Anda di halaman 1dari 26

NOTA SAHAM 1- Membuka dan Jenis Akaun Cds/Nominee

Di Malaysia, saham di dagangkan di Bursa Malaysia. Sebelum seseorang individu dapat bermain atau membeli mana2
kaunter saham di bursa Malaysia. Mereka hendaklah terlebih dahulu membuka trading akaun dan CDS akaun. Disini saya
sertakan step by step untuk membuka akaun tersebut:
Step 1 Buka Trading Akaun
Anda perlulah terlebih dahulu membuka akaun dgm stock broker yang berdaftar dgn bursa Malaysia. Anda dapat jumpa
list stock broker yang berada di Malaysia di lama web bursa Malaysia. Antara contoh stock broker yang ada di Malaysia
ialah KENANGA INVESTMENT BANK,RHB CAPITAL, MAYBANK INVESTMENT BANK, ECM LIBRA dan banyak lagi. Anda
dinasihatkan untuk ke pejabatnya sendiri supaya urusan untuk membuka akaun lancar. Ini kerana ada sesetengah borang
memerlukan tanda tangan anda dan pengesahan anda.
.Step 2 Pilih antara Trading Akaun Terus atau Nominee
Untuk nominee trading akaun biasanya kamu akan appoint broker untuk pegang saham bagi pihak kamu. Ini bermaksud
bila kamu beli saham,nama kamu tidak akan muncuk dlm buku pendaftaran kewujudan shareholders tetapi akan
ditunjukkan broker name.Kelebihan nominee adalah kamu tidak perlu membuat apa paperworks seperti isi borang untuk
bonus issue,right entitlement dan banyak lagi. Paling penting semua date line bukan kamu yang akan ingat tetapi broker
kamu yang mana kamu masih lagi perlu memberi arahan apa yang mereka patut buat.Tetapi keburukan nominee akaun
adalah mereka tidak dapat memohon IPO. IPO merupakan saham baru yang akan dilistedkan. Saham ini masih belum
diniagakan di Bursa Malaysia. Semua mengenai IPO akan saya terangkan pada masa akan datang. Selain itu keburukan
nominee adalah kamu tidak akan menerima annual report bg saham yang dipegangkan dan tidak dapat gift voucher.
Step 3 Pilih antara Cash Akaun atau Contra Akaun
Bila kamu membuka akaun, akamu akan diberi pilihan samada mahukan cash akaun atau contra akaun. Cash akaun
adalah dimana kamu hanya dapat membeli jumlah saham berdasarkan nilai duit yang anda ada didalam akaun. Contoh ali
telah memasuk sebanyak RM1000 ke dalam cash akaunnya dan ali hanya mampu membeli saham sehingga RM1000
sahaja. Kelebihan cash akaun adalah brokerage fee nya yang murah. Untuk contra akaun, anda dapat membeli secara
hutang. Itu lah bahasa kasarnya. Ini kerana contra akaun memberi anda kelebihan hutang sehingga 2 kali dari nilai anda
tetapi berapa kali hutang itu bergantung kepada broker masing-masing. Contoh ali telah memasuk sebanyak RM1000
kedalam contra akaun dan ali hanya mampu membeli saham sehingga RM2000 sahaja.
Step 4 Pilih samada mahu membeli saham secara online atau offline
Untuk offline anda hendaklah memcari seorang remisier yang mana akan menguruskan akaun ada. Semua arahan beli
atau jual akan diberikan kepada remeisier tersebut dan remeisier tersebut akan lakukan. Selain itu remeisier itu juga
terlibat sebagai penasihat yang mana mereka akan menasihati kita samada sesuai atau tidak untuk membeli sesuatu
saham.Untuk online pulak, segala urusan jual dan beli akan dilakukan oleh anda sendiri. Semua boleh dilakukan secara
online. Kebanyakkan pelabur sekarang banyak memilih cara ini disebabkan brokerage feenya yang murah tetapi AWAS!!!
Jika anda merupakan pelabur baru disarankan untuk anda belajar dahulu cara-caranya untuk melabur. Ini kerana
kekurangan ilmu dapat membuat anda mengalami kerugian yang besar. SO WATCHOUT jika kamu memilih untuk
menggunakan cara ini.
Step 5 Open Central Depository System (CDS) account
Seterusnya kamu perlu buka CDS akaun. Stock broker dipilih anda akan menolong anda membuka CDS akaun. CDS akaun
adalah akaun electronic yang mana bertindak seperti akaun biasa untuk merekod segala jual dan beli saham. CDS akaun
ini dijaga oleh Bursa Depository yang mana dulu dikenali sebagai Malaysia Central Depository. Kamu perlu mengisi dan
tandatangan CDS opening akaun form (FMN01). Anda juga perlu menandatangani dua salinan specimen card dan salinan
kad pengenalan. Harga untuk CDS akaun RM10.
Ini sahaja dapat saya kongsi untuk NOTA SAHAM 1-MEMBUKA dan JENIS AKAUN NOMINESS/CDS. Insya allah kalau ada
masa saya akan menulis NOTA SAHAM 2-Tajuknya????hehe RAHSIA..tungguuuuuuuuuu dan disini saya turut kongsikan
video dari investopedia yang mana tindakan sesetengah dealer atau remeisier yang tidak akan menguntungkan kita
apabila melakukan jual beli saham.

NOTA SAHAM 2-PROSES BANK IN DAN JUAL BELI SAHAM

Step 1 Deposit Duit
Apabila anda telah membuka akaun dgn broker, langkah seterusnya adalah anda hendaklah memasukan duit ke dalam
trust akaun tersebut. Bergantung kepada broker anda deposit ini boleh dilakukan melalui check atau pindahan online.
Antara broker yang menyediakan pindahan wang secara online adalah, Maybank dan OSK, Saya tidak pasti mengenai
bank lain tetapi apabila anda membuka akaun nanti, saya syorkan supaya anda bertanya dengan broker anda.
Step 2 Periksa Harga Saham
Bursa Malaysia beroperasi dari pukul 9pagi-12.30 tgh hari dan sambung semula selepas makan tengahari dari 2.30ptg-
5ptg. Untuk urusan pembelian order boleh dihantar 30 minit sebelum waktu beroperasi. Untuk offline trading akaun,
anda boleh menghubungi dealer atau remisier anda untuk periksa harga shares manakala kalau online anda dapat
melayari internet dengan melayari website broker yang anda daftar. Sebagai contoh www.kenwealth.com. Ini merupakan
contoh online stock bagi KENANGA INVESTMENT BANK.
Di online akaun, anda boleh menyusun kaunter fevret atau kaunter yang anda perhatikan kedalam watch list supaya
anda dapat monitor harga saham terbabit. Harga saham akan bergerak berdasarkan tick price yang telah ditetapkan oleh
regulator(SC-Suruhanjaya Securities). SC merupakan badan berkanun yang mengawal pergerakan saham di bursa
Malaysia. List dibawah merupakan tick price yang telah ditetapkan:
Tick Size harga saham
Bawah RM1.00 perubahan harga saham berubah sebanyak 0.005 sen, Contoh harga Saham wijaya rm0.10 setiap
perubahan akan bertambah sebanyak 0.005 sen.
RM1.00 to RM2.99 perubahan harga saham berubah sebanyak 1sen, Contoh harga Saham Gtronic RM1.20 setiap
perubahan akan bertambah sebanyak 1 sen.
RM3.00 to RM4.99 perubahan harga saham berubah sebanyak 2sen, Contoh harga Saham Affin Bank RM3.20 setiap
perubahan akan bertambah sebanyak 2 sen.
RM5.00 to RM9.99 perubahan harga saham berubah sebanyak 2sen, Contoh harga Saham Maybank RM7.20 setiap
perubahan akan bertambah sebanyak 2 sen.
RM10.00 to RM24.99 perubahan harga saham berubah sebanyak 2sen, Contoh harga Saham KLK RM22.20 setiap
perubahan akan bertambah sebanyak 2 sen.
RM25.00 to RM99.98 perubahan harga saham berubah sebanyak 10sen, Contoh harga Saham Nestle RM3.20 setiap
perubahan akan bertambah sebanyak 10sen.
Step 3 Buy Order
Apabila anda telah menjumpai kaunter yang mana anda telah kaji dari segi fundamental dan technical analysisnya
bolehlah kiranya anda memulakan langkah untuk membeli saham. Di bursa Malaysia, minimum order bagi setiap
pembelian adalah sebanyak 100unit yang mana 100 unit ini bersamaan 1 lot. Sebagai contoh jika share price berharga
RM1 seunit maka untuk anda membeli satu lot saham ini, anda memerlukan sebanyak RM100.
Untuk offline trading, anda bolehlah menghubungi remisier atau dealer anda untuk membeli saham terbabit pada harga
anda mahukan. Mereka akan menolong anda untuk membeli. Selepas order telah dimasukkan pada harga yang anda
mahukan, bursa Malaysia kemudiannya akan memeriksa samada ada sesiapa yang mahu menjual pada harga yang telah
anda tawarkan. Jika padan maka, anda dapat membeli saham terbabit. Dealer atau remisier akan memaklumkan kepada
anda status order dan pembelian saham terbabit.
Untuk online trading akaun, anda bolehlah membeli secara online. Order yang anda masukkan kan dihantar ke broker
punya Komputer sistem dan akan dihantar juga kepada Bursa Malaysia Komputer sistem. Anda dapat melihat status
pembelian anda di online akaun samada anda berjaya atau tidak membeli saham terbabit.
Step 4 Sell Order
Selepas anda berjaya membeli saham terbabit seperti STEP 3, anda bolehlah menjual saham terbabit apabila sudah
membuat keuntungan. Sebagai contoh harga beli RM1 dan selepas seminggu harga saham terbabit mencecah RM1.20.
Maka anda bolehlah menjual saham terbabit. Ini boleh dilakukan sama seperti STEP 3 Cuma kali ini anda menekan
butang menjual. A contract note akan dihantar untuk proses jual dan beli saham apabila anda melakukan transaksi
sebagai confirmation transaksi anda.

NOTA SAHAM 3- Settlement Date

Alhamdulilah bersyukur kepada ilahi kerana saya diberi peluang untuk menaip NOTA SAHAM 3 yang mana kali ini saya
akan mengajar mengenai settlement date. Pada pemain contra(rujuk nota terdahulu) settlement date ini sgt penting. Ini
kerana jika saham yang dibeli tidak terjual pada hari ketiga maka force selling akan berlaku pada keesokkan harinya. Ini
dinamakan FORCE SELLING. Tetapi jika anda deposit duit pada hari ketiga, maka saham terbabit tidak kan dijual secara
FORCE SELLING.
Step 1 Fahami Settlement Date
Di Bursa Malaysia, semua belian dan jualan perlu di selesaikan pada 12.30 pm pada T+3 day dimana T mewakili bilangan
hari pembelian dan transaksi. Ini bermaksud kamu harus membayar pembelian atau menjual pegangan yang anda ada
pada hari berikutnya. Tetapi hari minggu dan public holiday tidak dikira. Jika kamu membeli saham dan gagal untuk
membayar pada T+3,broker anda akan melakukan force selling pada keesokkan hari. Force selling dilakukan pada T+4.

