Anda di halaman 1dari 18

LAPORAN AMALI BATUAN

TAJUK : Mengenal Pasti Batuan.


TUJUAN : Mengenalpasti dan mengelaskan 6 jenis batuan mengikut
spesifikasi.

TEORI:
Kerak bumi terdiri daripada beraneka jenis batu-batan. Tiap-tiap batu-batan ini
berbeza daripada yang lainnya, baik tentang corak, bentuk rupa, warna, ketelusan air, cara
terjadinya, mahupun kekuatannya menahan kuasa gondolan. Bagi ahli-ahli geologi yang
mengkaji kandungan dan perkembangan bumi secara fizikal, pengetahuan tentang batu-
batan ini sangatlah penting. Begitulah juga bagi ahli-ahli Geografi. Mereka perlu
mempunyai pengetahuan asas tentang jenis jenis batu-batan yang biasa terdapat dan juga
hubungannya dengan rupa bumi. Batu-batan juga menjadi asas bagi tanah-tanih dan
sedikit sebanyaknya menentukan jenis jenis tumbuhan dan penggunaan tanah-tanih di
sesuatu kawasan. Oleh itu kita perlu mengetahui dan mengenal batu-batan yang terdapat
di sekeliling kita.Pengelasan ini dibuat dengan berdasarkan kandungan mineral iaitu jenis-
jenis mineral yang terdapat dalam batuan,tekstur batuan iaitu saiz dan bentuk hablur-hablur
mineral di dalam batuan dan struktur batuan iaitu susunan hablur mineral yang terdapat di
dalam batuan tersebut.Secara umum, batu-batan boleh digolongkan kepada tiga kumpulan
yang besar iaitu,batuan igneus,batuan enapan dan batuan metamorphosis.


Rajah:Jenis-jenis batuan


Batuan Igneus

Batuan igneus terjadi akibat daripada penyejukan dan pembekuan magma dari
dalam kerak bumi. Batu ini biasanya berbentuk hablur, tidak berlapis-lapis dan tidak
mengandungi fosil. Batu igneus boleh dikelaskan berdasarkan kandungan bahan-bahan
logam di dalamnya. Jikalau batuan ini mengandungi lebih banyak silika maka batu itu
digolongkan sebagai batuan asid. Sebagai batuan granit, batuan igneus jenis asid ini
tidaklah padat dan lebih muda warnanya daripada batuan bes. Batuan bes pula lebih padat
dan lebih hitam warnanya kerana banyak mengandungi oksid bes, seperti besi, aluminium
dan magnesium. Dari segi asal kejadiannya, batuan igneus boleh dikelaskan kepada dua
jenis iaitu :

l. Batuan Igneus Plutonik atau Rejahan - Batu ini adalah batu igneus yang terjadi di
bahagian bawah kerak bumi. Penyejukan dan pembekuan cecair ini berlaku secara
perlahan-lahan. Oleh kerana itu terjadilah hablur-hablur kasar yang mudah dikenal. Batu
jalar dalam ini, umpamanya granit, diorit dan gabro terdedah di permukaan bumi akibat
daripada proses gondolan dan hakisan.

2. Batu Gunung Berapi atau Terobosan - Batu gunung berapi adalah batu cecair yang
telah melimpah keluar dari gunung berapi sebagai lava. Lava ini membeku dengan cepat di
permukaan bumi dan hablur yang dihasilkannya berbentuk halus.
Batu gunung berapi atau batu jalar luar yang biasa terdapat ialah batu basol. Batu basol ini
menghasilkan hanyutan lava, litupan lava dan daratan tinggi lava. Setengah-setengah batu
basol membeku dengan cara yang luar biasa dan menghasilkan menara-menara batu.
Sebahagian daripada lava cair itu mungkin mengalir keluar melalui rekahan-rekahan. Lava
cair itu kemudian membeku dalam bentuk daik yang tegak dan sil yang datar. Kebanyakan
batu igneus keras lagi kukuh. Oleh kerana itulah batu igneus biasanya dipecahkan untuk
kegunaan membuat jalan raya, tugu-tugu peringatan dan batu-batu nisan yang berukir.

