Anda di halaman 1dari 11

1.

0 Pengertian Sosial Menurut Islam


2.0 Asas asas Sistem Sosial ialah
2.1 Bersama Untuk Kebaikan
2.2 Hubungan Sesama Manusia adalah Satu 'Ibadah
2.3 Tujuan Membina Masyarakat ialah untuk Menegakkan
Aqidah Tauhid
2.4 Tidak Merosakkan dan Tidak Membantu dalam Merosakkan
Masyarakat
3.0 Ciri ciri Sistem Sosial Islam
3.1 Persamaan di Kalangan Umat Manusia
3.2 Pemeliharaan Kemuliaan Akhlak
3.3 Menegakkan Keadilan Sosial
3.4 Melindungi Kebebasan Manusia
4.0 Metadologi Islam dalam Membangunkan Masyarakat
1. Membina Unit unit Keluarga yang Salih
2. Melahirkan Anggota anggota Masyarakat yang
Bertaqwa
3. Menegakkan Pemerintahan yang Melaksanakan
Amanah

1.0 Pengertian Sosial Menurut Islam
Perkataan sosial bererti setiap aktiviti atau kegiatan manusia
dalam masyarakat. Istilah ini juga apabila dihubungkaitkan
dengan manusia membawa pengertian kepada sebarang kelakuan
atau sikap yang dipengaruhi oleh pengalaman pengalaman dan
tingkah laku orang lain yang telah lalu dan semasa, sama ada
secara langsung atau secara tidak langsung.
Manusia sejak dahulu hingga hari ini mewujudkan kehidupan
masyarakat mereka menurut berbagai bagai teori sosial. Islam
sebagai al Din yang bersifat rabbani meletakkan alas asas utama
kehidupan sosial yang bersih daripada sebarang keterlaluan dan
ketidakseimbangan.
Masyarakat atau society menurut Islam adalah satu
panggabungan manusia yang diwujudkan melalui ikatan undang
undang rabbani bagi mencapai tujuan kehidupan kemasyarakatan
yang harmoni dan aman damai. Ia merupakan satu peraturan
hidup yang berdasarkan kepada TauhiduLlah dan kepatuhan
terhadap Illayiyyah Nya. Sistem sosial Islam merangkumi
keseluruhan hubungan kemasyarakatan yang saling kait mengait
di antara satu sama lain dan kekuatannya terletak pada
undangundang yang mengendalikan sistem tersebut.
Dalam peraturan sosial Islam, undang undang Allah mendahului
masyarakat dan menguasainya. Peraturan peraturan sosial yang
selainnya yang tidak didahului oleh undang undang dan peraturan
peraturan Allah digubal untuk memenuhi kepentingan
kepentingan yang menurut tanggapan 'aqal dan hawa nafsu
manusia. Undang undang kepada sistemsistem bukan Islam
berubah menurut perubahan masyarakat, sedangkan undang
undang rabbani tetap dan tidak membenarkan perjalanan
masyarakat menyimpang daripada apa yang ditetapkan oleh
Allah.

2.0 Asas asas Sistem Sosial Islam
Al Qur'an dan al Sunnah telah menggariskan beberapa asas
utama kehidupan sosial bagi manusia, di antaranya:
2.1 Bekerjasama Untuk Kebaikan
Bekerjasama antara satu sama lain untuk melaksanakan
kebajikan dan tidak bekerjasama untuk dosa dan kezaliman.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan
dan taqwa, dan janganlah tolong menolong dalam berbuat dosa
dan pelanggaran." (Al Ma'idah: 2)
"Dan orang orang yang beriman, lelaki dan perempuan,
sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian
yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf,
mencegah daripada yang mungkar, mendirikan salat, menunaikan
zakat, dan mereka ta'at kepada Allah dan Rasul Nya...' (At
Taubah: 71)
2.2 Hubungan Sesama Manusia adalah Satu 'lbadah
Segala bentuk perhubungan di antara manusia, adalah dengan
tujuan untuk melaksanakan keta'atan kepada Allah. Firman Allah
yang mafhumnya:
"Mereka diliputi kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali
jika mereka berpegang kepada tali (al Din) Allah dan tali
(perjanjian) dengan manusia." (Ali 'Imran: 112)
"Hai orang orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah
sebenarbenar taqwa kepada Nya; dan janganlah sekali kali kamu
mati melainkan dalam keadaan sebagai muslim. Dan
berpeganglah kamu semuanya kepada tali (al Din) Allah, dan
janganlah kamu bercerai berai." (Ali 'Imran: 102-103)
Menjaga perjanjian dengan manusia dan bersatu padu di dalam
masyarakat adalah perintah perintah Allah. Menta'ati perintah
Allah adalah 'ibadah kepada Nya.
