Anda di halaman 1dari 13

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

1
UNIT 9

PERANCANGAN PROGRAM PEMBACAAN


HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini anda akan dapat :
1. Perancangan Program Pembacaan
2. Objektif Program bacaan intensif
3. Objektif program membaca yang fleksibel
4. Aspek penting dalam melaksanakan program
a) Menyediakan Sebab-sebab Membaca
b) Memperkenalkan Teks
c) Menggunakan Teks Secara Keseluruhan
d) Mencerakin Teks
e) Bagaimana Mencerakin Teks
f) Mengenal Pasti Isi Pembelajaran
g) Membuat dan mengemukakan Soalan-soalan Penanda
h) Membuat Soalan Penanda
i) Mengajarkan gaya bahasa baru


PENGENALAN

Pemilihan teks di sekolah kadang-kala ditentukan oleh guru sendiri atau ahli jawatan
kuasa tertentu. Menurut Leonard H. Clark (1981:237), terdapat banyak cara
penentuan sesuatu teks. Antaranya ialah bahan yang dipilih itu hendaklah
mengandungi data yang betul dan terkini, ditulis oleh pakar dalam bidangnya, gaya
penulisan yang baik dan jelas, tidak ada bias, mempunyai ilustrasi yang menarik,
mengandungi bentuk grafik untuk memudahkan bacaan dan huruf-huruf yang
mudah dibaca.


ISI KANDUNGAN

Perancangan Program Pembacaan

Perancangan yang teliti tentang pemilihan teks bermula dengan kumpulan sasaran
dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar (Ausubel 1968 dan Stewart 1988).
Semasa bahan teks diedarkan, guru mesti mengetahui kemahiran, pengetahuan
dan perbendaharaan kata pelajar.

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

2
Teks itu mestilah berguna, penting dan menarik perhatian pelajar agar dapat
diingati (Fleming dan Levic, 1978). Pelajar juga akan berminat terhadap
pembelajaran jika mereka dapat mengaplikasikan maklumat baru dan boleh
menyumbang perkembangan ke arah individu.

Objektif pengajaran bacaan di peringkat sekolah menengah adalah bertujuan
untuk membolehkan pelajar membaca. pelbagai bahan dengan cekap dan kritis
serta dapat membuat tafsiran, penilaian dan rumusan yang wajar. Di samping itu,
pelajar dapat memahami dan menghayati pelbagai bahan sastera secara ilmiah.

Boydell (1974) telah mencadangkan beberapa cara penggunaan teks dalam
aktiviti bacaan iaitu dimulakan dengan memberi arahan secara langsung berkaitan
dengan teks yang diberi, membaca teks dan memperbaiki kesilapan yang dilakukan
pelajar, menerangkan kandungan teks, menyelia bacaan, mendengar bacaan,
membincangkan makna, mengemukakan idea dan memberi komen bacaan pelajar.

Merancang satu pelajaran bermula dengan teks yang telah dipilih. Guru haras dapat
menentukan yang dia telah mempunyai sebuah teks yang memenuhi kriteria yang
telah ditetapkan, terutama sekali tentang kebolehbacaannya. Sekiranya teks
bacaan itu terlalu sukar berbanding dengan tahap keupayaan pelajar, guru mungkin
akan terpaksa menggunakan kaedah yang telah diterangkan sebelum ini.

Setelah memilih sebuah teks yang sesuai, guru perlu membuat penelitian
untuk mengenal pasti potensi buku itu boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Tindakan ini penting kerana tiada sebuah buku pun boleh
dianggap sebagai cukup lengkap dan sempurna walaupun dalamnya telah
disediakan soalan-soalan untuk menguji pemahaman. Oleh itu, guru perlu memilih
teks berdasarkan aspek-aspek yang paling berguna untuk pelajar dan seterusnya
membuat soalan-soalan tambahan atau. tugasan lain sebagai kerja latihan
mengikut tahap keupayaan pelajar.