Batu granit batu obsidian



Batu pumis(apung) batu basalt

Rajah 1: contoh batu igneus

Batuan Enapan
Batu enapan terjadi daripada enapan yang terkumpul di kawasan perairan.
Kejadiannya memakan masa yang panjang. Batuan ini dapat dibezakan daripada batuan
jenis lain oleh sifat-sifatnya yang berlapis-lapis. Oleh sebab itu batuan ini disebut batu-
batan berlapis. Tebal lapisannya berbeza-beza dari beberapa sentimeter hingga ke
beberapa meter. Bentuknya kasar atau berbiji-biji halus, mungkin juga lembut atau keras.
Bahan-bahan yang membentuk batuan enapan ini mungkin telah diangkut oleh sungai-
sungai, glasier, angin atau binatang-binatang. Batuan enapan tidak berhablur dan
seringkali mengandungi fosil-fosil binatang, tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan halus.
Batuan enapan inilah yang paling berbeza sekali cara kejadiannya jika dibandingkan
dengan batuan lain, batuan enapan dapat dikelaskan berdasarkan umurnya. Berbagai-
bagai jenis batu-batan yang terjadi dalam jangka waktu yang sama telah dijeniskan ke
dalam satu golongan. Mengetahui sifat-sifat pelbagai jenis batu-batan itu sangatlah penting.
Batuan enapan boleh dikelaskan kepada tiga jenis utama dengan berdasarkan kepada asal
kejadiannya dan kandungannya iaitu :
l. Batuan enapan yang terjadi secara mekanik - Batuan jenis ini terjadi daripada
pemaduan bahan-bahan yang terkumpul daripada batuan yang lain. Batu pasir merupakan
batuan enapan yang paling banyak terdapat. Batuan ini terjadi daripada pasir dan kadang-
kadang serpihan batu kuarza. Susunan, kandungan dan warnanya sangatlah berbeza-
beza. Batu pasir banyak dipecahkan di kuari-kuari untuk kegunaan membuat rumah atau
membuat batu penggiling. Batu pasir yang lebih besar dikenal sebagai grit. Apabila batu-
batu kelikir yang lebih besar berpadu dengan kukuhnya sehingga menjadi batu besar,
maka batuan itu disebut konglomeret (sekiranya bulat) dan brekia (sekiranya bersegi-segi).
Batuan enapan yang lebih halus menjadi tanah liat yang banyak digunakan untuk membuat
bata, syil atau batu lodak. Pasir dan batu kelikir mungkin terdapat dalam bentuk yang tidak
berpadu.

2. Batuan enapan yang terjadi secara organik - Batu ini terjadi daripada bangkai hidup-
hidupan yang halus. Contohnya, organisma seperti karang dan kerang yang telah reput
dagingnya akan meninggalkan kulit-kulit yang keras. Kebanyakan batu yang terjadi secara
ini terdiri daripada jenis kalkeria antaranya termasuklah batu kapur dan kapur. Batu yang
mengandungi karbon juga terjadi secara organik. Batuan ini terjadi daripada pemendapan
tumbuh-tumbuhan yang telah reput seperti yang terdapat di kawasan paya dan hutan.
Batuan di atas memberikan tekanan kepada tinggalan tumbuh-tumbuhan itu dan
memampatkannya menjadi jisim karbon yang padat. Akhirnya tinggalan ini menjadi gambut,
lignit atau arang batu. Semua bahan-bahan ini sangat tinggi nilainya dari segi ekonomi.

3. Batuan enapan yang terjadi secara kimia - Batu jenis ini terenap melalui tindakan
kimia larutan yang berbagai jenis. Natrium klorid (garam batu) berpunca daripada lapisan
yang pada satu masa dahulu berada di dasar laut atau tasik. Gipsum atau kulsium sulfat
didapati dari penyejatan yang berlaku di tasik-tasik masin seperti Laut Mati yang sangat
masin airnya itu. Kalium karbonat dan nitrat juga terjadi dengan cara yang sama.

