Anda di halaman 1dari 17

SULIT

1

KERTAS MAKLUMAN

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TAJUK

PROGRAM IHYA RAMADHAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2013/1434H
___________________________________________________________________

TUJUAN

1. Kertas ini bertujuan untuk memaklumkan kepada Ahli Mesyuarat mengenai
pelaksanaan Program Ihya Ramadhan Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia
Tahun 2013M / 1434H.

LATAR BELAKANG

2. Bulan Ramadhan merupakan bulan kerahmatan dan keampunan kurniaan
Allah kepada seluruh umat Islam. Amalan sunat seperti solat sunat tarawih, tadarus
al-Quran, tazkirah, sedekah dan seumpamanya adalah amat digalakkan untuk
dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak. Oleh itu pelbagai aktiviti
agama yang dilaksanakan pada bulan Ramadhan ini khususnya sebagai penjana
untuk memantapkan lagi program pengukuhan nilai-nilai Islam atau nilai murni yang
dirancang oleh kementerian. Ia juga berperanan untuk menjana modal insan untuk
mencapai martabat khaira ummah.

PERKARA YANG HENDAK DIMAKLUMKAN :

3. Nama Program

Program Ihya Ramadhan Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun
2013M/1434H

4. Matlamat

4.1 Menjana pembangunan modal insan di semua peringkat Kementerian
Pendidikan Malaysia agar penghayatan Ramadhan dapat
meningkatkan integriti dan kredibiliti warga Kementerian supaya cita-
cita melahirkan generasi ulul albab dan khaira ummah tercapai.



SULIT

2

5. Objektif

Objektif Pelaksanaan Program Ihya Ramadhan adalah seperti berikut :

5.1 Melahirkan warga Kementerian Pendidikan yang memiliki sahsiah diri
yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam lebih-
lebih lagi pada bulan Ramadhan al-Mubarak;

5.2 Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan keseronokan
beramal ibadat dalam bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan
secara jamaie;

5.3 Melahirkan rasa syukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan
dalam kalangan warga Kementerian Pendidikan serta turut sama
bersimpati dengan menghulurkan sumbangan kepada mereka yang
kurang bernasib baik;

5.4 Memantap dan mengukuhkan lagi pelaksanaan program pengukuhan
nilai-nilai murni Kementerian Pendidikan Malaysia.

5.5 Sebagai satu wadah perkongsian ilmu serta pengalaman dalam
menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal
sepanjang Ramadhan.

6. Kumpulan Sasaran

Semua Warga KPM.

7. Aktiviti Ihya Ramadhan

Aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan adalah
seperti berikut :

7.1 Tadarus al-Quran (Lampiran 1)
30 minit pada setiap hari bekerja sepanjang bulan Ramadhan oleh
semua Bahagian di KPM

7.2 Majlis Khatam al-Quran dan Iftar Jamaie KPM (Lampiran 2)
Tarikh : 25 Julai 2013 bersamaan 16 Ramadhan 1434H
Hari : Khamis
Tempat : SMKA Kota Kinabalu, Sabah
Tetamu VIP : Y.Bhg Tan Sri Dato KPPM


SULIT

3

7.3 Majlis Iftar KPM (Lampiran 3)
Tarikh : 2 Ogos 2013 bersamaan 24 Ramadhan 1434H
Hari : Jumaat
Tempat : Dewan Serbaguna, Aras 9. Blok E 12, KPM, PUTRAJAYA
Tetamu VIP : Y.Bhg Tan Sri Dato KPPM

7.4 Majlis Forum dan Bicara Wahyu Ihya Ramadhan (Lampiran 4)
Forum : Ramadan Datang Lagi
Tarikh : 12 Julai 2013M / 3 Ramadhan 1434H
Ahli Panel : Ustaz Nidzam bin Ab Kadir
: Ustazah Nik Salida Suhaila bt Nik Salleh

Bicara Wahyu : Masjid Lesu, Pasaraya diserbu
Tarikh : 19 Julai 2013M / 10 Ramadhan 1434H
Penceramah : Dr. Zaharuddin Abd Rahman

7.5 Tazkirah Ramadhan (Lampiran 5)
Pada setiap hari bekerja sepanjang bulan Ramadhan di Bahagian
Masing-masing.

7.6 Buletin Ramadhan (Lampiran 6)
(4 Kali akan diterbitkan)

7.7 Tabung Ihya Ramadhan (Lampiran 7)
Pelancaran pada: 28 Jun 2013H bersamaan 19 Syaaban 1434H
(Program Bicara Wahyu)
Agihan pada: 2 Ogos 2013 bersamaan 25 Ramadhan 1434H (Majlis
Khatam Al-Quran dan Iftar KPM)

