Anda di halaman 1dari 69

_,_,,| -,- - _,' .

=|
_,_,,| -,- - _,' .=|
P Pe en ny yi in ng gk ka ap pa an n Y Ya an ng g N Ny ya at ta a T Te en nt ta an ng g H Ha ak ki ik ka at t G Go ol lo on ng ga an n K Ku ub bu ur r










=- =v:= - ,, - ;:.| -,- ., _,_
Ziarah Hud Serta Apa Yang Ada
Padanya Dari Kesesatan dan
Kemungkaran









Karangan
Ahmad bin Hassan Al-Muallim




1
Pendahuluan

Sesungguhnya segala puji bagi Allah, kita memuja:Nya, kita meminta
pertolongan-Nya, kita meminta keampunan-Nya. Kita berlindung
dengan Allah dari kejahatan-kejahatan diri kita serta keburukan-
keburukan amalan kita. Sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah maka
tiada penyesatan untuknya dan sesiapa yang Dia sesatkan maka tiada
petunjuk untuknya. Saya mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan
Allah, Dia sahaja, tiada sekutu bagi-Nya. Dan saya mengaku bahawa
Muhammad itu hamba-Nya dan utusan-Nya. Dia utuskan Baginda
dengan Hidayah dan Agama yang Hak {untuk dimenangkan dan
ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang
musyrik tidak menyukainya.}[At-Taubah : 33]


$' %!# ## #)?# !# ,m ?$)? C ) F& =
[maksudnya]: {Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu
kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali
kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.}[Aali Imran : 102]

$' $9# #)?# 3/ %!# /3)={ i < ;n ,=z $] $_
]/ $] Z%` #ZW. [$ 4 #)?# !# %!# 9$? / %n{# 4 ) !#
%. 3= $Y6%
[maksudnya]: {Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan
kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu
(Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya
(isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat
keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah
kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut
namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat;
kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas)
kamu.}[An-Nisa : 1]
2
$' %!# ## #)?# !# #9% Z% #Y x= 39 /3=&
39 3/ 3 !# &! ) $ # $
[maksudnya]: {Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada
Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala
perkara), Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal
kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa
yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah
berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.}[Al-Ahzab : 70-71]

Adapun selepas semua itu:

Sesungguhnya sebenar-benar kata-kata adalah Kitab Allah, sebaik-baik
petunjuk adalah Petunjuk Muhammad , seburuk-buruk perkara adalah
yang dia-adakan, setiap yang diada-adakan adalah bidah, setiap bidah
adalah kesesatan dan setiap kesesatan di dalam Neraka, kemudian
ammabadu:

Sesungguhnya Allah telah mengutuskan para Rasul untuk
mengeluarkan manusia daripada kegelapan-kegelapan kepada Cahaya,
untuk mengeluarkan mereka daripada penyembahan hamba-hamba
kepada penyembahan Tuhan sekalian hamba Subhanahu wa Taala, agar
Agama menjadi seluruhnya untuk Allah.

Syaitan-syaitan telah berusaha untuk memesongkan mereka
daripada Agama mereka, menghalang mereka daripada apa yang
didatangkan oleh para Rasul, dan mengembalikan mereka kepada
kegelapan-kegelapan, kepada kesyirikan, kesesatan dan penyelewengan.
Selepas perutusan Muhammad tiada lagi kenabian dan tiada lagi
kerasulan, Baginda adalah Penutup para Nabi, akan tetapi Allah telah
menjanjikan pemeliharaan Agama-Nya dan dengan pengekalan
sekumpulan daripada umat Muhammad di atas kebenaran, tidak
memudaratkan mereka orang-orang yang memperkecilkan mereka dan
tidak juga orang-orang yang menyalahi mereka, sehinggalah datang
perintah Allah dan mereka di atas keadaan tersebut. Rasul telah
mengkhabarkan bahawa Allah akan mengutuskan untuk umat ini pada
3
permulaan setiap seratus tahun, orang yang akan memperbaharui
untuknya agamanya. Dan tiadalah perkara tersebut melainkan kerana
banyak faktor-faktor pemusnahan, penyeru-penyeru kesesatan berada
pada setiap jalan. Dan dari sedahsyat-dahsyat penyeru kepada kesesatan
dan penyelewengan adalah orang-orang sufi kubur, yang mengubah
Agama, membatalkan Aqidah, dan memburukkan wajah Islam dengan
apa yang mereka sebarkan di dalam Umat ini dari keberhalaan,
khurafat, kejahilan dan kesesatan.

Di sisi kami di Hadhramaut salah sebuah wilayah Republik
Yaman habuan yang besar daripada golongan kubur, juga timbunan
yang besar daripada bidah dan kepercayaan karut. Di antara
kepercayaan karut tersebut adalah khurafat kubur Hud pada tempat
yang maklum di timur lembah Hadhramaut. Di antara bidah-bidah
tersebut adalah apa yang dipenuhi dengannya ziarah kubur yang
didakwa itu, yang terdiri daripada upacara ibadat, bentuk rupa
keberhalaan, seni-seni hiburan yang diharamkan dan lain-lain lagi dari
kesalahan-kesalahan.

Di dalam kajian yang kecil ini, saya mencuba untuk
membuktikan ketidakbenaran wujudnya kubur tersebut di tempat itu,
saya akan singkap tabir daripada apa yang dikandungi oleh ziarah
tersebut daripada bidah dan kesesatan, dajal dan khurafat, dan di
tengah-tengah itu saya akan jelaskan secara ringkas petunjuk Islam
di dalam bermuamalah dengan kubur, petunjuknya di dalam menziarahi
kubur, petunjuk orang-orang Yahudi juga Nasrani di dalamnya. Dan
[saya akan jelaskan] bahawa ziarah tersebut bersama-sama apa yang
membentuknya, hanyalah berjalan mengikut petunjuk Yahudi dan
Nasrani dan bukan mengikut petunjuk orang-orang Islam. Saya telah
bahagikan kajian ini kepada satu pendahuluan, empat bab dan satu
penutup. Saya bahagikan bab-bab tersebut kepada fasal-fasal, dan fasal-
fasal tersebut kepada tajuk-tajuk. Dan yang ingin saya ingatkan di
dalam pendahuluan ini bahawa pendorong kepada penulis kajian ini
adalah; pembaharuan dan penghidupan dari sudut yang berlainan, dan
percubaan penyeru-penyerunya untuk mengasaskannya, menetapkan
bahawa ia adalah benar, memberikan alasan apa yang ada padanya dari
kesalahan-kesalahan, memakaikannya dengan pakaian sunnah,
4
mendalilkan terhadapnya dengan Ayat dan Hadith, mengelirukan
pembaca yang mentah bahawa segala yang terdapat padanya adalah
kebenaran, dan segala apa yang dikatakan mengenainya oleh pihak
yang mewar-warkannya adalah benar, serta pentakwilan pembohongan-
pembohongan yang direka oleh orang yang tiada baginya bahagian
kebaikan di akhirat adalah benar. Seperti mana yang dilakukan Salim
As-Syatiri di dalam risalahnya yang dia tulis padanya Ziarah Nabi
Allah Hud -,`=\' -,\=- Mengikut Timbangan Syarak Bersama Al-
Allamah Salim bin Abdullah As-Syatiri.

Ia adalah risalah berkenaan ziarah Nabi Allah Hud, dipenuhi
dengan dalil-dalil dan penjelasan kesamaran yang dibangkitkan
mengenainya. Sebagaimana yang dilakukan oleh Fahmi Abidun di
dalam risalahnya Permata Yang Bersusun Berkenaan Khabar-Khabar
Kubur dan Ziarah Nabi Allah Hud yang dicetak pada tahun 1419H.
Begitu juga apa yang telah lama dicetak dan diedarkan pada hari ini,
yang bernama Pengerahan Usaha Dalam Khidmat Nisan Nabi Allah
Hud -,`=\' -,\=-

Dan setelah apa yang saya saksikan dengan mata saya sendiri
ketika lawatan saya terhadap tempat kubur tersebut sebelum ini,
berserta apa yang saya lihat dari usaha besar bagi pembangunan tempat
tersebut dan pembinaan tambahan penempatan dan rumah di situ, dan
begitu juga apa yang saya lihat dari upacara-upacara ziarah melalui pita
(video), semua itu telah mendorong saya untuk mengeluarkan kajian ini
bagi menjelaskan kebenaran dan penghapusan kebatilan terhadap
penyebar-penyebar bidah dan penyeru-penyeru khurafat.

Saya telah mencuba sedaya-upaya berlaku adil dan amanah di
dalam penukilan, sehinggakan saya menukilkan daripada buku-buku
mereka sebagaimana yang saya dapati, sekalipun dengan kesalahan
cetakan atau selainnya, supaya saya tidak jatuh di dalam ijtihad yang
saya tersilap padanya, dan agar saya tidak membuka pintu untuk
pengkritik mencacatkan amanah saya di dalam penukilan.

Dan para pembaca hendaklah mengetahui bahawa apa yang
disebut berkenaan ziarah tersebut berterusan sehingga hari ini dan
5
bukannya cerita tentang perkara yang telah tamat. Sesiapa yang ingin
kepastian maka hendaklah dia datang supaya dia lihat dengan dua
matanya sendiri, atau dia saksikan kaset video ziarah tersebut, agar dia
saksikan sebahagian yang terdapat di dalamnya. Adapun sebahagian
perkara yang lain, mereka tidak merakamkannya kerana bimbang
kritikan.

Saya telah namakan kajian ini Penyingkapan Yang Nyata
Tentang Hakikat Golongan Kubur, Ziarah Hud -,>=\! -,\=- Serta
Apa Yang Ada Padanya Dari Kesesatan dan Kemungkaran.

Saya memohon Allah agar kerja ini menjadi semata-mata untuk
wajah-Nya, dan agar ditunaikan matlamat yang dari sebabnya ditulis,
Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Menyahut.























6
Bab Pertama
Kebatilan Apa Yang Mereka Dalilkan Berkenaan
Kewujudan Kubur Tersebut Di Tempat Itu


Fasal Pertama
Kebatilan Apa Yang Mereka Dalilkan Dari Naqli

Tajuk Pertama:
Pembuktian bahawa Allah tidak menetapkan kedudukan kubur
tersebut dan tidak juga selainnya dari kubur-kubur para Anbiya
serta sebab perkara itu:

Inilah Al-Quran di hadapan kita yang terpelihara lagi diketahui,
kita tidak dapati di dalamnya apa-apa petunjuk kepada pernyataan
mana-mana kubur dari kubur para Anbiya dan para Rasul, [walau]
dengan berulang-ulangnya kisah mereka dan penjelasan panjang lebar
perkhabaran mereka dengan kaum-kaum mereka.

Dan tiadalah yang demikian melainkan kerana Al-Quran telah
menyatakan kepada kita apa yang ada di dalamnya dari pengajaran dan
faedah, apa yang boleh kita teladani mereka di dalamnya, atau kita
pelajari darinya keteguhan dan kesabaran untuk menghadapi orang-
orang yang kita dakwah kepada Islam. Sebagaimana ia menyatakan
sebahagian keadaan mereka yang menjadi pujukan untuk Rasulullah
dan pengukuhan di atas apa yang Baginda hadapi dari halangan-
halangan dan tentangan-tentangan daripada kaum Baginda.

Firman Taala: {Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami
ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu
dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran
dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman.}
1
,
dan Dia berfirman: {Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu
mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang
yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam

1
Surah Hud : 120
7
Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia
mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang
terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan
tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi
kaum yang (mahu) beriman.}
2
. Dan ia tidak menyentuh perincian-
perincian hidup mereka yang tidak membawa maksud tersebut, seperti
tanah air sesetengah mereka, kehidupan mereka dan selain itu yang
tidak terhasil padanya sebarang faedah.

Oleh itu, penjelasan Al-Quran adalah untuk suatu hikmah,
diamnya ia daripada sesuatu yang ia diamkan [juga] adalah untuk suatu
hikmah. Dengarlah Imam Ibnu Jarir At-Tabari -=' -==- ketika beliau
bercakap tentang Al-Ahqaf dan tempat tinggal Aad kaum Hud yang
termasuk di dalamnya kubur tersebut, di mana beliau berkata selepas
beliau menyebut percanggahan ahli-ahli Tafsir berkenaan kedudukan
Al-Ahqaf, berkata - \'=. =' -== _ -: harus bahawa itu adalah sebuah
bukit di Syam, harus bahawa ia adalah sebuah lembah di antara Oman
dengan Hadhramaut, harus bahawa ia adalah di As-Syihir, dan tiadalah
pengetahuan tentangnya merupakan pelaksanaan satu kefardhuan dan
tidak pula pada kejahilan tentangnya pensia-siaan satu kewajipan
tamat maksud daripadanya.
3


Jadi, Al-Quran telah menyebut tanah air Aad, bahawa ia di Al-
Ahqaf, dan pendapat yang paling hampir adalah Al-Ahqaf di
Hadhramaut, akan tetapi tidak semestinya kubur tersebut berada di sana,
kerana kebarangkalian bahawa Hud berpindah dengan orang-orang
yang bersama-sama Baginda dari kalangan orang-orang beriman setelah
Allah mengutuskan angin yang tidak mendatangkan sebarang kebaikan
lalu memusnahkan rumah-rumah Aad. Jika Baginda tidak berpindah
pun, tidak boleh kita menentukan kedudukan kubur Baginda melainkan
dengan nas, sama ada dari Al-Quran kita telah ketahui bahawa tiada
sebarang nas di dalam Al-Quran yang menunjukkan kepadanya apatah
lagi menentukannya mahupun daripada As-Sunnah.


2
Surah Yusuf : 111
3
Jilid 26, m/s 16
8
Tajuk Kedua:
Kebatilan apa yang dinasabkan kepada As-Sunnah berupa
pernyataan kubur tersebut pada kedudukannya yang diketahui:
Sebagaimana Al-Quran tidak mengisyaratkan kepada kedudukan
kubur Hud -,`=\' -,\=-, sesungguhnya begitu juga As-Sunnah tidak
sabit di dalamnya apa yang menunjukkan kepada perkara tersebut.
Telah datang hadith daripada Ali --.= =' _=- yang memberi maksud
bahawa kubur tersebut di Hadhramaut, melainkan bahawa hadith
tersebut adalah amat dhoif, dan sebahagian lafaznya mengagakkan
bahawa ia adalah dari hikayat pencerita-pencerita yang jelas padanya
kesan-kesan penipuan dan pembuatan. Sedangkan ia berserta dengan
kelemahannya tidak memberi maksud bahawa ia adalah pada
kedudukan yang dikenali sekarang ini, tetapi ia menafikannya.
[Dibentangkan] kepada anda penjelasan tersebut:

Hadith tersebut diriwayatkan daripada Ali --.= =! __- melalui
tiga jalan:

1- Jalan [Periwayatan] Pertama: daripada Muhammad bin Ishaq Al-
Muttalibi (pengarang Sirah) daripada Muhammad bin Abdullah bin Abi
Said Al-Khuzaie daripada Abi At-Tufail Aamir bin Wathilah, beliau
berkata: Aku mendengar Ali Bin Abi Talib -,`=\' -,\=- berkata kepada
seorang lelaki dari Hadhramaut: Adakah engkau [pernah] lihat bukit
pasir berwarna merah yang mencampurinya tanah liat berwarna merah,
mempunyai pokok araak dan sidir yang banyak, pada kawasan begini
dan begini dari tanah Hadhramaut, adakah engkau [pernah] nampak?
Dia berkata: Ya! Wahai Amiralmuminin, demi Allah, sesungguhnya
engkau menyifatkannya dengan sifat orang yang telah melihatnya.
Beliau berkata: Tidak! Tetapi telah diceritakan daku mengenainya.
Berkata orang Hadhramaut tersebut: Apa halnya, wahai
Amiralmuminin? Beliau berkata: Padanya kubur Hud --,\= =' .'\=-
. Diriwayatkan oleh Al-Bukhari di dalam [kitab] Tarikh beliau
4
,
Hakim
5
, At-Tabari di dalam Tafsir
6
, semuanya daripada jalan

4
Jilid 1, perenggan 1, m/s 135
5
Jilid 2, m/s 564
9
[periwayatan] Salamah bin Al-Fadhl daripada Muhammad bin Ishaq
daripada Muhammad bin Abdullah bin Abi Said Al-Khuzaie daripada
Abi At-Tufail Aamir bin Wathilah daripada Ali --.= =' _=-.

Ini adalah sanad yang dhoif, kerana di dalamnya Salamah bin
Al-Fadhl Al-Abrasy, telah berkata [Ibnu Hajar] di dalam [kitab] At-
Taqrib: Soduk banyak kesilapan, jadi dia tidak digunakan berhujah
secara berseorangan. Di dalamnya juga Muhammad bin Abdullah bin
Abi Said Al-Khuzaie; seorang yang majhul, tidak meriwayatkan
daripadanya selain Muhammad bin Ishaq. Berkata Ibnu Abi Hatim di
dalam [kitab] Al-Jarh wa At-Taadil; daripada bapanya.
7
Dan yang
seperti ini tidak sah walaupun di dalam syawahid sebagaimana yang
telah sedia maklum di dalam tajuknya. Manakala Muhammad bin Ishaq
telah pun mengisytiharkan dengan bentuk tahdith di sisi Al-Bukhari di
dalam Tarikh, dan kerana itu hadith tersebut adalah dhoif. Seterusnya
Ali --.= =' _=- tidak menamakan siapa yang menceritakannya perkara
tersebut, boleh jadi bahawa orang yang menceritakannya adalah salah
seorang yang datang dari negeri tersebut. Kemudian sifat tempat
tersebut tidak kena kepada kedudukan kubur yang masyhur sekarang,
ini adalah jika sah sanad tersebut kepada Ali --.= =' _=- dan anda
telah ketahui bahawa ia tidak sah.