Batu konglemerat batu pasir


Batu garam
Rajah: batu enapan



Batuan Metamorfosis
Tekanan dan haba yang sangat tinggi akan menyebabkan semua batu-batuan, baik
batuan igneus mahupun batuan enapan akan bertukar menjadi batuan metamorfosis. Sifat-
sifat asal batuan tersebut mungkin berubah oleh kuasa-kuasa tersebut di atas
taditerutamanya apabila pergerakan bumi yang sangat kuat berlaku dan dengan cara ini
tanah lempung akan berubah menjadi batu loh, batu kapur menjadi batu marmar, batu
pasir menjadi kuarzit, batu granit menjadi gneis, syal menjadi syis, arang batu menjadi
grafit dan grafit menjadi berlian.

Batuan metamorfosis seperti batu marmar dan syis banyak dijumpai di Malaysia.
Batu marmar misalnya boleh didapati di Pulau Langkawi dan syis pula boleh didapati di
kawasan pergunungan di Sarawak. Batuan metamorfosis ialah batuan yang telah
mengalami perubahan fizikal dan kimia akibat haba dan tekanan yang sangat tinggi.
Perubahan fizikal dan kimia yang dimaksudkan itu ialah perubahan dari segi tekstur,
struktur dan komposisi mineral batuan. Batuan metamorfosis mungkin berasal daripada
batuan igneus, batuan enapan atau batuan metamorfosis yang lain. Suhu yang diperlukan
untuk berlakunya proses metamorfisma ialah antara 100C hingga 800C. Pada suhu ini
batuan masih lagi berkeadaan lembut. Dalam keadaan yang lembut ini, batuan boleh
berubah dari segi susunan mineralnya. Hablur dalam mineral pula boleh berubah dari segi
saiz dan bentuknya. Komposisi batuan juga boleh berubah akibat tindak balas kimia.
Tekanan yang kuat mungkin menghimpit hablur menjadi rata atau panjang. Apabila magma
panas mengalir keluar ke permukaan muka bumi ataupun memasuki celah-celah rekahan,
batuan kerak bumi yang disentuhnya berubah menjadi batuan metamorfosis. Proses ini
dikenali sebagai metamorfisma terma. Batu marmar dan slat bintik terbentuk secara
metamorfisma terma ini. Metamorfisma yang berlaku secara besar-besaran adalah
metamorfisma serantau. Di kawasan kerak bumi yang pernah mengalami proses
pembentukan gunung terdapat batuan metamorfosis seperti syis dan gneis. Hal ini terjadi
apabila batuan yang terdapat jauh di dalam kerak bumi mengalami tekanan yang kuat dan
haba yang tinggi. Tekanan dan haba yang tinggi menyebabkan batuan mertgalami proses
penghabluran semula.

Batuan metamorfosis mempunyai ciri-ciri yang jelas. Kesemua batuan metamorfosis
mempunyai struktur berhablur. Batuan metamorfosis mempunyai mineral yang sama
seperti batuan igneus, tetapi sering terdapat juga mineral yang hanya terbentuk pada suhu
dan tekanan yang sangat tinggi. Sesetengah batuan metamorfosis mampat dan menjadi
lebih padat akibat tekanan yang sangat tinggi yang dialaminya. Pemadatan batuan
menyebabkan molekulnya menjadi lebih rapat dan isipadu batuan lebih kecil. Sesetengah
batuan metamorfosis yang berjalur mempunyai mineral yang tersusun dalam lapisan-
lapisan yang selari. Batuan metamorfosis berjalur ini terjadi apabila mineral dalam batuan
itu mengalami penghabluran semula atau terhimpit akibat tekanan. Jaluran juga terjadi
apabila mineral yang mempunyai kepadatan berlainan terasing lalu membentuk lapisan-
lapisan. Contoh batuan berjalur ialah batu loh dan syis. Batuan ini boleh pecah menjadi
lapisan-lapisan yang nipis. Batuan metamorfosis tidak berjalur seperti batu marmar dan
kuarzit pula tidak boleh pecah kepada beberapa lapisan.Setiap batu-batuan ini berbeza
antara satu sama lain.Ini yang membezakan antara satu jenis batu dengan batuan lain.