7.8 Iftar Jamaie warga BPI bersama Pengarah BPI (Lampiran 8)
Tarikh : 22 Julai 2013 bersamaan 13 Ramadhan 1434H
Hari : Isnin
Tempat : Bangunan Mustapha Kamal, Cyberjaya
Tetamu VIP : Y.Bhg Pengarah BPI

7.9 Lawatan Pengarah BPI Ke SMKA dan SABK (Lampiran 9)
Sepanjang Ramadhan


IMPLIKASI KEWANGAN

8. Anggaran perbelanjaan bagi melaksanakan Program Ihya Ramadhan tahun
ini adalah sebanyak RM 38,525.00 (Lampiran 10)

SULIT

4

AHLI JAWATANKUASA

9. Ahli Jawatankuasa bagi pelaksanaan Program Ihya Ramadhan ini adalah
seperti dalam Lampiran 11.

SYOR

10. Ahli mesyuarat adalah dipohon untuk mengambil maklum tentang
Pelaksanaan Program Ihya Ramadhan Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun
2013M/1434H.

Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia
16 Jun 2013
SULIT

5

Lampiran 1
1. Tadarus al-Quran

Tarikh:
Setiap hari bekerja dalam bulan Ramadhan 1434H

Masa :
30 minit

Tempat:
Semua Bahagian KPM

Objektif :
Melahirkan warga Kementerian yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi
pekerti berhemah dan suka membaca serta menghayati al-Quran.

Kaedah Pelaksanaan :
1. Ia terbuka kepada semua warga Kementerian,

2. Peserta Tadarus al-Quran dibahagikan kepada beberapa kumpulan oleh
Pengerusi Surau di setiap Blok.

3. Pembahagian juzuk disusun oleh Pengerusi Bahagian

4. Ia dibimbing dan dikendalikan oleh seorang ketua kumpulan atau pembantunya.

5. Masa yang dicadangkan :
8.00 8.30 pagi, 1.00 t/hari 1.30 petang atau 4.00 4.30 petang (kecuali cuti
am atau cuti hujung minggu)

6. Tempat :
Surau atau tempat yang ditetapkan oleh Pengerusi Bahagian.

7. Peserta tadarus dipohon membawa al-Quran masing-masing atau menggunakan
al-Quran sedia ada di surau.


* sila rujuk lampiran untuk Panduan Agihan Surah
SULIT

6


Lampiran 2
2. Majlis Khatam al-Quran dan Iftar Jamaie

Tarikh:
25 Julai 2013 bersamaan 16 Ramadhan 1434H (Khamis)

Tempat :
Iftar Jamaie : SMKA Kota Kinabalu, Sabah

Tempoh Masa :
Iftar Jamaie : 3.30 petang 9.00 malam

Objektif :

1. Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam
bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang
dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.

2. Merapatkan hubungan silaturrahim dalam kalangan kepimpinan Bahagian
Pendidikan Islam, KPM dengan Pegawai JPN, Guru-guru dan Staf sokongan
serta murid-murid sekolah.


Kaedah Pelaksanaan :

1. Kehadiran pegawai JPN dan Pegawai KPM

2. Aktiviti
a. Majlis Khatam al-Quran
b. Penyampaian bunga telur
c. Tazkirah Ramadhan sempena Nuzul al-Quran
d. Iftar Jamaie (Berbuka Puasa)
e. Solat Maghrib
f. Jamuan Makan
g. Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih
h. Moreh







SULIT

7

Aturcara Program Majlis Khatam al-Quran dan Iftar Jamaie KPM


Masa Aturcara

~3.30 ptg

Ketibaan peserta untuk Majlis Khatam al Quran

~3.46 ptg Solat asar berjemaah

~4.15 ptg Majlis Khatam al-Quran

~5.20 ptg Ketibaan Dhif-Dhif Jemputan

~5.30 ptg Ketibaan Yang Berbahagia Dato KPPM











Selawat
Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
Ucapan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Program Ihya
Ramadhan Kementerian Pendidikan Malaysia 1434H/2013M
Ucapan Yang Berbahagia Dato KPPM
Tazkirah ringkas sempena Nuzul al-Quran
Munajat Jamaie
~6.35 ptg Berbuka Puasa
Solat Maghrib
Jamuan Makan
Solat Isyak dan Tarawih
Moreh dan Bersurai













SULIT

8


Lampiran 3

3. Majlis Iftar Jamaie KPM

Tarikh :
2 Ogos 2013 bersamaan 24 Ramadhan 1434H (Jumaat)

Tempat :
Dewan Serbaguna, Aras 9. Blok E 12, KPM, PUTRAJAYA

Tempoh Masa :
6.00 petang 10.30 malam

Objektif :

1. Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam
bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang
dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.

2. Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di
kalangan warga Kementerian Pendidikan serta turut sama bersimpati memberi
sumbangan untuk mereka yang kurang bernasib baik.


Kaedah Pelaksanaan :

Aktiviti :
a. Tazkirah ringkas
b. Majlis Tahlil
c. Penyampaian sumbangan dari tabung Ihya Ramadhan
d. Berbuka Puasa
e. Solat Maghrib
f. Jamuan Makan
g. Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih
h. Moreh dan bersurai




SULIT

9


Lampiran 4

4. Majlis Bicara Wahyu dan Forum Ihya Ramadhan


Forum : Ramadan Datang Lagi
Tarikh : 12 Julai 2013M / 3 Ramadhan 1434H
Ahli Panel : Ustaz Nidzam bin Ab Kadir
: Ustazah Nik Salida Suhaila bt Nik Salleh

Bicara Wahyu : Masjid Lesu, Pasaraya diserbu
Tarikh : 19 Julai 2013M / 10 Ramadhan 1434H
Penceramah : Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Tempat :
Dewan Serbaguna, Aras 9. Blok E 12, KPM, PUTRAJAYA

Masa :
Bermula jam 8.30 pagi 12.00 t/hari

Objektif :
1. Memantap dan mengukuhkan lagi pelaksanaan program pengukuhan nilai-nilai
murni Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam
menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang
Ramadhan.

Kaedah Pelaksanaan :
1. Penyampaian ceramah & forum oleh penceramah dan panel jemputan.
2. Tajuk-tajuk ceramah dan forum telah ditentukan oleh pihak urusetia.

SULIT

10

Lampiran 5

5. Tazkirah Ramadhan & Solat Zohor Berjamaah

Tarikh :
Pada setiap hari bekerja sepanjang bulan Ramadhan

Cadangan : 15 minit sebelum atau selepas solat Zohor berjamaah

Tempat:
Di Bahagian masing-masing

Masa :
15 minit

Objektif :
Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam
menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang
Ramadhan.

Kaedah Pelaksanaan :

1. Program ini dijalankan oleh Bahagian-Bahagian KPM di tempat masing-
masing.

2. Ia disampaikan oleh Pentazkirah yang sesuai dengan menggunakan sumber
yang dicadangkan:
Buku: Ramadhan Terakhir : Penulis: Hisyamuddin Abdul Rahman








SULIT

11

Lampiran 6
6. Buletin Ramadhan

Objektif :
Sebagai satu wadah perkongsian dan penyebaran ilmu serta pengalaman dalam
menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang
Ramadhan.

Buletin Ramadhan akan diterbitkan sebanyak 4 kali dan diedarkan pada:

1. Majlis Forum Ihya Ramadhan 12 Julai 2013
2. Majlis Bicara Wahyu 19 Julai 2013
3. Majlis Khatam al-Quran dan Iftar Jamaie 25 Julai 2013
4. Majlis Iftar KPM 02 Ogos 2013
5. Muat naik dalam laman sesawang BPI & KPM

SULIT

12

Lampiran 7
7. Tabung Ihya Ramadhan

1. Sepanjang bulan Ramadhan di Bahagian masing-masing

2. Pelancaran pada : 28 Jun 2013H bersamaan 19 Syaaban 1434H
(Program Bicara Wahyu) di Dewan Serbaguna, Aras 9.
Blok E 12, KPM, PUTRAJAYA

3. Agihan pada : 2 Ogos 2013 bersamaan 24 Ramadhan 1434H
(Majlis Iftar Jamaie KPM) di Dewan Serbaguna, Aras 9.
Blok E 12, KPM, PUTRAJAYA