Dalam pengajaran membaca, guru mungkin akan menggunakan beberapa
atau semua kemahiran yang berikut:

a) Memandang sepintas lalu (scanning), membaca sekali imbas (skimming) dan
latihan membaca cepat.

b) Mentafsir teks dengan cara:

i) Menggunakan maklumat bukan teks.
ii) Menggunakan kemahiran mentelaah kata.
iii) Menggunakan kemahiran mentelaah teks dengan menggunakan
pelbagai jenis soalan atau tugasan lain.

c) Menghasilkan sesuatu aktiviti penutup yang berdasarkan teks secara
keseluruhan.
KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

3

Perkara paling penting dalam pengajaran berdasarkan teks sastera, adalah
membuat interpretasi. Guru inginkan pelajar yang dapat memberi tindak balas
terhadap teks selaras dengan kehendak penulis. Cara begini melibatkan keupayaan
membuat interpretasi dengan betul dan tepat. Selain itu, guru perlu memberi latihan
menggunakan pendekatan secara fleksibel seperti melangkaui bahagian yang sukar
apabila difikirkan bahagian itu tidak perlu atau tidak bermakna kepada pelajar.
Terlebih dahulu guru perlu membuat pertimbangan tentang hubungan yang terdapat
antara memahami bahagian-bahagian teks dengan memahami teks secara
keseluruhan.


Objekitif Program Bacaan Intensif

Terdapat beberapa objektif dalam bacaan intensif yang boleh membantu guru
menjalankan program bacaan intensif dengan berkesan di dalam bilik dadah.
Antaranya adalah seperti yang berikut:

a) Dapat menggunakan teknik skimming apabila diperlukan untuk memastikan
pelajar membaca perkara yang berkaitan di samping membantu pemahaman
yang seterusnya.

b) Dapat menggunakan pengetahuan bukan teks seperti carta, gambar rajah,
Jadual dan graf untuk menambah bahan teks yang dibaca dan juga,
meningkatkan kefahaman.

c) Boleh membaca dengan cara yang berbeza mengikut tujuan dan jenis teks
yang dibaca.

d) Tidak perlu bimbang, jika pelajar tidak faham maksud setiap perkataan yang
dibaca apabila melengkapkan teks pemahaman dengan perkataan yang
penting.

e) Dapat mengenal pasti. bahawa penulis yang baik memilih perkataan dengan
teliti dan mempunyai alasan tertentu atau maksud yang berbeza jika dia
memilih perkataan A, dan bukan perkataan B. Pelajar yang cekap akan dapat
menerangkan sebab-sebab perbezaan tersebut.

f) Menggunakan sistem rujukan dan penanda wacana untuk membantu pelajar
menerangkan maksud petikan yang susah.

g) Sentiasa berwaspada terhadap ayat-ayat yang sama maksudnya tetapi
mempunyai nilai budaya yang berbeza mengikut konteks. Pelajar perlu diberi
penjelasan tentang nilai tersebut.

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

4
h) Berupaya menggunakan bahasa yang retorik dalam teks untuk membantu
pelajar mentafsir mesej yang kompleks.
i) Berhati-hati dengan gaya penulisan kerana seseorang penulis tidak
melahirkan segala apa yang dimaksudkan di dalam teks. Oleh itu, pelajar
diajarkan cara membuat kesimpulan atau rumusan yang diperlukan.

j) Berhati-hati dengan jangkaan pembaca yang dapat mempengaruhi
interpretasinya. Guru perlu mengenal-pasti keadaan tersebut apabila
kesimpulan penulis berbeza daripada apa yang dibuat oleh pelajar.

k) Guru perlu memberi perhatian apabila terdapat pelajar yang tidak memahami
teks. Ia harus berupaya mengesan punca ketidakfahaman itu serta berusaha
mengatasinya.

l) Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap teks yang telah dipilih melalui
kaedah penyampaian yang sesuai. Objektif-objektif tersebut bukanlah satu
perkara yang rigid yang mesti guru ikuti sepenuhnya. Ia mengingatkan guru
tentang banyak perkara, yang berbeza yang kita hendak capai dalam.
program bacaan kita.


Program Bacaan Yang Fleksibel

Perkara yang perlu ditekankan ialah pengajaran membaca sebenarnya tidak
mempunyai satu-satu pola yang tertentu. Ini kerana setiap teks memerlukan cara
pengendalian yang berbeza-beza, iaitu tidak menggunakan rangka kerja atau
prosedur penggunaan yang sama. Tambahan pula, tidak semua pengajaran
melibatkan hanya satu teks sahaja.