Step 2 Trading Settlement
Jika kamu memebeli saham kamu hendaklah membayar sebelum T+3, 12.30 pm. Jika duit simpan cukup maka transaction
dapat diteruskan tetapi jika tidak mencukupi maka anda hendaklah mendepositkan duit ke dalam trust akaun

Pengiraan buying Settlement:
Total Buy Settlement (RM) = Nilai Saham + Brokerage Fees + Clearing Fees + Stamp Duty
Saham akan dikreditkan ke dalam CDS akaun pada T+3.

Pengiraan Selling settlement pula:
Total Sell Settlement (RM) = Nilai Saham Brokerage Fees Clearing Fees Stamp Duty
Cash dari jualan akan dikreditkan ke trust akaun pada T+3

Ini merupakan NOTA SAHAM 3. Pada NOTA SAHAM 4 saya akan mengajar untuk mengira bagaimana untuk mengira profit
dan loss dan fees apabila membeli di bursa Malaysia. Apabila anda tamat NOTA SAHAM 4 maka anda sudah menguasai
asas dalam melabur di bursa Malaysia. Tetapi bnda paling penting pastikan anda melabur bukanya berjudi.

NOTA SAHAM 4- Pengiraan Untung dan Rugi

Ini merupakan NOTA SAHAM 4 yang mana pada kali ini kita akan belajar mengenai profit dan loss. Ok sebelum kita mula
pekara pertama yang kita perlu tahu adalah step pengiraan. Dibawah ini merupakan step2 pengiraannya:

Jumlah Belian Saham (RM) = Nilai Saham + Brokerage Fees + Clearing Fees + Stamp Duty
Jumlah Jualan Saham (RM) = Nilai Saham Brokerage Fees Clearing Fees Stamp Duty

Step 1 Mengira Nilai Saham
Untuk mengira nilai saham sangat mudah. Contoh jika saham itu bernilai RM5.00 dan jika kamu beli 1000unit maka
nilainya adalah sebanyak RM5000.
Step 2 Mengira Brokerage Fee
Bergantung kepada broker yang anda pilih. Selalunya ia dalam range dari 0.05% hingga 0.07% dari contract value
bergantung kepada nilai transaksi,jenis akaun dan jenis trading. Tetapi selalunya broker selalunya mengenakan minimum
brokerage fees untuk setiap transaksi.
Kita ambik contoh brokerage fees of 0.42%.
Brokerage Fees = 0.42% x RM5,000 = RM21
Step 3 Mengira Clearing Fees
Caj oleh Bursa Malaysia sebagai clearing house. Nilai caj sebanyak 0.03% from contract value or nilai saham dan
bergantung kepada maximum RM1000 per transaksi.
Sebagai contoh:
Clearing Fees = 0.03% x RM5,000 = RM1.50
Step 4 Mengira Stamp Duty
Stamp duty adalah charge dari kerajaan dan broker akan kumpul bg pihak kerajaan. Anda perlu membayar RM1.00 bg
setiap RM1000 dari contract value atau nilai saham dan dibundarkan kepada nilai ringgit terdekat dan bergantung kepada
maximum value of RM200.
Sebagai contoh:
Clearing Fees = RM5
Step 5 Mengira Untung (atau Rugi)
Berdasarkan formula di atas kita kira untung dan rigi sebagai contoh,
Beli 1,000 unit Saham A pada harga RM5.00 dan jual pada harga RM6.00
Nilai Saham Bila beli = RM5 x 1,000 = RM5,000
Nilai Saham Masa Jual= RM6 x 1,000 = RM6,000

Beli Settlement = RM5,000 + 0.42% x RM5,000 + 0.03% x RM5,000 + RM5 = RM5,027.50
Jual Settlement = RM6,000 0.42% x RM6,000 0.03% x RM6,000 RM6 = RM5,967.00
Untung = RM5,967.00 RM5,027.50 = RM939.50

NOTA SAHAM 5 - PENYERTAAN DALAM PEMBELIAN SAHAM

Hukum membeli saham pada asalnya adalah sama dengan hukum bersyarikat atau musharakah atau rakan kongsi. Ia
adalah harus menurut Shariah dari al-Quran dan Hadith. ( Al-Mughni, Ibn Quddamah, 5/3 )
Dalil dari Al-Quran :

Ertinya : "dan mereka berkongsi dalam 1/3 " ( An-Nisa : 12 )
Antara hadith :

Ertinya : Nabi menyatakan :" Aku orang ketiga bersama dua orang yang bersyarikat selagi mana tiada salah seorang
yang mengkhianati rakannya" ( Riwayat Abu Daud )
Syarat Umum
Antara syarat umum yang telah diletakkan dalam hal menyertai aktivti urusniaga saham ini adalah :-
a. Penubuhan dan penyertaan sebuah syarikat yang patuh Shariah di dalam bursa adalah harus.
b. Tiada sebarang perbezaan pandangan bahawa menyertai atau membeli saham syarikat yang asas utama
perniagaannya adalah haram seperti memberi pinjaman Riba atau berniaga barangan yang diharamkan adalah tidak
dibenarkan sama sekali.
Majoriti ulama dunia mengharuskan penjualan dan pembelian di bursa kerana :-
1- Syarat Ijab Qabul telah terlaksana dalam pembelian dan pemilikan saham.
2- Majlis Pengarah syarikat telah mewakili seluruh pemegang saham dalam pelaksanaan syarikat mereka.
Justeru, antara para ulama besar yang mengharuskannya adalah Syeikh Mahmud Syaltut, Syeikh Ali Khafif, Syeikh
Muhammad Abu Zahrah, Dr Muhammad Yusof Musa dan ramai lagi. ( At-Takaful Al-Ijtima'ie, Abu Zahrah, 2/184 ; As-
Syarikat : Ali Khafif, hlm 96 ; Al-Mualamat Al-Maliah, Uthman Syabir, hlm 206)
Sedikit Pertikaian Hukum Berkongsi syarikat Dengan Bukan Islam
Tidak dinafikan terdapat perbincangan dan pertikaian berkenaan keharusan membeli saham patuh shariah yang majoriti
pemilikannya dimiliki oleh individu bukan Islam.
Terdapat sebahagian ulama yang tidak membenarkannya dan ada juga yang menganggapnya sebagai makruh. Ia
berdasarkan riwayat Ibn Abbas r.a

Ertinya : Berkata Ibnu Abbas, "Jangan kamu bersyarikat dengan Yahudi, Nasrani atau Majusi" , maka aku ( Ibn Hamzah)
bertanya " Mengapa tidak?" Jawab Ibn Abbas : "Kerana mereka melakukan riba dan riba tidak halal" ( Al-Mughni, Ibn
Quddamah, 5/3 ; Al-Muhazzab, 1/345 )
Hadith di atas menjadikan Imam As-Syafie menganggap ber'musharakah' dengan bukan Islam adalah makruh. Manakala
Imam Ahmad, Awzaie dan Hasan al-basri menganggapnya harus. Imam Ibn Quddamah juga mengatakan kata-kata Ibn
Abbas tadi hanyalah pandangan seorang sahabat dan tidak pula tersebar di kalangan sahabat lain.
Manakala Khalifah Umar al-Khattab berpandangan harusnya dengan iktikad ianya dari pendapatan mereka yang halal
sebagaimana Nabi SAW diriwayatkan membeli makanan dari Yahudi dan mencagarkan baju besi baginda SAW. (Al-
Mughni, Ibn Quddamah).
Pandangan mengharuskan dengan melihat kepada perincian aktiviti syarikat ini disokong kuat oleh ulama besar
kontemporari seperti Syeikh Mustafa Az-Zarqa. Beliau menolak pengharaman umum ke atas penyertaan di bursa saham.
( Al-Muamalat Al-Maliah, Syabir, hlm 210 )
Justeru selagi mana urusniaga syarikat adalah menepati Shariah, ia adalah sah walaupun terdapat rakan kongsi bukan
Islam yang samada diketahui atau tidak bahawa modalnya dari yang haram. Ia juga dikuatkan oleh riwayat berikut :-

Ertinya : Diriwayatkan oleh al-Khallal dengan sanadnya dari Ato' berkata : Rasulullah SAW melarang dari
bermusharakah dengan Yahudi dan nasrani kecuali jika jual belinya ditangan orang Islam ( menuruti Shariah)" ( Al-kafi fi
Fiqh al-Hanbali, 2/257 ; Al-Mubdi' , Ibn Mufleh, 5/4; Ibn Qayyim : Dhoif sanadnya kerana mursal : Ahkam Ahli Zimmah,
1/556 )

Di Malaysia
Oleh kerana di Malaysia, telah wujud Jabatan Modal Islam di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang antara lain telah
mengeluarkan senarai Sekuriti (Syarikat) Patuh Shariah, justeru sebarang pembelian saham yang termasuk dalam
senarai ini adalah harus pada asalnya. Rujuk http://www.sc.com.my/ dan dapatkan senarai tersebut dengan percuma.
Ketika ini sekitar 80 % dari 889 sekuriti (saham) yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur adalah patuh Shariah atau
disahkan halal. Jumlah 'market capitalization' pula mencecah RM 343 Billion. Dari 10 buah sekuriti yang terbesar di BSKL,
5 antaranya adalah patuh Shariah yang membawa kepada wujudnya KLSE Syariah Index pada tahun 1999
(http://www.sc.com.my/capitalmy/Oct03/html/MasICM.html)

Hukum Umum
Kebanyakan ulama kontemporari berpendapat tatkala anda membeli saham sesuatu syarikat, anda sebenarnya telah
memiliki sebahagian kepentingan equiti syarikat tersebut, ini bermakna sebagai pemegang saham, anda dikira sebagai
rakan kongsi dari sudut pandangan Islam. Justeru, sebagai rakan kongsi, anda terdedah kepada risiko mendapat kerugian
atapun kelebihan keuntungan. Hal ini menjelaskan bahawa hukum asal pembelian saham adalah halal kerana ia didasari
aqad 'Musyarakah'.
Pembelian saham harus dibuat melalui 'broker' atau 'remiser'. Tugas mereka biasanya adalah menentukan nilai pasaran
dan coraknya, mengiklankan sebarang aset untuk jualan, menayangkan beberapa aset kepada pemebli yang berpotensi,
menasihati pelanggan dalam tawaran yang diterima, sebagai wakil untuk membeli dengan upah tertentu.

Hukum broker
Sekadar menjadi wakil kepada pelanggan serta mengambil upah, ia adalah harus dalam Shariah menurut hukum 'Al-
Wakah bil Ujr' (agen dengan upah) yang selagi mana sekuriti (saham) yang dibelinya juga adalah patuh Shariah.
Sebarang pembelian saham tidak patuh Shariah akan menyebabkan keuntungan hasil dari upah belian tadi juga adalah
haram. Sebagaimana disebutkan

Ertinya : "Dan sesungguhnya Allah SWT apabila mengharamkan sesuatu maka haram jualah harga ( keuntungan dari
jualannya)" ( Riwayat Ahmad dan Abu Daud, Albani : Sohih ; Ghayatul Maram, no 318 )
Justeru, sebarang upah dari pekerjaan haram adalah haram, upah wakil pembelian saham yang haram juga haram
sebagaimana hadith di atas.
Fungsi broker juga adakalanya menjadi sebagai orang tengah dengan bank atau mana-mana Institusi kewangan Riba
untuk memberikan pinjaman dengan 'interest' kepada pelanggan untuk membeli saham yang dijanka baik dan akan naik
adalah haram disebabkan keterlibatan dengan Riba tadi.

