page) hari ini menyarankan kekecewaan mereka terhadap pelan pembangunan
pendidikan baru dengan mendakwa tiada sesuatu yang baru diperkenalkan.
Pengerusinya Noor Azimah Abdul Rahim berkata, laporan awal yang disediakan hanya pelabelan
semula tanggungjawab Kementerian Pelajaran.
Tiada umph atau wow factor. Ia hanya penjenamaan semula atau pelabelan semula perkara yang
sudah menjadi tanggungjawab kementerian, katanya ketika ditemui ketika pelancaran rangka
dasar itu di Kuala Lumpur hari ini,
Noor Aziman (kanan) juga kecewa terhadap apa yang didakwanya peminggiran topik panas
seperti pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).
Katanya, beliau terkejut apabila pakar perunding antarabangsa tidak menyarankan penggunaan
bahasa Inggeris untuk pembelajaran kedua-dua bahasa itu.
Lebih mengejutkan, katanya, pakar terlibat antaranya bekas menteri pelajaran Korea Selatan
negara yang membelanjakan 50 peratus belanjawan pendidikan untuk dasar ala-PPSMI itu.
(Rangka dasar) bertujuan menjadikan anak-anak kita sebagai pemain di peringkat antarabangsa
tetapi saya tidak lihat perkara itu berlaku.
Kita bercakap soal sains dan inovasi tetapi semuanya dalam bahasa Inggeris, jadi kena tidak
mengakui perkara ini? katanya.
Page antara kumpulan yang menyokong PPSMI sejak dasar itu mendapat tentangan hebat melalui
Gerakan Mansuh PPSMI (PPSMI) pendorong utama terhadap pemansuhannya secara
pendaratan lembut sebelum ini
SUMBER
Pada saya setiap pelan atau perancangan pendidikan mempunyai kekuatan tersendiri tetap yang
menetukanya ada pelaksanaan di setiap peringkat, yang merancang perlu memastikan yang akan
melaksanakan mampu melakukannya.
Apa pun sama-sama kita tunggu dan lihat perkembangannya. Sebagai salah seorang balak
pelaksana Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) ini saya terima dengan hati yang
terbuka. Saya harap kerajaan juga bakal membekalkan kelengkapan yang cukup bagi
melaksanakanPPPM terutamanya anjakan ke-7 iaitu Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia

Globalisasi dan Cabaran Pendidikan
Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama
tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia
akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu
terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan
media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber. Perkembangan ini
memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan
sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.
Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia
mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi
maklumat. Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang
serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang
boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik
bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.
Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal. Jika dulu
dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan sempadan-sempadan namun kini ia
tidak berlaku lagi. Malah pada hari ini kita telah dapat merasakan apakah dia itu globalisasi. Ledakan
teknologi maklumat yang pesat merupakan medium utama kepada agenda globalisasi ini.
Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalissasi menjangkau
sempadan ekonomi, teknologi, bahasa, budaya, ideologi, politik dan dari segenap aspek kehidupan
sesebuah masyarakat.
3

Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada globalisasi ekonomi. Di samping itu, ia
memberi perhatian besar kepada globalisasi maklumat dan ilmu dan globalisasi saintifik serta
teknologi. Kesungguhan Kerajaan dalam menangani tiga jenis globalisasi ini jelas kelihatan pada
berbagai-bagai bentuk wacana di peringkat nasional dan peringkat antarabangsa seperti dialog,
seminar, persidangan dan forum dan juga pada penubuhan berbagai-bagai jenis institusi dan projek.
Koridor Raya Multimedia (MSC) adalah simbol harapan serta kemegahan Malaysia dalam menyahut
panggilan globalisasi.
Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya
bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang lain. Globalisasi yang diberi erti luas ini
adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum
istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang
melanda dunia.
Takrifan pendidikan juga amat penting supaya kita dapat memahami dengan lebih lanjut
serta mendalam dengan tajuk yang ingin diselami. Pendidikan, mengikut pandangan umum, ialah
aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian
dan jasmani manusia. Pengertian bagi pendidikan pula mempunyai perbezaan bagi setiap individu.
Dapat diberikan contoh pengertian daripada tokoh-tokoh falsafah iaitu Plato yang telah memberikan
takrifan pendidikan sebagai suatu proses untu membentuk individu yang berakhlak mulia. Beliau
telah menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah memberikan latihan moral
kewarganegaraan yang baik.
Komputer merupakan salah satu alat komunikasi pada zaman globalisasi ini. Komputer boleh
direkabentuk supaya ia dapat membantu pelajar secara individu dan secara berkumpulan. Ini dapat
dijalankan dengan menggunakan Arahan Program, pelajar akan diajar mengikut kadar dan tahap
yang boleh diterima oleh mereka. Ini adalah penting supaya pelajar tidak tercicir dan putus asa.
Merujuk kepada sistem pendidikan konvensional, kesemua pelajar terpaksa mengikuti sistem yang
berlangsung tanpa mengambil kira samada mereka dapat mengikuti pelajaran tersebut. Justeru itu,
arahan program dapat memberi peluang terutamanya kepada golongan pelajar "lemah" untuk
membaiki kelemahan dia.
Dalam arahan program ini, pelajar akan mengikuti langkah-langkah tertentu dalam
pembelajarannya, langkah tersebut akan diteruskan asalkan pelajar dapat memberi jawapan yang
sesuai dan boleh diterima. Namun sekiranya jawapan tersebut tidak memuaskan, dia akan dipandu
kepada langkah terdahulu dan ditunjukkan bahan rujukan yang berkaitan bagi memperbaiki
kelemahan tersebut. Pengajaran sedemikian biasanya tidak dijalankan di dalam kelas yang terdiri
daripada ramai pelajar, tambahan pula pelajar Asia yang kurang bertanya akan memburukkan lagi
proses pembelajaran pelajar.
Selain itu, pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang
lengkap. Trenda semasa semakin menampakkan masa depan pengajaran dengan cara jarak jauh
tetapi ini tidak bermakna pendidikan konvensional perlu dihapuskan sama sekali. Sesetengah
daripadanya perlu dikekalkan bagi membolehkan pelajar membelajari kemahiran tertentu yang tidak
boleh diperolehi melalui teknologi maklumat. Contohnya cara persembahan menggunakan komputer
amat berbeza dengan cara konvensional. Namun kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepada
komputer dan melahirkan golongan yang tidak mampu berinteraksi tanpa komputer.
Justeru itu, sistem pendidikan perlu membekalkan kemahiran interaksi asas pada awal
persekolahan dan menggunakan teknologi maklumat pada masa yang sama. Dengan itu, pelajar
mempunyai kemahiran lebihan dan pilihan untuk menggunakan teknologi maklumat atau cara
konvensional sesuai dengan keadaan tertentu.
Seterusnya, peningkatan prestasi pencapaian sekolah kebangsaan perlu dilakukan supaya
menjadi sekolah pilihanrakyat. Sekolah merupakan tapak semaian penting bagi memupuk perpaduan
negara dan menyemai semangat integrasi nasional. Pelbagai langkah perlu diambil ke arah
memperkasakansekolah kebangsaan supaya ianya menjadi sekolah pilihan semua kaum. Kualiti
pengajaran dan pembelajaran di sekolah kebangsaan juga perlu ditingkatkan. Kurikulum dan aktiviti
kokurikulum di sekolah juga perlu dikaji semula untuk memastikan ia menyediakan asas kukuh dan
4

bersesuaian dengan kehendak semasa. Peluang pendidikan bagi kanak-kanak istimewa dan yang
mengalami masalah pembelajaran juga perlu ditingkatkan.
Langkah seterusnya ialah dengan mewujudkan universiti bertaraf antarabangsa dan
memastikan institusi tertiari memenuhi kehendak majikan. Langkah untuk mempertingkat kualiti
pendidikan tertiari akan terus dilaksanakan. Institusi pengajian tinggi tempatan perlu diberi tanda
aras mengikut piawaian antarabangsa. Bagi memperkukuh keupayaan penyelidikan di universiti
tempatan, jalinan kerjasama dengan institusi terkemuka di peringkat antarabangsa dan juga swasta
perlu dilaksanakan agar misi ini berjaya menjelang 2020. Institusi pengajian tertiari juga hendaklah
meneliti kursus-kursus yang ditawarkan sejajar dengan keperluan semasa
Selain itu, dengan mengadakan lebih banyak tempat untuk pembangunan kemahiran, latihan
dan pembelajaran kepada tenaga buruh pada setiap peringkat dan umur termasuk kemahiran
penggunaan ICT, misi ini boleh dicapai. Keupayaan dan keberkesanan sesuatu latihan untuk
melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran perlu ditingkatkan dengan membanyakkan institusi
latihan awam, menambah kursus lanjutan dalam bidang-bidang teknikal, serta menggalakkan
penyertaan sektor swasta dalam bidang latihan teknikal. Pengambilan pelatih teknikal juga perlu
ditambah lagi agar misi ini dapat direalisasikan.
Selain daripada itu, kemudahan-kemudahan bagi tujuan pendidikan juga akan terus
bertambah bagi tujuan pembelajaran. Bersesuaian dengan dunia tanpa sempadan, kita seharusnya
didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan supaya kita semua tidak ketinggalan. Maka,
kemudahan-kemudahan inilah yang akan membantu kita sebagai alat bantu mengajar yang boleh
dipercayai. Kepesatan arus globalisasi ini juga akan membuatkan pemikiran anak-anak generasi kita
pada masa hadapan akan lebih jauh ke hadapan dengan bantuan pelbagai kemudahan yang di
sediakan.
Perdana Menteri kita, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah berkata ketika
membentang Rancangan Malaysia Kesembilan, Dalam konteks dunia global, modal insan bermutu
tinggi satu keperluan, bukan lagi kemewahan. Pembangunan modal insan dalam RMK-9 dirangka
supaya bersifat holistik, menyeluruh dan bersepadu. Melalui ungkapan beliau itu, beliau amat
berharap agar negara kita akan mencapai hasrat dan aspirasi dan seterusnya menyertai barisan
negara maju menjelang 2020

Ahad, 15 Ogos 2010

Impak globalisasi dan pengantarabangsaan pendidikan ketika ini sudah mulai difahami dan
pelan tindakan telah pun digubal untuk menangani isu dan cabaran yang bakal timbul. Perubahan
corak dalam pendidikan dalam masa terdekat akibat daripada globalisasi, pengantarabangsaan dan
perubahan dalam teknologi maklumat dan komunikasi ini cukup mencabar bagi pendidikan di
Malaysia. Berikutnya adalah cabaran-cabaran, peranan pendidikan serta persekitaran yang perlu
dihadapi oleh pendidikan di Malaysia.