Seandainya guru berminat mengajarkan kemahiran tertentu umpamanya,
kemahiran meramal, guru mungkin perlu menggubah yang menggunakan format
yang khusus atau penggunaan berbagai-bagai teks. Namun demikian, kesemua.
teks yang digunakan tidak perlu dipelajari secara terperinci. Beberapa kemahiran
mungkin dapat dilatih melalui pembelajaran tentang ayat, dan yang lainnya merujuk
buku atau teks itu secara keseluruhan.

Oleh itu, keperluan utama dalam program pembacaan perlu fleksibel untuk
membolehkan pelajar memberi tindak balas yang pelbagai atau di luar jangkaan.
Pelajar diberi tunjuk ajar untuk terus maju secara progresif dalam bidang-bidang
yang menimbulkan kesukaran kepadanya, di samping menggalakkan penggunaan
pelbagai jenis teks dan kemahiran.

Terdapat beberapa kemahiran membaca yang dikenal pasti dapat diajarkan
kepada para pelajar melalui latihan khusus, untuk tujuan tersebut. Oleh itu apabila
guru membaca sesuatu teks tertentu, guru perlu prihatin terhadap penggunaan
kemahiran yang spesifik, serta menggunakannya bersama-sama dengan kemahiran
KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

5
yang lain secara bergabung jalin. la dapat membantu guru, mengendalikan bahan
bacaan tersebut dengan lebih berkesan dalam bilik dadah.
Dalam program bacaan yang fleksibel, guru perlu meluangkan lebih masa
untuk kemahiran yang hendak dikuasai serta memilih teks yang menekankan
penggunaan. Kesemua kemahiran kursus. Guru juga mungkin akan semakin kerap,
dibebani dengan tugas yang mencabar apabila menggunakan teks yang
menghendaki pelajar melatih koordinasi kemahiran.

Kesimpulannya, guru sendiri perlu mendalami kemahiran-kemahiran spesifik
dalam. pembacaan. Guru perlu meneliti kebaikan dan kelemahan pengajaran yang
berasaskan teks. Pada masa yang sama guru perlu diingatkan bahawa pengajaran
bacaan tidak terhad pada satu-satu teks sahaja, tetapi juga bahan-bahan lain yang
boleh dieksploitasi untuk pengajaran dan pembelajaran.


Aspek Penting Melaksanakan Program

Aspek-aspek penting yang terlibat dalam melaksanakan program pembacaan boleh
dirujuk seperti yang berimut:


a) Menyediakan Sebab-sebab Membaca

Apabila guru bercadang, untuk menggunakan sesuatu teks di dalam bilik darjah,
guru akan menghadapi satu masalah utama dari segi pengajaran berdasarkan teks.
Apa yang istimewa dengan teks itu sehingga menyebabkan seseorang ingin
membacanya? Sekiranya guru dapat memilih teks yang dapat memenuhi keperluan
dan keinginan pelajar, itu dikira amat menguntungkan. Malangnya kebanyakan guru
mengajar pelajar yang tidak mempunyai sebarang keperluan yang khusus, kecuali
untuk lulus dalam peperiksaan dan kebanyakan guru pula tidak dapat memilih
bahan yang sesuai untuk digunakan. Ini kerana mereka terpaksa menggunakan
buku teks yang telah diperuntukkan.

Kita memerlukan suatu rangka tujuan membaca supaya kita boleh
menentukan dengan terperinci kefahaman yang kita perlu capai. Oleh itu, adalah
amat baik jika pelajar diberi suatu tujuan bayangan untuk membaca. Hal ini
membolehkan mereka mengenal pasti apa yang dapat mereka lakukan dalam
membaca pantas, dan apa yang perlu mereka lihat secara mendalam berdasarkan
kepentingan membaca itu.

Sebenarnya, terdapat banyak tujuan yang memerlukan pemahaman yang
teliti terhadap teks (contoh: memahami dokumen perundangan). Teks seperti ini
tidak memerlukan pemerhatian dan pemahaman kesemua faktanya, tetapi latihan
kemahiran untuk teks-teks seperti ini juga perlu dilakukan. Hal ini tidak bermaksud
bahawa guru perlu mengabaikan matlamat untuk mencapai interaksi yang sempurna
dan tepat. Cuma kita perlu ingat bahawa terdapat juga cara-cara lain membaca
KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

6
yang efektif berdasarkan situasi, teks dan tujuan membaca yang lain. Kemahiran ini
memerlukan latihan, dan pelajar harus diberi bimbingan secara kerap dalam proses
membaca.

