Anda di halaman 1dari 13

1

KURSUS EPM 2143 : AGAMA, ETIKA DAN MORAL



Tajuk Tugasan 1 :
Masalah Disiplin Pelajar Hari Ini Dan
Penyelesaiannya


Nama : MAIYAPPAN A/L MUNIANDY
No.Matrik : 6122000081
Fakulti : PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL
Program : SARJANA PENDIDIKAN (PENGURUSAN DISIPLIN)
Pensyarah : PROF. MADYA DR.HJ.OSMAN BIN HJ.SABRAN

2




MASALAH DISIPLIN PELAJAR HARI INI DAN PENYELESAIANNYA

PENDAHULUAN
Masalah disiplin di kalangan pelajar merupakan isu yang hangat
diperkatakan oleh pelbagai pihak dan didapati semakin meruncing.
Penyelidikan ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti faktor
faktor yang mempengaruhi berlakunya masalah disiplin di kalangan
pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang, Bestari Jaya,
Selangor.

Masyarakat kita mempunyai pandangan yang berbeza di dalam member
pengertian mengenai disiplin. Ada yang memberi pandangan yang positif
dan tidak kurang juga yang memberi pandangan yang negatif mengenai
disiplin. Bagi yang berfikiran positif, itu adalah yang Sebaiknya tetapi
bagaimana pula yang berpandangan negatif terhadap disiplin.
Pandangan yang negatif terhadap disiplin menjadi tumpuan dan isu
yang popular pada masa ini. Ia melibatkan individu dan juga
masyarakat. Apa yang diperkatakan sekarang ialah masalah disiplin di
sekolah semakin menjadi-jadi dan semakin menular bukan saja di
dalam sekolah malah di luar kawasan sekolah yang melibatkan pelajar
sekolah menengah.

3

DEFINISI
Kamus Dewan menakrifkan pelajar sebagai orang yang belajar, seperti
murid sekolah, penuntut di maktab, dan sebagainya. Lazimnya murid di
sekolah dan penuntut di maktab adalah ramai bilangannya. Oleh itu,
berdasarkan makna tersebut pelajar menunjukkan seorang atau ramai.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pelajar bermaksud orang
yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut di maktab dan
sebagainya), orang yang mengaji (menyelidiki ilmu). Murid pula
bermaksud orang atau anak yang sedang belajar atau berguru, pelajar,
penuntut. Berdasarkan makna yang diberikan, memang tidak ada
perbezaan yang jelas dan maksudnya hampir sama. Dari segi
penggunaan, perkataan "murid-murid" biasanya digunakan untuk
pelajar sekolah, dan tidak digunakan untuk pelajar peringkat pengajian
tinggi.

Menurut Kamus Dewan, Disiplin bermaksud (Tertakluk kepada
penggunaan dalam ayat) 1. latihan pemikiran dan kelakuan supaya
boleh mengawal diri sendiri dan patuh pd tatatertib, contohnya latihan
ketenteraan yg ketat; 2. peraturan yg ditetapkan utk melatih seseorang
supaya berkelakuan baik: guru besar akan mengambil tindakan
terhadap pelajar yg melanggar disiplin atau contoh ketiga, kepatuhan
kpd peraturan yg telah ditetapkan.

MASALAH DISIPLIN DI KALANGAN PELAJAR

4

Mengikut ahli-ahli psikologi sosial umumnya mengkategorikan tingkah
laku manusia terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif (prososial)
dan tingkah laku negatif (antisosial). Salah laku atau masalah disiplin
pelajar adalah termasuk dalam ketegori antisosial iaitu seseorang yang
mempunyai potensi untuk melakukan jenayah. Morris Haimowitz dalam
artikelnya menyatakan, Jenayah adalah dicipta, bukan di lahirkan.
Salah laku pelajar merujuk kepada tingkah laku yang menyimpang atau
deviant behaviour daripada norma-norma yang dipercayai dan dianuti
dalam sesebuah masyarakat dengan bentuk perlakuan yang
bertentangan dengan peraturan undnagundang jenayah yang dilakukan
oleh
individu yang belum mencapai umur dewasa (Dewan Masyarakat, Jun,
2000).

