Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Pendahuluan

Solat telah disampaikan kepada Rasulullah s.a.w oleh Allah secara terus melalui peristiwa Isra Mikhraj pada 27 Rejab dan ia terus
menjadi kewajipan kepada umat Islam. Seperti mana yang kita tahu, pada asalnya solat adalah 50 waktu kemudian Rasulullah s.a.w memohon
kepada Allah agar dikurangkan kerana mengikut Nabi Musa sewaktu Rasulullah s.a.w hendak turun dari langit bahawa umat Muhammad tidak
mampu menyelesaikan tuntutan itu. Walhal sekalipun 5 waktu saja tinggal namun Nabi Musa tetap mengatakan tuntutan itu tidak mampu
dipenuhi namun Rasulullah s.a.w sudah terlalu malu dengan Allah maka tidak lagi Rasulullah s.a.w menghadap Allah untuk diminta
dikurangkan
1
.

Di dalam rukun Islam, solat adalah suatu tuntutan yang tidak dapat dikecualikan dalam apa jua situasi sekalipun kerana itulah ia berada
di tempat kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Selain dari kalimah syahadah dan solat, perkara lain ada pengecualian.

Solat adalah penting kerana ia adalah penghubung antara makhluk dan Penciptanya yakni Allah. Solat tidak boleh dipandang ringan,
kerana itulah kunci solat adalah kesabaran dan kekuatan individu. Seorang mukmin perlu sabar dari dugaan yang boleh melalaikan solat,
melambatkan solat (solat di akhir waktu) dan melupakan solat. Ini selaras dengan firman Allah di dalam Al-Quran.

82. dan Sesungguhnya aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal saleh, kemudian tetap di jalan yang benar. Surah
Toha, ayat 82.

Malah, Rasulullah s.a.w pernah bersabda akan kepentingan solat itu sendiri.

1
Abu Ruwais al-Syubrawi. (2007). Wudhuk dan Solat menurut Sunnah dan Mazhab Syafiee. Kuala Lumpur: Karya Bestari.
Rasulullah s.a.w bersabda, Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat maka dia telah mendirikan agamanya dan sesiapa yang
meninggalkan solat maka dia telah meninggalkan agamanya.

Ditekankan oleh Allah akan kepentingan solat dan hikmah dari solat iaitu solat menghindarkan diri dari perbuatan keji dan mungkar. Firman
Allah di dalam Al-Quran.



45. bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, Yaitu Al kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari
(perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. dan Sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat
yang lain). dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
2
.

Ibadah solat merupakan nadi kepada kekuatan orang mukmin dan kecemerlangan ummah. Orang yang beriman kepada Allah tidak akan
merasai solat itu sebagai suatu bebanan malah ia adalah suatu kewajipan yang tidak susah untuk dilaksanakan dan dilaksanakan dengan senang
hati serta tawaduk kepada Allah. Namun, bagi orang munafik, solat itu sangat menyusahkan. Allah telah berfirman di dalam Al-Quran.



45. Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. dan Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang
khusyu',
46. (yaitu) orang-orang yang meyakini, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya.

2
Surah Al-Ankabut, ayat 45

Sabda Rasulullah s.a.w
3
::
"Berikan kemudahan (kepada orang) dan jangan menyusahkan mereka,berikanlah khabar gembira dan janganlah kamu menjadi mereka
menjauhkan diri (daripada Islam)"

Inilah hadis yang perlu dipegang untuk setiap muslim, tidak mengira bangsa, jantina atau warna kulit, kerana Islam itu datang untuk semua
kaum. Islam telah menggunakan kaedah ini untuk memastikan umat Islam tidak mudah melaksanakan ibadah yang diwajibkan ke atas umat
Islam.

Firman Allah s.w.t
4
:



Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan
hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.


Dan dalam dalam satu hadis lagi Nabi s.a.w bersabda:

"Agama Islam itu mudah, tidak ada seseorang yang lebih suka mengambil berat

3
(Hadis Riwayat Bukhari)
4
surah al-Baqarah ayat 185
dalam Agama melainkan dia akan kalah sendiri. Maka perbetulkan,perdekatkan, berikan
khabar gembira dan gunakan waktu pagi dan petang serta sedikit daripada
waktu malam". (hadis Riwayat Bukhari)

Ini kerana orang Islam mempunyai berbagai ragam, perlaksanaan ibadah solat memerlukan keimanan yang tinggi dan istiqamah. Walaupun
ianya hanya 5 kali sehari namun ianya ibadah yang paling berat untuk ditunaikan. Kewajipan sembahyang tidak tergugur. Untuk memastikan
semua umat Islam sembahyang maka rukhsah diberikan oleh Islam iaitu solat qasar dan jamak.