Teknik pembelian & Hukum
Berikut beberapa cara yang yang biasa digunakan dan disertakan makluman hukumnya secara ringkas:-
1) Short Selling ( Jualan Singkat )
Jualan singkat ialah tindakan seseorang menjual sekuriti (saham) yang tidak dimilkinya pada masa jualan.
Secara umumnya, 'short selling' terlibat dengan pinjaman sekuriti (saham) dan kemudian menjualnya dengan andaian ia
boleh dibeli semula dengan harga yang lebih murah, hasilnya ia akan beroleh keuntungan hasil perbezaan harga tadi,
dalam konteks ini, proses jualan seolah-olah telah diterbalikkan.
Isu shariah di sini adalah di dalam Islam, sekiranya seseorang ingin mendapatkan untung dari sesuatu saham, mereka
mestilah memiliki saham itu terlebih dulu.
Nabi SAW menyebut :-

Ertinya : "Jangan kamu jual sesuatu yang tidak kamu miliki"
Justeru, para ulama berpendapat jualan ini adalah diharamkan. (Dr Ma'bad Ali Al-Jarihi, Al-Aswaq Al-Maliah, 1/134 ;
Ahkam al-Aswaq Al-maliah, Dr Muhd Sabri Haron, hlm 269 )
Walaubagaimanapun, Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah membuat keputusan bahawa jika
short selling dibuat secara khas dan terkawal (regulated short selling), ia adalah harus. Rujuk Suruhanjaya Sekuriti untuk
info lengkap berkenaan Regulated Short Selling yang dibuat atas konsep Ijarah dengan beberapa pengecualian
berdasarkan konsep Istihsan. ( Keputusan Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti, Edisi Kedua, hlm 79)

2) Margin trading or buying
Margin trading adalah membeli saham dengan menggunakan wang yang dipinjam dari broker. Kebiasaannya faedah
akan dikenakan atas pinjaman ini. Jika ini berlaku, hukum menggunakan kaedah ini adalah haram disebabkan pinjaman
Riba tadi. Selain itu ia juga amat berisiko buat pelabur kerana jika saham yang dibelinya rugi, ia akan menanggung
kerugian berganda. (Ahkam al-Aswaq Al-maliah, Dr Muhd Sabri Haron, hlm 271 ;
http://en.wikipedia.org/wiki/Margin_trading)

3) Options Trading
Takrifnya adalah : Satu kontrak yang mana hak diberikan (tetapi tidak menjadi kewajiban) kepada pemegangnya untuk
membeli atau menjual sesuatu saham yang dipersetujui pada harga yang ditentukan. Tiada kewajiban bagi penempah
untuk memenuhi tuntutan kontrak bagi yang membeli item yang ditempah, tetapi penjual hak item itu, wajib memenuhi
tuntutan kontrak (AAOIFI Shariah Standard, hlm 356).
Terdapat juga sebahagian 'options' yang menyebut bahawa jika salah satu pihak menolak untuk melakukan transaksi
pada tarikh yang ditentukan, ia perlu membayar gantirugi yang telah ditentukan jumlahnya di awal tadi. Ia juga adalah
haram menurut para ulama Islam. (Al-Ashum Wa- As Sanadat Wa Ahkamuha , Dr Ahmad Al-Khalil, hlm 208)
Secara kesimpulan, ia juga instrumen konvensional yang diharamkan.

4) Day Trading
Day trading merujuk kepada praktis menjual sesuatu saham pada hari yang sama ia dibeli iaitu sebelum pasaran ditutup
pada hari itu.
Para ulama berbeza pandangan dalam menentukan hukumnya, sebahagian besar berpendapat ianya harus kerana
saham yang telah dibeli adalah hak milik penuh pembeli, ia boleh menjualnya pada bila-bila masa yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun, terdapat sebahagian ulama yang lain berpendapat jika ia dijual pada hari yang sama, elemen
spekulasi menjadi besar dan boleh menjadikannya sebahagian dari perjudian.

5) Swing trading
Swing trading bererti pembeli saham akan menyimpan sahamnya sekitar satu hingga empat hari. Kemudian akan
menjualnya semula apabila didapati harga lebih tinggi dari harga beliannya.

Kejayaan swing trading' tertakluk kepada sejauh mana bijaknya pelabur memilih saham yang ingin dibeli. Biasanya para
pelabur sebegini akan mengunakan analisa teknikal bagi memilih sebarang sekuriti (saham) yang mempunyai potensi ini.

Hukum ;
Saya tidak melihat terdapat sebarang masalah Shariah dalam urusniaga swing trading' ini selagi ia tidak melibatkan
hutang dengan faedah dan sahamnya patuh Shariah.

6) Range trading
Para pelabur yang menggemari range trading' biasanya akan memerhatikan turun naiknya sesebuah saham yang sedang
ditekuni. Menurut teori sebahagian pengkaji saham, setiap kali nilai sesuatu saham itu naik tinggi, ia akan jatuh kembali
dan akan naik kembali. Kumpulan pelabur jenis ini akan cuba memanfaatkan peluangnya dengan membeli saham
tersebut sebelum harga benar-benar jatuh di tahap terbawah. Setelah itu, ia akan menunggu agar harga saham tadi naik
kembali lalu menjualnya bagi mendapat untung hasil perbezaan harga beliannya dan jualan semasa. Dengan itu, ia dapat
membeli dengan harga yang murah dan menjual ketika mahal.

Hukum ;
Saya tidak sempat membuat semakan terperinci perbincangan para ulama berkenaan hal ini. Malah perbincangan
tentang hukumnya hampir tidak ada dalam perbincangan kitab-kitab dan tesis kontemporari yang sempat saya semak.
Kemungkinan ia dianggap termasuk dalam pembelian saham biasa dan penjualan juga biasa yang mana hukumnya
adalah halal.

Walaubagaimanapun, tidak dinafikan unsur spekulasi yang mirip kepada perjudian boleh menjadi semakin ketara di sini.
Ini kerana, pembelian saham yang tulen lagi halal adalah didasari oleh pembelian hak pemilikan dalam sesebuah syarikat
didorong oleh potensi masa hadpan yang cerah dan kualiti bisnes yang dijalankan. Walaubagaimanapun, dalam hal
range trading', ia seolah-olah tidak memberikan fokus utama kepada bisnes syarikat itu dan potensinya, sebaliknya apa
yang menjadi keutamaan adalah trend' jatuh naik harganya sahaja.

Justeru, di masa ketiadaan mana-mana fatwa yang sempat saya temui dalam hal ini. Saya menasihatkan agar mana-
mana pelabur yang ingin membuat cara ini memberikan perhatian lebih kepada potensi saham dan bisnesnya
berbanding berspekulasi harga sahaja bagi mengelakkan syubhah dalam pembeliannya.

7) Loan Stock

Ia adalah samada saham biasa atau saham istimewa yang digunakan sebagai cagaran untuk sesuatu hutang dari pihak
lain. Yang mana hutang tadi adalah suatu hutang yang telah ditetapkan kadar faedah tertentu. Sesuatu hutang yang
dijamin ini boleh bertukar kepada pemilikan saham dengan syarat-syarat yang tertentu dan dengan kadar pertukaran
yang telah dipersetujui.

Di ketika ini, hukum loan stock' yang ada di pasaran adalah haram menurut Islam kerana ia akan memasukkan sekali
jumlah faedah atau Riba dari pinjaman tadi.

8) Waran Panggilan (Call Warrant)

Warran panggilan adalah satu hak, tetapi bukan kewajiban untuk membeli sesuatu asset atau saham dengan kuantiti
tertentu dengan harga tertentu dalam tempoh masa yang tertentu.

Ia diterangkan oleh investopedia sebagai

"A warrant that gives the holder the right to buy the underlying share for an agreed price, on or before a specified date"

Call warrant adalah harus menurut Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti dengan syarat saham yang berkaitan
dengan waran ini ialah saham patuh Shariah. (Keputusan Majlis Penasihat Shariah, hlm 66)


9) Saham Keutamaan ( Preference Shares)

Antara keterangan bagi saham keutamaan adalah seperti berikut :-
A class of ownership in a corporation that has a higher claim on the assets and earnings than common stock. Preferred
stock generally has a dividend that must be paid out before dividends to common stockholders and the shares usually do
not have voting rights. The precise details as to the structure of preferred stock is specific to each corporation. However,
the best way to think of preferred stock is as a financial instrument that has characteristics of both debt (fixed
dividends) and equity (potential appreciation). Also known as "preferred
shares". (http://www.investopedia.com/terms/p/preferredstock.asp )
Hukum ;
Majlis Fiqh Antarabangsa, Dallah Al-Barakah dan Majlis Fatwa Eropah memfatwakan pembelian saham keutamaan
adalah haram. Antara ciri yang menjadikannya haram adalah kerana : -
a- ia mempunyai unsur jaminan modal,
b- pulangan yang terjamin; biasanya jika tiba-tiba satu bulan tiada sebarang keuntungan boleh dibahagikan oleh
syarikat, pihak pemegang saham keutamaan tetap akan dibayar juga secara terkumpul (cumulative). Ini bermakna
semua pemegang saham jenis ini dijamin keuntungannya. Ini jelas bertentangan dengan hukum Shariah.
c- Mendapat keutamaan untuk diberikan pembayaran di ketika pembahagian keuntungan dan 'liquidation'. Malah jika
syarikat menghadapai masalah dan ditutup sekalipun, pemegang saham ini akan mendapat kembali nilai awal sahamnya
tanpa sebarang kerugian. (Al-Muamalat Al-Maliah al-Mu'asiroh, Dr Uthman Syabir, hlm 205 )
Di dalam Islam, di dalam sebuah persyarikatan, tidak sepatutnya terdapat sebarang keutamaan kepada mana-mana
rakan kongsi dan mereka patut diberikan hak sama rata. Kecuali nisbah pembahagian keuntungan sahaja yang boleh
dipersetujui bersama.
Bagaimanapun, fatwa ini juga menjelaskan bahawa jika keutamaan yang dimaksudkan hanya terhad kepada beberapa
hal prosedur dan pengurusan semata-mata. Ia adalah halal.