CABARAN: KESEDIAN GURU DALAM MENGHADAPI GLOBALISASI
Cabaran yang terpaksa dilalui oleh institusi pendidikan dalam konteks pelaksanaan inovasi
kurikulum adalah kesediaan guru untuk menerima dan melaksanakannya dengan penuh
kesungguhan. Harvey (1990) telah menyenaraikan beberapa faktor yang mengekang kesediaan guru
untuk melaksanakan perubahan iaitu:
1. Kurang rasa kepunyaan: Guru-guru merasakan perubahan yang dilaksanakan di sekolah
sebagai elemen asing justeru mereka tidak mempunyai rasa kepunyaan, lebib-lebih lagi
sekiranya mereka menyedari idea sesuatu perubahan itu adalah daripada pihak mar seperti
pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan-kumpulan pendesak, tekanan pihak media dan
sebagainya.
2. Kurang berfaedah: Guru-guru mempunyai pandangan agak konservatif bahawa amalan yang
sedia ada tidak perlu kepada perubahan yang drastic kerana kurang diyakini benar-benar
membawa faedah kepada mereka dan juga murid. Situasi mungkin akan menjadi lebih
bercelaru apabila perubahan itu menyebabkan guru kekurangan kuasa autonomi terhadap
5

pelajar seperti idea mengenai fungsi guru dalam kelas adalah sebagai pemudah cara
sedangkan kebanyakan guru berpendapat fungsi tradisi guru adalah sebagai pendidik dan
penyampai ilmu.
3. Penambahan beban: Guru mempunyai persepsi umum bahawa setiap perubahan bermakna
penambahan terhadap beban tugas dan tanggungjawab. Persepsi ini menyebabkan guru
bersikap pesimis terhadap pencetus idea perubahan kerana pihak-pihak berkenaan dianggap
sebagai tidak memahami masalah mereka terutama beban tugas yang tidak berkaitan
dengan pengajaran seperti menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus, menjalankan aktiviti
berkala di sekolah seperti hari kantin, hari sukan, hari kokurikulum dan pelbagi "jenis hari".
4. Kekurangan sokongan pentadbiran: Guru-guru sukar untuk melaksanakan perubahan
kurikulum di sekolah sekiranya pihak pentadbiran kurang memberikan sokongan iaitu dari
segi:
a) kewangan
b) motivasi dan dorongan
c) pengiktirafan
d) penyediaan peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran dan
e) mengurangkan karenah birokrasi di peringkat sekolah.
5. Menyendiri: Kebanyakan guru lebih suka melakukan tugas secara menyendiri terutama
berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Justeru sekiranya perubahan memerlukan guru
bekerja secara berpasukan seperti pelaksanaan kaedah kolaboratif guru berasa kurang
kondusif dan kebanyakan mereka akan mengelak dari melibatkan diri secara proaktif.
JESSICA AGNES FLETCHER (196878)

CABARAN: KEBERKESANAN KOKURIKULUM SEKOLAH
Dunia tanpa sempadan menyebabkan Malaysia menghadapi kemelutan sosial. Kebanjiran
maklumat, akses yang mudah keadaan dunia hiburan,layaran mudah bahan-bahan porno melalui
Internet dan melayari alam siber yang menjadi trend masyarakat menyebabkan berlakunya gejala
negatif di masyarakat kini.
Perasaan kebimbangan terhadap generasi pelajar masa ini telah tercetus akibat fenomena negatif ini.
Perkembangan tersebut telah mendorong para perancang kurikulum Malaysia terpaksa menyemak
semula keberkesanan kurikulum sekolah untuk menghadapi pelbagai perubahan akibat pengaruh
globalisasi tersebut. Penyemakan terhadap kekuatan dan kelemah system pendidikan di Malaysia
perlu dilakukan dari semasa ke semasa oleh perancang kurikulum untuk menyediakan pelajar dengan
kemahiran dan pengetahuan tertentu bagi menghadapi daya saing persekitaran global yang semakin
sengit dan mencabar.
CHONG ZYY KIAT (196877)

CABARAN: PENGURUSAN PENDIDIKAN
Pengurusan pendidikan juga telah mengalami transformasi yang agak radikal dalam perkembangan
dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran.
Beberapa inovasi telah dilaksanakan dalam pengurusan pendidikan di Malaysia terutama di peringkat
sekolah bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan. Beberapa perisian baru telah
diaplikasikan yang dikenali sebagai Pengurusan Maklumat Sekolah (School Management Information
System). Aplikasi sistem ini telah memudahkan pihak pentadbiran sekolah melaksanakan tugas-tugas
rutin seperti:
1. Membantu dan mempermudahkan pengurus sekolah membuat keputusan.
2. Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.
3. Mengurangkan beban pengurus dalam melaksanakan tugas yang pelbagai.
4. Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.
5. Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses danmenyimpan data
seperti laporan kehadiran pelajar.
6. Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaan pelajar.
7. Penempatan pelajar dalam kelas.
8. Membuat agihan jadual waktu mengajar guru.
9. Pembinaan jadual waktu guru.
6

10. Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya.
11. Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai urusan rutin yang
dikendalikan pentadbir dan guru.
CHEE HAN PING (196754)

PERANAN PENDIDIK

Hussien Ahmad (2001) memberi penegasan bahawa proses globalisasi telah membawa
perubahan yang mendadak kepada perlakuan hidup dan norma kehidupan manusia. Masyarakat
Malaysia sedang berdepan dengan pelbagai budaya yang bertentangan dengan budaya setempat.
Jati diri anak-anak remaja yang masih di bangku sekolah kini menjadi pertanyaan kerana terdapat
petunjuk dimana asas-asas budaya, agama dan bangsa mulai longgar. Mereka semakin liar dan
terikut-ikut akan gaya hidup dan amalan negatif kehidupan barat seperti pergaulan bebas dan
berseronok-seronok sehingga lewat malam menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan
perhatian dalam kelas keesokan hari. Semua institusi pendidikan menghadapi cabaran untuk
meletakkan anak-anak remaja di landasan moral yang betul melalui pelaksanaan program-program
pendidikan nilai di sekolah.
Aspek yang diteliti adalah aspek berkaitan keperibadian guru. Guru perlu menampilkan
perwatakan yang positif terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Antara watak yang
perlu diterampilkan supaya menjadi contohan pelajar ialah amanah, bersopan santun, berdedikasi
serta taat kepada tuhan. Aktiviti kokurikulum seperti badan beruniform, persatuan, kelab, dan
kegiatan sukan dapat memberi input penting kepada pembentukan sahsiah pelajar. Aktiviti yang
dijalankan melalui pemantauan guru akan menyuburkan sikap positif terhadap semangat kerjasama,
berdikari dan semangat cinta akan negara serta membantu dalam pembentukan jati diri dan moral
pelajar.
NG NOOR VEEN (197475)

PERANAN PELAJAR
Isuisu berkaitan perlakuan negatif pelajar semakin membimbangkan. Hasrat untuk
merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan individu pelajar yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sedang menghadapi ujian dari segi
keberkesanan pelaksanaannya kerana masyarakat masa kini sedang berhadapan dengan arus
globalisasi yang bersamanya membawa masuk pelbagai budaya yang bertentangan dengan budaya
setempat. Dalam era globalisasi ini, banyak cabaran yang harus ditempuhi. Globalisasi itu sendiri
merujuk kepada dunia tanpa sempadan. Generasi kini dikatakan mempunyai kemudahan dihujung
jari. Namun begitu, generasi muda seperti pelajar harus lebih berhati hati dalam memilih segala
maklumat yang diperolehi.
Sebagai contoh, dunia hari ini banyak menggunakan internet sebagai rujukan maklumat
terutamanya kepada pelajar. Pelajar menggunakan internet dalam mencari bahan rujukan kepada
tugasan yang diberikan oleh pengajar. Selain itu, pelajar juga menggunakan internet sebagai bahan
untuk bersosial pada laman web tertentu bagi memenuhi keperluan sosial mereka. Sehubungan
dengan itu, pelajar haruslah mempunyai nilai kesedaran sendiri. Mereka perlulah pandai dalam
memilih maklumat. Banyak maklumat positif yang boleh merangsang minda pelajar dan dalam masa
yang sama banyak maklumat negatif yang boleh merosakkan pelajar.
7

Para pelajar dikatakan sebagai tunjang kepimpinan pada masa akan datang. Pelajar harus
bersikap matang dalam menghadapi cabaran era globalisasi. Pada masa sekarang pelajar harus lah
sentiasa mengikut perkembangan dalam setiap maklumat kerana persaingan yang ramai. Pelajar
yang ketinggalan tidak akan dapat bersaing dan akan sentiasa kebelakang. Perkembangan semasa
penting untuk menjadi seorang pemimpin yang disegani. Dunia hari ini mengatakan sehari tanpa
berita semasa sudah banyak maklumat yang dilepaskan. Pelajar harus dididik dari sekarang supaya
terbiasa dengan arus dunia sekarang.
SITI NORSAIDAH BT MOHD AZIMI (195751)

