Anda di halaman 1dari 30

SEBELUM PERKHEMAHAN

1)KERTAS KERJA



SEKOLAH KEBANGSAAN JENIANG(PUSAT)

KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM 2012

TEMPAT:
PADANG SK JENIANG (PUSAT)
08700 JENIANG
KEDAH DARUL AMAN

HARI : KHAMIS SABTU
TARIKH : 8 NOVEMBER 2012 10 NOVEMBER 2012
ANJURAN : PERSATUAN BULAN SABIT MERAH (PBSM),
SK JENIANG(PUSAT)



1.0 PENGENALAN
Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah
yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial.
Perkhemahan juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan
kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka akan didedahkan dengan
suatu persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam sifat keberanian dan
kepercayaan interpersonal dan intrapersonal. Pada tahun ini, Persatuan Bulan Sabit Merah SK
Jeniang (Pusat) sekali lagi diberi mandat untuk mengelolakan perkhemahan unit-unit
beruniform yang melibatkan murid tahun 4,5 dan 6. Dengan semangat dan kepercayaan,
adalah diharapkan program ini akan mencapai objektifnya. Adalah sangat diharapkan agar
perkhemahan ini akan dapat memberikan peluang kepada murid-murid menonjolkan
kemampuan diri mereka. Disamping menimba pengalaman, perkhemahan ini nanti akan dapat
mengeratkan tali persaudaraan sesama murid dan juga guru-guru.
NAMA PROGRAM
Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2012 SK Jeniang (Pusat)
MATLAMAT
Antara matlamat program ini ialah seperti berikut:
i. Mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman
bersama-sama rakan dan jurulatih.
ii. Mengaplikasi teori-teori yang telah dipelajari disekolah bersama-sama unit masing-masing.
iii. Membina keyakinan diri pelajar apabila berhadapan dengan situasi mencabar.
iv. Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktivti yang berfaedah.
v. Menerapkan sikap hormat-menghormati sesama insan.
vi. Menanam sifat ingin berdikari dalam kehidupan seharian dan berfikiran matang.
OBJEKTIF
Pada akhir program ini, para peserta akan dapat:
i. Meluahkan rasa syukur dengan alam kurniaan yang Maha Esa.
ii. Bermalam di dalam khemah bersama-sama rakan/kumpulan masing-masing.
iii. Mahir dalam teknik-teknik pertolongan cemas
iv. Berdikari melalui kerja individu seperti mencuci kasut sendiri dan mengurus diri sendiri.
v. Menyatakan rasa seronok dengan aktiviti seperti jungle tracking, night walk dan merentas
halangan.
JAWATANKUASA INDUK
PENGERUSI : Tuan Haji Ruslan bin Madon (Guru Besar)
NAIB PENGERUSI : En. Sukardi bin Abdul Ghafar
(Guru Pen. Kanan Kokurikulum)
KETUA PROJEK : En. Fakhrurazi b. Dzulkarnain
PEN. KETUA PROJEK : En. Yusof bin Mohd
SETIAUSAHA : En. Riduan b. Ahmad
BENDAHARI : Pn. Wan Hasliza bt. Wan Hassan
KETUA PERKHEMAHAN : En. Jailani bin Mat Desa
PEN. KETUA PERKHEMAHAN : En. Fauzan bin Omar
En. Azeze bin Mohd. Yasir
En. Mohamad Nor Ehzam bin Ramlan
PENYELARAS KOKURIKULUM : En. Rosli b. Juhari @ Zahari
PENYELARAS UNIT BERUNIFORM : En. Mohamad Nor Ehzam b. Ramlan
En. Mohd. Nazri b. Arifin
KETUA-KETUA UNIT (PAGI)
PENGAKAP : En. Fakhrurazi b. Dzulkarnain
PBSM : Pn. Che Hasmamizah Bt Mahmood
TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH : En. Ahmad Shauki b. Hj. Sepian
PUTERI ISLAM : Pn. Mastura bt. Omar

