Anda di halaman 1dari 47

NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN RAMPANGI,


JALAN SULTAN TENGAH, PETRA JAYA,
93050 KUCHING, SARAWAK.

PENGENALAN SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Rampangi terletak kira-kira 17 kilometer dari pusat


bandaraya Kuching.

Ia terletak di dalam kawasan penempatan baru yang

dinamakan Rampangi yang terletak di Jalan Sultan Tengah jalan yang


menghubungi bandaraya Kuching dengan pusat peranginan Santubong.

Sekolah Kebangsaan Rampangi merupakan sekolah 1 sesi. Jumlah pelajar


sekolah ini seramai 558 orang. Bangunan Sekolah Kebangsaan Rampangi
adalah bangunan konkrit satu setengah tingkat. Ia dibina pada tahun 1999 di
atas tapak seluas 11.97 hektar dan mula beroperasi pada tahun 2001.

Hampir 90% murid-murid di Sekolah Kebangsaan Rampangi datang dari


Kampung Rampangi. Selebihnya dari taman perumahan yang berhampiran
seperti Taman Family Park dan Bandar Baru Samariang. Komposisi kaum
1

adalah pelbagai. Ia terdiri daripada Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, dan lainlain. Latar belakang keluarga juga pelbagai. Daripada anak buruh kepada anak
pegawai kerajaan. Komposisi Warga SK Rampangi:

i. Bilangan tenaga pengajar termasuk Guru Besar 44 orang terdiri daripada


16 lelaki dan 28 perempuan.
ii. Bilangan murid 558 orang.
iii. Kakitangan bukan guru 10 orang termasuk pengasuh murid prasekolah
dan pendidikan khas.
iv. 3 orang pekerja swasta.

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 2001. Pembinaan Sekolah Kebangsaan
Rampangi dimulakan selepas penyerahan tapak seluan 11.79 hektar oleh Jabatan
Tanah dan Survey kepada Jabatan Pendidikan pada 18.08.1999. Perletakan batu
asas telah disempurnakan oleh YB Datuk Abang Abdul Rahman Zohari b. Tun
Abang Haji Openg, Menteri Pembangunan dan Perindustrian Sarawak merangkap
menteri yang bertanggungjawab terhadap hal-hal pendidikan negeri Sarawak pada
25.11.1999.

Bangunan Sekolah Kebangsaan Rampangi adalah bangunan konkrit satu


setengah tingkat yang dibina pada tahun 1999 di atas tapak seluas 11.97 hektar.
Sekolah ini dijangka siap pada penghujung tahun 2000 mula beroperasi pada
tahun 2001. Tetapi atas sebab teknikal sekolah ini tidak beroperasi pada tarikh
yang telah ditetapkan. Namun pada awal tahun 2001, Jabatan Pelajaran telah
2

menempatkan seorang Guru Besar, 21 orang guru, seorang kerani dan seorang
pembantu rendah awam untuk melaksanakan tugas-tugas am yang perlu seperti
kerja-kerja pejabat, menerima dan merekod peralatan, mengemaskini inventori
dan membuat projek keceriaan.

Pada pertengahan tahun 2001 serama 19 orang guru telah ditempatkan semula
secara sementara di [ejabat pendidikan dan sekolah-sekolah dalam daerah
Kuching dan Samarahan. 3 orang guru ditempatkan sementara di Jabatan
Pendidikan Kuchoing/Samarahan dan selebihanya ditempatkan sementara di
sekolah-sekolah Kawasan 4 dan seorang guru ditempatkan di SK Mata Parang,
Samarahan.

Apabila segala masalah teknikal telah diatasi, semua guru telah ditempatkan
semula di Sekolah Kebangsaan Rampangi. Pada 1 Januarai 2002 guru-guru yang
ditempkan secara sementara di pejabat dan sekolah-sekolah dalam bahagian
Kuching kembali bertugas di Sekolah Kebangsaan Rampangi. Pada 4 Januari
3

2002 sekolah mula beroperasi dengan sepenuhnya. Secara rasmi Sekolah


Kebangsaan Rampangi bermula pada 7 Januari 2002 dengan seramai 511 orang
murid berdaftar.

Bangunan Sekolah Kebangsaan Rampangi diserahkan secara rasmi oleh pihak


kontraktor kepada Jabatan Pendidikan pada 5 September 2002.

LOGO SEKOLAH

FALSAFAH, VISI DAN MISI SEKOLAH

Anak-anak yang bersekolah di sekolah ini memiliki


kebolehan dan potensi untuk berkembang menjadi insane
yang seimbang. Manakala pendidikan ialah alat atau
instrument untuk memperkembangkan potensi dan
kebolehan anak-anak secra menyeluruh dan bersepadu ke
arah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek, bertunjangkan
ajaran nilai-nilai agama serta sentiasa berusaha mencapai
kecemerlangan diri dan menyumbang kepada Agama,
Bangsa dan Negara.
Kami, para pendidik sekolah ini mempunyai keupayaan
dan kebolehan ikhtisas untuk membimbing dan mendidik
5 serta dedikasi bagi
dengan sempurna dan bermutu
memajukan pelajaran anak-anak untuk mencapai
kecemerlangan diri keseluruhannya.

ekolah

Kebangsaan

Rampangi

bertekad

dan

berusaha

dengan

penuh

iltizam secara berterusan mendidik murid-murid untuk menjadi modal insan yang
berkualiti,

cemerlang

dan

seimbang

berlandaskan

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan menerusi bidang:

pengurusan kepimpinan yang berkesan

akademik berasaskan P & P yang berkualiti dan berkesan bagi


mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang

sahsiah dalam pembangunan insane bagi mewujudkan individu


yang mempunyai jati diri

sukan dan kokurikulum secara saintifik dan bersistematik

ekolah Kebangsaan Rampangi akan menjadi salah sebuah sekolah cemerlang di


daerah Kuching pada Tahun 2012.

LAGU SEKOLAH

SEKOLAHKU TERCINTA

Indah namamu seharum bunga mawar


Sekolah Kebangsaan Rampangi
Menjadi kebanggaan kami warganya
Mekar dan segar sepanjang masa

Tempat menimba ilmu di dalam dada


Bersemangat ingin berjaya
Menongkah arus alaf dua puluh satu
7

Penuh iltizam tuju wawasan

Mari kita semua


Berusaha menempuh halangan
Agar menjadi warga berilmu
Untuk bekalan masa hadapan

Budi dan jasa tetap dikenang


Nama baik tetap dijaga
Itulah janji setia kami semua

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan


kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan bangsa Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan Negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan prograsif dan


saintifik,bersedia menjunjung aspirasi Negara serta
menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin
perkembangan individu dan memelihra suatu masyarakat
yang bersatu padu,demokratik, progresif dan berdisiplin.

FALSAFAH PENDIDIKAN

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk


menyampaikan ilmu,kemahiran dan penghayatan Islam
berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah,bagi membentuk
sikap kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup
sebagai Hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab
untuk membangun diri, masyarakat,alam sekitar dan
Negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan
kesejahteraan di akhirat.