2 Jalan [Periwayatan] Kedua: Telah menyatakannya di dalam
[kitab] Mujam Al-Buldan, dan daripadanya Al-Akwa di dalam [kitab]
Al-Buldan Al-Yamaniah di sisi Yakut Al-Hamawi
8
, beliau berkata,
setelah mentarjihkan bahawa Al-Ahqaf di bumi Yaman: Dan
menyaksikan kesahihan perkara tersebut; apa yang diriwayatkan oleh
Abu Al-Munzir Hisyam bin Muhammad daripada Abi Yahya As-
Sajastani daripada Murrah bin Umar Al-Ayli daripada Al-Asbagh bin
Nabatah, beliau berkata: Sesungguhnya kami duduk di sisi Ali bin Abi
Talib pada suatu hari, pada zaman pemerintahan Abi Bakar bin As-
Siddiq --.= =' _=- lalu dia menyatakan kisah yang panjang

6
Jilid 8, m/s 153
7
Jilid 7, m/s 297
8
Jilid 19
10
sehinggalah dia berkata: Kemudian Ali menanyakannya pada suatu hari
ketika kami sedang berkumpul untuk bersembang: Adakah kamu
mengetahui tentang Hadhramaut? Dia berkata: Jika aku tidak
mengetahuinya, aku tidak mengetahui selainnya. Berkata kepadanya Ali
--.= =' _=-: Adakah engkau mengenali Al-Ahqaf?. Berkata lelaki
tersebut: Seolah-olah engkau bertanya tentang kubur Hud -,`=\' -,\=-:
Alangkah baiknya engkau! Engkau tidak silap!. Dia berkata: Ya! Aku
keluar ketika aku berapa pada puncak keremajaanku dalam sekumpulan
budak dari kampung[ku], dan kami mahu mendatangi kubur Baginda
kerana ketinggian nama Baginda di kalangan kami, serta kerana
banyaknya cerita Baginda daripada kami. Maka kami berjalan di
wilayah Al-Ahqaf beberapa hari dan bersama-sama kami seorang lelaki
yang telah mengenali kedudukan tersebut, lalu kami sampai ke sebuah
bukit pasir berwarna merah, padanya terdapat banyak gua-gua. Maka
lelaki tersebut berlalu bersama-sama kami ke sebuah gua daripadanya
lalu kami memasukinya, lantas kami memerhati lama ke dalamnya, lalu
kami sampai kepada dua bongkah batu, yang telah terlekat salah satu
dari keduanya dan tidak satu lagi, dan padanya terdapat ruang yang
boleh masuk melaluinya seorang lelaki yang kurus secara mengiring.
Maka saya memasukinya, lalu saya terlihat seorang lelaki di atas
perbaringan yang bersangatan besar, berwajah bujur, berjanggut lebat,
telah kering di atas katilnya, dan apabila saya menyentuh sedikit dari
tubuhnya saya dapati dia keras tidak berubah, dan saya lihat di sisi
kepalanya tulisan dengan bahasa Arab: Aku adalah Hud Nabi yang
putus asa daripada Aad dengan sebab kekufurannya, tiadalah bagi
perintah Allah sebarang penahan. Lalu berkata kepada kami, Ali bin
Abi Talib --.= =' _=-: Begitulah yang aku dengari daripada Abi Al-
Qasim . Telah meriwayatkannya Ibnu Aasakir sebagaimana di
dalam [kitab] Nathr Ad-Dur Al-Maknun. Hadith ini juga adalah batil
dari segi sanad dan matannya. Periwayat pertama di dalamnya adalah
Hisyam bin Muhammad As-Saaib Al-Kalbi, Abu Al-Munzir. Berkata
Ahmad bin Hanbal mengenainya: Dia hanyalah tuan punya sembanng
malam dan nasab, aku tak rasa seseorang akan meriwayatkan hadith
daripadanya. Ad-Darqutni dan lain-lain berkata: matruk. Ibnu Asakir
11
berkata: Rafidhi tidak thiqah. Berkata Al-Balaziri di dalam kitab
sejarahnya: Hisyam tidak dipercayai.
9


Di dalamnya juga Asbagh bin Nabatah, berkata Ibnu Hajar di
dalah [kitab] At-Taqrib: matruk rafidhi.

Manakala dari segi matannya pula, sesungguhnya ia telah
menyatakan bahawa dia menemui tulisan di sisi kepala Baginda, tulisan
dalam bahasa Arab, dan ia bersesuaian dengan dongeng-dongeng
sembang waktu malam dan penglipur lara yang dibawa untuk
menghiburkan dan menghiasi majlis-majlis. Jika tidak, maka bilakah
bermulanya tulisan Arab sehinggakan Hud menulis dan meletakkannya
di kepada Baginda?!

Seterusnya, bersama-sama dengan kebatilan sanad dan zahirnya
tanda-tanda fabrikasi pada matan tersebut, sesungguhnya matan tersebut
juga tidak menepati tempat sekarang, kerana tempat sekarang adalah
lembah seperti mana-mana lembah Hadhramaut, serta kubur yang
dinyatakan berada pada lereng bukit yang mengunjur ke arah lembah
tersebut, dan tidak terdapat di sana sebarang bukit pasir mahupun gua-
gua
10
. Ulasan-ulasan seperti ini telah pun dicatatkan oleh ramai orang
sebelum dari saya.

Inilah Muhammad Abdul Qadir Bamatraf berkata di dalam
ulasan-ulasan beliau terhadap Al-Hamdani: Saya telah melawat kubur
yang didakwa ini pada 1954, lalu saya mendapatinya berupa timbunan
yang memanjang dari batu-batu kecil, panjangnya sembilan puluh dua
kaki, ketinggiannya pada sebahagian penjurunya empat kaki. Ia terletak
pada lereng bukit ke arah timur perigi Barhut (dinisbahkan kepada
barahit orang-orang Himyar) tiada bukit pasir berwarna merah, dan
tiada gua yang menonjol yang termasuk dari apa yang disebut oleh Al-
Asbagh bin Nabatah dan menukilkan daripadanya Al-Hamdani.
11



9
Lihat Al-Mizan jilid 4, m/s 304 305
10
[lihat gambar kedudukan kubur yang didakwa]
11
m/s 22
12
Dan sebelum Bamatraf, telah mencatatkan begitu juga, salah
seorang ahli sejarah Hadhramaut termasyhur; Sayid Alawi bin Tohir,
beliau berkata di dalam [kitab] Tazkir An-Nas: Telah berkata Sayidi
Alawai bin Tohir Al-Haddad: Saya telah menanyakan Sayidi Ahmad -
-.= =' _=-: Adakah pada Nabi Allah Hud -,`=\' -,\=-, gua berwarna
merah sebagaimana yang disebut di dalam riwayat daripada Sayidina
Ali bin Abi Tolib --,= =' ,` >-? Dan saya katakan kepadanya:
Sesungguhnya saudaraku Abdullah berkata: Sesungguhnya aku rasa
gua merah yang datang di dalam riwayat tersebut ialah gua yang berada
pada Nabi Allah Hudun - `=\' -,\= , - di Hudun, Dauan.

Lalu berkata Sayidi Ahmad: Dan aku, yang di sisiku [juga]
adalah ini. Telah menyebut Al-Qozwaini di dalam riwayat tersebut dan
padanya terdapat lubang-lubang iaitu gua-gua yang sedia maklum hari
ini. Boleh jadi Nabi Allah Hudun adalah yang dimaksudkan di dalam
riwayat tersebut. Telah mengisyaratkan kepada sedikit daripada itu,
Syeikh Abdul Aziz Ad-Dabbagh di dalam [kitab] Al-Ibraz
12
.

3 Jalan [Periwayatan] Ketiga: Apa yang disebut oleh Abidun
daripada Al-Kasaie di dalam kitabnya (Mubtada Al-Khalq), telah
berkata Kaab Al-Ahbar: Aku dahulunya berada di dalam masjid
Rasulillah , pada khilafah Uthman --.= =' _=-, lalu tiba-tiba seorang
lelaki yang direnung oleh orang ramai kerana ketinggiannya! dia telah
berkata: Siapakah di kalangan kamu anak bapa saudara Rasulillah ?
Mereka berkata: Anak bapa saudara Baginda manakah yang engkau
mahu? Dia berkata: Iaitu yang beriman dengan Baginda ketika kecil.
Lalu mereka menunjukkan kepada Ali bin Abi Talib --,= =' ,` >-.
Maka beliau berkata: Siapakah lelaki ini? Dia berkata: Dari negeri
Hadhramaut. Beliau berkata: Engkau tahu pokok aarak dan sidir
yang menitik daripada daunnya air seperti kabus?. Lalu lelaki itu
berkata: Seolah-olah engkau menanyakan daku tentang kubur Hud -
,`=\' -,\=-?. Maka beliau berkata: Mengenainyalah aku tanyakan
engkau, oleh itu, ceritakanlah daku. Lalu dia berkata: Aku telah pergi

12
Tazkir An-Nas m/s 228 229
13
pada zaman remajaku di dalam sepuluh orang pemuda kampung[ku],
kami mencari kubur Baginda -,`=\' -,\=-, dia berkata [lagi]: lalu kami
berjalan ke sebuah bukit yang tinggi, padanya terdapat gua-gua dan
bersama-sama kami seorang lelaki yang mengetahui kubur Baginda,
sehinggalah kami masuk sebuah gua, tiba-tiba kami berhadapan dengan
dua batu, yang telah terlekat salah satu dari keduanya dan tidak satu
lagi, dan padanya terdapat ruang yang boleh masuk melaluinya seorang
lelaki yang kurus, dan aku adalah orang yang paling kurus di kalangan
mereka. Maka aku pun masuk di antara dua batu tersebut, dan aku
berjalan sehingga aku sampai ke satu ruang yang luas, dan tiba-tiba aku
berhadapan dengan sebuah perbaringan yang di atasnya ada mayat, dan
padanya kain-kain kafan yang seperti debu. Lalu aku pun menyentuh
badannya, ia telah pun kaku, seterusnya bermata besar, bertaut kening,
berdahi luas, berpipi licin, berjanggut panjang, dan di sisi kepalanya
terdapat batu yang tertulis di atasnya: =' . -\ . =' = .=== {Dan
telah menentukan Tuhanmu; Janganlah kamu semua menyembah
melainkan Dia dan dengan dua ibu bapa hendaklah berbuat baik} Aku
adalah Hud bin Al-Kholud bin Aad, utusan Allah kepada Aad bin
Aaus bin Sam bin Nuh. Aku telah datangi mereka dengan Perutusan,
dan aku tinggal di tengah-tengah mereka satu jangka masa dari umurku,
lalu mereka mendustakan daku lantas Allah menghukum mereka
dengan Angin yang tidak mendatangkan kebaikan, maka tidak tinggal
dari mereka walau seorang pun. Dan akan datang selepas itu Soleh bin
Kalukh, lalu kaumnya akan mendustakannya, lantas akan
membinasakan mereka Tempikan. Maka berkata Sayidina Ali - =' _=
-.=-: Engkau benar! Inilah kubur Nabi Hud - `=\' =' -,\= '.,,. _\=
,`=\'-.
13


Telah menyebut riwayat ini Al-Eidarus di dalam [kitab] Bazl
Al-Majhud
14
dengan sedikit perbezaan, di dalamnya; bahawa
perbaringan tersebut adalah dari emas, serta tulisan tersebut dengan
kaligrafi Sind dan Hind. Saya katakan bahawa, jalan [periwayatan] ini
tidak saya lihat pada sanadnya, akan tetapi [kesan] fabrikasi dilihat pada

13
m/s 24
14
m/s 4 & 5
14
matannya. Kerana di situ terdapat katil daripada emas, kepingan [batu]
yang tertulis padanya penyaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah
dan bahawa Muhammad pesuruh Allah, dan satu ayat daripada Surah
Al-Isra: {Dan telah menentukan Tuhanmu; Janganlah kamu semua
menyembah melainkan Dia dan dengan dua ibu bapa hendaklah
berbuat baik}. Apakah tidak terfikir orang yang membuat hikayat
tersebut, bilakah diturunkan ayat ini?? Dan di sana terdapat rekahan
kecil yang sampai kepada ruang kosong yang luas, adakah boleh kita
cuba perkara itu dan kita gali di sebalik batu-batu tersebut agar kita
sampai ke ruang kosong yang luas itu , dan hilang apa yang
merunsingkan kita dari keraguan?

Inilah hadith yang kembali kepadanya sebahagian ahli Tafsir
dan sebahagian ahli Sejarah, dan ia adalah dhoif lagi rosak, tidak sah
sandaran kepadanya dan tidak pula penghujahan dengannya seperti
mana yang anda lihat. Dan ia -berserta dengan apa yang ada padanya
dari kelemahan-, tidak menepati kedudukan yang sedia maklum hari ini.
Dan di sana terdapat hikayat lain yang dinukilkan Abidun daripada As-
Syalli di dalam [kitab] Al-Masyra. Dia berkata:

Dan di antara perkara ajaib yang datang pada zaman As-Siddiq - =' _=
-.=-: bahawa terjadi hujan yang hebat di Hadhramaut, lalu banjir telah
sebuah pintu yang tertutup, lalu orang ramai telah menjadi riuh,
menyangkanya harta, dan mereka telah menulis kepada As-Siddiq - _=
-.= ='-. Lalu beliau telah mengutuskan wakil-wakil dan mereka telah
membuka pintu tersebut, dan ia telah meneluskan mereka ke sebuah
gua, lantas di dalamnya terdapat sebuah perbaringan yang di atasnya
ada mayat yang padanya terdapat perhiasan yang dijalin daripada emas,
dan pada tangannya terdapat kepingan [batu] yang tertulis padanya dua
rangkap ini:
,. .- . , , . . ...... .. . _. .,
,,. . .,, , .,, , ...... _. . . .
Apabila mengkhianati pemerintah dan dua pencatatnya ...
dan hakim bumi berlembut di dalam penghakiman
Maka kecelakaan kemudian kecelakaan seterusnya kecelakaan ...
15
bagi haki m bumi dari pada haki m l angi t
Dan pada tangannya cincin yang tertulis padanya (tidak kami dapati
bagi kebanyakan mereka sebarang perjanjian), dan di sisi kepalanya
tertulis:
.- ,,.- . , ...... ., _ - _
Wahai pencaciku di kalangan Jurhum dalam keadaan jahil ...
keuzuranku t ert ul i s di at as ci nci nku

Serta sebilah pedang hijau yang tertulis padanya: ini adalah pedang
Hud bin Aad bin Iram
15
.

Saya katakan: ini adalah hikayat yang kita tidak ketahui
berkenaan sandarannya sedikit pun, dan As-Syalli menyebut di dalam
bukunya apa yang tidak boleh diterima oleh akal dan diperakui oleh
Syara. Oleh itu, tidak harus penyandaran terhadap nukilannya, dan
tidak juga penetapan hukum syarak dengan riwayatnya, tambah pula
kepada itu, fabrikasi yang zahir pada hikayat tersebut.

Walaupun begitu, ia tidak menetapkan siapakah lelaki tersebut;
sekiranya rangkap yang dinyatakan (wahai yang mencaciku dari
kalangan Jurhum) ia menunjukkan bahawa lelaki tersebut mempunyai
hubungan dengan Jurhum yang wujud selepas Aad berkurun-kurun
lamanya. Begitu juga pedang tersebut dan tulisan yang di atasnya,
semua itu menjadikan kita memutuskan bahawa hikayat tersebut tidak
bercantum kepada kubur Hud dengan sebarang sebab sama sekali. Akan
tetapi menjadi kebiasaan kaum tersebut memperbanyakkan himpunan
apa yang mereka terdaya dari kesamaran-kesamaran, supaya apabila ia
banyak, seorang insan yang mentah akan mendapati dirinya terpaksa
membenarkan kesamaran tersebut tanpa penilaian terhadapnya.

Ringkasan perbincangan, sesungguhnya apa yang didalilkan
oleh penyebar-penyebar khurafat kubur Hud, tidak sabit dari segi sanad,
tidak teguh dari segi penglihatan, dan saling tolak-menolak di antara
satu sama lain dari segi kandungannya.


15
m/s 34
16
Tajuk Ketiga:
Perbincangan apa yang mereka nukilkan daripada ahli-ahli Tafsir
berkenaan perkara tersebut:
Sesungguhnya ahli-ahli Tafsir telah berkata ketika mentafsirkan
ayat-ayat yang menyebut kisah Hud di dalam surah Hud dan di dalam
surah Al-Ahqaf, berkenaan tempat tinggal qabilah Aad yang diutuskan
kepada mereka Hud -,`=\' -,\=-, dan mereka tidak menyentuh
pernyataan kubur tersebut mengikut bentuk yang menentukan
kedudukannya secara mutlak, perbincangan hanyalah berkenaan tempat
tinggal Aad dan Al-Ahqaf. Mereka menyebut riwayat-riwayat yang
berlainan, yang kebanyakannya mengisyaratkan kepada Hadhramaut
secara umum, atau As-Syihir, atau Al-Mahrah, atau kepada kawasan di
antara Oman dan Al-Mahrah. Ibnu Jarir telah membawa di dalam tafsir
surah Hud satu athar

mengikut yang kita telah bincangkan tentangnya


sebentar tadi, dan daripada beliaulah menukilkan sebahagian ahli-ahli
Tafsir yang terkemudian, di antara mereka adalah Ibnu Kathir.

Namun begitu, telah ditanyakan As-Syatiri soalan ini: Apakah
dalil-dalil yang menunjukkan bahawa kubur Hud -,`=\' -,\=- adalah
yang diziarahi sekarang? Lalu dia menjawab:
Pertama: Nukilan-nukilan sejarah yang dinyatakan sebentar tadi.
Kedua: Kitab-kitab tafsir; sesungguhnya ia telah menunjukkan bahawa
[kubur tersebut] berada di sebuah lembah Hadhramaut, berdekatan
Barhut dan Al-Mahrah, dan ia menyifatkannya dengan sifatnya yang
dikenali sekarang, [dibentangkan] kepada anda sebahagian nukilan-
nukilan tersebut:

[Sebelum kami menukilkan kepada anda wahai pembaca yang
dikasihi, apa yang dia nyatakan dari nukilan-nukilan; kami ingin
memalingkan pandangan anda kepada apa yang dikandungi oleh
pendahuluan jawapan tersebut, dia berkata: ia di sebuah lembah
Hadhramaut, ia berdekatan Barhut dan Al-Mahrah, dan
bahawa nukilan-nukilan tersebut menyifatkannya dengan ciri-
cirinya yang kenali sekarang. Dan setelah anda hafal keratan-

.'(athar) : Apa yang diriwayatkan dari perbuatan dan kata para Sahabat.
17
keratan yang tiga dari pendahuluan jawapan ini, serta anda cuba
memahami dan mengingatinya, marilah bersama saya kita lihat
nukilan-nukilan tersebut].

1 Tafsir Ibnu Kathir, jilid 4 (surah Al-Ahqaf), beliau berkata: Telah
berkata Imam Ali bin Abi Tolib: Al-Ahqaf adalah sebuah lembah di
Hadhramaut, dinamakan Barhut, dihumbankan ke dalamnya ruh-ruh
orang kafir.

Kita di sini tidak mahu menyusahkan orang ini dan kita tidak
minta sanad kata-kata ini, walaupun kita tahu bahawa para Ulama
mendhoifkan riwayat ruh orang-orang kafir di dalam telaga Barhut, dan
boleh jadi mereka menghukum terhadapnya dengan fabrikasi. Akan
tetapi kita katakan kepadanya: Di manakah pernyataan kubur tersebut di
dalam nukilan ini?.

2 Kemudian dia berkata: Telah berkata Al-Baghowi di dalam
tafsirnya, jilid 5 (surah Al-Ahqaf) pada ayat: {Dan ingatlah peristiwa
(Nabi Hud) saudara kaum Aad, ketika ia memberi amaran kepada
kaumnya yang tinggal di lembah "Al-Ahqaaf",}. Telah berkata Ibnu
Abbas: Al-Ahqaf adalah sebuah lembah di antara Oman dan Al-
Mahrah, berkata Muqatil: Tempat tinggal Aad adalah di Yaman, di
Hadhramaut, pada tempat yang dinamakan Al-Mahrah.

Di manakah pernyataan sebuah lembah Hadhramaut? Di
manakah Barhut? Di manakah pernyataan kubur tersebut?! Seterusnya
kata-kata Ibnu Abbas; ia adalah sebuah lembah di antara Oman dan Al-
Mahrah, adakah boleh kita katakan: Ia adalah kedudukan kubur yang
sedia maklum? Berapa ratus batu di antara kedudukan tersebut dengan
apa yang boleh kita namakan di antara Oman dan Al-Mahrah?
Sesungguhnya kedudukan kubur tersebut adalah di barat Al-Mahrah
dengan jarak yang jauh, sedangkan apa yang disebut oleh Ibnu Abbas
adalah di timurnya. Bagaimana dia membolehkan dirinya menyesatkan
orang ramai berkenaan sebuah jajahan yang sempurna daripada jajahan-
jajahan Republik Yaman, yang menganjur beratus-ratus batu?
Bukankah mengikut pendapat Ibnu Abbas, jika benar daripadanya,
sesungguhnya penduduk Zofar lebih layak untuk mendakwanya, dan
18
mereka telah pun mendakwanya. Mereka mempunyai makam di sana
yang dinamakan makam Hud dan Ibnu Batutah telah melawatnya dan
menyebutnya di dalam [kitab] Rehlah beliau.