Batu marmar batu kuarza



Batu gneiss

Rajah: batu metamorphosis





RADAS DAN BAHAN :

Penimbang elektronik
silinder penyukat
bikar
piring petri
kanta pembesar
berus
6 jenis batu
air.


PROSEDUR :

1. Sampel batu-batuan yang terdapat di sekeliling telah dibawa ke makmal.
2. Perbincangan tentang perbezaan batu-batuan telah dimasukkan ke dalam jadual 1
dibawah.
3. Dengan menggunakan hubungan antara jisim/isipadu, ketumpatan batuan telah di cari.
4. Melalui data-data yang telah dikumpulkan, jenis batuan telah dinamakan.
5. Teknik-teknik lain untuk mengklasifikasi atau menamakan batuan juga telah digunakan.

















KEPUTUSAN :


BIL

JENIS BATUAN

WARNA

JISIM

ISIPADU

KILAUAN

KEKERASAN

LAPISAN

TEKSTUR

CORAK



1.


Metamorfik





Agak
Putih


58.3
g


8 cm


Nampak
berkilau


Keras


Tidak
berlapis


-Licin
-bentuk
sfera
- tidak
bersegi


Tidak
sekata


2.


Enapan




Putih
dan
sedikit
kelabu


12.5
g


4 cm


Tidak
berkilau


Keras


Ada
lapis

-Kasar
-batuan
kecil
-
bersegi

Tidak
sekata


3.

Igneus



Ungu
kehitam
an


19.3
g


17 cm


berkilau


Lembut


Ada
lapis


-Kasar
-ada
segi









Sekata

Jadual 1 : Klasifikasi dan ciri-ciri batuan




BIL

JENIS BATUAN

WARNA

JISIM

ISIPADU

KILAUAN

KEKERASAN

LAPISAN

TEKSTUR

CORAK



4.


Metamorfik





Sedikit
Jingga



4.3 g


4 cm


Agak
berkilau


Lembut


Ada
lapisan


-ada
batu
kristal
-Sfera
bersud


Tidak
sekata


5.


Enapan





Sedikit
Merah
Jambu
dan
ada
bintik


13 g


5 cm


berkilau


Lembut


Ada
lapis


-ada
bintik
hitam
dan



Sekata


6.


Igneus



Perang
kelabu


14.9
g


8 cm


berkilau


Keras


Tidak
berlapis


-Ada
batuan
kecil
timbul,
dan
ada
rongga



Tidak
sekata

Jadual 1 : Klasifikasi dan ciri-ciri batuan



BIL

JISIM (g)

ISIPADU (cm)
JISIM (g)

ISIPADU (cm)

KETUMPATAN
(gcm)

1.


58.300

8.000

58.300
8.000


7.287

2.


12.500

4.000

12.500
4.000


3.125

3.


19.300

17.000

19.300
17.000


1.135

4.

4.300

4.000

4.300
4.000


1.071

5.

13.000

5.000

13.000
5.000


2.600

6.

14.900

8.000

14.900
8.000


1.863

Jadual 2: Ketumpatan Batuan





PERBINCANGAN :

Kami telah menjalankan kajian tentang batuan di sekitar pantai di Taman Negara
Teluk Bahang Pulau Pinang. Taman Negara Pulau Pinang terletak di sebelah pesisiran
pantai Pulau Pinang. Taman ini mempunyai keluasan sebanyak 1, 266 hektar meliputi
tanah tinggi, paya bakau, pantai dan juga pesisiran pantai berbatu. Keluasannya adalah
yang kedua terbesar selepas Taman Negara. Banyak spesies flora dan fauna termasuk
yang jarang ditemui dan juga yang hampir pupus terdapat di sini. Untuk sampai ke sini
hanya mengambil masa 45 minit dari pusat bandar. Terdapat banyak tempat bagi memerhati
dan mengambil gambar burung, penyu dan hidupan liar lain di dalam habitat semulajadi.
Taman ini sesuai untuk merentas hutan. Pengunjung berpeluang untuk mengalami pelbagai
habitat yang meliputi pantai berpasir dan berbatu sehingga kepada dataran lumpur, paya
bakau, kolam meromiktik dan hutan hujan tropika.