Penulisan ini akan membincangkan tentang kefahaman masyarakat kuala krai terhadap hukum menjamak atau mengqasar solat kerana
kesesakan jalan raya, sakit dan dan tugasan rasmi

2.0 Pengenalan Konsep
Penulisan ini akan membincangkan tentang hukum menjamak atau mengqasar solat kerana kesesakan jalan raya, sakit dan dan tugasan
rasmi. Sembahyang qasar bererti memendekkan sembahyang yang empat rakaat menjadi dua rakaat ketika dalam perjalanan (safar).
Sembahyang yang boleh diqasarkan adalah sembahyang Zuhur, Asar dan Isyak. Dalil yang mengsyariatkan sembahyang qasar adalah Firman
Allah S.W.
5
:


101. dan apabila kamu bepergian di muka bumi, Maka tidaklah mengapa kamu men-qashar[343] sembahyang(mu), jika kamu takut diserang
orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang nyata bagimu.

5
T surah An Nisa ayat 101

Sebuah riwayat dari Yalaa bin Umayyah radhiallahu 'anhu, dia berkata:
Aku pernah bertanya kepada Umar al-Khattab radhiallahu 'anhu berkenaan dengan firman Allah maka kamu tidaklah berdosa
"mengqasarkan" (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir ; sedangkan pada masa sekarang ini manusia
telahpun berada dalam keadaan aman. Umar menjawab: Aku sendiri pernah merasa hairan juga seperti kamu oleh itu aku telah bertanya
kepada Rasulullah shallallahu alaihi wasallam tentang hal ini lalu baginda bersabda: Itu adalah sedekah yang diberikan oleh Allah kepada
kalian maka terimalah sedekah-
Di atas lafaz firman Allah S.W.T tersebut dapat kita fahami bahawa apabila seseorang itu berada dalam satu perjalanan yang dianggap
sebagai safar, secara automatik dia dibenarkan untuk mengqasarkan sembahyang tanpa sebarang syarat tambahan.
Sembahyang jamak pula bermakna mengumpulkan dua sembahyang dalam satu waktu. Contohnya mengumpulkan sembahyang Zuhur
dan Asar dalam satu waktu ataupun Maghrib dan Isyak dalam satu waktu. Jamak pula ada dua jenis iaitu:
1) Jamak Taqdim (yang didahulukan)
6
iaitu mengumpulkan sembahyang Asar bersama Zuhur dalam waktu sembahyang Zuhur atau
mengumpulkan sembahyang Isyak dan Maghrib dalam waktu sembahyang Maghrib.
2) Jamak Takhir (yang diakhirkan) pula ialah mengumpulkan sembahyang Zuhur dan Asar dalam waktu sembahyang Asar atau mengumpulkan
sembahyang Maghrib dan Isyak dalam waktu sembahyang Isyak. Dalil disyariatkan jamak taqdim dan jamak takhir adalah sebagaimana
dijelaskan oleh Ibnu Abbas radhiallahu 'anhu: Inginkah tuan-tuan saya ceritakan perihal sembahyang Rasulullah shallallahu alaihi wasallam
sewaktu sedang dalam perjalanan. Ujar kami: Baik. Katanya: Jika baginda masih berada di rumah semasa matahari telah tergelincir
(masuknya waktu Zuhur), baginda jamakkan Zuhur dengan Asar (jamak taqdim) sebelum berangkat, tapi kalau belum lagi tergelincir, maka

6
Dato' Haron Din, A. H.-H. (2007). Dato' Harun Din menjawab persoalan fikah harian. Kuala Lumpur: PTS Melinia.
baginda berjalan hingga nanti bila waktu Asar masuk baginda pun berhenti dan menjamak sembahyang Zuhur dengan Asar (jamak takhir).
Begitu juga jika selagi baginda di rumah waktu Maghrib sudah masuk, baginda jamaklah sembahyang Maghrib dengan Isyak, tetapi kalau waktu
belum lagi masuk, baginda terus sahaja berangkat dan nanti bila waktu Isyak tiba, baginda pun berhenti untuk menjamak sembahyang Maghrib
dan Isyak itu..