Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Tadi dok belek=belek fb, tiba-tiba ternampak satu resepi kat Solid and Semi Solid Food Group
Macam best ja tengok. Meh saya kongsikan resepinya.
Ihsan dari Kak Zam
[Homemade sosej ayam]
Bahan2
500 gm ayam
1 sd kecil garam
1 sd kecil gula
1sudu besar lada hitam yg ditumbuk kasar.
Stgh biji bwg holland
2 sd besar tepung ubi
Cara2;
} Kisar halus ayam ngn bwg besar serta garam n gula....kisar halus letak air ckit dlm 2sudu
besar...
} Siap kisar gaul ngn lada hitam n tpg ubi
} ambil sedikit bentukkn memanjang .....sapukan daun kunyit ngn pevoo ( palestine extra virgin
olive oil) letak adunan sosej n gulung kemudian ikat tepi kedua2 belah ngn tali...(ade lebihan tali
wat barut baby tu mama ambil)
Mama xguna plastik tuk balut adunan sosej sbb nk rebus kan jd utk healthy guna semulajafi
daun kunyit.
} rebus dlm air panas dlm 20min
} siap tu boleh la keluarkan dr daun kunyit then boleh difrozenkan...
} bila nk mkn boleh la grill ke goreng ke...sedap!!!!!
http://cerdascergas.blogspot.com/2014/02/home-made-sosej-ayam.html
NUGGET AYAM
Sumber: Inilah Ceritaku
Olahan: dZana@Inspirasiku
Bahan2
500 g isi ayam, dikisar
2 ulas bawang putih (cincang halus)
Sedikit oregano
3 sb tepung gandum
Sedikit serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Coating
Serbuk roti/oat..secukupnya untuk coating
1-2 biji telur
Caranya
1. Campurkan semua bahan kecuali telur dan serbuk roti/oat dan gaul sebati.
2. Ambil sedikit adunan bentukkan mengikut suka..(bulat/leper) ulang sehingga habis.
3. Kemudian celup ke dalam telur dan lepas itu digolek ke dalam serbuk roti.
4. Ulang semula dengan mencelup ke dalam telur dan serbuk roti jika hendakkan permukaan luar
yang tebal.
5. Goreng dengan api perlahan sehingga kekuningan.
http://qaseyhoney.blogspot.com/2012/04/home-made-chicken-nugget.html
Resepi Home Made Nugget Ayam Tempura
Bahan-Bahan Isi Nugget Ayam Tempura
Bahagian Dada ayam (ambil isinya sahaja - potong kecil-kecil)
Secubit garam
Secubit kecil serbuk lada hitam
Secubit kecil oregano kering (kalau ada)
2 biji bawang besar (potong kecil-kecil)
(boleh tambahkan apa-apa sahaja bahan yang anda suka)
Bahan-bahan Kulit Nugget Ayam Tempura
3 sudu tepung gandum (isikan dalam pinggan -boleh tambah secubit kecil garam jika suka)
1 biji telur putih (isikan dalam pinggan lain)
Cara Buat Nugget Ayam Tempura
1. Campurkan kesemua bahan-bahan Isi Nugget Ayam Tempura ke dalam
blender. Dan
kisar hingga lumat dan sebati. (tanpa ditambah air). Blender biasa yang kita guna
kat rumah tu pun boleh tau.
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak untuk menggoreng dengan api kecil
3. Kemudian pindahkan isi ayam yang telah dikisar tadi ke dalam mangkuk bersih.
Buatkan bentuk yang anda suka. (Agak melekat dan melekit sedikit). Saya suka
tambah dan gaulkan dengan isi jagung.
4. Golekkan ke dalam putih telur dan kemudian golekkan pula ke dalam tepung
gandum.
5. Tukarkan api kecil kepada api sederhana besar. (orang yang tak terer masak macam
saya kene jaga api selalu -nanti rentung nugget ku)
6. Gorengkan Nugget Ayam Tempura hingga ke kuning-kuningan.
7. Siap untuk di hidangkan kepada anak anda ^_^
http://sihatmacamyaya.blogspot.com/2012/11/resepi-home-made-nugget-ayam-tempura.html