Anda di halaman 1dari 2

BORANG REFLEKSI (ANALISIS SWOT)

Program Bina Insan Guru-Ceramah Fasa VI (Guru Inovatif)


NAMA : HEMAVATHY A/P RAVINDERAN
OPSYEN : 6 PISMP MT/PJ/BT

Kekuatan :
1. Guru haruslah memahami tentang pemahaman pengurusan supaya dapat
memberi perhatian dalam sesuatu pengurusan majlis.
2. Saya juga dapat mengaplikasikan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang saya
dapat melalui ceramah ini semasa saya di sekolah nanti.
3. Saya juga dapat mengenali personaliti saya melalui soalan yang menentukan
warna personaliti dan juga dengan cara melukis gambar sambil mendengar
muzik.
4. Terdapat video dan gambar-gambar dalam penyampaian penceramah.
5. Makanan telah disediakan untuk guru pelatih.

Kelemahan :
1. Kedua-dua slot telah dijalankan oleh penceramah yang sama.
2. Aktiviti yang kurang untuk penglibatan peserta.
3. Pengurusan masa yang tidak bijaksana.
4. Tempoh masa yang kurang menyebabkan tidak dapat menerima pengetahuan
secara luas.




Cadangan :
1. Harus menyediakan penceramah yang berlainan bagi setiap slot supaya peserta
tidak berasa bosan dengan penceramah yang sama selama tiga jam.
2. Penceramah harus melibatkan peserta dalam ceramah seperti sesi soal jawab
dan lain-lain lagi supaya peserta tidak mengantuk.
3. AJK pengurusan juga harus membuat perancangan dan persiapan awal supaya
masa dapat diuruskan dengan bijaksana.
4. Harus berpanjangkan tempoh masa supaya dapat menerima ilmu pengetahuan
secara meluas.

Anda mungkin juga menyukai