0
ANALISIS
PENDEKATAN,
KAEDAH DAN
TEKNIK
KONSEP PENDEKATAN PENGAJARAN
Mengikut Kamus Dewan pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah
yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi
masalah. Pendekatan boleh dimaksudkan sebagai kaedah atau cara sesuatu
tugasan itu dilaksanakan. Pendekatan di dalam bidang pendidikan merujuk kepada
satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran
sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada objektifnya. Beraksiomatik di sini
membawa maksud sebagai kenyataan yang diberikan tidak memerlukan bukti dan
alasan.
Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati
sesuatu iaitu merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan
untuk mencapai objektifnya. Sebagai guru yang mengajarkan sesuatu kepada murid-
muridnya mestilah mengetahui terlebih dahulu latar belakang mereka. Hal ini kerana,
dengan mengetahui latar belakang mereka, guru tersebut dapat memilih dan
merancang pengajarannya dengan menggunakan pendekatan yang sesuai. Guru
tidak boleh menggunakan pendekatan yang sama terhadap murid yang berlainan.
Hal ini dikhuatiri proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tidak
berkesan iaitu tidak mencapai objektif. Sekiranya guru dapat mengenal pasti sifat
atau keperluan murid-muridnya, maka guru tersebut akan dapat memilih dan
menggunakan pendekatan yang sesuai, tepat dan betul supaya proses pengajaran
dan pembelajaran berlaku secara efektif.
Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti
pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan
kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan
di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran.
Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan
tersebut. Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka
terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik,
pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi
abstrak.
Pendekatan yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai
pendekatan memusatkan guru manakala pengajaran yang mementingkan murid
disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring
dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan
kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan
pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah
menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.
Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar
beberapa mata pelajaran mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran
dalam Alam dan Manusia menggunakan perdekatan interdisiplin atau pendekatan
bersepadu. Hal ini adalah kerana beberapa mata pelajaran seperti Sejarah, Geografi
dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baharu. Pendekatan
ini adalah sama dengan pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta
Kimia digabungkan dan diajar mengikut tema-tema tertentu
Pendekatan Eklektik
Pendekatan ini adalah satu pendekatan yang diwujudkan hasil daripada
gabungan dua atau beberapa pendekatan. Segala ciri-ciri baik yang terdapat dalam
pendekatan tertentu akan digabung dan digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran tertentu. Pendekatan ini sesuai digunakan untuk kelas-kelas yang
terdiri daripada murid-murid yang pelbagai kebolehan.
Pengajaran eklektik amat penting dalam membantu meningkatkan kemahiran
mengeja dan juga kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak. Pendekatan
eklektik juga digunakan apabila sesuatu pengajaran memerlukan guru
menggunakan berbagai-bagai pendekatan tidak hanya dengan penggunaan satu
bidang pendekatan yang mirip kepada satu teori sahaja
Pendekatan Komunikatif
Berikutnya ialah pendekatan komunikatif. Pendekatan ini berfokuskan kepada
aktiviti berinteraksi dan berkomunikasi. Selain itu, pendekatan ini menekankan
makna di dalam proses pengajaran. Dialog yang digunakan adalah tertumpu pada
fungsi komunikasi sahaja. Di dalam pendekatan ini, konteks dan situasi sangat
dipentingkan. Pada masa yang sama, percubaan untuk berkomunikasi amatlah
digalakkan. Terjemahan boleh diterima dengan syarat murid-murid mendapat
faedahnya. Bahasa pula diperolehi melalui proses cuba dan ralat.
Selain daripada pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan
eklektik dan pendekatan komikatif, terdapat juga pendekatan-pendekatan seperti
pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan
pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori
pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita
mengikut teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adalah
seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavouris atau S-
R maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan
situasi.
Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak
umum dan seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan
bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk
menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-
kaedah pengajaran
PENDEKATAN PEMBELAJARAN
Strategi pemusatan murid
Apakah ciri-ciri strategi pemusatan murid?
Murid memainkan peranan penting
Komunikasi dua hala. Guru menyoal/membimbing.
Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan/galakan murid memberi
pendapat,
Objektif pencapaian murid diutamakan perkembangan murid secara
menyeluruh/ seimbang ( j.e.r.i.)
Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid.
Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami & membuat
kesimpulan,
Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur,
tolong-menolong)
Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk,
Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif.
Kaedah & Teknik projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalanan,
penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan
kecil dsb.
Apakah pembelajaran berpusatkan pelajar ?
Memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran (pelajar sebagai
individu).
Memberi pilihan kepada pelajar (jenis pengetahuan dan apa yang ingin
dipelajari).
Mewujudkan kolaborasi ( membina pengetahuan dan persekitaran positif ),
terlibat dalam penilaian berterusan.
Sikap guru yang mendengar pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk
merancang.
Pelajar bertanggungjawab atas pembelajarannya.
Melibatkan pelajar secara terus dan dalam menemui pengetahuan.
Menggunakan bahan yang mencabar pengetahuan sedia ada dan
pemahaman konsep baru yang mendalam.
Pembelajaran yang melibatkan interaksi sosial.
Menggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan pembelajaran.
Menggunakan sekolah, pekerjaan, rumah dan komuniti sebagai resos.
Nyatakan tujuan strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar.
Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar
serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar secara individu, kumpulan
dan kelas.
Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan
berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar.
Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan
aktiviti pembelajaran.
Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas
apa yang dipelajari oleh mereka.
Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Kaedah Terus - Kemahiran Mendengar
Kaedah ini telah diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer (1920-
1935). Kaedah ini mengutamakan prinsip-prinsip mengajar berdasarkan psikologi
kanak-kanak. Selain itu kaedah terus mempunyai persamaan dengan kaedah askar
dan diplomat semasa Perang Dunia Kedua. Tujuan kaedah ini adalah
membolehkan kanak-kanak menguasai keempat-empat kemahiran bahasa secara
berkesan dan membolehkan mereka menggunakan bahasa yang dipelajari dalam
mesyurakat dan persekitarannya. Kaedah ini juga sangat sesuai digunakan dalam
pengajaran bahasa kedua dan boleh disampaikan melalui empat asas iaitu (i)
perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan
fikiran atau sebaliknya; (ii) pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-
pengalaman yang telah sedia ada; (iii) harus timbulkan perasaan ingin tahu kanak-
kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan ; dan (iv) pengajaran harus
berpandu kepada lunas-lunas kanak-kanak mempelajari bahasa ibunda mereka.
1. Kebaikan Kaedah Terus
Kaedah terus sesuai untuk mempelajari bahasa kerana mempunyai
persamaan dengan cara kanak-kanak menguasai bahasa ibunda mereka dan tidak
menggunakan terjemahan. Pengajaran secara terus membantu memudahkan
pencapaian murid-murid dan mereka dapat mengaplikasikan bahasa itu secara aktif
seterusnya membolehkan mereka bertutur dengan cepat, lancar dan fasih.
2. Kelemahan kaedah Terus
Kaedah terus adalah lebih kompleks berbanding kaedah lain dalam
menyampaikan makna perkataan terutama sekali perkataan-perkataan yang
abstrak. Oleh yang demikian, kaedah ini mengambil masa yang lama dan
memerlukan guru terlatih khas dalam menyampaikannya. Selain itu, kelemahan
kaedah ini meliputi kemungkinan berlakunya penerimaan mesej yang kurang tepat
dan ini menyebabkan kurang penerimaan daripada murid-murid lantas menimbulkan
kekeliruan sepanjang perlaksanaan P&P.
Bahan-bahan yang digunakan dalam kaedah terus adalah berbentuk bahan-
bahan yang boleh dihafaz dan perbualan yang telah ditetapkan. Justeru,
kemungkinan bahan-bahan yang digunakan tidak pratikal untuk perkembangan
kebiasaan yang sistematik. Kaedah ini juga memberi manfaat atau faedah kepada
murid-murid yang cerdik namun tidak bagi murid-murid yang lemah.
3. Teknik dan Penyampaian Kaedah Terus
Proses pertama dimulakan dengan menghubungkan murid-murid terus
kepada bahasa yang hendak mereka pelajari. Mereka akan diperkenalkan dengan
sistem bunyi bahasa itu. Disini, sebutan penutur jati dijadikan model dan
pertuturannya diikuti dan ditiru oleh murid-murid. Misalnya, murid Melayu akan
bertutur dalam Bahasa Melayu kepada murid bukan Melayu supaya mereka dapat
memahami serta mempelajari istilah serta perbendaharaan kata yang betul.
