Anda di halaman 1dari 8

Dr Mohamed Nor Azhari Azman

VET3032
Tanggam
Tanggam adalah salah satu kaedah untuk membuat penyambungan dan pemasangan
bahagian-bahagian yang diperbuat daripada kayu sebelum sesuatu bangunan ataupun
sesuatau projek tersebut siap dibina. Terdapat beberapa jenis tanggam yang sering digunakan
dalam pembinaan iaitu:
A. Tanggam melebar
B. Tanggam siku
C. Tanggam pemidang
D. Tanggam memanjang.

A. Tanggam Melebar
Tanggam jenis ini digunakan untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk
dijadikan kepada kepingan papan yang lebar. Ia sesuai membuat permukaan perabot, dinding,
lantai dan sebagainya. Penyambungan ini dilakukan secara tepi ke tepi. Tanggam melebar ini
mempunyai pelbagai jenis antaranya tanggam glu gesel, tanggam penetap, tanggam lidah dan
lurah dan tanggam tetingkat.

1. Tanggam Glu Gesel.

Tanggam glu gesel ini dibuat dengan menyediakan tepi kedua-dua kepingan papan secara
lurus dan bersegi tepat dan diglukan. Proses ini dilakukan dengan bantuan apit panjang bagi
memastikan tanggam ini lekat dengan sempurna. Tanggam jenis ini juga digunakan untuk
penyambungan beberapa papan jalur supaya menjadi sekeping papan yang lebar digunakan
untuk menghasilkan permukaan meja, tempat duduk, pintu dan sebagainya.

Dr Mohamed Nor Azhari Azman
VET3032
2. Tanggam Penetap
Penetap adalah sejenis pin yang diperbuat daripada kayu, plastik atau keluli yang mana
memadankan kepada dua lubang yang sesui. Tanggam ini yang menggunakan pin dipanggil
tanggam penetap. Dowel atau jalur penetap yang diperbuat daripada kayu cengal atau kayu
getah. Penetap kayu atau plastik yang kecil biasanya boleh dibuat lurah berpintal dan
meruncinh kedua-dua hujugnya. Tanggam ini serupa dengan tanggam temu , tetapi
kekuatannya ditambah oleh penetap yang diglu kedalam kedua-dua belah lubang ditepi papan
yang hendak disambung. Garis pusat penetap hendaklah lebih kurang 1/3 atau tidak lebih
daripada tebal kayu.
3. Tanggam Lidah Dan Lurah
Tanggam jenis ini lazimnya digunakan dalam pembinaan lantai papan, pelapisan dinding
kayu dan panel. Ia boleh diperbuat dengan menggunakan alat-alat tangan atau mesin. Setiap
kepingan papan dibuatkan lidah di satu tepi dan lurah di tepi yang lain dan dipasang dengan
diapit dan dipaku serong bagi papan lantai pelapis dinding.
4. Tanggam Tetingkat
Bagi tanggam tetingkat, tepi kedua-dua papan perlu dibuatkan tingkat dan dipasang dengan
glu dan diapit. Fungsi tingkat ini ialah menambahkan luas permukaan yang diglukan.

B. Tanggam Siku




Tanggam ini dibuat daripada dua permukaan kayu yang bertemu secara bersudut tepat sama
ada penjuru ataupun pertengahannya, contohnya dalam pembinaan kotak dan sebagainya.
Antara contohnya ialah tanggan temu, tanggam temu tetingkat, tanggam rencong biasa dan
tanggam bajang biasa.
Dr Mohamed Nor Azhari Azman
VET3032
5. Tanggam Temu
Tanggam ini dikenali sebagai tanggam sudut tepi kerana hujung papaan kayu akan diluruskan
dan bertemu secara bersudut tepat. Ia boleh diglukan dan dipaku ataupun diskru untuk
menambahkan kekuatan cengkaman. Tanggam jenis ini digunakan pada pembinaan kotak
atau peti biasa yang dibuat secara cepat.

6. Tanggam Temu Tetingkat

Ia dikenali sebagai tanggam penjuru hujung litup. Hujung salah satu keping kayu dikerat
lurus dan dimasukkan ke dalam tingkat melintang di keping kayu yang kedua. Tetingkat ini
menambahkan luas permukaan kayu yang diglukan serta mengukuhkan kedudukan apabila
dipakukan. Seperti tanggam temu, tanggam jenis ini juga digunakan dalam pembuatan kotak,
penjuru perabot dan laci yang murah pembuatannya.

7. Tanggam Tetingkat Lidah Berparit.
Salah satu daripada hujung kepingan kayu dijadikan lidah berbahu sebelah dan pada hujung
kayu yang kedua pula dibuatkan parit untuk menerima lidah tersebut. Tanggam ini lebih kuat
berbanding dengan tanggam temu tetingkat. Ia digunakan untuk membuat kotak, perabot dan
laci.





Dr Mohamed Nor Azhari Azman
VET3032
C. Tanggam Pemidang
Tanggam ini digunakan dalam pembinaan rangka kayu yang bernbentuk pemidang. Bahagian
kayu disambungkan pada hujungnya dari tepi ketepi, contohnya ialah pintu berpanel,
pemidang gambar dan lain-lain. Antara contoh tanggam pemidang ialah tanggam lekap,
tanggam kekang, tanggan penetap dan tanggan lubang dan puting.
8. Tanggam Lekap
Tanggan ini dibuat dengan menorah kedua-dua hujung bahagian kepingan kayu yang akan
dilekapkan. Tarahan ini hendaklah setengah tebal papan supaya apabila dilekapkan
permukaannya berkeadaan rata. Tanggam lekap ini boleh dihasilkan menggunakan 5 cara
iaitu:
Jadual 2: Jenis-jenis tanggam lekap.
Nama tanggam Gambar
Tanggam lekap siku atau penjuru.