2.3 Tujuan Membina Masyarakat ialah untuk
Menegakkan 'Aqidah Tauhid
Dasar kehidupan bermasyarakat adalah untuk menegakkan
kepemimpinan Islam yang menyeru dan menegakkan asas asas
'aqidah tauhid kepada seluruh masyarakat. Firman Allah yang
mafhumnya:
"(Iaitu) orang orang yang jdca Kami teguhkan kedudukan mereka
di muka bumi, nescaya mereka mendirikan salat, menunaikan
zakat, menyuruh berbuat yang ma'ruf dan mencegah dari yang
mungkar, dan kepada Allah kembali segala urusan." (Al Hajj: 41)
2.4 Tidak Merosakkan dan Tidak Membantu dalam
Merosakkan Masyarakat
Dasar kehidupan bermasyarakat ialah untuk menghindarkan
sebarang kerosakan terhadap sesiapa di dalam masyarakat sama
ada dari segi i'tiqad, jiwa, 'aqal, keturunan dan harta benda.
Firman Allah yang mafhumnya: "Jangan kamu berbuat kejahatan
di permukaan bumi sesudah ia menjadi baik." (A1 A'raf: 56)

3.0 Ciri ciri Sistem Sosial Islam
3.1 Persamaan di Kalangan Umat Manusia
Sistem sosial Islam melihat perbezaan bangsa, warna kulit,
bahasa dan kewarganegaraan sebagai perkara tabi'i dalam
pertumbuhan dan perkembangan tamaddun manusia. Islam tidak
bertujuan untuk melenyapkan perbezaan perbezaan seperti ini
ataupun mengetepikannya memandangkan kebaikan kebaikan
yang terdapat dalamnya dapat memudahkan manusia mengenal
di antara satu sama lain.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada
seorang laki Iaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu
bangsa bangsa dan bersuku suku supaya kamu sating kenai
mengenal...'' (Al Huj urat: 13)
Namun demikian Islam menolak sikap membeza bezakan darjat
ketinggian sesuatu kumpulan manusia di atas dasar bangsa,
wama kulit, bahasa, kewarganegaraan dan seumpamanya. Islam
menetapkan bahawa menentukan darjat manusia semata mata di
atas alasan alasan tersebut sebagai satu manifestasi jahiliyyah
yang menyesatkan. Ini kerana bumi ini sejak dahulu. hingga ke
akhir tamaddun kemanusiaan adalah berasal daripada asal
keturunan yang satu. Oleh kerana itu mereka adalah bersaudara
dalam status sebagai manusia.
Semua manusia, tanpa mengira wama kulit atau bahasa mereka
di dalam sistem sosial Islam adalah sama. Warna kulit dan bahasa
tidak dapat mengurangkan status kemanusiaan mereka. Hanya
'aqidah dan keimanan sahaja yang boleh membezakan manusia
sebagaimana yang ditegaskan oleh al Qur' an.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi
Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu." (Al
Hujurat: 13)
Oleh itu, masyarakat Islam tegak di atas dasar 'aqidah. Sesiapa
yang menganut 'aqidah ini maka ia menjadi anggota kepada
masyarakat tersebut dan mempunyai hak yang sama dengan
sesiapa sahaja tidak menganut 'aqidah Islam, mereka tetap
diberikan hak hak dan dapat tinggal di bawah naungan
masyarakat Islam di atas dasar persamaan daripada segi
kemanusiaan.