AHLI JAWATANKUASA KERJA
AKTIVITI
1. En. Jailani bin Mat Desa
2. En. Fauzan bin Omar
PERALATAN
1. En. Azeze bin Mohd. Yasir
2. En. Shahidan bin Ismail
KESELAMATAN
1. En. Mohd. Adam b. Mohd. Yusof
2. En. Mohd. Shahidin bin Mohd Shaari
MAKANAN DAN MINUMAN
1. Pn. Izyani bt. Othman
2. Pn. Suruanbi bt. Sulaiman
DOKUMENTASI
1. Pn. Wan Noriza bt. Wan Ismail
2. Pn. Norizam bt. Daud
IBADAH
1. En. Fakhrurrazi bin Dzulkarnain
2. En. Shauki bin Hj. Sepian
PENGANGKUTAN
1. En. Panang anak Nyarapong
2. En. Abdul Hisyam b. Abdullah
HADIAH DAN CENDERAMATA
1. Pn. Nik Maznah bt. Nik Man
2. Pn. Norazlin bt. Saharudin
DISIPLIN PESERTA
1. En. Muhd Muhsin bin Ahmad
2. En. Suhaimi bin Md. Rahim
PENGESAHAN PENDAFTARAN
1. Pn. Noraini bt. Misnan
2. Pn. Theresa anak Justine Bueng

BUTIRAN PERKHEMAHAN
Perkhemahan tersebut akan diadakan seperti butiran berikut:
i. Hari : Khamis hingga Sabtu
ii. Tarikh : 8, 9 dan 10 November 2012
iii. Tempat : Padang SK Jeniang (Pusat), 08700 Jeniang, Kedah.
iv. Jurulatih : Guru-guru dari SK Jeniang (Pusat)

SASARAN PENYERTAAN
Program ini adalah mensasarkan kepada ahli unit beruniform Pengakap, PBSM,
Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Puteri Islam tahun 4,5 dan 6 seramai 80 peserta dengan
pembahagian 20 peserta bagi setiap unit.
BAYARAN PENYERTAAN
Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM 20 (Dua Puluh Ringgit Sahaja)
Bayaran ini adalah untuk menampung perbelanjaan seperti:
i. Aktiviti
ii. Makan dan minuman
iii. Pengurusan perkhemahan
iv. Peralatan




















SENARAI TUGAS
1. KETUA PROJEK
a. Membentuk jawatankuasa
b. Mempengerusikan mesyuarat
c. Merujuk kepada penasihat
2. PENOLONG KETUA PROJEK
a. Membantu ketua menjalankan tugas-tugas
ketua

3. SETIAUSAHA
a. Menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan
b. Urusan surat menyurat dan borang.

4. BENDAHARI
a. Mengutip, menyelaras dan menyediakan
penyata kewangan berkaitan
program.
b. Memastikan segala perbelanjaan berjalan
dengan lancar seperti yang
sepatutnya.

5. PENOLONG DAN KETUA
PERKHEMAHAN
a. Merancang segala pengisian aktiviti.
b. Memastikan segala aktiviti berjalan dengan
lancar dan selamat.

6. PERALATAN
a. Merancang dan menentukan peralatan
yang diperlukan untuk program.
b. Memastikan segala peralatan dibawa ke
tapak perkhemahan dan dibawa pulang ke
sekolah dengan keadaan baik seperti asal.

7. KESELAMATAN
a. Menyediakan peti pertolongan cemas yang
lengkap.
b. Memastikan keselamatan para peserta
terjamin disepanjang aktiviti.
c. Mengambil tindakan awal dengan pantas
sekiranya berlaku kecemasan.


8. MAKANAN DAN MINUMAN
a. Merancang dan menentukan menu
makanan
b. Merancang jadual makan dan minum
peserta, guru dan jurulatih
c. Memastikan urusan semasa makan
berjalan dengan lancar.

9. DOKUMENTASI
a. Mencatat segala aktiviti yang berjalan.
b. mengambil foto untuk setiap aktiviti.
c. Menyediakan laporan perkhemahan dan
dokumentasikan.
d. Berhubung dengan setiausaha untuk
mendapatkan bahan-bahan untuk
didokumentasikan.
10. IBADAH
a. Memimpin para peserta solat berjemaah.
b. Mengelolakan kuliah subuh dan maghrib.
c. Menyelaras dan menjalankan program
untuk slot keagamaan/kerohanian.

11. PENGANGKUTAN
a. Menguruskan pengangkutan pergi dan balik
para peserta.
12. HADIAH DAN CENDERAMATA
a. Menyediakan hadiah dan cenderamata
program
13. DISIPLIN PESERTA
a. Mengawal disiplin para peserta sepanjang
perkhemahan.