10

GURU BESAR
PN. DAYANG KAMISIAH BT.
AWANG JOHOR
(DGA41-KUP)

PIBG

GURU PK 1

GURU PK KOKURIKULUM

GURU PK HEM

GURU PK PKBP

PN. SERIAH THOMAS

EN. ROSLAN B. SAFUAN

PN. DAYANG SURINAH


BT. SUPERI

PN.LATIFAH BT. BUJANG

(DGA32)

(DGA32)

(DGA32)

(DGA32)

PENTADBIRAN
Pentadbiran Am,
Kewangan & Akaun,
Stok, Data Sekolah,
Hubungan Luar,
Perlantikan,
Perjawatan,
Perkhidmatan

PTR (N17)
PN. HASMA BT.
ROSUNI

PAP (N1)
EN. HAMIDI B.
ADENAN

lass
PEKERJA SWASTA
Pembersih Kawasan
(3 orang)

HHHHHHHH
PEKERJA SWASTA
HHHHHHHH
Pengawal Keselamatan
HHHHHHHH
(2 orang)
HHHHHHHH
HHHHHHHH
HHHHHHHH
HHHHHHHH

KURIKULUM
J/K Penilai &
Perperiksaan
Panitia M/Pelajaran

KOKURIKULUM

PENYELARAS PKBP

HAL EHWAL MURID

EN. SALLEH B. SAMSUDDIN

Pakaian
Seragam

Kelab &
Persatuan

Sukan &
Permainan

Puteri
Islam

Kelab Sains

Bola Jaring

Kelab
Matematik

Bola Sepak

Bimbingan &(DGA32)
Kaunseling

PRASEKOLAH

Guru Prasekolah
PN. ALINA BT. ALI
PPM (N17)

J/K Jadual
Waktu
J/K PSS
J/K Mesyuarat &
Taklimat
J/K Kebajikan
Staf
J/K Perkembangan
Staf

J/K PPSMI

Tunas
Puteri
PBSM
Rumah
Sukan
Pengakap

Badminton
Kelab
Bahasa &
Kebudayaan
Persatuan
Pelajar Islam

Bola Tampar

SPBT

Disiplin &
Pengawas

PPM (N17)
CIK RAHAYU BT. JUNAIDI

Kebajikan

RMT
Permainan
Dalam
KWAPM

Keceriaan
Sekolah

J/K Program
NILAM

11

Permainan
Dalam

Guru Prasekolah
PN. ZARINAH ZAWAWI

GURU PKBP
PN. FATIMAH BT. SUBRI
PN. HASLINDA BT. SPALI
EN. SALLEH B.
SAMSUDDIN
EN. JAMAL B. AMAN
EN. ISWANDY B. PIT
CIK SOFFIAH BTE. AHMAD
PN. AINI BTE. MANSHOR

PPM (N17)
CIK MASDINAH BT. SELET
CIK HAMLINA BT. HAMLEN

HHHHHH

PELAN LOKASI SEKOLAH

DARI BANDAR
KUCHING
Institut Kemahiran
Mara

Maktab
Rendah
Sains
Mara

Untuk
UntukKe
KeSK
SKRampangi
Rampangi
gunakan
simpang
gunakan simpangke
ke55
atau
atauke
ke66dari
darisimpang
simpang
masuk
ke
Bandar
masuk ke BandarBaru
Baru
Samariang
Samariang

SK(A) D. Abd. Kadir


Hassan

SK
RAMPANGI

SMK(A) Tun
Ahmad Zaidi

BANDAR
BARU
SAMARIANG

KAMPUNG
RAMPANGI

Asrama Yayasan
Sarawak
Jalan Rampangi

MARDI

Filem
Negara

Tapak
Perumahan
Baru

Petrona
s

Sungai Lobak
Kara

Family Park

12

PENGENALAN MOS

Minggu Orientasi Sekolah merupakan satu program bagi guru pelatih Kursus
Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR j-QAF ) Model Latihan
Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS). Program ini penting kerana banyak
membantu dan memberi kefahaman awal kepada pelatih tentang alam
persekolahan dari perspektif seorang guru. Program ini juga memberi peluang
kepada pelatih memahami sekolah sebagai institusi pendidikan dan peranan
guru di dalam bilik darjah . Melalui pemerhatian ,penelitian dokumen, refleksi dan
interaksi dengan guru dan komuniti sekolah, pelatih dapat memahami tingkah
laku

murid,

pengurusan

sekolah

dan

pengurusan

bilik

darjah

untuk

menyatupadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran.

OBJEKTIF MOS

Melalui program Minggu Orientasi Sekolah, pelajar dapat:


(i)

Menyesuaikan diri di sekolah dan bilik darjah.

(ii)

Memahami masyarakat sekolah.

pengajaran dan pembelajaran.


(iii)

Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui dalam porfolio untuk

memupuk budaya pemikiran kreatif dan reflektif.


(iv)

Mendapat pendedahan awal bagaimana murid belajar, pengurusan

strategi
(v)

Membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan, iklim dan

budaya sekolah.

13

SUASANA PENGAJARAN DAN

A. ALATAN FIZIKAL
Aktiviti 1:
1.1 Bilangan Keseluruhan Murid : 588 Orang.
Bil
Tahun
1. 1 Utarid
2. 1 Kejora
JUMLAH
3.
4.

2 Utarid
2 Kejora
JUMLAH

5.
6.

3 Utarid
3 Kejora
JUMLAH

7.
8.

4 Utarid
4 Kejora
JUMLAH

9. 5 Utarid
10. 5 Kejora
11. 5 Marikh
JUMLAH
12. 6 Utarid
13. 6 Kejora
14. 6 Marikh
JUMLAH
14. PRA A
15. PRA B

Lelaki
20
19

Perempuan
16
17

Jumlah
36
36

39

33

72

16
21

23
20

39
41

37

43

80

21
19

21
16

42
35

40

37

77

18
27

23
14

41
41

45

37

82

17
14
14

14
18
18

31
32
32

45

50

95

21
19
13

18
19
17

39
38
30

53

54

107

13
10

12
15

25
25

14

JUMLAH
16.
17.
18.
19.
20.

23

27

50

2
3
4
3
4

3
2
1
2
1

5
5
5
5
5

JUMLAH

16

25

JUMLAH BESAR

298

290

588

PENDIDIKAN KHAS
GEMILANG 1
GEMILANG 2
GEMILANG 3
GEMILANG 4
GEMILANG 5

1.2 Bilangan bilik Darjah:


BIL
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

TAHUN
1
2
3
4
5
6
Pendidikan Khas
Pra
JUMLAH

JUMLAH
2
2
2
2
3
3
5
2
21

Saiz kelas
50 x 40

15

Jumlah Murid
Dalam Kelas
350 Orang

1.3 Bilangan Guru

16

Bil.

Nama

Dayang Kamisiah Bt.


Awang Johor

Seriah Thomas

Dayang Surinah Bt. Mohd.