3.2 Pemeliharaan Kemuliaan Akhlak
Di antara ciri ciri yang tertonjol di dalam sistem sosial Islam ialah
ketegasannya dalam memelihara akhlak setiap anggota dalam
masyarakat. Pentingnya pemeliharaan akhlak yang mulia ialah
kerana memandangkan sesebuah masyarakat yang bersih dan
suci daripada sebarang kejahatan dan kekejian akan dapat
membangunkan anggota anggota yang bersih pemikirannya, balk
percakapannya dan sempurna perbuatannya.
Di atas dasar inilah institusi pertama dan terpenting dalam sistem
sosial Islam ialah rumah tangga, Islam menetapkan bahawa
hubungan yang sah di antara laki laki dan perempuan hanyalah
dengan ikatan perkahwinan. Melalui ikatan rumah tangga
kesucian laki laki dan perempuan terjamin dan melalui jamman
ini sesuatu rumah tangga itu akan memainkan peranan membina
masayarakat kecil mereka sendiri, iaitu sebuah keluarga, dengan
rasa penuh tanggungjawab. Suasana tanggungjawab dalam
membina keluarga ini merupakan salah satu daripada sistem
kawalan yang terbaik dalam sistem sosial Islam. la dikatakan
sebagai sistem kawalan kerana melaluinya anak anak yang bakal
mendirikan satu generasi baru dididik dan dilatih dengan akhlak
dan nilai nilai yang ditetapkan oleh Islam. Kepincangan sistem
sistem sosial yang selain daripada Islam banyak terletak kepada
pengabaiannya terhadap peranan ibu bapa dan rumah tangga
dalam mendidik dan melatih anak anak dengan nilai nilai yang
baik.
Di samping itu, sistem sosial Islam pula menetapkan beberapa
peraturan yang berteraskan kepada akhlak bagi menentukan
hubungan hubungan di antara manusia di dalam masyarakat.
Sifat sifat yang baik dinyatakan sejelas jelasnya, sementara sifat
sifat yang buruk dikeji sekeras kerasnya agar sifat sifat yang
buruk itu dibenci oleh anggota masyarakat. Untuk mengukuhkan
ketegasan Islam terhadap sifat sifat yang buruk ini, maka di
dalam masyarakat Islam sebahagian daripada perbuatan
perbuatan yang terbit daripada sifat sifat yang buruk ini dianggap
sebagai jenayah dan dikenakan hukuman hukuman hudud dan
ta'zir.
Peraturan peraturan dan hukuman hukuman yang ditetapkan
dalam sistem bermasyakarakat dan bernegara secara Islam
adalah dengan tujuan untuk memelihara keluhuran akhlak
anggota anggota masyarakatnya.
3.3 Menegakkan Keadilan Sosial
Seluruh kehidupan dalam masyarakat dapat dibahagikan secara
kasar kepada dua bahagian utama, iaitu politik dan ekonomi.
Sistem sosial Islam menegakkan keadilan sosial dengan
menetapkan sistem sistem ekonomi dan politik yang seimbang
dan lurus bertepatan dengan undang undang yang bersifat
rabbani.
Islam sebagai al Din yang syumul, tidak seperti agama agama
lain, mengendalikan keperluan masyarakat, cara cara untuk
mendapat mata pencarian, cara cara menambahkan pendapatan
serta menggunakannya. Dalam mengendalikan perkara perkara
ini pula, Islam menetapkan sistem ekonomi yang tegak di atas
dasar akhlak yang mulia. Semua kegiatan ekonomi dalam Islam
berdasarkan kepada sikap ini, sistem ekonomi Islam
membersihkan manusia daripada penyakit tamak dan haloba
yang menjadi punca kepada segala masalah sosial yang berkaitan
dengan harta dan kebendaan.