Salah satu cara yang boleh membantu pemahaman pelajar adalah dengan
membayangkan satu tujuan yang konkrit. Guru mungkin tidak akan menggunakan
cara ini pada setiap teks, dan bukan semua teks boleh atau sesuai dengan cara ini.
Tetapi jika teks itu sesuai dengan cara ini, biarkan pelajar menumpukan
pembacaannya pada suatu tujuan yang spesifik dan mengabaikan bahagian lain
teks tersebut. Guru boleh melengkapkan aktiviti ini dengan kerja yang lebih
terperinci dan guru akan dapati bahawa sekiranya pelajar membaca sesuatu teks
yang sama dengan tujuan yang berlainan, ia akan merangsang minat pelajar serta
memperbaiki fleksibiliti pendekatan membaca mereka.


b) Memperkenalkan Teks

Kebanyakan guru berpendapat bahawa mereka perlu memperkenalkan setiap teks
sebelum pelajar mula menerokainya. Sebenarnya, ia tidak perlu dilakukan setiap kali
apabila teks baru digunakan. Tetapi sekiranya pengenalan diberikan kepada pelajar,
ia dapat membantu mereka. Walau bagaimanapun, pengenalan yang salah atau
tidak sesuai dengan teks akan menyebabkan kesan yang lebih buruk daripada tiada
pengenalan langsung. Antara bentuk-bentuk pengenalan yang salah yang biasa
dilakukan ialah:

a. Pengenalan terlalu panjang.
b. Pengenalan mendedahkan terlalu banyak isi teks.
c. Pengenalan tidak relevan dengan teks. Hal ini boleh mengelirukan pelajar
kerana ia akan merangsang ramalan yang salah.
d. Pengenalan merupakan satu monolog oleh guru yang biasanya tidak
melibatkan pelajar.

Sebelum guru memperkenalkan teks, guru perlu bertanya kepada diri sendiri
mengapa dia ingin memperkenalkan teks itu. Memberi biografi penulis jarang
berguna kepada pelajar melainkan jika ia ada kaitan secara langsung dengan isi
kandungan teks tersebut. Maklumat latar belakang yang meluas juga tidak begitu
penting. Guru mungkin tidak memerlukan pengetahuan yang banyak tentang negeri
Sabah untuk memahami teks yang berkaitan dengan pendakian Gunung Kinabalu.
Matlamat pengenalan adalah untuk merangsang murid, menarik minat mereka serta
untuk membimbing mereka ke arah yang betul.

Pengenalan yang panjang mengambil masa yang lama. la pasti akan
mendedahkan terlalu banyak isi teks atau isi pengenalan yang tidak relevan pada
teks sebenar. Lihat dahulu soalan-soalan yang akan disoal atau tugasan-tugasan
lain yang akan diberi kepada pelajar. Bolehkah pelajar melaksanakannya dengan
hanya berdasarkan pengenalan daripada guru? Jika ya, tukarkan pengenalan guru.
KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

7
Pengenalan tidak perlu mengandungi sebarang maklumat yang pelajar boleh dapati
daripada teks sama ada secara terus atau deduksi. Jika ada, ini bermakna guru
telah melakukan kerja untuk pelajar.

Walau bagaimanapun, ada teks yang susah untuk difahamkan jika guru tidak
memberitahu latar belakangnya dan kemungkinan untuk mencapai kesimpulan
melalui maklumat yang terkandung di dalamnya adalah rendah. Dalam situasi
seperti ini, guru wajar memastikan pelajar seharusnya mempunyai fakta-fakta yang
perlu dan berkaitan sahaja.