10) T + 3
Disebutkan takrifnya oleh web bursa Malaysia sebagai :-
There is no physical delivery of shares under the CDS. Instead, the CDS uses a simple book entry system to keep track
of the movement of shares which arise from trades affected on Bursa Malaysia. For example, if you are a buyer of
share A, your CDS account will be credited with Share A and the seller's account will show a debit of Share A. Sellers
must have adequate shares in their CDS accounts by 12.30 pm on T+2 and buyer's account will be credited on T+3 with
the shares, with T being the transaction date.
Atau secara mudahnya T+3 bererti urusniaga pembelian saham dibuat sebagai contoh pada hari Isnin, tetapi
pembayaran bagi pembelian tadi akan diselesaikan dalam sebelum atau pada hari khamis ( dalam masa 3 hari).
Pemilikan saham akan bertukar milik sejurus selepas transaksi walaupun pembayaran belum dibuat.
Walaubagaimanapun, jangan disangka bahawa di antara tempoh 3 hari itu, seseorang mempunyai masa untuk
membatalkan urusniaga. Urusniaga telah termeterai pada hari urusniaga iaitu hari isnin dalam contoh di atas cuma
proses pertukaran dan pembayaran sahaja yang belum dibuat. ( http://www.investopedia.com/ )
Hukum
a) Jika pembeli punyai wang secukupnya dari awal ; Jika pembeli membeli sekuriti patuh Shariah dengan cara T-3,
beliau juga sememangnya telah mempunyai wang yang cukup dalam akaunnya sebanyak nilai pembelian sahamnya dari
hari pertama lagi. Kemudian ia menjualnya apabila dilihat harganya menaik walaupun sebelum sampai tempoh
pembayaran dibuat.
Menurut keterangan di dalam web bursa Malaysia (http://www.bursamalaysia.com/website/bm/bursa_basics/)
seseorang yang ingin membeli mestilah mempunyai wang yang mencukupi untuk cover' harga ysaham yang dibeli dan
juga kos transaksi.
Tatkala itu saya berpandangan bahawa hak milik sekuriti yang dibeli telah sempurna dan ia juga memang mempunyai
wang yang mencukupi bagi tujuan pembelian itu walaupun belum sampai hari perlu bayar, tatakala itu, belian dan
jualannya adalah sah.
Adapun jika si pembeli tidak mempunyai wang yang cukup di dalam akaunnya pada waktu pembelian, tetapi hanya
dipinjam dari wang broker dengan kadar faedah tertentu dengan harapan harga akan menjadi lebih tinggi dari apa yang
dibeli,
Ini dilakukan bagi membolehkannya menjual sekuriti yang duibelinya sebelum sampai masa perlu bayar dan membuat
keuntungan atas angin kerana membeli tanpa modal sebenar. Bagi saya urusniaga seperti ini ( jika berlaku) ia tidak syak
lagi mempunyai unsur Riba (jika modal yang dipinjam punyai interest),
Sekiranya tiada punyai sebarang interest', ia masih mempunyai elemen perjudian kerana ia benar-benar bergantung
kepada nasib dan harapan harga akan naik. Pembeli pula tiada sebarang wang yang mencukupi, ia hanyalah bergantung
kepada wang broker yang mengabuinya. Tatkala itu transaksi ini tidak halal. Wallahu'alam.
b) Jika pemilikan sekuriti ( saham) tidak bertukar dengan serta merta pada hari urusniaga dijalankan, ia adalah haram
kerana ia tergolong dalam larangan nabi jual hutang dengan cara hutang. Dalil larangannya :

Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW melarang dari menjual hutang dengan hutang" (Riwayat Ad-Dar Qutni ; At-Tabrani,
Al-Hakim : Sohih atas syarat Imam Muslim ; Naylul Awtar , no 2187 ; 5/174 )
Imam Ahmad, Ibn Munzir, Ibn Rusyd, Ibn Quddamah, Ibn Taymiah , As-Syubki dan Imam As-Syawkani menyebutkan
bahawa telah Ijma' seluruh ulama bahawa haram membeli secara tangguh serahan barang dan juga tangguh serahan
bayarannya. (Al-Mughni, 4/53 ; Bidayatul Mujtahid, 2/162 ; Az-zarqani ala Muwatta, 3/308)
Maksudnya, jika membeli sesuatu saham, dan pembayaran akan dibuat dalam masa 3 hari dan pertukaran milik juga
hanyaa akan dibuat dalam 3 hari. Ia diharamkan kerana tergolong dalam larangan hadith di atas. Bagaimanapun, jika
pertukaran milik saham berlaku di waktu transaksi, hanya pembayaran dalam masa 3 hari, maka ia halal.

11) Kontra
Menrut kefahaman saya, pembelian saham secara kontra adalah tindakan membeli saham tanpa mempunyai wang yang
cukup didalam akaun. Apa yang dibuat adalah atas dasar andaian dan teka-teka bahawa harga saham yang dibelinya
akan naik sbeelum sampai hari wajib bayar.
Urusniaga seperti ini dinamakan kontra dan ia telah larang untuk dilakukan di Malaysia. Dahulu, ia memang berlaku
terutama sewaktu T + 7 diamalkan iaitu hari pembayaran adalah tujuh hari selepas transaksi.
Hukum
Hukum bagi transaksi kontra ini adalah perjudian pada pandangan Islam dan diharamkan.

NOTA SAHAM 6-APA YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH BUAT DI BURSA MALAYSIA

Alhamdulilah saya masih diberi kudrat untuk menyambung aktiviti menulis BLOG saya. Pada kali ini saya akan menulis
mengenai "Apa Yang Boleh dan Tidak Boleh Dilakukan Di Bursa Malaysia.Bursa Malaysia dikawal dan tadbir oleh
Capital Markets and Services Act 2007 (CMSA). CMSA dikelaskan sebagai badan berkanun yang menyediakan dan
mengawalselia semua aktiviti trading di Bursa Malaysia.Ada 4 pekara yang tidak dibenarkan oleh CMSA dalam trading.

1. Section 98 of CMSA Short Selling
Short selling adalah tindakan pelabur menjual saham yang tidak dimilikinya. Undang2 mengatakan bahawa seseorang
itu tidak boleh menjual sahamnya melainkan:
Dia mempunyai atau dia menjual sebagai ejen atau prinsipal
Dia melakukan atas sebab yang logik atau sebagai ejen atau prinsipal
Sesiapa yang melakukan kesalahan dibawah section 98 of CMSA dan disabitkan kesalahan boleh didenda tidak
melebihi 5 juta ringgit atau dipenjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua2nya sekali.

2. Section 175 of the CMSA False Trading /Market Rigging
Ini melibatkan transaksi dimana pembeli dan penjual adalah sama sebagai contoh melibatkan CDS yang sama atau
menyerahkan kepada sesuatu kumpulan CDS akaun. Hasil transaksi tidak membawa perubahan dalam kebaikan kepada
pemilik.Oleh sebab itu saya mencadangkan supaya kamu mengelak dari meletakkan harga beli dan jual yang sama yang
mana tanpa sengaja padan dengan order sendiri dan menyebabkan tidak membawa kebaikan kepada pemilik
Sesiapa yang disabitkan bersalah section 175 dan disabitkan kesalahan boleh disabitkan penjara tidak melebihi 10
tahun dan didenda tidak kurang dari 1juta ringgit

3. Section 176 of CMSA- Stock Market Manipulation
Stock market manipulation adalah tindakan transaksi saham sesebuah syarikat yang mana akan memberi kesan dalam
menaikan atau menurunkan atau mengekalkan harga sesebuah saham syarikat di bursa dengan niat untuk
mempengaruhi orang lain untuk membeli atau menjual saham syarikat terbabit.
Sesiapa disabitkan bersalah section 176 dan disabitkan kesalahan akan dipenjara tidak melebihi 10 tahun dan didenda
tidak melebihi 1 juta ringgit.

4. Section 188 of CMSA Insider Trading
Insider trading or dealing adalah pembelian saham syarikat oleh pihak yang mempunyai maklumat yang mana masih
belum diumumkan kepada orang awam yang mana akan memberi impak/kesan kepada harga saham syarikat terbabit jika
diumumkan kepada orang awam.
Sesiapa yang disabitkan bersalah section 188 dan disabitkan kesalahan akan dipenjara tidak melebihi 10 tahun dan
akan didenda tidak kurang 1 juta ringgit

NOTA SAHAM 7-Perbezaan Antara Direct dan Nominee CDS akaun
As salam dan salam sejahtera. Saya sambung NOTA SAHAM 7 pada hari ini jugak. Apabila anda membuka trading akaun
dgn broker, satu akaun CDS akan dibuka pada masa yang sama. Selalunya broker saham boleh menawarkan Direct CDS
atau Nominee CDS akaun. CDS bermaksud "Central Depository System" dan dikawalselia oleh Bursa Malaysia Depository
Sdn Bhd. Perbezaan antara dua akaun ini dinyatakan dibawah.

Type of CDS Account
Direct
Nama Akaun
Under shareholder name (eg Mr M)
Permohonan IPO
layak
Kertas Kerja Mengenai Corporate Exercise
diurus oleh pemilik saham
Dividend
dihantar kepada pemilik saham
Kehadiran AGM
layak
Laporan Tahunan
dihantar kepada pemilik saham
Pindahan Saham
kepada akaun sendiri atau sanak saudara dan berkaitan

Nominee
Nama Akaun
dibawah nama broker ( eg HLG Nominee Tempatan for Mr M)
Permohonan IPO
tidak layak
Kertas Kerja Mengenai Corporate Exercise
diurus oleh broker dan mungkin dikenakan caj.
Dividend
dimasukkan kepada trust akaun yang ada dengan broker
Kehadiran AGM
tidak layak
Laporan Tahunan
memohon dari broker
Pindahan Saham
hanya akaun sendiri

Dengan melihat pekara-pekara di atas dapatlah disimpulkan bahawa Direct CDS akaun mempunyai lebih banyak kebaikan
daripada nominee CDS akaun. Kelebihan yang ada pada nominee CDS akaun adalah pemilik saham tidak perlu risau
mengenai kertas kerja mengenai corporate exercise.


NOTA SAHAM 10-STRATEGI-STRATEGI DIGUNAPAKAI DALAM PELABURAN

As salam kepada semua pembaca.Untuk NOTA SAHAM kali ini saya akan bercerita mengenai strategi yang diguna pakai
apabila anda hendak melabur. Selepas kamu telah buka akaun cds, bolehlah kamu mula bermain saham. di dalam saham
ini ada dua strategi yang kita boleh gunakan.Baiklah untuk minggu ini saya akan terangkan kan dulu yang mana baik atau
buruk bg setiap strategi pelaburan dia atas.