Keadilan sosial yang dijamin oleh sistem ekonomi Islam
menetapkan tidak ada sesiapa pun dalam masyarakat yang
mempunyai peluang sepenuh penuhnya untuk menghimpun
kekayaan dengan mengabaikan dan merampas hak hak anggota
lain di dalam masyarakat. Ke'adilan sosial ini menekankan
kekayaan tidak hanya boleh berlegar di kalangan orang orang
kaya sahaja, tetapi sebaliknya ia hendaklah dimanfa'atkan oleh
semua anggota di dalam masyarakat melalui perniagaan dan jual
bell.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Supaya harta itu hanya beredar di antara orang orang kaya
sahaja di antara kamu." (Al Hasyr: 7)
"Hai orang orang yang beri.man, janganlah kamu saling memakan
harta sesama kamu dengan jalan batil, kecuali dengan jalan
perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara
kamu." (An Nisa': 29)
Keadilan sosial dalam bidang ekonomi yang dijamin oleh sistem
sosial Islam menetapkan pembahagian yang saksama terhadap
peluang untuk mendapatkan kekayaan di kalangan semua
anggota masyarakat. Dengan cara ini semua manusia yang
dianugerahkan bakat dan kebolehan oleh Allah dapat
menggunakannya untuk mendapatkan pendapatannya
masingmasing. Mereka yang lebih berkeupayaan akan mendapat
lebih dan mereka yang kurang berkemampuan akan mendapat
kurang. Namun demikian tidak ada sesiapa pun yang dizalimi
kerana masing masing diberi peluang yang sama terhadap bahan
bahan dan sumber sumber yang boleh mereka usahakan. Di atas
hakikat berbezanya daya kebolehan dan kemampuan manusia
inilah, sistem sosial Islam menetapkan bahawa orang orang
berkemampuan mengeluarkan zakat dan sedekah bagi
mencukupkan dan membantu kehidupan orang orang yang
kurang bernasib baik. Dengan ini keadilan sosial dalam bidang
ekonomi yang direncanakan oleh sistem sosial Islam memastikan
bahawa kekayaan mesti digunakan dan dimanfa'atkan untuk
tujuan tujuan yang baik dan pada jalan yang ma'ruf, bukannya
untuk kemungkaran atau hanya dihimpunkan kepada beberapa
orang tertentu sahaja.
Bidang keadilan sosial yang menyangkut dengan politik pula
berkisar di sekitar prinsip samaratanya semua manusia di sisi
undang undang. Dalam sistem politik Islam tidak ada sesiapa
yang duduk di atas undang undang. Pemerintah atau orang orang
yang diperintah, sama ada muslim atau bukan muslim semuanya
tertakluk kepada undang undang selagi mana ia menyangkut
dengan kepentingan sosial.
Keadilan sosial dalam bidang politik juga memastikan bahawa
pemerintahan bukan milik sesuatu golongan atau kumpulan
dalam masyarakat. Pemerintahan tidak boleh diwariskan dan
tidak pula boleh diwarisi oleh sesiapa. Tetapi pemerintahan
adalah satu amanah orangorang Islam yang hanya diberikan
kepada orang yang paling layak di atas dasar taqwa, ke'ilmuan
dan kemampuan untuk memikulnya. Di atas dasar inilah setiap
anggota masyarakat yang Islam berhak untuk memilih pemimpin
mereka, menasihatinya dan menegur kekurangankekurangannya.
