Anda di halaman 1dari 23

TERAPI

BIBLIO
Nor Atikah binti
Ahmad
Nor Qadariah binti
Ishak
Zaccaria dan Moses (dalam Nystul,2003)
biblioterapi paling awal digunakan pada zaman
Yunani.

Terdapat satu papan kenyataan yang
tergantung pada pintu masuk pusat sumber.
Tempat Merawat Jiwa

Perkembangannya selepas Perang Dunia
Kedua.

SEJARAH
TERAPI BIBLIO
Terapi biblio adalah bacaan bahan penulisan
yang terbimbing bertujuan untuk memperoleh
pemahaman atau menyelesaikan masalah
sejajar dengan keperluan terapeutik kanak-
kanak.

Ia juga dikenali sebagai bimbingan melalui
bacaan.
Sebagai alat terapeutik, buku-buku membantu
kanak-kanak untuk memperoleh ilmu,
meluahkan perasaan dan menyelesaikan
masalah mereka.

Terapi biblio boleh ditaksirkan sebagai
penggunaan buku-buku untuk menolong orang
menyelesaikan masalah.
Nama
lain bagi
terapi
biblio
Kaunseling
biblio
Panduan
biblio
Psikologi
biblio
Terapi
literatur
Terapeutik
perpustakaan
Terapi
membaca
Berasal daripada perkataan biblion yang
bermaksud buku atau bahan bacaan dan
therapeia yang bermaksud penyembuhan.

Brewster (2009) menyatakan terapi biblio ialah
penggunaan bahan bacaan untuk memulihkan
keadaan fizikal dan emosi pesakit melalui
pembacaan, perbincangan dan pemahaman
yang baik.
KONSEP TERAPI BIBLIO
Pardeck dan Pardeck (1998) menyatakan
bahawa terapi biblio melibatkan rawatan melalui
buku-buku.

Harris dan Hodges (1995) berkata, terapi ini
merangkumi penggunaan pembacaan bahan-
bahan bertulis untuk membantu pembaca
berkembang dari segi kesedaran kendiri.

Shrodes (1950) menyatakan ia ialah proses
interaksi dinamik antara personaliti pembaca
dengan kesusasteraan di bawah bimbingan
seorang yang terlatih.

Roselina dan Mohd Shukry (2008), terapi biblio
bermaksud satu teknik interaksi yang berstruktur
di antara perawat dengan pesakit berdasarkan
kepada perkongsian sesuatu bahan bacaan
dalam memenuhi keperluan rawatan pesakit
untuk mengatasi masalah atau situasi yang
dihadapinya.

Duffy et.al (2009) pula mengaitkan terapi biblio
dengan pembacaan buku, cerita dan puisi
secara kreatif supaya pesakit mempunyai
perasaan positif tentang diri mereka dan juga
orang lain.

KONSEP UTAMA
Fleshman dan Fryrear mengatakan bahawa
konsep utama terapi biblio berasal daripada
teori psikoanalisis Freud, seperti yang berikut :

Unsur kesejagatan : Klien dapat
meminimumkan perasaan serba salah, malu
dan pengasingan sekiranya mereka menemui
seseorang yang sedia mendengar masalah
hidup mereka.
Identifikasi : Klien dapat mengaitkan diri
mereka dengan watak tertentu dalam buku
untuk dijadikan rol model dari segi sikap dan
nilai.

Catharsis : Klien membuat pendedahan
kendiri dan catharsis (luahan perasaan tanpa
had), kemudian melihat bagaimana watak
tersebut menyelesaikan masalah yang
dialami.

Celik akal : Klien memperoleh celik akal
setelah membaca dan membuat perbandingan
dengan alternatif penyelesaian yang
digunakan oleh watak tersebut.

Penyelesaian masalah : Langkah ini
mengambil masa dan secara beransur-ansur
kerana kanak-kanak akan mencuba alternatif-
alternatif penyelesaian sehingga mereka
berjaya menyelesaikan masalah yang
dihadapi.

Menurut Janaviciene (2010), terapi biblio
dibahagikan kepada tiga (3) kategori yang
berdasarkan kepada perbezaan objektif proses
terapi biblio, lokasi aplikasi dan juga ahli
professional yang melaksanakan kaedah
tersebut ;
Terapi biblio klinikal,
Terapi biblio pemulihan
Terapi biblio pendidikan (perkembangan
personaliti).
KATEGORI TERAPI BIBLIO
Terapi biblio klinikal adalah terapi yang berkait
dengan rawatan penyakit yang dikendalikan
oleh para doktor.
Objektif - merawat dengan memberikan bahan
bacaan yang boleh memberikan impak kepada
pesakit.
Terapi biblio pemulihan membantu klien
mengatasi dan mengadaptasi perubahan
persekitaran.
Tujuan utamanya memberikan harapan
melalui bahan bacaan.
Terapi biblio pendidikan bertujuan untuk
perkembangan personaliti dan mengharmonikan
hubungan sosial.