4. Agihan dicadangkan kepada pelajar-pelajar miskin dan anak-anak yatim dari
sekolah-sekolah KPM sekitar Putrajaya.


5. Objektif :

Melahirkan rasa syukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan
dalam kalangan warga Kementerian Pendidikan serta turut sama bersimpati
dengan menghulurkan sumbangan kepada mereka yang kurang bernasib
baik;

6. Aturcara Majlis Pelancaran:

11.00 - Ketibaan Pengarah BPI
- Ucapan Pengerusi
- Ucapan Perasmian Pelancaran Tabung Ihya Ramadhan
oleh Pengarah BPI
- Pelancaran Tabung Ihya Ramadhan / Gimik Pelancaran
- Bersurai

SULIT

13

Lampiran 8
8. Majlis Iftar Bahagian Pendidikan Islam

Tarikh :
22 Julai 2013 bersamaan 13 Ramadhan 1434H (Isnin)

Tempat :
Cadangan Bangunan Mustapha Kamal, BPI KPM Cyberjaya

Tempoh Masa :
6.30 petang 10.30 malam

Objektif :

1. Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat
dalam bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta
seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.

2. Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di
kalangan warga Kementerian Pendidikan serta turut sama bersimpati
memberi sumbangan untuk mereka yang kurang bernasib baik.


Kaedah Pelaksanaan :

Aktiviti :
1. Tazkirah ringkas
2. Majlis Tahlil
3. Berbuka Puasa
4. Solat Maghrib
5. Jamuan Makan
6. Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih
7. Moreh dan bersurai
SULIT

14

Lampiran 9

CADANGAN LAWATAN PENGARAH BPI DAN TIMBALAN PENGARAH
KE SMKA DAN SABK SEMPENA IHYA RAMADHAN 1434H/2013M


BI
L

NAMA SEKOLAH CADANGAN TARIKH VIP & PEGAWAI PENGIRING NEGERI
1
SMKA MAAHAD
HAMIDIAH, KAJANG,
SELANGOR

12 JULAI 2013
(3 RAMADHAN 1434)
(JUMAAT)
1. YBhg. Tan Sri KPPM
2. Pengarah BPI
3. Semua Timb. Pengarah BPI
4. Semua Ketua Sektor BPI
5. Semua Pegawai PDSI
SELANGOR
2
SMA (JAIM) AS-
SYAKIRIN

16 JULAI 2013
(7 RAMADHAN 1434)
(SELASA)
1. Pengarah BPI
2. Timbalan Pengarah PDSI
3. Hj Mohamad Zaki Husin
4. Ahmad Zulfakor Darusa
5. Mohd Sayuti Omar
6. Mohd Zamri Mohamed Noor
7. Mohd Hamidi Zakaria
MELAKA
3
SMKA DATO HJ ABU
HASSAN HJ SAIL


19 JULAI 2013
(10 RAMADHAN 1434)
(JUMAAT)
1. YBhg. Tan Sri KPPM
2. Pengarah BPI
3. Semua Timb. Pengarah BPI
4. Semua Ketua Sektor BPI
5. Semua Ketua Unit BPI
6. Semua Pegawai PDSI
NEGERI
SEMBILAN
4
SMA PARIT SULONG,
BATU PAHAT, JOHOR

23 JULAI 2013
(14 RAMADHAN 1434)
(SELASA)
1. Pengarah BPI
2. Timbalan Pengarah PDSI
3. Hj Mohamed Nor Hj Salleh
4. Hj Arifuddin Abd Hamid
5. Ruzain Syukur Mansor
6. Hairon Zainal Abidin
7. Alhuzaee bin Sulaiman
JOHOR
5
SMKA KOTA KINABALU,
SABAH
(IFTHAR JAMAIE
PERDANA)
25 JULAI 2013
(16 RAMADHAN 1434)
(KHAMIS)
1. YBhg. Tan Sri KPPM
2. Pengarah BPI
3. Timbalan Pengarah PDSI
4. Hj Mohd Zaki Husin
5. Hj Mohamed Nor Hj Salleh
6. Pegawai Meja
SABAH
6 SMKA MIRI, SARAWAK
30 JULAI 2013
(21 RAMADHAN 1434)
(SELASA)
1. Pengarah BPI
2. Timbalan Pengarah PDSI
3. Pegawai Meja
SARAWAK
7
SMK BALING,KEDAH

