Anda di halaman 1dari 4

FAKTA

Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum kepada Pelajar


Kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang dijalankan di luar jadual
waktu belajar. Kegiatan kokurikulum terbahagi pada tiga komponen iaitu kelab dan
persatuan, sukan dan permainan serta unit pakaian seragam.
Dengan menyertai kegiatan kokurikulum, para pelajar dapat memantapkan
pengetahuan mengenai sesuatu kegiatan. Para pelajar mendapat ilmu mengenai
kemahiran tertentu seperti berkhemah atau meningkatkan kemahiran dalam sukan
yang diikuti.
Selain itu, para pelajar dapat memupuk disiplin yang tinggi dalam diri. Setiap
aktiviti yang dilakukan memerlukan pelajar patuh kepada peraturan. Ini dapat
menyemai jati diri dan menjadi pelajar yang bertanggungjawab.
Di samping itu, penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dapat
memupuk sikap positif dalam diri pelajar. Para pelajar dapat belajar bagaimana
untuk bekerjasama dan mempunyai semangat setia kawan. Setiap aktiviti yang
dijalankan dapat menjadikan para pelajar bersatu padu dan membuat aktiviti dalam
suasana harmonis.
Seterusnya, bakat para pelajar dapat dicungkil melalui kegiatan kokurikulum.
akat yang terpendam dapat dipupuk dan dikembangkan untuk kebaikan pelajar .
Para pelajar dapat menggunakan bakat yang ada untuk mencorak kerjaya pada
masa hadapan.
!leh itu, para pelajar perlu melibatkan diri sepenuhnya dalam kegiatan
kokurikulum. "elaslah bahawa kegiatan kokurikulum memberi banyak faedah kepada
pelajar.
SYARAHAN
Keaikan !er"ukan
Salam sejahtera saya ucapkan kepada #uan Pengerusi $ajlis, yang dihormati
#uan %uru esar, para hakim yang bijaksana, guru&guru dan rakan&rakan yang
dikasihi.
#ajuk syarahan saya ialah '(aedah ersukan). ersukan merupakan aktiviti
yang dilakukan di luar bilik darjah seperti bermain bola sepak, bola jarring dan
sebagainya,
*adirin yang dihormati,
+pabila kita bersukan, badan kita akan menjadi sihat. Dengan gerakan yang
banyak dilakukan, badan kita akan mengeluarkan peluh. Peluh yang dikeluarkan itu
mengandungi bahan kumuhan yang tidak diperlukan oleh badan.
Selain mendapat badan yang sihat , kita dapat juga mencerdaskan otak.
Dengan bersukan, oksigen lebih banyak sampai ke otak. !tak yang cerdas
membantu pelajar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.
*adiri yang dihormati,
Selain itu, kita dapat mengenali lebih ramai kawan atau merapatkan hubungan
dengan kawan. +pabila mendapat ramai kawan, kita tidaklah kekok untuk
berinteraksi dengan orang lain. Ini menjadikan kita seorang yang aktif.
Seterusnya, kita boleh mengisi masa lapang dengan bersukan. +ktiviti
bersukan banyak memberi faedah kepada kita. !leh itu, masa lapang kita tidak
berlalu dengan sia&sia apabila kita bersukan.
Saya menyeru kepada hadirin agar menyertai kegiatan sukan yang ternyata
banyak memberi faedah kepada kita. Sekian saya syaraha saya kali ini, terima
kasih.
#$RAMAH
#ara%&ara Menangani Ma"alah Penyakit !erjangkit
Salam sejahtera diucapkan kepada %uru esar, guru&guru, dan murid&murid
yang dihormati. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah ini
kerana sudi mengundang saya untuk menyampaikan ceramah pada pagi ini. #ajuk
ceramah saya pada pagi ini ialah ',ara&cara $enangani $asalah Penyakit
erjangkit).
*adirin yang dihormati,
-egara kita sering dilanda wabak penyakit berjangkit yang berbahaya seperti
demam denggi, demam kepialu, dan taun. Penyakit&penyakit ini jika tidak dikawal
akan memudaratkan malahan membawa maut kepada penghidapnya. !leh itu, kita
semua berperanan penting dalam mengawal penyakit ini daripada merebak.
Perkara utama yang perlu kita ambil berat ialah kebersihan diri sendiri. Kita
harus memastikan badan kita sentiasa bersih dan sihat. "adikan membasuh tangan
sebelum makan sebagai amalan. .lakkan makan di luar kerana makanan yang
dimasak itu belum tentu bersih dan selamat untuk dimakan.
*adirin yang dikasihi,
Persekitaran rumah kita juga perlu diberi perhatian. /sah biarkan sampah&
sarap bertaburan atau berlonggok sehingga dihurungi lalat. Parit dan longkang
hendaklah dibersihkan untuk mengelakkan air bertakung. #in&tin kosong, botol&botol
minuman, dan tayar&tayar lama perlu ditanam atau dibbuang di tempat yang
disediakan. Ini penting untuk mengelakkan pembiakan nyamuk yang membawa
penyakit.
Selain itu, penduduk sesebuah kawasan baik di kampung atau di taman
perumahan harus bergotong&royong membersihkan kawasan masing&masing.
Kawasan yang bersih menjamin keselamatan penduduk daripada dihinggapi nyamuk
yang membawa penyakit. Kita hendaklah bekerjasama dalam menangani masalah
penyakit berjangkit ini.
Saya menyeru kepada hadirin agar mengambil berat akan kebersihan diri
dan persekitaran Saya akhiri dengan kata&kata cegahlah sebelum parah. Sekian,
terima kasih.
P$R!AHASAN
!uah%uahan Tempatan 'eih !aik !eranding
!uah%uahan 'uar Negara
0ang dihormati #uan Pengerusi $ajlis, panel hakim yang bijaksana, guru
besar, guru&guru, rakan&rakan pembangkang serta para hadirin yang dikasihi.