Seterusnya, segala makna perkataan yang kurang difahami oleh murid akan
diperjelaskan oleh guru dengan cara (i) mengaitkan perkataan atau ayat dengan
benda yang sebenar ; (ii) mengaitkan perkataan-perkataan atau ayat-ayat dengan
gambar , rajah-rajah, lukisan dan sebagainya ; (iii) menggunakan perkataan-
perkataan seperti atau yang berlawanan ; (iv) dengan menggunakan aksi atau
lakonan (khusus pada kata kerja); (v) dengan cara memberikan huraian atau
bercerita ; dan (vi) dengan menjelaskannya dalam ayat-ayat dan sebagainya.
Proses berikut adalah pelajaran tatabahasa diajar secara induktif. Pola-pola
ayat yang hendak diajar dilatihtubi dahulu sehingga murid-murid dapat
menguasainya. Kemudian, bahan-bahan bacaan yang digunakan merupakan bahan-
bahan yang berkaitan dengan latihan lisan yang ingin dilaksanakan.
4. Pengaplikasian Kaedah Terus dalam Penyediaan Rancangan Pengajaran
Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu yang dibina,
kaedah terus merupakan kaedah pengajaran yang dipilih dalam aktiviti ini. Seperti
sedia maklum kaedah terus membantu penguasaan keempat-empat kemahiran
bahasa murid-murid serta disampaikan melalui empat asas iaitu
Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat
dengan fikiran atau sebaliknya;
Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman yang telah
sedia ada;
Harus timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan
yang telah dirancangkan ; dan
Pengajaran harus berpandu kepada lunas-lunas kanak-kanak mempelajari
bahasa ibunda mereka.
Menerusi langkah 1, kaedah terus diaplikasikan yang mana dalam langkah ini
guru berbual dan bersoal jawab dengan murid mengenai Suasana Kampung
.Kemudian, murid diberi peluang menceritakan pengalaman mereka berada di
kampung. Antara contoh soalan yang diajukan meliputi :
Apa yang anda dapat lihat ketika berada di kampung?
Apakah perasaan anda ketika pulang kekampung?
Berdasarkan soalan yang diajukan, murid-murid akan menjawab berdasarkan
pengalaman mereka. Oleh yang demikian kaedah terus lebih praktikal untuk
digunakan dalam aktiviti ini.
Dalam langkah dua turut menggunakan kaedah terus yang mana murid diminta
membaca teks tentang suasana kampung. Setelah selesai membaca, murid yang
memegang gambar atau ayat yang diberi akan kehadapan dan menampal kertas
yang telah disediakan. Disini, pemegang gambar perlu bijak menyuaipadankan
gambar yang dipegang mengikut kesesuaian ayat yang didengar. Berdasarkan
aktiviti ini jelas, murid berhubungan secara langsung antara perkataan dengan
benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya. Disamping, mewujudkan perasaan
ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan.
TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
TEKNIK PERBINCANGAN
Teknik ini didefinisikan sebagai suatu aktiviti mengeluar dan mengulas
pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya adalah untuk melatih murid-murid
meluahkan perasaan dan pendapat dengan bernas. Teknik ini adalah satu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan yang dilakukan oleh murid-murid
dengan penyeliaan dan kawalan seorang guru. Terdapat beberapa langkah dalam
menjalankan teknik ini :
a) Guru menarik perhatian murid-murid kepada tajuk perbincangan yang akan
dijalankan.
b) Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan melantik
seorang ketua.
c) Guru memberi tugas kepada setiap kumpulan. Mereka perlu berbincang
sesama mereka dan semasa perbincangan berjalan, guru sentiasa memantau
perbincangan tersebut supaya terarah.
d) Guru meminta laporan daripada setiap kumpulan.
TEKNIK SOAL JAWAB
Teknik paling lama dan popular digunakan dalam pendidikan. Teknik ini
berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid-murid secara berkesan. Teknik
ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan berkaitan dengan isi
pelajaran, dan murid perlu memberi tindak balas yang sewajarnya.