PERANAN IBUBAPA
Ibu bapa merupakan contoh terbaik untuk pembentukan sahsiah diri anak-anak. Ia bertujuan
untuk mencorakkan perwatakan atau personaliti anak-anak supaya ciri-ciri tingkah laku yang
ditunjukkannya adalah baik dan sesuai dengan kehendak ibu bapa, keluarga, masyarakat dan negara.
Keindahan tingkah laku dalam diri anak-anak menjamin masa depan yang cerah bagi belia untuk
menjadi seorang pemimpin yang berwibawa kelak. Oleh yang demikian, peranan ibu bapa dalam
cabaran globalisasi masa kini terutama di Malaysia semakin mencabar. Ibu bapa haruslah menjadi
contoh yang terbaik dalam mengorak langkah bagi membimbing anak-anak mereka ini. Seawal dalam
kandungan lagi, ibu bapa haruslah cuba untuk menjaga permakanan dan kesihatan agar dapat
melahirkan anak yang baik.
Ibu bapa juga haruslah memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang terbaik
dari guru-guru dan seboleh-bolehnya ibu bapa haruslah cuba untuk memenuhi keperluan pelajaran
mereka seperti menyediakan komputer peribadi kepada mereka, bahan-bahan bacaan yang
mencukupi dan memberikan perkhidmatan tuisyen tambahan agar masa terluang mereka tidaklah
diabaikan begitu sahaja. Tambahan pula, ibu bapa mesti sentiasa peka dengan pembelajaran anak-
anak dan cuba untuk memberikan yang terbaik agar mereka dapat belajar dalam persekitaran yang
baik dan tenang bagi memudahkan mereka menelaah pelajaran dengan berkesan. Selain itu, ibu
bapa mestilah sentiasa menemani anak mereka terutama pada waktu malam sekiranya ibu bapa ada
kelapangan bagi menemani anak-anak mengulangkaji pelajaran. Dengan itu, tidaklah mereka berasa
sunyi dan ada teman untuk berbual atau teman ketakutan. Maka, jelaslah peranan ibu bapa amatlah
besar dalam cabaran globalisasi pendidikan masa kini di Malaysia khususnya.
NUR AMIRA BINTI ISMAIL (195612)
PERANAN ICT
Globalisasi yang asaskan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pembangunan
pendidikan mementingkan budaya dan penguasaan ICT di kalangan pelajar. Perubahan harus berlaku
dalam system mengajar dan belajar di bilik-bilik darjah yang mana pendekatan konstruktivisme
adalah digalakkan kerana ia dapat memupuk minat serta menggalakkan pelajar lebih
bertanggungjawab terhadap pembelajaran di samping menerapkan amalan pembelajaran sepanjang
hayat. Penyelidikan yang menyeluruh dan berterusan juga perlu dibuat terhadap keberkesanan
pendekatan konstruktivisme agar kesan pembudayaan ICT di kalangan generasi muda berlaku secara
berkesan dan berpanjangan.
NOR SYAHIDA BT NIK WIL (114070)

PERSEKITARAN PEMBELAJARAN
Dalam usaha menangani cabaran globalisasi dalam sektor pendidikan, Malaysia perlu
menyediakan segala sumber manusia dan kelengkapan sosialnya agar dapat membentuk satu daya
ketahanan budaya yang membolehkannya berinteraksi dan bertindak secara autonomous dalam
persekitaran baru ini. Pada abad ini, adalah amat penting untuk menjadikan rakyat Malaysia lebih
produktif dalam persekitaran ekonomi baru.Pengurusan sumber manusia dalam pendidikan dahulu
dan kini telah membangkitkan pelbagai isu yang menyentuh pelbagai aspek perkhidmatan dalam
pendidikan.Namun dalam memastikan produktiviti dipertingkatkan, isu-isu berbangkit ini perlu
diberikan perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab.
Antara isu yang telah dibangkitkan dalam sektor pendidikan beberapa tahun
kebelakangan ini termasuklah:
i)isu penilaian prestasi atau insentif dalam pendidikan,yang merangkumi, penilaian prestasi tidak
dilaksanakan mengikut jadual seperti yang ditetapkan dalam Pekeliling yang berkenaan,
8

penilaian prestasi tidak dibuat secara objektif, adil dan telus, kelemahan pegawai penilai,
sistem giliran dalam Anugerah Perkhidmatan Cemerlang,penetapan kuota 8% penerima
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang mengikut Pekeliling yang relevan, dan kefahaman
konsep dan pelaksanaan Penilaian Tahap Kecekapan.
ii)isu globalisasi pendidikan, yang merangkumi pencapaian perkhidmatan
pendidikan bertaraf dunia,pencapaian daya saing dan daya tahan global, dan transformasi
pengajian tinggi bagi menjadikan negara hab kecemerlangan pengajian tinggi
antarabangsa.
iii)isu teknologi dalam pendidikan, yang merangkumi keefisienan sistem pertukaran guru atas
talian,kemahiran kakitangan dalam teknologi maklumat dan kekurangan infrastruktur
fizikal (komputer/peralatan) dan infrastruktur bukan fizikal (perisian teknologi maklumat &
komunikasi).
iv)isu jaminan kualiti pendidikan yang merangkumi isu-isu berhubung Pelan Strategik Pengajian
Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020 dan Pengurusan
v)Kualiti Menyeluruh (Total Quality Management (TQM)) dan Persijilan ISO(International
Organisation for Standardisation);
vi)isu perekrutan dan pemilihan staf yang merangkumi perekrutan dan pemilihan guru,unjuran
keperluan guru, pembangunan kurikulum,latihan dan pembangunan kerjaya dan
penempatan dan pertukaran guru,kekurangan data dan maklumat pendidikan.
vii)isu latihan dan pembangunan staf yang merangkumi pembentukan polisi dan objektif latihan
memerlukan maklum balas daripada semua kakitangan masalah impak latihan, contohnya,
analisis organisasi yang tidak mencukupi sebelum pelaksanaan, kurangnya sokongan
pengurusan, pelatih yang tidak bermotivasi, kemahiran diajar tidak berkaitan dengan
masalah, tiada tindakan susulan di tempat pelatih dan masalah peruntukan bagi program
latihan yang tidak mencukupi.

viii)isu pembangunan kerjaya pekerja yang merangkumi kriteria yang dijadikan asas kenaikan
pangkat,pertukaran tempat bertugas,pengurusan kerjaya,contohnya penilaian berorientasikan
kerjaya, disiplin pekerja dan persaraan serta latihan yang diperlukan sebelum persaraan.
NURUL SYUHADA BT MOHD SOHAIMI (113992)

KESIMPULAN
Kesimpulannya, dunia tanpa sempadan ini memaksa industri pendidikan di Malaysia untuk melalui
era transformasi yang sangat dirasai gelombangnya. Selain itu, perkembangan pendidikan di
Malaysia yang semakin pesat ini adalah hasil daripada minat ibu bapa yang tinggi terhadap
perkembangan pendidikan dan persekolahan anak-anak mereka baik di peringkat pra sekolah,
pendidikan rendah, menengah dan juga di institusi pengajian tinggi. Kesedaran tersebut adalah
implikasi daripada kesedaran mengenai kepentingan pendidikan bagi memajukan diri dalam
menghadapi cabaran kehidupan yang semakin sengit. Oleh itu, peranan-peranan daripada pihak
pendidik, ibubapa, dan pelajar itu sendiri amatlah penting bagi menghadapi transformasi dunia tanpa
sempadan ini. Akhir sekali, pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran yang
berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan masalah secara runcitan dan
memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan
menghalang pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan itu sendiri

TANJUNG MALIM 13 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan isu
kualiti guru harus ditangani bagi mencapai matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) yang menyasarkan negara berada dalam kelompok satu pertiga sistem pendidikan terbaik
dunia.
Beliau berkata, bagi menyokong hasrat tersebut, Kementerian Pendidikan telah meluluskan
peruntukan sebanyak RM5 juta kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di bawah Skim Geran
9

Penyelidikan Nic bagi mengkaji pembangunan model pendidikan guru untuk menyediakan tenaga
pengajar berkualiti pada masa hadapan.
"UPSI perlu menampilkan suatu model yang benar-benar dapat dijadikan rujukan untuk melahirkan
guru berkualiti pada masa hadapan. Bermula dengan pengambilan 30 peratus lepasan terbaik Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai bakal guru sehingga kepada pembangunan profesional berterusan
(CPD), profesion keguruan akan terus dimartabat menjadi pilihan.
"Semua institusi pendidikan guru perlu proaktif dalam menghasilkan guru-guru yang bukan sahaja
mempunyai pengetahuan dan pedagogi, tetapi juga keghairahan dan kesungguhan tinggi dalam
memastikan anak bangsa kita mampu bersaing dan berjaya di peringkat global," katanya.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen
Pendidikan Nasional Ke-14 di UPSI di sini hari ini.
Yang turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Pro Canselor UPSI, Tan Sri Dr.
Abdul Rahman Arshad dan Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Zakaria Kasa serta Presiden Persatuan
Alumni Suluh Budiman UPSI, Datuk Ahmad Burak.
Konvensyen selama tiga hari yang bermula hari ini dihadiri kira-kira 1,000 warga pendidik itu antara
lain membentangkan tentang keutuhan sistem pendidikan dan hubungannya dengan Perlembagaan
negara, pembinaan nilai dan jati diri, pemerkasaan bahasa Melayu serta kualiti produk latihan guru.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, kualiti guru merupakan faktor paling signifikan dalam
menentukan keberhasilan murid, justeru cabaran para pendidik pada abad ke-21 berbeza kerana
para pelajar mempunyai akses kepada pengetahuan di hujung jari, hasil perkembangan pesat
teknologi maklumat dan komunikasi.
Sehubungan itu katanya, para guru perlu sedar bahawa pengajaran dan pembelajaran ilmu perlu
berlaku secara aktif dengan mengaplikasikan sumbangan murid dalam proses perkongsian ilmu.
"Guru bukan lagi a sage on the stage tetapi a guide on the side. Selaras dengan aspirasi PPPM yang
antara lain menekankan kemahiran berfikir dan memimpin, pembelajaran berpusatkan kepada
perkembangan murid perlu menjadi teras pendekatan pedagogi guru pada masa kini," katanya.
Dalam perkembangan sama, Muhyiddin yakin, UPSI boleh berperanan sebagai pusat kecemerlangan
pendidikan guru secara lebih komprehensif, apatah lagi ketika negara sudah berada pada landasan
betul bagi menjayakan PPPM dalam masa 12 tahun lagi.
Tambah beliau, transformasi pendidikan negara tidak lagi sekadar menuntut UPSI untuk meneruskan
tradisi menyampaikan ilmu semata-mata, malah mengkehendaki para sarjana menghasilkan dapatan
kajian yang boleh menyumbang kepada penghasilan inovasi selain dimanfaatkan untuk
pembangunan modal insan dan negara.