1)STRATEGI PELABURAN NILAI
-digunakan oleh warren buffet( xknal google k :) )
-strateginya berdasarkan buy and hold approach. dia beli pastu dia simpan harga naik dia jual
-risiko ada la gak sikit. main saham ni mustahil la xder risiko cuma bagi strategi ini risiko dia skit.
-warren buffet guna strategi ini la smpi dia jadi org no dua terkaya di dunia. dia start invest rm100k dan duit dia ganda
setiap 3 tahun secara purata. sekarang duit tu dah bernilai 53billion us
-cara dia simple je. dalam strategi ini kita akan beli saham pada bawah nilai. contohnya harga saham syarikat abc
sebenarnya rm5 tetapi harga saham syarikat abc sekarang pada rm2. jadi kita akan beli saham ini tunggu dan kita akan
jual apabila harga sahamnya rm5. kita akan untung rm3.
-cara nak kira saham nilai ini akan di ajar next week
-kelemahanya strategi ini ambil masa yang agak lama dalm tempoh 6 bulan hingga 10 bulan

2) STRATEGI PELABURAN MOMEMTUM
-strategi ini kita dapat untung dlm tempoh 4-8 minggu
-risiko sgt tinggi.
-beli saham apabila ia dalam trend menaik.
-bila saham mula jatuh jual
-selalunya saham ini di syarikat yang umurnya kurang dario 10 tahun.
-xkukuh sekali jatuh harganya kebarangkalian nak naik balik susah.
-nota bg nak tahu dan kira saham momentum selepas nota pelaburan nilai
-xdigalakkan melainkan bg yang dah pengalam boleh la try


CARA DAGANGAN SAHAM

Terdapat 3 cara melabur atau perdagangan dalam perdagangan saham:
1 - Pick-up / Hold (Biasa)
Anda perlu membuat keputusan sama ada untuk 'mengambil' atau tidak saham yang anda beli tidak lewat daripada T +3,
yang juga merupakan hari penyelesaian (due day). Biasanya peniaga akan mengingatkan anda dan bertanya sama ada
anda mahu 'mengambil' atau tidak saham anda.
Jika anda membuat keputusan untuk 'mengambil', ia bermakna anda perlu membayar nilai kontrak saham yang anda beli
pada hari-T dulu. Saham yang telah 'diambil' dan dibayar adalah terpulang kepada anda untuk menyimpan selama mana.
Selagi syarikat itu tidak dibuang atau di delisted dari Bursa, (tertakluk kepada pengumuman Bursa), maka anda boleh
menjual saham tersbut pada bila-bila masa di masa hadapan.

2 - Contra
Prosedur membeli saham adalah sama seperti di atas . Bermakna, anda membeli saham pada hari-T. Perbezaan antara
kes di atas, anda membeli saham pada T-hari dan anda membuat keputusan tidak 'mengambil' pada T+3 dan menjual
selewat-lewatnya pada T+4.
Masa untuk menjual bermula dari hari-T (T-day) sehingga T+4. Pada masa ini, jika terdapat mana-mana peningkatan
dalam harga saham anda semasa anda jual saham tersebut, anda akan menerima apa yang dipanggil sebagai 'keuntungan
kontra' atau 'contra gain'. Atau sebaliknya, anda perlu membayar untuk 'kerugian kontra' atau 'contra loss' kepada broker
anda.
Dalam erti kata yang mudah, anda bermain dalam jangka pendek dan anda tidak perlu membayar nilai kontrak saham,
hanya perlu membayar bagi kerugian kontra (jika ada ) atau anda akan menerima 'keuntungan kontra' jika anda
mendapat keuntungan.

3-Intraday
Intraday mempunyai banyak persamaan sama seperti kontra, iaitu anda tidak perlu untuk membayar nilai kontrak saham
dan hanya perlu mendapat keuntungan atau membayar kerugian kontra (jika rugi). Hanya perbezaan tunggal adalah
mengenai tempoh saham (tarikh membeli dan menjual), dilakukan pada hari yang sama dalam waktu pasaran dibuka.
Walau bagaimanapun, anda akan menikmati keuntungan yang lebih baik kerana perdagangan intraday akan
mengurangkan kos brokerage fees anda berbanding dengan dua yang lain.

Bagaimana Cara Untuk Mendaftar Sebagai Pelabur?

Anda hanya perlu melakukan beberapa langkah sahaja untuk mendaftar sebagai seorang pelabur. Ia adalah perkara yang
benar-benar mudah dan cepat!

1) Anda hanya perlu menyediakan dokumen-dokumen tertentu seperti salinan kad pengenalan dan penyata bank (jika
anda mempunyai buku bank, sila bawa salinan buku bank pada hari pendarftaran).
2) Datanglah ke mana-mana syarikat broker saham dan bawa RM10 untuk pendaftaran CDS (Pemberitahuan: Yuran
pendaftaran CDS sebanyak RM10 dibayar kepada Bursa dan bukan untuk syarikat broker saham).

Senarai Syarikat Broker Saham Di Malaysia
1. Affin Trade (Affin Investment Bank)
2. AME Sekuriti (AmBank Sekurity)
3. JF Apex
4. iTrade @ CIMB (CIMB Securities)
5. ECM Libra
6. HLeBroking (Hong Leong Bank)
7. HwangDBS
8. JupiterOnline (Jupiter Securities)
9. Kenanga
10. Maybank
11. Melaka Securities
12. OSK188
13. Public Bank
14 RHB
15. TA Online

3) Isi dokumen pendaftaran, CDS, e-dividen dan borang trading akaun (biasanya dealer akan isikan untuk anda .. anda
hanya perlu tandatangan di tempat yang diperlukan)
4) Selepas pengaktifan CDS dan akaun, dealer anda akan memaklumkan kepada anda bahawa pendaftaran anda telah
berjaya dan biasanya dalam tempoh seminggu anda akan menerima surat daripada syarikat yang telah anda daftar
tersebut. (Anda perlu ingat no akaun trading anda dan akaun CDS untuk rujukan masa depan!)
5) Jika anda mahu melakukan trading melalui panggilan telefon, (anda membeli saham melalui dealer anda), anda tidak
perlu mendaftar secara online. Walau bagaimanapun, kos brokerage melalui panggilan telefon adalah lebih tinggi sedikit
berbanding trading secara online.

6) Selesai! Anda boleh mula mencari senarai saham dan boleh melihat secara 'live' harga saham dari masa ke semasa dan
anda juga boleh mula melabur!
a) Anda boleh mendapatkan nasihat daripada dealer anda dan bertanya kepada mereka tentang prospek saham yang
bagus untuk dibeli.
Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan kepada anda untuk membuat 'kerja rumah' sendiri dan tidak bersandar
semata-mata kepada cadangan dealer kerana anda akan lebih memahami tentang sesuatu kaunter dan lebih yakin untuk
melabur!

5 Tips Pelaburan Dalam Saham


Secara umumnya, pelaburan dalam saham tidaklah sesukar yang seperti yang difikirkan, lebih lebih lagi di zaman IT
sekarang ini. Banyak sumber-sumber yang boleh dicari melalui Intenet dan yang pasti, jika anda telah membuka akaun
dengan mana-mana 'stockbroking company', tentunya pihak tersebut ada menyediakan analisa saham harian kepada
anda. Tetapi ia memerlukan banyak penelitian dan pendekatan yang berdisiplin dalam memilih sebarang kaunter saham
untuk dibeli ataupon untuk dijual.

Antara sumber-sumber yang saya gunakan melalui Internet :

1) i3investor.com (Portal dan Forum Pelaburan Saham)
2) The Edge
3) Starbiz
1. Melabur dalam apa yang anda tahu.
Salah satu cara untuk memilih kaunter saham untuk dibeli, ialah dengan mengetahui tentang 'fundamental' ataupun asas
kepada perniagaan company tersebut. Contohnya: TAKAFUL
(a) Apakah jenis perniagaan yang dilakukan oleh TAKAFUL? Apakah industri yang diceburinya?
(b) Bagaimanakah prestasi kewangan TAKAFUL dalam jangkamasa 1- 5 tahun (lebih lama lebih tepat!). Adakah company
itu menjana 'profit' ataupun 'loss' yang konsisten sepanjang tempoh tersebut?
(c) Siapakah 'competitor' atau pesaing TAKAFUL dalam industri tersebut?
(d) Dapatkan nisbah atau ratio: EPS (Earning Per Share) , P/E (Price Earning Ratio) dan NTA/share (Net Tangible Asset Per
Share)


Cara membaca ratio:

P/E = Buat perbandingan PE dengan pesaing/ competitor yang lain. Pilih PE yang rendah. PE yang rendah membuktikan
company tersebut berada dalam tahap pertumbuhan / "growth" yang baik dan dipercayai boleh jana profit lebih baik
pada masa akan datang.

NTA/share = Analisa NTA dilakukan untuk mengetahui berapa banyakkah amaun yang boleh dibiayai oleh company
tersebut kepada para pemegang saham mereka sekiranya mereka menghadapi krisis ataupun bankrupt. Lebih tinggi NTA
bermakna keupayaan company adalah lebih 'strong' dan stabil.

DY = Analisa DY pula adalah untuk mengira peratusan yang dikira sebagai dividen yang diberikan oleh sesebuah company
atas keuntungan yang mereka perolehi.

Kesimpulannya, anda mesti tahu dengan baik tentang sesuatu saham sebelum merancang untuk membelinya . Lebih baik
sekiranya anda tahu dan boleh membuat jangkaan anda sendiri (jangkaan berapa harga target yang akan dicapai oleh
saham tersebut). Oleh itu, anda perlulah belajar bagaimana untuk membaca saham, dan membeli yang mana anda rasa
berpotensi untuk naik. Ia sememangnya adalah satu kerja keras, tetapi ia adalah suatu kemestian. Dan ingatlah, setiap
kerja keras anda nanti mungkin dibayar dengan keuntungan yang lumayan!


2. Cari kaunter saham yang membayar dividen yang bagus!
Kadang-kadang dividen dianggap tidak begitu penting bagi sesetengah pelabur muda. Hal ini kerana golongan pelabur
muda biasanya mempunyai masa yang lebih panjang untuk meningkatkan taraf hidup ataupun taraf gaji mereka. Jadi,
mereka selalunya lebih menumpukan keuntungan dari penjualan saham dari menikamati keuntungan dividen yang kecil
sebegini.
Tetapi apabila umur anda semakin meningkat dan tua, anda mula merasai kepentingan dividen disebabkan pada masa
itu, tahap pendapatan anda akan kembali berkurangan. Contonhnya seperti pesara kerajaan ataupun pesara swasta yang
hanya bergantung kepada EPF ataupun pendapatan bulanan pesara. Jadi untuk mendapatkan kadar pendapatan yang
stabil dan kukuh, ramai pelabur akan cenderung bertumpu kepada kaunter-kaunter saham yang memberikan pulangan
dividen yang bagus. Malah, ramai pelabur bertujuan untuk hidup melalui pembayaran dividen apabila mereka bersara.
Sebuah syarikat yang telah menjana keuntungan biasanya akan meggunakan lebihan keuntungan mereka dengan
melabur semula dalam company ataupun membayar kepada pemegang saham melalui dividen. Jadi, memahami hasil
dividen (Dividend Yield) , akan memberitahu anda berapa banyak hasil profit company yang akan diagihkan melalui
bentuk dividen saham. Cara pengiraan ialah dengan membahagikan dividen tahunan dengan harga saham.
Dividend Yield = (Dividend Per Share/ Share Price)
Biasanya saham yang membayar dividen yang baik adalah daripada sektor pengguna / "consumer" (contohnya: F&N,
Dlady YHS) dan telekomunikasi (Digi, Maxis, Axiata), manakala sektor yang jarang membayar dividen biasanya adalah
daripada sektor teknologi kerana mereka perlu melabur semula keuntungan mereka dalam bidang pembangunan dan
penyelidikan (Research & Development).
Senarai 30 dividen saham tertinggi dalam KLCI
Nama saham

Harga

P/E EPS Div. PS Tarikh Ex. Div.