Superi

Roslan B. Safuan

Gred

Jawatan

Opsyen

Subjek

DG
41

Guru Besar

Am

PSK

DGA 32

PK1

PM

MT/
PSK

DGA
32

PK HEM

PM

BI/
MZ

DGA 32

PKKK

PM

BM/
PJK/
KT/
KH

DGA
32

PK PKBP

AM

PEMULIHAN KHAS

Latifah Binti Bujang

Hamidah Bt. Mohamad

DG
41

Guru Media

PM

MT/
SN/
PSV

Noorhayati bt. Baharin

DG
41

Guru Bestari

PBI

BI/
M3/
PSV

Jamilah Bt. Morshidi

DGA
32

Guru Pemulihan
Khas

AM

PEMULIHAN KHAS

Nurijal Bin Kalam

DG
41

Guru Bimbingan

B&K

B&K

10

Rabuan Bin Othman

DGA
32

Guru Akademik

PM

SC/
PSV

11

Kistini Bt. Abang

DGA
32

Guru Agama
PKBP/Pra

PAI

PAI (PRA & PKBP

12

Jamal Bin Mut

DG
41

Guru Akademik

PM

BM/M3/
PSV/
PSK/

13

Ahmad Hassan B. Sheikh


Md. Raga

DGA
32

Guru Akademik

PM

BI/PSV/
KT

Guru Akademik

PM

BM/MZ

Guru Akademik

AM

BM/M3/
SC/PSV

14

Asha Shamimi Bt.


Abdullah

DGA
32

17

15

Nurfaezah Bt. Mohd. Sazali

DGA
32

NAMA SEKOLAH

KOD SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN RAMPANGI, JALAN SULTAN


TENGAH, PETRA JAYA, 93050 KUCHING, SARAWAK.

YBA 1351

KEDUDUKAN SEKOLAH

BANDAR
LUAR BANDAR

BILANGAN GURU

LELAKI
: 16 ORANG
PEREMPUAN : 28 ORANG

B. SUASANA BILIK DARJAH


Aktiviti 2 :
1.1 Pelan Bilik Darjah Tahun 1 UTARID

PAPAN
KENYATAAN

PAPAN HITAM

MEJA
GURU

18

PAPAN
KENYATAAN

RAK

A
L
M
A
R
I

PAPAN KENYATAAN

PAPAN KENYATAAN

PAPAN KENYATAAN

2.2 Pelan Bilik Darjah Tahun 1 KEJORA

PAPAN
KENYATAAN

PAPAN HITAM

MEJA
GURU

RAK
19

PAPAN
KENYATAAN

A
L
M
A
R
I

PAPAN KENYATAAN

PAPAN KENYATAAN

PAPAN KENYATAAN

2.3 Suasana Bilik Darjah


1. Nyatakan bagaimana alat hasil pengajaran dan pembelajaran diletakkan
di kelas dan bagaimana ianya digunakan?

Kelas A (1 UTARID )
Alat hasil pengajaran dan pembelajaran diletakkan di bahagian belakang kelas,
iaitu diruang yang disediakan mengikut subjek masing-masing dan dibaca secara
beramai-ramai.
Kelas B ( 1 KEJORA )
20

Alat pengajaran dan pembelajaran

diletakkan di bahagian belakang kelas

mengikut ruangan subjek yang disediakan dan digunakan ketika perlu sahaja.
2. Apakah bahan yang murid boleh gunakan apabila mereka memerlukan?

Kelas A ( 1 UTARID )
Di antara bahan-bahan yang boleh digunakan adalah buku aktiviti, carta-carta
bergambar, Lembaran kerja dan carta huruf.
Kelas B( 1 KEJORA )
Buku aktiviti, Pemadam ,papan tulis dan Kertas lukisan.

2. Sejauh manakah pergerakan murid dibenarkan?

Kelas A ( 1 UTARID )
Di dalam kelas iaitu di tempat duduk mereka sahaja atau di hadapan kelas ketika
perbincangan dijalankan.
KELAS B ( 1 KEJORA )
Di dalam kelas iaitu ruangan belakang dan hadapan dan di hadapan kelas ketika
perbincangan dijalankan.
3. Kenal pasti cara mana murid diletakkan dalam kumpulan.
Kelas A ( 1 UTARID )
Murid diasingkan mengikut kemampuan dan diasingkan melalui ujian bertulis.
KELAS B( 1 KEJORA )
Diletakkan di dalam kumpulan tertentu tanpa ujian bertulis.
Murid yang nakal diletakkan di barisan hadapan berhampiran dengan meja guru.
4. Apakah perbezaan yang terdapat pada kedua - dua kelas?
21

Kelas A ( 1 UTARID )
Sudut bacaan lebih seimbang (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik).
Suasana meja berdasarkan kumpulan yang ditentukan melalui ujian bertulis.
KELAS B ( 1 KEJORA )
Sudut bacaan yang terhad, lebih mengutamakan Bahasa Melayu sahaja.
Susunan meja bagi murid yang lemah diletakkan di bahagian belakang
5. Apakah yang membuat ianya berbeza?
Kelas A ( 1 UTARID )
Guru kelasnya amat prihatin terhadap persekitaran dalam kelas.
Kelas sentiasa bersih dan ceria
Kelas B ( 1 KEJORA )
Guru kelasnya kurang perihatin terhadap persekitaran kelas.
Kelas sentiasa dalam keadaan kotor.

B. PERATURAN DAN DISIPLIN SEKOLAH


Aktiviti 3 :
1. Apakah peraturan sekolah dan bilik darjah?
Peraturan Sekolah
1. Kehadiran
2. Keluar dari kawasan sekolah
3. Majlis Perhimpunan Rasmi

22

4. Kebersihan Sekolah
5. Tandas
6. Skim Pinjaman Buku Tekas (SPBT)
7. Kegiatan Kokurikulum
8. Keselamatan Harta Benda
9. Disiplin di dalam Kelas
10. Waktu Rehat
11. Tingkahlaku
12. Pakaian
13. Rambut
14. Kekemasan Diri
15. Kenderaan
16. Tindakan Tata Tertib
17. Surat Perjanjian
* Potongan Rambut Lelaki
* Pakaian Seragam Lelaki
* Pakaian Seragam Perempuan
18. Jadual

Peraturan Di dalam Bilik Darjah

Sebelum meninggalkan kelas, pelajar mestilah mematikan kipas dan


lampu serta tingkap dan pintu kelas masing-masing.

Setiap kelas mestilah dihias dengan bahan-bahan berbentuk pelajaran.


Alas meja guru mestilah digunakan.

Kerusi dan meja mestilah dalam keadaan tersusun dan kemas. Setiap
pelajar bertanggungjawab ke atas meja dan kerusi sendiri sepenuhnya.
Kerusi dan meja mesti disusun dan kelas mestilah bersih pada waktu
akhir setiap hari.

23

Sampah di dalam kelas mestilah dibuang pada waktu rehat dan sebelum
balik

Pelajar dikehendaki berbaris di luar kelas semasa waktu pagi / tengahari,


selepas rehat ( kecuali pelajar bertugas) sehingga guru datang dan waktu
balik

Setiap kelas mestilah sentiasa dalam keadaan bersih. Setiap pelajar di


dalam kelas bertanggungjawab atas kebersihan dan keceriaan kelas
masing-masing.

Pelajar juga dikehendaki berbaris mengikut laluan yang ditetapkan oleh


pihak sekolah sehingga kawasan pintu hadapan dengan diiringi oleh guru
mata pelajaran akhir.

Dilarang makan dan minum di dalam kelas kecuali atas kebenaran guru.

2. Apakah cara yang digunakan supaya murid tahu akan peraturanperaturan tersebut?
Cara-cara yang digunakan supaya murid tahu akan peraturan-peraturan
tersebut;

Memberi buku Peraturan Sekolah setiap murid untuk rujukan.