14. PENGESAHAN PENDAFTARAN
a. Memastikan para peserta sudah berada
di dewan Blok B sebelum bertolak.
b. Semak kehadiran murid berdasarkan
nama yang akan diberikan oleh setiausaha.




















ANGGARAN PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN
PENERIMAAN
PERKARA KUANTITI JUMLAH JUMLAH
BESAR
CATATAN
1. Bayaran peserta RM20 80 peserta RM1600
2. Sumbangan Unit-unit
kokurikulum
RM200 x 4 unit RM800
3. Sumbangan
Pengusaha Kantin
RM200 RM200 RM2600
PEMBAYARAN
PERKARA KUANTITI JUMLAH JUMLAH
BESAR
CATATAN
1. Bayaran Aktiviti RM400
2. Makan & Minuman RM15x100
(peserta+guru)
RM1500
3. Pengurusan
perkhemahan
RM200
4. Peralatan RM500 RM2600













MENU MAKANAN DAN MINUMAN
*(Untuk tiga hari dua malam sepanjang perkhemahan)
Khamis 8 November 2012 MENU
Minum petang
Makan malam

Air teh, biskut/roti & kuih
Nasi putih, ayam goreng, sayur campur, air
sirap
Jumaat 9 November 2012 MENU
Sarapan pagi
Minum pagi
Makan tengahari
Minum petang
Makan malam

Mi goreng, air teh
Air Milo, kuih
Nasi putih, ayam masak kari, sayur goreng, air
oren
Air teh, roti bun
Nasi putih, daging goreng, sayur, air sirap
Sabtu 10 November 2012 MENU
Sarapan pagi
Minum pagi
Makan tengahari
Air nescafe, nasi goreng, telur dadar
Air teh, kuih
Nasi putih, ayam masak merah, telur dadar,
sayur













TENTATIF PROGRAM
Khamis 8 November 2012
MASA PERKARA GURU BERTUGAS
1415 1500 hrs Pengesahan pendaftaran (dewan) AJK pengesahan
pendaftaran
1500 1600hrs Aktiviti Memasang Khemah Jurulatih
1600 1730 hrs Taklimat oleh ketua perkhemahan
Agihan kumpulan Kawad
Ketua & pen
perkhemahan
Jurulatih
1700 1730 hrs Minum petang
Solat Asar
AJK Ibadah

1730 1900 hrs Game Station

Jurulatih
1900 2000 hrs Mandi, makan malam
Solat Maghrib
AJK makanan
AJK Ibadah
2000 2230 hrs LDK 1
i. Visi & misi persatuan
ii. Kelebihan berpersatuan
Modul 1
i. Hubungan manusia dengan
manusia di muka bumi

Jurulatih
2330 0000 hrs LDK 2
i. Bersatu teguh bercerai roboh
Jurulatih

0000 0530 hrs Tidur

Jumaat 9 November 2012
MASA PERKARA GURU BERTUGAS

0530 0600 hrs

Bangun tidur, kemas diri
0600 0700 hrs Solat

AJK Ibadah

0700 0800 hrs Senaman pagi

Jurulatih

0800 0830 hrs

Sarapan pagi AJK makanan

0830 1200 hrs Modul 2
i. Tatacara mendirikan
khemah
ii. Cara menghidupkan api
iii. Penyediaan barang
masakan
LDK 3
i. Masak nasi di dalam buluh
Jurulatih

1200 1400 hrs Makan tengahari
Solat Jumaat/Zohor

AJK makanan
AJK Ibadah

1400 1530 hrs LDK 4
i. Cara bersolat jemaah
ii. Bacaan dalam solat
iii. Aturan pakaian lelaki &
perempuan ketika solat

Jurulatih
AJK Ibadah

1530 1630 hrs Asas pertolongan cemas
Ciri-ciri pertolongan cemas
LDK 5
i. Latihan kecemasan

Jurulatih
1630 1700 hrs Minum petang
Solat

AJK Ibadah
AJK makanan

1700 1900 hrs Simulasi kapal terbang
terhempas
Jurulatih
1900 2000 hrs Mandi dan makan malam
Solat Maghrib
AJK makanan
AJK ibadah
2000 2230 hrs Komunikasi sebagai seorang
pemimpin
LDK 6
i. Latihan Persembahan
Jurulatih
2230 2300 hrs Minum malam
Solat Isyak