1 OGOS 2013
(23 RAMADHAN 1434)
(KHAMIS)
1. Pengarah BPI
2. Timbalan Pengarah PDSI
3. Hj Mohamad Zaki Husin
4. Ahmad Zulfakor Darusa
5. Mohd Sayuti Omar
6. Mohd Zamri Mohamed Noor
7. Abd Rahman bin Che Soh
KEDAH
8
SM IMTIAZ, BESUT,
TERENGGANU
5 OGOS 2013
(27 RAMADHAN 1434)
(ISNIN)
1. Pengarah BPI
2. Timbalan Pengarah PDSI
3. Hj Mohamed Nor Hj Salleh
4. Hj Arifuddin Abd Hamid
5. Ruzain Syukur Mansor
6. Hairon Zainal Abidin
TERENGGANU


SULIT

15

Lampiran 10

8. Implikasi Kewangan

Bil Program/Aktiviti Kos (RM) Objek Sebagai
1 Majlis Khatam al-Quran dan Iftar Jamaie KPM (SMKA Kota Kinabalu, Sabah)
~ Banner RM200.00 x 4 keping 800.00 OS27000
~ Bunga Telur RM2.00 x 450 orang 900.00 OS27000
~
Makan Murid / Guru / Staf
Sekolah
RM25.00 x 700 orang 17,500.00 OS42000

~
Jemputan Pelajar Sekolah
( 4 buah Sekolah)
RM25.00 X 100 orang 2,500.00 OS42000
Jumlah RM 21,700.00

2 Majlis Iftar KPM (Dewan Serbaguna, Aras 9. Blok E 12, KPM, PUTRAJAYA)
~
Berbuka Tetamu Jemputan &
Moreh
RM25.00 x 100 orang 2,500.00 OS29000
~ Berbuka Puasa & Moreh RM25.00 x 400 orang 10,000.00 OS29000
~ Buku Rujukan Tazkirah RM19.00 x 75 Buah 1,425.00 OS27000

~ Khemah RM200.00 x 2 Unit 400.00 OS24000

~
Jemputan Pelajar Sekolah &
Guru Pengiring (10 buah)
RM25.00 x 100 orang 2,500.00 OS42000


Jumlah RM 16,825.00


3



OS27000 3,125.00






OS29000 12,500.00


OS42000 22,500.00

OS24000 400.00


JUMLAH KESELURUHAN
RM
38,525.00





SULIT

16

Lampiran 11

JAWATANKUASA INDUK

Penaung :
Y.A.B. Menteri Pendidikan Malaysia

Penasihat :
Y.Bhg Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia

Pengerusi
Y.Bhg Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

Timbalan Pengerusi
Y. Bhg Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Operasi Pendidikan)
Kementerian Pendidikan Malaysia

Timbalan Pengerusi Bersama
Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia

Setiausaha
Timbalan Pengarah (Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam)
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

Timbalan Setiausaha 1
Ketua Sektor
Sektor Pembangunan Akhlak dan Syiar Islam
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

Timbalan Setiausaha 2
Ketua Sektor
Sektor Dakwah dan Kepimpinan
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

Penolong Setiausaha
Ketua Unit (Pengukuhan Budaya & Syiar Islam)
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia



SULIT

17

AHLI JAWATANKUASA

1. Rektor Institut Pendidikan Guru (IPG) Induk
2. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
3. Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
4. Pengarah Bahagian Pendidikan Guru
5. Pengarah Bahagian Buku Teks
6. Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum
7. Pengarah Bahagian Pengurusan SBP & Sekolah Kecemerlangan
8. Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
9. Pengarah Bahagian Sukan.
10. Pengarah Bahagian KoKurikulum dan Kesenian
11. Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan
12. Pengarah Bahagian Pendidikan Khas
13. Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia
14. Pengarah Pendidikan Swasta
15. Ketua Nazir Sekolah, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
16. Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia
17. Pengarah Institut Aminudin Baki
18. Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
19. Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan
20. Setiausaha Bahagian Kewangan
21. Setiausaha Bahagian Pembangunan
22. Setiausaha Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset
23. Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi
24. Setiausaha Bahagian Psikologi dan Kaunseling
25. Setiausaha Bahagian Tajaan Pendidikan
26. Setiausaha Bahagian Pengurusan Maklumat
27. Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat
28. Setiausaha Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa
29. Setiausaha Bahagian Audit Dalam
30. Setiausaha Bahagian Audit Sekolah
31. Ketua akauntan, Bahagian Akaun KPM
32. Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia
33. Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka
34. Pengarah, Institut Terjemahan Negara Malaysia
35. Pengarah Bahagian Matrikulasi

Anda mungkin juga menyukai