Tanggam lekap penjuru rencong

Tanggam lekap T

Tanggam lekap bajang T


Tanggam lekap palang


Dr Mohamed Nor Azhari Azman
VET3032
9. Tanggam Kekang

Tanggam ini kadangkala digunakan sebagai ganti bagi tanggam lubang puting. Tanggam ini
terdiri daripada dua bahagian iaitu pin dan soket. Pin dan soket ini dibuay 1/3 daripasa tebal
kayu. Terdapat 3 jenis bentuk tanggan kekang yang digunakan iaitu :
i. Tanggam kekang T
ii. Tanggam kekang penjuru
iii. Tanggam kekang penjuru rencong.

10. Tanggam Penetap
Tanggam ini merupakan tanggam temu yang dikukuhkan dengan penetap. Penetap sebesar
1/3 tebal kayu dimasukkan kedalam tepi kayu sedalam 3 kali diameternya. Tanggam ini
terdapat pada pemidang lintang dan pemidang tegak kerusi dan meja. Tanggam ini juga
banyak digunakan pada perabot yang dihasilkan secara pasangkan sendiri (knock down
furniture).

11. Tanggam Lubang Dan Putting
Tanggam ini merupakan tanggam yang paling kuat dalam kategori tanggam pemidang. Ia
mempunyai berbagai-bagai bentuk dan setiap bentuk ini pula mempunyai fungsi yang
tertentu. Antara bentuk yang biasa digunakan ialah:






Dr Mohamed Nor Azhari Azman
VET3032
Jadual 3: Jenis dan fungsi tanggam lubang dan puting


D. Tanggam Memanjang
Tanggam ini biasanya digunakan apabila menyambungkan dua keping kayu untuk
menjadikannya lebih panjang. Kerja seperti ini biasanya dilakukan dalam pembinaan
bangunan . Ada empat jenis tanggam memanjang yang sering digunakan dalam pembinaan
iaitu tanggam skaf, tanggan plat sambut, tanggam sambung jari, dan tanggam sambung lekap.

12. Tanggam Skaf.
Tanggam jenis ini banyak digunakan untuk memanjangkan kayu tutup tiang, gulung-gulung
dan geleger. Panjang tanggam skaf biasanya ditebuk 2 hingga 2/1/2 kali ukuran lebarnya.
Ditengah-tengah tanggam ditebuk lubang bagi menerima baji lipat dan diperkukuhkan
dengan memasang tiga atau empat bolt bersama nat.
Nama tanggam Gambar
Tanggam lubang dan puting biasa

Tanggam lubang dan puting berjanjang.

Tanggam lubang dan puting sanding

Tanggam lubang dan puting kembar.

Dr Mohamed Nor Azhari Azman
VET3032
13. Tanggam Plat Sambut.
Tanggam ini merupakan sebagai penganti kepada tanggam skaf, kedua-dua keping kayu
dipotong lurus pada hujungnya. Kemudian disambung bersama dua keping logam atau plat
kayu pada kedua-dua belahnya dengan bolt dan nat. panjang plat biasanya empat kali lebar
kayu yang berkenaan.

14. Tanggam Sambung Jari
Tanggam jenis ini biasanya digunakan pada kayu bersaiz kecil iaitu kayu yang diproses
dengan mesin. Panjang sambungan ini ialah dua kali lebar kayu. Selain itu, sambungan jari
biasanya dilekatkan dengan glu. Tanggam jenis ini boleh didapati pada kayu susur tangan
bagi sesebuah tangga.

15. Tanggan Sambung Lekap.
Pada hujung kedua-dua keping kayu dibuang separuh tebalnya dan dilekapkan sepanjang dua
kali lebar kayu. Tanggam ini digunakan dalam pembinaan perabot. Tanggam jenis ini tidak
boleh menerima tegangan yang berlebihan dan ia juga boleh diperkukuhkan dengan bolt dan
nat.


Kepentingan Sistem Tanggam tradisi.
Sistem tanggam sangat penting dalam pembinaan rumah melayu tradisi kerana tanpa
penggunaan tanggam maka sesebuah rumah tersebut tidak dapat dibangunkan. Sistem
tanggam ini memainkan peranan penting kerana ia merupakan satu-satunya cara untuk
menyambung setiap eleman bangunan untuk membentuk sesuatu komponen yang lengkap.
Komponen-komponen bangunan yang telah lengkap dan siap dipasang, boleh dibuka atau
ditanggalkan setiap satu bahagian untuk tujuan pengubahsuaian dan ia juga boleh dipasang
semula tanpa sebarang kerosakan. Ini kerana hasil pembuatannya telah dirancang dengan
begitu baik dan berhati-hati.

Dr Mohamed Nor Azhari Azman
VET3032
Sistem tanggam perlu direkabentuk dengan teliti supaya dapat mengukuhkan dan
menstabilkan keseluruhan kerangka bangunan yang dibina. Pemeting atau yang dikenali
sebagai cemat penetap yang digunakan dalam sistem tanggan alah berperanan sebagai
pengunci sambungan supaya tidak mudah tertanggal. Disamping itu, tidak semua sistem
tanggam perlu dipasang bersama pemeting kerana susunan pemasangan eleman bangunan
yang telah disusun mengikut hirarki telah mengikat keseluruhan sistem tanggam pada sesuatu
bangunan tersebut.

Pemeting