AJK makanan
AJK ibadah

2300 00.30 hrs Night walk

Jurulatih
0030 0530 hrs Tidur

Sabtu 10 November 2012
MASA PERKARA GURU BERTUGAS
0530 0600 hrs Bangun tidur, kemas diri
0600 0700 hrs Solat dan kuliah Subuh AJK Ibadah
0700 0730 hrs Senaman pagi Jurulatih
0730 0800 hrs Sarapan pagi AJK makanan
0800 1030 hrs Persembahan Jurulatih
1030 1100 hrs Minum pagi AJK makanan
1100 1230 hrs Refleksi Jurulatih
Semua guru
1230 1300 hrs Makan tengahari
Majlis penutup
AJK makanan
Semua guru
Jurulatih
1430 hrs Bersurai













PENUTUP
Adalah sangat diharapkan melalui program yang dirancang ini bakal melahirkan insan yang
kental jiwanya, bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri dan sifat ingin berdikari. Pihak
jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha untuk merealisasikannya. Apa
yang paling penting adalah kesungguhan para peserta itu sendiri untuk melibatkan diri dengan
aktiviti yang telah disusun untuk mereka. Melalui program ini juga, adalah diharapkan ianya
berjaya dilaksanakan tanpa berlaku sebarang kemalangan dan kecederaan. Dengan
berakhirnya program ini juga nanti, segala bahan dan pengalaman serta segala bentuk proses
yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu atau kumpulan seterusnya
merancang dan mengelola program seumpama dengan lebih baik.
DISEDIAKAN OLEH; DISAHKAN OLEH;
................................................ ..
RIDUAN BIN AHMAD MOHD. SUKARDI BIN ABD. GHAFAR
Setiausaha, GPK Kokurikulum,
Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2012. Merangkap Naib Pengerusi Perkhemahan
DISEMAK OLEH;
...................................................
FAKHRURAZI BIN DZULKARNAIN
Ketua Projek,
Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2012.















LAMPIRAN SURAT-SURAT DAN BORANG
YANG BERKAITAN PEKHEMAHAN

1) SURAT PERMOHONAN KEPADA GURU BESAR
2) SURAT KEBENARAN GURU BESAR
3) BORANG KEBENARAN WARIS



SEKOLAH KEBANGSAAN JENIANG (PUSAT)
08700 JENIANG, KEDAH.



Guru Besar,
SK Jeniang (Pusat)
08700 Jeniang,
Kedah.

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN PERKHEMAHAN PASUKAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM
2012.

Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu dipohon kebenaran tuan untuk kami mengadakan
perkhemahan tersebut pada ketetapan berikut :

2.1 Tarikh : 8 November hingga 10 November 2012.
2.2 Hari : Khamis hingga Sabtu.
2.3 Masa : Sepenuh masa.
2.4 Tempat: Kawasan SK Jeniang (Pusat)

3. Bersama-sama ini dilampirkan kertas cadangan perkhemahan untuk
makluman dan tindakan tuan.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,



.................................
( En. Riduan b. Ahmad )
Setiausaha,
Perkhemahan Bersepadu Unit Beuniform 2012
s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
2. Fail Perkhemahan














SEKOLAH KEBANGSAAN JENIANG (PUSAT)
08700 JENIANG, KEDAH.




Setiausaha,
Jawatankuasa Pelaksana,
Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2012
SK Jeniang (Pusat)
08700 Jeniang
Kedah


Tuan,

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM 2012

Sukacitanya perkara di atas adalah dengan hormatnya dirujuk

2. Sehubungan itu dimaklumkan bahawa pihak sekolah sedia maklum dan
tiada halangan untuk tuan mengadakan perkhemahan tahunan tersebut selagi
perkara-perkara tersebut di bawah dipatuhi :

2.1 Tiada unsur-unsur paksaan.
2.2 Mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga murid.
2.3 Memastikan langkah-langkah keselamatan dan kebajikan pelajar diutamakan

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,



...........................................
( Tuan Haji Ruslan bin Madon )
Guru Besar
SK Jeniang (Pusat)
s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
2. Fail Perkhemahan



Nama dan Alamat Ibu Bapa/Penjaga
---------------------------------------------------
---------------------------------------------------
No.Telefon: ..................................... Tarikh :
_____________________________________________________________________________________
Guru Besar,
SK Jeniang (Pusat)