3 Kemudian dia berkata: Telah berkata Ar-Razi di dalam tafsirnya,
jilid 14, pada ayat yang sama: Telah berkata Ibnu Abbas: Al-Ahqaf
adalah sebuah lembah di antara Oman dan Al-Mahrah.

Kita memadai dengan apa yang kita telah nyatakan pada nukilan
daripada Ibnu Kathir, kerana pendapat yang dinukilkan daripada Ibnu
Abbas ini ia adalah yang sama disebut oleh Ibnu Kathir.

Inilah yang disebut oleh As-Syatiri, dan telah menyebut
sebahagian daripadanya Abidun di dalam kitab Permata Yang
Bersusun Berkenaan Khabar-Khabar Kubur dan Ziarah Nabi Allah
Hud dan dia telah menambah beberapa pendapat oleh dua ahli tafsir
lain, lalu dia berkata
16
: Pendapat-pendapat para Ulama berkenaannya:

Imam Ibnu Kathir (774H), kemudian dia telah menukilkan
daripadanya satu athar Ali --.= =' _=- dari jalan [periwayatan] Abi
Al-Tufail, -dan telah berlalu perbincangan terhadapnya; bahawa tidak
sabit sanadnya, dan tidak pula bertepatan matannya dengan kubur yang
didakwa-. Dia berkata: Dan telah meriwayatkannya Ibnu Jarir. Saya
kata: Benar! Ia sememangnya begitu, dan beliau telah meriwayatkannya
melalui jalan [periwayatan] Muhammad bin Humaid yang disifatkan
dengan kazzab oleh ramai dari kalangan Ulama Jarh dan Taadil. Dan
telah berlalu perbincangan tentang sanad selebihnya.

4 Kemudian dia berkata
17
: Imam As-Sayuti:
Beliau telah menyebut di dalam [kitab] tafsirnya Ad-Dur Al-Manthur:
Telah mengeluarkan Ibnu Said beginilah [yang tertulis] dan boleh jadi
dia adalah Ibnu Saad dan Ibnu Asakir daripada Ishaq, dia berkata:
Tidak diketahui kubur seorang Nabi pun dari kalangan para Anbiya
kecuali tiga; kubur Ismail di bawah Mizab di antara rukun dan Bait.

16
m/s 22
17
m/s 25
19
Kubur Hud, ia adalah pada haqf di bawah sebuah bukit daripada bukit-
bukit Yaman, dan tempatnya adalah Bumi yang paling panas. Dan
kubur Rasulillah . Kerana sesungguhnya kubur-kubur ini telah
dipastikan.

Imam Al-Waqidi (yang meninggal pada 207H) telah pun
menyebut riwayat yang sama ini. Saya katakan: Ibnu Saad adalah dari
seutama-utama pengikut Al-Waqidi, dan selama mana Al-Waqidi telah
meriwayatkannya, maka biasanya Ibnu Saad dan begitu juga Ibnu
Asakir, kedua-duanya telah meriwayatkannya dari jalan [periwayatan]
Al-Waqidi. Dan dia adalah amat dhoif dan tidak diambil kira riwayat.
Ibnu Hajar di dalam [kitab] At-Taqrib telah berkata: Matruk walaupun
dengan keluasan ilmunya. Kerana itu tidak ada sebarang nilai bagi
riwayat ini, dan berserta dengan itu, lafaz athar ini tidak bertepatan
terhadap kedudukan kubur yang didakwa, kerana haqf ialah bukit pasir
atau apa yang menganjur daripada pada pasir berserta kecondongan.
Dan tidak ada sebarang kesan sama sekali bagi bukit-bukit pasir dengan
makna ini pada lembah yang disangka bahawa ia adalah tempat kubur
tersebut.

5 Kemudian dia berkata di dalam muka surat yang sama: Imam Al-
Khozin:
Dan di dalam [kitab] Lubab At-Tawil oleh Al-Khozin: Lalu apabila
Allah telah membinasakan Aad, maka telah berpindah Hud bersama
dengan orang yang bersama Baginda dari kalangan orang beriman,
daripada bumi mereka di Al-Ahqaf, ke tempat yang dinamakan As-
Syihir yang termasuk dari tanah Yaman. Baginda menetap di situ,
kemudian kematian telah mendatangi Baginda, lalu Baginda
dikebumikan di tanah Hadhramaut. Dan diriwayatkan daripada Sayidina
Ali bin Abi Tolib bahawa kubur Hud di Hadhramaut pada sebuah bukit
pasir berwarna merah.

Saya katakan: Kata-kata Al-Khozin tidak kita ketahui kepada
apa beliau sandarkan padanya, kemudian ia adalah goyah, kerana
kebanyakan ahli Tafsir menjadikan As-Syihir termasuk dari Al-Ahqaf,
sedangkan beliau ini membezakan di antaranya dengan Al-Ahqaf. Dan
jika kita terima bahawa kata-kata ini benar, maka ia adalah penolakan
20
yang jelas terhadap orang-orang yang menyangka bahawa ia berada
pada kedudukannya yang masyhur. Kerana setiap yang mengenali
Hadhramaut tahu bahawa As-Syihir terletak jauh daripada kedudukan
kubur tersebut beratus-ratus batu. Jadi, bagaimana kita berhujah dengan
pendapat yang menyabitkan bahawa kubur Hud di As-Syihir untuk
mensahihkan dakwaan kedudukan yang disangka?

6 Berkata
18
Imam As-Syaukani:
Telah mengeluarkan Al-Bukhari di dalam [kitab] Sejarah beliau, serta
Ibnu Jarir dan Ibnu Asakir daripada Ali bin Abi Tolib --.= =' _=-,
beliau berkata: Kubur Hud di Hadhramaut pada sebuah bukit pasir
berwarna merah di sisi kepalanya ada pokok sidir.

Saya katakan: Ia memangnya begitu di sisi As-Syaukani
19
, akan
tetapi selepas riwayat ini, ada riwayat lain yang sahabat kita tinggalkan,
kerana ia merosakkan terhadap pengeliruannya, di mana telah berkata
As-Syaukani sesudah itu: Telah mengeluarkan Ibnu Asakir daripada
Uthman bin Abi Aatikah, beliau berkata: Kiblat masjid Dimasyq
adalah kubur Hud.

Walaupun kedua-dua riwayat tersebut tidak sahih; sanad kedua-
duanya, dan tidak menepati matan kedua-duanya kedudukan kubur yang
didakwa, sesungguhnya pengarang ini mendapati bahawa riwayat yang
pertama boleh dikelirukan dengannya pembaca, manakala riwayat yang
kedua tidak akan terlepas dari sesiapa, maka dia menyembunyikannya.
Inilah dia hawa nafsu, kita memohon Allah supaya melindungi kita
daripadanya, dan tidak ada keganjilan kerana ini adalah jalan orang
yang membuat bidah di dalam pendalilan, mereka berhujah dengan
yang lemah dan yang maudu, dan mereka membengkokkan tengkuk-
tengkuk nas supaya menepati hawa nafsu mereka. Mereka menolak apa
yang menyalahi hawa nafsu mereka sekalipun di dalam dua Kitab Sahih
ataupun salah satu dari keduanya. Kumpulan pembuat bidah ini ada di
sisi kita di Hadhramaut, mereka membantah hadith Jariah yang
diriwayatkan oleh Muslim di dalam [kitab] Sahih beliau, kerana ia

18
m/s 26
19
Jilid 2, m/s 219 cetakan Darul Fikr
21
menyabitkan bahawa Allah di Langit mengikut apa yang layak dengan
Keagungan-Nya dan Kesempurnaan-Nya, lalu mereka menistakannya
kerana ia adalah jelas di dalam penolakan terhadap mereka, dan mereka
berserta dengan itu, anda dapati di sini berhujah dengan yang maudu,
yang lemah dan hikayat-hikayat yang tidak mempunyai ikatan dan tidak
pula kekangan.

Boleh jadi saya telah panjang di dalam mengekori mereka
berkenaan apa yang mereka nukilkan dari kitab-kitab Tafsir, supaya
mereka tidak datang pada hari yang lain dan berkata kepada orang-
orang awam: Kami ada dalil-dalil selain apa yang telah dinyatakan, - ='
,\='-.


Tajuk Keempat:
Riwayat-riwayat sejarah berkenaan tajuk ini:
Sesungguhnya penyebar-penyebar ziarah ini telah menyebut
banyak nukilan-nukilan sejarah yang membantu pada sangkaan
mereka kata-kata mereka berkenaan kewujudan kubur tersebut di
tempat itu. Tidak terdapat di sana sesuatu yang jelas di dalam
penetapannya sama sekali, kebanyakan dari nukilan-nukilan tersebut
sebenarnya berasaskan kepada apa yang telah kita nyatakan
kebatilannya dari athar-athar yang dinasabkan kepada Ali bin Abi
Tolib --.= =' _=-, ataupun kepada apa yang dinyatakan oleh
pencerita-pencerita lama yang dinistakan dan dituduh dengan penipuan;
seperti Ibnu Al-Kalbi, Ubaid bin Syariyah Al-Jurhumi, Al-Waqidi dan
selainnya. Nukilan-nukilan ini tidak boleh pergantungan kepadanya dan
penetapan hukum-hukum Syara dengannya.

Sesungguhnya kebarangkalian wujudnya kubur Hud di Hadhramaut
adalah terjadi dan kuat, tetapi penentuan kedudukan inilah yang tidak
mungkin pembuktiannya. Di sini tiga dari kalangan sejarawan-
sejarawan Hadhramaut termasyhur, telah sampai kepada natijah ini:

Yang pertama di antara mereka: beliau adalah muktamad di sisi
semua, terutamanya keluarga Alawi yang mengepalai seruan ziarah
22
kubur Nabi Allah Hud pada tempatnya itu, iaitu Alawi bin Tohir Al-
Haddad; di mana beliau telah mencatatkan bahawa gua atau bukit pasir
yang disebut di dalam riwayat Ali tidak wujud di tempat yang disangka
bahawa ia adalah kubur Hud. Dan bahawa kebarangkalian, boleh jadi
yang dimaksudkan di dalam riwayat tersebut adalah kubur Nabi Hudun
di Dauan dan bukannya kubur Nabi Hud. Telah berlalu teks kata-kata
beliau sebelum ini.

Yang kedua: Ustaz Muhammad Abdul Qadir Bamatraf, beliau telah
mengatakan dengan teks: Adapun kubur yang disangka oleh
sebahagian orang-orang Hadhramaut bahawa ia adalah kubur Hud, ia
sebenarnya adalah bertentangan terhadap riwayat-riwayat cerita lama,
di antaranya adalah riwayat Al-Asbagh dan Al-Hamdani
20
.

Yang ketiga: Sejarawan yang terkenal; Ustaz Said Audh Bawazir, di
mana beliau berkata: Dan telah bergerak Nabi Hud -,`=\' -,\=- selepas
kebinasaan kaum Baginda di dalam dakwah tauhid Baginda,
sehinggalah menemui Baginda kematian di Hadhramaut. Akan tetapi
sejarah tidak menetapkan kedudukan kubur ini, dan kubur yang sedia
maklum hari ini di timur lembah utama di Hadhramaut membangkitkan
keraguan kerana banyak sebab, apatah lagi sesungguhnya tidak tertegak
bukti-bukti sejarah yang menentukan kedudukan kubur tersebut
21
.


Tajuk Kelima:
Percanggahan ahli-ahli Tafsir tentang kedudukan kubur tersebut:
Di antara perkara yang memastikan ketiadaan wujudnya dalil
qatie ataupun zhonnie yang sah untuk penghujahan dengannya adalah
ahli-ahli sejarah telah bercanggah dengan percanggahan yang besar di
dalam menentukan tempat dikebumikan padanya Hud -,`=\' -,\=-.
Sesungguhnya telah datang banyak pendapat di dalam menentukan
tempat yang dikebumikan Baginda padanya.


20
m/s 22, telah berlalu kata-katanya dengan sempurna
21
Maalim Tarikh Al-Jazirah Al-Arabiah m/s 30 melalui perantaraan As-Sabban m/s
13
23
1 Antaranya ialah Dimasyq, sebelah hadapan Jamie Al-Amawi:
Telah berkata Al-Hafiz Ibnu Kathir di dalam [kitab] Al-Bidayah wa An-
Nihayah, di dalam konteks kisah Hud pada bahagian akhirnya, ketika
beliau menyatakan percanggahan berkenaan kedudukan kubur Baginda:
dan kita telah dahulukan [perbuatan] Haji oleh Hud -,`=\' -,\=- ketika
menyatakan [perbuatan] Haji oleh Nuh -,`=\' -,\=-. Diriwayatkan
daripada Amirilmuminin Ali bin Abi Tolib, bahawa beliau menyatakan
sifat kubur Hud -,`=\' -,\=- di negeri Yaman, manakala orang-orang lain
menyatakan bahawa ia di Dimasyq, dan pada masjidnya terdapat suatu
tempat pada dindingnya yang di sebelah hadapan, sebahagian manusia
menyangka bahawa ia adalah kubur Hud -,`=\' -,\=-, -,\=' ='-
22
.

2 Di kalangan mereka ada yang mengatakan bahawa ia di
Palestin:
Berkata Abdul Wahab An-Najjar di dalam kitab Qosas Al-Anbiya:
Dan berkata penduduk Hadhramaut: Bahawa Hud -,`=\' -,\=-
mendiami Hadhramaut setelah kehancuran Aad sehinggalah Baginda
mati dan ditanam di timur negeri mereka, dalam jarak dua marhalah
dari bandar Tarim, berhampiran lembah Barhut. Dan telah datang
daripada Ali --,= =' ,` >- bahawa Baginda dikebumikan pada sebuah
bukit pasir berwarna merah dan pada bahagian kepala Baginda terdapat
pokok sumur di Hadhramaut. Manakala penduduk Palestin mendakwa
bahawa Baginda dikebumikan di sisi mereka dan mereka telah membina
untuk Baginda sebuah kubur, dan mereka membuat [majlis] maulid
untuk Baginda setiap tahun. Dan kata-kata penduduk Hadhramaut
adalah yang paling hampir kepada logik, kerana ia adalah berjiran
dengan negeri Aad iaitu Al-Ahqaf bukannya Palestin.
23


3 Ada di antara mereka yang mengatakan bahawa ia di Mekah:
Telah berkata Syeikh Hasan Abdullah Basalamah di dalam kitab beliau
Tarikh Al-Kaabah Al-Muazzomah: Telah meriwayatkan Al-
Allamah Abu Al-Baqa Muhammad bin Ahmad bin Ad-Dhiya Al-

22
Jilid 1, m/s 130
23
Qosas Al-Anbiya m/s 74
24
Umari Al-Qurasyi yang mati pada tahun 854H di dalam kitabnya Al-
Bahr Al-Aamiq daripada Muhammad bin Sabith, dia berkata: Telah
mati Hud, Nuh, Soleh, Syuaib di Mekah, dan kubur mereka adalah di
antara Zam-zam dan Hijir. Dahulunya seseorang Nabi apabila binasa
umatnya, dia akan mendapatkan Mekah, untuk beribadat padanya
sehingga dia mati. (sehingga akhirnya ...)
24
.

4 Di kalangan mereka yang mengatakan ia di Zofar:
Berkata Ibnu Batutah di dalam pengembaraannya yang masyhur, ketika
beliau bercakap tentang Masjid Al-Amawi di Dimasyq: Dan dikatakan
bahawa dinding bahagian hadapannya diletakkan oleh Nabi Allah Hud -
,`=\' -,\=- dan bahawa Baginda dikuburkan padanya. Dan aku telah
melihat berhampiran dengan bandar Zofar di Yaman, pada tempat yang
dinamakan Al-Ahqaf, binaan yang padanya sebuah kubur yang tertulis
di atasnya ini kubur Hud bin Aabir
25
.

5 Ada di antara mereka yang mengatakan:
Bahawa di Iraq, di lembah As-Salam berdekatan kubur Ali bin Abi
Tolib --.= =' _=-; Hud dan Soleh -,`=\' '=,,\=-. Telah menyatakan
perkara tersebut, Muhammad As-Syahid di dalam kitabnya Dalil Az-
Zaeir ila Al-Atabat Al-Muqaddasah fi Al-Iraq
26
dan dia menyatakan
bagaimana kedua-duanya diziarahi, serta dia mendatangkan gambar-
gambar yang tertulis di bawahnya gambar dua pusara Hud dan Soleh -
,`=\' '=,,\=-.

Ini, sebagaimana yang anda lihat, lima tempat yang dikatakan
bahawa padanya kubur Hud dan yang keenam adalah kubur yang di
Hadhramaut berserta dengan kesangsian sebahagian ahli-ahli Sejarah -
berketurunan Hadharamaut- ia terletak pada tempat tersebut. Apabila
kita tambahkan ini kepada apa yang telah lalu dari ketiadaan petunjuk
terhadapnya di dalam Al-Quran, dan ketidaksahihan hadith-hadith yang
datang berkenaannya, serta ketidaksepakatan ahli-ahli Tafsir berkenaan
sesuatu mengenainya; terhasil bahawa tidak diketahui tempat tertentu

24
m/s 167
25
m/s 85
26
m/s 27
25
yang pasti, yang membolehkan seorang pengkaji yang jujur putuskan
terhadapnya.

Oleh itu, kita menujukan kepada penyebar-penyebar khurafat
ziarah Hud, hendaklah mereka takutkan Allah dan meninggalkan
pengeliruan, berdegil di atas yang batil, berpura-pura menegakkan
hujah-hujah bagi pembuktian apa yang mereka dakwa, dan janganlah
mereka memikulkan orang ramai dengan kepenatan, kepayahan dan
kerugian dari satu segi, dan dengan kepercayaan yang batil dan mereka-
reka di dalam Agama Allah ataupun menghidupkan apa yang telah
pupus dari bidah-bidah, sekiranya matlamat mereka adalah
menghampirkan [diri] kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Kerana
jalan menghampirkan [diri] yang disyariatkan kepada Allah amat luas
dan dijamin natijah-natijahnya, bagi sesiapa yang mencarinya: {Dan
orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana
memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin
mereka ke jalan-jalan Kami} [Al-Ankabut : 69].




















26
Fasal Kedua
Kebatilan Kasyf dan Ilham Yang Mereka Dalilkan Terhadap
Kewujudan Kubur Hud Pada Tempat Yang Disangka

Tajuk Pertama:
Pengenalan Kasyf dan Ilham:
Berkata Al-Jurjani berkenaan Kasyf: dari segi bahasa:
menyingkap tabir, dan dari segi istilah: ia adalah ketahuan terhadap apa
yang di sebalik hijab daripada makna-makna ghaib dan perkara-perkara
hakikat dari segi wujud atau dari segi penyaksian
27


Dan beliau berkata tentang Ilham: apa yang dicampakkan ke
dalam jiwa melalui cara limpahan, dan dikatakan [juga] Ilham adalah
apa yang jatuh ke dalam hati dari sebarang ilmu, dan ia mengajak
kepada beramal dengan tanpa pendalilan dengan ayat, dan tidak pula
pemerhatian terhadap hujah, dan ia bukan hujah di sisi para Ulama
melainkan di sisi orang-orang Sufi tamat tempat tujuan
28
.

