Anda di halaman 1dari 14

DI SEDI AKAN OLEH :

NOR AMALI ENA BI NTI MOHD FAUDZI


NOOR HI DAYAH BI NTI HASSAN
NOR ATI QAH BI NTI NOR AZI ZAN
ISU DAN CABARAN
PELAKSANAAN DASAR
KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
ISU DAN PERMASALAHAN
Terdapat tiga cabaran utama yang wujud
semasa pihak kerajaan berusaha sedaya
upaya untuk merealisasikan dasar
kebudayaan ini, iaitu:
1. Perbezaan dan pertentangan
kepentingan antara etnik.
2. Perbezaan dan pertentangan nilai di
antara etnik.
3. Cabaran globalisasi.
a) Cabaran dalam aspek sosial
b) Cabaran dalam aspek ekonomi
c) Cabaran dalam aspek politik
1. PERBEZAAN DAN PERTENTANGAN
KEPENTINGAN ANTARA ETNIK
1. Cabaran dalam aspek sosial


a) Pemisahan penempatan mengikut kaum :
- Pihak British memperkenalkan rancangan
penempatan semula yang membataskan pergaulan
kaum. Melayu ditempatkan di kampung Melayu dan
Cina di kampung Baru.

- Kaedah lama ini menyebabkan wujudnya rasa
kekitaan dan etnosentrisme dalam kalangan anggota
etnik. Turut menimbulkan prasangka dan stereotaip
terhadap etnik yang lain.

- Etnosentrisme ialah kepercayaan yang menyatakan
bahawa hanya budaya sendiri yang terbaik dan asli.

b) Pengasingan sistem pendidikan


- Proses interaksi hanya berkisar dalam kalangan
etnik yang sama.
- Desakan beberapa pertubuhan yang ingin
meneruskan perjuangan mengekalkan sistem
persekolahan berdasarkan kaum.
- Kesannya produk yang dilahirkan kurang menghayati
nilai patriotik dan sukar untuk berinteraksi dengan
kaum yang lain.
- Pelaksanaan sekolah satu aliran atau sekolah
wawasan antara rancangan yang dilaksanakan bagi
mengatasi masalah ini.

2. Cabaran dalam aspek ekonomi


a) Perbezaan Pekerjaan
- Dasar penjajah yang mengamalkan pengenalan
status kaum mengikut komuniti ekonomi
menyukarkan kelancaran pelaksanaan kebudayaan
kebangsaan.
- Kesan dasar ini memperlihatkan orang Melayu
tinggal di kawasan kampung yang menjalankan
aktiviti pertanian.
- Orang Cina mengusahakan perniagaan di bandar.
- Orang India bekerja sebagai buruh di ladang-ladang.

b) Dominasi Sektor Ekonomi
- Wujudnya jurang pendapatan antara etnik
merupakan cabaran yang sering membawa
kepada ketidakstabilan masyarakat majmuk.

- Masalah ini telah menjadi duri dalam daging
yang menjadikan keadaan yang tidak
seimbang berlaku dalam sektor ekonomi di
negara kita.
3. Cabaran dalam aspek politik


a) Politik Perkauman
- Terdapat pelbagai isu perkauman
diperalatkan semasa berkempen dalam
pilihan raya untuk kepentingan sesuatu
pihak.
- Ini mengakibatkan pergaduhan dan boleh
mendatangkan rusuhan kaum seperti yang
pernah berlaku pada tanggal 13 Mei 1969.

Menurut ucapan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa
Hitam ;

"Di Malaysia perkiraan politik masih berasaskan perkauman,
jika kita pergi ke kawasan banyak Melayu kita cakaplah hak
Melayu, kita perjuang orang Melayu, bila kita pergi ke
kawasan Cina, kita cerita pasal Cina apa-apa yang perlu
dipertahankan.

"Pada saya, sikap merendah diri boleh berubah jika ahli politik
itu mahu memperkukuhkan dan tidak salah gunakan isu
perkauman dari segi perkembangan politik," katanya.

Menurut beliau, mentaliti ini boleh diubah dengan kerjasama
semua pihak dan bukan hanya bergantung kepada pihak
kerajaan semata-mata.

2. PERBEZAAN DAN PERTENTANGAN NILAI DI
ANTARA ETNIK
Perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan
menyebabkan lahirnya budaya yang pelbagai dalam
kalangan masyarakat di negara ini.
Keadaan menjadi semakin sukar apabila setiap kaum
mengutamakan kepentingan kaum sendiri dalam hal-hal
yang tertentu.
3. CABARAN GLOBALISASI
Proses globalisasi adalah berasaskan gagasan ekonomi dan politik Barat
sejagat.
Globalisasi menjadi faktor perubah budaya yang amat kuat dan
mengakibatkan lenyapnya nilai-nilai luhur dan budi bahasa secara tidak
disedari dan pemikiran Barat diterima secara halus ke dalam minda
masyarakat.
Jika tidak dibendung dan dikawal, akan menjurus kepada pembentukan
semangat perkauman yang mendalam sehinggalah mampu mewujudkan
konflik dalam kalangan kaum.
Peristiwa 13 Mei 1969

Jelaslah di sini, kebudayaan kebangsaan merupakan isu penting dalam
mewujudkan negara-bangsa Malaysia seperti mana takrifnya yang
membawa maksud kebudayaan negara yang rasmi dan bersifat formal
tetapi merentasi batasan etnik.
Dalam konteks Malaysia, ia bersifat sepunya dan rasmi bagi semua
kaum serta mencerminkan kebudayaan multietnik yang diwarisi.
Tujuannya ialah untuk merapatkan jurang perbezaan pelbagai kaum di
negara ini agar semua rakyat dapat bersatu padu.
Amalan dan aktiviti budaya oleh pelbagai kaum pastinya dapat
menyumbang kepada pembinaan negara bangsa yang diharapkan.


FAKTOR WUJUDNYA CABARAN DASAR
KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
1. Sikap ambil mudah, tidak yakin, mementingkan diri
sendiri, tidak jujur dan tidak ikhlas.
2. Kurang jati diri dalam kalangan mereka yang mengaku
menjadi rakyat negara ini.
3. Kurangnya nilai-nilai positif dalam perpaduan kaum.
4. Wujudnya budaya kesukuan yang menebal dalam
kalangang mereka.
5. Tafsiran sempit tentang agama menyebabkan wujudnya
unsur yang menolak pelaksanaan Dasar Kebudayaan
Kebangsaan.


RUJUKAN

Khairuddin Mohamad, Ghazali Ismail, Wan Zalina
Wan Othman dan Ratna Laila Shahidan. (2014).
Kebudayaan Melayu. Puchong. Penerbitan
Multimedia Sdn Bhd.
Musa: 'Politik perkauman politik bankrap.
Diperoleh pada 28 April 2014 daripada
http://www.sinarharian.com.my/politik/musa-
politik-perkauman-politik-bankrap-1.139020

Anda mungkin juga menyukai