Sebelum itu, guru harus menguji pelajar untuk memastikan sama ada mereka
boleh menyumbang atau tidak fakta-fakta tersebut. Biasanya, ada pelajar yang
boleh menyumbangkan fakta-fakta yang dikehendaki sekiranya guru menggunakan
teknik penyoalan yang betul dan sesuai. Pengenalan yang baik ialah pengenalan
yang isinya banyak disumbangkan oleh pelajar sendiri. Guru hanya merangsang
pelajar untuk menyumbangkan maklumat itu. Satu monolog daripada guru tidak
akan melahirkan rasa ingin tahu pelajar sebagal satu keputusan yang melibatkan
semua pelajar. Ada guru yang dengan jayanya telah menggunakan perdebatan dan
main peranan sebagai satu cara untuk memudahkan pelajar memahami teks.

Pada kebiasaannya, memang mudah untuk menerapkan soalan-soalan
penanda (sign post questions) dalam bahagian pengenalan. Soalan itu juga
berfaedah untuk mengendalikan pengajaran bahasa baru yang berkaitan dengan
teks, yang selalunya dapat dikenali secara semula jadi. Di samping itu guru
hendaklah cuba untuk menimbulkan minat pelajar terhadap teks dengan cara
menunjukkan pelajar bahawa, la berkaitan dengan teks. Contoh, menanyakan
soalan-soalan seperti " Pernahkah anda?" atau "Apa akan anda lakukan sekiranya
... ?" atau "Apa, pendapat anda tentang ....?


c) Menggunakan Teks Secara Keseluruhan

Untuk kaedah pengajaran tertentu, teks tidak boleh dicerakin. Guru mungkin ingin.
membuat skimming dan scanning yang berkaitan dengan teks secara menyeluruh.
Cara ini wajar dilaksanakan pada awal pengajaran sebelum mencerakin teks. Selain
itu, pengajaran yang memerlukan pemahaman keseluruhan teks (contoh, belajar
perkembangan plot atau perdebatan, analisis perkaitan antara perenggan) adalah
cara terbaik setelah semua bahagian telah dipelajari.

Dua perkara perlu diberi perhatian. Pertama, pelajar tidak semestinya
mempelajari setiap bahagian secara terperinci. Tetapi sekiranya guru ingin
pelajarnya membaca dengan pantas serta untuk mendapat isi-isi penting, ia lebih
mudah dan berkesan jika pelajar belajar bahagian-bahagian yang pendek terlebih
dahulu.

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

8
Kedua jika guru ingin pelajarnya memberi tindak balas pada keseluruhan
teks, pelajar mesti memahami teks secara menyeluruh. la merupakan satu
kemestian pada peringkat awal. Masa perlu diperuntukkan untuk pelajar
memahami keseluruhan teks, sungguhpun ada bahagian yang kurang penekanan
daripada yang lain, guru boleh mendahulukan bahagian-bahagian yang penting
daripada yang lain. Kalau tidak guru akan merasa bersalah kerana terlalu
menumpukan perhatian pada bahagian yang pelajar tidak perlu mempelajarinya.


d) Mencerakin Teks

Teks yang panjang, sungguhpun tidak sukar, mungkin menakutkan pelajar terutama
bagi pelajar yang lemah dalam kemahiran membaca. Apabila guru menyuruh pelajar
membaca tanpa bersuara, pelajar yang lemah akan merasa kurang berkebolehan
berbanding dengan pelajar bijak yang akan habis membaca lebih awal dari masa
yang ditentukan. Ini akan menimbulkan masalah tatatertib kerana ia memberi
peluang kepada pelajar bijak mengganggu ketenteraman situasi membaca.

Tidak boleh dinafikan bahawa ada pelajar yang berkebolehan lebih cepat
dalam membaca berbanding dengan pelajar lain. Pengurangan kesan perbezaan ini
boleh dilakukan dengan cara mencerakin teks kepada bahagian-bahagian yang
lebih pendek. Dengan cara ini, pelajar bijak hanya menunggu sekejap bagi setiap
bahagian berbanding masa yang lebih sekiranya pelajar lemah perlu menghabiskan
seluruh teks.

Membahagikan teks kepada bahagian-bahagian yang pendek ada
kebaikannya selain memperbaiki disiplin membaca di kalangan pelajar. Belajar
secara menyeluruh dan teratur bagi bahagian-bahagian yang pendek lebih mudah
daripada keseluruhan teks yang panjang. Hal ini menggalakkan pelajar lebih cepat
mencari perkataan atau ayat untuk diulas, membolehkan bahasa baru diajar sedikit
demi sedikit atau bahagian demi bahagian untuk pemahaman.