3.4 Melindungi Kebebasan Manusia
Kebebasan merupakan salah satu daripada hak hak asasi
manusia. Kebebasan kebebasan yang dilindungi oleh sistem sosial
Islam ialah kebebasan manusia beragama, kebebasan bersuara,
kebebasan untuk mendapat pendidikan, dan kebebasan mencari
dan memilih pekerjaan. Namun demikian dasar yang ditetapkan
oleh sistem sosial Islam ialah tanggungjawab dan tugas menjaga
keselamatan sosial lebih didahulukan daripada menuntut hak dan
memenuhi kebebasan. Dasar ini ditetapkan agar segala
penyelewengan terhadap kebebasan yang disalahertikan oleh
mana mana anggota masyarakat yang boleh menggugat
kepentingan awam serta keselamatan masyarakat dapat
dihindarkan. Melalui dasar ini, sesuai dengan tujuan tertegakkan
sebuah masyarakat Islam, setiap individu di dalam masyarakat
diharapkan mempunyai kesedaran yang penuh untuk
mendahulukan kepentingan negara dan masyarakat daripada
mementingkan kepentingan peribadi.
4.0 Metodologi Islam dalam Membangunkan Masyarakat
Dasar dasar yang ditetapkan oleh sistem sosial Islam bertujuan
untuk membangunkan sel)uah masyarakat yang baik dan
sejahtera. Malah bukan setakat itu sahaja, sistem sosial juga
berhasrat untuk mengekalkan secara berterusan kebaikan dan
kesejahteraan di dalam sesebuah masyarakat. Untuk tujuan ini,
Islam mempunyai caranya yang tersendiri dalam membangunkan
dan mengekalkan sebuah masyarakat yang baik. Cara tersebut
digariskan sebagai:
1. Membina Unit unit Keluarga yang Salih
Pembinaan unit unit keluarga yang salih adalah asas pertama bagi
sistem sosial Islam. Islam menganggap bahawa ketenteraman
jiwa dan hidup yang rukun dan damai bermula daripada
kehidupan seorang laki laki dan wanita sebagai pasangan suami
isteri di dalam sebuah rumah tangga.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Di antara tanda tanda (kebesaran) Allah ialah la menciptakan
untuk kamu pasangan (isteri isteri) daripada Oenis) kamu sendiri,
supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan
dyadikan Nya di antaramu rasa kasih dan sayang." (Ar-Rum: 21)
Hajat manusia terhadap keberkekalan zuriat menjadikan rumah
tangga sebagai asas binaan yang terpenting dalam kehidupan
mereka. Firman Allah yang mafhumnya:
"Dan Allah telah menjadikan bagi kamu isteri isteri daripada diri
Uenis) kamu sendiri, dan la menjadikan bagi kamu dari isteri
isteri kamu itu anak anak dan cucu cucu. " (An- Nahl: 72)
Hajat manusia terhadap kebaikan zuriat ini dirakamkan oleh
alQur'an sebagai yang mafhumnya:
"Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri isteri dan
keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah
kami iman bagi orang orang yang bertaqwa" (Al-Furqan: 7)
Rumah tangga juga merupakan pusat. kasih sayang dan
keinsafan anak anak terhadap kesusahan dan pengorbanan ibu
bapa mereka.
Finnan Allah yang mafhumnya:
"Dan Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik
kepada kedua ibu bapanya, ibunya mengandungkannya dengan
susah payah, dan melahirkannya juga dengan susah payah,
mengandungkannya dan menyusukannya tigapuluh bulan." (Al
Ahqaf: 15)
Ibunya mengandungkannya dengan menderita kelemahan demi
kelemahan dan menyusukannya selama dua tahun." Luqman: 14
Sebuah keluarga yang ditegakkan di atas dasar keimanan akan
dipenuhi dengan kasih sayang dan dihiasi pula dengan 'amal
'amal yang salih. Suasana rumah tangga yang salih merupakan
asas utama bagi perkembangan segala unsur unsur kebaikan bagi
suami, isteri dan anak anak. Perkembangan ini melibatkan segala
bidang kehidupan manusia sama ada ia bersifat kerohanian,
akhlak, disiplin, ke'azaman bekerja untuk menambahkan sumber
rezeki dan seterusnya.