Walaupun tidak dapat mengkaji batuan dengan sepenuhnya akibat kekangan masa
tetapi terdapat juga batu-batuan yang unik disini.Antaranya ialah batu berbentuk buaya dan
arnab yang terdapat disekitar persisiran pantai di Taman Negara Pulau Pinang.



Rajah: batu berbentuk buaya dan arnab


Tiap-tiap batu-batan berbeza daripada yang lainnya, baik tentang corak, bentuk rupa,
warna, ketelusan air, cara terjadinya, mahupun kekuatannya menahan kuasa gondolan.
Bagi ahli-ahli geologi yang mengkaji kandungan dan perkembangan bumi secara fizikal,
pengetahuan tentang batu-batan ini sangatlah penting.Begitulah juga bagi ahli-ahli
Geografi.Mereka perlu mempunyai pengetahuan asas tentang jenis jenis batu-batan yang
biasa terdapat dan juga hubungannya dengan rupa bumi.Batu-batan juga menjadi asas bagi
tanah-tanih dan sedikit sebanyaknya menentukan jenis jenis tumbuhan dan penggunaan
tanah-tanih di sesuatu kawasan.Oleh itu kita perlu mengetahui dan mengenal batu-batan
yang terdapat di sekeliling kita.
Batuan pertama yang kami temui ialah batu yang pertama dikenalpasti sebagai batu
metamorfik, ianya bewarna putih,berkilau, tidak berlapis, bertekstur licin dan sfera tidak
bersegi. Ia mempunyai ketumpatan 8 cm.Batu kedua ialah batu igneus.Ianya berwarna
ungu kehitaman,bersifat lembut dan berlapis.Mempunyai tekstur yang kasar dan segi
bersudut.Jisim batu ini ialah 19.3 gram dan mempunyai ketumpatan 17 cm.Batu kedua
ialah batu enapan.Ianya berwarna putih dan kelabu. Ianya tidak berkilau, keras danberlapis-
lapis.Dari segi strukturnya, ianya kasar, berbatuan kecil dan seginya bersudut serta
ketumpatannya adalah 4 cm.Batu keempat adalah batu metamorfik yang berwarna jingg
kemerahan. Ianya berkilau, lembut dan mempunyai lapisan. Ciri-cirinya adalah berbatuan
kristal dan bersudut sfera.Ketumpatannya pula ialah 4 cm.Selain itu,batu igneus dan
berwarna kelabu k. Ciri-cirinya adalah berkilau, keras dan tidak mempunyai
lapisan.Teksturnya berbatuan kecil yang timbul,bersudut dan berongga.ketumpatannya
adalah 8 cm.Batu metamorfik yang kelima, berwarna merah jambu serta mempunyai bintik-
bintik hitam kecil. Ianya juga berkilau,lembut dan mempunyai lapisan. Ciri-cirinya adalah
berbintik-bintik hitam serta bersudut. Ketumpatannya pula adalah 5 cm.