Terdapat tiga tujuan utama teknik soal jawab :
a) untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid
b) untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis
c) untuk mendorong murid menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar
Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran
murid di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan
berkesan.
TEKNIK LATIH TUBI
Teknik latih tubi ialah aktiviti pengulangan fakta-fakta yang dipelajari. Tujuan
teknik ini adalah untuk mencapai penguasaan kemahiran di samping menjamin
ketekalannya. Teknik ini boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran
seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta
penting. Melalui teknik ini, murid-murid akan mengalami proses mendengar, melihat
dan memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang
menggunakan perkataan itu. Teknik ini memberi penekanan kepada lima aspek
kebolehan menggunakan bahasa iaitu :
Aspek kebolehan
menggunakan bahasa
Huraian
Sebutan (Accent)
Menyebut perkataan atau suku kata dengan betul
termasuk intonasi yang membawa makna dalam
sesuatu situasi
Tatabahasa (Grammar)
Penggunaan bahasa yang tepat berdasarkan hukum-
hukum bahasa daripada semua aspek
Perbendaharaan Kata
(Vocabulary)
Meluaskannnya dengan penggunaan imbuhan yang
sesuai berdasarkan konteksnya dalam situasi tertentu
Kefasihan (Fluency)
Menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara
spontan tanpa menitikberatkan maksudnya
Kefahaman (Comprehension)
Latihan memahami soalan dan mengemukakan
jawapan yang wajar
TEKNIK SUMBANGSARAN
a) Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang
merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan
menyumbangkan pendapat dan idea.
b) Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah
rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan
kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan
profesional.
c) Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan
pembelajaran secara analitis
2.0
BUKTI KESESUAIAN
PELAKSANAAN
PENGAJARAN
BUKTI KESESUAIAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pelaksanaan dan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang telah
dilaksanakan pada murid tahun 4 tempoh hari nyata telah berjaya. Banyak faktor-
faktor yang mempengaruhi kejayaan dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran pada tempoh hari.
Antara faktor kejayaan pengajaran dan pembelajaran pada tempoh hari
adalah disebabkan pelaksanaan P&P berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian
yang telah dibuat terlebih dahulu sebelum P&P dilaksanakan. Bagi setiap guru,
Rancangan Pengajaran Harian ataupun lebih dikenali dengan singkatan nama RPH
banyak membantu guru melaksanakan P&P didalam kelas. RPH juga dapat
membantu untuk menjadikan pengajaran didalam kelas menjadi lebih menarik
kepada murid-murid. Contohnya, jika guru menyediakan RPH dengan baik tentang
tajuk Pencemaran Alam yang disertakan dengan alat bantu mengajar (ABM) yang
sesuai dan menarik maka murid-murid didalam kelas akan menjadi tertarik dengan
isi tajuk pelajaran pada hari tersebut dan ini mampu mencapai objektif pelajaran
yang telah ditetapkan dalam RPH yang dibuat. Justeru RPH yang telah dibuat telah
menjadi antara pendorong P&P yang dilaksanakan tempoh hari berjaya.
Seterusnya, P&P tempoh hari berjaya kerana isi pelajaran yang cuba
disampaikan dapat diterima dan difahami dengan jelas oleh murid-murid. Isi
pelajaran yang difokuskan pada pelaksanaan P&P tempoh hari adalah tentang ayat
topik dan ayat huraian yang pada mulanya, kebanyakan murid tidak menguasai
tentang kedua-dua jenis ayat ini. Namun begitu, pada akhir P&P, murid-murid dapat
menguasai dan mengelaskan ayat topik dan ayat huraian yang terdapat dalam
sesuatu petikan. Murid-murid juga kelihatan gembira setelah dapat menguasai isi
pelajaran pada akhir P&P yang telah dilaksanakan itu dan ini menunjukkan
pelaksanaan P&P pada tempoh hari adalah berjaya dengan reaksi positif yang
ditunjukkan dan ilmu yang telah diperolehi oleh murid-murid tahun 4 tersebut.