Guru Disiplin Sekolah akan memaklumkan peraturan sekolah bahawa


peraturan sekolah wajib dipatuhi.

Setiap kelas dikehendaki menampal pemberitahuan peraturan sekolah


dan hendaklah ditampal di papan kenyataan dan lorong-lorong bangunan.

24

Tindakan disiplin sentiasa dikenakan terhadap murid yang melanggar


peraturan.

3.

Buat pemerhatian bagaimana ianya ditangani di sekolah.

Murid yang bising di dalam kelas semasa ketiadaan guru, akan diambil
tindakan amaran yang keras.

Murid yang bising semasa perhimpunan rasmi, akan diambil tindakan


berdiri di hadapan guru-guru sehingga tamat perhimpunan.

Murid yang memakai barangan kemas seperti gelang, cincin, dan


sebagainya segera dirampas dan diambil tindakan disiplin oleh pihak
sekolah.

Murid lelaki yang berambut panjang akan diberi amaran buat pertama kali
dan dikenakan tindakan memotong rambut di khalayak ramai sekiranya
berlaku untuk kali kedua dan ketiga. Amaran dan tindakan tersebut
menjadi pengajaran dan iktibar kepada murid lain.

Murid yang merokok merupakan satu kesalahan yang besar, tindakan


yang dilakukan pihak sekolah ialah merotan satu kali murid tersebut dan
sesi kaunseling dan nasihat akan diberikan.

Murid yang mencuri akan dikenakan tindakan tata tertib dengan


menggantung persekolahan sekurang-kurangnya tiga hari.

KEMAHIRAN MENGAJAR DAN PENGURUSAN

A. PENGURUSAN BILIK DARJAH


Aktiviti 4 :
( GURU A)
Nama guru

: Zulkifly Bin Hamzah

Matapelajaran

: Pendidikan Islam

25

Masa

: 8.15 pagi 8.45 pagi

Kelas

: 1 UTARID

Pengajaran yang dibuat pemerhatian : Huruf dan kalimah berbaris


hadapan dibaca pendek dan panjang.
1) Bagaimanakah murid memberi tumpuan?

Apabila Guru Pendidikan Islam masuk ke dalam kelas, semua murid


bangun dengan mengucapkan salam. Selepas itu mereka membaca doa
belajar bersama-sama.

Murid mendengar dengan teliti tentang pelajaran yang akan disampai oleh
guru.

Murid memberi respon terhadap soalan yang diajukan dan bersemangat


dalam memberikan jawapan.

2) Bagaimanakah penglibatan murid dalam perbincangan?

Murid memberi penumpuan yang sepatutnya didalam sesi perbincangan


dalam kelas.

Murid aktif di dalam kelas, mereka berlumba-lumba mengangkat tangan


untuk menjawab soalan yang dikemukakan.

Kebanyakan murid dapat menguasai tajuk perbincangan yang diajar.

3) Bagaimanakah guru memberi penekanan dalam pengajaran?

Guru menekan disiplin di dalam kelas bagi mengelakkan murid membuat


bising di dalam kelas.

Guru membaca dengan sebutan yang jelas dan menyuruh murid


mengikuti bacaannya.

Guru melatih tubi sebutan dan bacaan.

26

Guru meninggikan suaranya agar murid dapat megikuti dengan betul dan
jelas sebutan kalimah yang di ajar.

4) Adakah sesuatu arahan itu diberi dengan jelas? Terangkan.

Arahan diberikan dengan jelas supaya murid dapat memahami maklumat


yang disampaikan.

Guru mengulangi arahan sehingga murid tahu apa yang disampaikannya.

Guru memberi arahan dengan suara yang lantang dan didengari oleh
semua murid.

5) Bagaimanakah arahan diberikan kepada murid supaya menjalankan


tugas dengan efektif?

Guru menjelaskan dengan teliti kehendak soalan.

Guru membuat contoh di papan tulis.

Murid dikehendaki menyelesaikan tugasan / latihan dalam masa yang


ditetapkan.

Guru membimbing murid yang lemah.

Guru membantu penulisan murid.

Guru sentiasa membuat pemantauan terhadap muridnya

dengan

memerhati kelakuan mereka.

Guru menegur kesalahan dan kesilapan murid.

6) Bagaimanakah cara guru mengendalikan masalah disiplin dan


keadaan semasa murid telah siap tugasan / tidak ada tugasan?

Setiap pergerakan murid dikawal, murid tidak dibenarkan membuat


bising.

Guru akan melaksanakan hukuman jika murid menyalahi disiplin.

27

Apabila disiplin menjadi tidak terkawal guru mengarahkan supaya murid


mengangkat sebelah tangan, kemudian

dua jari diletakkan di mulut

supaya murid-murid berhenti membuat bising.


7) Bagaimanakah guru menguruskan murid dari satu aktiviti kepada
aktiviti yang lain?

Murid dikehendaki menyiapkan aktiviti yang pertama

Guru meminta murid memberhentikan aktiviti yang pertama untuk


menyambung aktiviti yang seterusnya.

Guru juga mengaitkan aktivitiaktiviti tadi supaya

ianya menjadi

kesinambungan dan pemahaman kepada murid.

8) Bagaimanakah

guru

menyediakan

murid

supaya

menyiapkan

tugasan yang diberi?

Pada

peringkat

awal,

guru

menerangkan

isi

pengajaran

dan

pembelajaran.

Peringkat pertengahan, guru menjalankan aktiviti perbincangan yang


berpusatkan murid, guru menggunakan teknik menyoal/ latihan menyebut.

Peringkat akhir guru meminta murid mengeluarkan buku latihan, dan


murid diminta menanda nombor pada muka surat, ini bertujuan supaya
murid menyiapkan tugasan yang diberi pada muka surat yang ditanda.

Guru mengeluarkan ancaman lisan dan juga hukuman berupa denda jika
tidak menyiapkan tugasan.

9) Bagaimanakah guru menamatkan pengajaranya?

Mengarah murid menyebut semula apa yang telah dipelajari.

Mengingatkan murid supaya mengulangkaji

28

Guru menumuskan isi-isi pelajaran yang telah dipelajari pada hari ini.

( GURU B )
Nama guru

: Zarodah Bt. Mohd. Noor

Matapelajaran

: Bahasa Arab

Masa

: 8.15 pagi 8.45 pagi

Kelas

: 1 KEJORA

Pengajaran yang dibuat pemerhatian : Perbualan / .


1) Bagaimanakah murid memberi tumpuan?

Apabila guru Bahasa Arab masuk kelas, semua murid bangun dengan
memberi salam dan membaca doa.

Guru menyapa mereka dengan ucapan Assalamualaikum. Lantas murid


menjawab

beramai-ramai

waalaikummussalam.

Murid

memberi

penumpuan apa yang diajar oleh guru mereka sebelum ini.

Murid mendengar dengan teliti pelajaran yang akan di sampaikan oleh


guru Bahasa Arab mereka.

Murid memberi tumpuan ketika guru mengajar.

Guru cuba berkomunikasi dalam bahasa , dan murid juga cuba


berkomunikasi dalam bahasa itu.

Teknik ulangan diaplikasikan dalam kelas ini, guru menyebut, murid


mengulang.