Tuan / Puan,
KEBENARAN UNTUK MENYERTAI AKTIVITI PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM 2012
Saya .. No K/P
Ibu / Bapa / Penjaga kepada
Tahun . memberi kebenaran kepada anak/anak jagaan saya mengambil bahagian dalam
perkhemahan tersebut di atas.
2. Sesungguhnya saya mengetahui dan faham bahawa pihak SK Jeniang (Pusat) akan mengambil
langkah-langkah keselamatan namun demikian saya mengaku tidak akan mengambil sebarang tindakan
undang-undang atau mahkamah terhadap pihak atau wakilnya yang berkaitan dengan apa-apa
kehilangan harta, kemalangan, kecacatan anggota atau sebarang kecederaan lain terhadap anak/anak
jagaan saya yang berlaku dalam perjalanan pergi dan balik atau sepanjang perkhemahan tersebut.
3. Saya juga memberi kebenaran kepada pihak sekolah/pengelola/wakilnya memberi rawatan
kecemasan atau pertolongan perubatan kepada anak/anak jagaan saya jika didapati perlu.

Sekian, terima kasih.
Pengakuan dibuat oleh: Saksi:
.. ..
Tandatangan Tandatangan
Nama: Nama:
No. K/Pengenalan: No. K/Pengenalan:
Tarikh: Tarikh:







SEMASA PERKHEMAHAN
1)PELAKSANAAN PROGRAM
2)LAMPIRAN BERGAMBAR

PELAKSANAAN PROGRAM PERKHEMAHAN
Khamis 8 November 2012
2.15ptg - Semua murid mula datang ke dewan sekolah seawal 2.15 petang untuk sesi
pendaftaran. Semua murid yang terlibat hadir pada masa yang telah ditetapkan.
Sesi pendaftaran berakhir pada 2.50 petang.
3.00ptg -Taklimat oleh Ketua perkhemahan seterusnya agihan kumpulan serta aktiviti
memasang khemah. Setelah selesai memasang khemah dan agihan kumpulan
semua peserta berehat minum petang dan mengerjakan solat Asar.
5.30ptg -Latihan kawad bagi semua peserta diketua oleh jurulatih kawad daripada unit
TKRS.
Setelah selesai sesi penilaian, semua peserta makan, mandi serta bersedia
untuk solat Maghrib.
8.00mlm -LDK 1,Modul 1 dan LDK 2 dijalankan dengan diketuai oleh jurulatih daripada
Unit PBSM dan Pengakap. Setelah tamat aktiviti, peserta mengerjakan solat
Isyak dan seterusnya tidur.
Jumaat 9 November 2012
5.30pg -Peserta dikejutkan daripada tidur dan mengemaskan diri untuk solat Subuh
serta Tazkirah. Semua aktiviti ini dikawal oleh AJK Ibadah dan jurulatih daripada
unit Puteri Islam.
7.00pg -Aktiviti senaman pagi diketuai oleh jurulatih daripada unit Pengakap. Seterusnya
sarapan pagi.
8.30pg -Modul 2 dan LDK 3 diketuai oleh jurulatih daripada unit TKRS dan Pengakap.
Seterusnya makan tengahari dikawal oleh AJK makanan.
12.30ptg -Peserta lelaki dan guru-guru lelaki bergerak ke Masjid Jeniang untuk Solat
Jumaat.