Klien boleh berubah ke arah personaliti yang
lebih seimbang dan perkembangannya lebih
kreatif.

PROSEDUR TERAPI BIBLIO
Bermula sesi terapi dengan memotivasikan
individu menyertai aktiviti pengenalan.

Kanak-kanak diminta membaca buku atau
bahan penulisan tertentu yang bertujuan untuk
memupuk hasil yang berkaitan dengan proses
kaunseling seperti kesedaran kerjaya dan
penerokaan.

Kanak-kanak akan diberi masa untuk membuat
refleksi dan penilaian. Mereka akan berbincang,
mentafsir, menyatakan celik akal yang diperoleh.

Guru memainkan peranan sebagai pelengkap
dan penyokong.
PROSES TERAPI BIBLIO
Menurut Pardeck (1993), proses terapi biblio
adalah seperti berikut :
1) Identifikasi : Mengenal pasti keperluan klien
dalam sesi kaunseling.
2) Pemilihan : Pemilihan buku yang
bersesuaian mengikut masalah klien. Ia
memerlukan kemahiran dan insight. Buku
yang dipilih perlu memberikan gambaran
yang realistik dalam kehidupan dan
bukannya khayalan indan semata-mata.

3) Pembentangan : Diberikan dengan teknik
yang strategik supaya klien dapat melihat
persamaan tingkah laku dirinya dengan
watak utama buku cerita yang diberi.

4) Susulan : Tindakan susulan yang diambil.
Kanak-kanak berkongsi perkara yang
didapati daripada buku cerita.
Cara yang paling konvensional penggunaan
novel, cerita pendek, cerita dongeng, hikayat
dan buku berilustrasi.

Teknik bercerita read-aloud

Penggunaan video

Aktiviti sampingan lain permainan, mewarna,
melukis, kuiz, origami dan sebagainya.
KAEDAH TERAPI BIBLIO
JENIS BAHAN BACAAN
Cerita pendek
Cerita yang menggambarkan konflik
khusus serta kebimbingan yang terhasil
adalah pilihan yang terbaik sekali.
Biografi
Sekiranya biografi yang dibaca
berpadanan dengan situasi hidup
kanak-kanak yang berkenaan, beliau
akan dapat belajar bagaimana watak
dalam cerita mengatasi konflik,
kesukaran dan sebagainya.
Buku bantu kendiri
Skop buku-buku ini agak meluas seperti
motivasi, kemahiran komunikasi yang
berkesan, kemahiran membuat
keputusan, kemahiran sosial dan
sebagainya.
Cerita dongeng
Kanak-kanak dapat melayani dunia
fantasi mereka di samping
menyelesaikan masalah mereka
berdasarkan imaginasi mereka.
Buku gambar
Kanak-kanak amat suka buku gambar yang mempunyai
sedikit perkataan tetapi gambar yang berwarna-warni dan
jelas. Buku ini mencerminkan pemikiran dan perasaan kanak-
kanak dan mudah untuk kanak-kanak menyelami watak dan
memahami mesej yang disampaikan.
KELEBIHAN TERAPI BIBLIO
Memupuk konsep kendiri positif individu.
Menambahbaikan kefahaman tingkah laku manusia dengan motivasi.
Menimbulkan minat individu terhadap peristiwa yang berlaku di sekeliling.
Dapat melepaskan tekanan emosi atau mental.
Menolong individu merancang tindakan konstruktif untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi.
Menunjukkan kepada individu bahawa bukan dirinya sahaja yang
menghadapi masalah tersebut.
Menunjukkan kepada individu bahawa adanya lebih daripada satu cara
penyelesaian masalah yang dihadapinya.
KEKURANGAN
Tidak boleh diaplikasikan kepada semua klien.

Keberkesanan terapi ini memerlukan tempoh
masa yang panjang dan komitmen klien.

Memerlukan pemahaman yang tinggi.

Perlu disesuaikan mengikut masalah yang
dihadapi.
RUJUKAN
i. Choong Lean Keow. (2010). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-
kanak Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan
Kepujian Institut Pendidikan Guru Malaysia. Selangor : Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

ii. Lee Keok Cheong, Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan, Taquddin
Abd Mukti. (2012). Siri Pendidikan Guru Bimbingan dan
Kaunseling Kanak-kanak. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

iii. Mok Soon Sang. (2010). Siri Pengajian Profesional Bimbingan
dan Kaunseling Kanak-kanak. Selangor : Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.

iv. Rakan buku : Kaedah Terapi Biblio dengan Pesakit Pediatrik
Hospital USM.

Anda mungkin juga menyukai