2) Bagaimanakah penglibatan murid dalam perbincangan?

Semua murid dibahagikan dalam bentuk kumpulan, semua kumpulan


menunjukkan tanda positif untuk perbincangan.

29

Murid

yang

tidak aktif hanya

memerhati kawan

mereka dalam

perbincangan. Murid ini nampak segan dan tidak banyak bercakap.

Guru menggalakkan setiap murid untuk turut serta dalam perbincangan di


dalam kelas dan kumpulan, agar mereka tidak ketinggalan. Tajuk
perbincangan ialah berbentuk / perbualan yaitu .

3) Bagaimanakah guru memberi penekanan dalam pengajaran?

Guru menekankan disiplin di dalam kelas bagi mengelakkan daripada


murid membuat bising di dalam kelas.

Guru berkomunikasi di dalam kelas untuk membiasakan murid mendengar


perkataan dan ayat dalam bahasa Arab.

Guru menyoal murid untuk memastikan murid dapat memahami pelajaran


serta guru mendapat maklum balas dari murid. Aktiviti ini merupakan
aktiviti pengukuhan murid.

4) Adakah sesuatu arahan itu diberikan dengan jelas? Terangkan.

Arahan diberikan dengan jelas supaya murid dapat memahami maklumat


yang disampaikan.

Guru tidak mengulangi arahan kepada murid, kerana beliau membuat


kesimpulan bahawa murid telah mengetahui dan memahaminya.

Suara guru ini nyaring ketika memberi arahan. Contoh: semasa guru
mengarah murid supaya menghantar buku kerja dan mengutip sampah
dan sebagainya.

5) Bagaimanakah arahan diberikan kepada murid supaya menjalankan


tugas dengan efektif?

30

Guru memberi tugasan secara kumpulan dan tugasan yang diberikan


secara berlainan.

Guru sentiasa membuat pemerhatian dan pemantauan. Dengan cara ini,


murid akan senyap dan melakukan tugasan dengan berkesan.

Guru berjalan bagi mengawasi setiap pergerakkan murid, jika murid


mempunyai masalah dalam tugasan yang diberikan, guru akan bersedia
mendekati murid terbabit. Guru akan membantu menyelesaikan masalah
murid. Melalui cara ini, murid akan mendapat pengalaman dan sentuhan
secara langsung dari guru, mereka akan berasa dihargai dan dihormati.

6) Bagaimanakah cara guru mengendalikan masalah disiplin dan keadaan


semasa murid telah siap tugasan / tidak ada tugasan?

Murid juga dikawal perlakuannya, murid tidak dibenarkan membuat bising


di dalam kelas.

Guru menggunakan ancaman lisan sekiranya murid melanggar disiplin


kelas.

Apabila disiplin menjadi tidak terkawal, guru bertindak menghukum murid.


Hukuman berbentuk berdiri di atas kerusi.

7) Bagaimanakah guru menguruskan murid dari satu aktiviti kepada aktiviti


yang lain?

Pada peringkat awal, guru memaklum kepada murid bahawa beberapa


aktiviti perlu dibuat.

Murid yang mahu menjawab atau hendak memberi respon, murid diminta
guru untuk mengangkat tangan terlebih dahulu. Pergerakan bibir, mimik
muka atau bercakap tidak dibenarkan.

Guru sentiasa membuat pemantauan disiplin dan peraturan dalam aktiviti


di dalam kelas bagi menggalakkan ketertiban dan kepatuhan murid
kepada peraturan kelas.

31

8) Bagaimanakah guru menyediakan murid supaya menyiapkan tugasan


yang diberi?

Guru menerangkan isi pengajaran dan pembelajaran kepada murid.

Guru menggunakan teknik menyoal murid.

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, guru menyuruh murid


mengeluarkan buku latihan. Guru mengarah murid supaya membuka
halaman yang perlu dibuat di rumah.

9) Bagaimanakah guru menamatkan pengajarannya?

Guru meminta murid supaya menyimpan tugasan di dalam beg masingmasing dan guru memerhati perlakuan murid.

Ketua kelas segera meminta murid- murid lain supaya bangun. Setelah
guru melihat semua murid bangun, barulah guru meminta ketua kelas
melaungkan .

Guru beredar dari kelas

B. KEMAHIRAN MENGAJAR DAN STRATEGI PENGAJARAN


Aktiviti 5 :
( Guru A )
1) Penggunaan Soalan

Guru menyatakan soalan dahulu sebelum menyoal murid selepas itu


barulah nama murid disebut.

Setelah itu guru menyuruh murid bangun ketika disoal.

Guru menyoal murid yang berada di belakang bagi memastikan murid


yang berada dibelakang mendapat input atau hasil pembelajaran daripada
guru.

32

Guru menyoal beberapa soalan mencabar kepada murid yang aktif,


manakala murid yang kurang aktif bentuk soalan mudah sahaja.

2) Memberi Penerangan

Guru ini memberi penerangan isi pengajaran dan pembelajaran pada hari
tersebut.

Guru menerangkan satu persatu isi pelajaran dengan jelas dan teratur.

3) Pergerakan Penyampaian Dalam Pengajaran

Guru bergerak di seluruh kawasan kelas untuk memastikan murid-murid


menumpukan perhatian.

Pergerakkan

guru

di

hadapan

kelas

ketika

proses

pengajaran

dilaksanakan.

Pergerakan guru di tengah-tengah murid / ke depan dan ke belakang


ketika menyoal murid dan ketika murid diberikan tugasan.

4) Penggunaan Alatan

Guru ini menggunakan alatan seperti Alat Bantu Mengajar ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran seperti kad carta.

Guru ini juga menggunakan buku teks dan menulis di papan tulis ketika
sesi Pengajaran dan Pembelajaran.

5) Respons Kepada Kerja Murid

Guru meminta murid membuat latihan

Ada sesetengah murid kurang aktif di dalam kelas, ada yang melakukan
kesalahan dalam menyiapkan kerja rumah.

Guru bertindak menegur dan mengingati murid terhadap kesilapan


melakukan tugasan atau latihan.

Di samping itu juga, guru memberi tunjuk ajar kepada murid.

33

6) Penggunaan Suara dan eye contact

Guru mempunyai suara yang kuat ketika memberi penerangan di dalam


Pengajaran dan Pembelajaran.

Mikrofon, alat pembesar suara tidak digunakan.

Penggunaan eye contact tertumpu pada perlakuan murid di dalam kelas.

7) Pergerakan Badan

Guru ini hanya mengerakkan tangan ketika menyampaikan isi pelajaran.

Guru tidak segan untuk membuat pergerakkan badan semaksimum yang


mungkin.

( GURU B )
1) Penggunaan Soalan

Guru menyoal murid tentang isi pengajaran dan pembelajaran semasa


guru menyoal murid, guru menyebut nama murid.

Bagi murid yang mendapat soalan dan menjawab soalan dengan betul
guru menyatakan ahsanta / ahsanti.

Guru menyoal murid yang aktif dan pasif.

Guru bertanyakan samada murid masih lagi atau tidak ingat isi pelajaran
yang telah lalu.

2) Memberi Penerangan

Guru memberi penerangan isi pengajaran dan pembelajaran

Guru mengulang-ulang dalam penerangan, jika murid masih lagi tidak


dapat memahami pelajaran di dalam kelas.