Inilah dia Kasyf, dan itulah dia Ilham, ia menyampaikan kepada
pengetahuan hakikat-hakikat sebagaimana yang disangka oleh orang-
orang Sufi tanpa cara-cara yang dijadikan oleh Allah sebagai jalan-
jalan untuk mengetahuinya. Dan tidak pernah kecenderungan dan ambil
berat terhadap keduanya diketahui di sisi Salafussoleh dan tidak pula di
sisi para Ulama yang diteladani pada sepanjang zaman dan semua
tempat.


Tajuk Kedua:
Penjelasan bahawa tidak dijadikan hujah dengan Kasyf di sisi
Ulama Ahli Sunnah:
Telah berlalu terhadap anda pengenalan Kasyf dan Ilham, serta
jelas daripada apa yang berlalu, bahawa tidak mungkin ditegakkan
hujah mahupun bukti bagi kesahihan dakwaan orang yang mendakwa
Kasyf dan Ilham melainkan semata-mata kata-katanya, kerana ini para
Ulama telah menolaknya, dan enggan berdalil dengannya. Berkata Ibnu

27
At-Taarifat m/s 184
28
Rujukan yang sama m/s 34
27
Ubaidillah As-Saqqaf -=' -==-: Jika terbuka bab berhujah dengannya
di dalam Syariat, nescaya mudahlah bagi orang-orang yang menjajakan
Agama beralasan, dan makin luaslah carikan terhadap tampalan
29
,
daripada [kitab] syarahan bercetak oleh Al-Allamah Ibnu Ubaidillah.
Dan telah berkata As-Syaukani di dalam [kitab] Irsyad Al-Fuhul
30

selepas menyatakan kata-kata orang ramai berkenaan Ilham dan
pendalilan sesiapa yang mendatangkan dalil bagi penyabitannya, beliau
berkata: kemudian mengikut jangkaan kesimpulan sabitnya Ilham
dengan apa yang telah berlalu dari dalil-dalil, dari manakah kita dapat,
bahawa dakwaan individu ini -kerana berlaku Ilham untuknya- adalah
benar? Dan apakah bukti bahawa hatinya termasuk daripada hati-hati
yang tidak diwaswaskan dan tidak pula mempermudah-mudahkan?!.

Telah menerangkan Al-Allamah Ibnu Hajar Al-Haitami di
dalam [kitab] Al-Fatawa Al-Qubra
31
: Bahawa para Imam bersepakat;
tidak digunakan Ilham di dalam Hukum-hukum Syara, sebagaimana
telah menjelaskannya, bahkan orang-orang yang mensyarahkan Al-
Minhaj pada permulaan Toharah. Kasyf dan Ilham adalah hampir sama
sebenarnya seperti yang dikatakan oleh Ibnu Ubaidillah: Dan apakah
anda semua tahu apa itu Ilham? Ia adalah sesuatu yang sejuk dengannya
hati, dan lapang terhadapnya dada, dan ini adalah Kasyf itu sendiri atau
satu bentuk daripadanya.
32


Sesungguhnya penyebar-penyebar khurafat kubur Hud telah
mengembalikan kepada Kasyf dan mereka memperbanyakkannya, serta
mereka menyatakan dengan jelas pergantungan terhadapnya dan
kepercayaan dengan konteksnya. Berkata Al-Eidrus di dalam kitabnya
Bazl Al-Majhud: Dan ia adalah pasti di sisi orang mempunyai mata-
mata hati dan pandangan-pandangan penglihatan dari kalangan pemilik-
pemilik hati dan orang-orang mukasyafah. Mereka telah melihat Hud -
,`=\' -,\=- dan mereka telah menyaksikan Baginda dengan penglihatan
dalam keadaan sedar, dengan mata Kasyf serta penyaksian mata kepala,

29
m/s 30
30
m/s 219
31
Jilid 4, m/s 184
32
Ibid
28
pada tempat suci yang mulia itu, dan pada masa keberkatan yang
berganda, yang sedia maklum di sisi orang tertentu dan orang awam
dengan pemberian-pemberian meliputi yang menyeluruh, dan
keberkatan meratai yang hebat. Dengan naungan orang-orang yang
dinyatakan tadi kita menziarahi, terhadap kubur Baginda kita pasti,
untuk menghampiri Baginda kita mencapai, dan kelebihan yang
melimpah dan pahala yang besar kita berharap [sehingga akhirnya].
33


Dan dengan ini, anda mengetahui bahawa golongan tersebut
menyalahi ijmak para Imam, mereka menjauhi apa yang padanya ahli-
ahli Fiqh Syafie bahkan seluruh Ulama Ahli Sunnah.

Sesungguh Salim As-Syatiri telah cuba untuk mengelirukan di
dalam jawapannya yang berkaitan dengan ziarah kubur Hud dia cuba
untuk mengelirukan apabila dia menyatakan bahawa As-Syaukani telah
meletakkan satu fasal [tentang Ilham] di dalam kitab beliau Irsyad Al-
Fuhul dan beliau telah menyebut dalil-dalil orang-orang yang
berpendapat dengan penghujahannya di dalam perkara-perkara yang
tidak datang sebarang dalil daripada Kitab dan Sunnah, yang tidak
terasas padanya halal ataupun haram, akan tetapi didalilkan dengannya
berkenaan perkara-perkara tersebut bahawa ia adalah menepati Syara.

Saya katakan, apa yang telah saya katakan sebelum ini:
Sesungguhnya ini adalah uslub golongan Batiniah di dalam
mentakwilkan dan mengelirukan, jika tidak maka As-Syaukani telah
mengulas terhadapnya dengan kata-kata beliau: kemudian mengikut
jangkaan kesimpulan sabitnya Ilham dengan apa yang telah berlalu dari
dalil-dalil, dari manakah kita dapat, bahawa dakwaan individu ini -
kerana berlaku Ilham untuknya- adalah benar? Dan apakah bukti
bahawa hatinya termasuk daripada hati-hati yang tidak diwaswaskan
dan tidak pula mempermudah-mudahkan?!.
34


Adakah pada kata-kata As-Syaukani ini bahawa beliau
menyokong sesiapa yang berkata dengan menjadi hujahnya Ilham?!
Demi Allah! Tidak.

33
m/s 7 8
34
Irsyad Al-Fuhul m/s 219
29
Tajuk Ketiga:
Beberapa contoh daripada mukasyafah yang menyangka wujudnya
kubur tersebut di tempatnya yang sedia maklum:

1 Contoh Pertama: Apa yang diriwayatkan oleh Al-Eidrus di dalam
Bazl Al-Majhud berkenaan Al-Faqih Al-Muqaddam Muhammad bin Ali
Baalawi bahawa dia berkata: Tidak hadir aku daripada ziarah Hud -
,`=\' -,\=- pada satu tahun dari beberapa tahun. Maka ketika mana aku
sedang duduk di satu tempat yang tinggi atapnya, tiba-tiba masuk
kepadaku Nabi Hud menundukkan kepalanya supaya tidak
mengenainya atap tersebut, lalu Baginda berkata: Wahai Syeikh! Jika
engkau tidak menziarahi kami, kami menziarahi engkau
35


Ini adalah salah satu contoh Kasyf yang dijadikan dalil oleh Al-
Eidru terhadap kesahihan wujudnya kubur Nabi Allah Hud pada
tempat tersebut. Adakah akan mempercayai orang-orang yang berakal
kata-kata tidak senonoh seperti ini yang mereka jadikan hujah; mereka
tetapkan dengannya hukum-hukum dan ibadat-ibadat yang tiada dalil ke
atasnya dari Syara, bahkan Syara menyalahinya?!.

2 Contoh Kedua: Apa yang diriwayatkan oleh Syeikh Alawi bin Al-
Faqih Al-Muqaddam, dia berkata: Aku menziarahi Nabi Hud - -,\=
,`=\'-, maka apabila aku sampai, aku waswas di dalam diriku: Adakah
Hud pada tempat yang diziarahi orang ramai padanya ataupun tidak?
Lalu aku pun menyelam ke dalamnya, kemudian aku kembali selepas
satu jam, dan aku telah dapati Nabi Hud -,`=\' `=\' -,\=- pada tempat
itu, dan aku telah berbicara dengannya, lalu Nabi Hud telah
mensyaratkan ke atasku hendaklah aku berselawat ke atas Nabi bagi
pihaknya bersama-samanya, lantas aku pun menerima syarat
tersebut
36
.

Saya katakan: Ini adalah contoh kedua. Dalam [contoh] yang
pertama Hud -,`=\' -,\=- yang datang kepada orang yang berkasyf, dan

35
Bazl Al-Majhud m/s
36
m/s 13
30
di dalam contoh ini orang yang berkasyf itu yang menyelam ke perut
kubur tersebut, lalu dia bertemu Hud -,`=\' -,\=- dan berbicara
dengannya!! Kita mengesan bahawa cerita ini mengandungi dua
perkara:

Perkara pertama: waswas Syeikh tersebut berkenaan kesahihan
wujudnya kubur tersebut di tempat itu. Jika perkara tersebut adalah
pasti terbukti nescaya dia tidak akan waswas padanya, dan ini adalah
pengakuan yang tidak mampu sesiapa mengingkarinya, bahawa
golongan tersebut masih ragu-ragu berkenaan kesahihan apa yang
mereka sangka dari kewujudan kubur tersebut di tempat itu.

Perkara kedua: Iaitu dakwaan bahawa dia menyelam ke dalam tempat
tersebut dan bertemu Hud serta berbicara dengannya. Kita mendustakan
perkara tersebut dan tidak mempercayainya, apatah lagi lelaki ini telah
diuji terhadapnya pembohongan yang tidak syak padanya seorang yang
berakal. Kerana telah meriwayatkan daripadanya pengarang [kitab] Al-
Masyra Ar-Rawi bahawa Syeikh Abdullah Baabad telah menanyakan
pemilik pengenalan (Alawi bin Al-Faqih Al-Muqaddam) berkenaan apa
yang zahir padanya dari mukasyafah setelah kematian bapanya, lalu dia
berkata: Zahir kepadaku tiga [perkara]: Aku menghidupkan dan
mematikan dengan izin Allah. Aku katakan kepada sesuatu jadilah
maka ia pun jadi. Dan aku mengetahui apa yang akan berlaku. Maka
berkata Syeikh Abdullah: Kami harapkan pada engkau lebih daripada
ini
37
.

Kata-kata ini tidak syak lagi bahawa ia adalah pembohongan
terhadap Allah. Jika sememangnya dia yang mengatakannya maka dia
adalah kazzab [orang yang banyak berdusta], dan tidak boleh menerima
ceritanya di dalam perkara-perkara yang nyata, maka bagaimana pula di
dalam mukasyafah-mukasyafah seperti ini? Dan jika ia telah didustakan
terhadapnya, maka yang ini juga harus bahawa ia didustakan
terhadapnya. Dalam kedua-dua keadaan, ia adalah pembohongan yang
tidak boleh diriwayatkan apatah lagi penghujahan dengannya.


37
Al-Masyra Ar-Rawi jilid 2, m/s 211
31
3 Contoh Ketiga: Apa yang diriwayatkan oleh Al-Eidrus juga
daripada Syeikh Abdur Rahman As-Saqqaf, dia berkata: Aku melihat
Nabi Hud -,`=\' -,\=- di dalam batu, pada dua tangannya kepingan
[batu], dia adalah muda dan rambut kepalanya adalah mahalil
38
.
Berkata Al-Eidrus: Aku berkata; boleh jadi batu yang disebut di dalam
kata-kata Syeikh --.= =' _=- adalah batu menaik yang ianya berada
pada bahagian bawah kubur yang mulia itu, kerana orang ramai
mengkhususkannya dengan pengagungan.
39


Saya berkata: Tidak menjelaskan orang yang berkasyf tersebut;
adakah dia melihatnya mati ataupun hidup? Dan apakah hubungan
pengisbatan kubur tersebut pada kedudukan itu? Kerana ahli Kasyf
sebagaimana yang mereka sangka melihat para Malaikat dan para
Anbiya pada semua tempat, jika kata-kata tersebut adalah benar tidak
sabit dengannya sesuatu pun, maka bagaimana pula sedangkan ia lebih
hampir kepada pembohongan?!

4 Contoh Keempat: Apa yang disebut oleh Al-Eidrus daripada
Sultanah Az-Zabidiah, dia berkata: Dikatakan di sisi Sayidatina
Syeikhah Sultanah Az-Zabidiah -',.= =' _=-: Adakah Nabi Hud - -,\=
,`=\'- di tempat yang diziarahi oleh orang ramai padanya ataupun tidak?
Lalu dia berkata: Saksikanlah daripadaku bahawa dia di tempat itu, dan
sesungguhnya aku telah melihatnya dan berjabat tangan [dengan]nya,
maka aku dapati dia bergelang pada buku lalinya; dengan gelang dari
perak dan gelang dari emas
40
.

Contoh ini juga jelas kebatilannya, kerana Syeikhah berkenaan
menyangka bahawa Hud bergelang dengan gelang emas dan gelang
perak, saya tidak mendapati perkara tersebut layak untuk para Anbiya.
Dan dia mengatakan bahawa dia bersalam [dengan]nya, sedangkan
menjabat tangan wanita oleh [pihak] lelaki adalah haram tidak harus.
Jika berkata seseorang: Sesungguhnya itu bukan di dalam Syariat Hud -

38
Mahalil adalah rambut yang lebat ataupun sejenis perhiasan.
39
m/s 13
40
m/s 14
32
,`=\' -,\=-. Kita kata: Sesungguhnya wanita yang dinyatakan tadi,
disangka bahawa dia adalah dari kalangan wali-wali Allah yang besar,
dan seorang wali menjadi wali hanyalah dengan mengikuti Nabi , dan
petunjuk Baginda sedia maklum di dalam melarang daripada perkara
tersebut. Jadi, bagaimanakah tergamak dia menjabat tangan orang
lelaki, sedangkan dia tidak sampai kepada kedudukan yang dia sampai
kepadanya melainkan dengan kesempurnaan ikutan?!

Ini adalah empat contoh dari mukasyafah-mukasyafah yang
mereka sangka, dan ia pada kajian dan penelitian tidak menyamai apa-
apa pun!!

Dengan apa yang telah lalu, nyata sehabis-habis nyata, bahawa
kubur sangkaan yang diziarahi oleh orang ramai, yang mereka
khususkan -bersama-sama dengan kawasan yang ia berada padanya-
dengan penyucian, yang mereka karutkan untuknya penipuan-penipuan
yang mereka sangsikan orang ramai dengannya; bahawa ia adalah
tempat yang suci, dan bahawa telah dihimpunkan padanya kelebihan-
kelebihan serta kepujian-kepujian; sesungguhnya itu semua adalah
khurafat yang tiada asas baginya daripada kesahihan. Ia hanyalah
menunjukkan kepada kelancangan golongan tersebut terhadap Allah,
serta ketiadaan warak mereka di dalam pembohongan terhadap-Nya,
dan [menunjukkan] bahawa mereka menghalalkan di dalam jalan
mencapai matlamat-matlamat dan keinginan-keinginan mereka segala
cara, sekalipun ia dari sedahsyat-dahsyat perkara haram dan sebesar-
besar perkara yang membinasakan. Ia juga [menunjukkan] bahawa
mereka tidak dipercayai di dalam menukilkan dan tidak disandarkan
kepada mereka satu perkara pun dari perkara-perkara Aqidah dan
Sunnah, -_'=.==\' ='-.








33
Bab Kedua
Ajaran Islam Dalam Perlakuan Terhadap Kubur Para
Anbiya dan Orang-orang Soleh, serta Ajaran Yahudi dan
Nasrani


Fasal Pertama
Ajaran Islam Dalam Perlakuan Terhadap Kubur

Tajuk Pertama:
Pertimbangan Islam di antara maslahat orang yang masih hidup
dan orang yang telah mati, serta pemeliharaan kemuliaan orang
yang telah mati dan aqidah orang yang masih hidup:
Antara perbezaan Islam adalah kesyumulan dan kesempurnaan,
kesederhanaan dan kelurusan, serta pengimbangannya di antara
maslahah dan mafsadah; sehinggakan ia tidak menyuruh mendapat
manfaat yang tersusun padanya penghasilan mafsadah, ataupun
pelepasan maslahah yang lebih besar daripadanya, dan dari penggerak
inilah datangnya pandangan Islam terhadap kubur-kubur orang Islam.
Maka ia pelihara untuk orang yang telah mati kemuliaan mereka serta ia
syariatkan perkara yang padanya terdapat maslahah [untuk] mereka.
Dan ia melarang mensucikan kubur dengan kesucian yang membawa
kepada pengagungannya di mata orang yang masih hidup dan
pemfitnahan mereka dengannya, serta kepercayaan terhadap pemilik-
pemiliknya apa yang tidak harus dipercayai melainkan pada Allah.

Oleh itu, Rasulullah telah melarang dari penghinaan
perkuburan, dengan menjadikannya tempat qada hajat, juga dari
memijak kubur serta duduk di atasnya, dan dari mematahkan tulang-
tulang mayat. Para Ulama dan Fuqaha orang Islam telah melarang dari
pembongkaran kubur tanpa sebarang maslahah yang kembali kepada
mayat ataupun desakan menggesa kepadanya. Rasul telah memberi
petunjuk [kepada] orang yang berjalan di antara kubur-kubur supaya
menanggalkan kasutnya. Perkara-perkara ini terdapat padanya sehabis-
habis pemeliharaan terhadap kubur-kubur orang Islam dan sehabis-
habis pemuliaan bagi mayat-mayat mereka. Dan supaya pemuliaan
mayat-mayat orang Islam dan penjagaan terhadapnya tidak membawa
34
kepada [perbuatan] mentakdiskan mayat-mayat tersebut dan melampau
padanya, maka Rasulullah telah melarang daripada perkara yang
membawa ke arah itu.

Lalu Baginda telah melarang daripada solat di atas kubur
mahupun ke arahnya, dan Baginda melarang daripada mengambilnya
sebagai masjid, serta daripada pelumurannya dengan kapur, pembinaan
di atasnya, dan penulisan padanya. Baginda memerintahkan perataan
kubur-kubur menonjol yang diangkat melebihi batasan yang dibenarkan
oleh Syara. Para Sahabat, golongan yang mencontohi mereka dengan
baik, serta para Imam yang diteladani telah mengetahui itu [semua] dan
mereka telah menjaga petunjuk yang baik, serta jalan yang berpanduan
itu sehinggalah akhir Kurun Gemilang. Apabila jatuh penguasaan
orang-orang Islam kepada golongan Rafidhah dan Batiniah, mereka
telah mengubah dan menukar; mereka mematikan sunnah Rasul dan
sahabat-sahabat Baginda, dan mereka menyebarkan sunnah Yahudi dan
Nasrani di negeri-negeri orang Islam. Dan telah mengikuti mereka di
atas itu; orang-orang jahil dari kalangan pemerintah dan orang-orang
menyeleweng dari kalangan ahli tasawuf, sehinggalah ia meluas di
negeri-negeri orang Islam, dan menjadi perkara biasa pada
kebanyakannya walaupun dengan peringatan para Ulama, kenyataan
para Fuqaha dan laungan orang-orang yang bersemangat terhadap
Sunnah Al-Musthofa .