Div Hasil

DIGI.COM

4,25

26,6 0,2 0,79 Mei 14, 2012

18.68

MALAYAN BANKING

8,70

13,3 0,7 0,68 Apr 27 2012

7.82

MAXIS

6,39

18,7 0,3 0,40 Jun 13, 2012

6.26

PETRONAS CHEMICALS

6,47

14,2 0,5 0,35 6 Jun 2012

5.41

Axiata Group

5,47

19,7 0,3 0,29 28 Mei 2012

5.30

BAT MALAYSIA

56,00

21,7 2,6 2,51 Mei 10, 2012

4.48

PETRONAS MERCHANTABILITY

21,10

23,3 0,9 0,82 Jun 4, 2012

3.91

Kuala Lumpur Kepong

22,94

17,2 1,3 0,85 Feb 21 2012

3.71

PUBLIC BANK

13,76

13,4 1,0 0,48 Feb 15 2012

3.49

TELEKOM MALAYSIA

5,65

15,8 0,4 0,20 Mei 22, 2012

3.47

GAMUDA

3,50

14,1 0,2 0,12 Jan 04 2012

3.43

UMW HOLDINGS

9,13

18,7 0,5 0,31 11 Jan 2012

3.40

SIME DARBY

9,89

13,4 0,7 0,32 Apr 23 2012

3.24

YTL POWER INTL

1,76

10,3 0,2 0,06 8 Jun 2012

3.20

IOI CORP

5,19

17,3 0,3 0,16 14 Mac 2012

3.08

CIMB Group Holdings

7,57

13,6 0,6 0,22 MAC 9, 2012

2.91

RHB CAPITAL

7,40

11,0 0,7 0,20 Mei 10, 2012

2.68

Genting Malaysia

3,60

15,9 0,2 0,09 27 jun 2012

2.39

PETRONAS GAS

18,00

25,2 0,7 0,40 Mei 23, 2012

2.22

Hong Leong Bank

12,44

12,7 1,0 0,26 Mac 13, 2012

2.09

Hong LEONG FINANCAL

12,24

10,8 1,1 0,25 Jun 1, 2012

2.04

Nama saham

Harga

P/E EPS Div. PS Tarikh Ex. Div.

Div Hasil

YTL Corp

2,02

17,4 0,1 0,04 8 Jun 2012

1.86

MMC Corp

2,60

24,7 0,1 0,04 Mei 30, 2012

1.54

PPB Group

15,98

21,2 0,8 0,23 25 mei 2012

1.44

GENTING

9,43

12,8 0,7 0,08 27 jun 2012

0.85

Tenaga Nasional

6,74

21,3 0,3 0,05 Mei 14, 2012

0.72

AMMB HOLDINGS

0,00

0,0 0,0 0,00

0.00

AIRLINE SISTEM MALAYSIA

1,09

0,0 0,0 0,00

0.00

MALAYSIA INTL PERKAPALAN

4,61

0,0 0,0 0,00

0.00

PLUS Expressways

0,00

0,0 0,0 0,00

0.00

3. Cari strategi dan ikutinya.
Saya tidak main-main apabila mengatakan yang anda perlu menjadikan diri anda seperti 'Junior Buffett'. Salah satu
daripada sebab mengapa Warren Buffett begitu dipuja adalah kerana dia berpegang teguh kepada falsafah pelaburan
yang dicipta beliau.
Buffett sentiasa mengabaikan pasaran saham dan mengatakan ianya hanyalah sekadar pertandingan populariti (yakni
imej syarikat akan bertambah baik dan popular jika disenaraikan di Bursa). Apa yang dia suka lihat adalah syarikat yang
boleh membuat wang dan keuntungan.
Malah pelabur saham yang amatur juga perlu mencipta peraturan dan strategi mereka sendiri. Mungkin anda lain
daripada Buffett yang hanya mencari syarikat yang konsisten dari segi prestasi dan memperolehi margin keuntungan
yang tinggi. Mungkin anda mempunyai strategi tersendiri, contonhnya memberi tumpuan kepada syarikat-syarikat yang
mempunyai banyak tunai di dalam syarikat. Mungkin juga anda lebih berminat untuk memilih kaunter-kaunter 'penny
stock' yang lebih cenderung kepada spekulasi harian dan memerlukan kelebihan teknikal analisis atau bacaan graf.
Persoalannya adalah bagaimana anda mencari strategi yang anda rasa sesuai dengan diri anda dan dimanakah hendak
mencari sumber-sumber ilmu ataupun guru yang dapat berkongsi falsafah dan memberi manfaat kepada anda!

4. Mempelbagaikan jenis kaunter dan industri.
Sebagai contoh, tidak kiralah berapa banyak yang anda suka tentang industri teknologi, jangan meletakkan semua wang
anda ke dalam stok teknologi tersebut. Perkara utama untuk membina portfolio pelaburan yang baik ialah dengan
mempelbagaikan kaunter dan industri! (Masukkan wang anda ke dalam saham beberapa industri yang berbeza).

Terdapat banyak cara untuk mempelbagaikan portfolio. Salah satunya, dengan melabur dalam beberapa sektor dan tidak
meletakkan semua wang anda dalam satu sektor. Hal ini sangat penting kerana, apabila situasi tertentu berlaku seperti
kenaikan kos bahan mentah (contoh: getah atau harga minyak), rata-rata harga kaunter saham yang terlibat dengan
sektor tersebut akan cenderung untuk jatuh semuanya. Ini adalah kerana margin keuntungan bersih mereka akan
merosot akibat daripada peningkatan dalam kos operasi.

Selain melabur dalam kaunter saham, anda juga dinasihatkan untuk mempelbagaikan jenis pelaburan anda contohnya
melabur dalam 'bond' swasta atau kerajaan, atau dalam pelbagai bentuk wang tunai, seperti 'fix deposit' atau skim 'unit
trust'. Di samping itu, anda juga boleh mencuba untuk melabur dalam emas atau perak samada dari segi pajakan (al-
Rahn) ataupun dari segi fizikal. Hal ini kerana nilai komoditi ini akan cenderung untuk naik dalam jangka masa panjang.


5. Berdisiplin.
Ini mungkin adalah antara nasihat yang paling sukar untuk diikuti, kerana ia adalah hampir mustahil untuk menyejukkan
diri anda lebih-lebih lagi apabila stok anda berada dalam keadaan terumbang-ambing (untung dan rugi dalam keadaan
mendadak!). Cara yang terbaik ialah bagaimana anda menetapkan harga target pada saham tersebut dan bagaimana
anda mengikut strategi yang telah anda cipta sebelum ini!
Jika anda mengikuti langkah 1-4 di atas, maka anda akan mempunyai pengetahuan dan keyakinan untuk bertindak
dengan baik di pasaran saham. Jangan biarkan emosi anda menyebabkan anda kerugian. Fikirkan tentang betapa
berdisiplinnya Warren Buffett dengan strategi beliau.
Saya berharap dengan secebis nasihat ini, boleh membuatkan andaa kembali menilai diri dan memperbaiki diri untuk
menjadi pelabur yang lebih baik pada masa akan datang!
Bagaimana untuk Memilih Saham Yang Bagus Untuk Dibeli?
Pada masa yang lepas, saya bercakap tentang kepentingan pembelajaran analisis teknikal daripada 'Sekolah Pipsology'.
Dalam artikel ini, saya akan membincangkan lima kaedah untuk melihat carta stok yang mungkin menunjukkan harga
sesuatu saham itu akan naik dan seterusnya menjadikan ianya suatu pembelian yang baik. Saya akan memberitahu
kepada anda apa yang perlu dicari dan bila masa untuk merebut peluang!
Bagaimana untuk Memilih Saham Yang Bagus Untuk Dibeli?
Terlebih dahulu, saya ingin mengatakan bahawa semua kaunter saham yang direkomenkan oleh mana-mana pihak tidak
memberi jaminan 100%. Oleh itu, dengan melihat graf, kita sebenarnya sedang mencari atau meningkatkan
kebarangkalian dan bukannya menjamin kepastian. Tetapi kadangkala, terdapat juga sejarah atau 'historical trend' di
mana sesuatu saham itu telah membawa kepada keuntungan yang besar kepada para pelabur dalam harga saham. Jadi,
kebarangkalian situasi itu untuk berlaku lagi di masa hadapan mungkin cerah. Apa-apapun, sebelum anda membuat
keputusan untuk membeli saham, anda perlu belajar tentang 5 perkara yang perlu dicari dalam sesuatu saham.
Tip # 1: Pastikan Saham Dalam Keadaan Menaik (Uptrend)
Pastikan saham itu berada dalam aliran menaik (uptrend). Tiada perkara yang lebih baik untuk dilihat selain harga
saham itu sendiri! Dalam erti kata lain, harga stok itu sendiri memberitahu anda sesuatu. Pastikan anda melihat dari kiri
ke kanan pada carta graf tersebut dan pastikan harga semakin meningkat (walaupun tidak meletup tetapi semakin
tinggi).
Contoh: AIRASIA BHD (5099)

Cuba cari sudut darjah diantara 30 hingga 45 di sepanjang harga saham tersebut. Teknik ini juga dikatakan sebagai
'analisis trend'. Dalam erti kata lain, anda perlu mencari trend sebegini yang bergerak dalam keadaan cantik (lambat dan
perlahan). Secara antonimnya, anda mungkin tidak mahu membeli saham yang rata (flat) atau pergi ke bawah
(downtrend), dan anda juga tidak mahu membeli saham yang bergerak turun dan naik melebihi 60 atau 70 atau lebih
tinggi.
Maksud saya, berapa banyak lagi ia boleh pergi apabila bergerak secara mendadak sebegitu? Dan kalau ianya berada
dalam keadaan downtrend, berapa banyakkah harga akan jatuh mendadak sebegitu? Jadi, perkara pertama yang anda
perlu cari ialah harga saham yang selesa, tenang dan dalam aliran meningkat (uptrend).
Petua # 2: Lihat Purata Pergerakan Saham (Simple Moving Average = SMA)
Mengesahkan harga yang ada di trend dengan melihat pada purata pergerakan saham dengan merujuk kepada garis atau
'line'. Purata pergerakan saham bermakna purata harga saham sepanjang tempoh tertentu yang telah ditentukan. Garis
purata pergerakan saham ini hendaklah disambung dengan satu lagi purata pergerakan saham bagi mewujudkan satu
petunjuk. Bagaimana membaca satu petunjuk itu ialah dengan melihat garis purata pergerakan saham tersebut kedua-
duanya semakin meningkat DAN kita mahu melihat harga berada melebihi garisan purata ini bergerak.
Ramai orang lebih suka menggunakan purata pergerakan 200 hari saham atau 'SMA-200 days' yang bisanya digunakan
untuk menentukan keupayaan harga saham dalam jangkamasa yang lama (tempoh 6bulan ke atas) atau purata
pergerakan 20 hari atau 'SMA-20days' untuk jangkamasa pendek kurang dari sebulan. Secara umumnya, tidak kiralah
jangka masa yang mana anda tentukan, anda mahu purata SMA ini menghala naik dan meningkat dengan kadar yang
perlahan dan cantik.
Tip # 3: Bandingkan Purata Pergerakan Saham (SMA)
Anda boleh melihat bagaimana simple moving averages (SMA) sangat kaitan antara satu sama lain. Ingat, idea bahawa
kita mahu melihat harga berada di atas purata SMA, tetapi anda juga boleh melihat bagaimana SMA berkaitan antara
satu sama lain dengan mem'plot'kan dua atau tiga SMA dari jangka masa yang berbeza pada carta graf yang sama.
Mari memilih satu saham dan lihat carta graf saham harian. Sekarang, mari kita pilih jangka pendek dan jangka panjang
SMA. Kita ambil 20 hari untuk jangkamasa pendek dan 200-hari untuk jangkamasa panjang. Berdasarkan graf di atas
terdapat satu kaedah atau petunjuk di mana kita mahu melihat SMA-20 (garis hitam) melintasi/ memintas garis SMA-
200 (garis ungu) dan menghala ke atas.
Apabila keadaan sedemikian terjadi, ianya menunjukkan signal 'buy' dan begitu juga sebaliknya jika SMA-20 melintasi
SMA-200 dan menghala ke bawah., ianya ditafsirkan sebagai 'sell'.
Salah satu lagi kaedah untuk membaca SMA, kita mahu memastikan harga berada atas pada garisan SMA-200. Ianya
menandakan bahawa harga saham tersebut adalah stabil kerana jika dikira harga purata 200 hari, harga semasa saham
masih berada di atas harga purata 200 hari tersebut.