Rumah tangga merupakan markaz pendidikan pertama bagi
anakanak yang akan menjadi pewaria generasi akan datang.
Rumah tangga yang saleh juga merupakan pusat pelancaran
aktiviti bagi setiap mu'min dan mu'minah ke dalam
masyarakatnya.
2. Melahirkan Anggota anggota Masyarakat yang Bertaqwa
Bermula dari rumah tangga yang salih dalam sistem sosial Islam
akan muncullah individu individu yang bertaqwa. Mereka
menyederi segala tanggungjawab mereka terhadap ahli ahli lain
di dalam rumah tangga mereka sendiri, mengenal hak hak kaum
kerabat dan demikian juga menghormati hak hak jiran tetangga
mereka.
Melalui proses pembentukan yang dilakukan di dalam unit unit
rumah tangga, sistem sosial Islam bertujuan untuk melahirkan
anggota anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Sifat
tanggungjawab yang diingini oleh Islam adalah di atas dasar
taqwa kerana tidak ada neraca kebaikan yang lebih tepat selain
daripada taqwa menurut perkiraan Islam.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi
Allah iatah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. " (Al-
Hujurat: 13)
Dengan taqwa sebagai dasar, sikap bertanggungjawab
anggotaanggota masyarakat tidak terbatas hanya kepada kaum
kerabat dan jiran jirannya yang tertentu, tetapi lebih luas
daripada itu. Sikap tanggungjawab seseorang muslim akan
menjadikannya bersungguhsungguh untuk menolong sesiapa
sahaja di dalam masyarakatnya. Dia memahami, Islam
menganjurkan bahawa di mana mana sahaja tempat yang masih
terdapat seseorang yang lapar, maka penduduknya tidak
termasuk di bawah naungan Allah. Sikap sebegini menjadikan
mereka sebagai anggota anggota masyarakat yang saling
bekerjasama dalam mengendalikan urusan mereka bersama.
Dengan wujudnya sifat taqwa dan tanggungjawab ini maka
wujudlah keamanan dan kedamaian dalam masyarakat.
Terhindarlah masyarakat daripada kejahatan dan pencerobohan
dan timbullah kasih sayang di antara satu sama lain.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Tidak ada kebaikan pada kebanyakan pertemuan pertemuan
mereka kecuali daripada orang yang menyuruh (manusia)
member' sedekah, atau berbuat ma'ruf, atau mengadakan
perdumaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat
demikian kerana mencari keredaan Allah, maka kelak Kami
memberi kepadanya pahala yang besar." (An-Nisa': 114)
3. Menegakkan Pemerintahan yang Melaksanakan Amanah
Ma'aruf tidak dapat berkembang dan mungkar tidak dapat
dibenteras tanpa adanya pemerintahan. Demikian juga sebuah
masyarakat Islam yang sejati tidak mungkin dapat wujud untuk
mendaulatkan seluruh syari'at Islam tanpa adanya kekuasaan.
Pemerintahan Islam pula tidak dapat kekal sekiranya ia tidak
melaksanakan amanah undang undang syari'at yang ditetapkan
Allah.
Anggota anggota masyarakat yang bertanggungj awab dan
bertaqwa pasti akan memilih pemimpin pemimpin yang
bertanggungjawab dan taqwa pula. Di atas dasar inilah peranan
pemerintahan Islam adalah untuk menjaga kepentingan rakyat
yang memilihnya.
Dengan wujudnya pemerintahan yang melaksanakan amanah
maka tegaklah sebuah masyarakat dan negara yang mengikuti
seluruh sistem sistem Islam dan hukum hukumnya yang
berhubung dengan urusan politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan
seterusnya. Dengan wujudnya juga pemerintahan yang
melaksanakan amanah maka akan terus berkembang luaslah
kebaikan yang terdapat pada diri manusia. Melaluinya juga
seluruh manusia akan dapat meni'mati keamanan dan ke'adilan
yang sebenarnya.

Back | Home | Next