2.00ptg -Setelah selesai solat Jumaat/Zohor, LDK 4 dilaksanakan dengan diketuai oleh
AJK Ibadah dan jurulatih daripada unit Puteri Islam.
3.00ptg -Asas pertolongan cemas serta LDK 5 dilaksanakan dengan diketuai oleh
Jurulatih daripada unit PBSM. Seterusnya aktiviti minum petang dan solat Asar.
5.00ptg -Simulasi kapal terbang terhempas dikawal oleh jurulatih unit PBSM. Seterusnya
peserta mandi, makan malam dan mengerjakan solat Maghrib dengan dikawal
oleh AJK makanan dan AJK Ibadah.
8.00mlm -Komunikasi sebagai seorang pemimpin diberikan oleh jurulatih daripada unit
PBSM. Seterusnya latihan persembahan setiap kumpulan. Kemudian acara
minum malam dan solat Isyak.
11.00mlm -Sesi Night Walk yang diketuai oleh jurulatih daripada unit Pengakap, berjalan-
Jalan dalam kegelapan malam sekitar kawasan kampung berhampiran dan
diiringi oleh semua jurulatih. Setelah selesai, peserta diminta berehat seketika
dan kemudian kembali ke tempat mereka untuk tidur.
Sabtu 10 November 2012
5.30pg -Peserta bangun tidur dan mengemas diri. Kemudian solat Subuh dan diikuti
Kuliah Subuh yang diuruskan oleh AJK Ibadah. Seterusnya acara senaman pagi
dan sarapan pagi.
8.00pg -Persembahan peserta oleh semua kumpulan yang diuruskan oleh jurulatih
daripada unit TKRS. Kemudian peserta berhenti untuk minum pagi. Kemudian
peserta mengemas semula khemah unutk disimpan.
11.00pg -Sesi Refleksi yang diuruskan oleh semua guru dan diikuti makan tengahari dan
persiapan tempat untuk majlis penutup.
1.00ptg -Solat Zohor seterusnya peserta bergerak ke dewan untuk Majlis Penutup. Majlis
penutup dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SK Jeniang (Pusat)
2.30ptg -Semua peserta bersurai

LAMPIRAN

TAKLIMAT AWAL OLEH KETUA DAN PENOLONG KETUA PERKHEMAHAN

ACARA MEMASANG KHEMAH

KHEMAH-KHEMAH PESERTA



AKTIVITI PERTOLONGAN CEMAS


AKTIVITI BERKAWAD



ACARA MASAKAN

MEMASAK NASI DALAM BULUH


MAJLIS PENUTUP







SELEPAS PERKHEMAHAN
1)POST MORTEM
2)KEKUATAN
3)KELEMAHAN
4)CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
5)LAMPIRAN SURAT PENGHARGAAN
POST-MORTEM

Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah
yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial.
Perkhemahan juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan
kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka akan didedahkan dengan
suatu persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam sifat keberanian dan
kepercayaan interpersonal dan intrapersonal. Pada tahun ini, Persatuan Bulan Sabit Merah SK
Jeniang (Pusat) sekali lagi diberi mandat untuk mengelolakan perkhemahan unit-unit
beruniform yang melibatkan murid tahun 4,5 dan 6. Dengan semangat dan kepercayaan,
adalah diharapkan program ini akan mencapai objektifnya. Perkhemahan ini dapat memberikan
peluang kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri mereka. Disamping menimba
pengalaman, perkhemahan ini nanti akan dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama murid
dan juga guru-guru. Bagi setiap program yang dijalankan, pasti ada kekuatan serta kelemahan
yang dikesan sepanjang berjalannya program tersebut.Berikut ialah beberapa kekuatan dan
kelemahan dalam program perkhemahan pada kali ini. Terdapat juga beberapa langkah
mengatasi kelemahan-kelemahn yang sebagi iktiber pada masa hadapan.

KEKUATAN
1) Merapatkan hubungan silaturrahim antara peserta-peserta dimana mereka perlu
berinteraksi sesama sendiri atau dalam aktiviti berkumpulan supaya tugas yang diberi
dapat dilaksanakan dengan cekap.
2) Membina insan yang kental dari segi fizikal dan mental. Aktiviti yang dijalankan semasa
perkhemahan ini sebenarnya mengandungi elemen-elemen yang boleh meningkatkan
ketahanan fizikal dan mental peserta dalam menghadapi cabaran.
3) Membentuk disiplin yang mantap dalam diri peserta. Salah satu aktiviti wajib untuk
dilaksanakan setiap hari pada perkhemahan tahunan ini ialah kawad kaki. Aktiviti ini
dapat mendisiplinkan para peserta dan membentuk mereka menjadi orang yang
berguna.
4) Membentuk jati diri dan sahsiah peserta. Semasa perkhemahan ini dijalankan, unsur
kerohanian tidak dilupakan dimana ceramah agama dan moral diberikan kepada
peserta-peserta dalam satu aktiviti yang dijalankan pada sebelah malam. Ini dapat
membina insan yang berakhlak mulia serta baik budi pekertinya.
5) Memupuk nilai cintakan alam sekitar. Semasa mendirikan khemah dan melaksanakan
aktiviti yang dirancang, peserta telah diingatkan supaya tidak merosakkan tumbuhan
yang ada di sekeliling serta memastika kawasan persekitaran sentiasa dalam keadaan
bersih. Ini mendidik mereka supaya menghargai alam sekitar.
6) Membentuk kerjasama antara ahli kumpulan. Semasa aktiviti berkumpulan diadakan
peserta-peserta terpaksa berinteraksi antara satu sama lain dalam menyiapkan tugasan
yang telah diberi. Di sini, mereka dapat belajar bekerjasama dan bukan bertindak
seorang diri.
7) Membentuk nilai kepimpinan. Melalui perkhemahan ini, peserta-peserta akan dididik
untuk menjadi pemimpin dalam kumpulan mereka. Ini akan menghapuskan rasa malu
mereka untuk berinteraksi dengan orang lain.