Ganjaran dan Pengurusan Prestasi Bagi Guru
( Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 )

Pada tahun 2011, penilaian perbelanjaan sistem pendidikan di Malaysia oleh Bank Dunia
menyatakan, Banyak yang beranggapan bahawa guru dibayar gaji yang rendah... situasi sebenar
adalah tidak seperti yang didakwa. Seperti yang ditunjukkan dalam Ekshibit 5-7, gaji permulaan bagi
guru dalam perkhidmatan awam adalah setara dengan gaji pekerja di sektor awam dan sektor swasta
di Malaysia, termasuk peguam, akauntan, dan eksekutif IT. Selain itu, gaji guru di Malaysia yang telah
berkhidmat selama 15 tahun sama dengan gaji guru yang mempunyai sistem terbaik seperti Finland
10

apabila diukur sebagai peratus daripada per kapita KDNK (Ekshibit 5-8). (Peratus daripada per kapita
KDNK digunakan untuk membolehkan perbandingan antara sistem pendidikan yang berbeza-beza).
Dalam hal ini, Singapura dan Korea Selatan terkecuali kerana keduadua negara tersebut telah
mengecilkan saiz tenaga kerja untuk membolehkan negera itu membayar gaji yang lebih tinggi
kepada guru.

Kementerian telah menambah baik prospek kemajuan kerjaya pada tahun 1994 dengan
memperkenalkan laluan Guru Cemerlang yang membolehkan guru dinaikkan gred dengan lebih cepat
sekiranya mereka dapat menunjukkan kecemerlangan dalam kedua-dua aspek pengetahuan
kandungan mata pelajaran dan pedagogi. Sejak diperkenalkan, terdapat sebanyak 13,300 orang guru
yang menyandang gelaran Guru Cemerlang. Dalam masa yang sama, semua guru boleh memegang
jawatan kepimpinan sama ada pada peringkat sekolah, daerah, negeri atau Kementerian, atau
menjawat jawatan pensyarah di IPG atau di Institut Aminuddin Baki (IAB). Sistem kenaikan pangkat
berasaskan tempoh perkhidmatan 8:8:6:3 yang baharu merupakan suatu penambahbaikan yang jelas
lebih baik daripada sistem sebelumnya. Sistem ini membolehkan guru dalam tempoh 25 tahun
dinaikkan gred daripada DG41 (skala gaji permulaan bagi guru siswazah baharu) kepada Gred DG54
(skala gaji yang paling tinggi bagi seseorang guru dalam jawatan bukan kepimpinan). Walau
bagaimanapun, terdapat kemungkinan guru kurang berusaha untuk memperbaiki profesionalisme
mereka secara berterusan kerana sistem ini masih terikat dengan tempoh perkhidmatan. Tambahan
lagi, jangka waktu kenaikan pangkat selama 25 tahun masih merupakan suatu tempoh yang panjang.
Oleh itu, sistem ini tidak akan dapat menyelesaikan isu dan cabaran semasa, iaitu masih terdapat
kekurangan guru yang berpengalaman untuk membimbing guru baharu sewaktu mereka mula
menyertai profesion ini. Kini terdapat 58% guru yang masih berada pada gred terendah DG41 atau
gred DGA29 berbanding 1.2% pada gred DG52 atau gred DGA34 (lihat Ekshibit 5-9).


Taburan guru mengikut gred perkhidmatan

Satu lagi cabaran kepada kemajuan kerjaya secara berkesan ialah instrumen utama yang digunakan
dalam penilaian guru, iaitu Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT). LNPT tidak dikaitkan dengan
kompetensi pengajaran khusus seperti pengetahuan mata pelajaran dan penguasaan pelbagai
strategi pengajaran. Memandangkan LNPT ialah instrumen yang sama bagi kegunaan semua
penjawat awam, dimensi penilaiannya adalah bersifat generik dan tidak menjadi pengukur prestasi
yang sebenarnya. Sebagai contoh, daripada hampir 48,000 orang sampel guru yang diambil pada
tahun 2010, lebih daripada 60% responden telah digredkan dengan markah melebihi 90%, manakala
38% mendapat skor antara 70% hingga 90%, dan 2% daripada responden mendapat skor bawah
daripada 70%. Keadaan ini menyebabkan Kementerian menghadapi kesukaran menyediakan
sokongan profesionalisme mengikut kumpulan sasaran yang tepat berdasarkan prestasi Bagi
mengatasi kesukaran ini, Kementerian telah menyediakan beberapa instrumen lain seperti Standard
Kualiti Pendidikan Malaysia: Standard 4 dan instrumen penilaian guru cemerlang, untuk membantu
proses penilaian. Walau bagaimanapun, instrumen berkenaan secara tidak langsung menimbulkan
kekeliruan dalam kalangan guru tentang dimensi atau kriteria sebenar yang diambil kira dalam
penilaian mereka. Disamping itu, para guru juga telah menimbulkan kekhuatiran mengenai penilaian
yang membazirkan masa dan sumber kerana pertindihan kriteria.


Pelan Tindakan: Mentransformasi profesion

Keguruan menjadi profesion pilihan

Kementerian terus beriltizam mengekalkan dasar sedia ada, iaitu mengukuhkan profesion keguruan
di Malaysia bagi menjadikannya menarik, mendatangkan kepuasan dan berprestij. Mengambil iktibar
daripada kejayaan yang dikecapi daripada usaha terdahulu, dan permuafakatan awal dengan para
guru serta kesatuan guru, Kementerian bercadang melaksanakan Pakej Kerjaya Guru baharu dalam
beberapa fasa. Pakej Kerjaya ini akan menangani cabaran masa kini yang dihadapi oleh guru pada
11

setiap peringkat dalam kerjaya mereka. Pakej ini merangkumi usaha meningkatkan standard
kemasukan, meningkatkan peluang pembangunan profesional berterusan mengikut keperluan
individu, membolehkan guru maju dalam kerjaya berdasarkan prestasi dan kompetensi, serta
mewujudkan budaya kecemerlangan profesionalisme berasaskan teladan rakan setugas.

Gelombang 1 (2013-2015): Meningkatkan standard dan sistem sokongan

Gelombang 1 akan menumpukan kepada peningkatan standard profesionalisme, dan menambah
baik sistem sokongan dan persekitaran
kerja. Empat langkah akan diambil:
(i) meningkatkan standardkemasukan;
(ii) mengukur prestasi berdasarkan kompetensi;
(iii)meningkatkan jumlah peruntukan dalam pembangunan profesionalisme
berterusan; dan
(iv) mengurangkan beban tugas pentadbiran guru. Secara keseluruhan, langkah ini dilaksanakan
bertujuan menyediakan peluang dan sokongan yang diperlukan oleh guru bagi menggalakkan
peningkatan kemahiran dan kecemerlangan mereka dalam pekerjaan.

Meningkatkan standard kemasukan bagi guru pelatih dan ambilan guru baharu

Kementerian akan mengetatkan proses pemilihan ambilan guru ke IPG dengan memilih calon guru
pelatih daripada kumpulan 30% teratas bagi setiap kohort yang tamat persekolahan. Kementerian
bercadang mengecilkan saiz ambilan guru sekiranya bilangan calon yang berkelayakan pada sesuatu
tahun berkurangan; seterusnya, bekerjasama dengan IPTA untuk menetapkan standard kemasukan
yang setara bagi program latihan perguruan.

Kementerian juga akan menetapkan standard yang lebih ketat untuk bergraduat daripada latihan
perguruan dan seterusnya diambil bertugas sebagai guru permulaan bawah Kementerian. Pada masa
hadapan, guru permulaan akan dipilih hanya apabila mereka dapat menguasai kompetensi minimum
yang mereka perolehi melalui praktikum dan kerja kursus semasa latihan perguruan. Syarat ini
adalah untuk memastikan hanya guru yang terbaik dan paling layak menyertai sistem.
Walaubagaimanapun, guru pelatih sedia ada di IPG dan di IPTA pada masa kini
tidak terikat dengan dasar baru ini.

Sehingga kini, Kementerian telah mengambil hampir 15,000 orang guru pelatih setiap tahun. Oleh
sebab kekurangan guru secara mutlak bukan lagi menjadi isu, Kementerian sedang meneliti
pengurangan ambilan guru pelatih secara berperingkat-peringkat sehingga 50% dalam tempoh lima
tahun akan datang. Dalam masa yang sama, dengan kadar persaraan sedia ada dijangkakan baharu
akan berlaku pengurangan dalam saiz kohort sebanyak 10% menjelang 2025. Kementerian akan
memantau perubahan saiz bilangan guru yang berada dalam sistem bagi memastikan sebarang
pengurangan ambilan guru baharu tidak akan menjejaskan saiz kelas atau keberhasilan murid.
Sebaliknya, pengecilan kohort ini akan dapat dilaksanakan apabila guru menggunakan waktu bekerja
dengan optimum dan meningkatkan produktiviti mereka. Mengukuhkan kaitan antara prestasi
dengan kompetensi Peningkatan kualiti guru bermula dengan gambaran yang jelas tentang
ckecemerlangan profesion keguruan. Dengan itu, Kementerian dapatmengenal pasti bidang-bidang
yang memerlukan sokongan, dan dengan itu dapat menyediakan bantuan yang tepat kepada guru
yang memerlukannya.

Bagi mencapai tujuan ini, Kementerian akan menyediakan satu instrumen yang mengandungi
kompetensi yang perlu dimiliki oleh guru pada setiap peringkat tempoh perkhidmatan mereka.
Kompetensi ini merentas empat dimensi yang berbeza: pengajaran dan pembelajaran, nilai-nilai
profesional, aktiviti di luar bilik darjah, dan sumbangan profesional. Instrumen ini akan dirintis pada
tahun 2013 dan diguna pakai pada tahun 2014 bagi menggantikan semua instrumen yang ada pada
masa ini,termasuk LNPT.

