Anda di halaman 1dari 6

SMK TAMAN RIA JAYA,

08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN.



KERTAS KERJA
MINGGU LALUAN KERJAYA DAN MINGGU PENDIDIKAN
PENCEGAHAN DADAH 2014


1.0 PENDAHULUAN

Dewasa ini, pilihan kerjaya yang bersesuaian dengan minat dan bidang yang
dipelajari semasa di peringkat pengajian menengah dan pengajian tinggi menjadi
keutamaan kepada semua pelajar. Namun begitu, keadaan semasa dan ekonomi dunia
turut memerlukan bakal pekerja yang kompetetif dalam bekerja dan mempunyai pelbagai
kemahiran yang diperolehi secara formal dan tidak formal. Oleh yang demikian, Unit
Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ria Jaya (SMKTRJ)
mensasarkan untuk menganjurkan Minggu Laluan Kerjaya SMK Taman Ria Jaya 2014
sebagai memenuhi kehendak pelajar dan agensi pekerjaan. Minggu Laluan Kerjaya ini
merupakan satu medium yang baik bagi mendedahkan pelajar ke alam pembelajaran di
peringkat yang lebih tinggi seperti Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan bidang kerjaya
semasa. Perkongsian dan makluman terkini dari alam pendidikan ke alam kerjaya dapat
membantu pelajar bersedia dengan lebih baik untuk mengharungi kehidupan selepas alam
pembelajaran.

Sementara itu, gejala penagihan dadah merupakan satu daripada penyakit dan
nanah yang amat membimbangkan dalam masyarakat kini. Ini semua adalah kerana
dadah membawa impak yang sangat buruk dalam masyarakat. Kita semua tahu kesan-
kesan buruk yang dibawa oleh najis dadah. Antaranya keruntuhan moral, institusi
kekeluargaan dan seterusnya akan menjejaskan penghasilan modal insan berkualiti yang
menjadi agenda utama pihak kerajaan dalam pembangunan negara kini. Namun jika belia
hari ini yang merupakan pelapis pemimpin di masa akan datang bergelumang dengan
penagihan mahupun pengedaran dadah, maka betapa ruginya dan tidak dapat
dibayangkan betapa buruknya masa depan negara yang kita cintai ini. Menyedari akan
hakikat dan bahayanya dadah, Unit Pendidikan Pencecahan Dadah (PPDa) dengan
kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling akan melancarkan Minggu Pendidikan
Pencegahan Dadah bagi semua warga SMK Taman Ria Jaya seiring dengan Minggu
Laluan Kerjaya.



.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program dijangka dapat memberikan pendedahan awal tentang peluang
melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati dan maklumat berkaitan kerjaya-
kerjaya yang ingin diceburi oleh para pelajar serta memberi pendedahan dan informasi
berkenaan najis dadah serta bahaya dan kesan buruk akibat pengambilan mahupun
pengedaran najis dadah melalui aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan.


3.0 OBJEKTIF

Memberi pendedahan kepada pelajar tentang peluang melanjutkan pelajaran
dalam bidang yang diingini.
Dapat mengenalpasti jenis personaliti dan kerjaya yang bersesuaian dengan
personaliti yang dimiliki.
Mendapatkan pendedahan awal tentang kerjaya-kerjaya yang terdapat di Malaysia
serta kelayakan untuk menceburi kerjaya berkenaan.
Memberi pendedahan dan pendidikan kerjaya kepada para pelajar mengenai
peluang dan ruang kerjaya yang wujud di sekitar mereka.
Memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai peluang untuk melanjutkan
pelajaran.
Membantu pelajar yang masih belum mempunyai hala tuju yang jelas selepas
tamat SPM
Memberi pendedahan terhadap bahaya dan kesan buruk pengambilan mahupun
pengedaran dadah
Memberi info kepada pelajar mengenai jenis-jenis dadah dan kesan buruknya
Mencungkil bakat dan kebolehan pelajar melalui program-program yang akan
dijalankan


4.0 SASARAN

Program ini dirangka khas untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5 dan seluruh
warga SMK Taman Ria Jaya


5.0 PELAKSANAAN

Tarikh : 20.04.2014 24.04.2014
Hari : Ahad - Khamis
Masa : 8.00 12.30
Tempat: Dewan Sekolah & Wakaf Sekolah




6.0 KAEDAH PELAKSANAAN

Minggu Laluan Kerjaya dan Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah SMK Taman Ria
Jaya ini akan diadakan dalam pelbagai bentuk dan acara. Antaranya adalah pertandingan
melukis poster kerjaya dan anti dadah, buku skrap, kuiz anti dadah dan kerjaya,
pertandingan mengarang, pertandingan kolam anti dadah dan pameran pendidikan dan
kerjaya. Tentatif Minggu Laluan Kerjaya dan Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah
rujuk Lampiran A.


