Anda di halaman 1dari 43

BOLA KERANJANG

Bola keranjang ialah satu sukan di mana dua


pasukan yang setiapnya mempunyai 5 pemain
berusaha untuk menjaringkan mata antara satu
sama lain melalui sebuah keranjang (atau bakul)
berdasarkan peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan.
Mata diperolehi dengan melontar bola menerusi
keranjang dari atas; dan pasukan yang
markahnya lebih banyak apabila tamat
permainan dikira pemenang.

Lontaran lompat yang biasa dari dalam
lengkungan bernilai 2 mata, di luar
lengkungan bernilai 3 mata, dan setiap
lontaran percuma bernilai 1 mata.
Bola bola digerakkan di dalam gelanggan
dengan melantunkannya (menggelecek)
atau menghantarnya kepada rakan
sepasukan. Gangguan sentuhan fizikal
(faul) tidak dibenarkan dan terdapat
sekatan bagaimana bola bola dikawal
(pencabulan).

SEJARAH PERMAINAN
Permainan bola keranjang bermula sejak tahun
1892.
Permainan ini dicipta oleh Dr. James Naismith
yang merupakan seorang jurulatih di sekolah
latihan YMCA dan guru Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan di Kolej Springfield (dahulu dikenali
sebagai sekolah untuk pekerja Kristian).
Mss. Luther H. Gulick, ketua bidang sukan
sekolah tersebut telah memberi Naismith tugas
untuk mencipta satu permainan berpasukan
yang boleh dimainkan semasa musim sejuk.
Oleh itu, permainan ini harus dimainkan dalam
gelanggang sesebuah bangunan.
Untuk permainan baru ini, James Naismith
menggunakan bola yang digunakan untuk
permainan bola sepak. Ini disebabkan oleh
saiz bola tersebut yang cukup besar dan
mudah untuk ditangkap.
Naismith meminta pegawai penyelenggara
bangunan sekolah tersebut untuk
menyediakan dua kotak besar sebagai
goal. Namun begitu, pegawai tersebut
tidak mempunyai dua buah kotak seperti
yang diminta oleh Naismith.
Justeru, Naismith telah menggunakan dua
buah bakul untuk permaianan ini. Kedua-
dua bakul tersebut dipasang pada balkoni
gimnasium kira-kira 10 kaki dari aras
tanah.
Permainan bola keranjang pertama yang
tercatat berlangsung antara pelajar-pelajar
Naismith dalam kelas beliau pada
Disember 1891.
Naismith telah menamakan permainan
ciptaannya basketball.

Markah diberikan kepada pemain pasukan
yang menjaringkan bola di petak lawan.
Pasukan yang memperolehi markah
tertinggi akan menjuarai permainan
tersebut.
Selepas permainan ekperimen pertama,
Naismith telah menyediakan draft
peraturan pertama untuk permainan bola
keranjang yang mengandungi 13 fasal.
Peraturan-peraturan ini diterbitkan dalam
surat khabar sekolah, The Triangle pada
15 Janauri 1892.
Permainan ini mendapat sambutan ramai
melalui penerbitan ini. Tidak lama
kemudian, bola keranajang mula
dimainkan oleh pasukan YMCA, sekolah
menengah, kolej, universiti, dan pasukan
professional dari Amerika Syarikat dan
Kanada.

Permainan rasmi yang pertama pula
berlangsung di gimnasium YMCA pada 20
Januari 1982.
Hanya 9 orang pemain yang terlibat dalam
permainan ini dalam gelanggang bola
keranjang yang cuma separuh saiz
gelanggang NBA pada hari ini.
SEJARAH BOLA
KERANJANG DI
MALAYSIA
Tiada catatan atau rekod sebenar tentang
kedatangan permainan di Malaysia.
Namun, ia dipercayai diperkenalkan di
Malaysia pada awal abad ke-20 oleh
orang-orang Inggeris.
Sambutan daripada penduduk tempatan
pada peringkat awal kedatangannya
adalah dingin.
Cuma ahli-ahli beberapa Kelas Rekreasi
Cina Selangor, kelab Rekreasi Cina Pulau
Pinang, Singapura dan Negeri Sembilan
bermainnya
Perkembangan sukan ini kelihatan dan terbukti
selepas Perang Dunia Kedua.Permainan ini
diperkenalkan ke sekolah- sekolah selain ke
bandar-bandar.
Pada awal tahun 1960-an Persatuan Bola
Keranjang Amatur Malaysia (MABA) ditubuhkan
dan pertandingan antara negeri bagi merebut
Piala Agong dimulakan beberapa tahun
kemudian.
Negara sering menjadi tuan rumah untuk
beberapa kejohanan antarabangsa seperti
Kejohanan Asia,Kejohanan Kelab-kelab Asia,
Kejohanan Terbuka Malaysia dan pelbagai
pertandingan dan kejohanan peringkat
kebangsaan.
Dalam Sukan SEA pasukan negara lelaki
dan wanita sering memenangi pingat
emas dan dalam kejohanan Asia negara
telah beberapa kali menduduki tempat
keempat, di belakang gergasi bola
keranjang Asia seperti China, Korea
Selatan dan Jepun.
PERKEMBANGAN BOLA
KERANJANG
Pada peringkat awal permainan, satu pasukan
mengandungi tujuh orang pemain. Kemudian
bilangannya ditambah menjadi sembilan orang.
Bagaimanapun, bilangan ini kemudian dikurangkan
kepada lapan orang, dan akhirnya menjadi lima orang
sahaja.
Permainan bola keranjang sudah berkembang pesat dan
digemari sejak pertama kali diperkenalkan oleh James
Naismith.
Salah satu perkembangannya yang lain adalah
diciptakannya gerakan slam dunk atau menombok,
iaitu gerakan untuk memasukkan dan melesakan bola
terus ke dalam jaring yang boleh dilakukan dengan
gerakan akrobatik yang memerlukan kekuatan luar
biasa.
Video slam dunk
Pada tahun 1936 bola keranjang diterima
sebagai acara sukan Olimpik. Pada tahun
pertama kemasukkannya ini, sebanyak 21
negara mengambil bahagian.
Bola keranjang wanita mula
dipertandingkan di dalam sukan Olimpik
pada tahun 1976.