[Dibentangkan] kepada anda keterangan-keterangan apa yang saya
simpulkan untuk anda dalam muqaddimah ini:

- Adapun larangan Baginda daripada qada hajat di tengah
perkuburan dan daripada memijaknya: Sesungguhnya telah
diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada hadith Uqbah bin Aamir -
-.= =' _=-, berkata: Telah bersabda Rasulullah : Supaya aku
berjalan di atas bara atau pedang atau aku terbenam kasutku dengan
dengan kakiku lebih aku sukai daripada aku berjalan di atas kubur
35
seorang lelaki Muslim. Dan aku tidak membezakan adakah di
tengah perkuburan aku qada hajat ataupun di tengah pasar.
41


- Manakala larangan Baginda daripada duduk di atasnya:
Sesungguhnya Muslim telah meriwayatkan daripada hadith Abi
Hurairah --.= =' _=- berkata: Telah bersabda Rasulullah :
Supaya duduk seseorang kamu di atas bara lantas ia membakar
pakaiannya, lalu ia sampai ke kulitnya lebih baik untuknya daripada
dia duduk di atas kubur seorang muslim.
42


- Dan berkenaan larangan Baginda daripada mematahkan
tulang-tulang mayat pula: Dari hadith Aisyah -',.= =' _=-
bahawa Rasulullah [bersabda]: Sesungguhnya mematahkan
[tulang] orang mumin ketika dia telah mati seperti mematahkannya
ketika dia masih hidup.
43


- Adapun larangan dan peringatan daripada pembongkaran
kubur-kubur: Sebagaimana yang dinukilkan oleh Syeikh kita Al-
Albani daripada An-Nawawi di dalam Al-Majmu, telah berkata -
=' -==-: Dan telah berkata An-Nawawi di dalam (Al-Majmu
5/303) apa yang ringkasannya: Dan tidak boleh pembongkaran
kubur tanpa sebab syarie dengan kesepakatan ashab [As-Syafie],
dan ia dibolehkan dengan sebab-sebab syarie seperti contoh yang
telah lalu di dalam masalah (109), dan ringkasannya adalah:
Bahawa dibolehkan pembongkaran kubur apabila ia [yakni mayat]
telah binasa dan menjadi tanah, maka ketika itu boleh ditanam
[mayat] yang lain di dalamnya. Serta boleh ditanam pada tanah
tersebut, pembangunannya, serta segala bentuk pengambilan
manfaat dan perlakuan terhadapnya mengikut kesepakatan ashab
[As-Syafie]. Ini semua adalah apabila tidak tersisa-sisa bagi mayat
tersebut sebarang kesan yang berupa tulang dan lain-lain. Perkara

41
Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan disahihkan oleh Al-Albani di dalam Sahih beliau
(1/261)
42
Diriwayatkan oleh Muslim (jilid 7, 37 38) dengan [syarah] An-Nawawi.
43
Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud serta Ibnu Majah. Telah menghasankannya
Al-Albani di dalam [kitab] Ahkam Al-Janaiz wa Bidauha (233)
36
tersebut adalah berbeza-beza mengikut perbezaan negeri dan tanah,
dan diambil kira padanya pendapat golongan berpengalaman
mengenainya
44


- Manakala petunjuk Nabi untuk menanggalkan kasut apabila
berjalan di antara kubur-kubur: Telah meriwayatkan oleh Abu
Daud dan lain-lain dari hadith Basyir; maula Rasulullah di dalam
sebuah hadith yang panjang, beliau berkata: dan berpaling daripada
Rasulullah satu pandangan, tiba-tiba seorang lelaki berjalan pada
perkuburan tersebut, padanya sepasang kasut, lantas Baginda
bersabda: Wahai tuan punya sepasang sabtiyah! Amboi kamu!
Campakkan dua sabtiyah kamu. Maka lelaki itu memandang, dan
apabila dia kenal Rasulullah , dia telah menanggalkan lalu
melemparkannya. Telah menghasankannya Al-Albani di situ.
45


- Adapun larangan Baginda daripada solat di atas kubur dan ke
arahnya: Di dalam apa yang diriwayatkan oleh Muslim dari hadith
Abi Mirthad Al-Ghonawi --.= =' _=-, beliau berkata: Aku
mendengar Rasulullah bersabda: Janganlah kamu semua solat ke
arah kubur dan janganlah kamu semua duduk di atasnya
46
. Dan di
dalam apa yang diriwayatkan oleh Abu Yaala dengan sandaran
yang sahih sebagaimana yang dikatakan oleh Al-Albani -=' -==-,
dari hadith Abi Said Al-Khudri --.= =' _=-, bahawa Rasulullah :
Melarang pembinaan di atas kubur-kubur, atau duduk di atasnya,
atau solat di atasnya
47
.

- Adapun larangan Baginda daripada mengambilnya sebagai
masjid-masjid: Di dalam hadith Abi Hurairah --.= =' _=-,
berkara: Telah bersabda Rasulullah : Ya Allah! Janganlah
Engkau jadikan kuburku sebagai berhala. Allah melaknat kaum
yang mengambil kubur para Anbiya mereka sebagai masjid-

44
Ibid (235)
45
Sahih Abu Daud, jilid 2, m/s 622
46
Lihat Ahkam Al-Janaiz m/s 209 210
47
Tahzir As-Sajid; m/s 31
37
masjid. Diriwayatkan oleh Ahmad dan lain-lain dengan sanad yang
sahih.
48


Serta di dalam hadith Abdullah bin Masud, beliau berkata: Aku
mendengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya sejahat-jahat
manusia pada hari Kiamat nanti adalah sesiapa yang Kiamat datangi
mereka ketika mereka masih hidup dan sesiapa yang mengambil
kubur-kubur sebagai masjid-masjid. Diriwayatkan oleh Ibnu
Khuzaimah.
49


Antaranya adalah hadith Jundub di sisi Muslim, bahawa beliau
mendengar Rasulullah lima hari sebelum Baginda wafat, ketika
Baginda bersabda: Ketahuilah! Sesungguhnya orang-orang
sebelum dari kamu dahulunya mengambil kubur-kubur para Anbiya
mereka dan orang soleh kalangan mereka sebagai masjid-masjid.
Ketahuilah! Maka janganlah kamu mengambil kubur-kubur sebagai
masjid-masjid, kerana sesungguhnya aku melarang kamu daripada
perkara tersebut
50
.

Dan akan datang sejumlah hadith-hadith yang melarang daripada
mengambil kubur-kubur sebagai masjid-masjid, serta melaknat sesiapa
yang melakukannya di dalam fasal kedua dari bab ini -=' .'= _-.

- Manakala larangan Baginda daripada membina di atasnya dan
pelumurannya dengan kapur: Di dalam hadith Jabir bin Abdillah
--.= =' _=-, beliau berkata: Telah melarang Rasulullah
dilumurkan kubur dengan kapur, duduk di atasnya dan dibina di
atasnya
51
.





48
Tahzir As-Sajid; m/s 25
49
Jilid 5, m/s 6 7. Berkata pengulas: Isnadnya adalah hasan
50
Diriwayatkan oleh Muslim; jilid 5, m/s 13
51
Jilid 7, m/s 37 An-Nawawi
38
Tajuk Kedua:
Kelupaan wahyu untuk menyatakan kubur-kubur para Anbiya
dan pembuktiannya:
Telah berlalu hadith tentang perkara tersebut serta penafiannya,
dan suka saya di sini untuk memastikannya dan menjelaskan
kesamaran-kesamaran sekitar tajuk ini: Di mana telah sabit di dalam
Sahihain dari hadith Abi Hurairah --.= =' _=- di dalam kisah Musa
dan Malaikat Maut, dan bagaimana dimatikan Musa -,`=\' -,\=-, berkata
Abu Hurairah --.= =' _=-: Telah bersabda Rasulullah : Kalau aku
di sana, nescaya aku akan tunjukkan kamu kuburnya, di tepi jalan pada
bukit pasir berwarna merah
52
.

Hadith ini telah dieksploitasi oleh penyebar-penyebar [amalan]
menghidupkan pusara-pusara, lantas berkata Abidun di dalam kitab Ad-
Dur Al-Mandhud
53
: Walaupun begitu, sesungguhnya Nabi di dalam
peristiwa Isra dan Miraj telah mengenalkan mereka dan menyifatkan
kepada mereka kubur Sayidina Musa -,`=\' -,\=-, dan bersabda: Jika
aku di sana, nescaya aku akan tunjukkan kamu akannya. Baginda - -,\=
,`=\' `=\'- sendiri menanggung; mengenalkan mereka dengan
kawasan yang suci lagi diberkati ini, untuk apa?! Untuk mendirikan
hubungan dan pertalian di antara orang-orang beriman dengan nabi-nabi
mereka; untuk beradab dengan nabi-nabi tersebut, menyusuri jalan
mereka, menziarahi mereka sewaktu mereka masih hidup dan setelah
kematian mereka, dan ia adalah matlamat agung yang Syariat kita
menggesa kepadanya. Ia memberi kesan terhadap jiwa, kerana
seseorang itu, pada hari Kiamat [nanti], bersama-sama orang yang dia
kasihi.

Begitulah yang dia katakan, dan dia telah menipu di dalam apa
yang dia katakan, kerana Rasulullah tidak mengenalkan mereka
tempat kubur tersebut, tetapi Baginda hanya mengisyaratkan kepada

52
Al-Bukhari berserta Al-Fath; jilid 3, m/s 206 dan Muslim; jilid 1, m/s 128 berserta
As-Syarh.
53
m/s 21
39
pengetahuan Baginda mengenai perkara itu. Jika padanya terdapat
sebarang maslahah untuk Umat ini, nescaya Baginda tidak
meninggalkannya dengan kesamaran sedemikian. Dan jika petunjuk
kepadanya itu adalah pengenalan dari Nabi baginya dan sebagai
penggalak untuk menziarahi kubur tersebut dan menghidupkannya,
nescaya para Sahabat tidak akan lupa daripadanya dan mereka takkan
melupakannya.

Sesungguhnya yang berlaku adalah; apa yang disebut oleh orang
berpura-pura alim yang jahil ini, tidak terlintas pada fikiran para
Sahabat, kerana itu tidak sabit bahawa seorang pun dari kalangan
mereka datang mencari kubur tersebut [walau] dengan lalu-lalang
mereka pada kawasan-kawasan tersebut sebagai seorang yang
berperang, sebagai seorang yang berjihad, sebagai seorang yang
berniaga dan sebagai seorang yang berkelana untuk tujuan yang
bermacam-macam. Tidak layak pada mereka sama sekali; untuk
memahami gesaan Nabi kepada perkara tersebut, dan bahawa perkara
tersebut mempunyai matlamat agung yang Syariah menggesa
kepadanya, kemudian mereka tidak beramal untuk merealisasikannya!!
Jauh mereka yang sedemikian!! Dan ia juga tidak terlintas di fikiran
para Ulama yang menjelaskan hadith tersebut:

Inilah An-Nawawi - ' -== = - berkata di dalam Syarah Muslim:
Telah berkata sebahagian Ulama: Dia hanyalah meminta didekatkan
dan tidak meminta Baitul Maqdis, kerana dia bimbang kuburnya akan
menjadi masyhur di sisi mereka lalu teruji dengannya orang ramai
54
.
Berkata Al-Hafiz di dalam Al-Fath: Akan tetapi Ibnu Batthal telah
menceritakan daripada orang lain, bahawa hikmah berkenaan; Baginda
tidak memohon memasukinya adalah untuk mengaburkan kedudukan
kubur Baginda, supaya tidak menyembahnya orang-orang jahil dari
kalangan umat Baginda tamat
55
. Jadi, para Ulama faham benar-benar
berlawanan dengan kefahaman orang-orang yang berpenyakit hati itu!



54
Jilid 15, m/s 128
55
Jilid 3, m/s 207
40
Tajuk Ketiga:
Perlakuan para Sahabat terhadap yang kenali dari kubur-kubur
Anbiya:

Pertama: Perlakuan mereka terhadap kubur Nabi :
Sesungguhnya Aisyah telah menyatakan dengan jelas bahawa
para Sahabat tidak mendedahkan kubur Nabi kerana bimbang ia
diambil sebagai masjid, setelah diputuskan di sisi mereka bahawa ia
adalah dilarang; ia bertentang dengan sunnah Nabi dan menepati
sunnah Yahudi dan Nasrani. Di dalam Al-Bukhari dan Muslim dari
hadithnya -',.= =' _=-, dia berkata: Telah bersabda Rasulullah di
dalam sakit Baginda yang Baginda tidak bangun darinya: Semoga
Allah melaknat Yahudi dan Nasrani, mereka mengambil kubur Nabi-
nabi mereka sebagai masjid-masjid. Dia berkata: Jika tidak kerana itu,
nescaya didedahkan kubur Baginda, melainkan dibimbangi ia akan
diambil sebagai masjid
56
.

Berkata An-Nawawi dalam menjelaskan hadith ini: Telah
berkata para Ulama, Nabi hanyalah melarang daripada pengambilan
kubur Baginda dan kubur orang lain sebagai masjid, bimbangkan
pelampauan dalam mengagungkannya dan terfitnah dengan sebabnya.
Boleh jadi perkara tersebut boleh membawa kepada kekufuran
sebagaimana yang berlaku terhadap banyak umat-umat terdahulu. Dan
apabila para Sahabat -,,,\= =' _'=- serta para Tabiein perlukan
kepada penambahan terhadap Masjid Rasulillah tatkala bertambah
ramai orang Islam, penambahan tersebut mengunjur di dalam Masjid
Rasulillah sehingga dimasukkan rumah-rumah Ummahat Al-
Muminin ke dalamnya, dan termasuk darinya adalah bilik Aisyah -
',.= =' _=-, tempat pengebumian Rasulullah dan dua sahabat
Baginda; Abi Bakr dan Umar -'=,.= =' _=-, mereka telah membina di
atas kubur tersebut dinding-dinding tinggi yang melengkung di
sekelilingnya supaya ia tidak zahir maka solat ke arahnya orang-orang
awam, lalu membawa kepada perkara terlarang. Kemudian mereka telah
membina dua dinding dari dua penjuru utara kubur tersebut dan mereka

56
Muslim; jilid 5, m/s 12 dan Al-Bukhari [dengan] Al-Fath; jilid 3, m/s 200
41
mencondongkan kedua-duanya agar bertemu supaya tidak boleh
seorang pun menghadap kubur itu, dan kerana ini dia berkata di dalam
hadith tersebut: Jika tidak kerana itu, nescaya didedahkan kubur
Baginda, melainkan dibimbangi ia akan diambil sebagai masjid. Allah
sahaja yang lebih mengetahui yang sebenarnya
57
.

Saya berkata: Ini kata-kata dari Imam An-Nawawi -=' -==-, di
dalam terdapat penolakan terhadap orang-orang yang berhujah dengan
keadaan kubur Nabi di dalam masjid Baginda.

Dan telah meriwayatkan As-Samhudi di dalam [kitab] Wafa Al-
Wafa penentangan Aarwah bin Zubir dan ketidaksetujuan beliau
terhadap perkara tersebut, lalu dia menyatakan daripada Aarwah
bahawa beliau berkata: Aku membangkang Umar bin Abdul Aziz
berkenaan kubur Nabi bahawa janganlah dijadikan di dalam Masjid,
dengan sedahsyat-dahsyat bangkangan, tetapi dia enggan dan berkata:
Tulisan Amirilmuminin mesti dilaksanakan. Beliau berkata: Aku
telah mengatakan: Sekiranya ia jadi dan mesti, maka jadikanlah
untuknya haujaw berkata As-Samhudi: Iaitu tempat melawat di
belakang bilik tersebut.
58


Dan dia berkata di dalam muka surat yang sama: Kemudian
Umar bin Abdul Aziz telah membina di atas rumah tersebut [yakni
rumah Rasulillah], binaan yang zahir ini, dan Umar bin Abdul Aziz
telah mengadangnya supaya orang ramai tidak mengambilnya sebagai
kiblat yang dikhususkan padanya solat dan bukannya masjid Rasulillah
dan itu adalah kerana Rasulullah telah bersabda: Semoga Allah
memerangi orang-orang Yahudi, mereka mengambil kubur nabi-nabi
mereka sebagai masjid-masjid dan Baginda bersabda: Ya Allah!
Janganlah Engkau jadikan kuburku sebagai berhala yang disembah
Hadith. Mereka berkata: Dan binaan yang di sekeliling rumah tersebut;
[iaitu] rumah Rasulillah , di antaranya dengan binaan yang zahir hari
ini; dari sebelah Timur dua hasta, dari sebelah Barat sehasta, dari
sebelah Kiblat sejengkal dan dari sebelah ruang udara Syam kosong

57
Jilid 5, m/s 13 24
58
Jilid 3, m/s 548
42
seluruhnya serta pada ruang kosong yang sebelah Syam terdapat
mirkan

yang telah pecah dan penimbang kayu. Berkata Abdul Aziz bin
Muhammad: Dikatakan bahawa pembina-pembina[nya] adalah wanita-
wanita.
59


Kedua: Perlakuan mereka terhadap kubur Nabi Danial -,>=\! -,\=-
apabila mereka menemuinya:
Berkata Imam Ibnu Kathir di dalam [kitab] sejarah beliau
60
: Dan
berkata Yunus bin Bukair daripada Muhammad bin Ishaq daripada Abi
Khald bin Dinar [beliau berkata] telah menceritakan kami Abu Al-
Aliah, beliau berkata: Apabila kami membuka Tastur kami dapati di
dalam rumah Al-Hurmuzan perbaringan yang di atasnya seorang lelaki
yang telah mati, di sisi kepadanya terdapat mashaf, lalu kami ambil
mashaf tersebut dan kami membawanya kepada Umar bin Al-Khattab,
maka telah dipanggil untuknya Kaab lalu dia menyalinnya dengan
[bahasa] Arab. Beliau berkata: Aku adalah lelaki pertama dari
kalangan Arab yang membacanya, aku membacanya seperti aku
membaca Al-Quran ini. Lalu aku berkata kepada Abi Al-Aliah:
Apakah yang ada di dalamnya? Beliau berkata: Sejarah kamu, urusan
kamu, kesalahan kata-kata kamu dan apa yang terjadi selepas ini. Aku
berkata: Apa yang kamu lakukan dengan lelaki tersebut? Beliau
berkata: Kami gali pada waktu siang tiga belas kubur yang berasingan,
apabila telah malam kami kebumikan dia dan kami ratakan kubur-kubur
tersebut kesemuanya, untuk mengaburkannya terhadap orang ramai,
maka mereka tidak menggalinya. Aku berkata: Apakah yang mereka
harapkan darinya? Beliau berkata: Dahulunya langit apabila ia
menghalang daripada mereka [hujan], mereka akan mendedahkan
perbaringannya lalu mereka menerima hujan. Aku berkata: Siapakah
kamu rasa lelaki tersebut? Beliau berkata: Seorang lelaki yang
dinamakan Danial. Aku berkata: Semenjak berapa lama kamu dapati
dia telah mati? Beliau berkata: Semenjak tiga ratus tahun. Aku
berkata: Tidak berubah daripadanya sedikit pun? Belau berkata: Tidak,

mirkan : tempat basuh kain dan sebagainya.


59
m/s 548 549. Dan berkata Ibnu Kathir; jilid 9, m/s 75: Dan diceritakan bahawa
Said bin Al-Musaiyab mengingkari pemasukan bilik Aisyah ke dalam Masjid kerana
beliau bimbang akan diambil kubur sebagai masjid. -,\=' ='-
60
Jilid 2, m/s 40
43
melainkan beberapa helai rambut pada tengkuknya. Sesungguhnya
daging para Anbiya tidak direputkan oleh Bumi, tidak dimakan oleh
binatang-binatang buas. Isnad ini sahih kepada Abi Al-Aliah sehingga
akhirnya. Yang dimaksudkan adalah dari [kitab] Al-Bidayah wa An-
Nihayah.