Selain itu, pelaksanaan P&P pada tempoh hari juga berjaya adalah
disebabkan penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai dan menarik. Alat bantu
mengajar adalah penting bagi setiap guru untuk menarik perhatian murid-murid
terhadap pengajaran yang ingin disampaikan. Justeru, bahan bantu mengajar
mestilah menarik dan dapat menimbulkan minat terhadap murid-murid bagi dalam
pelaksanaan P&P. Pada P&P yang telah dilaksanakan, alat bantu mengajar yang
telah digunakan adalah seperti Video, kad gambar, helaian petikan dan soalan.
Tayangan Video dilakukan bagi melaksanakan set induksi ataupun bagi
memperkenalkan tajuk pelajaran kepada murid-murid dengan tujuan dapat menarik
minat murid-murid terhadap pelajaran yang bakal disampaikan. Tayangan video
seperti ini adalah penting kerana tayangan video dapat merangsang minat murid-
murid. Sebagai contoh, sesebuah novel atau cerpen yang ditulis oleh seseorang
penulis mestilah menjadikan permulaan ceritanya menarik bagi menarik perhatian
pembaca supaya pembaca berminat untuk menghabiskan bacaannya. Lantaran itu,
tayangan video dalam set induksi juga adalah sama seperti contoh yang diatas
kerana permulaan terhadap sesuatu pembelajaran adalah penting untuk menarik
minat murid-murid. Selepas murid-murid mula menunjukkan minat dalam set induksi
menerusi tayangan video, isi pelajaran yang disampaikan dibantu oleh edaran
helaian petikan dan soalan. Helaian petikan dan soalan ini dapat membantu murid-
murid berfikir dan berbincang sesama mereka untuk mendapatkan jawapan
terhadap soalan yang diterima. Kegembiraan akan diperoleh oleh murid-murid
setelah mereka berjaya menyelesaikan soalan yang diterima. Oleh hal yang
demikian, proses P&P yang telah dilaksanakan tempoh hari boleh dianggap berjaya.
Antara sebab lain pelaksanaan P&P tempoh hari berjaya adalah kerana
kajian yang telah dibuat sebelum P&P dilaksanakan. Sebelum P&P dilaksanakan,
kajian telah dibuat menerusi tontonan video kaedah pengajaran yang telah dibuat
oleh guru-guru pelatih pada semester-semester yang lalu. Melalui tontonan video ini,
banyak perkara yang dapat membantu dalam pelaksanaan P&P yang bakal
dilakukan supaya menjadi lebih baik. Antaranya ialah kesilapan-kesilapan yang telah
dibuat oleh guru-guru pelatih semester sebelumnya dapat dilihat dan dikenalpasti.
Melalui kesilapan yang mereka telah lakukan, ianya dapat dijadikan teladan supaya
kesilapan sama tidak diulangi. Antara kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan
kebanyakan guru pelatih ialah penggunaan alat bantu mengajar yang tidak sesuai,
kesilapan teknikal sehingga menyebabkan tayangan video ataupun gambar tidak
dapat dilakukan dan banyak lagi. Justeru, melalui tontonan video P&P yang
dilaksanakan oleh guru-guru pelatih pada semester yang lalu banyak membantu
terutamanya dari aspek kesilapan-kesilapan yang sering berlaku. Oleh hal yang
demikian, Pengajaran dan Pembelajaran yang telah dibuat boleh dianggap sebagai
berjaya.
Selain itu juga, perbincangan dengan guru yang lebih berpengalaman juga
merupakan antara sebab P&P yang telah dilaksanakan tempoh hari berjaya. Hal ini
kerana, perbincangan dengan guru yang lebih berpengalaman dapat membantu dari
segi pengawalan kelas dan sebagainya kerana guru yang lebih berpengalaman telah
menempuhi pelbagai jenis liku-liku dalam bidang perguruan yang sedikit sebanyak
telah mematangkan mereka dalam bidang ini. Justeru, pengalaman yang mereka
timba dapat dipelajari dan dijadikan contoh untuk digunakan semasa P&P yang akan
dilaksanakan. Dengan ini, pelaksanaan P&P akan dapat dilakukan dengan
terancang dan kemas serta dapat mempersiapkan diri dengan karenah murid-murid
dalam usaha mengawal keadaan kelas. Jadi, perbincangan dengan guru yang lebih
berpengalaman juga merupakan antara sebab P&P yang telah dilaksanakan
berjaya.
