Anda di halaman 1dari 24

KEMAHIRAN

KOMUNIKASI GURU
KEMAHIRAN KOMUNIKASI
LISAN DAN
BUKAN LISAN
LARAS BAHASA
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
KOMUNIKASI = sangat penting dalam pengurusan bilik
darjah
Dijelmakan bertutur,penggunaan bahasa badan,
penulisan, menggunakan alat-alat tertentu - komputer,
telefon dsb.
Penting ke arah pembentukan budaya penyayang
Murid mudah menerima motivasi secara berhemah
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Komunikasi Lisan dan Bukan Lisan
Guru seharusnya mampu mengembangkan kemahiran
komunikasi
Memberi ruang utk murid memberi pandangan
Pengaliran maklumat yang lebih berkesan
Dapatkan maklum balas yang benar.
Menghasilkan kreativiti dalam p&p
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Guru harus elak masalah yang boleh menjejaskan
keberkesanan komunikasi seperti kekeliruan, salahtafsir,
bahasa yang kasar, suara yang tidak jelas, bahasa
badan yang tidak sesuai, memberi tekanan emosi murid,
komunikasi tertutup, tidak memberi perhatian dan
tumpuan tentang p&p.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Guru hebat = suara jelas, gaya pengajaran menarik,
fleksibiliti tidak membosankan, inovasi, kreatif,
pendekatan yang sentiasa digunakan untuk membaiki
kelemahan murid, penglibatan murid dalam aktiviti kelas
dan pengurusan masa yang berkesan.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Komunikasi harus merangsang minat, memenuhi
keperluan diri murid, sosial dan psikologi, memberi
dorongan dan sokongan, mengembangkan potensi,
kebolehan, minat, bakat dan keyakinan diri murid.
Kepakaran guru diukur dari aspek inisiatif, dedikasi,
perancangan, kerjasama, kepimpinan, kepakaran,
integriti yang tekal dalam organisasi yang dapat
mewujudkan keharmonian dan menunjukkan kesetiaan
dan sokongan dlm menjayakan wawasan.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Wagner (1994) mendefinisikan interaksi sebagai tindak
balas peristiwa yang memerlukan sekurang-kurangnya
dua objek dan dua aksi.
Interaksi berlaku apabila objek dan peristiwa saling
mempengaruhi satu sama lain.
Tindak balas ini akan menyebabkan proses komunikasi
lisan berlaku.
Oleh itu hubungan guru dan muridnya mula wujud.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Model Komunikasi Kemanusiaan

Komunikasi merupakan
Cara yang berkesan
Untuk individu
Menyesuaikan diri
Menekankan
interaksi
antara manusia/
individu
Mementingkan ciri manusia
yang mana tarikan antara
dua orang individu/lebih
ditekankan daripada sikap
Terhadap sesuatu
Perkara/objek
Model Simetri
Newcomb
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

X




A B

A= Individu
B= Individu
X= Maklumat
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Melalui model ini jelas bahawa komunikasi
berkesan oleh guru memerlukan penglibatan
atau interaksi berbentuk dua hala.
Melalui komunikasi dua hala pastinya objektif
pembelajaran akan lebih mudah tercapai.

Kajian Flanders: wujud hubungan sehala antara
guru-murid melalui komunikasi lisan.
Cth bersyarah, memberi penerangan, arahan
dan mengkritik.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh




Wilbur Schramm (1954) merumuskan komunikasi dalam pendidikan seperti
berikut:
B
U
K
A
N

L
I
S
A
N

Semasa
menyoal
Semasa
Memberi
penerangan
L
I
S
A
N

senyuman
renungan
anggukan
Memek muka
Genggaman tangan
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Kesenyapan juga merupakan sebahagian komunikasi
tetapi dalam bentuk bukan lisan.
Komunikasi lisan (KL) cara mudah dapat maklumat dan
penerimaan mesej dari penutur
KL perlukan teknik yang efektif.
KL bergantung kepada kelajuan bercakap seseorang
guru.
Melalui KL , guru dan murid memahami dan dapat
merasai perasaan pengalaman rakan yang bertutur
sekalipun berbeza dari segi budaya dan latar belakang.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Model Wilbur Schramm (1954)