Saya berkata: Lihatlah kepada petunjuk para Sahabat yang terbit
dari perintah Nabi mereka dan sunnah Baginda, dan Bagindalah yang
berkata: Sesungguhnya sejahat-jahat manusia adalah sesiapa yang
Kiamat datangi mereka ketika mereka masih hidup dan sesiapa yang
mengambil kubur-kubur sebagai masjid-masjid. Bagaimana mereka
temui Nabi itu, lalu mereka tidak mengambilnya sebagai tempat ziarah,
mereka tidak bina di atasnya pusara, dan mereka tidak menyetujui
orang-orang Parsi yang telah meminta hujan menggunakannya? Tetapi
mereka memutuskannya, menghilangkan kubur tersebut dan mereka
memotong urat-urat fitnah dengannya. Sekiranya mereka adalah dari
kalangan orang-orang yang ikutan mereka adalah Yahudi, nescaya
mereka akan mengagungkan tempatnya, mereka akan mengambil
padanya masjid dan makam, serta mereka akan menjadikan untuknya
ziarah tahunan sebagaimana yang sedang berlaku pada sahabat-sahabat
kita. Di antara perkara yang menambah kepastian tajuk ini; bahawa
petunjuk para Sahabat ialah memutuskan pergantungan dengan kesan-
kesan para Anbiya dan orang-orang Soleh adalah kisah Umar - =' _=
-.=- ketika beliau melihat orang ramai sering mengunjungi suatu tempat
untuk solat dalam perjalanan ke Mekah, lalu beliau telah menegah
mereka dari perkara itu.

Daripada Al-Marur bin Suwaid -=' -==-, beliau berkata: Kami
telah keluar bersama-sama Umar Al-Khatthab lalu beliau bertembung
pada sebahagian jalan; sebuah masjid, lantas orang ramai bergegas
[kepada]nya solat di dalamnya. Maka berkata Umar: Apa hal mereka?
lalu mereka berkata: Ini adalah masjid yang solat di dalamnya
Rasulullah. Maka berkata Umar: Wahai manusia! Sesungguhnya
binasa orang-orang sebelum kamu dengan ikutan mereka terhadap yang
seperti ini sehingga mereka mengada-adakannya sebagai biara-biara.
Sesiapa yang telah selesai baginya solat, hendaklah dia beredar.
44
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah, Said bin Mansur, Ibnu Waddhah
di dalam kitabnya Al-Bida wa An-Nahyu anha dan telah berkata
Syeikh kita Al-Albani; dengan sanad yang sahih mengikut syarat
Syeikhain.
61


Lihatlah kepada ini dan bandingkan dengan apa yang anda lihat
di dalam ziarah Hud atau selainnya, setiap kali mana dikatakan tentang
sesuatu tempat bahawa seorang soleh telah solat padanya atau duduk
atau beribadat, mereka akan menjadikan padanya tempat solat seperti
yang dijadikan oleh Yahudi, sehingga mereka mengada-adakannya
sebagai biara-biara.

Dan mengesahkan juga apa yang saya katakan; penebangan
Umar terhadap pokok yang berbaiah di bawahnya Rasulullah Baiah
Ar-Ridhwan. Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam Fath [jilid 7, m/s
448]: Kemudian saya dapati di sisi Ibnu Saad dengan sanad yang sahih
daripada Naafie bahawa Umar, sampai kepada beliau bahawa
sekumpulan manusia mendatangi pokok tersebut dan solat padanya, lalu
beliau telah memberi amaran [kepada] mereka, kemudian beliau telah
mengarahkan penebangannya lalu ia ditebang. Dan telah datang
beberapa athar yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Al-
Musaiyab bin Hazn bahawa pokok tersebut dikaburkan terhadap para
Sahabat maka boleh jadi ia dikaburkan terhadap sebahagian mereka dan
kekal dikenali oleh sebahagian lagi. Sebagaimana telah sabit daripada
Jabir bahawa beliau berkata: Jika aku melihat nescaya aku akan
tunjukkan kamu tempatnya. Dan boleh jadi bahawa orang ramai
mengambil sebatang pokok; mana-mana pokok, dan mereka mula solat
padanya dan mengambil berkat dengannya. Dan menyokong perkara
ini, apa yang sabit pada Al-Bukhari daripada Thoriq bin Abdur
Rahman, beliau berkata: Aku telah bertolak menunaikan haji, lalu aku
melintas dengan sekumpulan manusia yang sedang solat. Aku berkata:
Masjid apakah ini? Mereka berkata: Tempat di mana berbaiah Nabi
Baiah Ar-Ridhwan. Maka aku datangi Said bin Al-Musaiyab dan aku
beritahu [kepada]nya. Maka dia berkata: Telah menceritakan daku
bapaku, dan dia adalah di kalangan orang-orang yang membaiah

61
Daripada At-Tabarruk; m/s 345 oleh Al-Judaie
45
Rasulullah di bawah pokok, dia berkata: Maka apabila kami keluar
pada tahun yang berikutnya, kami telah terlupakannya dan kami tidak
menemuinya. Berkata Said: Sesungguhnya sahabat-sahabat
Muhammad tidak mengetahuinya dan kamu semua pula
mengetahuinya!! Jadi kamu semualah yang lebih pandai
62
. Dan
sekiranya Umar telah menebang pokok tersebut, sesungguhnya orang
ramai telah kekal solat pada tempatnya, -,\=' ='-.

Walau bagaimanapun pokok tersebut telah pun tersorok sama
ada dengan kuasa Allah Taala dan ia adalah rahmat dari Allah
sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu Umar mengikut apa yang
diriwayatkan oleh Al-Bukhari
63
, ataupun terjadi di atas tangan Umar bin
Al-Khatthab. Ini menunjukkan bahawa bukanlah termasuk dari Islam
walau sedikit pun; mencari kesan-kesan para Anbiya dan orang-orang
Soleh, mengagungkan tempat-tempat yang berlaku padanya kejadian-
kejadian yang hebat. Dan Al-Hafiz telah menjelaskan hikmah dari
penyembunyian pokok tersebut dengan yang menunjukkan bahawa ia
adalah rahmat dari Allah; mengingkari apa yang dilakukan oleh orang-
orang jahil dan orang-orang yang menjahilkan, berupa perkara yang
berlaku sekarang dan sebelum ini di sekitar tempat kesan orang-orang
Soleh. Telah berkata -=' -==-: Dan penjelasan hikmah dari perkara
tersebut adalah supaya tidak terhasil dengannya terfitnah oleh apa yang
terjadi di bawahnya dari kebaikan. Jika ia kekal, nescaya tidak selamat
dari pengagungan sebahagian golongan jahil terhadapnya sehingga
membawa mereka kepada kepercayaan bahawa ia mempunyai manfaat
atau mudharat sebagaimana yang kita lihat hari ini dengan mata kepala
pada yang lebih rendah darinya. Dan kepada yang demikian, telah
mengisyaratkan Ibnu Umar dengan kata-katanya: ia adalah rahmat
iaitu penyembunyiannya terhadap mereka adalah rahmat dari Allah
Taala.
64



Tajuk Keempat:

62
Al-Bukhari berserta Al-Fath; jilid 7, m/s 447
63
Jilid 6, m/s 117
64
Jilid 6, m/s 118
46
Penerusan perkara yang para Sahabat melangkah mengikutnya
dari Petunjuk di dalam meratakan kubur-kubur dan larangan
pengagungannya sehingga akhir Kurun Mufaddholah:
Telah berkata Syeikh Islam Ibnu Taimiyyah -_\'=. =' -==-: Dan
tidak ada pada zaman-zaman yang diutamakan makan-makam di atas
kubur-kubur, dan ia hanya menjadi banyak selepas itu, pada kerajaan
Bani Buwaiyah apabila muncul puak Qaramithah di bumi Timur dan
Barat. Di dalamnya ada puak zindiq kafir yang matlamat mereka adalah
menukar ganti agama Islam, manakala di dalam Bani Buwaiyah pula
terdapat persetujuan terhadap mereka pada sebahagian perkara tersebut,
serta terdapat bidah-bidah golongan Jahmiah, Mutazilah dan Rafidah
yang sedia maklum oleh ahli Ilmu. Lalu mereka telah membina makam-
makam tipu, seperti makam Ali --.= =' _=- dan yang sepertinya
65
.

Dan menyokong apa yang dinyatakan oleh Syeikh Islam, apa
yang datang di dalam Al-Umm
66
iaitu kata-kata As-Syafie -=' -==-:
Dan aku tidak nampak kubur-kubur Muhajirin dan Ansar dilumurkan
dengan kapur, berkata periwayat daripada Towus: Sesungguhnya
Rasulullah telah melarang daripada dibina kubur ataupun dilumurkan
dengan kapur. (Berkata As-Syafie): Dan aku telah melihat dari
kalangan gabenor-gabenor, orang yang merobohkan di Mekah [kubur]
yang dibina padanya, lalu aku tidak melihat para Fuqaha
mengaibkannya. Kemudian beliau berkata
67
: Dan aku memakruhkan
dibina masjid di atas kubur dan ia hendaklah diratakan, atau solat di
atasnya sedangkan ia tidak diratakan, atau solat ke arahnya. (beliau
berkata) Dan jika dia solat ke arahnya, ia telah memadainya dan dia
telah bersalah. Malik telah memberitahu kami; bahawa Rasulullah
telah bersabda: Semoga Allah memerangi Yahudi dan Nasrani, mereka
menjadikan kubur-kubur para Anbiya mereka sebagai masjid-masjid,
dan tidak akan kekal dua agama di bumi Arab. (beliau berkata) Dan
aku memakruhkan perkara ini kerana As-Sunnah dan Al-Athar, bahawa
Baginda tidak suka -,\=' ='- diagungkan seseorang dari kalangan

65
Dari Majmu Al-Fatawa; jilid 27, m/s 167
66
Jilid 1, m/s 277
67
m/s 278
47
orang-orang Islam yakni dijadikan kuburnya sebagai masjid, dan tidak
selamat fitnah dan kesesatan pada perkara tersebut terhadap sesiapa
yang datang selepas itu tamat tempat tujuan darinya.

Ini adalah keadaan pada Kurun Terbaik, dan telah kekal
sedemikian di sisi para Ulama dan Fuqaha. Anda tidak akan dapati kitab
fiqh kecil ataupun besar melainkan ia mencatatkan larangan daripada
menjadikan kubur-kubur sebagai masjid-masjid, daripada
melumurkannya dengan kapur, membina di atasnya dan menulis
padanya. Dan inilah yang kepadanya pengembalian; kerana kitab-kitab
Fiqh, Hadith, Tafsir dan Aqidah adalah kitab-kitab Hidayah, dan ia
merupakan sandaran orang ramai. Manakala kitab-kitab Tasawwuf,
kitab-kitab Manaqib yang tipu dan kitab-kitab orang-orang yang
meletak usul bagi khurafat, tiada sebarang pengambil kiraan
terhadapnya. Sesungguhnya dari pemeliharaan Allah untuk Agama ini
adalah; anda dapati kitab-kitab Hidayah yang disebut tadi pada
kebiasaannya kosong dari bidah-bidah kesyirikan dan kekufuran, serta
kebanyakan dari bidah-bidah amaliah, -sekalipun ia dilakukan pada
realiti- agar kitab-kitab tersebut kekal sebagai hujah yang tertegak ...
dan Allahlah Yang Maha Pemberi Taufiq.

















48
Fasal Kedua
Ajaran Yahudi dan Nasrani Dalam Membina di atas Kubur,
Mengagungkannya dan Menjadikannya Sebagai Masjid serta
Bagaimana Perkara Tersebut Pindah kepada Umat Islam


Tajuk Pertama:
Ajaran Yahudi dan Nasrani dalam pengambilan kubur sebagai
masjid dan pelayakan mereka dilaknat kerana perkara tersebut
serta tegahan Nabi dari perbuatan mereka:
Tiada kekeliruan dan tiada kemusykilan berkenaan pengambilan
kubur sebagai masjid adalah dari ajaran Yahudi dan Nasrani, dan Nabi
telah menyatakan dengan jelas berkenaannya di dalam apa yang
diriwayatkan oleh Syeikhain dan lain-lain:

1) Daripada Aisyah -',.= =' _=-, dia berkata: Telah bersabda
Rasulullah di dalam sakit Baginda yang Baginda tidak bangun
darinya: Semoga Allah melaknat Yahudi dan Nasrani, mereka
mengambil kubur Nabi-nabi mereka sebagai masjid-masjid. Dia
berkata: Jika tidak kerana itu, nescaya didedahkan kubur Baginda,
melainkan dibimbangi ia akan diambil sebagai masjid
68


2) Daripada Abi Hurairah --.= =' _=-, beliau berkata: Telah bersabda
Rasulullah : Semoga Allah memerangi orang-orang Yahudi,
mereka menjadikan kubur para Anbiya mereka sebagai masjid
69


3) Daripada Aisyah dan Ibnu Abbas -,,.= =' _=- bahawa Rasulullah
apabila telah menghampiri Baginda kematian, Baginda mula
mencampakkan di atas wajah Baginda hujung khomisoh

milik
Baginda, maka apabila Baginda telah tertutup dengannya Baginda
akan menyelaknya dari wajah Baginda dan Baginda berkata:

68
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari; jilid 3, m/s 200 berserta Al-Fath dan Muslim; jilid 3,
m/s 376
69
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari; jilid 1, m/s 532 dan Muslim; jilid 3, m/s 376

khomisoh : pakaian yang diperbuat daripada sutera ataupun bulu.


49
Laknat Allah ke atas Yahudi dan Nasrani, mereka menjadikan
kubur nabi-nabi mereka sebagai masjid. Berkata Aisyah - =' _=
',.=-: Baginda menegah apa yang mereka lakukan
70


4) Dan daripada Aisyah -',.= =' _=- juga, dia berkata: Apabila
berlaku sakit Rasulullah , mengingati sebahagian isteri-isteri
Baginda sebuah gereja di bumi Habsyah yang dinamakan Mariah.
Dan sesungguhnya Ummu Salamah dan Ummu Habibah telah
mendatangi bumi Habsyah lalu mereka berdua menyatakan antara
kecantikannya dan lukisan-lukisannya. Dia berkata: Maka Nabi
mengangkat kepala Baginda lalu berkata: Mereka itu apabila ada di
kalangan mereka lelaki yang soleh, mereka akan bina di atas
kuburnya masjid, kemudian mereka melukis di dalamnya lukisan-
lukisan tersebut, mereka itulah sejahat-jahat makhluk di sisi Allah
pada hari Kiamat
71


Ini adalah empat hadith yang dikeluarkan di dalam Al-Bukhari
dan Muslim yang menjelaskan bahawa Nabi melaknat Yahudi dan
Nasrani dengan sebab mereka menjadikan kubur nabi-nabi mereka dan
orang-orang soleh mereka sebagai masjid-masjid. Ia menunjukkan
kepada yang kita jadikan tajuk untuknya; pengambilan kubur sebagai
masjid, pembinaan di atasnya dan pengagungannya adalah dari ajaran
Yahudi dan Nasrani, dan mereka dilayakkan kerana perbuatan mereka
itu; laknat daripada Rasulullah . Telah berkata Imam Al-Laith bin
Saad -=' -==- seperti mana di dalam Mukhtasor Ikhtilaf Al-Fuqaha
oleh Al-Jassas [1/407]: Binaan-binaan kubur bukan dari keadaan
orang-orang Islam, tetapi ia adalah dari keadaan orang-orang Nasrani
melalui ulasan terhadap kitab Al-Bina ala Al-Qubur oleh Al-
Muallimi.
72





70
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari; jilid 6, m/s 494-495 dan Muslim; jilid 3, m/s 377
71
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari; jilid 3, m/s 208 dan Muslim; jilid 1, m/s 376
72
m/s 57 58
50
Tajuk Kedua:
Larangan daripada menyerupai Yahudi dan Nasrani:
Apabila telah sabit di sisi kita bahawa binaan di atas kubur dan
mengambilnya sebagai masjid adalah dari ajaran Yahudi dan Nasrani,
ketahuilah bahawa kita dilarang daripada menyerupai mereka dengan
larangan pasti yang menyertakan orang yang meniru mereka dengan
orang-orang kafir yang dilaknat di atas lidah Rasulullah .

Firman Allah Taala: {Dan tidak sekali-kali akan redha terhadap
kamu; orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani sehinggalah
kamu mengikut agama mereka. Katakanlah [Hai Muhammad]
sesungguhnya petunjuk Allah itulah Petunjuk. Dan jika kamu mengikut
keinginan mereka setelah [benda] yang datang kepada kamu dari Ilmu,
nescaya tidak untuk kamu dari Allah sebarang pelindung dan tidak pula
pembantu}[Al-Baqarah : 120].

Dan As-Sunah juga telah menunjukkan kepada pengharaman
menyerupai Yahudi dan Nasrani:
- Di dalam Sahihain dari hadith Abi Hurairah --.= =' _=- daripada
Rasulullah : Bahawa Yahudi dan Nasrani tidak mencelup
[rambut dan janggut] maka berlainanlah [dari] mereka
73
.

- Dan di dalam Sunan Abi Daud dan Al-Hakim dari hadith Syaddad
bin Aus --.= =' _=- bahawa Nabi telah bersabda: Berlainanlah
[dari] Yahudi dan Nasrani, kerana mereka tidak solat dengan kasut-
kasut dan tidak juga khuf-khuf mereka
74
.

Akan tetapi walaupun dengan tegahan dari menyerupai ahli
Kitab ini, sunnah Alam telah menentukan berlakunya perkara tersebut
dari pihak Umat ini sebagaimana yang jelas dari hadis yang dikeluarkan
oleh At-Tirmizi -=' -==- dan Ahmad dari hadith Abi Waqid Al-Lai'thi

73
Al-Bukhari, jilid 6, m/s 496 berserta Al-Fath dan Muslim cetakan Abdul Baqi, jilid
3, m/s 1663.
74
Sahih Abu Daud, jilid 1, m/s 128 dan Al-Hakim, jilid 1, m/s 260. Dan disahihkan
oleh Al-Albani di dalam Sahih Al-Jaamie
51
--.= =' _=-, beliau berkata: Kami keluar bersama Rasulullah ke
Hunain dalam keadaan kami baru masuk Islam, dan orang-orang
Musyrik mempunyai sepohon bidara yang mereka menghabiskan masa
padanya dan mereka gantungkan padanya senjata-senjata mereka, ia
dinamakan zat anwat, maka kami melintas dengan sepohon bidara lalu
kami berkata: Ya Rasulullah! Jadikanlah untuk kami zat anwat
sebagaimana mereka mempunyai zat anwat. Maka bersabda Rasulullah
: Allahu Akbar! Sesungguhnya ia adalah sunnah! Kamu semua telah
katakan, demi Yang nyawaku ditangan-Nya, seperti mana yang
dikatakan oleh Banu Israel kepada Musa: {"Buatlah untuk kami suatu
tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan"}.
Nescaya kamu akan mengikut sunah-sunah orang yang sebelum
kamu
75
.