Guru menggunakan teknik pengajaran berpusatkan guru dalam aktiviti


Pengajaran dan Pembelajaran dan disusuli dengan soalan kepada murid.

34

3) Pergerakan Penyampaian Dalam Pengajaran.

Guru bergerak dari hadapan ke arah meja setiap orang murid.

Guru juga bergerak ke kiri dan ke kanan.

4) Penggunaan Alatan

Guru tidak menggunakan alatan ketika proses pengajaran dan


pembelajaran kecuali dengan menulis dengan kapur pada papan tulis.

Guru hanya menulis pada papan hitam serta melukis(berkenaan dengan


pelajaran) sahaja.

Guru mengguna buku teks dan latihan sebagai alatan atau alat bantu
dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran.

5) Respons Kepada Kerja Murid

Guru meminta murid membuat latihan berdasarkan latihan guru yang


ditulis pada papan tulis.

Guru membuat pembetulan setiap kesalahan murid.

Guru memantau setiap murid yang lemah serta membantu dan memberi
tunjuk ajar kepada mereka.

6) Penggunaan Suara dan eye contact

Guru mempunyai suara yang kuat, dan boleh didengari setiap murid.

Guru ini tidak menggunakan mikrofon.

Guru kadang-kadang menggunakan eye contact.

7) Pergerakkan Badan

Guru ini hanya mengerakkan tangan ketika menyampaikan pengajaran.

Guru ini bertindak pasif untuk melakukan pergerakkan badan.

35

Aktiviti 6 :
6.1 Hasil daripada pemerhatian terhadap guru A
1) Kekuatan
Melalui pemerhatian yang saya lakukan, di antara kekuatan yang dapat saya
perhatikan di dalam kelas ini ialah:

Disiplin di dalam kelas ini terkawal kerana guru menggunakan kuasa


mutlak di dalam kelas.

Guru ini bersikap tegas terhadap anak muridnya. Ini bertujuan bagi
mendidik murid supaya tidak melanggar peraturan kelas.

Guru dapat menulis dengan tulisan jawi yang cantik dan kemas di papan
tulis.

2) Kelemahan

Guru tidak menggunakan peralatan Komputer Riba dan Pemancar LCD


dalam P&P.

Guru menggunakan ancaman lisan terhadap murid yang melanggar


disiplin bilik darjah.

6.2 Hasil daripada pemerhatian terhadap Guru B


1) Kekuatan
Melalui pemerhatian yang saya lakukan, di antara kekuatan yang dapat saya
perhatikan di dalam kelas ini ialah:

36

Guru ini mementingkan disiplin di dalam kelas.

Guru ini mempunyai kemahiran yang pelbagai.

Kemahirannya ialah dapat menulis dan melukis dengan cantik dan kemas
pada papan hitam

2) Kelemahan

Guru ini tidak menggunakan Alat Bantu Mengajar dengan sewajarnya.

Guru tidak menggunakan peralatan Komputer Riba dan Pemancar LCD


dalam Pengajaran dan pembelajaran.

Guru tidak mengimplementasikan rutin kelas (bukan akademik) di dalam


kelas seperti menguruskan kebersihan bilik darjah termasuk menyapu
lantai, menyusun kerusi dan sebagainya sebelum memulakan pengajaran.

6.3 Persamaan dan kelainan di antara kedua- dua kelas:


Melalui hasil pemerhatian saya, ada persamaan di antara kedua-dua kelas.
Antaranya ialah:
Kelas A dan kelas B didapati tidak menggunakan Alat Bantu Mengajar
seperti Komputer Riba dan alat pemancar LCD, kad imbasan dan sebagainya.
Mereka hanya menggunakan kad-kad carta sebagai bahan bantu mengajar.
Selain itu, kedua-dua kelas ini menggunakan ancaman lisan ketika murid
melanggar disiplin dan peraturan bilik darjah. Contoh; Saya akan denda kamu,
jika kamu membuat bising di dalam kelas. Ketika saya membuat pemerhatian di
dalam kedua-dua kelas tersebut, saya dapati kedua-dua guru tersebut
melakukan pergerakan badan yang terhad seperti pergerakkan tangan sahaja
semasa semasa sesi penerangan.
Persamaan yang seterusnya di antara kedua-dua kelas ini iaitu
penggunaan buku latihan dan buku teks di dalam kelas.

37

Selain dari persamaan ini, kelainan yang dapat diperhatikan ialah cara
pendekatan yang diambil oleh kedua-dua guru ini. Kedua-duanya menerangkan
sesuatu pelajaran tersebut secara ringkas tetapi padat dan mudah difahami.
Guru menerangkan kepada murid isi-isi penting pelajaran untuk mengelakkan
murid daripada cepat bosan.
Guru kelas A dan kelas B juga banyak mengulang kembali soalan yang
sukar kepada murid supaya murid secara tidak langsung dapat mengingati apa
yang diajar oleh guru.
Perbezaan yang saya dapati daripada kedua-dua guru tersebut ialah,
guru kelas A memberikan latihan kepada murid dan disuruh menyiapkan latihan
tersebut sebelum proses P&P berakhir. Ini mengelakkan murid-murid daripada
tidak dapat menyiapkan latihan yang diberi, manakala Guru kelas B menyuruh
murid-murid menyiapkan latihan yang diberikan di rumah.
Dari pemerhatian saya pada minggu orientasi sekolah ini, saya dapati
pentingnya Pengurusan Bilik Darjah yang dikendalikan oleh guru. Murid akan
hilang tumpuan jika pengurusan bilik darjah lemah. Setiap aktiviti yang dirancang
oleh guru harus diterjemahkan di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, murid
digalakkan turut serta dalam setiap perbincangan. Di samping itu juga sesuatu
arahan yang diberi oleh guru perlu jelas. Ini penting kerana jika arahan tidak
jelas, murid tidak akan dapat melakukan sesuatu aktiviti dengan sempurna.
Begitu juga dengan disiplin di dalam kelas. Ia amat penting untuk
mencegah tingkah laku yang melampau di kalangan murid seperti membuat
bising, mengganggu rakan dan sebagainya. Sekiranya guru tidak tegas dalam
mengurus bilik darjah, nescaya bilik darjah akan menjadi tidak terkawal
seterusnya mengganggu proses Pengajaran dan Pembelajaran.
Penggunaan soalan memainkan peranan penting. Guru perlu banyak
bertanya soalan kepada murid-muridnya supaya dapat mengukuhkan kefahaman
murid terhadap isi pembelajaran. Melalui teknik ini guru perlu mendapatkan

38

maklum balas dari murid-muridnya, samada murid faham atau tidak isi
pembelajaran. Selain itu, penggunaan alat Bantu mengajar ketika proses
pengajaran dan pembelajaran amat penting.
Disamping itu, penggunaan suara dan eye contact perlu dimaksimumkan
di dalam kelas. Ini bertujuan supaya murid memahami pelajaran yang
disampaikan oleh guru. Ringkasnya, pengurusan di dalam bilik darjah amat
penting untuk memudahkan seseorang guru mengawal murid-murid di dalam
kelas disamping guru perlu mengetahui teknik-teknik mengajar yang berkesan
supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan
sempurna.