1. Ponteng sekolah
Ponteng sekolah adalah salah satu masalah disiplin yang sering kali
dilakukan oleh pelajar
sekolah setiap hari. Ponteng sekolah didefinisikan sebagai perbuatan
yang menjauhkan diri daripada sekolah tanpa keizinan guru ataupun
ibu bapa (Mohd. Nor bin Long, 1982, 2). Masalah ponteng sekolah
semakin hari semakin meningkat akibat daripada pengaruh luar.
Masalah ponteng ini sebenarnya menyusahkan pihak pendidik, ibu
bapa dan masyarakat. Dengan melakukan ponteng, pelajar boleh
terjerumus dalam kumpulan jahat, merokok, menghisap dadah, berfoya
5

foya dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan pelajar-pelajar
ketinggalan dalam pelajaran serta mewujudkan masalah sosial.

2. Datang Lewat
Disiplin ditekankan pada pelajar supaya mereka sentiasa menghormati
peraturan-peraturan sekolah dan mendisiplinkan diri dalam semua hal.
Mereka perlu mematuhi peraturan-peraturan yang sudah dirangka.
Tetapi, pelajar sekolah masih tidak dapat mendisiplinkan diri mereka
dalam menetapi masa yang ditetapkan. Masalah disiplin yang kerap kali
ditimbulkan adalah masalah datang lewat ke sekolah. Pelajar-pelajar
biasanya tidak menepati masa permulaan sekolah dan suka
memberikan alas an yang kurang memuaskan. Mereka datang ke
sekolah secara sambil lewa tanpa memikirkan ia mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran. Datang lewat ke sekolah adalah perkara
yang selalu berlaku dan ia tidak mempunyai kesudahan.

3. Rambut tidak diurus
Kebanyakan sekolah juga menghadapi masalah rambut panjang yang
tidak diurus dengan kemas. Setiap hari mesti ada satu kes berkenaan
dengan rambut pelajar. Pelajar-pelajar yang mempunyai rambut
panjang perlu membuat dandanan dan diikat dengan kemas supaya
rambut tidak menganggu mereka semasa mengikuti pelajaran (Mohd.
Nor bin Long, 1982: 4). Pada masa kini, pelajar gemar mengikuti stail
rambut pelakon, penyanyi, tokoh-tokoh yang diminati dan sebagainya.
Mereka suka melepaskan rambut tanpa diikat, mewarnakannya,
6

memakai gel rambut dan sebagainya. Manakala pelajar lelaki pula, suka
menyimpan rambut sehingga melepasi kolar pakaian mereka. Keadaan
ini memburukkan lagi rupa paras pelajar yang tidak dianggap lagi
pelajar walaupun berpakaian seragam.

4. Merokok
Pada era perindustrian ini, merokok sudah menjadi satu hobi bagi
semua orang bagi menikmati kehidupan yang serba moden. Oleh itu
merokok sudah menjadi satu masalah disiplin yang tidak dapat dikawal
dengan sepenuhnya. Kebanyakan pelajar terutamanya pelajar lelaki
mula terjebak dengan perbuatan merokok bagi menghilangkan tension
atau tekanan emosi. Perbuatan merokok dianggap sebagai suatu gejala
yang tidak sihat. Oleh yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia
mendapati perbuatan menghisap rokok tidak boleh dianggap sebagai
perkara biasa (Kementerian Pelajaran Malaysia 1983: 123). Kebanyakan
pelajar merokok dalam tandas yang menjadi tempat perlindungan
merokok yang
baik. Pelajar-pelajar juga begitu serius dengan perbuatan merokok dan
mereka tidak memikirkan merokok boleh membahayakan kesihatan
mereka.

5. Masalah Peras Ugut
Masalah peras ugut di kalangan pelajar juga kian meruncing dewasa ini.
Biasanya kumpulan pelajar yang memeras ugut ini mempunyai geng
yang tersendiri dan ia disebut gengster. Kumpulan ini memeras ugut
7

pelajar yang terdiri daripada anak orang kaya ataupun pelajar yang
menjadi kebencian mereka. Dalam hal ini mereka memeras ugut dengan
meminta wang, jika tidak mereka pasti mencederakan pelajar yang
menjadi mangsa berkenaan. Hal sebegini menjadi kes polis kerana
pihak sekolah sudah tidak berdaya lagi.

6. Masalah Ketagihan
Masalah pelajar sekolah yang lain adalah menghidu gam, pil khayal dan
seterusnya membawa kepada penyalahgunaan dadah. Masalah ini
mendapat liputan luas di negara kita kini. Pelajar mudah terdedah
dengan masalah seperti ini akibat daripada pergaulan mereka yang luas
dan tiada batasan. Masalah ini juga tidak dapat dikawal lagi oleh pihak
sekolah hingga membawa kepada pihak polis.