Inilah yang berlaku -tiada daya dan tiada upaya melainkan
dengan Allah- penyerupaan golongan tersebut dengan Yahudi dan
Nasrani; mereka meninggalkan sunnah Nabi mereka, kemudian mereka
menegakkan syubhah-syubhah untuk mengelokkan perbuatan mereka,
kita memohon Allah memberi hidayah akan kita dan mereka. Adapun
ahli Ilmu, sesungguhnya mereka telah memahami hadith-hadith tersebut
mengikut apa yang layak dengan ilmu dan kelebihan mereka, dan
mereka telah menjelaskannya kepada orang ramai sebagaimana yang
diwajibkan oleh Allah ke atas mereka, serta mereka telah menegah dari
yang ditegah oleh Rasulullah . Telah berakta Al-Hafiz Ibnu Rejab di
dalam kitabnya Fath Al-Bari Syarah Sahih Al-Bukhari: Hadith ini
menunjukkan kepada pengharaman membina masjid-masjid di atas
kubur-kubur orang soleh dan mengukir ukiran-ukiran mereka
sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang Nasrani. Dan tiada
keraguan bahawa setiap satu dari keduanya adalah haram secara
tunggal. Kerana mengukir gambar-gambar anak Adam diharamkan dan
membina masjid di atas kubur -dengan tanpa digabungkan- juga
diharamkan, seperti yang ditunjukkan oleh nas-nas lain yang akan
datang pernyataan sebahagiannya. Dia berkata: Dan ukiran-ukiran
yang terdapat di dalam gereja yang disebut oleh Ummu Salamah dan
Ummu Habibah, adalah pada dinding-dinding dan sebagainya dan tidak

75
Ahmad, jilid 5, m/s 217 dan At-Tirmizi, jilid 2, m/s 235 [Sahih At-Tirmizi]
52
mempunyai bayang-bayang. Maka melukis gambar sebagai contoh
gambar-gambar para Anbiya dan Solihin untuk mandapatkan
keberkatan dan memohon syafaat dengannya adalah diharamkan di
dalam Agama Islam, ia adalah dari jenis penyembahan berhala, dan ia
adalah yang perkara yang Nabi mengkhabarkan bahawa ahli-ahlinya
adalah sejahat-sejahat makhluk di sisi Allah pada hari Kiamat.
Manakala melukis gambar-gambar untuk berhibur dengan melihatnya
atau untuk bersantai-santai dengan perbuatan tersebut dan berseronok
adalah diharamkan, ia termasuk dari dosa-dosa besar, dan pelakunya
adalah dari seteruk-teruk manusia dari segi azab pada hari Kiamat.
Kerana dia adalah zalim meniru perbuatan-perbuatan Allah yang tidak
mampu untuk melakukannya selain-Nya, dan sesungguhnya Dia Maha
Tinggi tiada sepertinya sesuatu pun; tidak pada zat-Nya, tidak pada
sifat-Nya dan tidak pada perbuatan-Nya Subhanahu wa Taala
76
.

76
Melalui [kitab] Tahzir As-Sajid: m/s 17: (Telah zahir di sisi kita seorang lelaki yang
mengaku berilmu, berkewalian dan berdakwah kepada Allah, yang pengikut-
pengikutnya telah melampau mengenainya dengan pelampauan yang berlebih-lebih
dan dia memperakui untuk mereka di atas perkara tersebut. Diriwayatkan daripadanya
hebahan-hebahan yang banyak, yang menunjukkan kepada kedajalan dan
penyelewengan yang besar. Di antaranya adalah sesiapa yang tidur dan gambar [lelaki
tersebut] berada di bawah kepalanya nescaya dia akan melihat Nabi . Saya tidak
menjazamkan perkara itu, tetapi yang menjazamkannya adalah gambar-gambar lelaki
tersebut dijual di kedai-kedai buku dengan saiz yang pelbagai dan juga keadaan yang
bermacam-macam-macam. Ia digantungkan pada dewan-dewan, kedai-kedai dan
selainnya. Tidak syak lagi bahawa dia akan mendalihkannya dengan apa yang masuk
akal ataupun yang tak masuk akal, ini adalah kebiasaan mereka. Pengarang [kitab]
Tazkir An-Nas telah menukilkan [m/s 154]: Daripada Ahmad bin Hassan Al-Attas
daripada Habib Abdullah bin Umar bin Yahya bahawa apabila dia sampai ke -
Malebar- dia telah masuk kepada Habib Alawi bin Sahl, lalu ternampak dia nampak di
rumah beliau patung-patung burung, ayam jantan dan lain-lain. Maka dia berkata: Ya
Maulana! Sesungguhnya Datuk kamu bersabda: Akan ditaklifkan pemilik gambar-
gambar pada hari Kiamat untuk meniupkan ke dalamnya Roh. Maka berkata
kepadanya Habid Alawi: Ada sesuatu selain ini? Dia berkata: Tidak. Lalu Habib
Alawi telah meniup kepada patung-patung tersebut, tiba-tiba ayam jantan berkokok
dan burung berkicau. Maka Habib Abdullah bin Umar pun menyerah kepada beliau
keadaan beliau. Lihatlah kepada ketidaksenonohan ini bahkan kelancangan terhadap
Allah dan mencabar terhadap Rasul di mana Baginda -,`=\' `=\' -,\=- bersabda:
dan dia tak boleh meniupkan sementara sabit daripada orang yang mengaku ini
kuasa untuknya dan sahabat kita ini akan muncul seperti itu ataupun lebih darinya.
Dan jika kamu tidak malu maka lakukanlah apa yang kamu mahu).
53
Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar: Seolah-olah Baginda tahu bahawa
Baginda akan meninggal di dalam sakit tersebut, maka Baginda
bimbang akan diagungkan kubur Baginda, sebagaimana yang dilakukan
oleh orang-orang terdahulu, lalu Baginda melaknat Yahudi dan Nasrani
sebagai isyarat kepada celaan [terhadap] orang-orang yang melakukan
perbuatan mereka.


Tajuk Ketiga:
Golongan Rafidhah adalah yang mula-mula sekali mengadakan
makam-makam yang diagungkan di dalam Agama Islam dan
mereka melampau terhadap pemilik-pemiliknya sehingga ia
disembah selain Allah Taala:
Telah berlalu terhadap kita, petunjuk Nabi , ajaran Sahabat-
sahabat Baginda dan golongan Salafussoleh pada kurun-kurun yang
disaksikan untuknya kebaikan; bagaimanakah dahulunya kubur-kubur
mereka dan bagaimanakah dahulunya ajaran mereka di dalam
meletakkan perkuburan, bagaimanakah mereka dahulunya bersegera
mengingkari setiap benda yang diada-adakan sekalipun kecil, dari
perkara yang membawa kepada penyelewengan daripada manhaj itu.
Maka mereka dahulunya menghancurkan apa yang diangkat dari kubur-
kubur, mengingkari sesiapa yang menyalahi mereka di dalam di dalam
perkara tersebut, serta merobohkan apa yang dibina pada perkuburan
dari binaan-binaan. Dan keadaan itu berterusan sehingga akhir kurun
ketiga; tatkala semakin lemah kekuasaan pemerintah-pemerintah
Abbasiah dan bertambah kuat penelusan golongan Rafidhah dan
Batiniah, ketika itu dibuat makam-makam di atas kubur-kubur, dan
terbukalah pintu yang luas dari kejahatan ini ke atas Umat Islam.

Dan telah menjelaskan Syeikh Islam Ibnu Taimiyah perkara
tersebut lalu dia berkata: Dan tidak ada pada zaman-zaman yang
diutamakan makan-makam di atas kubur-kubur, dan ia hanya menjadi
banyak selepas itu, pada kerajaan Bani Buwaiyah apabila muncul puak
Qaramithah di bumi Timur dan Barat. Di dalamnya ada puak zindiq
kafir yang matlamat mereka adalah menukar ganti agama Islam,
manakala di dalam Bani Buwaiyah pula terdapat persetujuan terhadap
mereka pada sebahagian perkara tersebut, serta terdapat bidah-bidah
54
golongan Jahmiah, Mutazilah dan Rafidah yang sedia maklum oleh
ahli Ilmu. Lalu mereka telah membina makam-makam tipu, seperti
makam Ali --.= =' _=- dan yang seumpamanya. Dan beliau berkata
pada tempat lain:

Dan zahir bidah Syiah yang merupakan pembuka [kepada]
pintu kesyirikan. Kemudian apabila telah kukuh golongan Zindiq
tersebut, mereka telah memerintahkan pembinaan makam-makam dan
pembiaran masjid-masjid ..... mereka meriwayatkan berkenaan
penerangan makam-makam, pengagungannya dan berdoa di sisinya;
penipuan-penipuan yang saya tidak dapati seumpamanya di dalam apa
yang saya temui dari penipuan-penipuan Ahli Kitab, sehinggakan telah
mengarang ketua mereka (Ibnu An-Numan) sebuah kitab mengenai
(Manasik Al-Masyahid) dan mereka menipu di dalamnya terhadap Nabi
serta ahli bait Baginda dengan penipuan-penipuan yang mereka
gantikan dengannya agama Baginda, mereka ubah ajaran Baginda, serta
mereka mengada-adakan kesyirikan yang menafikan tauhid, oleh itu
mereka menjadi penghimpun kesyirikan dan penipuan
77
.

Benarlah Syeikh Islam -=' -==-, dan ahli Tarikh serta kesan-
kesan Sejarah telah menegakkan bukti-bukti terhadap kebenaran apa
yang beliau kata. Inilah doktor berketurunan Mesir, Suaad Mahir
pensyarah Binaan Islam di Universiti Qaherah di dalam
ensiklopedianya yang besar (Masjid-masjid Mesir serta Wali-walinya
Yang Soleh) membuktikan bahawa pusara-pusara pertama yang dibina
di atasnya makam-makam ialah pusara-pusara Syiah Rafidhah.

Maka setelah beliau membuktikan bahawa pusara pertama di
dalam Islam yang di atasnya kubah dikenali sebagai kubah As-Solibiah,
dan ia dibina pada tahun 284H di atas kubur Khalifah Al-Muntasir Al-
Abbasi, beliau telah menukilkan daripada At-Tobari bahawa ibu
Khalifah Abasiah Al-Muntasir telah meminta izin untuk membina
pusara berasingan untuk anaknya, maka diizinkan untuknya (kerana
telah menjadi kebiasaan sebelum itu bahawa seseorang khalifah

77
Dari [kitab] Damatun ala Al-Tauhid, m/s 13 17
55
ditanam di dalam istananya). Ibu tersebut adalah ummu walad


beragama Nasrani berbangsa Rom, maka dia dengan hukum
kepercayaannya dan suasana dia didik mengikutnya; dari pengagungan
kubur-kubur, telah meminta perkara tersebut dan ia telah ditunaikan
tatkala wanita-wanita istana telah berjaya mengawal kehidupan, dan
menumpaskan khalifah-khalifah yang dalam keadaan kelemahan dan
penumpuan mereka terhadap syahwat dan keseronokan mereka. Oleh
itu, pengaruh Nasrani jelas di dalam pembentukan makam ini.

Beliau berkata: Seterusnya dari segi tarikh adalah pusara Ismail
As-Samani yang dibina pada tahun 296H di bandar Bukhara, kemudian
pusara Imam Ali di Najaf yang dibina oleh puak Al-Hamdani pada
tahun 317H, berikutnya pusara Muhammad bin Musa di bandar Qum di
Iran pada tahun 366H dan setelah itu pusara Tujuh banat di Fustat pada
tahun 400H [jilid 1, m/s 46]. Susunan ini telah disebut oleh lebih
daripada seorang dari kalangan orientalis dan pengkaji-pengkaji tentang
kesan-kesan sejarah dan binaan Islam.

Dan setiap mereka yang beliau nyatakan adalah sama ada
terkesan dengan Rafidhah; seperti khalifah kerajaan Abbasiah Al-
Muntasir berserta pengaruh ibunya yang beragama Nasrani tentang
perkara itu. Ataupun mereka di dalam sebuah kerajaan Syiah; sekalipun
dikatakan bahawa Ismail yang disebut tadi kembali kepada Sunnah,
kerana pengambil kiraan adalah dengan suasana am dan bukan dengan
individu mati yang tidak diberikan kepadanya sebarang pilihan tentang
hukum keadaan sekeliling. Begitu juga Kerajaan Al-Hamdaniah adalah
sebuah kerajaan Rafidhah yang terkenal dan penduduk Qum terkenal
dengan sifat Rafdh, serta bandar mereka adalah di antara bandar-bandar
suci di sisi Rafidhah. Dan pusara Tujuh banat pula adalah pada zaman
Kerajaan Fatimiah Batiniah. Maka sabit dengan ini, apa yang dikatakan
oleh Syeikh Islam -=' -==-; bahawa Syiah, merekalah yang telah
membawa golongan kubur ke dalam Umat Islam, dan membuka pintu
kesyirikan dan keberhalaan ke dalamnya.


56
Sementara di sisi kita; di Yaman, telah bermula makam-makam
yang diagungkan dan pengebumian orang-orang mati di dalam masjid-
masjid pada era Kerajaan Sulaihiyah Ismailiyah Batiniyah, yang
merupakan rentetan bagi kerajaan Fatimiah di Mesir. Dan di antara
makam-makam pertama di sini adalah makam Ar-Rasain di Zabid,
makam As-Sulaihi Ali bin Muhammad di Sanaa dan makam Ratu As-
Saiyidah binti Ahmad di Jiblah.

Inilah dia kisah penyebaran makam-makam di Yaman dan
permulaan golongan kubur keberhalaan yang terjadi di atas tangan cucu
cicit Abdullah bin Saba Al-Yahudi; yang telah mengasaskan kumpulan
Syiah pelampau pertama di dalam Islam yang dikenali oleh manusia,
dan juga [di atas tangan] cucu cicit Maimun Al-Qaddah Al-Yahudi
yang telah mengasaskan Kerajaan Ismailiyah Batiniyah yang
mempunyai akar umbi Yahudi yang dikenali dengan nama Kerajaan
Fatimiyah.

Siapakah mengikut pandangan anda mesti untuknya menjadi
ikutan kita di dalam perkara itu; Muhammad Rasulullah , dan orang-
orang yang bersama Baginda dari kalangan sahabat-sahabat Baginda,
serta orang-orang yang mengikuti mereka dengan ihsan dari kalangan
para Imam Din dan pada Ulama Agama, ataupun Yahudi yang zahir dan
Yahudi yang tersembunyi; seperti Ibnu Saba, Maimun Al-Qaddah dan
sesiapa yang menyusuri jalan mereka yang melampau itu?!! {Amatlah
buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih
itu.} [Al-Kahf : 50].











57
Bab Ketiga
Ajaran Islam Berkenaan Menziarahi Kubur serta
Hikmah di dalam Menziarahinya

Fasal Pertama:
Disyariatkan menziarahi kubur dan sebab di dalam
menziarahinya

Tajuk Pertama:
Disyariatkan Menziarahi Kubur:
Nabi dahulunya -pada permulaan Islam- telah melarang
daripada menziarahi kubur, kemudian Baginda telah mengizinkan
perkara serta melakukannya, dan Baginda mengajarkan Umat Baginda
bagaimana mereka lakukan ziarah.

Telah meriwayatkan Muslim daripada Buraidah --.= =' _=-,
beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah : Sesungguhnya aku
dahulu melarang kamu semua dari menziarahi kubur, maka
ziarahilah ia
78


Dan telah meriwayatkan -=' -==- dari hadith Abi Hurairah - =' _=
-.=-, beliau berkata: Nabi telah menziarahi kubur ibu Baginda,
maka Baginda menangis dan menjadikan orang sekeliling Baginda
menangis, lalu Baginda bersabda: Aku meminta izin Tuhanku agar
mengampunkannya, maka Dia tidak mengizinkan daku dan aku
meminta izin-Nya untuk menziarahi kuburnya, lalu Dia
mengizinkan daku. Oleh itu, ziarahilah kubur kerana ia
mengingatkan kematian
79
.

Dan daripada Anas --.= =' _=-, beliau berkata: Telah bersabda
Rasulullah : Aku dahulu melarang kamu semua dari menziarahi
kubur. Maka ketahuilah! Ziarahilah ia kerana ia melembutkan hati,

78
Jilid 7, m/s 46
79
Jilid 7, m/s 46
58
menangiskan mata, dan mengingatkan [kepada] Akhirat dan
janganlah kamu semua mengatakan sesuatu yang tak patut.
Diriwayatkan oleh Al-Hakim dengan sanad yang hasan
sebagaimana yang dikatakan oleh Al-Albani -=' -==- di dalam
[kitab] Ahkam Al-Janaiz.
80


Di dalam hadith Muslim yang panjang daripada Aisyah - =' _=
',.=-, telah bersabda Rasulullah : Jibrail telah mendatangi daku
..... sesungguhnya Tuhanmu menyuruhmu untuk mendatangi
penghuni Baqie dan meminta ampun untuk mereka. Dia berkata:
Bagaimana aku hendak katakan kepada mereka, Ya Rasulullah?
Baginda bersabda: Assalamualaikum penghuni penempatan-
penempatan dari kalangan Mukminin dan Muslimin, semoga Allah
merahmati orang-orang terdahulu dari kalangan kita dan orang-
orang terkemudian, dan kami -sekiranya kehendaki oleh Allah- pasti
akan mengekori kamu semua.
81


Dan dari hadith Buraidah melalui jalan [periwatan] Zuhair bin Harb
di dalam Muslim; dahulunya Rasulullah mengajarkan mereka,
apabila mereka keluar ke tanah perkuburan, wakil mereka akan
berkata:Assalamualaikum penghuni rumah-rumah dari kalangan
Mukminin dan Muslimin. Sesungguhnya kami -sekira dikehendaki
oleh Allah- pasti mengekori. Aku memohon untuk kami dan untuk
kamu semua kesejahteraan.
82



Tajuk Kedua:
Sebab berkenaan disyariatkan menziarahi kubur di sisi Ahli
Sunnah:
Hadith-hadith ini menjelaskan tentang disyariatkan menziarahi
kubur-kubur serta menerangkan alasannya; iaitu mengingatkan
kematian, melembutkan hati serta menangiskan mata, dan bahawa ia
menjadikan zuhud terhadap Dunia seperti mana di dalam hadith Ibnu

80
m/s 180
81
Jilid 7, m/s 44
82
Ahkam Al-Janaiz; m/s 45
59
Masud di sisi Al-Hakim. Ia juga adalah untuk doa dan pengampunan
bagi mayat. Inilah dia sebab-sebab yang didatangkan oleh As-Sunnah
dan diketahui oleh Ahli Sunnah, lalu mereka menziarahi kubur bagi
tujuan merealisasikannya. Berkata Imam As-Sanani -=' -==- di dalam
Subul As-Salam: Semua itu menunjukkan kepada dibenarkan
menziarahi kubur-kubur dan penjelasan hikmah berkenaannya; bahawa
ia untuk mengambil iktibar. Oleh itu, apabila ia kosong daripada
perkara-perkara ini, ia tidaklah yang dikehendaki dari segi Syarak.
83



Tajuk Ketiga:
Sebab berkenaan disyariatkan menziarahi kubur di sisi golongan
kubur:
As-Syatiri telah cuba -di dalam jawapannya terhadap soalan-
soalan yang berkaitan dengan ziarah Hud- untuk mengaburkan kepada
pembaca dan merasakannya bahawa di sana terdapat orang-orang yang
melarang dari menziarahi kubur. Maka dia mula membawa hadith-
hadith yang menunjukkan kepada disyariatkan menziarahinya, untuk
mengeluarkan pembaca dengan tanggapan bahawa orang-orang yang
mengingkari apa yang berlaku di dalam ziarah Hud dari perkara-perkara
yang bidah, yang diada-adakan dan yang syirik; mereka mengingkari
[perbuatan] menziarahi kubur sejak dari mula lagi.