KEMUDAHAN FIZIKAL DAN PERALATAN

1.1 Kemudahan dan alatan di sekolah:


Bil

Bentuk
kemudahan
/alatan

Ada/ Tiada

Cadangan
-Semua murid perlu diberi peluang
untuk menggunakannya.

Makmal Sains) /

-Lebih

Makmal

dibekalkan

Teknologi
Maklumat

Ada

banyak

Komputer

perlu

- Perlu dibekalkan dengan lebih

dan

banyak alatan untuk menghasilkan

Komputer( ICT

pembelajaran yang lebih berkesan.


-Untuk melahirkan generasi yang
mencintai sains dan alam sekitar.
-Perlu
kepada
penambahbaikan
insfrakstruktur dan kemudahan yang

Pusat Sumber

Ada

mencukupi seperti buku, rak buku,


39

meja dan kerusi dan lain-lain.


-perlu disusun dengan lebih menarik
untuk menambah minat murid.
-Untuk menjaga kebajikan terutama

Bilik Kesihatan

Ada

kepada murid-murid jika berlakunya


kecemasan dan masalah kesihatan.
-Pihak sekolah perlu menyediakan
kemudahan dan utiliti bilik j-QAF

Bilik j-QAF

Ada

seperti saiz bilik yang besar agar


proses pembelajaran murid berada
dalam keadaan kondusif dan selesa.

Bilik

Bimbingan

Ada

-Pihak sekolah perlu tempat yang

dan Kaunseling

strategik

supaya

sesi

kaunseling

terhadap murid berjalan lancar dan


tidak terganggu.
-Mesin fotokopi juga perlu disediakan
di dalam bilik guru untuk digunakan
oleh guru ketika perlu.
6

Bilik Guru

Ada

-Mewartakan

Bilik

Guru

antara

kawasan larangan kepada mereka


yang

tidak

adalah

berurusan.
untuk

Tujuannya

mengelakkan

kehilangan harta milik guru.


-Semua pelawat dikehendaki melapor
diri di Pondok Keselamatan.
Pondok
7

Keselamatan

-Pengawal
Ada

keselamatan

perlu

mempertingkat tugasnya seperti tidak


membenarkan orang luar memasuki
kawasan sekolah tanpa tujuan yang
tertentu.

40

-Panitia
8

Musalla

Ada

Pendidikan

memainkan

peranan

Islam
agar

perlu
murid-

murid sentiasa mendampingi Musalla


dan dapat melatih mereka menjaga
kesucian tempat ibadat.
-Aktiviti

yang

Pendidikan

berkaitan
Islam

juga

dengan
perlu

diperbanyakkan.
-Sentiasa berada dalam keadaan
9

Tandas

Ada

bersih

(Guru/Murid)

-Pihak sekolah perlu menyediakan


selipar tandas.
-Pihak sekolah harus menyediakan

10

Dewan

Ada

kemudahan dan kelengkapan seperti

Serbaguna

TUGASAN

kerusidan peralatan lain secukupnya.

41

Apakah

faktor-faktor

yang

boleh

menyumbang

kepada

pengajaran

berkesan dan seterusnya mendorong murid untuk belajar dengan baik.


Pada era globalisasi kini,proses pengajaran dan pembelajaran boleh
berlaku secara formal dan tidak formal. Proses pendidikan secara tidak formal
iaitu murid belajar dengan sendiri melalui media bercetak mahupun media
elektronik contohnya majalah, buku, radio television dan internet. Manakala
dalam pendidikan formal, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) haruslah
diberi penekanan yang sewajarnya. Proses yang disinonimkan dengan
pengajaran dan pembelajaran bilik darjah melibatkan guru dan pelajar ini
sememangnya memerlukan suatu usaha berterusan ke arah menyediakan
pendidikan komprehensif dan efektif terhadap isi pelajaran yang disampaikan.
Proses pengajaran juga dikenali sebagai pedagogi dalam istilah pendidikan, iaitu
merujuk kepada kajian tentang kaedah dan prinsip pengajaran . Oleh itu, proses
P&P perlu diberi sentuhan yang dapat menarik minat pelajar agar setiap isi
pelajaran yang disampaikan memberi input maksimum terhadap kefahaman
mereka.
Faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada pengajaran berkesan
adalah suasana bilik darjah adalah sangat penting bagi pembelajaran sebab ia
boleh mengalakkan ataupun membantutkan sesuatu penerimaan pelajar
tersebut. Suasana bilik darjah merupakan sebahagian daripada pengajaran yang
berkesan. Ruang bilik darjah perlu diurus bersesuaian dengan aktiviti
pengajaran, tempat duduk perlu disusun, papan kenyataan dihias dan karel
pembelajaran dan rak-rak buku perlu dipasang.

42

Terdapat juga faktor yang menyumbang kepada suasana tersebut,


antaranya termasuklah faktor fizikal . Persekitaran bilik darjah perlu menarik
kerana ia merupakan kondusif untuk pembelajaran. Guru perlulah sentisa
memastikan lampu dan kipas sentiasa berfungsi dan peredaran udara dalam bilik
darjah berada dalam keadaan yang baik. Selain itu, suasana tempat duduk
haruslah menghala kepada papan tulis, manakala almari bakul sampah dan lainlain peralatan hendaklah berada di belakang agar tidak menganggu proses
pembelajaran.
Selain itu, bilangan murid dalam sesebuah bilik darjah juga hendaklah
bersesuaian dengan saiz bilik darjah kerana bilangan murid yang terlalu ramai
akan mendatangkan masalah. Sukar bagi guru untuk mengawal dan memberi
perhatian kepada setiap murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Ini akan menyebabkan murid merasa tidak dipedulikan dan mereka
akan merasa bosan, kecewa dan seterusnya akan menimbulkan masalah disiplin
seperti bising, berjalan, berbual-bual dengan rakan, bermain dan sebagainya.
Disamping itu, pemilihan bahan bantu mengajar dan keceriaan sesebuah
bilik darjah juga memberi sumbangan yang besar kepada pengajaran berkesan
dan seterusnya dapat mendorong murid untuk belajar dengan baik. Bilik darjah
yang ceria dengan pelbagai bahan bantu mengajar yang berwarna-warni dapat
menimbulkan minat murid untuk belajar dan dapat memberi kefahaman yang
lebih jelas lagi dalam sesuatu mata pelajaran itu.
Bahan bantu mengajar tidak terhad dalam bentuk kertas A4 sahaja tetapi
ia

boleh

dipelbagaikan

mengikut

kreativiti

seseorang

guru

itu

seperti

menghasilkan pelbagai jenis gambar, carta, kad dan sebagainya dengan


pelbagai warna yang menarik minat murid untuk mempelajarinya. Bilik darjah
juga perlu dihias dengan hiasan-hiasan yang menarik dan ceria, sesuai dengan
keadaan bilik dan peringkat umur murid.