Kesimpulannya, proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang telah
dilaksanakan pada murid-murid tahun 4 Wawasan di Sekolah Kebangsaan Institut
Pendidikan Guru Malaysia, Perlis adalah berjaya atas sebab-sebab diatas.
Pelaksanaan P&P tersebut tidak akan berjaya jika tidak melaksanakan terlebih
dahulu perkara-perkara penting yang telah mendorong kejayaan P&P yang telah
dilaksanakan seperti yang telah dinyatakan diatas kerana faktor-faktor seperti
penyediaan Rancangan Pengajaran harian (RPH) dan sebagainya adalah penting
dalam usaha melaksanakan sesuatu P&P dengan berkesan.
3.0
PENERAPAN
AMALAN NILAI
MURNI
PENERAPAN NILAI MURNI
Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan
tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan.
Takrifan tentang nilai murni sebagai : "Nilai-nilai murni merupakan tanggapan
berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi
kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan
kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk
kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia
Dasar Kurikilum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), terdapat kira kira
17 jenis nilai nilai murni yang akan diterapkan terhadap pelajar dengan 63 cabang
nilai yang wajar diditeladani oleh setiap pelajar, oleh sebab karya sastera kaya
dengan nilai nilai murni, pengajaran komsas dapat membentuk pelajar yang
berperibadi baik.
KEBERANIAN
1. Berani mencuba (Berani melakukan sesuartu perkara yang baru dan
mencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil
risiko yang akan dihadapi)
2. Berani kerana benar (Berani mempertahankan sesuatu yang diakui
sebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata)
KERJASAMA
1. Gotong-royong (Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan
sukarela)
2. Toleransi (Bertolak ansur serta dapat mengawal diri untuk mengelakkan
berlakunya perselisihan)
3. Perpaduan (Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga,
masyarakat, negara dan antarabangsa)
RASIONAL
1. Membuat pertimbangan (Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu
perkara sebelum membuat keputusan)
SEMANGAT BERMASYARAKAT
1. Bermuafakat (Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu
pekerjaan bagi kepentingan bersama)
2. Kejiranan (Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan
bekerjasama dengan jiran tetangga)
3. Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat (Menyedari masalah
masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya)
Berikut di atas menunjukkan beberapa aspek nilai murni yang diterapkan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan cuba ditonjolkan oleh kami.
Keberanian, berfikiran rasional, kerjasama dan bersemangat masyarakat adalah
perkara yang diberi penekanan dalam proses p&p. Fokus pembalajaran tercapai,
murid-murid membarikan kerjasama kepada guru dan rakan-rakan sekelas dengan
tidak melakukan sebarang gangguan serta berani mencuba untuk menonjolkan
bakat adalah merupakan beberapa contoh kesan daripada aspek nilai murni yang
diterapkan dalam pengajaran tersebut.
Bahkan juga, murid merasakan keseronokkan berada didalam kelas dengan
adanya aktiviti yang menyeronokkan disamping kerjasama yang baik bagi kedua-
dua pihak yakni guru dan murid. Sebagai contoh bagi aktiviti menyanyi, guru
membuat demonstrasi sebelum aktiviti dilaksanakan dan murid memberikan
sepenuh perhatian dan mampu melaksanakan aktiviti yang dijalankan dengan baik
meskipun intonasi nyanyian berbeza-beza. Ini menunjukkan kerjasama yang baik
antara kedua-dua belah pihak.
Oleh yang demikian, sebagai kesimpulannya nilai yang diterapkan oleh guru
semasa pengajaran dan pembelajaran adalah tercapai dengan adanya reaksi tindak
bals yang positif oleh murid-murid di dalam kelas. Setiap penerapan nilai yang
bermakna adalah dengan adanya pengamalan dan bukannya hanya sekadar di
dalam kelas. Oleh yang demikian, teguran dan nasihat adalah cara terbaik dalam
membantu proses penerapan nilai ini yang mana bukan sahaja didalam kelas,
namun pada bila-bila masa sahaja.
Pulau pandan jauh ketengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.