Tip # 4: Lihat 'Volume'
Anda boleh mengesahkan trend menaik dengan melihat kepada volume harian. Orang yang melihat carta suka untuk
melihat jumlah dagangan, atau berapa banyak saham yang bertukar tangan, bersama-sama dengan pergerakan harga
saham. Apa yang kita mahu lihat, jika saham bergerak dalam keadaan uptrend, ianya mestilah disertai dengan jumlah
volume yang tinggi pada ketika itu.
Gambaran yang ideal dapat dilihat apabila satu trend yang semakin meningkat (atau peningkatan dalam harga saham)
diikuti dengan jumlah yang lebih tinggi. Kita mahu melihat peningkatan dalam aktiviti dagangan saham meningkat dengan
selesa dan berterusan bersama-sama dengan harga saham.
Maksudnya, ia menunjukkan bahawa banyak orang yang berminat untuk memiliki saham tersebut kerana harga
nilaiannya semakin meningkat.
Apa yang kita TIDAK mahu lihat ialah apabila harga saham yang semakin meningkat tetapi volume menurun. Ianya
barangkali akan menjadi tanda amaran dan kita hendaklah berhati-hati bahawa kita mungkin akan lihat perubahan arah
harga terjadi sejurus selepas kenaikan sementara harga tersebut kerana orang dilihat kurang berminat dalam memiliki
saham tersebut walaupun harganya sedang naik. Ini juga dinamakan sebagai 'fakeout'.

Tip # 5: Pasti ada Kestabilan dalam Harga
Kelima, kita mahu memastikan terdapat kestabilan harga dan bukannya banyak jurang atau spike di antara harga-
harga saham harian. Jurang atau 'spike' berlaku di mana harga ditutup pada harga tertentu dan kemudian dibuka
keesokan harinya dengan perbezaan harga yang banyak dan ketara.
Namun demikian, kadang-kadang terdapat pengumuman pendapatan atau pengumuman oleh Bursa yang tidak diduga
juga boleh menyebabkan sesuatu saham itu melompat lebih tinggi atau lebih rendah berbanding harga
sebelumnya. Tetapi, walau apa pun situasinya, para pelabur dinasihatkan peka dengan pengumuman yang dibuat oleh
syarikat-syarikat dan mengelakkan diri dari menceburkan diri dalam saham-saham terbabit.

Jurang yang kecil, dan munasabah boleh diterima, tetapi lebih elok jika membeli saham yang tidak melompat dan kurang
kekerapan melompatnya. Juga, kita juga mahu mengelakkan diri daripada saham yang terlalu tinggi kadar variasinya
(harga saham yang bergerak dalam tinggi dan rendah yang banyak dalam satu-satu masa) atau satu perkataan yang
lebih baik iaitu harga saham yang tidak menentu. Dalam erti kata lain, kita mahu melihat kestabilan pergerakan harga,
iaitu tidak terlalu turun dan naik secara liar dan mendadak dan juga tidak mempunyai 'spike' yang banyak.
Gambaran Ideal Dalam Carta Graf Saham
Jadi apa yang akan menjadi gambaran yang ideal jika kita mahu membeli saham berdasarkan carta graf?
Kita mahu melihat saham yang semakin meningkat walaupun tidak terlalu cepat - di mana harganya adalah di atas
purata pergerakan saham 20 hari dan dalam keadaan 'uptrend' dan bertemu dan memintas pergerakan saham 200
hari. Jika kita lihat pada carta harian seperti di atas, kita mahu melihat harga di atas 200-hari moving averages.
Akhirnya, kita juga mahu melihat satu peningkatan yang mantap dalam kedua-dua harga dan jumlah yang
mencerminkan perhatian dan penyertaan aktif dalam stok. Kami tidak mahu melihat banyak jurang atau variasi harga
yang tinggi dalam carta graf : kita lebih suka kestabilan sebanyak mungkin apabila memilih saham untuk membeli.
Walau bagaimanapun, tips-tips yang diberikan ini tidaklah menjamin kejayaan, tetapi ianya akan membantu anda dalam
memberikan idea tentang stok yang anda rasa perlu beli ataupun tidak perlu beli dalam analisa harian anda. Saya akan
bercakap dengan lebih lanjut mengenai pelaburan tips pada kemudian hari. Diharapkan anda masih setia mengikuti
berita dan artikel seterusnya daripada saya. Semoga sukses!

Belajar Bagaimana Menggunakan Teknikal Analisis
Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana saya mula belajar analisa teknikal (graf) sepanjang permulaan kerja
saya sebagai seorang dealer. Sebelum mula bekerja dalam OSK, saya pernah pergi ke beberapa seminar ChartNexus.
Tetapi untuk memahami segala-gala yang diajar dalam seminar tersebut agak susah kerana mereka mengandaikan anda
tahu tentang perkara asas analisa teknikal ini.

Jadi, apabila saya mula bekerja di OSK, salah satu rakan saya telah memperkenalkan kepada saya laman web School of
Pipsology. Ketika pertama kali saya membuka website tersebut, saya melihat ianya hanya menerangkan tentang
bagaimana bermain atau trade melalui forex (Foreign Exchange Trade). Jadi kenapa mereka merekomenkan saya website
ini?? Dan selepas itu, barulah mereka memberitahu saya bahawa di antara forex dan saham, terdapat satu cara yang
sama diantara mereka, iaitu analisis teknikal.
Kedua-dua mereka menggunakan cara yang sama iaitu analisis teknikal atau dipanggil sebagai graf. Tetapi perbezaan
antara pertukaran asing (forex) dan pasaran saham ialah, forex menggunakan teknikal analisis sepenuhnya untuk
meramal pergerakan pertukaran mata wang dari masa ke semasa, manakala saham pula menggunakannya sebagai
combination dalam membeli atau menjual saham dengan menggunakan teknikal analisis (graf) serta beberapa analisis
dari stockbroking company ataupun disebut sebagai (fundamental analysis).
Kedua-dua analisis teknikal dan fundamental ini dipercayai membentuk satu gabungan hebat yang mana ianya boleh
memberikan panduan yang mantap bagi para pelabur dalam memilih saham mana untuk dibeli.





Apa yang penting tentang analisis teknikal atau carta graf, jika anda pandai menggunakannya dengan baik, anda boleh
mengetahui masa yang baik untuk membeli atau menjual saham anda. Walaupun saham ini pada asasnya baik, setelah
direkomenkan dalam research report, tetapi apabila anda membeli saham itu pada waktu yang salah (contoh: membeli
ketika harga telah naik tinggi), risiko anda mendapat pulangan menjadi lebih rendah dan lebih berisiko! Itulah sebabnya
mengapa analisis teknikal adalah salah satu perkara penting bagi setiap pelabur.

Oleh itu, dengan megikuti sekolah ini, anda boleh memahami dengan mudah idea-idea dan teori yang cuba disampaikan
yang mana ianya boleh digunakan sebagai petunjuk untuk menilai harga saham dengan baik. Bermula dari 'tadika'
sehingga ke 'tamat pengajian', mereka akan mengajar anda secara perlahan-lahan. Jadi anda tidak akan keliru tentang
penjelasan yang diberikan.

Mudah-mudahan, dengan sekolah 'online' ini, anda akan dapat memahami bagaimana untuk membuat keuntungan
dalam pasaran saham. Selamat belajar! =)

Belajar Perkara Asas Graf Teknikal Analisis

ISTILAH-ISTILAH DALAM PERKARA ASAS MENCARTA GRAF
Teori



Ressistance
- paras target harga (puncak harga) yang mungkin dicecah oleh saham pada trend semasa

- bila paras harga semakin mendekati 'resistance' , semakin ramai pelabur yang akan mengambil kesempatan untuk
menjual saham mereka dan mengambil keuntungan lalu menyebabkan tekanan jualan atau jumlah penjual semakin
meningkat.

- jangkaan berapa banyak harga saham akan dianggap sebagai 'puncak' bagi trend semasa dan selepas ia sampai ke
puncak, maka ia akan kembali jatuh
Support
- paras harga yang berfungsi sebagai penyokong atau 'support' kepada harga saham dan apabila harga berada di
'support', harga saham akan cenderung untuk 'rebound' dan meningkat kembali seterusnya dapat meningkatkan
aktiviti membeli dengan serta-merta.

- ini kerana rata-rata pelabur percaya bahawa harga yang berada di atas 'support' line adalah cukup murah pada
waktu itu, jadi mereka akan membeli dengan segera. Seterusnya, meningkatkan tekanan pembeli.




Contoh Resistance (R) dan Support (S)



Breakout - konsep di mana harga telah menembusi kawasan 'support' atau 'resistance' dan biasanya (tetapi tidak
semestinya) diiringi dengan peningkatan dalam jumlah (volume).

- dalam keadaan tertentu, pergerakan harga saham akan cuba untuk memecahkan paras puncak harga
(ressistance) atau memecahkan harga bawah (support) bersama-sama dengan volume yang tinggi.

- ini menunjukkan bahawa tahap jangkaan ressistance atau sokongan telah patah dan mungkin
bergerak lebih tinggi atau lebih rendah (oleh itu, trend baru akan wujud)

Fakeout - merujuk kepada situasi di mana seorang pergerakan saham seolah-olah mahu bertukar aliran (dari
downtrend ke uptrend) tetapi pergerakan harga kemudiannya sekan-akan tidak menjadi dan bergerak ke arah
yang bertentangan.


Contoh 'Fakeout'



Trend - Situasi di mana pergerakan harga cenderung untuk bertahan dalam satu arah untuk tempoh masa yang
panjang

Purata Pergerakan Saham (SMA)

- Purata Pergerakan Saham biasanya digunakan dalam masa 20-SMA, 50-SMA, 100-SMA, 200-SMA mengikut pilihan
pelabur masing-masing.
- Semakin lama anda memilih hari untuk digunakan, semakin kuat signal yang menunjukkan harga tersebut boleh
digunakan sebagai penanda aras support (Jika SMA berada di atas garis). Jika garis ini telah ditembusi, ianya akan
menunjukkan signal harga akan menjadi lebih teruk dan semakin jatuh lagi.