Sumber
(rangsangan)
Enkod
(mentafsir sumber)
Destinasi
(orang menerima mesej)
Dekod
(mesej ditafsir)
Isyarat
(mesej)
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
KL juga boleh disertai dengan komunikasi bukan lisan
(KBL).
Cth: renungan mata, pergerakan tangan, ukiran senyum
di bibir, ekspresi muka, perubahan air muka, pergerakan
kecil tubuh badan akan memberikan makna yang lebih
jelas terhadap mesej yang disampaikan dalam
komunikasi lisan.
Melalui KL dan KBL kita dapat mengenali ragam dan
emosi manusia.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
KBL lebih kepada penglibatan gerak badan dan
penumpuan penutur kepada pendengarnya.
Dalam kelas guru boleh mengawal kelas tanpa lisan
dengan menggunakan eye contact shj.
Lihat dan tumpu kepada murid berkenaan.
Tubuh badan kena menghadap murid.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Semasa berkomunikasi, elakkan sebarang gangguan-
supaya mesej disampai dengan jelas dan tepat.
Gangguan 2 jenis;
i. Gangguan luaran- datangnya dari suasana
persekitaran yang terlalu bising, penggunaan laras
bahasa yang sukar difahami dan suasana bilik darjah itu
sendiri.
ii. Gangguan dalaman- unsur bias dalam persepsi,
pengalaman lalu dan perbezaan dalam budaya.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Lain-lain gangguan:
Sumber tidak boleh dipercayai
Kesilapan dalam alih bahasa
Nilai pertimbangan,
Pemikiran penyampai
Penerimaan maklumat yang berbeza
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Masalah,cara mengatasi dan implikasi komunikasi di bilik darjah
Masalah Cara mengatasi
implikasi
Kurang
persediaan
kebisingan
kritikan
Melabel
murid
Memberi
arahan
Hendaklah sentiasa bersedia
dgn perancangan yang
lengkap
Pastikan bd senyap/bersedia
Semasa guru mengajar
Elak mengkritik murid
Elak melabel negatif
Kepada murid
Menggalakkan
perundingan
Murid dapat menerima
Mesej dgn jelas dan obj.
Pengajaran tercapai
Murid dapat mendengar
dengan jelas
Murid bertambah yakin
Murid bertambah yakin
mengemukakan hujah
Murid mudah diajak
berunding
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Laras Bahasa (LB)

Laras bahasa adalah gaya dan penggunaan sesuatu
bahasa.
Gaya bahasa merujuk kepada bahasa lisan dan
penulisan.
LB biasanya berubah-ubah mengikut situasi.



Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Ciri-ciri laras yang penting ialah:
i. perbendaharaan kata
ii. Susunan ayat dan frasa yang digunakan.
LB juga bergantung kepada situasi luaran.
Latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu
masyarakat yang mengamalkan bahasa tersebut diberi
pertimbangan.
Situasi ini merangkumi struktur sosial dan keseluruhan
cara hidup yang menentukan tindak tanduk anggota
masyarakat.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Terdapat beberapa LB yang perlu diberi perhatian oleh
guru:
i. Laras Bahasa Biasa : penggunaan bahasa yang
tidak membabitkan sebarang bidang ilmu atau konteks
khusus. Diguna dlm perbualan harian
cth : Hai Mat ! Nak ke mana tu? Tak singgah dulu?
ii. Laras Bahasa Akademik : bersifat ilmiah, formal dan
objektif.
iii. Laras Bahasa Sastera/kreatif : mementingkan istilah
khusus dan teknikal
iv. Laras Bahasa Agama : digunakan ketika
membincangkan isu agama terutamanya dalam
pelajaran agama / P. Islam.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
v. Laras Bahasa Sukan: guru menggunakannya ketika
mengajar mp PJK @ adakan acara sukan
vi. Laras Bahasa Sains: punyai unsur ilmiah, berbahasa
moden, formal dan menidakkan bahasa basahan.
vii. Laras Bahasa Rencana : lebih bersifat umum.Tujuan
- Utk tampilkan berbagai idea tentang sesuatu isu. Gaya
bahasa mudah difahami
viii. Laras Bahasa Iklan/perniagaan : utk
menyampaikan maklumat berkesan tentang sesuatu
perniagaan atau produk.fakta jelas amat penting.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
ix. Laras Bahasa Media Massa: menunjukkan terhadap
peranan media spt melapor atau menyampaikan berita
dengan bahasa yang paling mudah didengar dan
diterima oleh pendengar dan pembaca.
x. Laras Bahasa Undang-Undang :laras bahasa ilmiah
yang terdapat dalam B. Melayu sejak dulu lagi.
Hari ini lebih bersifat moden dan banyak guna istilah
teknikal.
xi. Laras Bahasa Ekonomi : berbentuk ilmiah tentang
sesuatu ekonomi.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Anda mungkin juga menyukai