#erima kasih saya ucapkan atas peluang yang diberikan. Saya menyokong
tajuk perbahasan iaitu buah&buahan tempatan lebih baik berbanding buah&buahan
luar -egara.
*adirin yang dihormati,
uah&buahan tempatan ialah buah&buahan yang ditanam di negara sendiri.
uah&buahan tempatan seperti jambu, nangka , betik dan lain&lain lagi senang
diperoleh. Kita juga boleh menanam sendiri buah&buahan tempatan ini yang senang
tumbuh dan hidup subur. #idak perlu kita mendapatkan buah&buahan luar negara
yang pasarannya terhad di pekan atau di bandar.

Selain itu, buah&buahan tempatan mempunyai khasiat yang setanding malah
ada yang lebih baik lagi berbanding buah&buahan luar negara. Kita boleh
memperoleh buah&buahan tempatan yang lebih segar tanpa bahan pengawet. Ini
dapat meningkatkan tahap kesihatan yang lebih baik berbanding makan buah&
buahan luar negara yang mempunyai bahan pengawet yang boleh menjejaskan
kesihatan kita.
*adirin yang dikasihi,
Kita dapat menjimatkan belanja dengan memakan buah&buahan tempatan
kerana harga yang lebih murah berbanding buah&buahan luar negara. Dengan itu,
kita dapat khasiat dengan memakan buah&buahan tempatan dengan
mudah.Kebanyakan rakyat termasuk rakyat berpendapatan rendah mampu
membeli buah&buahan tempatan berbanding buah&buahan luar negara yang lebih
mahal harganya.
Sehubungan itu, secara tidak langsung kita dapat meningkatkan ekonomi
negara kita. Pendapatan para petani kita yang mengusahakan tanaman buah&
buahan tidak terjejas malah semakin meningkat. Secara tidak langsung kita
membantu para pengusaha tanaman buah&buahan meningkatkan produktiviti
mereka.
"elaslah bahawa makan buah&buahan tempatan lebih baik daripada makan
bauah&buahan luar negara. Sekian, saya sudahi dengan lafa1 terima kasih.