Batuan igneus terjadi akibat daripada penyejukan dan pembekuan magma dari
dalam kerak bumi.Batu ini biasanya berbentuk hablur, tidak berlapis-lapis dan tidak
mengandungi fosil. Batu igneus boleh dikelaskan berdasarkan kandungan bahan-bahan
logam di dalamnya. Jikalau batuan ini mengandungi lebih banyak silika maka batu itu
digolongkan sebagai batuan asid. Sebagai batuan granit, batuan igneus jenis asid ini
tidaklah padat dan lebih muda warnanya daripada batuan bes. Batuan bes pula lebih padat
dan lebih hitam warnanya kerana banyak mengandungi oksid bes, seperti besi, aluminium
dan magnesium.Batu enapan terjadi daripada enapan yang terkumpul di kawasan
perairan.Kejadiannya memakan masa yang panjang. Batuan ini dapat dibezakan daripada
batuan jenis lain oleh sifat-sifatnya yang berlapis-lapis. Oleh sebab itu batuan ini disebut
batu-batan berlapis.Tebal lapisannya berbeza-beza dari beberapa sentimeter hingga ke
beberapa meter.Bentuknya kasar atau berbiji-biji halus, mungkin juga lembut atau
keras.Bahan-bahan yang membentuk batuan enapan ini mungkin telah diangkut oleh
sungai-sungai, glasier, angin atau binatang-binatang.Batuan enapan tidak berhablur dan
seringkali mengandungi fosil-fosil binatang, tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan halus.
Batuan enapan inilah yang paling berbeza sekali cara kejadiannya jika dibandingkan dengan
batuan lain, Tekanan dan haba yang sangat tinggi akan menyebabkan semua batu-batuan,
baik batuan igneus mahupun batuan enapan akan bertukar menjadi batuan metamorfosis.
Sifat-sifat asal batuan tersebut mungkin berubah oleh kuasa-kuasa tersebut di atas
taditerutamanya apabila pergerakan bumi yang sangat kuat berlaku dan dengan cara ini
tanah lempung akan berubah menjadi batu loh, batu kapur menjadi batu marmar, batu pasir
menjadi kuarzit, batu granit menjadi gneis, syal menjadi syis, arang batu menjadi grafit dan
grafit menjadi berlian.






KESIMPULAN :

Secara umum, batu-batan boleh digolongkan kepada tiga kumpulan yang besar iaitu,batuan
igneus,batuan enapan dan batuan metamorphosis. Selain daripada itu batu-batuan ini juga
menjadi penting kepada ahli-ahli geologi terutamanya dalam menentukan umur bumi.

















REFLEKSI

Syukur,akhirnya kami dapat menyelesaikan tugasan kerja kursus yang diberi.Bagi
semester kali ini, SCE 3110 Bumi dan Angkasa telah menjadi salah satu subjek major yang
dibimbing oleh seorang pensyarah iaitu En Chua Chung Sair.Subjek ini adalah salah satu
subjek Sains yang berkaitan dengan kajian bumi dan angkasa.Bagi menjalani dan
memenuhi pembelajaran subjek ini, kami dikehendaki untuk menyiapkan kerja kursus yang
memerlukan dua praktika dan satu kitl.Antara tajuk praktikal ialah mengenal Pasti batuan
dan Awan dan Cuaca serta tugasan kit pembelajaran.
Untuk tugasan ini,kami telah membahagikan kerja kami dalam kumpulan kami
seramai tiga orang.Setiap orang membuat satu tugasan.Kesibukan tugas sebagai guru
disekolah,sebagai ibu/ayah dirumah dan sebagai seorang pelajar di ipg.Menjadikan kami
semua sibuk.Tiga peringkat perlu dikuasai sepenuhnya bagi menyiapkan tugasan projek
ini.Peringkat pertama ialah pemerolehan ilmu dimana kami perlu mendapatkan sebanyak
mana maklumat berkenaan tajuk-tajuk dalam subjek ini.Kemudian, bagi peringkat kedua,
iaitu peringkat penguasaan ilmu. Peringkat ini adalah ketika menjalani amali secara
berkumpulan. Pemerhatian, mengumpul maklumat dan merekodkan pemerhatian dilakukan
sewaktu peringkat ini. Manakala bagi peringkat ketiga iaitu peringkat pemindahan ilmu,
bagaimana saya dan ahli kumpulan berbincang, menganalisis dan membuat keputusan bagi
menghasilkan pengurusan grafik berkaitan tajuk , laporan dan laporan praktikal secara
kumpulan.