PERATURAN PERMAINAN
BOLA KERANJANG
Sejarah peraturan permainan basket
diawali dari 13 aturan dasar yang ditulis
sendiri oleh James Naismith. Aturan dasar
tersebut adalah sebagai berikut.
Peraturan permainan bola keranjang
KEMAHIRAN ASAS
PERMAINAN BOLA
KERANJANG
Terdapat enam kemahiran asas
permainan bola keranjang
1. Menghantar dan menyambut bola
2. Menjaring
3. Mengawal dan mengadang
4. Strategi pertahanan
5. Strategi serangan
1. Kemahiran Menghantar dan
Menyambut
Terdapat lima cara hantaran permainan
bola keranjang iaitu:
i. Hantaran aras dada
ii. Hantaran lantun
iii. Hantaran rendah
iv. Hantaran atas
v. Hantaran hook
Hantaran aras dada digunakan untuk
hantaran jarak dekat, pantas dan tepat.
Hantaran lantun biasanya dilakukan
secara mengejut untuk mengatasi pihak
lawan yang mengawal rapat. Bola
dilantunkan pada masa yang sesuai
supaya tidak dipintas-sekat oleh pihak
lawan. Lantunan dibuat dengan sebelah
atau dua belah tangan secara menolak
bola kepada penerima.
Hantaran rendah atau dari bawah merupakan
cara yang sesuai untuk memberi bola kepada
kawan yang bergerak berhampiran dengan
pemilik bola ataupun semasa pihak yang
mengawal itu mengangkat tinggi tangannya
unutk mengadang.
Hantaran atas merupakan cara yang boleh
diamalkan apabila pemain hendak membuat
hantaran tinggi kepada kawannya. Seringkali
cara ini dilakukan supaya bola tidak dipintas
sekat oleh pihak yang mengawal dengan
keadaan tangannya ke atas.
Terdapat tiga cara menyambut bola

1) Menyambut bola secara statik pada aras
pinggang, bawah aras pinggang dan di
atas kepala.
2) Menyambut bola sambil berlari
3) Menyambut bola secara melompat
2. Kemahiran Mengelecek Bola
Mengelecek bola dalam permainan bola keranjang beerti
bola digerakkan oleh pemain dengan cara melantunkan
bola dengan sebelah tangannya.
Tujuan melakukan kemahiran mengelecek semasa
permainan ialah

Untuk membuat jaringan dari dekat
Untuk menyimpan bola sehingga satu hantaran dapat
dilakukan
Untuk bergerak ke ruang kosong dengan bola supaya
pasukannya dapat mengatur sesuatu pembentukan
(formation)
Semasa permainan cara mengelecek
bola bergantung kepada situasi yang
dihadapi oleh pemilik bola. Pada
umumnya ada dua cara digunakan iaitu:
1. Mengelecek dengan lantunan rendah
2. Mengelecek dengan lantunan tinggi

3. Kemahiran Menjaring
Terdapat lima jenis jaringan dalam
permainan bola keranjang:
1) Jaringan tolak (dengan sebelah atau dua
belah tangan)
2) Jaringan lompat
3) Jaringan layang
4) Jaringan lengkung
5) Jaringan lemparan bebas

4. Mengawal dan Mengadang
Sebaik sahaja bola berpindah tangan,
pasukan yang tidak menguasai bola
terpaksa bertahan.
Kawalan adalah bertujuan mematahkan
serangan lawan dan mendapat balik bola
untuk mengatur serang- balas
TEKNIK MENGAWAL

5. Strategi Pertahanan
Dua sistem asas yang biasa diamalkan
semasa mengawal atau bertahan adalah
sistem seorang kawal seorang dan
sistem zon.
1. Sistem seorang kawal seorang (one-to-
one defence)
2. Sistem pertahanan zon

Gambar one-to- one defence
6. Strategi Serangan
Pasukan yang menguasai boal dengan
serta-merta hendaklah bergerak dengan
pantas ke jaring untuk membuat jaringan.
Pergerakan bola boleh secara menghantar
atau mengelecek oleh pemaib-pemain.
Pemain-pemain yang menyerang hendaklah
membebaskan dirinya dari kawalan supaya
dapat membantu kawannya yang memiliki
bola dan juga pasukannya.
Untuk menyulitkan tugas pihak pengawal,
pemain-pemain yang menyerang perlu
sentiasa bergerak untuk mencari ruang
dan mewujudkan tempat kosong,
bertukar-tukar tempat, dan bersedia
memotong untuk menerima bola atau
sebagai gerakeliru untuk menipu pihak
lawan.
Contoh gerakeliru
Melompat untuk menjaring tetapi
menghantar bola kepada kawan yang
lebih sedia untuk menjaring.
Selepas menyambut bola, angkat bola
untuk membuat hantaran tetapi tukar
kepada mengelecek bola.
Pemain pivot memusingkan badan dan
terus menjaring.


TAMAT

Anda mungkin juga menyukai