Satu kebaikan kaedah ini ialah ia mudah untuk mengekalkan minat pelajar
kerana hanya perlu membaca bahagian yang pendek. Guru boleh mengajar satu
bahagian secara terperinci, kemudian beralih ke bahagian lain. Sekiranya guru
menyuruh pelajar membaca kuat (sungguhpun cara ini tidak digalakkan), ia tidak
perlu mengambil masa yang terlalu lama yang akan menjadikan pelajar bosan
mendengar bacaan pelajar lain.

Selain itu, guru boleh mempelbagaikan cara mengajar dengan teknik
membaca tanpa bersuara sebagai cara utama bagi sesetengah bahagian, melatih
pelajar melakukan skimming dan scanning bagi bahagian yang lain, guru membaca
bahagian-bahagian yang sukar, dan lain-lain cara.

Membaca teks berdasarkan bahagian-bahagian yang dicerakin boleh
membantu pelajar mencapai pembelajaran yang lebih efektif. Guru boleh
KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

9
menentukan pemahaman menyeluruh supaya apabila bahagian pertama sudah
difahami, la dapat menolong pelajar mengenal pasti kefahaman dalam bahagian
kedua, dan seterusnya. Dengan cara ini, interpretasi menjadi lebih mudah untuk
memahami bahagian awal. Guru juga boleh melatih kemahiran penting dengan
menyoal pelajar tentang penulis dan menyuruh mereka mengagak serta meneka
apa yang akan ditulis oleh penulis dalam bahagian-bahagian yang seterusnya.


e) Bagaimana Mencerakin Teks

Sekiranya teks telah dibahagikan kepada perenggan-perenggan yang sesuai
panjangnya, guru perlu menentukan pada bahagian mana hendak memisahkan teks
tersebut. Hal ini jarang menimbulkan kesukaran. Sekiranya guru tidak boleh
menentukan pembahagian di antara bahagian-bahagian teks secara tepat,
cerakinlah secara rambang kerana mana-mana pembahagian adalah lebih baik
daripada tiada, terutama pada teks pertama yang digunakan. Guru boleh
menggabungkan beberapa bahagian untuk pengajaran kemudian hari sekiranya
terpaksa memisahkan bahagian yang seelok-eloknya dibaca secara menyeluruh.


f) Mengenal Pasti Isi Pembelajaran

Setelah menentukan pencerakinan teks, guru perlu menentukan tiga aspek yang
berikut:

a) Apakah yang penting pada bahagian teks itu?

Jawapan terhadap soalan ini tertakluk pada pandangan guru secara menyeluruh
tentang teks tersebut. Bagaimana bahagian itu, membantu pemahaman terhadap
keseluruhan teks? Apakah yang perlu ditekankan? Apakah yang boleh ditinggalkan?

b) Apakah masalah yang akan dihadapi oleh pelajar dalam memahami bahagian
itu? Bagaimana bahagian-bahagian itu dapat membantu pemahaman secara
menyeluruh? la menyebabkan guru perlu. mengagak rintangan atau masalah yang
akan dihadapi dan menilai kepentingannya. Sekiranya guru beranggapan rintangan
itu akan mengganggu interpretasi yang secukupnya, cuba ingatkan pelajar supaya
membaca dengan lebih berhati-hati.

c) Bagaimana guru akan menolong pelajar menghadapi masalah masalah yang
dijangka serta rintangan lain yang timbul? Ia memerlukan guru menyelidiki terlebih
dahulu isi kandungan teks secara menyeluruh dan terperinci.





KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

10
g) Membuat dan mengemukakan Soalan-soalan Penanda

Sign post terletak di persimpangan jalan untuk menunjukkan pelancong jalan yang
hendak diambil. Fungsinya adalah untuk menunjuk arah jalan yang betul agar
perjalanan lebih cepat dan menjimatkan masa serta mengelakkan daripada tersesat.
Soalan penanda atau sign post question (SPQ) juga mempunyai fungsi yang sama
seperti itu. Fungsinya bukan untuk menguji tetapi untuk memberi panduan kepada,
pelajar apabila membaca, memfokuskan perhatian pada. perkara penting dalam
teks, dan mengelakkan mereka daripada tercicir.