- Contoh: 50-SMA (hitam) 100 SMA (ungu)


Nisbah Fibonacci - digunakan sebagai panduan untuk menentukan 'resistance' dan 'support'
Jenis carta
Carta OHLC - carta OHLC, juga dikenali sebagai carta bar, memplotkan harga tinggi dan rendah dalam tempoh
perdagangan dengan menggunakan garis menegak, manakala harga buka ditandakan dengan tanda di sebelah
kiri dan harga penutup ditandakan ke sebelah kanan.
Contoh graf OHLC


Carta Lilin / 'Candlestick' - berasal dari Jepun dan serupa dengan OHLC, cuma candlestick adalah lebih besar dan
luas serta lebih berisi bentuk badannya. Ini kerana, ianya dibentuk untuk mempermudahkan pelabur untuk
melihat harga buka dan tutup pada satu-satu harga.

Di Barat, badan (lilin) berwarna merah atau hitam mewakili harga semakin rendah dan ditutup jatuh, manakala
lilin putih dan hijau mewakili harga semakin tinggi dan harga ditutup lebih meningkat.

Contoh candlestick

Carta garis - Menyambungkan nilai harga penutup dengan segmen garisan.



Petunjuk Harga (Sila rujuk graf di bawah)

Petunjuk ini amnya ditunjukkan di bawah atau di atas carta harga yang utama
Kekuatan Indeks Relatif (RSI)
- penunjuk yang menunjukkan kekuatan harga, biasanya menggunakan paras 30 dan 70.
- (Paras 30 = oversold = terlebih jual ; Paras 70 = overbought = terlebih beli)
- Maksudnya:

1) Apabila garis menyentuh atau melebihi paras bawah 30, maka ia akan dianggap sebagai 'oversold'. Jika situasi ini
terjadi, pelabur akan cuba untuk membeli semula saham dan menolak kembali harga supaya lebih naik.

2) Apabila garis mencapai tahap melebihi paras 70, ia dianggap sebagai 'overbought'. Kebiasaannya bila situasi ini
berlaku, pelabur cenderung untuk menjual saham mereka untuk mengambil keuntungan, sekali gus menurunkan kembali
harga saham kepada normal.
Bollinger Band - Indicator yang digunakan dengan menganggap apa jua harga yang keluar dari lingkungan band
akan cenderung bertindak untuk kembali semula dalam lingkungan band pada masa hadapan. Mempunyai jalur
atas atau 'upper band' dan juga band bawah atau 'lower band'. Akibatnya, mana-mana harga yang jatuh keluar
dari garisan upper band ataupun lower band akan cenderung untuk bertindak balas dan bergerak kembali ke
dalam band semula.
Volume - Volume adalah salah satu elemen yang paling penting dalam carta tehcnical. Walau bagaimanapun, ia
tidak boleh berdiri sendiri kerana ia tidak akan memberi sebarang makna. Biasanya jumlah penggunaannya
digabungkan dengan RSI dan SMA untuk memastikan tekanan yang kuat untuk buy atau sell kerana jika petunjuk
RSI dan SMA tidak digunakan, dikhuatiri harga saham yang menaik atau menurun memberikan signal palsu atau
'fakeout'
Contoh Graf Beserta Dengan Beberapa Petunjuk Asas



10 KESILAPAN YANG SELALU DILAKUKAN PELABUR BARU

Kita semua pernah menjadi pelabur baru pada suatu masa dahulu. Dan kebanyakan pelabur baru cenderung untuk
membuat kesilapan yang sama berulang kali. Berikut adalah senarai 10 kesilapan yang dilakukan oleh pelabur secara
berterusan, dan anda harus pastikan supaya anda mengelak daripada melakukan kesilapan yang sama.

1) Bertindak atas emosi, kebanyakannya dipengaruhi oleh rasa takut dan tamak.
Fikirkanlah ianya sebagai satu pelaburan. Pelaburan yang pada masa sama adalah seperti perniagaan anda sendiri. Oleh
itu, ia adalah penting untuk kita membuat satu matlamat dalam pelaburan ini dan berusaha untuk mencapainya, dan
yang paling penting, kita tahu bilakah waktu yang sesuai untuk keluar atau mengundurkan diri. Keputusan pelaburan
juga perlu dibuat berdasarkan fakta keadaan semasa pasaran dan prestasi syarikat itu dari masa ke semasa. Perasaan
takut untuk bertindak atau terlalu tamak akan menyebabkan anda berakhir kerugian yang besar.

2) Menjual "pemenang" terlalu awal dan cepat "merasa bangga".
Untuk setiap pelaburan yang anda ceburi, pertamanya anda perlu meletakkankan matlamat sasaran yang MUNASABAH,
dan kemudian meletakkan sasaran matlamat kedua atau ketiga yang akan diikuti selepas itu. Sasaran ini perlu
berdasarkan fakta yang diperolehi melalui trend harga semasa dan analisis fundamental, dan digabungkan kembali
berdasarkan matlamat asal anda.
Contohnya, berapa banyak keuntungan yang anda mahu perolehi daripada penjualan saham anda? Pastikan dalam fikiran
anda, yang anda tidak akan menjual saham tersebut sehingga anda mencapai matlamat pertama yang MUNASABAH itu.
Anda boleh mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, tetapi jangan cuba merasa bangga dengan terlalu awal kerana ianya
bakal merugikan diri anda sendiri!

3) Jangan pegang "kaunter yang rugi" terlalu lama; cuba elakkan penyesalan; kerana ia akan memudaratkan diri anda!
Sama seperti situasi di mana anda tidak perlu menjual saham yang untung terlalu awal, anda juga tidak perlu berpegang
terlalu lama kepada saham yang telah rugi. Jika anda membuat pilihan yang salah, lebih baik anda lepaskan kesalahan
anda dengan pantas dan biarkan ia pergi.
Makin lama anda menyimpan sesuatu kaunter yang rugi, anda sebenarnya melambatkan proses pemulihan portfolio
anda. Dengan kata lain, and telah membiarkan wang anda 'beku' dengan menyimpan sesuatu saham yang rugi terlalu
lama.

4) Jangan terlalu 'overconfident' dan 'underestimate' risiko anda!
Kebiasaan pelabur cuba bertindak 'hipokrit' dengan diri sendiri dan mula merasakan yang mereka seolah-olah "tahu"
bagaimana saham itu akan bertindak di masa akan datang. Tetapi secara realitinya, tiada siapa yang benar-benar tahu
dan pasti bagaimana saham akan berubah pada masa akan datang, walaupun mereka telah memantau prestasi saham
setiap masa!
Pasaran saham adalah tidak menentu dan sentiasa berubah. Ia adalah lebih baik untuk kekal objektif apabila menilai
sesuatu saham untuk dibeli/jual


5) Bergantung semata-mata terhadap corak graf dan analisa teknikal
Dagangan dalam pasaran saham adalah sangat rawak, jadi kemungkinan corak yang sedia ada bakal terjadi lagi adalah
sangat rendah. Kebanyakan corak saham cenderung untuk terjadi secara kebetulan, dan mana-mana corak yang seolah-
olah wujud mungkin tidak berdasarkan apa-apa fakta data yang konkrit.
Pastikan anda memilih sesuatu saham itu secara objektif. Analisa graf kadangkala boleh membantu anda, tapi jangan
terlalu yakin dengan bergantung semata-mata kepada carta atau analisis teknikal sahaja!

6) Berat sebelah dalam penghakiman
Oleh kerana pelaburan saham berdasarkan data dan maklumat syarikat, ia adalah penting untuk berhati-hati dan
mengelakkan berat sebelah dalam membuat sesuatu tindakan yang boleh merosakkan pertimbangan anda sama sekali.
Apabila membaca data syarikat, cuba cari sumber keuntungan atau kerugian mereka. Syarikat kebiasaannya akan cuba
mengaburi mata para pelabur dan cuba 'melicinkan' kandungan laporan mereka. Jadi, anda perlu mengambil perhatian
dan sedar tentang apa isi laporan yang telah mereka terbitkan.
Selain itu, para pelabur juga biasanya akan berat sebelah dalam membuat perhitungan tentang saham 'favourite' mereka
dan hanya membuat keputusan berdasarkan prestasi yang lalu. Kadang-kadang saham dengan rekod yang cemerlang
akan mempunyai musim 'off' dan kadangkala saham-saham kecil akan meningkat pada masa itu. Jadi,sekali lagi mahu
saya tegaskan, objektiviti adalah kunci utama kejayaan dalam saham. Berilah tumpuan kepada data dan trend, bukannya
bagaimana baik atau bagaimana buruk prestasi satu-satu saham pada masa lampau.

7) Cuba cari masa terbaik untuk membeli/ menjual!
Secara umumnya, ia adalah mustahil untuk menjangka masa terbaik dalam satu-satu pasaran. Tumpukan usaha anda
untuk membuat keputusan pelaburan yang kukuh dan memastikan portfolio anda dipelbagaikan, bukannya dengan cuba
meramal kedudukan pasaran. Pasaran akan menjaga dirinya, jadi anda harus berhati-hati untuk diri sendiri dengan
menganalisa portfolio anda supaya menjadi yang terbaik!

8) Perdagangan terlalu kerap
Kadang-kadang berpegang kepada seustu saham adalah satu tindakan yang baik. Tetapi ingat, pastikan anda melakukan
pembelian hanya pada masa yang sesuai, bukan sebelum atau selepas. Berpegang kepada sasaran anda dan strategi bila
mahu keluar dari kerugian anda, tetapi bukanlah sebagai alasan untuk melabur di kaunter saham yang lain. Terlalu yakin
biasanya membawa kepada pelaburan yang terlalu kerap dan melebihi apa yang diperlukan!

9) Kesilapan dalam menilai kebarangkalian
Pada masa permulaan, ia adalah perkara yang biasa bagi pelabur novis untuk membuat kesilapan dalam menilai
kebarangkalian saham. Berhati-hati apabila membuat anggaran anda, dan jika kesilapan dibuat, kembali dan belajarlah
dari kesilapan yang berlaku. Pembelajaran daripada kesilapan dan pengalaman terdahulu akan membolehkan anda
mencongak atau membiat perhitungan dengan lebih tepat pada masa-masa akan datang.


10) Dagangan yang melibatkan berita / event tertentu dan yang memutarkan maklumat.
Apabila mendengar berita atau pengumuman, ingat kesilapan atau keputusan yang dibuat secara berat sebelah, dan
berilah perhatian terhadap maklumat yang disampaikan. Tanya diri anda, "Adakah berita ini benar-benar boleh
dipercayai?" dan "Adakah berita ini benar-benar menjejaskan nilai sebenar saham?" Ingatlah bahawa orang lain juga
boleh bertindak dan membuat keputusan dengan perasaan yang sama, tetapi itu tidak bermakna anda juga perlu lakukan
perkara yang sama. Cuma di kalangan berita-berita yang dikeluarkan,hanya satu sahaja yang boleh digunapakai, iaitu
maklumat kuantitatif atau fakta prestasi kewangan yang benar-benar akan mempunyai kesan ke atas nilai sesuatu saham.