7. Masalah sosial yang serius
Pelajar-pelajar pada zaman siber ini sudah berani bertindak di luar
batasan. Mereka sanggup membunuh dan mencederakan pelajar lain.
Kejadian ini berlaku disebabkan perasaan cemburu, iri hati dan hasad
dengki di kalangan ,mereka. Pelajar seperti ini tidak dapat mengawal
perasaan mereka hingga sanggup membunuh dan mencederakan orang
lain. Sepatutnya perkara seperti ini tidak berlaku di kalangan
masyarakat kita yang penuh adat-adat ketimuran.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH DISIPLIN
PELAJAR
8

Dapat kita lihat angka-angka di bawah ini menunjukkan kajian
terhadap penglibatan pelajar dengan pelbagai masalah disiplin di SMK
Rantau Panjang, Bestari Jaya. Kajian telah dibuat terhadap 350 orang
pelajar. Walaupun peratusannya kecil, jika ditukar kepada angka,
bilangannya agak ramai. Boleh dikatakan masalah disiplin di kalangan
pelajar sekolah menengah masih lagi tidak terkawal dan sering menjadi
tajuk hangat yang dibincangkan oleh pelbagai pihak.

Contohnya, Memorandum Kabinet Menangani Gejala Disiplin Di
Sekolah yang dibentangkan
oleh kabinet kepada Jemaah Menteri pada 26 April 2006. Menurut
memorandum itu, kerjasama antara polis dan kementerian juga di
perhebatkan melalui mekanisme Pegawai Perhubungan Sekolah, Kadet
Polis dan Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah (KPJS). Untuk memerangi
gejala ponteng sekolah, kementerian dan polis bersetuju supaya
masalah ponteng sekolah diangkat kepada jemaah menteri kerana
aspek undang-undang juga perlu dilihat, dan ada kaitan dengan Akta
Kanak-Kanak 2001. Pihak media masa, sama ada media cetak atau
elektronik sentiasa memberi liputan yang meluas terhadap isu ini.
Saban hari kita disajikan dengan berita berita kemerosotan disiplin di
kalangan pelajar sekolah.
( Sumber Maklumat , Portal Pendidikan Utusan 2001-2007 )

Peratus Penglibatan Pelajar Mengikut Faktor Faktor Yang Telah
Dikenalpasti
9

Bil Perkara Bil
pelajar
%
1. Faktor pengaruh Ibubapa 38 11 %
2. Faktor pengaruh rakan sebaya 140 40 %
3. Faktor perwatakan guru 52 15 %
4. Faktor pengaruh sikap pelajar 74 21 %
5. Faktor pengaruh peraturan sekolah 46 13 %



0
20
40
60
80
100
120
140
160
Ibubapa Rakan Sebaya Guru Sikap Peraturan
10




PENYELESAIAN UNTUK MASALAH DISIPLIN PELAJAR
Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan
perhatian ibubapa era globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan
kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak
yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit
mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin
yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka.
Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah
disiplin menjadi-jadi.

Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini
memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tidak senonoh yang mereka
saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati
Ibubapa
11%
Rakan Sebaya
40%
Guru
15%
Sikap
21%
Peraturan
13%
Peratus Faktor Yang Mempengaruhi Masalah
Disiplin Pelajar
11

pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru
kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin
mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus
merosot itu.

Rakan sebaya yang turut menjadi punca masalah disiplin pelajar
menjadi-jadi. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai
rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban
untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan
tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan
memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya.

Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus
dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah
ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekollah
mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini
menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka
melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap
acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini
menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin.
Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut
menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.

Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar
turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang
12

menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di
pusat-pusat beli-belah dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi
disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini
menyebabkan mereka lebih berdisiplin.

Kesimpulannya, kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih
dahulu sanggup mengorbankan masa mereka. Ibubapa hendaklah
mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi
mereka dalam kerjaya. Ibubapa harus memberi ruang kepada anak
untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa
penting dalam membanteras isu disiplin ini.







Rujukan

Mok Soon Sang (2006). Siri Pendidikan PTK, Bah 1 : Kompentasi Umum,
Multimedia Es. Selangor : Resources Sdn. Bhd.

13

Zainal Madon dan Mohd Sharani Ahmad (2005). Panduan Mengurus
Remaja Moden. PTS. Bentong, Pahang : Professional Publishing Sdn.
Bhd.

Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli,Yusof Boon, Abdul
Rahim Hamdan (2006).

Ee Ah Meng ( 2005 ). Bimbingan dan Kaunseling. Shah Alam: Penerbit
Fajar Bakti Sdn.Bhd.