Soalan jenis ini adalah sesuai apabila membaca teks berunsurkan bacaan
tanpa suara. Pelajar wajar diberi soalan atau latihan terlebih dahulu sebelum
mereka mula membaca. Ini memberi pelajar sebab untuk membaca. Oleh itu,
pelajar membaca dengan tujuan mencari jawapan atau untuk menyelesaikan latihan
yang diberi. Satu masalah yang akan timbul ialah pelajar hanya akan mencari
jawapan pada soalan penanda dan tidak akan membaca seluruh teks. Untuk
mengelakkan perkara ini berlaku guru perlu:

a) Menentukan bahawa pelajar tahu guru akan menanyakan soalan selepas
mereka habis membaca. Kerja harus diikuti selepas bacaan.

b) Menentukan soalan penanda tidak boleh dijawab sehingga semua bahagian
telah dibaca.

c) Membuat soalan penanda yang tidak memerlukan maklumat tentang sesuatu
perkara sahaja tetapi merangkumi pelbagai aspek yang boleh dieksploitasi
daripada teks.


h) Membuat Soalan Penanda

Menulis soalan penanda yang baik memerlukan kemahiran yang didapati melalui
latihan dan kritikan daripada rakan sekerja. Guru boleh memulakannya dengan
mengkritik soalan penanda orang lain.

Soalan penanda yang baik adalah berkaitan dengan setiap bahan yang
telah dicerakin atau bahagian-bahagian secara menyeluruh. Ini bertujuan supaya
soalan tidak boleh dijawab sehingga seluruh bahagian yang dicerakin telah dibaca
dan difahami. Guru perlu mengingati fungsi soalan penanda bukan untuk ujian tetapi
untuk membantu pembaca atau pelajar memahami teks dengan cara:

a) Memberi perhatian pada perkara yang mungkin tertinggal yang menjadi
punca salah konsep.

b) Fokus pada perkara atau isi yang penting. Menggunakan soalan penanda
secara berkesan.
KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

11
Sebelum membaca tanpa bersuara, tulis di papan tulis atau kertas lut sinar
soalan-soalan penanda. Kemudian suruh pelajar membaca teks tanpa bersuara dan
cari jawapan. Selepas habis membaca, tentukan pelajar dapat melakukan soalan
penanda dengan sempurna. Sekiranya banyak pelajar yang tidak dapat
melakukannya, beralih pada soalan yang lain dan kembali semula pada soalan yang
tidak dapat dijawab apabila teks telah difahami secara menyeluruh. Dengan itu
pelajar akan mendapat jawapan yang lebih memuaskan. Elakkan memberi jawapan
kepada pelajar sebelum mereka sendiri mencubanya.


i) Mengajarkan gaya bahasa baru

Hal ini merupakan satu isu kontroversi. Ramai guru suka mengajar semua
perkataan dan struktur ayat yang baru dalam teks sebelum memulakan kemahiran
bacaan. Ini tidak bermakna bahasa baru tidak seharusnya diajarkan. Lazimnya kelas
bacaan membosankan terutama apabila guru menggunakan teks yang terlalu
banyak mengandungi gaya bahasa baru. Namun demikian, pengajaran boleh
menjadi lebih efektif sekiranya bahagian ini diajar semasa proses membaca
berlangsung.

Sukar untuk membuat peraturan yang tegas dalam aspek-aspek yang
berkaitan dengan tatabahasa. Namun demikian, terdapat struktur ayat yang tidak
perlu penjelasan sekiranya ia diambil dalam konteks. Guru tidak perlu mengajarkan
gaya bahasa baru secara aktif sekiranya ia di luar skop objektif pengajaran.
Sekiranya sesuatu itu dapat difahami tanpa pengajaran yang khusus, ia
memudahkan pelajar untuk memahami teks dengan lebih mudah.