Bagi tugasan yang pertama iaitu mengenal pasti batuan.Kami telah menjawab
soalan yang diberi berdasarkan pengetahuan sedia ada dan hasil analisis daripada
maklumat yang telah dikumpulkan. Daripada tajuk ini, kami telah mempelajari tentang jenis-
jenis batuan yang terdapat di bumi kita. Aktiviti pemerhatian dijalankan supaya
pemerolehan ilmu itu lebih berkesan dan akan diingati. Selain itu, kaedah pelaksanaan amali
ini boleh memberi idea kepada kami untuk menjalankan aktiviti ini disekolah nanti.Tajuk
kedua iaitu awan dan cuaca memberikan pengetahuan yang mendalam berkenaan dengan
jenis-jenis awan dan ciri-cirinya.Rekabentuk eksperimen itu dijalankan secara visual dan
perbincangan berikutan ketiadaan bahan untuk membuat perbandingan mengenai jenis-
jenis awan secara terperinci.Namun begitu, melalui perbincangan, idea dan gambaran
rekabentuk amali itu diperoleh. Oleh itu, pembelajaran secara berkumpulan adalah salah
satu stail pembelajaran yang berkesan.


Begitu juga untuk kit bahan pembelajaran,kami telah berbincang dalam kumpulan,dimana
kami juga telah bertukar-tukar pandangan dan menerima pandangan rakan-rakan yang lain.
Secara keseluruhannya, sepanjang proses menyiapkan tugasan projek ini, kami dapati
bahawa kelemahan dalam pengurusan masa memberi impak yang besar dalam
menghasilkan tugasan yang bermutu. Selain itu, kekurangan berinteraksi dengan orang
yang pakar seperti pensyarah pembimbing juga antara satu faktor, banyak keputusan dibuat
dalam keadaan yang masih ragu-ragu.Oleh itu, kami perlu lebih rajin untuk berjumpa
dengan pensyarah bagi membolehkan saya dibimbing dengan baik dalam melaksanakan
tugasan projek ini.

Selain itu bagi membendung masalah ini sentiasa berlaku, motivasi dalam diri dan
keyakinan terhadap diri sendiri dalam membuat tugasan awal adalah penting dan perlu
dilakukan.Pengurusan masa yang effisen boleh dibuat dengan menyediakan jadual waktu
belajar dalam buku rancangan peribadi.Sikap yang negatif seperti suka bertanggung
hendaklah diperbaiki supaya hasil yang bermutu dapat dihasilkan tanpa berlaku
tekanan.Bagi mengurangkan sikap bertangguh supaya saya sentiasa ingat dan buat perkara
mengikut keutamaanya.

Alhamdulillah, dengan kerjasama yang baik oleh setiap ahli kumpulan membolehkan
kami menyiapkan kesemua tugasan yang diperlukan pada masa yang telah
ditetapkan.Walaupun banyak masalah yang dihadapi, saya dan rakan berusaha untuk
menyiapkan kerja kursus ini dengan upaya yang ada.Setiap masalah dihadapi bersama dan
sokongan serta sikap tolong-menolong adalah nilai yang membantu kami menghasilkan
tugasan ini secara optimum.Banyak pengajaran yang diperolehi dari tugasan ini, antaranya
ialah, setiap masalah boleh diselesaikan dan kepentingan pengurusan masa. Selain itu,
pemikiran yang kreatif dan kritis dengan sikap menerima pandangan orang lain adalah salah
satu pengajaran yang dapat saya pelajari semasa menyiapkan tugasan ini. Oleh hal yang
demikian, saya cukup berharap agar tugasan ini diterima seadanya dan semoga ia memberi
manfaat kepada sesiapa sahaja.
Sekian, Terima kasih.



Batu gambar buaya dan arnab







Lampiran.

Struktur batuan diperhatikan dengan bantuan kanta pembesar.


Jisim batuan diambil dengan penimbang elektronik.

Radas semasa isipadu batu diambil .




Batu-batuan yang telah dikumpul dari tempat yang berbeza.

Rujukan :

Buku :
Rusly M. & Nurashikin A. (2006).Geografi Alam Sekitar Fizikal.PearsonLongman.
Selangor Darul Ehsan.

Internet :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Batuan_enapan

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcT7l6NXkUYTOlvZBOwYLxiwATasLcwP
m5V8VYsiVxKLpFXxE6pn

http://dzakibelajar.blogspot.com/2013/05/jenis-jenis-batuan.html

Anda mungkin juga menyukai