43

Seterusnya faktor sosial, guru perlulah memainkan peranan dalam


membina peraturan dan prosedur untuk mentadbir aktiviti dalam bilik darjah.
Peraturan merupakan pernyataan yang menentukan perkara-perkara yang boleh
dan tidak boleh dilakukan oleh murid.Contoh peraturan yang biasa ditemui ialah
setiap murid perlulah mempunyai rasa hormat, mesra, bersifat membantu rakanrakan mereka, murid juga perlu menyiapkan tugasan mereka dan murid perlu
mengangkat tangan mereka jika mahu menjawab sebarang tertanyaan.
Faktor yang terakhir menyumbang kepada suasana bilik darjah adalah,
faktor emosi. Guru perlulah mempamerkan gaya kepimpinan yang berkesan
agar murid berasa seronok untuk belajar.
Kepimpinan autoritarian adalah tidak sesuai kerana ia menekan kepada
ganjaran

dan

hukuman

serta

cuba

mendesak

hormat

dari

murid.Ini

menyebabkan guru tersebut mewujudkan suasana pembelajaran yang tertekan,


yang tidak kondusif untuk pembelajaran yang sihat.
Faktor kedua yang boleh menyumbang kepada pengajaran berkesan dan
mendorong murid untuk belajar dengan baik ialah kemahiran mengajar dan
pengurusan. Kemampuan guru dalam menguruskan bilik darjah amat penting
untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Terdapat banyak faktor yang
menyumbang kepada isu ini termasuklah persediaan, merancang,
penstruktururan pengajaran, penggunaan strategi pengajaran dan hubungan
dengan murid.
Pengalaman pembelajaran seseorang murid itu adalah dipengaruhi oleh
bagaimana ianya diperkenalkan kepadanya. Murid akan hilang tumpuan jika
sesuatu aktiviti itu dijalankan pada jangka waktu yang terlalu lama. Mereka
memerlukan ransangan untuk bertahan. Permulaan dan penutup sesuatu
pelajaran itu adalah fasa-fasa kritikal dalam perancangan seseorang guru.
Pergerakan dari satu aktiviti kepada aktiviti yang lain dan memulakan dan
menghabiskan tugasan memerlukan kemahiran guru.

44

Sesuatu pengajaran itu perlu dimulai dengan set induksi untuk menarik
tumpuan murid kepada guru. Kemudian guru memulakan pengajaran dengan
memperkenalkan tajuk dan memberi penerangan. Untuk memastikan semua
murid terlibat dalam proses pembelajaran itu, guru perlu meminta murid
membaca beramai-ramai contohnya, kemudian secara kumpulan dan akhir
sekali secara individu.
Untuk mengelakkan murid yang lemah dari tidak memberi perhatian, guru
perlu mengulang penerangan tadi beberapa kali dan bersoal jawab bersama
murid tersebut. Untuk menambahkan minat murid lagi, guru perlu menggunakan
bahan bantu mengajar seperti kad perkataan, gambar, muzik dan sebagainya.
Kemudiaan guru boleh menilai tahap kefahaman murid dengan mengedarkan
lembaran kerja. Guru perlu memantau setiap murid supaya terlibat dengan
aktiviti ini.
Guru juga boleh meminta beberapa orang murid untuk menulis di papan
tulis atau membuat kuiz untuk menambahkan keseronokan mereka di samping
dapat menguatkan ingatan mereka. Guru perlu memberi pujian dan ganjaran
kepada murid yang cemerlang dan guru juga perlu mengambil tindakan terhadap
murid yang bermasalah. Ini dapat membantu murid dalam memajukan diri
mereka. Kemudian guru memberi latihan untuk disiapkan dan juga boleh
disiapkan di rumah jika tidak sempat menyelesaikannya di sekolah. Sebelum
tamat proses pengajaran, guru perlu mengulang semula dan membuat
kesimpulan pengajaran pada hari itu. Oleh itu, seseorang guru itu perlu pandai
menguruskan bilik darjah untuk mencapai keberkesanan dalam pegajaran.
Selain itu, guru juga perlu mempunyai kemahiran mengajar dan strategi
pengajaran yang betul dan profesional. Ini akan membuatkan sesuatu yang
susah itu kelihatan senang. Guru perlu mempunyai suara yang tegas dan
lantang serta nada yang digunakan hendaklah sesuai dengan tahap kecerdasan
murid. Guru perlu memberi arahan dengan jelas dan mudah difahami oleh murid.
Soalan yang diajukan dan penerangan yang diberikan perlu menggunakan
bahasa yang ringkas dan mudah difahami serta sesuai dengan peringkat umur
murid.

45

Pergerakan penyampaian dalam pengajaran amat penting untuk


menggambarkan apa yang hendak disampaikan. Pergerakan anggota badan dan
mimik muka hendaklah selari dengan kandungan pengajaran dan mata
hendaklah memandang ke arah murid. Guru perlu berjalan dan bergerak di
sekitar bilik darjah untuk mengelakkan murid hilang tumpuan.
Guru juga perlu menggunakan alatan yang ada dengan sewajarnya
seperti papan tulis, buku tulis dan bahan bantu mengajar seperti gambar, kad
perkataan, carta, radio, LCD, OHP, komputer dan sebagainya. Selain itu, guru
perlu memberi respons terhadap hasil kerja murid. Pujian adalah salah satu cara
yang dapat mendorong murid untuk belajar dengan baik kerana murid suka dan
seronok apabila dipuji. Amaran dan denda juga perlu untuk mengelakkan murid
dari melakukan kesalahan yang sama berulang kali.
Faktor ketiga yang boleh menyumbang kepada pengajaran berkesan dan
seterusnya mendorong murid untuk belajar dengan baik ialah kemudahan
fizikal dan peralatan. Kemudahan fizikal yang terdapat di sekolah seperti Pusat
Sumber Sekolah, Bilik Kaunseling, Bilik j-QAF, Bilik Muzik, Bilik Seni, Makmal
Komputer, Makmal Sains, Makmal Kemahiran Hidup dan sebagainya dapat
membatu keberkesanan pengajaran sekiranya digunakan dengan betul.
Contohnya, murid lebih seronok belajar mata pelajaran Sains di dalam Makmal
Sains berbanding di dalam bilik darjah kerana kelengkapan peralatan sains yang
ada di dalam Makmal Sains lebih baik daripada bilik darjah. Ini akan
menambahkan minat dan semangat murid untuk terus belajar dengan tekun.
Selain itu, Pusat Sumber Sekolah juga memberi sumbangan yang besar
kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai buku,
majalah, CD dan sebagainya dari pelbagai bidang yang disediakan di Pusat
Sumber Sekolah sebagai rujukan tambahan kepada murid. Peralatan seperti
radio, kaset, komputer, alat muzik dan sebagainya juga dapat membantu murid
dalam pembelajaran seharian mereka. Telah terbukti bahawa nyanyian dan
muzik dapat menguatkan dan mengukuhkan ingatan murid terhadap sesuatu
yang mereka pelajari.

46

Kesimpulan daripada kupasan diatas, keberkesanan proses pengajaran


dalam P&P merupakan aspek yang sangat penting dalam sistem
pendidikan.Justeru, bagi meningkatkan dan memperhebatkan usaha usaha
kearah amalan pengajaran berkesan memerlukan kepada daya kreativiti guru
yang dapat menggunakan segala kebolehan dan kemahiran dalam penyampaian
isi pelajaran. Pengajaran yang berkesan akan melahirkan murid yang berkualiti
dan seterusnya menjadi insan yang berjasa kepada negara dan bangsa.

47

Anda mungkin juga menyukai