12

Berdasarkan instrumen penilaian guru yang baharu, (lihat Ekshibit 5-10), dicadangkan hampir 60%
daripada skor penilaian diasaskan pada keberkesanan pengajaran guru. Penilaian ini ditentukan
melalui dua aspek, iaitu pemerhatian guru dalam bilik darjah dan pencapaian murid dalam kelas yang
diajar. Kementerian juga mencadangkan lebih daripada seorang penilai, termasuk seorang penilai
rakan sebaya, dilantik dan mewujudkan proses rayuan bagi guru yang tidak setuju dengan penilaian
yang dilakukan terhadap mereka. Objektif proses penilaian ini adalah mewujudkan suatu pendekatan
lebih tekal dan objektif yang merentas semua penilaian dan memupuk budaya prestasi cemerlang di
sekolah


Menekankan pembangunan profesionalisme berterusan

Menyedari bahawa guru mungkin memerlukan bantuan bagi memenuhi kompetensi baharu yang
diharapkan, Kementerian beriltizam untuk memenuhi keperluan berkenaan bagi memastikan
kejayaan mereka. Oleh itu, Kementerian akan membangunkan portfolio program latihan bagi setiap
aspek keperluan kompetensi dalam instrumen baharu. Sesetengah modul dalam portfolio program
latihan ini merangkumi kecekapan asas yang diharapkan daripada semua guru, seperti pedagogi yang
menyokong pembangunan pemikiran aras tinggi murid. Kompetensi teras ini diwajibkan kepada
semua guru. Modul lain akan dijadikan elektif bagi membolehkan guru membuat pilihan berdasarkan
minat dan kekuatan peribadi, atau mana-mana bidang yang dikenal pasti untuk meningkatkan
profesionalisme guru. Dalam membangunkan portfolio ini, Kementerian akan lebih menumpukan
kepada program pembelajaran berasaskan sekolah. Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa
program pembelajaran berasaskan sekolah merupakan bentuk pembangunan profesionalisme yang
paling berkesan. Dua inisiatif akan dilancarkan pada Januari 2013 untuk memperkenalkan guru
13

kepada program pembangunan profesionalisme baharu. Inisiatif pertama ialah pewujudan
perpustakaan video e-Guru yang menyediakan koleksi contoh pengajaran terbaik. Guru akan
mendapatkan gambaran bersifat amali tentang amalan pengajaran terbaik untuk dilaksanakan di
dalam bilik darjah mereka. Video ini boleh juga digunakan semasa sesi latihan dan bimbingan
kemahiran pedagogi. Inisiatif kedua ialah peluasan program bimbingan guru iaitu

Pembimbing Pakar Pembangunan Sekolah (School Improvement (Band 5, 6 dan 7). SISC+ yang baharu
akan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pejabat Pelajaran Daerah
yang lebih luas seperti yang telah dibincangkan dalam Bab 4. Kementerian juga beriltizam dalam
memastikan penerusan program pensiswazahan guru dengan matlamat 60% guru siswazah sekolah
rendah dan 90% guru siswazah sekolah menengah pada tahun 2015. Bagi tujuan ini, Kementerian
akan terus menyokong guru bagi melanjutkan pengajian mereka.

Meningkatkan kualiti persekitaran kerja guru

Menyedari bahawa tugas pentadbiran yang berlebihan bolehmenjejaskan masa dan keberkesanan
tugas utama pengajaran dan pembelajaran guru, maka Kementerian akan mengambil dua tindakan
utama semasa Gelombang 1 untuk mengurangkan beban tugas yang tidak diperlukan.

Pertama, Kementerian telah mula menyeragamkan sistem pengurusan dan pengumpulan data sedia
ada untuk menghapuskan pertindanan keperluan data. Tiga pangkalan data telah disasarkan bagi
proses awal penyeragaman data: Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang digunakan untuk
menggabungkan keputusan murid daripada peperiksaan semester berasaskan sekolah, Sistem
Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang digunakan untuk menjejak keputusan
pentaksiran berasaskan sekolah dan Sistem Maklumat Murid (SMM) yang mengandungi data sekolah
dan guru. Perubahan ini seharusnya menghapuskan permohonan berulang bagi data yang sama dan
memudahkan proses memasukkan data baharu ke dalam sistem. Kementerian juga akan mengkaji
semula keperluan laporan pendokumentasian dan laporan sedia ada (sebagai contoh, keperluan
untuk pensijilan ISO) bagi penyeragaman bidang-bidang berkenaan. Kedua, Kementerian akan
mengenal pasti kaedah bagi mengatasi isu kesesakan di sekolah yang mempunyai purata saiz kelas
melebihi 35 orang murid. Kaedah yang dicadangkan termasuk pembinaan bilik darjah tambahan,
penempatan semula guru tambahan, dan/atau mengetatkan penguatkuasaan kuota enrolmen.
Walau bagaimanapun, Kementerian tidak akan mengurangkan bilangan murid bagi setiap kelas
daripada 35 orang kerana terdapat bukti kajian peringkat antarabangsa yang menunjukkan saiz kelas
bukan faktor penyumbang utama kepada pencapaian murid berbanding kualiti guru.

Gelombang 2 (2016 ke 2020): Mengukuhkan kemajuan dan laluan kerjaya

Dalam Gelombang 2, Pakej Kerjaya Guru baharu akan dibina atas kejayaan Gelombang 1 yang
memberi tumpuan kepada peningkatan standard dan kualiti program latihan praperkhidmatan
perguruan, dan memastikan hanya graduan yang terbaik dipilih menyertai profesion keguruan. Pakej
ini akan menyediakan pelaksanaan laluan kerjaya yang dimantapkan dengan tawaran pelbagai
pengkhususan bergantung pada minat guru. Selain itu, kemajuan kerjaya yang lebih pantas
disediakan untuk guru berprestasi tinggi, manakala guru yang tekal berprestasi rendah diberi pilihan
bagi penempatan semula. Semua kerja awal bagi perubahan ini perlu bermula semasa pelaksanaan
Gelombang 1 untuk membolehkan inisiatif yang dirancang dilaksanakan segera pada tahun 2016.

Meningkatkan sistem latihan praperkhidmatan dan sistem pemilihan guru

Kementerian akan menyemak semula kurikulum latihan praperkhidmatan di IPG bagi memastikan
guru diberi persediaan secukupnya bagi mengajar Kemahiran Abad ke-21 yang diperlukan oleh murid
di Malaysia (lihat Bab 4 untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perubahan yang dihasratkan
dalam kurikulum dan pentaksiran). Kementerian juga akan mengadakan perbincangan dengan
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) supaya kurikulum latihan praperkhidmatan yang sama
dilaksanakan di IPTA. Di samping itu, Kementerian akan meningkatkan kualiti pengalaman praktikum
14

secara tekal dari segi waktu yang diperuntukkan, dan melibatkan guru berpengalaman yang memiliki
kemahiran pementoran menyelia guru pelatih. Langkah ini akan membolehkan guru menambah
keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah seawal hari pertama mereka
menyertai perkhidmatan perguruan.

Pengukuhan laluan kerjaya

Kementerian akan meneliti pelaksanaan tiga laluan kerjaya yang
berbeza:
(i) laluan pengajaran bagi guru yang ingin kekal mengajar di bilik darjah;
(ii) laluan kepimpinan dan pengurusan bagi guru yang ingin menjawat jawatan kepimpinan sama ada
pada peringkat sekolah, daerah, negeri atau pusat;
(iii) laluan pakar bidang khusus bagi guru yang ingin menjadi pembimbing guru dan jurulatih,
pensyarah di IPG dan IAB, atau pembangun kurikulum dan pentaksiran. Laluan kerjaya ini akan
dibangunkan semasa Gelombang 1 selepas berunding dengan kesatuan guru dan akan dijajarkan
dengan perubahan laluan kerjaya yang serupa bagi pemimpin sekolah (perincian Bab ini dalam
bahagian Pemimpin Sekolah).

Bagi setiap laluan, Kementerian menggunakan instrumen yang dibangun dalam Gelombang 1 bagi
menentukan kompetensi guru yang dijangka berkembang selari dengan keperluan setiap kenaikan
pangkat. Kementerian juga akan memastikan peluang kenaikan pangkat dalam setiap laluan adalah
setara, dan pergerakan merentas mana-mana laluan dibenarkan.

Rombakan kemajuan kerjaya

Kementerian berhasrat untuk mengukuhkan skim Guru Cemerlang sedia ada. Di bawah skim laluan
pantas yang disemak semula, dicadangkan guru berprestasi tinggi dinaikkan gred dari DG41 ke DG54
dalam tempoh masa yang lebih pendek berbanding tempoh 25 tahun sekarang (Ekshibit 5-11).
Kemajuan kerjaya guru bergantung pada kepantasan seseorang guru menguasai kompetensi yang
ditetapkan pada setiap peringkat. Kredit tambahan akan diberikan kepada guru yang berjaya
menyempurnakan perkhidmatan antara tiga hingga lima tahun di sekolah di luar bandar/pedalaman,
dan/ atau di sekolah berprestasi rendah. Pergerakan pantas ini bertujuan memberikan ganjaran
kepada guru yang cemerlang, dan menjadi insentif kepada guru yang terbaik untuk bertugas di
sekolah berkenaan. Implikasinya, komposisi tenaga kerja guru akan beranjakdaripada didominasi
oleh guru muda kepada guru berpengalaman berkemahiran tinggi. Dianggarkan terdapat antara 2%
hingga 5% guru pada setiap tahun yang mendapat manfaat daripada skim laluan pantas ini.
15



Kementerian juga akan melancarkan satu skim peralihan untuk guru yang menunjukkan prestasi
rendah tiga tahun berturut-turut walaupun telah diberikan sokongan secara intensif. Kementerian
menyedari hakikat bahawa mengekalkan tugas mengajar kepada guru-guru ini akan menyebabkan
mereka kehilangan peluang kenaikan pangkat. Prospek mereka mungkin lebih cerah sekiranya
mereka berupaya melaksanakan tugas lain yang lebih sesuai dengan kebolehan mereka. Kementerian
beriltizam untuk menyediakan beberapa pilihan untuk guru-guru ini dan memastikan mereka
menerima sokongan secukupnya bagi melakukan peralihan ini. Menerusi skim ini, Kementerian akan
menempatkan semula guru bagi menjalankan peranan lain dalam sekolah seperti membantu tugas
pentadbiran, pengurusan disiplin, atau pengurusan aktiviti kokurikulum (Ekshibit 5-12). Kementerian
juga akan meneroka pilihan bagi melatih semula guru-guru ini supaya berjaya melaksanakan peranan
baharu yang dipilih mereka.
16