Sesungguhnya dia telah memindahkan pertempuran ke medan
lain yang tiada pejuang di dalamnya, dan dia telah lari daripada medan
yang dia tahu bahawa dia akan kalah tertewas di dalamnya, kerana
senjatanya; di dalamnya ada hawa nafsu, bidah dan penipuan yang
tidak laku pada ahli-ahli penelitian, dan kita mengatakan kepadanya:
` , ` _,' .............. , , _,

Sesungguhnya Rasulullah telah mensyariatkan untuk kita
menziarahi kubur, dan mendalihkannya dengan sebab-sebab yang jelas.
Maka apabila seorang penziarah menziarahi kubur untuk merealisasikan
sebab-sebab tersebut, ziarahnya adalah disyariatkan. Dan apabila dia
menziarahinya untuk sebab-sebab lain, ia tidak lagi menjadi

83
Subul As-Salam; jilid 2, m/s 114
60
disyariatkan sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Imam As-Sanani -
=' -==-.

Sesungguhnya para ulama dan pimpinan kamu telah
menjelaskan: bahawa sebab ziarah di sisi kamu bukanlah sebab-sebab
yang Nabi isyaratkan kepadanya tadi, tetapi sebabnya di sisi kamu
adalah apa yang Nabi dan seluruh para Anbiya datang untuk
memerangi dan menghapuskannya; Iaitu meminta syafaat daripada
makhluk-makhluk dan untuk meminta pertolongan daripada mereka,
serta kepercayaan bahawa mereka menghampirkan kepada Allah
dengan lebih hampir lagi. Tidakkah berkata Al-Eidarus di dalam Bazl
Al-Majhud kitab kecil yang dicetak pada tahun 1328H dan kamu hari
ini telah mengulang penyalinan dan pengedarannya kepada orang ramai,
supaya mereka membaca dan mempercayai apa yang di dalamnya.

Bukankah dia telah berkata: Sesungguhnya matlamat dari
Ziarah adalah memohon bantuan dari roh-roh para Anbiya dan para
Imam, serta iktibar dari [perbuatan] memohon bantuan ini dari satu segi
dan [perbuatan] memberikan bantuan dari satu segi yang lain, dan
menziarahi makam-makam mempunyai kesan yang besar di dalam dua
rukun ini. Adapun meminta bantuan; ia adalah dengan mengalihkan
perhatian tuan punya hajat, melalui penguasaan mengingati pemberi
syafaat dan yang diziarahi terhadap hati, sehingga keseluruhan
perhatiannya menjadi tenggelam di dalam perkara itu, dan
keseluruhannya menerima untuk mengingat [pemberi syafaat] dan
menghadirkan [yang diziarahi] di dalam fikirannya. Keadaan ini adalah
sebab yang menyedarkan roh pemberi syafaat dan yang diziarahi,
sehinggakan roh yang baik itu akan membantunya dengan perkara yang
dia pohon bantuan darinya
84
.

Jelas dari nukilan ini sebab di sisi golongan kubur di dalam
menziarahi kubur-kubur, iaitu memohon bantuan darinya dan dari
pemilik-pemiliknya, serta kepercayaan bahawa ia membantu mereka
dan menyahut permohonan bantuan mereka. Ini dikuatkan lagi oleh
realiti keadaan mereka, kerana mereka pada setiap peringkat dari

84
Bazl Al-Majhud m/s 20
61
peringkat-peringkat ziarah mereka; bertekun dalam memohon bantuan
dari para Auliya, menyeru mereka -selain dari Allah-, meminta
pertolongan pada mereka, dan berperantaraan dengan mereka kepada
Allah.

Di dalam ziarah Hud terutamanya, mereka mengajarkan orang
ramai ketika menggalakkan mereka untuk menziarahinya supaya
meminta hajat-hajat mereka darinya. Oleh itu, anda akan lihat mereka
sering mengulang-ulang pada masa penggalakan untuk ziarah tersebut:
' _. ,. ,. ...... _,-. ,. .-. ,
. _-, __ ,. ..... _,,. ,- . , .~,
Hud Nabi yang di ut uskan . . . . .
di l embah Ahqaf kuburnya benar
Bangkitlah dan jauhi kemalasan .....
mintalah kehendakmu darinya sekeliling pusara
85


Adakah akan berkata seorang muslim yang alim tentang syariat
Allah yang faqih di dalamnya; bahawa ziarah ini adalah untuk tujuan-
tujuan ini yang telah disyariatkan untuk kita oleh Rasulullah ?!

Saya berkata: Tidak! Bahkan puak tersebut telah menjelaskan
bahawa mereka telah memindahkan ziarah tersebut daripada ziarah
yang disyariatkan; yang mereka gambarkan mengenainya bahawa ia
mengikut cara Fuqaha kepada cara berbentuk bidah kesyirikan; yang
mereka gambarkan mengenainya dengan cara kesufian.

Berkata As-Sabban: Sunnah Nabawiah dahulunya telah
menjelaskan bagaimana menziarahi kubur, bahawa ia adalah untuk
memberi salam serta memohon rahmat ke atas mayat, dan dari punca
inilah berlaku ziarah orang-orang terdahulu
86
. Kemudian dia berkata
87
:
Pada zaman Imam Abdullah bin Abi Bakr Al-Eidarus telah berpindah
ziarah tersebut dari kaifiat Fiqh kepada tarekat Sufi, yang tidak terhad
kepada memberi salam dan memohon rahmat, bahkan ia mengandungi

85
As-Sabban, m/s 30
86
m/s 25
87
m/s 25
62
perantaraan, memohon bantuan dan mengambil berkat pada yang
diziarahi.

Berkata Abdul Lah Balfaqih di dalam kitabnya Al-Fawaid haula
Al-Mazaraat, bahawa Ziarah telah berpindah kepada tarekat kesufian
pada zaman Al-Eidarus daripada perhimpunan padanya, dan kelahiran
Sayidina Al-Eidarus adalah pada tahun 811H (1408M) dan
kematiannya adalah pada tahun 865H (1460M). Dan yang demikian
adalah kerana terhentinya Al-Eidarus selama 13 tahun seperti mana
yang disebut oleh pengarang At-Tuhaf An-Nuraniah -Syeikh Abdullah
bin Abdurrahman Bawazir- adalah faktor bagi menunggu izin Rabbani
dalam memindahkan ziarah Nabi Hud dari jalan Fuqaha kepada jalan
kesufian.

Saya kembali setelah ini dan berkata: Adakah begini, wahai
Salim As-Syatiri, dijadikan hujah hadith-hadith Nabi ? Adakah begini
kamu mengelirukan Umat dan kamu berdalilkan dengan dalil-dalil yang
menunjukkan berlawanan dengan apa yang anda seru kepadanya?
Apakah anda tidak takutkan Allah??

Sesungguhnya Al-Eidarus berterusan -mengikut gambaran
Balfaqih- selama tiga belas tahun menunggu izin Rabbani dalam
mengubah ziarah tersebut dari perlaksanaannya mengikut jalan syarak
kepada perlaksanaannya mengikut jalan bidah, kemudian setelah
jangka masa itu, keizinan untuk perkara tersebut mendatanginya, lalu
bertukarlah ziarah tersebut kepada memohon bantuan, mengambil
berkat dan perantaraan. Ini yang mereka akui, dan apa yang
tersembunyi adalah lebih besar lagi.









63
Fasal Kedua
Larangan Dari Berkelana ke Kubur-kubur serta Dari
Mengambilnya Sebagai Sambutan-sambutan Perayaan

Tajuk Pertama:
Larangan dari bermusafir ke selain Masjid-masjid yang tiga:

Telah meriwayatkan Muslim di dalam Sahihnya daripada Abi Said
Al-Khudri --.= =' _=-, telah bersabda Rasulullah : Janganlah
kamu berkelana kecuali ke tiga buah masjid; masjidku ini, Masjid
Al-Haram dan Masjid Al-Aqsa
88
.

Dan beliau telah meriwayatkan daripada Abi Hurairah --.= =' _=-
menyampai kepadanya Nabi : Janganlah kamu berkelana kecuali
ke tiga buah masjid; masjidku ini, masjid Al-Haram dan masjid Al-
Aqsa
89
.

Dan di dalam riwayat lain oleh Muslim daripada Abi Hurairah;
memberitahu bahawa Rasulullah telah bersabda: Berkelana
hanyalah ke tiga buah masjid; Kaabah, masjidku, dan masjid
Iliya
90
.

Dan telah meriwayatkan Imam Ahmad -=' -==- di dalam
Musnadnya daripada Abdurrahman bin Al-Harith bin Hisyam
bahawa beliau berkata: Terserempak Abu Basrah Al-Ghifari
[dengan] Abu Hurairah, dan dia telah datang dari At-Tur, lalu beliau
[yakni Abu Hurairah] berkata: Dari mana engkau datang?. Dia
berkata: Dari At-Tur, aku solat padanya. Lantas beliau berkata:
Adapun jika aku berjumpa engkau sebelum engkau pergi nescaya
engkau tidak akan pergi. Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah

88
Jilid 9, m/s 105 106
89
Jilid 9, m/s 167 168
90
Jilid 9, m/s 168
64
bersabda: Janganlah kamu berkelana melainkan ke tiga buah
masjid; Masjid Al-Haram, masjidku ini, dan Masjid Al-Aqsa
91
.

Ini adalah hadith-hadith di dalam bab ini, dan para Ulama
mutaakhirin telah bercanggahan dalam mentakwilkannya dan berkenaan
apa yang ditunjukkan olehnya. Telah menyebut percanggahan tersebut
An-Nawawi di dalam syarah Muslim, Ibnu Hajar di dalam Fath Al-Bari,
serta selain mereka berdua. Dan orang yang saya lihat paling luas
menyentuh kajian ini adalah Al-Allamah Siddiq Hassan Khan di dalam
syarah beliau As-Siraj Al-Wahhaj min Kasyfi Matolibi Sahih Muslim
bin Al-Hajjaj. Kajian beliau telah menghabiskan tiga puluh empat
muka surat -saiz besar-, pada m/s 84 117 daripada juzuk kelima dari
cetakan Qatar. Dan setelah pendatangan pelbagai pendapat dan
perbincangannya, beliau berkata: Dan adapun bermusafir bagi selain
menziarahi kubur-kubur sebagaimana yang telah lalu misal-misalnya,
sesungguhnya ia telah sabit dengan dalil-dalil yang sahih, berlaku pada
zaman Baginda dan diperakui oleh Nabi -,`=\' -,\=-, maka tiada jalan
untuk menegah dan melarang darinya. Tidak serupa bermusafir untuk
menziarahi kubur, kerana ia tidak berlaku pada zaman Baginda ,
Baginda tidak memperakuinya bagi seorang pun dari kalangan sahabat-
sahabat Baginda, Baginda tidak mengisyaratkan di dalam satu hadis pun
kepada melakukannya dan memilihnya, dan Baginda tidak
mensyariatkannya untuk seorang pun dari umat Baginda; tidak dari segi
kata-kata dan tidak pula dari segi perbuatan
92
.

Dan sesungguhnya Rasulullah telah menziarahi ahli Baqie
dan selainnya tanpa bermusafir dan berkelana ke kubur-kubur mereka
untuk mengingati Akhirat, dan ia adalah kelonggaran yang disyariatkan,
bahkan disunatkan lagi digalakkan, bahkan sunnah yang wajib sehingga
hari Kiamat bagi sesiapa yang mencintai Dar Akhirat, berpegang
dengan Sunnah yang suci, tetapi bukan dengan mengutamakan
bermusafir dan memilih berkelana ke penjuru yang jauh
93
.


91
Ahmad, jilid 6, m/s 7
92
As-Siraj Al-Wahhaj 113
93
As-Siraj Al-Wahhaj 113
65
Seterusnya beliau menyebut apa yang membawa kepadanya
bermusafir bagi menziarahi kubur-kubur dari perbuatan-perbuatan
berbentuk syirik dan bidah, kemudian beliau berkata: Dan hasil kata-
kata dan kesimpulan matlamat pada kedudukan ini: Masalah bermusafir
untuk menziarahi kubur-kubur (apa-apa kubur sekalipun) sekurang-
kurang darjatnya adalah: ia menjadi dari perkara samar-samar, dan
orang-orang beriman terhenti pada syubhah-syubhah. Akan tetapi
sesiapa yang bermusafir dan menyediakan kenderaan ke masjid
Madinah dan singgah padanya, sesungguhnya disunatkan baginya atau
wajib dia menziarahi kubur Rasulullah , dan janganlah dia
meninggalkan kelebihan ini. Dan dengan ini dia akan terkeluar dari
kesilapan-kesilapan fahaman para Ulama, celaan para Fuqaha dan
tentangan golongan Sufaha, serta terhasil dengan itu satu bahagian
daripada [perbuatan] menghimpunkan di antara riwayat-riwayat yang
berlainan.

Dan sesiapa yang berkata; bahawa menziarahi Rasulullah
selepas kewafatan Baginda yang mulia (di negeri Baginda yang
berganda) bagi penduduknya atau orang yang melaluinya atau orang
yang menyinggahinya, dimakruhkan atau diharamkan, maka orang
tersebut telah zalim, melampau dan bersalah
94
.

Tamat maksud dari kata-kata beliau, memadailah dengannya,
dan sesiapa yang inginkan tambahan maka hendaklah dia merujuk
kepada Syarah tersebut ataupun kepada tempat-tempat yang telah saya
tunjukkan dari syarah An-Nawawi, Ibnu Hajar dan As-Syaukani, - ='
,\='-.


Tajuk Kedua:
Larangan dari mengambil kubur-kubur sebagai sambutan-
sambutan perayaan:
Dan sebagaimana Rasulullah telah melarang dari bermusafir
untuk menziarahi kubur-kubur, larangan yang dikandunginya telah
membataskan berkelana ke masjid-masjid yang tiga [sahaja],

94
As-Siraj Al-Wahhaj 116
66
sesungguhnya Baginda juga melarang daripada pengambilan kubur-
kubur sebagai sambutan-sambutan perayaan dengan larangan yang
dikandung oleh sabda Baginda : Janganlah kamu semua jadikan
rumah-rumah kamu seperti kubur-kubur, dan janganlah kamu semua
menjadikan kuburku sebagai sambutan perayaan, dan berselawatlah ke
atasku kerana sesungguhnya selawat kamu sampai [kepada]ku di mana
sahaja kamu berada. Dan yang demikin adalah di dalam apa yang
diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya dengan sanad yang sahih
dari hadith Abu Hurairah --.= =' _=-, dan ia mempunyai jalan-jalan
[periwayatan] lain melaluinya dan melalui selainnya dari kalangan para
Sahabat.
95


Para Ulama telah memahami daripada hadith ini; larangan dari
melakukan ziarah-ziarah tahunan yang bermusim bagi kubur-kubur.
Berkata Al-Allamah Al-Manawi -=' -==-: Maknanya adalah larangan
dari perhimpunan untuk menziarahi Baginda seperti perhimpunan
mereka untuk sambutan perayaan, sama ada untuk mengelakkan
penyusahan atau benci mereka akan melampaui batasan pengagungan
kemudian beliau berkata: Dan diambil daripadanya bahawa
perhimpunan orang awam pada sesetengah pusara para Auliya pada hari
atau bulan tertentu dari setahun, sambil mengatakan ini adalah hari
dilahirkan Syeikh tersebut serta mereka akan makan dan minum, dan
barangkali mereka akan menari-nari padanya, adalah dilarang dari segi
Syara dan wajib ke atas pemerintah Syara menegah mereka dari
perkara tersebut, mengingkarinya ke atas mereka dan membatalkannya
tamat melalui Aun Al-Mabud
96
.

Ziarah Hud adalah ziarah tahunan yang dilaksanakan pada
tarikh tertentu yang sedia maklum. Sedia maklum hari-harinya
dari bulan tersebut, iaitu hari-hari sembilan, sepuluh dan sebelas
dari bulan Syaaban, bahkan lebih dahsyat dan lebih pahit lagi, ia
diserupakan hingga kadar yang besar dengan hari-hari Haji. Di
sana terdapat hari menyembelih, hari wuquf, hari nafar. Hari raya
adalah hari kesepuluh dan hari wuquf adalah hari kesebelas; yang

95
Lihat Aun Al-Mabud Syarah Sunan Abi Daud, jilid 6, m/s 32
96
Jilid 6, m/s 32 33
67
As-Sabban berkata mengenainya dan dia adalah orang yang
menghadiri ziarah ini dan mengetahuinya dengan sebenar-benar
pengetahuan, pengetahuan penyaksian dan bukannya dinukilkan
daripada sesiapa, dia berkata: Dikira hari kesepuluh sebagai hari raya
penziarah-penziarah pada laluan bukit tersebut, maka mereka akan
menyembelih kambing-kambing, dan mereka akan makan selazat-lazat
makanan mereka berseni di dalam memasak makanan, dan pada
beberapa jenis makanan yang terdiri dari harisah

dan selainnya
97


Dia berkata sebelum itu: Waqfah adalah pada hari kesebelas,
lalu akan sempurnalah kedatangan penziarah-penziarah, dan sesiapa
yang sempat waqfah maka dia telah sempat Ziarah, waqfah tersebut
adalah pada waktu pagi hari kesebelas Syaaban, dan ia dinamakan
waqfah seperti wuquf di Arafat, maka sesiapa yang sempat wuquf di
Arafat maka dia telah sempat Haji, dan sesiapa yang terlepas wuquf
maka terlepas Haji, dan demikianlah juga di dalam Ziarah.

Kemudian dia berkata [m/s 43] di bawah tajuk An-Nafrah:
Bermula nafrah pertama pada asar hari kesebelas, lalu akan berhambus
dan bertolak keluarga Alawi, keluarga Saiun dan sesiapa yang berada
di barat Saiun
98
. Manakala kafilah ahli Tarim mula nafrah pada hari 12
Syaaban.
99


Bahkan Syaaban itu sendiri telah di sandarkan kepada Hud,
maka orang ramai di sana mengenalinya sebagai bulan Hud. Berkata
As-Sabban: Dan bulan Hud adalah bulan Syaaban, kerana nilaian
Ziarah dinamakan bulan tersebut dan dilafazkan kepadanya bulan
Hud. Nama ini diketahui di sisi para pekerja dan para peladang, serta di
sisi ramai dari kalangan lapisan-lapisan lain, dan lebih masyhur dari
bulan Syaaban
100
.

-=,,\' (Harisah) : bubur masak daging


97
m/s 43. dan telah menyanggah -di dalam perbuatannya menjadikan hari kesebelas
sebagai hari waqfah- semua yang menulis tentang perkara tersebut.
98
Iaitu orang-orang bahagian atas lembah, dan dia telah menjelaskannya bahawa
mereka adalah sesiapa yang di barat Saiun.
99
m/s 43
100
m/s 35
68
Kepastian ini kesemuanya di atas pengambil kiraan ziarah Hud
adalah berbentuk tahunan bermusim yang termasuk ke dalam larangan
tadi, tidak menghalang As-Syatiri untuk menafikan bahawa ziarah
tersebut adalah bermusim. Saya tidak tahu bagaimana berseronok
manusia-manusia ini menipu, dan merendah-rendahkan akal orang
ramai? -_'=.==\' ='-!!!














Bersambung -=! s!= - ke ...
Bab Keempat
Kesesatan-kesesatan Orang Yang Menziarah