Antara kandungan gaya bahasa baru ialah senarai perkataan (vocabulary).
Guru mungkin terfikir untuk mengajar beberapa perkataan penting sebelum pelajar
mula membaca. Tetapi perlu diingatkan bahawa ada beberapa perkataan yang tidak
penting dan tidak perlu ditonjolkan, manakala ada perkataan yang boleh digunakan
untuk melatih kemahiran meneka maksud daripada konteks. Sekiranya jumlah
perkataan penting adalah terlalu banyak, ini merupakan tanda bahawa teks yang
dipilih itu terlalu susah.

Guru mungkin menghadapi konflik antara belajar membaca dengan belajar
bahasa. Cara penyampaian guru akan menentukan sebahagian daripada jenis teks
yang guru gunakan. Sekiranya ia adalah untuk mengetengahkan bahasa baru, guru
tidak boleh mengabaikannya. Namun begitu, pelajar harus diajar membaca dan
memahami. Guru boleh menggunakan teks tambahan jika perlu tetapi gunakan
bahasa pengajaran teks yang akan digunakan oleh pelajar untuk membuat latihan
membaca.

Dengan ini pelajar dapat berlatih mentafsir bahan bacaan. Cara begini tidak
melibatkan pengajaran bahasa. baru terlebih dahulu. Pengajaran bahasa. secara
mudah bertujuan menolong pelajar menggunakan bahasa, menurut konteks sebagai
KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

12
panduan untuk meneka bahasa. baru, dan sebagai latihan item baru selepas
membaca dan bukannya sebelum membaca.

Ada masalah yang boleh diselesaikan dengan cara mempelajari teks dalam.
bahagian-bahagian pendek seperti cadangan awal di atas. Bahasa baru yang
terdapat dalam satu bahagian lebih mudah diatasi berbanding bahasa baru daripada
teks yang menyeluruh. Oleh itu, persediaan yang membosankan boleh dicerakinkan
menjadi bahagian-bahagian pendek yang boleh diterima dengan mudah oleh
pelajar.

Kesimpulannya, apabila guru memperkenalkan teks, guru boleh
memperkenalkan item bahasa yang penting dalam konteks yang bermakna. Cara
begini adalah lebih efektif daripada memperkenalkan item secara terasing.


RUMUSAN

Bab akhir ini membincangkan perancangan program bacaan yang meliputi program
bacaan intensif dan fleksibel. Di samping itu, objektif dan aspek penting terhadap
program bacaan tersebut turut telah dibincangkan di dalam bab ini.


RUJUKAN

Abd. Ghafar Md. Din (1993).Meningkatkan Keberkesanan Dalam Penulisan
Pembacaan, dan Pemahaman. Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Brown, A.L. (1980). Metacognitive Development and Reading dalam Theoritical
Issues In Reading Comprehension Perspectives From Cognitive Psychology
Linguistics, Artifical, Intelligence And Education. Spiro R.J (ed.) Hillsdale. Lawrence
Erlbaum Associates.

Dale D. Johnson dan P. David Pearson (1978). Teaching Reading and Reading
Vocabulary. New York. Holt, Rinehart dan Winston.

Dorothy Grant Henning (1993).Reading With Meaning. New Jersey. Prentice Hall.

Dorothy Rubin (1993).A Practical Approach to Teaching Reading. Boston. Allyn and
Bacon.

Frank B. May (1990). Reading as Communication. Ohio. Merrill Publication
Company.

Frank Smith (1971). Understanding Reading. New York. Holt, Rinehart dan Winston.

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

13
H. Alan Robinson (1978). Teaching Reading And Study Strategies. The Content
Area. Boston. Allyn and Bacon.

Irwin L. Joffe. (1980). Opportunity For Skinful Reading. Sixty Edition. California.
Wadsworth Publishing Company.

Kathleen T. McWhorter (1984). Academic Reading. Harper Collins College
Publishers. New York.

Marohaini Yusof (1989). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala
Lumpur. Karya Bistari.

McNeil, J.D. (1992). Reading Comprehension. New Directions For Classroom
Practice. New York. Harper Collins Publishers.

Safiah Osman (1990). Peningkatan Kemahiran Membaca dalam Safiah Karim (ed.)
Membaca : Satu Pengenalan. Kuala Lumpur. Berita Publishing Sdn. Bhd.

Sharon J. Crawley & Lee H. Mountain (1988). Strategies For Guiding Content
Reading. Boston. Allyn & Bacon, Inc.

Anda mungkin juga menyukai