Gelombang 3: Mewujudkan budaya

Kecemerlangan profesionalisme berasaskan rakan setugas

Menjelang tahun 2021, semua elemen Pakej Kerjaya Guru baharu diharap akan dapat dilaksanakan.
Profesion keguruan akan berubah apabila guru dapat menikmati pelbagai laluan kerjaya berbeza; dan
menerima kesan daripada pelan induk pembangunan profesionalisme yang dirangka khusus untuk
guru; serta pemberian ganjaran berdasarkan prestasi, bukannya tempoh perkhidmatan. Sepanjang
tempoh Gelombang 3, Kementerian akan menumpukan kepada usaha memastikan semua guru
memanfaatkan keluwesan dalam hal-hal profesionalisme berkaitan jadual waktu, kurikulum dan
susunan pengajaran, pendekatan pedagogi dan pentaksiran berasaskan sekolah. Keluwesan dalam
hal ini diberikan kepada mereka dalam Gelombang terdahulu. Kementerian berhasrat untuk
mewujudkan budaya kecemerlangan profesionalisme teladan rakan setugas, iaitu guru membimbing
satu sama lain, dan saling memberi inspirasi, berkongsi amalan terbaik, dan memastikan rakan
setugas mengamalkan nilai kebertanggungjawaban untuk memenuhi standard profesional.
Kementerian juga mempertimbangkan cadangan bagi mewujudkan skim pensijilan berdasarkan
penguasaan kompetensi keguruan seperti ditetapkan dalam Gelombang 1. Kementerian akan
bekerjasama dengan wakil kesatuan guru untuk mencapai semua matlamat ini.

PISA 2015: M'SIA MAMPU CAPAI KEDUDUKAN LEBIH BAIK MELALUI PELAKSANAAN PPPM

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Malaysia mampu mencapai kedudukan lebih
baik dalam Program Penilaian Murid Antarabangsa (Pisa) 2015 melalui pelaksanaan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM), seterusnya meletakkan
17

negara setanding piawaian antarabangsa.
Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan hari ini, PPPM akan dapat menangani
cabaran sedia ada serta mengubah sistem pendidikan negara supaya lebih memenuhi
keperluan ekonomi global yang semakin kompetitif.
"Walaupun keputusan Pisa 2012 yang dikeluarkan baru-baru ini agak tidak
memberangsangkan, kementerian yakin Malaysia mampu mencapai kedudukan lebih baik
dalam Pisa 2015 melalui pelaksanaan PPPM yang dilancar 6 Sept lalu," katanya.
Kenyataan itu menyebut keputusan Pisa 2012 menunjukkan peningkatan
pencapaian dalam Matematik sebanyak 17 mata iaitu daripada 404 dalam Pisa 2009+
kepada 421.
"Dalam ujian Matematik, Malaysia berada pada kedudukan ke-52 daripada 65
negara yang mengambil bahagian berbanding kedudukan ke-57 dalam Pisa 2009,"
katanya.
-- LAGI
PENDIDIKAN-PISA 2 KUALA LUMPUR
Menurut kenyataan itu, keputusan Sains pada 2012 pula menunjukkan pencapaian
yang hampir serupa dengan Pisa 2009, iaitu menurun dua mata daripada 422 kepada
420 dan berada pada kedudukan ke-53, jatuh satu tangga berbanding sebelumnya.
Pencapaian Pisa 2012 dari aspek bacaan pula menurun 16 mata daripada 414
kepada 398 dan Malaysia menduduki tempat ke-59 berbanding ke-55 dalam Pisa 2009.
Kementerian Pendidikan juga akan terus komited memperhebat usaha dan
inisiatif bagi melonjakkan sistem pendidikan negara untuk berada dalam kalangan
negara sepertiga teratas sistem pendidikan terbaik di dunia.
Kenyataan itu menyebut Malaysia mengambil bahagian dalam Pisa buat pertama
kali pada 2010 (Pisa 2009+) di mana lebih kurang 5,000 murid dari 154 sekolah
dinilai manakala seramai 5,700 murid bagi Pisa 2012, yang melibatkan 164 sekolah
sebelum PPPM dilancar.
Kementerian mengenal pasti kelemahan dalam pelaksanaan kurikulum sebelum ini
yang kurang menekankan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), menyebabkan
murid kurang berkemampuan untuk mengaplikasi kemahiran itu semasa menjawab
soalan pentaksiran berkenaan.
-- LAGI
PENDIDIKAN-PISA 3 KUALA LUMPUR
Menurut kenyataan itu, sebagai langkah segera, kementerian menubuhkan
18

Jawatankuasa Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS)
dan Pisa yang diterajui Bahagian Pembangunan Kurikulum serta dianggotai kesemua
bahagian profesional kementerian.
Jawatankuasa itu akan mengenal pasti dan memantau inisiatif yang perlu
dijalankan untuk penambahbaikan program penilaian murid antarabangsa.
Kementerian juga sedang menyusun pelbagai tindakan penambahbaikan yang
selari dengan amalan terbaik antarabangsa dan menangani segera kelemahan yang
dikenal pasti melalui penilaian Pisa.
Satu daripada inisiatif dalam PPPM untuk meningkatkan prestasi Malaysia
dalam TIMSS serta Pisa ialah dengan membangunkan modul latihan Matematik dan
Sains bagi menangani jurang khusus dalam kandungan dan kemahiran yang diuji
dalam Pisa dan TIMSS serta format soalan Pisa dan TIMSS.
Kementerian turut menambah baik inisiatif berkaitan KBAT dan menambah
kemahiran guru yang akan meningkatkan hasil pembelajaran bagi keseluruhan murid.
-- LAGI
PENDIDIKAN-PISA 4 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Menurut kenyataan itu, bagi menjayakan inisiatif berkenaan, kementerian
sedang mengemas kini kurikulum sekolah rendah dan menengah agar selari dengan
piawaian antarabangsa.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang diperbaharui dan Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang baharu akan dilancar pada 2017.
"Di samping itu, kementerian juga menambah baik sistem penilaian kebangsaan
dengan memasukkan unsur KBAT dalam ujian. Pada 2016, 40 peratus soalan KBAT akan
dimasukkan ke dalam kertas peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
manakala 50 peratus untuk kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),"
katanya.
Kementerian juga sedang memperhebat sokongan kepada guru dengan menambah
baik cara mereka menyampaikan kurikulum itu dan pelbagai program bagi
mempertingkat kemahiran sedang dirangka untuk mempersiapkan guru dengan KBAT
seperti program i-Think.
"Di samping itu, program peningkatan kemahiran literasi bahasa Malaysia,
bahasa Inggeris dan Matematik (Linus 2.0) juga dijangka menyokong keputusan yang
lebih baik dalam TIMSS dan Pisa," menurut kenyataan itu

19

Kemenjadian Murid dan Kerangka Baharu Sistem Pendidikan Malaysia.
Bersamaan tarikh ulang tahun runtuhnya World Trade Center yang ke-11, Perdana Menteri
melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 di Kuala
Lumpur City Centre, menara berkembar yang menjadi kebanggaan Malaysia.
Secara kebetulan ramai yang berfikir, kenapakah pelancaran PPPM itu dilakukan pada tarikh yang
begitu banyak kesannya kepada psikologi masyarakat antarabangsa akibat serangan menara
berkembar yang menempatkan para pedagang saham di New York sehingga mempertajamkan lagi
hubungan barat dengan Islam.
Tragedi 911 itu turut merubah perspektif hubungan antara Islam dan barat dalam kancah
persengketaan yang lebih besar sehingga lebih ramai aktivis sosial melihat semula apakah faktor
agama menjadi penyumbang terbesar kepada sikap ganas. Malang sekali, penelitian tersebut tidak
banyak membantu dalam memperbetulkan rasa takut kepada Islam, kerana itulah setiap ikon yang
berhubung dengan Islam dilihat mempengaruhi sikap ganas.
Pemilihan KLCC sebagai tapak pelancaran Laporan Awal PPPM memberikan perspektif bahawa
menerusi pendidikanlah akan merubah keadaan yang sedang dialami oleh masyarakat Malaysia
sekarang, yang sistem pendidikannya dilihat semakin berkecamuk dan penuh masalah.
Dalam laporan awal PPPM terpampang usaha yang sedang dan bakal dilaksanakan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperbetulkan simpang-siur sistem pendidikan negara
dengan mensasarkan kedudukan yang lebih baik di peringkat antarabangsa sama ada dari aspek
kemenjadian murid, keseimbangan kos, profesionalisme guru, kebahasaan, sokongan sistem,
persekitaran masyarakat, sokongan komuniti (ibu bapa dan sektor swasta) dan hasrat yang hendak
dicapai oleh negara ketika perjalanan menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi sedang giat
dipersiapkan.
Dalam perjalanan menuju ke tahap negara maju itulah tersimpuh semula makna dan maksud
pendidikan yang hanya berkisar kepada keperluan menghasilkan modal insan yang bukan sahaja
mempunyai kebolehpasaran yang tinggi, bahkan turut seimbang antara keperluan jasmani, emosi,
rohani dan intelek, sebagaimana dihasratkan menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan sejak mula
dimaktubkan pada tahun 1986.
Jarak antara tahun 1986 hingga 2012, iaitu selama 26 keseimbangan sahsiah dan kemenjadian murid
tidak berjaya dilaksanakan sepenuhnya. Di dalam laporan awal PPPM ini terserlah banyak kelemahan
termasuk kedudukan pencapaian pelajar dalam kelompok satu pertiga ke bawah dalam 74 buah
negara yang menyertai PISA (Programme for International Student Asessment) dan menurun
daripada kedudukan di atas purata pada tahun 1999 kepada di bawah purata antarabangsa pada
tahun 2007 dalam TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study).(Hal. E-5 dan E-
6).
20

