Anda di halaman 1dari 3

JURNAL PRAKTIKUM : MINGGU KETIGA

Minggu : Minggu Kedua


Tarikh : 10 Februari 2014 13 Februari 2014
Tajuk : Penguasaan Loghat Tempatan
MASALAH PENGUASAAN LOGHAT TEMPATAN
1. Masalah
Pada minggu ketiga, saya menghadapi masalah dari aspek penguasaan loghat
tempatan. Namun, hal ini bukanlah masalah yang sangat besar kerana dapat
ditangani dengan baik oleh saya berkat bantuan rakan, guru-guru serta
sokongan daripada murid-murid.
2. Analisis
Masalah aspek penguasaan loghat tempatan berlaku disebabkan oleh saya
berasal dari negeri Pahang. Saya tidak biasa menggunakan loghat dalam
percakapan harian. Apabila mengajar, saya menggunakan bahasa Melayu
standard di dalam kelas sama ada untuk kawalan kelas mahupun untuk
memberikan penerangan. Berdasarkan pemerhatian, saya mendapati murid-
murid kurang memberikan respon sekiranya saya menggunakan bahasa Melayu
standard di dalam kelas. Untuk menyelesaikan masalah ini, saya cuba bercakap
dalam loghat tempatan apabila berada dalam kelas. Hasilnya sangat
memuaskan hati saya. Kadangkala, unsur kecindan dapat diwujudkan kerana
murid-murid suka mendengar saya bercakap dalam loghat Terengganu.
3. Cadangan Untuk Memperbaiki
a. Saya perlu mempelajari loghat Terengganu dengan lebih gigih supaya
dapat memahami percakapan murid-murid dan warga sekolah dengan
lebih baik.
b. Saya akan meminta bantuan daripada rakan seperjuangan yang
merupakan orang Terengganu. Malah beliau banyak membantu saya
untuk menguasai loghat tempatan.
c. Saya akan lebih kerap bercakap menggunakan loghat Terengganu dalam
kehidupan seharian.
d. Saya akan memberikan arahan dalam bahasa Melayu standard pada
permulaannya dan kemudian cuba untuk memberi arahan menggunakan
loghat Terengganu supaya murid-murid lebih faham.
4. Tempoh masa
Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Sekiranya masalah ini
tidak diatasi secepat mungkin, sudah tentu saya akan menghadapi sedikit
kesulitan untuk memperoleh respon murid ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran. Malah, bagi saya penguasaan loghat tempatan perlu agar saya
dapat membina hubungan yang lebih erat dengan murid-murid dan warga
sekolah.
5. Penilaian Kejayaan
Saya akan meminta kerjasama dari guru pembimbing dan pensyarah
pembimbing untuk memberikan komen yang membina mengenai perkembangan
aspek penguasaan loghat tempatan. Malah, saya akan meminta rakan sebaya
menilai perkembangan saya mempelajari loghat Terengganu.
6. Tindakan Susulan
Semasa mengajar, saya akan menggunakan loghat Terengganu sebagai
alternatif untuk memberikan arahan sekiranya murid-murid kurang memahami
apa yang saya sampaikan. Pada pandangan saya, kadangkala murid-murid cuba
untuk memahami apa yang diajar kepada mereka, cuma mereka kelihatan lebih
teruja sekiranya saya menggunakan loghat tempatan. Di samping itu, saya perlu
menggunakan loghat tempatan agar hubungan lebih erat terjalin antara saya dan
murid.
Tandatangan guru pelatih
...........................................
(ZAINAB ASILAH BT ABDULLAH)
Disemak oleh guru pembimbing Disemak oleh pensyarah pembimbing
Tandatangan
Nama
Tarikh
Tandatangan
Nama
Tarikh

Anda mungkin juga menyukai