7.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn. Rohani bt. Mat (Pengetua)
Naib Pengerusi I : Pn. Norizam bt. Yahya (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi II : Pn. Mariani bt Hashim (PK HEM)
Naib Pengerusi III : Pn. Sofiah bt. Abdullah (PK KK)
Naib Pengerusi IV : En. Mohammed Raffee b. Mean (Penyelia Petang)
Setiausaha : Pn. Bawany Muniandy (GBKSM)
Bendahari : Cik Noor Hafizah bt.Ismail
AJK : En. Abdul Latif b Hat
Pn. Jailatul Akmar bt Shafie
Pn. Nor Azila bt. Hashim
Pn. Premananthini Dhemudu
Pn. Munirah bt. Hassan
En. Mat Noor b. Noordin
En. Afzhanizam b. Shafii
En. Md. Zahir b. Hassan
En. Mohammad Ashraf b. Abdullah



9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PENDAPATAN JUM BIL PERBELANJAAN JUM
1. Peruntukan Sekolah 2360.00 1 Bayaran Penceramah
(2 orang)
400.00
2 Pengangkutan bas 800.00
3 Makanan & Minuman Pelajar
(40 X RM8.00)
320.00
4 Hadiah Pertandingan 690.00
5 Streamer dan stand 150.00
Jumlah 2360.00 Jumlah 2360.00
10.0 JAWATANKUASA KERJA


Pertandingan Poster
Pn. Nor Azila bt. Hashim
Pn. Bawany Muniandy
Pesiapan Dewan
En. Afzhanizam b. Shafii
En. Md Zahir b. Hassan

Pertandingan Buku Skrap & Kuiz
En. Mat Noor b. Noordin
Pn. Jailatul Akmar bt Shafie
Banner & Hadiah
Cik Noor Hafizah bt.Ismail
Pn. Bawany Muniandy

Pertandingan Kolam
Pn. Premananthini Dhemudu
Siaraya
En. Mohammad Ashraf b. Abdullah

Lawatan Sambil Belajar
En. Abdul Latif b. Hat
Cik Noor Hafizah bt. Ismail

Brosur & Dokumentasi
Pn. Jailatul Akmar bt Shafie
En. Abdul Latif b. Hat

Pertandingan Karangan Anti Dadah
Pn. Munirah bt. Hassan

Fotografi
Cik Noor Hafizah bt. Ismail


11.0 PENUTUP

Semoga Minggu Laluan Kerjaya dan Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah SMK
Taman Ria Jaya 2014 ini dapat memberikan pelbagai maklumat berguna kepada para
pelajar dan akan menggunakan ilmu yang diperolehi itu sebaik mungkin untuk
menghadapi masa depan yang semakin mencabar.



12.0 PENGHARGAAN

Jawatankuasa Program Minggu laluan Kerjaya SMK Taman Ria Jaya merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengetua SMK Taman Ria
Jaya, Penolong-Penolong Kanan, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, guru-guru dan para
pelajar kerana sudi menjayakan program ini.
Disediakan oleh; Disemak oleh;



(BAWANY MUNIANDY) (PN. MARIANI BT HASHIM)
Setiausaha, PK Hal Ehwal Murid
Program Minggu Laluan Kerjaya dan Pendidikan SMK Taman Ria Jaya
Pencegahan Dadah 2014 08000 Sungai Petani
SMK Taman Ria Jaya Kedah Darul Aman




Diluluskan oleh,



(PN. ROHANI BT. MAT)
Pengetua
SMK Taman Ria Jaya
08000 Sungai Petani
Kedah Darul Aman.
























LAMPIRAN A
Tentatif Minggu Laluan Kerjaya SMK Taman Ria Jaya 2014


Bil. Program Tarikh Masa Kelas Terlibat
1. Demontrasi Kerjaya
- Table setting
- Sains Kesihatan
20 April 2014
Ahad
8.00
12.00
5SN1, 5SN2, 4SN1, 4SN2,
301, 4SS1, 4MPV, 5SS1,
5MPV
2. Perasmian Minggu
Laluan Kerjaya 2014
Penyampaian Hadiah
Program Anti Dadah
Edaran Risalah Anti
dadah
Pameran AADK
21 April 2014
Isnin
8.00
12.00
Seluruh Warga SMK Taman
Ria Jaya
3. Lawatan Sambil Belajar
Ke Bukit Merah Lake
Town Isntitute of Allied
Health Sciences
Malaysia
22 April 2014
Selasa
8.00 5.00 4SN1 dan AJK Kelab
Bimbingan dan Kaunseling
4. Ceramah PDRM
Pameran PDRM
23 April 2014
Rabu
8.00
12.00
5A1, 5A2, 5A3
5 Pameran Pendidikan dan
Kerjaya
24 April 2014
Khamis
8.00
12.00
Ting 3 - 5