Maknanya, semakin lama penyertaan Malaysia dalam kajian tersebut, prestasi pelajar dalam tiga
bidang yang diukur telah menurun, iaitu kebolehan Membaca, Matematik dan Sains. Jika
dibandingkan dengan Thailand, prestasi pelajar Malaysia berada di dua tahap terkebawah dalam
kebolehan bacaan, lima terkebawah dalam matematik dan di satu tangga di belakang dalam bidang
sains.
Hampir 60 peratus murid berumur 15 tahun yang menyertai PISA gagal mencapai tahap kemahiran
minimum dalam Matematik, manakala 44 peratus dalam Bacaan dan 43 peratus dalam Sains.
Terdapat perbezaan sebanyak 38 mata, maksud ketinggalan selama setahun dengan Thailand dan
tiga tahun atau lebih dengan Singapura, Korea Selatan, Hong Kong dan Shanghai.
Maknanya, semakin lama penyertaan pelajar Malaysia dalam ukuran tersebut semakin terperosok dan
atas keperluan itulah maka ianya perlu dilakukan rombakan.Dalam rombakan yang sedang
dilaksanakan ialah mengatasi punca kelemahan para pelajar, kerana sejak diperkenalkan pengajaran
dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2002, ia turut
menjejaskan kualiti guru.
Faktor bahasa dikatakan sebagai pengekang kepada prestasi. Hampir kesemua pakar pendidikan
bersetuju bahawa proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan adalah dilaksanakan
dalam bahasa ibunda ataupun bahasa yang digunakan secara meluas dan bahasa pertuturan utama.
Oleh itu, adalah tidak menjadi sesuatu yang janggal apabila KPM membuat keputusan untuk kembali
proses pengajaran dua mata pelajaran wajib itu menggunakan bahasa Melayu.
Proses tersebut mengakibatkan perubahan dasar, yakni dari PPSMI kepada MBMMBI, iaitu
memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkukuh bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris diperkukuhkan
dengan menambahkan jumlah masa pengajaran, meningkatkan kualiti guru, memperkenalkan
program mentor-mentee (guru penutur jati) dan membangunkan profil kemahiran berbahasa dalam
kalangan guru bahasa Inggeris.
Sayangnya, MBMMBI mendapat reaksi kurang senang daripada segelintir ibu bapa yang tetap
mahukan PPSMI dengan memberikan pilihan kepada sekolah untuk membuat penentuan. Dalam
menangani keresahan tersebut, KPM akhirnya membuat semula jajaran pelaksanaan MBMMBI
menerusi soft-landing, yakni sepatutnya pelajar tingkatan satu akan mula belajar matematik dan
sains dalam bahasa Melayu pada tahun 2012, ia dibenarkan sehingga tamat tingkatan lima pada
tahun 2016. Ini bermakna MBMMBI akan dilaksanakan sepenuhnya di semua peringkat sekolah
menengah pada tahun 2021.
PPPM turut menerima kecaman daripada sekumpulan pertubuhan-pertubuhan pendidikan China yang
terus mahu memperjuangkan peluang sama proses pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa
Mandarin walaupun pada peringkat sekolah rendah, SJK (C) dan SJK (T) dibenarkan berbuat
demikian. Mereka turut mahukan bahasa Mandarin dijadikan salah satu bahasa pengantar di sekolah
menengah kerana menganggap usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di
sekolah-sekolah akan mengakibatkan bahasa ibunda lain berhadapan dengan masalah.
21

Oleh kerana itulah mereka terus mendesak agar KPM boleh menerima kesemua cadangan yang
dikemukakan kerana melihat inilah peluang terbaik setelah kerajaan turut menerima calon-calon yang
lulus dalam UEC (Unified Chinese Education) memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) pada tahun
lalu bagi menyelesaikan masalah kekurangan guru di sekolah-sekolah SJK (C). Dalam masa yang
sama, Lembaga Penasihat Sekolah (LPS) tidak mahu menerima guru-guru yang tidak mahir
berbahasa Mandarin mengajar di sekolah-sekolah vernakular itu walaupun untuk mata pelajaran
Bahasa Melayu.
Desakan daripada pejuang-pejuang bahasa Melayu dan Sastera Melayu turut menampakkan ada
kecenderungan melihat PPPM tidak akan melonjakkan kedudukan bahasa Melayu kerana kejelasan
laluannya tidak terarah ke peringkat pendidikan tertiari. Hal ini menyebabkan mereka terus mendesak
agar berlaku semacam akujanji daripada IPTA untuk melakukan transformasi penggunaan bahasa
pengantar sebagaimana pernah dilaksanakan pada awal tahun 1980-an. Hari ini sistem pendidikan di
universiti banyak menggunakan bahasa Inggeris manakala proses penterjemahan karya-karya ilmiah
sedikit terbantut.
Pasaran buku akademik berbahasa Melayu cukup kecil oleh kerana tidak semua IPTA menggunakan
buku-buku tersebut sebagai rujukan. Para pensyarah bebas menentukan bahan rujukan kerana
pendidikan tinggi tidak perlu tertakluk kepada konsep buku teks sebagaimana berlaku di peringkat
sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Apa yang berlaku di IPTA ialah kurikulum yang fleksibel,
di mana para pensyarah bebas menerokanya secara kreatif, kerana hayat sesuatu subjek yang
ditawarkan bergantung kepada sambutan dan penerimaan para pelajar, terutama subjek bukan teras.
PPPM 2013-2025 sudah menemukan jalan keluar secara makronya bagaimana untuk
membangunkan modal insan daripada aspek kemahiran akademik dan kebolehpasarannya, terutama
dalam persekitaran ekonomi baharu yang lebih tertumpu kepada kreativiti dan inovasi.
Bagaimanapun, kekurangan yang amat ketara ialah bagaimana perancangan PPPM itu untuk
menjadikan seorang murid benar-benar menjadi dalam aspek bukan akademik, terutamanya sahsiah
dan daya tahan moral.
PPPM tidak menemukan kaedah atau jalan yang mampu memperkuatkan nilai keinsanan dalam diri
pelajar setelah berada di bangku persekolahan wajib selama 11 tahun (sekolah rendah 6 tahun dan
sekolah menengah 5 tahun), kerana persekitaran pembelajaran yang selari dengan pembangunan
sahsiah dan keagamaan tidak diberikan ruang yang luas.
Apa yang cuba dipaparkan ialah sekadar meningkatkan jumlah guru dalam pengajaran dan
pembelajaran pendidikan Islam dan moral, pengukuhan sekolah-sekolah agama dan pembangunan
kurikulumnya, tetapi tidak banyak disentuh bagaimana kemenjadian pelajar itu sendiri dalam
pembangunan diri. Pola hubungan etika secara berkesan tidak dimasukkan sebagai landasan utama,
maka hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dijangka sekali lagi menerima kegagalannya.
Mungkin ketika perumusan pelbagai pandangan, sumbang saran daripada kumpulan fokus (750
pengetua dan guru besar;15,000 guru; 22,000 murid; dan 300 pegawai JPN/PPD), perbincangan
terbuka (8,000 orang guru; 2,000 ahli PIBG dan 2,000 orang awam), panel penilai bebas (12 orang),
22

panel antarabangsa (4 orang), universiti tempatan (6 buah) dan makmal pendidikan (9 ) tidak
menyentuh keperluan tersebut.
PPPM mengambil kira 9 bidang utama, profesion keguruan, keupayaan kepimpinan sekolah, kualiti
pengajaran, rangka kerja kurikulum dan pentaksiran, kemahiran pelbagai bahasa, kesediaan murid ke
pendidikan tinggi dan pasaran kerja, menganjak pendidikan dari sistem sekolah kepada sistem
pembelajaran, kos dan produktiviti, dan peningkatan penyampaian dan pelaksaan. Masih belum
berbuah persoalan membentuk etika belajar dan lebih kondusif antara guru dan pelajar, sedangkan
inilah falsafah yang amat diberikan perhatian dalam Islam.
Al-Ghazali (1058-1111M), seorang intelektual muslim yang berpengaruh hingga ke hari ini walaupun
sudah meninggal lebih sembilan ratus tahun, saranannya masih tetap relevan bagi menyelesaikan
persoalan ummah dan hasil limpahan keunggulan akademik menerusi pencapaian skor A ataupun
jumlah peratusan cemerlang.
Salah sebuah bukunya yang termasyhur dalam bidang tasauf, Ayyuhal Walad dan kemudiannya
ditulis semula dalam bahasa moden oleh Islah Gusmian dan diterbitkan oleh PT Mizan Pustaka pada
tahun 2006 dengan judul, Surat Cinta al-Ghazali, memberikan kita kaedah bagaimana untuk mendidik
dengan lebih baik dan berkesan.
Buku ini disifatkan mempunyai kekhususan yang tersendiri kerana al-Ghazali menjadikan nilai-nilai
tasauf sebagai mata air gagasan pendidikan. Diberikan penekanan yang luar biasa hubungan antara
tasauf sebagai satu disiplin spiritual dengan amalan pendidikan.
Buku ini dimulai dengan rasa resah seorang murid al-Ghazali dan sebagai pengantarnya, Islah
Gusmian melatarinya dengan berkata: Saya telah penat mengkaji ilmu-ilmu itu. Kini, saya tidak tahu
ilmu yang manakah lebih bermanfaat bagi diri saya sebagai wahana menggapai cahaya Tuhan dan
lebih mampu memimpin saya menghadapi masa hadapan. Saya pun tidak tahu ilmu mana yang tidak
bermanfaat sehingga ia dapat dihindari dan saya dapat menjaga diri darinya. Murid al-Ghazali
berhadapan dengan kemelut ilmu sebagaimana pernah beliau alami ketika mengajar di Madrasah
Nizamiyyah sehingga menyebabkan beliau berkelana jauh meninggalkan dunia akademik untuk
mencari kebenaran.
Hampir sebelas tahun lamanya al-Ghazali mencari kebenaran dengan mendekatkan diri dengan Allah
SWT di persekitaran masjid di Syria, Palestin dan kemudiannya mengerjakan haji sebelum pulang
semula ke kampung halamannya mendirikan madrasah. Beliau kemudiannya kembali semula ke
Madrasah Nizamiyah untuk beberapa ketika dengan pengalaman yang baharu, dan sebahagian besar
pengalaman tersebut diterjemahkan menerusi ratusan kitab yang dihasilkan selepas menjalani proses
mencari kebenaran.
Resah diri itulah menyebabkan muridnya menulis sepucuk surat untuk meminta nasihat, bimbingan
dan doa. Guru, tulisan murid tersebut, apabila jalan menuju jawapan bagi saya telah tertulis dalam
pelbagai bukumu, seperti Ihya Ulumudin, Kimiya al-Saadah, dan sebagainya, sesungguhnya muridmu
ini tumpul nalar untuk menelaahnya. Saya mohon kepada Guru, sebuah ringkasan yang dapat saya.
Risalah itulah kemudiannya ditulis dan diberikan judul Ayyatul Walad oleh al-Ghazali.
23

