Anda di halaman 1dari 2

CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI SEMASA

Setiap perniagaan menginginkan keuntungan dan kemajuan yang lebih besar daripada
tahun-tahun sebelumnya. Jadi, sebagai antara pemilik perkongsian perniagaan, kami telah
mencadangkan pelbagai idea-idea bagi meningkatkan prestasi perniagaan semasa. Antara cara
yang digunakan adalah dengan mempergiatkan promosi. Kami mempergiatkan promosi
bertujuan untuk menarik lagi minat pelanggan datang ke kedai kami., Promosi dilancarkan
sebanyak empat kali setahun terutamanya pada musim perayaan. Kebanyakan orang akan
membeli barangan- barangan keperluan yang baharu termasuklah barangan elektrik.
Pelanggan juga boleh menjadi ahli untuk menikmati faedah dan berpeluang untuk memenangi
hadiah daripada kedai kami.
Selain itu, mengadakan demonstrasi juga antara cadangan yang kami kemukakan.
Demonstrasi boleh diakan di pasar raya besar seperti Giant, Mydin dan Jusco. Tempat-tempat
sebegini sesuai dijadikan tempat demonstrasi barangan elektrik kami, kerana ramai
pengunjung yang mengunjungi ke pasar raya besar ini akan melihat barangan yang kami
jadikan sebagai alat demonstrasi. Pelanggan juga boleh melakukan percubaan atau
mengetahui cara penggunaan peralatan elektrik kami. Dengan ini, mereka boleh merasai
kepuasan dengan mencuba barangan kami.
Seterusnya, kami juga mencadangkan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan
stok. Dengan cara ini, kami boleh mengurangkan risiko stok dengan mengimbangkan stok
yang sedia ada. Sekiranya, bilangan stok terlalu banyak, kami boleh mengurangkan tempahan
stok sebaliknya jika stok berkurangan, kami boleh membuat tempahan stok dengan lebih
kerap. Jika stok berkurangan, saya tidak dapat menepati permintaan pelanggan,saya mungkin
akan kehilangan kepercayaan daripada pelanggan







CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI JANGKA MASA PANJANG
Setiap perniagaan juga perlu mempunyai rancangan pada masa depan dengan
merangka prestasi jangka masa panjang demi memperoleh dan menjamin keuntungan pada
masa hadapan. Antara cara yang kami gunakan adalah dengan memperbesarkan perniagaan
dengan menambahkan cawangan-cawangan kedai elektrik kami ke negeri- negeri lain atau di
kawasan berdekatan dengan kedai utama kami. Kami juga perlu merancang dengan baik
sekiranya kami ingin meluaskan perniagaan kami ke luar negara seperti Singapura dan
Thailand.
Seterusnya, kami juga akan menghantar pekerja bagi melatih mereka dalam kerja-kerja
promosi. Mereka boleh menimba pengalaman dan mempunyai kemampuan yang besar dalam
menarik pelanggan untuk membeli di kedai kami. Setiap pekerja akan dilatih cara-cara untuk
bercakap dengan pelanggan, menggunakan peralatan elektrik kami dan sebagainya.
Cara yang selanjutnya adalah dengan meningkatkan kualiti stok. Kualiti stok perlu
dijaga dan dipantau sentiasa agar reputasi kedai kami tidak tercemar. Cara ini bukan sahaja
dapat menjaga reputasi kami, malah kami boleh memperoleh kepercayaan daripada
pelanggan.