KELEMAHAN
1) Keadaan cuaca yang kurang baik di tapak perkhemahan telah menyebabkan
sesetengah aktiviti yang telah dirancang tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
2) Kekurangan peralatan juga merencatkan perlaksanaan aktiviti semasa perkhemahan ini
di mana peralatan ini disediakan dalam kuantiti yang sedikit serta keadaan peralatan
yang sudah uzur.
3) Terdapat binatang berbisa seperti lipan, ular, kala jengking dan sebagainya di kawasan
tapak perkhemahan yang boleh membahayakan keselamatan para peserta.
4) Tiadanya khidmat professional semasa melaksanakan perkhemahan menyebabkan
perlaksanaan sedikit kucar kacir.
5) Para peserta kurang mematuhi masa dan jadual aktiviti yang telah ditetapkan. Ini
menyebabkan sesetengah aktiviti dijalankan lebih lewat daripada yang sepatutnya.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1) Memilih tarikh yang sesuai untuk menjalankan aktiviti perkhemahan iaitu mengelakkan
daripada melaksanakan perkhemahan pada musim hujan.
2) Memastikan kelengkapan yang dibawa mencukupi. AJK peralatan yang telah dilantik
hendaklah memainkan peranan dengan menyemak segala kelengkapan yang hendak
dibawa dan memastikannya mencukupi untuk aktiviti yang akan dijalankan.
3) Mendapatkan khidmat professional seperti tentera, pelatih PLKN mahupun sesiapa yang
mahir dalam kemahiran dalam perkhemahan untuk memberi nasihat berkaitan
perlaksanaan perkhemahan.
4) AJK perkhemahan hendaklah lebih tegas dengan melaksanakan aktiviti tepat pada
masanya serta menghukum peserta yang tidak menepati masa.



SEKOLAH KEBANGSAAN JENIANG (PUSAT)
08700 JENIANG, KEDAH.



En Muhamad Ali Bin Mahmood (Pengusaha Kantin),
SK Jeniang (Pusat)
08700 Jeniang,
Kedah.

Tuan,

PENGHARGAAN DIATAS SUMBANGAN SEMPENA PERKHEMAHAN PASUKAN BERSEPADU UNIT
BERUNIFORM 2012.

Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih diatas segala sumbangan yang
telah diberikan oleh pihak tuan sehingga selesainya program perkhemahan ini.

Semoga pihak tuan tidak keberatan untuk bekerjasama lagi dengan pihak kami di masa akan datang.


Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


Saya yang menurut perintah,



.................................
( En. Riduan b. Ahmad )
Setiausaha,
Perkhemahan Bersepadu Unit Beuniform 2012


SEKOLAH KEBANGSAAN JENIANG (PUSAT)
08700 JENIANG, KEDAH.



En Lim Cheng Kim
Kedai Barang Lim,
No. 5 Taman Jeniang,
08700 Jeniang,
Kedah.

Tuan,

PENGHARGAAN DIATAS SUMBANGAN SEMPENA PERKHEMAHAN PASUKAN BERSEPADU UNIT
BERUNIFORM 2012.

Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih diatas segala sumbangan yang
telah diberikan oleh pihak tuan sehingga selesainya program perkhemahan ini.

Semoga pihak tuan tidak keberatan untuk bekerjasama lagi dengan pihak kami di masa akan datang.


Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


Saya yang menurut perintah,



.................................
( En. Riduan b. Ahmad )
Setiausaha,
Perkhemahan Bersepadu Unit Beuniform 2012

Anda mungkin juga menyukai