Dialog itu juga membuktikan bahawa penekanan utama yang dilaksanakan oleh al-Ghazali ialah
membolehkan muridnya mudah memahami, dan seterusnya dapat dijadikan teladan amalan terbaik.
Itulah ilmu yang kita perolehi daripada kemuliaan hati seorang guru yang bernama al-Ghazali, beliau
tidak pernah berkata: Kamu bacalah apa yang saya tulis.
Al-Ghazali meletakkan hubungan guru-murid seperti hubungan ayah dengan anaknya sendiri, maka
proses pembelajaran berjalan secara mesra dan bersifat dialog yang memberikan kejelasan,
kefahaman dan bersifat afektik. Ini tidak berlaku dalam kebanyakan proses pengajaran dan
pembelajaran dalam sistem pendidikan moden, kerana para guru hanya mengajar dan mengajar,
tetapi tidak menjiwai ilmu itu terlebih dahulu.
Para guru, yang sebahagian besar memilih kerjaya tersebut bukan kerana minat. Mereka memilih
kerjaya keguruan kerana tidak ada pilihan lain yang sesuai dengan bidang pengetahuan yang
dipelajari ketika di universiti. Kerjaya guru boleh memberikan jaminan keselamatan sekurang-
kurangnya hingga tahap umur persaraan mandatori, kerana seseorang guru tidak dinilai
sejauhmanakah penerokaan ilmu selanjutnya, meskipun ada sebahagian berusaha melanjutkan
pendidikan pasca siswazah. Ini belum memadai kerana ramai juga para guru tidak menjadikan alam
sebagai gedung ilmu dan pemerhatian sebagai sumber pengetahuan paling berharga.
Guru juga kurang berminat membaca buku-buku ilmiah di luar bidang pengajarannya, maka
beruntunglah guru-guru di Malaysia selagi anda tidak dikenakan tindakan disiplin, kedudukan anda
tetap selamat. Anda masih boleh menerima gaji yang lumayan walaupun anda kurang mengajar.
Anda tetap dibayar gaji, maka kerana itulah apabila berlaku beberapa program transformasi, ramai
guru yang menyuarakan kebimbangan dan mempersoalkan kedudukannya.
Ada guru marah-marah apabila PPPM diperkenalkan, mereka akan bekerja dengan kelajuan yang
lebih dan beban yang semakin sarat. Menerusi PPPM, sistem peperiksaan sudah berubah menjadi
Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), maka gurulah yang akan membuat penilaian secara
berhemah ke atas para pelajarnya, dan setiap perubahan psikomotor dan penguasaan murid perlu
direkodkan sebagai evidence. Di situlah bermula segala-galanya, kerana ramai guru dilanda sindrom
kasut baharu.
Dalam sindrom itu ramai guru mula ragu-ragu, apakah hasil pengajaran selama ini tidak dapat
menghasilkan kemenjadian murid? Ramai yang mengambil sikap lepas tangan, bagaimana
kemenjadian murid itu boleh ditingkatkan kerana murid sendiri tidak menunjukkan sikap ingin berubah
ataupun jadi lebih pandai.
Maknanya, selagi revolusi dalam diri guru tidak dimulakan, maka nasib PPPM akan mengalami kesan
yang serupa dengan program-program pendidikan yang gah ketika permulaannya. Ramai yang masih
ingat, ketika PPSMI diperkenalkan ramai guru yang terbabit merasakan skeptik kerana terpaksa
mengajar dalam bahasa Inggeris, sedangkan sejarah persekolahan yang dilaluinya adalah dalam
bahasa Melayu.
24

Bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan (PPSMI), kerajaan
memperuntukan ratusan juta ringgit bagi menyediakan buku teks, alat bantu mengajar (kemudahan
komputer, skrin dan projekter), latihan dan kursus berbahasa Inggeris, bahan-bahan interaktif, tetapi
akhirnya prestasi pelajar tidak juga meningkat.
Bahkan, bila dilaksanakan pembinaan pengkalan data penguasaan berbahasa Inggeris, ramai guru
yang gagal, maka semangat itu mula berubah, proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah bercampur-campur (bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia). Bukti kajian oleh KPM sendiri
sudah memadai bagi menggambarkan situasi tersebut.
Begitu juga dengan kegagalan berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar walaupun proses
pembelajarannya mengambil masa yang panjang. Sebelas tahun belajar bahasa Inggeris, akhirnya
murid tidak juga boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa tersebut, kerana ada guru bahasa
Inggeris, sama ada yang bukan opsyen ataupun opsyen tidak melepasi tahap kecemerlangan
berbahasa berdasarkan standard ujian yang digunakan.
Lebih menyedihkan peratusan pencapaian adalah begitu rendah dan ia memerlukan latihan semula
yang menyebabkan ratusan juta ringgit lagi perlu dibelanjakan. Apakah ini akan terus berlaku dalam
situasi selepas terbitnya laporan akhir PPPM nanti, atau di akhir tempoh 2025, masih ramai guru
bahasa Inggeris tidak lancar dan mampu berbahasa Inggeris dengan baik? Inilah yang menjadi
misterinya, kerana lorong yang disediakan semakin kerap perlu diturap dan bukannya dibina semula
dengan asas yang lebih kukuh.
Harapan rakyat Malaysia ialah proses pengambilan calon guru mestilah dilaksanakan secara terbuka
dengan memilih calon-calon yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan peringkat
universiti. Calon-calon itu perlulah dijadikan sebagai kadet untuk tempoh tertentu, apabila
penilaiannya sampai ke tahap membanggakan, maka mereka akan diserap masuk ke dalam kerjaya
perguruan.
Jangan jadikan bidang keguruan sebagai kerjaya tangkap muat bagi mengurangkan pengangguran
dan lambakan siswazah. Biarlah mereka berkelulusan dalam bidang pendidikan itu bersaing secara
sehat dalam pasaran terbuka, manakala seluruh IPG yang ada menjadi pusat latihan dalam
perkhidmatan.
Biarlah guru siswazah berada di sekolah rendah mahupun sebagai guru prasekolah. Mereka boleh
menjadi seorang guru yang baik kerana mereka meminati profesion tersebut, dan bukannya sebagai
pilihan terakhir. Setiap mereka yang mengajar perlu diberikan tahap ikhtisas oleh satu badan
profesional, seolah-olah sijil amalan keguruan. Sijil tersebut tentunya boleh ditarik balik sekiranya guru
melanggar etika dan tidak mampu menghasilkan kemenjadian murid.
Bahkan, apabila seorang guru berkata: tanggungjawab seorang guru ialah menjadikan anak muridnya
lebih pandai daripada guru sendiri. Kalau hanya guru lebih pandai akhirnya daripada anak murid, itu
adalah kegagalan. Itu bermakna guru tidak benar-benar memahami dan membudayakan amalan
pengajaran yang baik. Bolehkah kemenjadian murid, berdasarkan kecerdasan intelek, spiritual dan
25

emosi dibentuk menerusi sistem pendidikan yang sedang dirintis dalam PPPM ini berlaku? Kalau ada,
apa jaminannya?
Itu adalah falsafah dan harapan yang masih lagi kabur, kerana PPPM hanya menggariskan
pencapaian dan kemenjadian murid dari aspek kebolehpasaran, kerana selepas tahun 2020, Malaysia
diharapkan telah mencapai tahap negara berpendapatan tinggi. Kita hanya mengukur kemenjadian
murid berdasarkan kehendak pasaran, dan bukannya kehendak membentuk meeting of minds yang
dilingkari oleh kesedaran moral dan spiritual secara bersepadu, kerana sifat keinsanan merangkumi
kesemuanya.
Bahkan, konsep pendidikan yang dirintis oleh al-Ghazali turut dikembangkan oleh Ibnu Khaldun dan
kemudiannya Malek Bennabi. Sayangnya, dalam penerobosan psikologi pendidikan barat,kita
sebenarnya sudah lupa dengan kemurnian asas spiritual Islam yang telah melonjakkan kedudukannya
sebagai pusat ilmu dan tamadun yang amat besar pengaruhnya kepada seluruh masyarakat dunia,
termasuk barat sendiri. Sistem pendidikan barat hanya mampu melahirkan manusia yang
bertamadun, tetapi hilang ghairahnya (jiwa).
Pendidikan merupakan satu proses asimilasi (penghadaman) antara keyakinan dan nilai sehingga
mampu memberikan kaedah penyelesaian kepada setiap permasalahan kehidupan secara seimbang
dan bukannya menambahkan lagi berat bagasi sosial, seperti gejala sosial, bunuh diri dan perobohan
institusi keluarga, sosial dan sebagainya. Itulah yang diharapkan, kerana proses menjadikan
seseorang itu benar-benar menjadi tentunya bermula dari rebungnya. Tetapi, kenapa rebung pula
mahu dipatahkan sebelum diberikan peluang untuk membesar dan menjadi buluh?
Jawapannya, tentu boleh dicari di mana-mana. Tetapi, hingga kini masih belum ditemui dengan jelas
dalam laporan awal PPPM 2013-2025. Maka, laporan akhirnya nanti, mungkin ada harapan yang
jelas, kerana kita tidak mahu rasa berdosa yang teramat besar apabila rebung pada hari ini tidak
akan menjadi buluh dalam tempoh yang sepatutnya.
Muhamad Irfan Iskandar